Rabu, 3 Julai 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Posted: 03 Jul 2013 09:00 PM PDT

Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Posted: 03 Jul 2013 09:00 PM PDT

Nik Aziz backs deposed Morsi, says people power will bring him back

Posted: 03 Jul 2013 08:55 PM PDT

Despite being toppled from power, Egyptian president Mohammed Morsi will have his opportunity to bounce back, said PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
In a statement, he expressed sadness and sympathy for the ongoing chaotic scenes in Egypt and described it as the country's darkest moments repeating itself.
"I am confident that the Egyptian people will not keep quiet over the developments. Morsi was elected as president in a legal election, not because of electoral fraud."
Nik Abdul Aziz likened Morsi's situation to that of Venezuelan president Hugo Chavez, who was overthrown on April 11, 2002, but later returned to power three days later after the people protested.
"Chavez reclaimed the presidency on the back of people power and it is not impossible for Morsi to do the same. Coup d'etat and dictatorships are not the people's choice in this era."
Nik Abdul Aziz said he watched a press conference by the Egyptian military announcing the seizure of power and it was reported that the Grand Imam of Al-Azhar, Sheikh Ahmed El-Tayyeb, supported them.
"This is a sign that the military is not confident of their strength and decided to use an Islamic scholar to convince the people.
Read More / Baca Lagi >>

Morsi Diguling, Tentera Rampas Kuasa, Arab Saudi Ucap Tahniah...

Posted: 03 Jul 2013 08:50 PM PDT

Arab Saudi ialah kerajaan pro Islam pertama ucap tahniah kepada kepimpinan Adly Mansour seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency / BBC News. Ini bermaksud secara tak langsung ia bersetuju juga dengan kejatuhan Dr. Morsi. 

Pada semalam, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah Al-Sisi, telah merampas kuasa daripada Presiden Mesir, Dr. Morsi selepas amaran 48 jam berakhir. Morsi sebelum ini telah diarahkan berundur dalam masa 48jam sebelum tentera melakukan tindakan drastik. Tetapi Morsi tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Sebelum dan selepas rampasan kuasa, beberapa siri demo telah dilakukan di Mesir untuk menjatuhkan Morsi. Demo2 tersebut menuntut agar Morsi digantikan dan tuntutan mereka didengari. Dalam demo2 tersebut, beberapa orang tercedera, ini termasuklah pro dan anti Morsi. Punca kepada demo2 tersebut ada kaitan dengan apa yang diputuskan oleh Morsi pada tahun lepas. Semua neh berkait rapat dengan satu dekri berkaitan kuasa mutlak Morsi dalam usaha untuk kembalikan semula keamanan dan kestabilan ekonomi di Mesir.

Ada yang mengatakan bahawa demo2 tersebut adalah didorong oleh pembangkang di Mesir dan ia didalangi oleh pro Mubarak. Puak2 sekuluar, liberal serta pro kristian turut menentang dekri tersebut, bersama2 pihak pro pembangkang di Mesir. Pembangkang di Mesir juga telah melancarkan satu petition untuk mengumpul tandatangan bagi protes akan keputusan Morsi. Tanda-tangan tersebut dikatakan telah mendapat jutaan sokongan. [entah betul entah tidak].

Selepas beberapa siri demo berlaku, tentera akhirnya mulai masuk campur dalam pentadbiran politik sedikit demi sedikit.

Tentera akhirnya telah membuat keputusan bahawa mereka akan membubarkan parlimen buat sementara, dan membuat lantikan presiden yang baru bagi mengantikan Morsi, sebelum menyerahkan kembali pentadbiran kepada rakyat selepas krisis ini tamat. Morsi yang pada awalnya terdedah dengan maklumat tersebut tidak bersetuju. Morsi telah mendapat maklumat tersebut sebelum tentera berjumpa dan memberikan amaran berdepan kepada Morsi. Selepas mereka mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan tentera mengemukakan amaran 48 jam secara berdepan dan saluran media, Morsi tetap memilih untuk tidak tunduk terhadap desakan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah

Posted: 03 Jul 2013 08:36 PM PDT

 Mohammed Morsi KAHERAH-MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih lagi pemimpin sah negara itu.

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu.

Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.

Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.

Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.

El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.

Sejarah FIS Algeria berulang di Mesir.

Posted: 03 Jul 2013 08:29 PM PDT


Presiden Mesir DR Muhammad Mursi diguling oleh Menteri Pertahanan/Panglima Angkatan Bersenjata Jenderal Abdel Fattah al Sisi yang diangkat oleh Mursi  sebagai pembantunya.
Al Sisi mengumumkan bahwa ketua Mahkamah Agung (MA) untuk sementara akan memegang kekuasaan presiden dan undang-undang .
Sejarah FIS di Algeria kembali berulang di Mesir. Tentera merampas kekuasaan yang sah. Umat Islam di mana-mana pun belajarlah dari Kudeta Tentera di Mesir dan ke atas FIS di Algeria(klik).

PAS kesal Morsi digulingkan, kutuk tentera guna ulama

Posted: 03 Jul 2013 08:27 PM PDT


Morsi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. - Gambar oleh Reuters.
PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi (gambar) dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang. "Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam," kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.
"Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik," tambah beliau lagi. Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Morsi ke tampuk kuasa.
"Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir," katanya. Read More / Baca Lagi >>

Kalau Inginkan Durian Runtuh, Menangkanlah PAS Di Kuala Besut!!

Posted: 03 Jul 2013 07:40 PM PDT

Bahang pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sudah mula dirasai oleh semua pihak. Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundinya tetapi semua pihak, baik UMNO mahupun PAS iaitu parti yang bakal bertanding di kerusi itu seperti sudah melonjak semangat masing-masing untuk memenangi kawasan itu.

Bahkan jika pilihanraya itu diadakan pada bulan puasa pun, semangat mereka tetap sama.

Di pihak PR, pada peringkat awalnya seperti nampak kecelaruan dengan PAS dan PKR masing-masing mahu meletakkan calonnya manakala DAP pula menyarankan agar dipulaukan pilihanraya walaupun jelas dalam pilihanraya umum lalu kawasan itu ditandingi oleh PAS. Sama ada semua itu suatu strategi atau percubaan melemahkan semangat musuh tetapi kini nampaknya semua sudah sepakat bahawa PAS yang sepatutnya meletakkan calonnya di Kuala Besut itu.

UMNO pula sudah mengumumkan Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah Pilihanrayanya dengan dibantu oleh Idris Jusoh selaku timbalannya. Beberapa nama bakal calon juga sudah mula kedengaran. Meskipun perlantikan Idris mungkin disebabkan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Besut tetapi cakap-cakap sudah mula kedengaran bahawa UMNO telah mengenepikan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dari sebarang peranan dalam pilihanraya kecil ini.

Dengan tiadanya peranan khusus untuk Ahmad Said dalam pilihanraya ini, beliau mungkin hanya menjadi pengiring kepada mana-mana pemimpin pusat yang turun berkempen ke kawasan itu nanti, suatu peranan yang jauh lebih kecil kerana biasanya seorang Menteri Besar akan dijadikan Timbalan Pengarah dalam pilihanraya kecil.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Pertembungan Sengit Antara Ulama

Posted: 03 Jul 2013 07:38 PM PDT

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Terengganu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara ulama.
Ini kerana kedua-dua parti, Umno dan PAS akan menurunkan calon yang ada latar belakang ilmu agama dalam usaha untuk memenangi hati, fikiran dan sentimen agama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dikuasai oleh pengundi Melayu, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.
Menurut sumber, Umno mungkin meletakkan Nik Zulhaiza Ismal, bekas hakim Mahkamah Syariah dan kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal agama di Dungun.
Sebelum bertugas di Dungun, Nik Zulhaiza merupakan pegawai hal ehwal agama di Besut.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Syariah di Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Sementara itu PAS dijangka mencalonkan Wan Azhar Wan Ahmad yang pernah berkhidmat selama sedekad sebagai guru di sebuah sekolah agama di Sabah tetapi kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier politiknya di Besut.
Read More / Baca Lagi >>

SPR: PRK K. Besut guna dakwat kekal...

Posted: 03 Jul 2013 07:37 PM PDT


ALOR SETAR - Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.
Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU13.
"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.
Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj. - Bernama

Anggota Parlimen Simpang Renggam enggan tarik balik dakwaan Anwar miliki 20 akaun bank

Posted: 03 Jul 2013 07:35 PM PDT

Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng menegaskan semalam tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat pada hari Selasa mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.
Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan.
Menafikan kenyataannya bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.
"Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.
"Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen? Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat.
Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.
Read More / Baca Lagi >>

Polis Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin

Posted: 03 Jul 2013 07:31 PM PDT

KAHERAH: Polis Mesir hari ini menerima arahan untuk menahan 300 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, lapor laman web akhbar Al-Ahram hari ini.
Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa waran tangkap sudah dikeluarkan untuk ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Sementara itu, lokasi Morsi kini masih tidak dapat diketahui.  

Seorang pembantu presiden berkata, Morsi dipindahkan dari pejabat beliau di ibu pejabat Pengawal Republikan ke lokasi yang tidak didedahkan.

Beberapa pembantu beliau berkata, mereka kini tidak dapat berhubung dengan Morsi dan tidak mengetahui status presiden itu. - AFP

UMNO SUDAH TIDAK MAU PARTI ITU DIKAITKAN DENGAN PERKASA!!

Posted: 03 Jul 2013 07:28 PM PDT



Jangan kaitkan Perkasa dengan Umno

GEORGETOWN - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam  A.Tanasekharan hari ini diberi amaran keras oleh Speaker Dewan, Law Choo Kiang kerana mengaitkan Perkasa dengan Umno.


Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan Perkasa untuk mengadakan demonstrasi anti-kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum.


"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.


Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Adun (BN-Pulau Betong) Muhamad Farid Saad  menuntut Law, meminta agar wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut.


"Umno adalah Umno, Perkasa adalah Perkasa. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara.


"Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid. - Bernama

PERGH!!!!!... BETAPA HINANYA PERKASA SEKARANG INI DIMATA UMNO...HABIS MADU SAMPAH DIBUANG... PERKASA KINI SUDAH DILIHAT MACAM NGO YANG TIDAK MEMBAWA UNTUNG KEPADA PERJUANGAN UMNO.

KALAU PERKASA MASIH TAK SEDAR DIRI.. TAK TAHU NAK CAKAP APA..SELALU JIKA PERKASA CUKUP RAPAT DIHATI UMNO SUDAH PASTI ADUN UMNO/BN TIDAK MELENTING JIKA PERTUBUHAN ITU DIKAITKAN DENGAN UMNO.

JELAS SEKARANG PERKASA UMPAMA KEDATANGAN MU TIDAK DIUNDANG PEMERGIAN MU TIDAK DIHALANG MALAHAN AKAN DIHAMBAT.

TUAH BADAN ANTARA IBRAHIM ALI DENGAN AZEEZ RAHIM....CARA SAMA TAPI NASIB BERBEZA!!

Posted: 03 Jul 2013 07:27 PM PDT


Walaupun cara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim serupa 100% apabila bersalaman dengan Rosmah Mansor malahan Ibrahim Ali kelihatan lebih menghormati sebab lebih rendah beliau membongkokkan badannya namun nasib mereka tidak serupa.

Azeez Rahim walaupun sekadar lulusan SPM namun telah diangkat sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji sedangkan Ibrahim Ali yang tumpas di Pasir Mas pada PRU 13 lalu, langsung sebelah mata tidak dipandang mengakibatkan beliau semalam dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perkasa telah hentam dan serang Najib serta UMNO.

Jika diukur dari pengaruh peribadi dan ramainya penyokong antara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim, kena akui Ibrahim Ali jauh lebih ramai dan hebat dijulang.
Read More / Baca Lagi >>

PRK K. Besut: Isu tempatan pengaruhi pengundi

Posted: 03 Jul 2013 07:26 PM PDT

SELEPAS 34 tahun, Dun Kuala Besut kembali hangat apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) terpaksa diadakan ekoran kematian penyandang kerusi berkenaan, Dr A Rahman Mokhtar.
Dijangka berentap pada bulan puasa, BN pastinya bermati-matian berusaha mempertahankan kerusi itu, manakala Pas bakal menggempur habis-habisan untuk merampasnya.
Dr Hamdan Aziz Ikuti wawancara bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hamdan Aziz membincangkan isu Dun Kuala Besut.
Bagaimana Dr melihat situasi di Dun Kuala Besut?
Daripada galur sejarah pilihan raya di Dun Kuala Besut, pada peringkat awal ternyata kawasan ini merupakan kubu kuat Pas. Buktinya pada pilihan raya umum pertama pada 1959, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun ketika itu, salah satu kerusi dimenangi Pas adalah Kuala Besut. Kerusi Kuala Besut pernah menjadi milik Pas sebanyak tiga kali iaitu pada 1959, 1969 dan 1999.
Bagaimanapun, setelah parti Barisan Sosialis menjadi kurang dominan, kebanyakan penyokong beralih kepada Umno atau Pas. Pada pilihan raya umum 1978 memperlihatkan penduduk Terengganu memberikan undi secara mutlak kepada BN, daripada 28 kerusi dipertandingkan, BN memenangi kesemuanya.

Dun Kuala Besut ketika itu dimenangi BN melalui calonnya, Zakaria Muda. Bagaimanapun Zakaria meninggal dunia pada 26 Jun 1979. Sesuatu yang menarik, tarikh ini adalah sama dengan tarikh kematian penyandang Kuala Besut sekarang, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar iaitu 26 Jun 2013.

Kematian Zakaria menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan pada 30 Julai 1979, iaitu ketika bulan puasa. Pada PRK itu, Pas mengetengahkan Datuk Husin Awang manakala BN mempertaruhkan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman, namun Husin tewas kepada Wan Zakaria.
Adakah isu nasional mampu memikat hati pengundi Dun Kuala Besut?
Read More / Baca Lagi >>

Almarhum Ustaz Fadzil Noor mematangkan PAS

Posted: 03 Jul 2013 07:25 PM PDT

Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Saya masih ingat, pada 23 Jun 2002 di Majlis Pengkebumian Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan ringkas dengan nada sebak mengatakan keberatannya memangku jawatan Presiden PAS ditambah lagi beliau sedang memegang jawatan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu.

Tuan Guru Abdul Hadi merasakan dirinya memegang amanah besar untuk mewarisi wadah perjuangan PAS yang ketika itu menjadi satu parti yang menjadi harapan masyarakat di samping melalui kematangan politik. Dan ketika itu PAS sedang melalui era kerjasama politik di atas dasar tahalluf siasi bersama DAP dan KeAdilan yang sangat mencabar.

Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi mengatakan bagaimana besarnya cabaran yang berada di bahunya untuk meneruskan kerja-kerja peninggalan Allahyarham Ustaz Fadzil yang digagas untuk membawa PAS kepada satu tapak perjuangan yang semakin hari semakin diterima oleh rakyat dalam negara ini.

Ustaz Fadzil telah membawa PAS ke tahap yang sangat matang dan ianya terbukti apabila PAS semakin diterima oleh pelbagai golongan termasuklah profesional serta cerdik pandai di samping dikukuhkan oleh para alim ulama.
Read More / Baca Lagi >>

Kes bunuh, dakwat kekal, rasuah isi petisyen PRU13

Posted: 03 Jul 2013 07:24 PM PDT

Di sebalik seberkas afidavit, nota, testimoni dan pelbagai lagi bukti yang melengkapkan 39 petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat (PR) selepas tamat PRU 13, terselit kisah K Murugan, atau lebih tepat lagi, kisah pembunuhan kejamnya.
Kematiannya hanya mendapat sedikit perhatian di akhbar tempatan ketika menjelangnya 5 Mei, dan jika tidak kerana usaha berterusan keluarganya dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Vasantha Kumar, kisahnya pasti tidak diendahkan langsung hingga sekarang.
Vasantha, yang juga calon Tapah, berkata Murugan bekerja untuknya dalam pertarungan menentang calon MIC, Datuk M Saravanan. Beliau berkata, Murugan bertanggungjawab menganjurkan rapat umum politik dan golongan akar umbi mengenalinya.
Menurutnya, Murugan menerima ugutan bunuh dan disuruh berhenti daripada menjalankan kempen untuk pembangkang. Bagaimanapun, dia mengabaikan ugutan itu dan tidak teragak-agak keluar dari rumahnya pada 1 Mei selepas menerima panggilan telefon dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup. Mayatnya ditemui di sungai, ditenggelami dengan besi buruk sementara tangan dan kakinya terikat.
Vasantha berkata: "Kita percaya Murugan dibunuh untuk menakutkan pengundi. Pengundi tempatan mengenalinya dan tugasnya ialah menganjurkan ceramah untuk saya."
Kejadian ini mungkin yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia iaitu pembunuhan diangkat menjadi sebab untuk membatalkan keputusan pilihan raya. Ini juga adalah kali pertama dalam sejarah apabila terlalu banyak petisyen pilihan raya difailkan oleh Barisan Nasional (BN) dan PR.
Jumlah keseluruhan petisyen difailkan ialah 58 di semenanjung Malaysia, Sembilan di Sabah dan dua lagi di Sarawak selepas tarikh akhir, 12 Jun lalu. Kes yang banyak difailkan ini mungkin tidak mengejutkan kerana pelbagai tuduhan mengenai penipuan dan undi diusik berlaku sepanjang tempoh kempen PRU 13.
Antara punca lain yang menyebabkan banyak petisyen difailkan ialah akibat daripada kesedihan PR kerana gagal menawan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang - TGNA

Posted: 03 Jul 2013 07:16 PM PDT

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Rampasan kuasa: Morsi tumbang, kini dalam tahanan tentera

Posted: 03 Jul 2013 07:08 PM PDT

Mohamed Morsi KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera.

"Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini," kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Who is Adly Mansour?

Posted: 03 Jul 2013 07:04 PM PDT

The rise and fall of Morsi

Posted: 03 Jul 2013 07:03 PM PDT

Kit Siang dares police to raid Red Bean Army HQ

Posted: 03 Jul 2013 06:53 PM PDT

BN, Red Bean Cabinet : Shahidan, most gullible minister

Posted: 03 Jul 2013 06:52 PM PDT

Marwan Bishara speaks on Egypt crisis

Posted: 03 Jul 2013 06:51 PM PDT

Tahrir celebrates as the army takes control

Posted: 03 Jul 2013 06:51 PM PDT

GoMalaysian

GoMalaysian


Anwar Ibrahim dan Akaun di Israel?

Posted: 03 Jul 2013 05:12 PM PDT

Ada MP yang mencabar Anwar Ibrahim memiliki akaun di Israel… Sekiranya beliau mempunyai bukti yang kukuh? Adakah beliau berani mengulangi kenyataan tersebut di luar dewan?

 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TAHNIAH TAMAROD

Posted: 03 Jul 2013 06:57 PM PDT



 TAHNIAH TAMAROD

APA SEKARANG DI MESIR
presiden morsi letak jawatan
kerajaan sementra ditubuh
perlembagaan lama digantung
perlembagaan baru  akan ditulis
pilihan raya bebas dan bersih ada di adakan kembali
kemenangan morsi dengan jalan tipu
dilupuskan

TAHNIAH TAMAROD 

TAHNIAH TAMAROD

TAHNIAH TAMROD

TAHNIAH TAMAROD


SIAPA ITU TAMAROD
terdiri dari:
GABUNGAN ANAK MUDA
Kesatuan Anak Muda Revolusiner
Barisan Anak Muda
Angakatan Anak Muda Masperi
Kesatuan Anak Muda Sosialis
Fron Anak Muda Liberal
Fron Democratic 6 April
Gerkan Mina Daniel

PARTI POLITIK PENYELMAT NAGARA
terdiri dari:
 Parti Demoktarik Front
Parti Wafd
Parti Perlembagaan
Parti Mesir Bebas
Parti Komunis Mesir
Parti Sosislis Mesir
Parti Gabungan Sosialis Popular
Parti Tagammu
Parti Nasserist
Parti Sosial Demokratik Mersir
Parti Karama
Parti Mesir Merdeka
Garis Popular Mesir
Kesatuan Kebangsaan Untuk Perubahan


TAHNIAH TAMAROD

The committee includes the Revolutionary Youth Union, the Front's youth organisation, the Maspero Youth Union, the Socialist Youth Union, the Liberal Youth Front, the Justice and Freedom Youth, the April 6 Democratic Front, the Mina Daniel Movement, and the National Salvation Front member parties - the Democratic Front Party, the Constitution Party, the Wafd Party, the Free Egyptians Party, the Egyptian Communist Party, the Egyptian Socialist Party, the Socialist Popular Alliance Party, the Tagammu Party, the Nasserist Party, the Egyptian Social Democratic Party, the Karama Party, the Egypt Freedom Party, the Egyptian Popular Current and the National Association for Change.

TAMARODISTA 
 SAMBUT KEMENANGAN



 
NOTA
tahukah pembaca
siapa yang telah dijemput oleh morsi
untuk menjadi penasehat ekonominya?
cuba teka

-------

AKHIR NYA YANG BANGANG JAGA YANG BODOH

Posted: 03 Jul 2013 06:00 PM PDT


MACAM 
BELUT MASUK KE LUBANG AMAH

Rais Yatim Dilantik Presiden UIAM KeenamTerkini
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MACAM PINANG DI BELAH TUKUL BESI.... kah kah kah..

kah kah kah... MACAM SIREH PULANG  KE  SAKU BANGLA.... kah kah kah..

kjah kah kah...MACAM ANAK LELAKI KUTTY PULANG KE MADRAS.... kah kah kah..

kah kah kah... RAIS YATIM JADI PRESIDEN  ?.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG TEPAT.... kah kah kah..

kah kah kah....PEROGOL MENJAGA DONUT.... kah kah kah


AKHIRNYA
PEROGOL MENJAGA DONUT


--------

NAJIB HILANG KE MANA?

Posted: 03 Jul 2013 07:30 AM PDT




Nama Najib Razak cuba 'dihilangkan' dari mahkamah?




KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Nama Perdana Menteri, i Najib Razak seolah-olah cuba 'dihilangkan' dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam.
Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah.
Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis.
"Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu," kata Sivarasa.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...  SEKARANG MAT MONGOL DI LONDON.... kah kah kah..

kah kah kah...BERANI GI KE PARIS ATAU TIDAK?.... kah kah kah..

kah kah kah...CUBA CUBA LAAAA..... kah kah kah..

kah kah kah... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA WARANT KE MENUNGGU.... kah kah kah


NOTA
hilang tak ditemui dalam mahkamah
kerana bijak menyamar
kah kah kah

--------

SPRM BUAT KERJA KE?

Posted: 03 Jul 2013 06:00 AM PDT




STATISTIK KEBERKESANAN SPRM MASIH RENDAH

Saya merujuk kepada jawapan di Parlimen yang diberikan oleh Senator Dato' Paul Low mengenai jumlah pertuduhan bersabit kes rasuah yang telah dibuat yang ada dilampirkan bersama.

Untuk menentukan keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maklumat ini perlu dibaca bersama dengan data-data operasi SPRM dan dibandingkan dengan maklumat yang sama dari negara yang diiktiraf berkesan menangani gejala rasuah.

Saya telah mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa keberkesanan SPRM berbanding dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) boleh dibandingkan menggunakan data-data berikut:

1)      Jumlah laporan dan maklumat per kapita


SPRM
ICAC
Jumlah maklumat yang diterima dalam tahun 2011 (mengikut laporan tahunan masing-masing)
6,475
4,010
Jumlah penduduk terkini
28,600,000
7,173,900
Peratus laporan diterima per kapita
0.02%
0.06%

Jumlah maklumat yang diterima oleh SPRM per kapita adalah jauh lebih rendah berbanding maklumat yang diterima oleh ICAC (satu pertiga dari maklumat yang diterima ICAC). Ini bermakna banyak kejadian rasuah masih belum dilaporkan kepada SPRM, sama ada berpunca dari persepsi rakyat yang tidak yakin dengan keupayaan SPRM ataupun rakyat yang masih menerima perlakuan rasuah sebagai amalan biasa. Keadaan ini adalah salah satu sebab kenapa indeks persepsi rasuah (CPI) tidak meningkat walaupun pelbagai jalan diambil kerana rakyat tahu dikalangan mereka masih banyak kes rasuah yang berlaku tetapi tidak diambil tindakan (besar kemungkinan kerana tidak dilaporkan pun kepada SPRM).


2)     Jumlah tindakan dan kertas siasatan berbanding maklumat yang diterima


SPRM
ICAC
Jumlah maklumat yang diterima dalam tahun 2011 (mengikut laporan tahunan masing-masing)
6,475
4,010
Jumlah tindakan yang diambil dalam bentuk kertas siasatan yang dibuka
1,304
3,072
Peratus tindakan diambil berbanding laporan diambil
20%
77%

Perbandingan statistik di antara SPRM dan ICAC mengukuhkan lagi persepsi yang meragui keberkesanan SPRM apabila jumlah tindakan yang diambil apabila maklumat diberikan (dalam bentuk kertas siasatan dibuka) hanyalah 1,304 berbanding 6,475 maklumat yang diterima. Ini bermakna daripada setiap 5 maklumat berkenaan rasuah yang diberikan, hanya 1 yang berakhir dengan kertas siasatan dibuka. Ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar 77% tindakan diambil ke atas setiap satu maklumat yang disampaikan kepada ICAC.


3)     Jumlah siasatan yang berakhir dengan pendakwaan


SPRM
ICAC
Jumlah kes yang dibawa untuk pendakwaan (2009 hingga 2013) mengikut jawapan menteri[1], berbanding kes ICAC bagi tahun 2011
1,310
152
Jumlah pendakwaan yang disabitkan kesalahan
888
131
Peratus kejayaan pendakwaan
68%
86%

Untuk menilai keberkesanan pendakwaan yang berakhir dengan sabitan kesalahan, saya membandingkan peratusan purata bagi tempoh 2009 hingga Mei 2013 bagi Malaysia (seperti jawapan Menteri) dengan kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Hong Kong yang dibawa oleh ICAC bagi tahun 2011. Sekali lagi, sabitan kesalahan kes yang dikendalikan ICAC adalah lebih tinggi hingga mencecah 86% berbanding dengan sabitan kesalahan kes-kes yang dibawa oleh SPRM.

Angka-angka ini membuktikan stigma yang masih wujud dan menebal di kalangan rakyat yang meragui keberkesanan dan kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan. Apatah lagi apabila hanya satu dari setiap lima laporan yang dibuat yang berakhir dengan siasatan sedangkan sebahagian besar dikategorikan sebagai "tiada tindakan lanjut".

Ini adalah cabaran besar buat Senator Dato' Paul Low yang diberi mandate untuk menaikkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Saya akan memantau setiap tahun angka-angka ini dan akan terus membawanya ke Parlimen supaya ia dapat menghasilkan tindakan yang memperbaiki kelemahan-kelemahan SPRM sedia ada.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

--------

ANAK MUDA DAN GRADUAN TANAM ANGGUR

Posted: 03 Jul 2013 01:30 AM PDT







MARI KITA BINCANGKAN 

 KENAPA ADA YANG MENGANGGUR
dua minggu dahulu saya bertemu
dengan seorang anak muda 
ini sesudah forum di dewan china

anak muda ini berkesah 
dia telah lulus dan berijazah
dia telah mendapat lesen untuk menjadi juru terbang
dia telah membelanjakan RM170,000  untuk mempelajari ilmu ini
tapi diakhir pengajian anak muda ini TIDAK ada pekerjaan

memeranjatkan lagi
mengikut anak muda ini
ada 2,000 lagi - graduan lesen kapal terbang tanpa kereja


dua minggu dahulu juga
saya bertemu dengan seorang anak muda 
yang baru berjaya m endapat diploma ekonomi
dia pergi melamar kerja untuk menjadi pelayan bas mewah
yang membawa pelancung dari kuala lumpur ke singapura dan pulau pinang
dia berjaya aakan mula berkerja jumaat ini
tahniah!

tapi anak muda ini juga berkesah
bahawa ketika ditemuduga ada seorang
graduan berijazah IT yang juga melamar kerja pelayan bas

saya juga difahamkan dalam negara kita
pada ketika ini ada lebih 60-80 ribu graduan menganggur
mungkin angka ini kurang 
mungkin angka ini lebih

saya juga membaca  apa yang sedang berlaku dieropah
minggu ini pemimpin 28 negara eropah
akan membincangkan nasib 
6 juta anak anak muda dan graduan di eropah yang menganggur

justeru tukar tiub
meminta para pembaca
mengeluarkan pandangan terhadap masalah ini
anggaplah ini wacana kita sesama kita




yang bukan sahaja pandai nke jalan raya

kita juga wajib memiliki fikrah yang berupaya memberi cadangan membina

NOTA:
para pembaca sila  tulis pandangan
tukar tiub akan memaparkan pandangan itu
hendaknya biarkan tulisan dan pandangan itu
membantu kita bersama mendirikan negara  bangsa
bukan sumpah seranah

       ANAK MUDA KERJA 
MEMOTONG BUAH ANGGUR

Berita gembira 28 September

RASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Najib Razak.

Menteri Pengajian Tinggi,  Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 3,000 orang lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang lulusan IPG yang kini menganggur kerana tidak mendapat tawaran untuk menjadi guru.


Mahasiswa menganggur dibantu

KOTA BHARU 20 Dis. - Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) akan membantu lebih 8,000 orang mahasiswa yang menganggur di negeri ini mendapatkan pekerjaan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Datuk Makhtar Mustafa berkata, melalui skim tersebut mahasiswa yang berdaftar di negeri ini akan diberi latihan dan bimbingan oleh GLC terlibat.

CHANCELLOR GERMAN KATA 6 JUTA ANAK MUDA TANAM ANGGUR

Angela Merkel has said youth unemployment is the biggest crisis facingEurope and urged other governments to do more to copy the German system – concentrating on apprenticeships and not simply academic study – to prevent the emergence of a "lost generation".

In an interview before a summit to tackle joblessness among young Europeans, the German chancellor said her country's tried and tested dual system – a mix of classroom learning and on-the-shop-floor work experience – was the best way forward at a time when almost six million under-25s in Europe are out of work.


MEMBUKA WACANA ILMU

-----

POLITIK DUNIA - SYRIA - WAJIB BACA

Posted: 02 Jul 2013 10:00 PM PDT







APA  BERLAKU DI SYRIA?

Saya pernah sampai ke kota Damas – panggilan manja  warga Arab untuk kota Damsheik atau Damascus untuk warga Barat.  Ini lama dahulu ketika saya berkelana.  Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongress ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.

Sebelum sampai ke Damas saya telah melintasi Amman Jordan. Saya  membawa jemputan yang  sama.  Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Bagitu juga dengan GUPS – General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lebanon. Ketika ini Perang Saudara di Lebanon baru bermula.

Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan  jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas  ke Beirut telah ditutup kerana Perang Saudara. Lalu untuk membunuh masa saya meligari kota Damas.

Pada tahun 1974, saya saperti ramai anak-anak  muda di Malaysia tidak ada langsung ada  kefahaman tentang Sunni dan Shia. Ketika saya membesar saya  tidak mengetahu tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang  saya fahami  - saya ini adalah penganut Islam tidak lebih dari itu. Sunni dan Shiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.

Saya  bertemu dengan mazhab Shiah di Iraq. Ini pada tahun 1975 – lama  sebelum Revolusi Iran  kerana saya telah menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf Ayatolalh Khomeini  masih lagi 'orang buangan'   Najaf sebelum  dia dihalau  keluar dari Najaf   ke Kuwait dan berakhir di Paris.

Dengan pecahnya  Revolusi   Iran  penganut Islam di Malaysia telah disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Shiah. Penganut Shiah di Iran telah bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja  Iran ini telah dinaikkan ke tahta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran telah melonjakkan naik  kesedaran tentang Shia dikalangan anak-anak muda Islam diseluruh dunia. Mazhab  Shiah dilihat membawa garis melawan imperialis.

DAMASCUS ANTARA KOTA TERTUA


Hari ini,  pada tahun 2013 – kita sedang  melihat bagaimana Islam telah dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin  dan runtuhnya Tembok Berlin  (1989)   pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamaman untuk umat manusia.  Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus  kanan telah memilih Islam sebagai musuh baru.

Di zaman Perang Dingin dahulu  yang dijadikan  musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi Sosialis,  kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang  kita saksikan.

Awas, kaum pemodal antara bangsa dengan cekap telah menggunakan  perbezaan mazhab – Sunni dan Shia – untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Shiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai  warga Syria.

DAMASCUS KOTA SEJARAH ZAMAN

Saya akui disini bahawa  manusia yang bernama Bashar al-Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab/Islam.  Dibelakang gerakan anti-Bashar ini sebenarnya ada ajenda yang lebih besar yang telah dirancang oleh kaum imperialis Anglo-Amerika. Pekara inilah yang ingin saya terangkan agar ianya dapat membawa pencerahan untuk kita semua. Ini bukan bermakna saya lebih bijak dari pembaca. Apa yang saya paparkan ini hanya satu analisa  dari  kajian, pembacaan  dan pengalaman saya.

Justeru, sekali lagi saya tegaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Shiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria  - Sunni, Shiah, Kristian, Baath atau Majusi. Perperangan dan pembunuhan di Syria ini adalah sebahagian dari ajenda Anglo-Amerika untuk menaklok bumi Arab. Kenapa perlu di taklok bumi  Arab? Jawabnya: minyak.

Kita harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap  Warga Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki ajenda yang telah lama dirancang. Contohnya : serangan keatas Iraq telah  lama dirancang -  jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.

DATARAN UMMAYAD - DAMASCUS

Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperial Amerika itu bunyinya amat lunak. Lalu saya meminta semua pembaca bertenang dan berfikr sajenak. Kenapa demokrassi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria. Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada  Saudi Arabia.

Dari fakta pembacaan  - negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama saperti dizaman Rasullulah.

Sebuah lagi negara Arab yang  bagitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam , atas nama Sunni , senjata  telah dihantar  untuk membunuh Shiah.  Qatar memberi duit dan senjata  kerana ingin  membangunkan Syaria untuk menjadi  sebuah Darul yang lebih demokratik.  Mari kita bertanya:  bila ada pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah  negara yang bernama  Qatar ini?

Telah saya katakan tadi  bahawa semua ini berlatarkan keperluan kaum  pemodal antarabangsa untuk menaklok  bahan bakar petrolium.   Iraq dahulu bebas dan merdeka.  Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang  masih berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran.

Untuk menundukkan atau menyerang  Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran  memiliki hubungan yang intim semanjak zaman Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu  dari segi ketenteraan.

KOTA ALEPPO - INDAH BERSEJARAH
Apabila kita membaca pilitik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal.  Israel telah dipacakkan ditengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal  bergerak  sebagai pengkalan tentera Amerika. Israel  menjadi Polis  untuk Amerika.


Sahehlah bahawa  bahan bakar minyak petrolium ialah kunci kepada semua ini.  Ekonomi kapitalis dunia  hari ini dijana oleh bahan bakar petrolium. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.  

Kalau kita beli minyak  dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu  membeli minyak dipasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
  
Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil  perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faizal  - pada tahun 1972 – ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi dapat senjata dari  Amerika. Amerika juga akan  memastikan rejim  Saudi selamat dari diganggu gugat  oleh  Isreal atau musuh dalaman.

Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar.  Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara  ini memerlukan  minyak. Maka negara ini wajib mengekspot  barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli.

BAZAR ANTARA TERTUA DIDUNIA


Disinilah muncul  kong kalikong yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan impot. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan  dolar  -  Saddan Hussein dibunuh.  Gadaffy juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar  dengan mata wang lain.

Kong kalikong Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertalok dibawah kuasa Anglo-Amerika.   Dulu ada Empire Rom – kini kita dijajah oleh Empire Amerika.

Saudi memiliki simpanan  minyak  terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan.  Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah  dibuka kesah Sunni dan Shiah. Kesah ini bertujuan untuk menutup kesah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.

Ketika saya di Beirut pada tahun 1975 – saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk  menulis. Tapi saya tahu apa rupanya  perang saudara yang sedang berlaku di Syria. 

Saya akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita  tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, towkay penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu dumba kita. Di Lebanon - Christian dengan Islam. Di Rawanda Tutsi dengan  Hutu. Di Syria Sunni dengan Shiah. Dan di Malaysia Melayu dengan China. ( TT)

DIMUSNAH OLEH
KUASA IMPERIAL
ANGLO-AMERIKA

 

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45


----------

AL- FATIHAH - HARI INI DALAM SEJARAH

Posted: 02 Jul 2013 09:00 PM PDT




DARI HARAKAH  DAILY


46 tahun pemergian Abdul Samad Gul

MALAM itu, dalam tahun 1967, 2 Julai, lampu-lampu di jalan  Datuk Pati dan jalan berhampiran  seperti letih bercahaya, seorang lelaki berjalan gagah menuju kereta yang di pakir di sela-sela deretan bangunan yang kumuh. 

Tiba-tiba, saat mahu membuka pintu kereta, satu pukulan keras  tepat mengenai kepalanya. Lelaki yang masih muda itu rebah – tewas (di rumah sakit).  Algonjo kabur.

Hari ini (2 Julai), genap 46 tahun tragedi hitam itu berlaku, namun ia seperti semalam terjadi, ingatan sentiasa segar, terutama ketika berjalan melewati lokasi Medan Ilmu yang menepatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, kerana di situlah, Ahli Parlimen Pasir Mas Hilir (PAS) Abdul  Samad Gul Ahmad Mianji (gambar) tewas akibat tusukan kapak kecil di kepalanya.

Malam itu, Almarhum menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul saw anjuran PAS di Banguan PAS. Setelah majlis usai, ia berjalan  ke kereta, dalam cahaya lampu yang samar-samar itu, algonjo menunggu untuk menamatkan riwayatnya.

Selain Yang Dipertua  PAS Kawasan Pasir Mas Hilir dan Ahli Parlimen kawasan itu, Almarhum  juga sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat.

Almarhum terkenal sebagai pemidato terbaik, sehingga kelantangan dan keberaniannya digeruni seteru politik PAS ketika itu. Kematiannya secara tragis adalah gambaran  betapa   kalutnya pemikiran politik awan (1960an).

Almarhum dikebumikan sianghari 3 Julai 1976 di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu-ribu  pendukung  PAS ikut serta menghantar jenazah ke tempat persemadiannya.

Sebaik saja jenazah di bawa turun dari rumahnya, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu, Ustaz Khaidir Khatib membaca sebuah puisi khusus buat Almarhum:

SEKARANGAN BUNGA

Dikelubungi suasana sedih dan sayu,
kami terima berita kematianmu,
terkorban di hujung senjata musuhmu,
yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki.

Kegagahanmu berjuang membangkitkan semangat anak bangsamu,
menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu,
Kini engkau pergi dipanggil Tuhan,
yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan.

Bertepuk tanganlah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu,
menari dan berpesta mereka di lambung riang,
tetapi kami semua adalah Samad!
kami rakan seperjuanganmu,
kami telah bertekad tak akan berganjak dari garis ini,
Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu.

Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang,
istirehatlah wahai roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita,
setiap kami yang tinggal akan merelakan diri,
untuk hancur demi keagungan agama Allah yang mulia ini.

Itu bendera ALLAH MUHAMMAD masih berkibar,
Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang
mengambil tempatnya.

Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru
dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid,
ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur,
dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah!
terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini,
yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang

Al- Fatihah!


BERAMAL 
dan
BERPOLITIK

-----

PENIPUAN TERBUKTI - APA LAGI MAHU?

Posted: 02 Jul 2013 08:30 PM PDT


KOMENTAR TUKAR TIUB
pru13 telah selesai


tapi pru13 belum selesai

orang ramai
pengundi
anak muda bakal pengundi
tidak puas hati kerana berlaku penipuan



ini barah yang akan membesar
jika tidak ditemui satu jalan penyelesaian
barah ini akan membunuh keyakinan orang ramai
terhadap sistema pemilihan perwakilan di malaysia

tuntutan orang ramai
agar 7 pesuruhjaya spr lewtak jawatan adalah tepat
ianya adalah permulaan

kita semua wajib memikirkan jangka panjang
pakatan rakyat atau barisan nasional
wajib memikirkan yang maha penting
adalah mendirikan tamadun negara bangsa


Presiden PAS cadang tubuh tribunal post PRU13

Harakah02 Jul 2013
KUALA LUMPUR:Presiden PAS mendesak SPRM bertindak berani menyiasat secara telus dan terperinci segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU13 lalu termasuk tragedi dakwat kekal yang tidak kekal.




------

BERAMAL BERPOLITIK - PROGRAM JEMPUTAN SEBELUM RAYA -

Posted: 02 Jul 2013 07:31 PM PDT






SELAK:SERAK
  arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT).
Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai  2013
di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam
Harga tiket diantara RM50 hingga RM25
 tempahan dalam talian di www.tix.my 
 tempahan panggilan di 03-79-60-04-39 dan 017-228-98-46.
Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada
 Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan.


MEMBELI BELAH
BARANGAN DAN MAJALAH
HASIL KERJA ANAK MUDA

KL Zine Festival & Distro Day Out
berlangsung sabtu  6 Julai 2013 
jam 2:00 petang
di M.I.A Art Centre Jalan Ampang

RADIO BANGSAR UTAMA 
akan buat siaran secara langsung Sabtu ini dari M.I.A Art Centre Jalan Ampang sempena KLZF&DDO 2013

TIPU PILIHANRAYA TURUN JALANRAYA 
akan dijual disana


MALAM INI JAM 9:00


NOTA:

malam ini radio bangsar
akan membuat temu bual jam 9:00
dengan penggerak kl zine festival
sila layari stesen punk rock ini

-------

SAH - TELAH DI BUKTIKAN

Posted: 02 Jul 2013 07:13 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB



apa lagi bukti mahu?

ada lagi sesiapa yang mahu bukti pilihan raya tipu?
ada lagi yang tak percaya undi di sabah tipu?

apa lagi bukti mahu?


'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'
Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.





---------