Jumaat, 28 Jun 2013

dollah yankee

dollah yankee


Pesta Raja Buah

Posted: 28 Jun 2013 06:13 AM PDT


Festival durian Pulau Pinang kini kembali lagi, dan akan berakhir pada 31 Julai 2013. Bagi penggemar 'Raja Buah' ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keenakannya di dua buah lokasi festival itu iaitu di Anjung Indah (R&R jalan ke Balik Pulau) dan di Pasar Baru pekan Balik Pulau. Pengunjung dan penggemar-penggemar durian boleh datang seawal jam 11 pagi hingga jam 7 malam untuk menikmati pelbagai jenis durian yang terbaik di pasaran.

Festival Durian Pulau Pinang ini adalah hasil inisiatif Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan durian Balik Pulau sebagai salah satu produk pelancongan disamping mahu mempromosikan pekan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Festival kali ini juga akan diselitkan dengan makanan-makanan yang berasaskan durian yang merupakan sejenis buah yang unik dan eksotik.

dollah yankee -
Now everyone can fly eat ... but it's not FREE ! Kah..Kah..Kah..




RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apabila Idris Harun terasa dirinya Harun Idris.....!!!

Posted: 28 Jun 2013 08:59 PM PDT

Isu Jonker Walk terus menggegar Ketua Menteri Melaka, Idris Harun, yang sebelum ini menjadi bahan sindiran kerana mahu mempatenkan resepi asam pedas terbaik negeri itu melalui hasil suatu pertandingan bagi memeliharanya sebagai suatu produk warisan negeri yang perlu dipertahankan.
Idris yang baru sebulan lebih menjadi Ketua Menteri menggantikan Ali Rustam sebelum ini dilaporkan mahu menutup Jonker Walk, kawasan perniagaan barangan seperti cenderamata, kemeja-t dan sebagainya yang mirip seperti kawasan perniagaan Jalan Petaling untuk mengurangkan masalah kesesakan di negeri itu. Berikutan adanya bantahan atas tindakan itu, Menteri Pelancongan, Nazri Aziz, ikut masuk campur dan kemudian menjelaskan bahawa ianya hanya melibatkan pembukaan jalan di kawasan perniagaan itu kerana adanya rungutan orang awam berkenaan kesesakan lalu lintas yang teruk. Kononnya pula, ia hanya percubaan selama empat minggu sahaja dan akan dikembalikan seperti biasa selepas itu.
Dalam masa yang sama, tindakan yang dibuat oleh Idris itu dikecam oleh pelbagai pihak terutama DAP sebagai amalan politik balas dendam terhadap masyarakat Cina berikutan keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan komuniti itu menolak BN.
Sementara tindakan Idris itu terus dibantah, terdapat pula pihak lain termasuk blogger pro-UMNO yang memuji tindakan Idris itu sebagai suatu pengajaran kepada pengundi Cina yang majoritinya tidak menyokong BN. Idris dalam masa yang sama dilihat pemimpin yang berjiwa Melayu yang tinggi atas tindakannya itu kerana majoritinya peniaga di situ ialah orang Cina dan peniaga Melayu didakwa tidak mendapat manfaat yang besar daripadanya.
Berikutan isu itu terus dimainkan, Idris kemudiannya membuat keputusan yang lain pula dalam mesyuarat Exco Kerajaan Melaka iaitu membuka laluan untuk kenderaan dan di ketika yang sama membuka juga kawasan perniagaan Jonker Walk sebagai suatu keputusan menang-menang kepada para peniaga dan juga kepada para pengguna jalan raya. Namun keputusan ini menyebabkan beliau dikecam juga kerana dianggap tidak tegas dan ibarat menjilat ludahnya kembali.
Bagaimanapun tindakan beliau itu tidak juga meredakan keadaan. Selain peniaga-peniaga, menteri yang menjaga pelancongan negara, Nazri  sekali lagi bersuara membantah. Beliau berkata, pembukaan serentak laluan untuk kenderaan dan kebenaran untuk berniaga sebenarnya lebih menyebabkan kesesakan. Lagi pula, kata Nazri, dengan membenarkan kenderaan lalu-lalang di kawasan itu, ia tidak akan dikenali lagi sebagai Jonker Walk, sebaliknya sudah menjadi Jonker Drive.
Demi kepentingan pelancongan dan oleh kerana produk Jonker Walk lebih bernilai tinggi berbanding asam pedas dari segi menggamit kehadiran pelancong ke negeri itu, Nazri juga berjanji akan mengembalikan kawasan itu sebagaimana kedudukan asalnya dalam masa terdekat ini. Terlihat seperti Nazri amat tidak bersetuju dengan Idris dalam isu Jonker Walk ini. Dalam masa yang sama, MCA juga merayu kepada Idris agar menarik balik pembukaan jalan untuk kenderaan itu dan menjadikan kawasan perniagaan Jonker Walk sebagaimana ia diwujudkan dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Timb Menteri: Ubah persepsi buruk terhadap polis

Posted: 28 Jun 2013 08:56 PM PDT

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
TAWAU - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis supaya menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usahanya mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan itu.
Katanya menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata belum memadai sebaliknya perlu menggunakan semua pendekatan termasuk melalui publisiti media alternatif dan media arus perdana untuk memaklumkan masyarakat mengenai peranan serta kejayaan pasukan itu.
"Dedahkan peranan, beritahu tugas polis, bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam meraikan beliau di sini malam tadi.
Dr Wan Junaidi berkata walaupun seribu perkara kebaikan dilakukan dan kejayaan yang dicapai anggota keselamatan namun jika terdapat satu perkara buruk berlaku ia akan memadam semua kebaikan dan kejayaan itu.
"Kejadian jenayah seperti ragut dan samun yang berlaku lebih dihebohkan walaupun kadar jenayah menurun di kebanyakan tempat, sedangkan kematian polis berkorban untuk negara tidak diendahkan," katanya.
Masyarakat, katanya, perlu diberitahu secepat mungkin mengenai apa-apa kejadian yang berlaku kerana cara itu bukan sahaja membantu masyarakat mendapat maklumat tepat bahkan juga menolak persepsi negatif kepada pasukan polis.
Beliau turut memuji kebolehan pasukan polis ketika menjalankan operasi Op Daulat yang menggunakan pendekatan media untuk memaklumkan setiap perkembangan kepada masyarakat. - Bernama

'SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN - Surendran

Posted: 28 Jun 2013 08:54 PM PDT

'SAMSENG' KHALID: Kecaman Parlimen & siasatan jenayah terhadap KPN digesa SurendranAhli Parlimen Bagan Serai penggal pertama, N. Surendran, yang juga merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia menyatakan hari ini bahawa beliau akan membawa usul ke Parlimen untuk mengecam Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar di atas kelalaiannya di dalam memastikan keselamatan tahanan polis.
Pada Rabu lepas, Mahkamah Tinggi, di dalam mendengari kes saman sivil, telah memutuskan bahawa Khalid bertanggungjawab di atas kematian A. Kugan, seorang suspek berumur 22 tahun, di bawah tahanan polis dan juga bertanggungjawab di dalam usaha untuk menyembunyi punca kematian suspek itu.
"Saya akan membawa isu-isu yang diketengahkan di dalam keputusan mahkamah semalam semasa debat Titah YDP Agong hari ini," kata Surendran kepada Malaysia Chronicle.
Peguam yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ingin kerajaan memulakan siasatan jenayah terhadap Khalid.
"Kerajaan patut menjalankan tindakan disiplin terhadap KPN dan memulakan satu siasatan kerana tindakan penyembuian itu adalah satu jenayah. Penyiasatan jenayah perlu diadakan mengenai kes kematian Kugan," kata Surendran.

SUSPEND OR SACK Zahid, Khalid but why is Najib keeping quiet as a mouse?

Posted: 28 Jun 2013 08:53 PM PDT

SUSPEND OR SACK Zahid, Khalid but why is Najib keeping quiet as a mouse?
Malaysia continues to have bouts of shocking news since the run-up to the GE-13.
Of late, the nation is in shock after learning from the alternative media – in particular, of two key leaders embroiled in highly questionable circumstances that not only affect their individual credibility but more so the very entities they are leading.
The Home Minister Zahid Hamidi and the current Inspector General of Police Khalid Abdu Bakar are in hot soup. And the cauldron will get hotter by the hours until and unless they are able to clear all allegations, suspicions and any wrong perceptions.
Their continuing silence is unhealthy for the nation's honor and certainly damages the integrity of the organization's they head.
This is not a time for the proverbial monkey-stance of see no evil, speak no evil, hear no evil. The very fact that they are heading the very bodies that are vested with law enforcement, protection of nation, rakyat and King, and serving as vanguards of safety and security of Malaysia, they have a categorically imperative duty to come clean immediately of the charges making its waves through the media.
In any other dignified nation, the implicated person or persons would tender their immediate resignation first and pursue judicial redress subsequently, before returning to their seats of power. That would be the right action to take in the best interest of all fellow comrades and the institutions they head. But since this is not the tradition of BN, the burden of proof and decision has nowhere but to fall flat on the BN leader's lap.
Najib owes the nation an explanation
Datuk Seri Najib Razak, the Prime Minister – even though he is from the minority government, has a moral and express duty to expedite clarification of the matters afflicting his appointed leaders to ALL Malaysians.
The PM owes quick action in the interest of all law abiding Malaysians as well as the external audiences ranging from foreign investors, political associates, and heads of nations especially our ASEAN fraternity and even international bodies dedicated to the fight for democracy and humanitarian justice.
Since the affected and implicated individuals are not moving their butt, there are only two options left to salvage the dignity and honor of Malaysia, the battered image of the BN-led government, the embroiled PM himself and of course the entire uniformed forces of Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Hakim: Singham bersara wajib 65 tahun..???

Posted: 28 Jun 2013 08:52 PM PDT



Adalah wajib bagi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham bersara pada usia 65 kerana beliau telah memilih berbuat demikian ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66 tahun, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata apabila umur persaraan wajib hakim dinaikkan, semua hakim diberi borang untuk membuat pilihan sama ada bersara pada usia 65 atau melanjutkannya sehingga 66 tahun.

Ariffin berkata perkara itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan beberapa tahun lalu yang menaikkan usia persaraan hakim daripada 65 tahun kepada 66.

"Semua hakim, kecuali V.T. Singham, memilih untuk bersara pada usia 66. Sehubungan itu usia persaraan wajib beliau ialah pada 65," kata Ariffin ketika dihubungi Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam 48 jam, kredibiliti Khalid, Zahid hancur lebur

Posted: 28 Jun 2013 08:51 PM PDT

Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu

Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur.

Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009.

Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Perak hantar pakar tawan Kuala Besut

Posted: 28 Jun 2013 08:49 PM PDT

Perak hantar pakar tawan Kuala Besut IPOH - Pas Perak akan menghantar jentera mengikut kepakaran masing-masing bagi membantu Pas Terengganu menjalankan gerak kerja pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al Amin berkata, pihaknya akan memastikan memberi sumbangan tenaga kerja secara maksimum untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Menurutnya, keputusan PRK Dun Kuala Besut amat penting dari segi perubahan kerusi antara BN dan Pas kerana kedua-dua parti berkenaan hanya mempunyai perbezaan dua kerusi.

Read More / Baca Lagi >>

Guna PRK Kuala Besut untuk tuntutan pru yang adil

Posted: 28 Jun 2013 08:47 PM PDT


KOTA BHARU: Jawatankuasa Himpunan Aman Blackout 505 perlu mengkaji untuk menambah ruang tuntutan pada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk lebih telus sempena PRK Kuala Besut akan datang.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), berkata sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan sebelum PRK Kuala Besut, Husam  mencadangkan Himpunan Aman Blackout 505 meningkatkan lagi permohonan mereka sehingga akhirnya ia akan menjadi mercu tanda sebuah pilihanraya yang benar-benar bebas dan adil.

"Kita tidak mahu peristiwa PRU berulang lagi di sini pada pendapat saya tuntutan PRK yang adil lebih penting dari PRK itu sendiri," katanya.

Sambungnya, sekiranya tuntutan tetap tidak dilaksanakan, ada baiknya Pakatan Rakyat menolak untuk menyertai PRK itu.

Ini kerana katanya pembaikan sistem PRU lebih mustahak berbanding pilihanraya itu sendiri.

Bagaimanapun, jelasnya SPR perlu mengkaji untuk mengadakan teknik pengundian yang lebih telus berbanding perjalanan PRU lalu agar lebih bebas terhadap tentera.

Tegasnya, PAS perlu menjadikan tuntutan pilihanraya kali ini lebih bebas dari SPR melalui tentera dijadikan tuntutan penting sebelum PRK diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

SPR umpama pelawak, letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut, kata Anwar

Posted: 28 Jun 2013 08:46 PM PDT

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletak jawatan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Kuala Besut kerana pengendali pilihan raya itu jelas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal memastikan Pilihan Raya 2013 berjalan dengan bebas dan adil.

Menurut Anwar, anggota SPR sedia ada juga tidak lagi perlu diberi tanggungjawab mengendali pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, lebih-lebih lagi selepas SPR mengesahkan dakwat kekal akan tetap digunakan.
"Tolonglah jangan berperangai umpama pelawak ... mandat diberikan rakyat kepada SPR telah disalahgunakan, jadi apa perlunya kepercayaan (rakyat) lagi?" kata Ketua Umum PKR itu apabila ditemui The Malaysian Insider.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, SPR juga tidak lagi perlu mengeluarkan kenyataan seumpama "wira" untuk menambah baik dakwat kekal berkenaan.
"Penambahbaikan boleh dilakukan, namun lebih baik mereka meletak jawatan kerana dilihat seumpama 'mempermainkan mahkamah' daripada melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis kutipan dana untuk Pakatan Rakyat (PR) memfailkan petisyen, di ibu negara lewat malam tadi.
PR juga turut mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan keseluruhan kepimpinan SPR dipecat.
Read More / Baca Lagi >>

Sasterawan: Kenapa dia begitu bacul?

Posted: 28 Jun 2013 08:45 PM PDT

Sasterawan negara yang terbaru Datuk Baharuddin Zainal menyelar kenyataan pendahulunya Datuk Shahnon Ahmad yang mengkritiknya selepas diumumkan sebagai penerima Hadiah Sastera Negara melalui seorang penulis muda.

NONE"Kemudian, mengapa Shahnon menggunakan penulis muda? Perbuatannya itu, sama ada sengaja atau tidak, merosakkan nama orang. Apapun, bagi saya kalau betul, ia an unfortunate - atau dalam bahasa yang lebih ekstrem, kenapa dia begitu bacul?" beliau dipetik sebagai berkata.

Mac lalu, Dr Faisal Tehrani, penulis yang rapat dengan Shahnon memberitahu, sasterawan negara kedua itu menghubunginya dan memaklumkan "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada Baharuddin atau nama penanya Baha Zain.

Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.

Malah, menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain tidak berupaya dalam kritikan sastera dan mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa.
Read More / Baca Lagi >>

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker

Posted: 28 Jun 2013 07:53 AM PDT



 IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.

Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.
Read More / Baca Lagi >>

Unfair new Bill 'disguised' as Islamic law: CABINET HELD RESPONSIBLE!

Posted: 28 Jun 2013 07:51 AM PDT

The Malaysian Consuttative  Council Of Buddhism, Christianity,  Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST)  vehemently objects to some  provisions  found in the RANG UNDANGUNDANG PENTADBIRAN  AGAMA  ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 tabled in Parliament  for its first reading on 26 June 2013 as they affect the Non-Muslims.
Unfair new Bill 'disguised' as Islamic law: CABINET HELD RESPONSIBLE!The Bill under disguise  of lslamic Laws is unilaterally  trying to alter the Federal Constitution by translating  the word "parent" in the Federal  COnstitutiOn to mean "lbu atau Bapa" as opposed  to "lbubapa".

Any conversion of a minor by a single parent will cause  serious injustice  to the non-converting parent and the children of the marriage - Section 107 (b) "jika dia belum mencapai  umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya  mengizinkan  pemelukan agama  lslam olehnya"

This provision  would further  creates social injustice and is contrary to the constitutional scheme of things.
Cabinet held responsible

We hold the Federal Cabinet accountable  for this transgression,  that is, in spite of the Cabinet decision of 2314/2013  whereby it was decided  that a single parent cannot convert a minor child of the marriage.
Despite that public  statement, the Cabinet  deem it fit to introduce  the above  provision in D.R. 112013.|t appears  that the Cabinet promise  and undertaking  on this issue was not sincere.

The MCCBCHST  wishes to reiterate that any unilateral conversion of their children by one parent encroaches into the lives of Non-Muslims. Such conversions are not only unconstitutional but are morally  and ethically  wrong.
We ask Cabinet members how they will feel if their children are unilaterally  converted. Do not do things  to others, which you do not want to be done to you.
Absurd and against the spirit & letter of the Federal Constitution
Read More / Baca Lagi >>

Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah...

Posted: 28 Jun 2013 07:50 AM PDT

logo cuepacs
KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.
  
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
  
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
  
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

SPR didesak dedah syarikat pembekal dakwat, kata NGO

Posted: 28 Jun 2013 07:49 AM PDT

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan masyarakat awam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan syarikat pembekal yang diberikan kontrak dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya langkah serta-merta dapat diambil untuk memastikan kontroversi melibatkan dakwat tersebut tidak berulang pada pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Walaupun dengan pendedahan tersebut, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan berkata dakwat tersebut akan masih digunakan dalam pilihan raya kecil.
Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez berkata SPR menunjukkan sikap "tidak hormat" dengan keputusan untuk meneruskan menggunakan dakwat tersebut tanpa menyelesaikan masalah yang timbul dahulu.
"Ini adalah keangkuhan jelas dan berlagak sombong... apa lagi yang boleh dikatakan?" kata Fernandez kepada The Malaysian Insider.
Fernandez berkata, SPR perlu berhenti memalukan diri mereka sendiri.
Beliau juga menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir syarikat yang membekalkan dakwat tersebut.
Presiden Persatuan Peguam Wanita Meera Sambanthar juga senada dengan desakan Fernandez yang menuntut kerajaan untuk mendedahkan butiran kontrak.
Read More / Baca Lagi >>

LFL: Dakwaan ke atas blogger Milo Suam adalah penindasan

Posted: 28 Jun 2013 07:47 AM PDT

LFLKUALA LUMPUR, 28 JUN : Dakwaan terhadap blogger Milo Suam yang berasal dari semenanjung di Kota Kinabalu menunjukkan penindasan terhadap seorang warganegara, kata penasihat Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen.
"Mengikut Seksyen 121, Kod Prosedur Jenayah, individu perlu didakwa di lokasi kesalahan dilakukan.
"Milosuam seorang blogger yang berpangkalan di Kuala Lumpur sedangkan pendakwaan dilakukan di Kota Kinabalu. Beliau tidak menjejakkan kakinya di Sabah ketika kenyataan itu dibuat.
"Pendakwaan ini bukan hanya membebankan, malah menafikan haknya mendapat perwakilan secara undang-undang," kata Eric dalam kenyataan.
Menurut Eric, LFL telah mewakili Milo Suam sejak penahanannya awal Mei lalu.
Namun, pendakwaan yang dibuat di Kota Kinabalu menyebabkan wakil LFL tidak dapat berbuat demikian.
"Peguam dari semenanjung tidak dibenarkan muncul di mahkamah di Sabah. Keadaan ini memaksa anak guam kami mencari peguam baru di Sabah," kata Eric.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Kerajaan jangan sembunyi apa-apa dari rakyat

Posted: 28 Jun 2013 07:44 AM PDT


(Penal dalam forum Trans Pacific Partnership Agreement - TPPA)


KUALA LUMPUR: Meskipun perincian berkaitan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) masih belum diperhalusi dari sudut kebaikan dan kesan akan datang kepada negara, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap perjanjian itu wajar diredakan dengan maklumat secukupnya.

Lebih-lebih lagi, apabila terdapat dakwaan yang mengatakan ada beberapa terma di dalam TPPA itu diambil dari North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pakar Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob (gambar) berkata NAFTA yang telah dimeterai perjanjiannya pada 1994 sebelum ini, sudahpun memberikan kesan yang dibimbangi akan berulang apabila termeterai TPPA yang dijangka dilakukan pada Oktober 2013, di Kota Kinabalu, Sabah.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam TPPA ini dan kesannya, tetapi TPPA ini asasnya dari NAFTA. Kita tidak boleh kata ini kesan TPPA, sebab tak tahu tapi kita boleh anggap sebagai 'kesan bayangan' apabila melihat kesan dari NAFTA itu sendiri," kata beliau pada satu forum berkaitan TPPA, di Dewan Perhimpunan Cina, malam tadi.

Menurut bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia itu, jika melihat Perkara 11 dalam NAFTA iaitu 'investor-state dispute settlement' (ISDS), ia memperlihatkan satu peruntukan yang menyebelahi pelabur semata-mata.

Peruntukan itu, jelas Dr. Rosli banyak memberi kelebihan kepada pelabur apabila berlaku sebarang pertikaian antara syarikat pelabur dengan negara yang memeterai NAFTA.

Sebagai contoh, katanya pernah berlaku pertikaian antara Kanada dengan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang mengimport air dari sebuah tasik di Kanada, dan menyebabkan kerosakan eko sistem tasik tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri: 'Jika buka jalan, dah tak jadi Jonker Walk'

Posted: 28 Jun 2013 07:43 AM PDT


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.

Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki.

NONE"Melaka ini tak ada apa-apa, ada pelancongan sahaja. Di mana-mana pun orang pergi, orang dah kenal Jonker Walk ini.

"Kalau kita buka Jonker Walk (kepada kenderaan), kereta dah boleh lalu, (jadi) pelancong dah tak datang nanti, jangan salahkan orang lainlah," kata Nazri pada sidang media petang tadi.

Beliau juga berkata, alasan kerajaan negeri untuk membuka semula jalan berkenaan juga bukan satu pertimbangan yang wajar.
Walhal, jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya.
"Saya harap ketua menteri akan mengkaji perkara ini dan saya berjanji akan pastikan pada akhirnya, jalan itu akan ditutup pada hujung minggu.

"Kalau kita buka untuk kereta lalu lalang, ia dah tak jadi Jonker Walk, ia mungkin akan jadi Jonker Highway," katanya lagi.Read More / Baca Lagi >>

KDN dan KPN terkunci kerana ada “pekung sendiri” kata Kit Siang

Posted: 28 Jun 2013 07:42 AM PDT

Pasukan keselamatan negara kini dilanda "jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, ekoran kredibiliti dan kewibawaan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tercalar, kata Lim Kit Siang (gambar).
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
"Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
"Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah," katanya.
Antara perkara yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP itu adalah tindakan dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, penghakiman pada Rabu, yang menyaksikan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan yang mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di balai polis Taipan pada 20 Januari 2009.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Kaji Tindakan Undang undang JKKK Umno Gagal Patuhi Titah Sultan

Posted: 28 Jun 2013 07:41 AM PDT

PAS Kesal Umno Anjur Pesta Maksiat DiAmbang Ramadhan

Posted: 28 Jun 2013 07:41 AM PDT

KM Penang: Isu Dakwat Kekal

Posted: 28 Jun 2013 07:39 AM PDT

High Court judge retires after Kugan judgment

Posted: 28 Jun 2013 01:21 AM PDT

Takut Kantoi: Musa Aman elak soalan isytihar harta

Posted: 28 Jun 2013 01:18 AM PDT

musa_aman_sabahKOTA KINABAL, 28 JUN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengelak menjawab soalan Adun Pakatan Rakyat Sabah berhubung amalan mengisytiharkan harta.
Soalan tersebut antara diajukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun lalu sempena mesyuarat pertama penggal pertama DUN Sabah ke-14.
Musa dalam jawapannya memberi alasan semua Exco kerajaan negeri mengisytihar harta kepadanya dan tidak menjawab soalan lain melibatkan beliau.

"Pengisytiharan ini penting bagi memastikan tiada berlakunya salah guna kuasa dan rasuah," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang yang juga Penasihat DAP negeri, Dr Hiew King Cheu.
Kata Dr Hiew, amalan mengisytihar harta bagi mengelakkan Ahle Dean Undangan Negeri 'menjadi orang kaya segera' sepanjang menjawat jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Wartawan Utusan@Barua UMNO protes, dakwa dihalang masuk DUN Pulau Pinang

Posted: 28 Jun 2013 01:17 AM PDT



Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: "Ketelusan telah mati di sini".

NONESementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia.

ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini.

"Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi," kata Law dalam satu sidang media.

DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011.

Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media.

PRK Kuala Besut beri peluang untuk SPR berubah

Posted: 28 Jun 2013 01:16 AM PDT

KOTA BHARU: Pilihan raya kecil Kuala Besut akan memperlihatkan samada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu berubah sebagaimana tuntutan rakyat atau akan terus kekal menjadi 'Suruhanjaya Suruhan Umno'.


(Fatah menanam pokok sebagai gimik projek untuk menghijaukan Kota Bharu)

Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut nanti akan memperilihatkan perkara ini.

"Dari sudut politik, kita tidak mengira sama ada kedudukan kerusi Dun Terengganu itu pada  mejoriti 17- 15, tetapi kita tuntut pertama-tama sekali ialah SPR yang telus, SPR yang benar-benar menjalankan tugasnya sebagai SPR, tidak SPR sebagaimana dakwaan sesetengah pihak Suruhanjaya Suruhan Umno," kata Fattah.

Fattah yang juga Adun Bukit Panau bercakap kepada wakil Harakahdaily pada majlis pelancaran Kempen Hijau Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Tunjong, dekat sini pagi tadi.

Kenyataan Fatah ini dibuat ekoran serangan bertalu-talu terhadap SPR dan penjelasan yang bersimpang siur yang dibuat oleh badan yang sepatutnya bebas itu.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal menjadi fokus utama serangan kepada SPR di samping pelbagai kecacatan dan salah laku yang berjalan sepanjang pilihan raya ke 13 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BIRI NARKOTIK MELUAS JARINGAN

Posted: 28 Jun 2013 07:00 AM PDT


TAHU APA PIL KUDA

Tentera rampas 162,000 pil kuda RM4.8 juta di Rantau Panjang

Cetak
KOTA BHARU: Sebanyak 162,000 biji pil kuda dianggar bernilai RM4.8 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini ditemui dalam dua beg plastik di tebing Sungai Golok, Rantau Panjang, kelmarin. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... ADAKAH RAMPASAN INI KERANA MAKLUMAT DARI HAJI HADI?... kah kah kah..

kah kah kah.... KAH KAH KAH....kah kah kah

woit... ATAU MAKLUMAT DARI MENANTU HAJI HADI?... kah kah kah..

kah kah kah...KAH KAH KAH.... kah kah kajh

--------

SAH MALAYSIA NEGARA DUNIA KE TIGA

Posted: 28 Jun 2013 06:30 AM PDT




Rompak RM20, buruh dijel
KUALA TERENGGANU - Walaupun tidak berbaloi dengan 'hasil' rompakannya iaitu cuma RM20, namun seorang buruh terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau, April lalu.

TAK PERLU DAKWAT KEKAL - MALAYSIA BUKAN NEGARA DUNIA KETIGA – Tengku Adnan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwat yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Tambahnya lagi, Malaysia juga tidak memerlukan dakwat kekal seperti "negara dunia ketiga" lain.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...LUPA KAN SEMENTARA DAKWAT KEKAL... kah kah kah..

kah kah kah... INI BUKTI JELAS MALAYSIA DUNIA KE TIGA..... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB TERLIBAT KES BUNUH ALTANTUYA... TIDAK DI DAKWA...kah kah kah..

kah kah kah..RAZAK BAGINDA KAWAN NAJIB LEPAS BEBAS.... kah kah kah..

woit... BUNUH TAK JADI APA APA.... kah kah kah

kash kah kah...CURI 20 RINGGIT 7 TAHUN PENJARA... 4 SEBATAN... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU INI BUKAN DUNIA KE TIGA ... ERTINYA ROSMAH MANSOR  BUKAN  MAK JANDA.... kah kah kah

TENGKU FRAUD

----------

SEMUA BISA DIURUS

Posted: 28 Jun 2013 01:32 AM PDT




  • KOMENTAR TUKAR TIUB
  • sabar
  • sabar
  • ini baru mahkamah sesyen
  • lepas ini buat rayuan
  • bebas dari jil
  • kemudian tungggu bertahun tahun
  • kita tunngu dan lihat

  • NOTA
  • semua bisa diurus

  • INI JUGA MANGSA
  • Kerabat diraja, dua lagi dihukum penjara
  • Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang anggota kerabat diraja kerana dituduh mencederakan peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.

  • Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohamad Arif Husin selepas mendapati ketiga-tiga individu tersebut bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada Farkhan.

    Katiga-tiga individu tersebut diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini apabila hakim menolak permohonan mereka untuk menangguh pelaksanaan hukuman sebelum membuat rayuan.

    Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati bagi peninju kebangsaan tersebut, yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan SEA. 

SEMUA BISA DI URUS
--------

BERDEMO PUN MESTI ADA STYLE

Posted: 27 Jun 2013 10:39 PM PDT




DEMO DAN SEMIOTIK
kena tangkap itu biasa
berdemo di tangkap itu pun  biasa

yang maha penting untuk anak muda
ialah apabila di tangkap dalam demo
wajib dilihat sytlish
wajib dilihat trendy
wajib dilihat chic

ini untuk memastikan imej demo
imej turun ke jalan raya
ialah imej counter culture
imej anak muda
bukan imej poyo

ini untuk menyambut tradisi 
jenerasi yang terdahulu dari kita

sila lihat jenerasi paris 68
sila lihat jenerasi  baling 74

anak anak mahasiswa dilihat trendy chic
minah cun  turun berdemo
mamat stylo turun berdemo
mamat jambu turun berdemo
minah ranggi turun berdemo

feshen rambut counter culture

nak berdemo pun 
ada feshen
ada style

yang poyo sila tinggal dalam kampus


BAJU T hitam
KACA MATA - rayban
SELUAR - bundle
TOPI - rasta
TANGAN -  gelang

TOPI - rasta
KACA MATA - rayban

KASUT - bundle
SELUAR - denim biru

STYLE
DATARAN  MERBOK 2013

TRADISI PARIS 68

PARIS 68

MASJID NEGARA - BALING 74
RAMBUT PANJANG

Add caption
--------

MORAL? MORAL APA ? KAH KAH KAH

Posted: 27 Jun 2013 09:40 PM PDT






Keputusan kes mahkamah KPN 

ganggu moral pasukan polis

OLEH LEE SHI-IAN
Moral pasukan polis daripada peringkat bawahan hingga ke ibu pejabat di Bukit Aman terganggu ekoran berita muka hadapan sepanjang tempoh dua hari ini membabitkan Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... WARTAWAN INI PANDAI PANDAI MENULIS TENTANG MORAL POLIS TERGANGGU...kah kkah kah..

kah kah kah... BUKAN MASALAH MORAL TERGANGGU.... kah kah kah..

kah kah kah...PERSOALAN NYA IALAH ADA LAGI KE MORAL POLIS.... kah kah kah

MAT LANCHOW
MUSUH ANAK MUDA
BURU HINGGA TERSUNGKUR

---------

SATU LAGI PENIPUAN SPR

Posted: 27 Jun 2013 08:54 PM PDT




BERSIH 4 WAJIB DI SUSUN



KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan silap faham
jangan salah perkiraan
spr sengaja mengumpul pengundi banyak
dalam kawasan yang pro pakatan

contohnya : 
bukit bintang
klang
seputeh
petaling jaya utara
malah di kawasan kampong dimana pas kuat
lebih 100,000  pengundi dikumpul 
contohnya di baling kedah

ini penipuan yang terang
tetapi tidak disedari ramai
ini wajib dilawan

HANYA  DEMO MEMBAWA PERUBAHAN


Sistem Undi Popular Tidak Relevan - Annuar Musa
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... UNDI POPULAR TAK RELEVAN?.... kah kah kah..

kah kah kah...MALAON INI SEWEL..... kah kah kah..

kah kah kah... PAKATATAN DAPAT 52% DARI SEMUA JUMLAH UNDI.... kah kah kah..

kah kah kah... GEROMBOLAN DAAPT 47%....kah kah kah..

kashs kah kah...1% UNDI ROSAK.,.... kah kah kah..

woit...ERTINYA.... PAKATAN LEBIH BANYAK DAPAT SOKONG DARI GEROBOLAN... mkah kah kah..

woit ...KERUSI  SEPUTEH  SAJA MAJORITI 55 RIBU.... kah kah kah...

kah kah kah... BERAPA KALI MAJORITI INI SUDAH TELAN 12 RIBU PENGUNDI PUTRAJAYA.... kah kah kah....


TERUS BURU
MAT LANCHOW INI

-------

BERITA BOCOR DARI JAKARTA

Posted: 27 Jun 2013 08:36 PM PDT





NOTA
kenapa beritra ini keluar sekarang?
siapa berada di jakarta minggu ini?

jeng jeng jeng
jeng jeng jeng

setiausaha amerika kini ber ada di jakarta
dan obama akan datang ke kuala lumpur
jadi berita ini  sengaja dibocorkan
untuk beri tekanan pada najib
kah kah kah

terima kaseh jusof kalla

NOTA
dalam politik dunia
dalam hubungan antarabangsa
membocorkan berita sademikian
dipanggil diplomasi tekanan
atau coercive doplomacy

Imaginasi Anwar melampau
KUALA LUMPUR 27 Jun - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan  Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.
Komen
Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, mendakwa  Anwar Ibrahim mendapat dana besar pihak asing, terutama dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505 yang disifatkannya hanya menguntungkan musuh Islam. »

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... INI BERITA BAIK....kah kah kah..

kah kah kah...IMPLAKASI BERITA INI  CUKUP BAIK.... kah kah kah..

kah kah kah...JUSOF KALLA SENGAJA BOCORKAN BERITA INI.... kah kah kah..

woit... APA MAKNA NYA BERITA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNA NYA WASHINGTON...TURKI... FILIPINA... THAILAND... DAN CHINA... TAK IKTIRAF  KERAJAAN TIPU  NAJIB.... kah kah kah..

kah kah kah...KERANA ITU TAK BANYAK UCAPAN TAHNIAH DARI BANYAK NEGARA.... kah kah kah..

kah kah kah...TAHNIAH  BANYAK DATANG DARI  NEGARA  TAN TAN ...kah kah kah

kah kah kah.. DARI  TAJIKSTAN.. TURKEMINISTAN... KAZAKHTAN....  kah kah kah

kah kah kah... NEGARA GOOHED .... GOOOOSTAN..... kah kah kah

kah kah kah... JUSOF KALLA SENGAJA BOCORKAN ....UNTUK BERI TEKANAN PADA NAJIB... kah kah kah

PASTIKAN
MAT LANCHOW INI
TERUS DI BURU
HINGGA TERSUNGKUR

---------