Pemuda Pas Wilayah Persekutuan bersedia menggerakkan jentera parti di segenap peringkat bagi memastikan kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut meskipun ia akan diadakan dalam bulan Ramadan.
Mohamad Suhaimi Aziz
Tmbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Aziz berkata, Ramadan tahun ini bakal mencatat sejarah perjuangan Pas kerana akan sekali lagi bertarung dalam PRK walaupun baru sahaja menghadapi PRU13 tidak sampai dua bulan yang lepas.

"Bulan Ramadan adalah bulan rahmat buat umat Islam.

"Umat Islam juga mengenali bulan ini sebagai bulan perjuangan dan bulan kemenangan.

"Semangat Ramadan akan mengalir dalam diri setiap anggota dan Insya-ALLAH setiap petugas akan berkorban bagi memastikan kemenangan tercipta di Dun tersebut dan seterusnya memberi peluang buat Pas memerintah kembali Terengganu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.