RAKYAT MARHAEN |
- Sambungan Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja (3) - 27 Jun
- Kempen 1Malaysia sudah mati, kata Guan Eng, Perkasa
- PRK 2013: Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri?
- SPR letak jawatan sebagai pemula perdamaian
- Kes Tumbuk : Zahid Hamidi gagal ketepikan kes saman terhadapnya daripada dibicarakan
- Pewarna makanan: Adakah SPR, Ahmad Maslan tipu?
- SPR BELANJA RM7.1 JUTA UNTUK BELI DAKWAT PEWARNA MAKANAN!!! RAKYAT TERUS DITIPU TANPA ADA RASA MALU!!
- Dah Kantoi: Apa Lagi Alasan Pengerusi SPR Selepas Ini..!!!
- PRK 2013: Jentera Pemuda Pas WP bersedia hadapi PRK
- PRK 2013: Pengundi Kuala Besut masih dalam ‘mood’ mahu berubah
- NFC: Berapa ganti rugi dibayar kepada kerajaan
- Tiga minggu selepas dedahkan kelemahan EAIC, CEO dipindahkan
- Dewan Rakyat Gamat Isu Perlekeh Titah YDPA
- Rakaman Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2013 ( Isu Jerebu Dan PRU13 )
- Suruhanjaya Siasat PRU-13 Selangor Buka Ruang Aduan Orang Ramai
- Datukship: 'I was told to pay RM90,000 for award'
- Malaysia - Indonesia Perlu Mekanisma Baru Atasi Jerebu
- DUN Kuala Besut Kawasan Mencabar Untuk Dirampas Pembangkang - Anwar
- An IGP responsible for death of a citizen,a Home Minister who hit another: BUT DOES NAJIB CARE?
- Tiada lagi pemimpin yang bercakap dan bertindak dengan keluhuran hati
- Speaker K'jaan Minoriti BN Masih Seperti Dulu, Berat Sebelah & Tidak Profesyenal
- JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KRITIKAL
- Dah Terbongkar: Tahulah kenapa Pengerusi SPR sedih isu dakwat kekal
- Nyawa Pasar Kedai Payang terpaut pada PRK Kuala Besut?
- Anwar: Zahid perlu jelaskan kes tahanan mati dibelasah polis
Sambungan Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja (3) - 27 Jun Posted: 26 Jun 2013 09:19 PM PDT |
Kempen 1Malaysia sudah mati, kata Guan Eng, Perkasa Posted: 26 Jun 2013 09:08 PM PDT Sebelum Pilihan Raya 2013, konsep 1Malaysia merupakan perbualan harian di negara kita, diasaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatukan rakyat berbilang kaum selain untuk memenangi sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13. Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa tanpa mendapat kembali majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi popular, dengan perasaan kecewa kerana merasa dikhianati, konsep 1Malaysia kelihatan asing kepada Najib dan orang-orang bawahnya. Perdana menteri juga dilihat tidak lagi didengari bercakap tentang slogan itu. Kebanyakan menterinya seolah-oleh sudah melupakannya. Oleh kerana sebahagian besar masyarakat Cina mengundi pembangkang dalam pilihan raya 5 Mei lalu, sebahagian daripada pemimpin Umno dan Perkasa merasakan konsep 1Malaysia telah ditolak pengundi oleh itu, Najib perlu menjadikannya sebagai artifak. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kalah di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya 2013 mengatakan konsep 1Malaysia telah mati sebaik sahaja pentadbiran Najib menyalahkan masyarakat Cina kerana kelemahan prestasi BN. Read More / Baca Lagi >> |
PRK 2013: Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri? Posted: 26 Jun 2013 09:06 PM PDT Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama. Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri. Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail. Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR. Apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi Dun Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang, adalah masih 17 dan PR 15. Tetapi jika PR merampas Kuala Besut, kedudukannya ialah 16-16. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan. Read More / Baca Lagi >> |
SPR letak jawatan sebagai pemula perdamaian Posted: 26 Jun 2013 08:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dicabar memastikan semua penjawat penting Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan sebagai tanda keihklasan perdana menteri untuk mengajak Pakatan Rakyat kepada perdamaian. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor berkata, Pakatan Rakyat boleh berdamai namun ianya sukar bagi Pakatan untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tercemar dengan penipuan. "Kita juga mendesak agar jawatankuasa baharu SPR dilantik dari kalangan mereka yang diberi kepercayaan oleh semua pihak. "Satu langkah penting pendamaian adalah dengan merombak sistem-sistem karut SPR selama ini termasuk menghapuskan undi pos, undi awal, menyekat pengundi luar negara mengundi, membersihkan daftar pemilih dan lain-lain lagi," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib kelmarin yang meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya lalu sebagai usaha ke arah rekonsilisasi (perdamaian) nasional selepas ketegangan menghadapi PRU13 lalu. Riduan menegaskan, perdamaian hanya berlaku sekiranya kedua-dua pihak melangsungkan perlawanan secara adil dan di atas padang yang sama rata. Read More / Baca Lagi >> |
Kes Tumbuk : Zahid Hamidi gagal ketepikan kes saman terhadapnya daripada dibicarakan Posted: 26 Jun 2013 08:49 PM PDT Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menggunakan semua ruang undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di mahkamah. Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan. Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor. Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata. Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai. "Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu. "Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian." Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000. |
Pewarna makanan: Adakah SPR, Ahmad Maslan tipu? Posted: 26 Jun 2013 08:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu-persatu penjelasan mula dikeluarkan bagi menjustifikasikan kenapa dakwat yang pada mulanya diyakinkan kepada rakyat bahawa ianya 'kekal' tetapi terbukti tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Read More / Baca Lagi >>Apa yang dapat dilihat, penjelasan demi penjelasan yang dinyatakan kerajaan termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menjadi 'bahan ketawa' rakyat yang sudah menganggap isu dakwat kekal ini hanya penipuan semata-mata. Terbaru semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat. Ianya sekaligus menyanggah penjelasan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini bahawa dakwat tersebut mengandungi bahan silver nitrat. Menurut beliau, bahan tersebut meresap ke dalam kulit dan mustahil ia dapat ditanggalkan dengan sebarang cara, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya. Sebelum ini juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan turut mengesahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan mengandungi silver nitrat. |
Posted: 26 Jun 2013 06:38 PM PDT Jawapan Shahidan Kassim Menteri DiJabatan Perdana Menteri, di Parlimen semalam mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu. Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka. Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu. |
Dah Kantoi: Apa Lagi Alasan Pengerusi SPR Selepas Ini..!!! Posted: 26 Jun 2013 06:36 PM PDT Jawapan Shahidan Kassim di Parlimen mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu. Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka. Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu. SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur. Read More / Baca Lagi >> |
PRK 2013: Jentera Pemuda Pas WP bersedia hadapi PRK Posted: 26 Jun 2013 06:34 PM PDT Pemuda Pas Wilayah Persekutuan bersedia menggerakkan jentera parti di segenap peringkat bagi memastikan kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut meskipun ia akan diadakan dalam bulan Ramadan. Tmbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Aziz berkata, Ramadan tahun ini bakal mencatat sejarah perjuangan Pas kerana akan sekali lagi bertarung dalam PRK walaupun baru sahaja menghadapi PRU13 tidak sampai dua bulan yang lepas. "Bulan Ramadan adalah bulan rahmat buat umat Islam. "Umat Islam juga mengenali bulan ini sebagai bulan perjuangan dan bulan kemenangan. "Semangat Ramadan akan mengalir dalam diri setiap anggota dan Insya-ALLAH setiap petugas akan berkorban bagi memastikan kemenangan tercipta di Dun tersebut dan seterusnya memberi peluang buat Pas memerintah kembali Terengganu," katanya dalam satu kenyataan, semalam. |
PRK 2013: Pengundi Kuala Besut masih dalam ‘mood’ mahu berubah Posted: 26 Jun 2013 06:33 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS Terengganu bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Read More / Baca Lagi >>Ini selaras dengan peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi ekoran kekosongan kerusi Dun berkenaan ekoran kematian wakilnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 semalam akibat kanser paru-paru. Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar) melahirkan keyakinan rakyat negeri itu khususnya para pengundi Dun Kuala Besut masih dalam 'mood' mahu berubah, berdasarkan keputusan Pilihan raya Umum kali ke-13 yang lalu. "PAS bersedia hadapi PRK Kuala Besut kerana memenuhi peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi ekoran kerusi tersebut yang kosong kini, kita yakin 'mood' rakyat nak lihat perubahan bersama kita. "Dan keputusan 'menang' adalah penting kerana akan jadikan kedudukan 16-16," ujarnya dipetik Buletin Online. Keputusan PRU13 lalu menyaksikan BN Terengganu memenangi 17 kerusi Dun, PAS (14) dan PKR (1). |
NFC: Berapa ganti rugi dibayar kepada kerajaan Posted: 26 Jun 2013 06:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] meminta Menteri Kewangan menyatakan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan hasil kegagalan projek NFC. Read More / Baca Lagi >>Dalam soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut meminta Perdana Menteri menyatakan setakat ini berapakah bayaran ganti rugi yang telah dikembalikan kepada kerajaan oleh pihak yang terbabit. Soalan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada PAS yang lain adalah seperti di bawah. Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha-usaha yang telah diambil untuk mengawal peningkatan harga rumah kediaman di kawasan bandar. Dr. Haji Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan sedar hampir semua Pusat Hemodialisis sekarang ini dikenakan syarat oleh Malaysia Society of Nephrology (MSN) supaya 'person in charge (PIC)' mesti dari kalangan Doktor Pakar Perubatan Penyakit Dalaman (internal medicine), sedangkan syarat tersebut tidak wujud dalam mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. |
Tiga minggu selepas dedahkan kelemahan EAIC, CEO dipindahkan Posted: 26 Jun 2013 06:31 PM PDT Selepas tiga minggu menyatakan kekurangan yang dihadapi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan itu, Nor Afizah Hanum Mokhtar (gambar) dipindahkan semula ke Pejabat Peguam Negara. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, beliau telah diberikan surat arahan perpindahan ke Pejabat Peguam Negara pada 24 Jun (Isnin) lepas, dan dijangka memulakan tugasnya pada 1 Julai. "Sebab dipindahkan bagaimanapun tidak diketahui," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Nor Afizah sebelum ini dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider telah mendedahkan kekurangan dalam suruhanjaya berkenaan yang mengawal selia kes salah laku 19 agensi penguatkuasaan termasuk pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Dalam temuramah itu, beliau mengakui menghadapi kesukaran dengan hanya dibekalkan seorang pegawai penyiasat untuk menyiasat aduan salah laku terhadap kesemua agensi penguatkuasaan, sedangkan kemarahan umum terhadap suruhanjaya berkenaan semakin meningkat ekoran jumlah kes kematian dalam tahanan yang meningkat saban hari. Beliau juga turut berkata suruhanjaya yang diterajuinya itu hanya dibekalkan bajet tahunan setakat RM7 juta bagi menampung keperluan 23 pekerja termasuk pegawai penyiasat, kerani, pemandu, penyiasat undang-undang, pegawai pentadbir dan pengarah operasi. Read More / Baca Lagi >> |
Dewan Rakyat Gamat Isu Perlekeh Titah YDPA Posted: 26 Jun 2013 06:24 PM PDT |
Rakaman Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2013 ( Isu Jerebu Dan PRU13 ) Posted: 26 Jun 2013 07:51 AM PDT |
Suruhanjaya Siasat PRU-13 Selangor Buka Ruang Aduan Orang Ramai Posted: 26 Jun 2013 07:41 AM PDT |
Datukship: 'I was told to pay RM90,000 for award' Posted: 26 Jun 2013 07:39 AM PDT |
Malaysia - Indonesia Perlu Mekanisma Baru Atasi Jerebu Posted: 26 Jun 2013 07:36 AM PDT |
DUN Kuala Besut Kawasan Mencabar Untuk Dirampas Pembangkang - Anwar Posted: 26 Jun 2013 07:34 AM PDT |
An IGP responsible for death of a citizen,a Home Minister who hit another: BUT DOES NAJIB CARE? Posted: 26 Jun 2013 07:18 AM PDT The Prime Minister should take stock of the decision of the Kuala Lumpur High Court today in finding the current Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar responsible for the death of A. Kugan in police custody. It must have been brought to the notice of the Prime Minister that the conduct of the IGP was seriously in question with the case of Kugan pending but yet the Prime Minister felt it fit for him to be appointed as IGP. First the IGP, next the Home Minister Now the Prime Minister is highly embarrassed and he has only himself to blame for not realising the obvious, which is that the court could well find against Khalid in the case, which it ultimately did. Now we have the Home Minister in a somewhat similar situation. Does the Prime Minister not understand that there is a conflict as the Home Minister is in charge of the police and that he may be found liable for acts which may warrant police action? How does the Prime Minister talk of greater governance and transparency with appointments like these? Najib should go to court & hear for himself In fact, the Prime Minister should perhaps go to the Federal Court tomorrow morning in Putrajaya to hear for himself arguments in the case involving these allegations against his Home Minister. He will have an opportunity to hear in full, the allegations which are expected to come up during the hearing later if the Federal Court is of the view that the matter should proceed to trial. The Prime Minister may also want to explain what has become of the investigations into the report. With all that, the Prime Minister cannot plead his usual ignorance and keep silent. He would, if he did so, prove that he is no reformist and that we cannot expect him to make those difficult decisions which are required of him if we are to really expect any change or transformation in his government. GOBIND SINGH DEO MP Puchong |
Tiada lagi pemimpin yang bercakap dan bertindak dengan keluhuran hati Posted: 26 Jun 2013 07:16 AM PDT Tidak ada siapa yang mempunyai pemikiran yang realistik akan berupaya mengakui yang dinegara ini sudah ada politik berbilang kaum dalam sesuatu parti. Begitu hebat sekali isu ini menjadi bahan atau barang jualan politik sekarang ini khususnya sebelum pilihanraya ke 13 yang lalu. Tiada pihak dapat melakukan apa yang mereka jaja dan laungkan dimana-mana. Masing-masing dengan 'intrigue' politik masing-masing dan tidak ada pihak yang serius untuk membina politik berbilang kaum ini. Masih ada lagi unsur satu pihak cuba untuk menguasai satu kaum yang lain dengan melakukan helah yang berbagai semasa pilihanraya yang lalu. Tidak ada satu pihak yang mahu mengakui yang keadaan ini tidak akan berubah sampai bila-bila selagi pimpinan parti yang berteraskan kepada perkauman ini payah untuk menerima hakikat ini. Apa yang dilaungkan tidak selari dengan apa yang dilakukan. Tentulah keadaan ini berlaku kerana tidak ada kejujuran untuk melakukannya dan ini hanya melambangkan masih wujud dalam jiwa masing-masing sifat tidak mempercayai diantara satu dengan lain. Perhubungan baik yang dipaparkan hanyalah untuk tempelan sahaja bagi mengaut sokongan ramai dalam pilihanraya itu. Lakunan-lakunan ini akhirnya akan diketahui umum juga dan rakyat yang memahami akan akhirnya dipersalahkan kerana tidak mahu menerima apa-apa pandangan rakyat yang ramai ini. Lakunan-lakunan ini lah yang membuatkan rakyat naik mual dan jemu mendengarnya dan kita mengharapkan tidak ada pihak yang akan menyanyikan irama 'multiracialism' lagi bermula dari sekarang. |
Speaker K'jaan Minoriti BN Masih Seperti Dulu, Berat Sebelah & Tidak Profesyenal Posted: 26 Jun 2013 07:12 AM PDT Sikap tidak peduli Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengarahkan dua menteri dan tiga timbalan menteri yang dilantik secara melanggar perlembagaan keluar dari dewan amat dikesali. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam sidang medianya berkata, permohonan supaya speaker berbuat demikian sebanyak dua kali langsung tidak dilayan. "Saya tanya Speaker untuk buat keputusan untuk halau tapi tak ada apa-apa berlaku, tak ada orang keluar. "Mereka (menteri dan timbalan menteri) tidak layak berada di dewan ini," katanya tegas. Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, Thomas Su Kiong Siong berkata, sepatutnya speaker bertindak profesional dan bertanggungjawab. "Artikel 43 perlembagaan telah jelas menyatakan seseorang menteri atau timbalan menteri hanya boleh dilantik jika mereka adalah ahli kepada Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negara. "Ahli Parlimen Ipoh Barat tempoh hari sudah failkan perkara ini ke mahkamah. Jika Mahkamah putuskan perlantikan merka tak ikut Perlembagaan. Ini memang amat-amat memalukan," katanya. |
JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KRITIKAL Posted: 26 Jun 2013 07:06 AM PDT TERLEBIH dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menerima dan sudi membaca warkah ini. Saya aktivis sosial yang sering membantu pekerja tempatan dan asing di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perhubungan Perusahaan, selain itu saya juga menjalankan penyelidikan dalam pemerdagangan orang melalui tenaga kerja. Disini ingin saya nyatakan kronologi kes yang dibawa di hadapan pekerja-pekerja migran dari berbagai Negara. Jenayah Pihak Polis: MANGSA 1 1. Abdul Kader Jilani (mangsa) secara bersama dengan mangsa-mangsa yang lain yang juga adalah korban syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis, ditipu serta paspot ditahan oleh syarikat SNT dan sebahagian paspot tak dapat dikesan dalam simpanan SNT. 2. Semasa beliau dipanggil untuk rakaman percakapan beliau telah dikasari secara berbahasa, diherdik dan dimarah kerana membuat laporan polis No. Repot PUDU/10336/12 oleh ASP Azari Bin Miskon no. talipon 012-5015420. 3. Pada masa yang sama mangsa terserempak dengan Babul @ Shahidul Islam Pengarah syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. 'perpetrator' dan Babul menyatakan beliau mempunyai jutaan ringgit untuk sogok pihak polis. Seterusnya menyatakan bahawa beliau mendapat layanan baik dari ASP Azahari bukan seperti mangsa yang dikasari. 4. Setelah mengetahui saya yang membantu, ASP Azahari mula berlembut dengan mangsa, seterusnya ASP Azahari meminta mangsa menarik balik laporan polis dan ASP Azahari berjanji akan mengatur kepulangan mangsa ke Negara asal. |
Dah Terbongkar: Tahulah kenapa Pengerusi SPR sedih isu dakwat kekal Posted: 26 Jun 2013 06:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketika satu temuramah dengan Sinar Harian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata episod dakwat kekal yang boleh dicuci ialah peristiwa paling menyedihkan bagi beliau. Read More / Baca Lagi >>Walaubagaimanapun, beliau tidak menerangkan mengapa sedih pada ketika itu. Hari ini, kita tahu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat. Dalam jawapan Shahidan juga menyatakan, ketahanan dakwat adalah bergantung kepada individu dan usaha-usaha yang diambil untuk menghilangkan dakwat kekal di jari mereka. "Ujian yang dibuat ke atas pegawai SPR dan pekerja media pada 2 Mei 2013 telah membuktikan bahawa dakwat berkenaan kekal seperti ditetapkan," kata Shahidan dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, Shahidan enggan mendedah nama pembekal dakwat atas alasan keselamatan. Keseluruhannya penggunaan dakwat kekal telah menelan kos RM7.1 juta. |
Nyawa Pasar Kedai Payang terpaut pada PRK Kuala Besut? Posted: 26 Jun 2013 06:53 AM PDT Kuala Besut. Nama yang tiba-tiba meletup tengah hari tadi. Kematian Exco, yang sepatutnya kita semua berkabung seketika kerana seorang muslim telah meninggal dunia, hanya sempat diucap takziah dan innalillah. Itu sahaja. Apa yang lebih penting yang hendak diutarakan oleh semua makhluk di bumi Malaysia ini adalah, Pilihanraya Kecil. PRK. Inilah dia, tabiat politik di Malaysia. Memang pantas. Memang laju. Memang drastik. Dan seperti biasa, SPR akan mengumumkan bahawa PRK akan dibuat 60 hari selepas kekosongan kerusi N01 Kuala Besut itu. 17-15, telah menjadi 16-15. Lebih 1 kerusi. Dan yang pasti. PAS akan memainkan semain-mainnya isu Kedai Payang yang akan dirobohkan oleh Mat Said. Namun, sebenarnya, apa yang berlaku sekarang ini, memang benar, ianya adalah hidup matinya Kedai Payang yang di dalam keadaan akan dimusnahkan, jika BN kekal sebagai kerajaan negeri. Dengan terwujudnya PRK ini, maka laluan pernafasan Kedai Payang yang seakan mati kembali bernyawa. Dengan berlakunya PRK ini, sudah tentu nyawa Kedai Payang ini bergantung hidup pada undi daripada 17,679 pengundi di DUN Kuala Besut. Walau dialek sebutan lebih 'e' dari 'ng', walau sanak saudara lebih ke arah Semerak dari Kuala Terengganu, walau lebih mengaku asal Besut dari asal Terengganu, namun kekuatan 'roh' Kedai Payang itu adalah lebih kuat dan utuh untuk menjatuhkan rejim BN Terengganu dari terus memerintah Terengganu. Ayuh pengundi Kuala Besut, andalah penyelamat kepada Pasar Kedai Payang..... |
Anwar: Zahid perlu jelaskan kes tahanan mati dibelasah polis Posted: 26 Jun 2013 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR 26 JUN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab terhadap jaminannya bahawa orang yang ditahan tidak akan dikasari pegawai bertugas. Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Zahid juga menjelaskan berhubung kes kematian A Kugan ketika berada dalam tahanan polis pada 2009. "Zahid memberi penjelasan yang tegas dalam Parlimen tadi dan saya ucapkan terima kasih. "Dan sejurus selepas itu, Hakim (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) membuat keputusan (kemenangan kes Kugan) walaupun masih ada ruang untuk rayuan dan sebagainya. "Tetapi berdasarkan keterangan yang ada, Zahid wajar beri respon segera," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pemberita. Bedah siasat kedua mengesahkan Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Mahkamah Tinggi tengahari tadi mengarahkan kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga mendiang Kugan yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan