Rabu, 26 Jun 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


INI BUKTI PENIPUAN SPR

Posted: 26 Jun 2013 06:00 PM PDT


KOMENTAR TUKAR TIUB
hebatkan lagi serangan terhadap spr
jangan henti henti
timbulkan kebencian terhadap spr
jangan henti henti
perlekehkan lagi spr
hingga orang ramai hilang keyakinan
kerana spr menipu


JANGAN HENTIKAN
SERANGAN KEPADA
MAT LANCHOW INI
BURU SAMPAI TERSUNGKUR

  • Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat
  • NONE"Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan," kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang  Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

  • Menteri: Dakwat kekal guna pewarna makanan
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan. 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INI MESTI SYARIKAT KRONI.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU TIDAK SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA ISLAM... kah kah kah

kah kah kah.... JANGAN HENTIKAN SERANGAN.... kah kah kah...

kah kah kah...BOCORKAN CEPAT CEPAT.... kah kah kah

BAKAR TERUS
KENMARAHAN RAKYAT


--------

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PEMBACA

Posted: 26 Jun 2013 08:00 AM PDT





  • PENGUMUMAN
  • para pembaca
  • yang budiman
  • sesiapa ada maklumat
  • tentang
  • dua ekor malaon ini
  • sila hebohkan

  • adalah menjadi satu kewajiban
  • satu tugas suci
  • untuk memberi tahu
  • satu malaysia
  • bahawa dua ekor malaon ini
  • hanya lulus darjah tiga



  • DAP dakwa dua menteri miliki ijazah palsu
  • NONEMP Serdang Ong Kian Ming mendakwa, kedua-dua menteri tersebut memperolehi ijazah dari "kilang ijazah" di Preston dan Wyoming, Amerika Syarika

ANAK MUDA
BUAT LAH APA SAJA
tapi
JANGAN LUPA MAT  LANCHOW INI
WAJIB TERUS DI BURU

--------

PEMBUNUH KENTAL TELAH DI TANGKAP

Posted: 26 Jun 2013 06:30 AM PDT



INI
MATI TERTELAN
GULI KACA

INI MATI
TERCEKEK SATAY TEMBUSU

INI MATI
MAIN GALAH TENG TENG

INI MATI
TERLAMPU BANYAK MAKAN APAM

INI MATI
DISENGAT IKAN SEMBILANG

Kematian Dalam Lokap Bukan Disebabkan Keganasan Polis – Zahid

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menolak dakwaan kebanyakan kematian tahanan dalam lokap berpunca daripada keganasan polis.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... DENGAR ... DENGAR... CAKAP MENTERI INI.... kah kah kah..
kah kah kah...KUGAN MATI KERANA TERLAMPAU BANYAK MAKAN SATAY TEMBUSU... kah kah kah..
kah kah kah...AMINULRASHID MATI KERANA  TERTELAN GULI KACA.... kah kah kah..
kah kah kah... FRANCIS MATI DI RUMAH PASONG BRICKFEILD KERANA DI SENGAT IKAN SEMBILANG.... kah kah kah..
kah kah kah... JANGAN BUAT FITNAH... POLIS MALAYSIA  TAK GANAS...kah kah kah
NOTA
siasatan terbaru mendapati bahawa francis
telah mati kerana disengat oleh ikan sembilang
ketika dia menyelam dalam sungat klang
orang ramai dinasehatkan kalau menyelam
dalam sungai klang sila pakai baju plastik

BERITA BARU MASUK
POLIS BERJAYA MENANGKAP PEMBUNUH
dua ekor ikan sembilang
telah ditangkap dari
sungai klang pagi ini

polis  telah berjaya memasang lukah
dan memerangkap sembilang ini

dua sembilang ini telah lama dicari oleh polis
dua ekor ikan sembilang ini akan dihadapakan
ke mahkamah  jalan duta atas tuduhan membunuh

dua sembilang ini akan menghadapai tuhuan atas
kanun keseksaan 9 (Tah8)  kerna membunuh francis udayappan

dua ekor semnbilang ini telah dihantar
ke rumah pasong jinjang
diberitakan dua ekor ini akan
ditahan dalam lokap 
yang baru baru ini
 telah  digunakan oleh adam adli

TIBAI 
MAT LANCOW INI
HINGGA DIA MENYESAL DILAHIRKAN
-------

SALUT NAK MUDA YANG BERANI

Posted: 25 Jun 2013 11:15 PM PDT


SALUT ANAK MUDA YANG BERANI
kau tinggalkan kucupan kekaseh mu
kau tinggalkan ibu dan ayah
kau tinggalkan rumah dan kenalan
kau tinggalkan negara dan kota
kau berkelana
mengikut hati
mengikut rasa

kau anak muda yang berani

kau bocorkan rahsia negara
rahsia jahat kaum imperialis

kau bocorkan rancangan jahat
kaum militer
kau bocorkan 
rancangan jahat para cukong
yang ingin menaklok dunia

snowden
hari ini kau di moscow
esok kau entah ke mana
ikutlah hati kau

berkelana lah
jauh dari sanak saudara
jauh dari kampong kelahiran mu
jauh dari rakan dan teman
kau berkelana
kerana kau anak muda yang berani
kerana kau mahu 
mengubah dunia

snowden
assange
bradley manning
a mengikut jejak tapak  daniel ellsberg
selagi ada anak anak muda yang berani
maka dunia ini akan selamat
selagi ada anak muda yang berani
dunia ini akan sehat

SALUT
ANAK MUDA YANG BERANI

SILA DENGAR
RASA HATI SEORANG ANAK MUDA
PERJUANGAN MENEGAK KEADILAN
PERJUANGAN MELAWAN KEZALIMAN


ANAK MUDA MALAYSIA
JANGAN LEPASKAN 
MAT LANCHOW INI
BURU SAMPAI TERSUNGKUR


-------

MEMAHAMI POLITIK JALAN RAYA

Posted: 25 Jun 2013 10:00 PM PDT







HANYA SATU PILIHAN
JALAN RAYA

TIDAK ADA PILIHAN
Satu Dunia telah tahu bahawa United Malays National Organisation telah menipu untuk menang dalam PRU13. Bukti paling jelas ialah apabila Presiden Indonesia Susilo Bambang bertemu dengan  Anwar Ibrahim  di Bali. Anwar  dilaporkan oleh media Indonesia sebagai  tamu resmi Presiden Bambang.

Bertemu sebagai tamu ini bukan satu yang asing. Menyambut Ketua Pembangkang dari negara mana pun bukan satu yang salah. Ini tugas resmi seorang Presiden. Tetapi apa yang jengkel – apa yang ganjil – ialah Najib Razak juga sedang berada di Jakarta pada waktu dan ketika yang sama. Najib Razak ialah Perdana Menteri bukan Ketua Pembangkang ( belum lagi). Tetapi Najib Razak TIDAK menjadi tamu Bambang Susilo. Najib hanya pukul talipon.  Pelik?

Bukan pelik tetapi dalam bahasa diplomasi – dalam bahasa adat istiadat negara –  perbuatan pukul talipon ini dibaca sebagai satu penghinaan. Najib hanya dapat memukul talipon bercakap dengan Bambang walhal Anwar Ibrahim  duduk bersembang panjang dengan Bambang.

Untuk memedihkan  luka didada  Najib Razak kelihatan di seluruh kota Jakarta  papan iklan yang memaparkan wajah Anwar dan Wan Azizah dengan ucapan ''Selamat Datang'. Mustahil iklan besar berwajah Anwar ini gagal dilihat oleh Najib kerana ianya terpampang merata-rata. Siapa punya kerja memasang iklan ini? Jawabnya:  wallah hualam bisawwab. 

Apa sebenarnya sedang berlaku?  Apa yang sedang berlaku ialah keputusan PRU13 ini telah menimbulkan kesangsian  oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelas bahawa penipuan telah berlaku.  Dalam negara Asean mungkin hanya  negara Singapura yang tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini kerana Najib Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.

Jemputan Bambang kepada  Anwar dan keengganan Bambang menyambut Najib itu dalam bahasa diplomasi ialah : Indonesia tidak menerima bulat bulat keputusan PRU13. Bahasa daqn nahu diplomasi ini amat halus. Kita hanya membaca tanda dan makna dari cara Najib memukul talipon untuk bercakap dengan Bambang.

Ketika saya menulis ini parlimen sudah mula bersidang. Para ahli parlimen telah angkat sumpah. Tetapi yakinlah bahawa kes Tipu PRU13 ini belum selesai.  Orang ramai , anak muda dan dan anak  semua bangsa TIDAK berpuas hati kerana kemenangan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh United Malays National Organisation. Ketidak puasan hati ini pasti akan diterjemahkan. Yakinlah.

Keangkuhan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan satu yang tidak baik. Sebenarnya mereka berdua ini telah banyak membantu menaikkan kemarahan orang ramai terhadap lembaga SPR itu sendiri. Semakin banyak kenyataan yang keluar dari mulut malaon berdua ini  semakin  merundum keyakinan orang ramai terhadap lembaga SPR.

Selesai sahaja PRU13 ini  kelihatan semakin ramai warga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem  pilihan raya  di Malaysai ini sebenarnya hanyalah gula-gula  untuk menipu orang ramai. Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.  

Bertahun-tahun saya telah menulis, berceramah dan berforum menerangkan  tentang sistem pilihan raya  di Malaysia  ini adalah sistem pemilihan yang menipu. Saya telah ke hulu ke hilir. Berbuih-buih bercakap. Berbuku jari tangan mengetik komputer untuk menuliskan fakta penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dirancang untuk membolehkan United Malays National Organisation menang.

Apabila PRU13 sampai dan selesai – saya merasa cukup senang hati. Tesis dan  teori saya tentang pilihan  raya di Malaysia telah dilihat jelas. Untuk saya, pada 5 Mei 2013  bukan hari  membuang undi. Hari  5 Mei 2013 itu ialah hari kuliah  akhir dari siri kuliah-kuliah dan syarahan yang telah saya beri.

Pada 5 Mei yang lalu pencerahan tentang tentang penipuan dalam pilihan raya dilihat secara pratikal dengan terang oleh para pengundi.  Kalau dulu ada yang merasa was-was , ada yang merasa sangsi tentang apa yang saya tulis. Ada yang menuduh saya menabur aji-no-moto pada sup tulang kering yang tidak berdaging. Saya dikatakan berupaya  membesar-besarkan pekara-pekara kecil. Tetapi sesudah 5 Mei ini jelas kelihatan bahawa apa yang selama ini saya tulis adalah tepat dan betul. PRU13 adalah penipuan.

Penipuan PRU13 ini muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasar politik dan dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelah kepada orang ramai. Rompakan  harta negara atas nama pembangunan.  Menjarah tanah orang kampong atas nama pembangunan. Merampas tanah dalam bandar atas nama MRT. Semua ini telah diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini di ketahui umum.

Justeru untuk meneruskan kuasa melalui satu pilihan raya yang adil dan bersih adalah mustahil. Dalam dalam masa yang sama saya rasa telah berjaya memaparkan bahawa dalam negara Dunia Ketiga ini, dalam pemerenthan yang zalim dan korup – kerajaan zalim – mustahil dapat diganti melalui pilihan raya.

Dalam pada itu saya yakin ramai dari ahli parlimen dan para YB dari Pakatan Rakyat masih memiliki ilusi bahawa pada PRU14 nanti mereka akan berjaya melakukan  ledakan kemenangan. Saya yakin ramai diantara YB dari Pakatan Rakyat memiliki mimpi dan angan-angan bahawa jika mereka berkempen lebih kuat lagi, menjerit lebih kuat lagi, berdoa lebih buih   pasti Pakatan Rakyat akan berjaya. Malah ada yang merasa bahawa para YB bukan sahaja wajib pergi ziarah kematian pengundi di kawasan  malah para YB juga patut menggali kubur untuk  Si Arwah.

Kenapa ada ilusi ini? Kenapa ada angan-angan ini? Apakah mereka tidak dapat melihat dari apa yang telah berlaku dalam PRU13 ini? Atau apakah mereka bebal sekali hinggalkan gagal untuk melihat bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation tetapi satu sistem yang akan memastikan United Malays National Organisation terus menang.

Parta politikus yang memiliki pandangan bahawa pada PRU14 Pakatan Rakyat akan menang sebenarnya sedar akan kemustahilan untuk mengulingkan sebuah rejim yang zalim melalui pilihan raya. Merekja sedar tetapi mereka takut mengahadapi kenyataan bahawa jika bukan pilihan raya maka tidak dapat tidak jawabnya pilihan jalan raya.

Mustahil para politikus ini tidak membaca akhbar dan melihat bagaimana Muhamad Reza Pahlavi telah dihumbankan oleh gerakan jalan raya di Iran. Atau u melihat bagaimana Haji MUhamad Suharto dan Marcos dihumbankan oleh rakyat. Mungkin nama-nama ini terlalu lama  tersimpan dalam sejarah dan  para politikus ini  terlepas pandang. Bagaimana pula dengan gerakan anak muda dijalan raya yang menggulingkan Hosni  Mubarak? Mustahil mereka tidak membaca kerana ini berita terhangat  hanya berlaku dua tahun dahulu.

Saya amat yakin dan amat sedar bahawa para politikus ini tahu tentang gerakan  anak-anak muda yang menggunakan jalan raya untuk menggulingkan rejim yang zalim. Mereka melihat apa yang berlaku. Lalu mereka secara sedar menuduh bahawa rakyat  dalam negara ini 'belum sampai ke tahap itu'. Kita sering mendengar kata-kata politikus ini bahawa ' Malaysia ini lain'. Kita juga mendengar hujah politikus ini berkata bahawa rakyat belum bersedia.

Justeru kita mendengar ucapan yang mengatakan 'kita ini bukan Arab Spring'. Negara kita bukan macam negara Arab.  Malah mereka  tidak berani mengasosiasikan Dataran Tahrir dengan Dataran Merdeka.

Sebenarnya yang TIDAK bersedia bukan rakyat tetapi orang yang berkata 'rakyat belum bersedia'.   Rakyat dituduh sebagai TIDAK bersedia. Rakyat dituduh belum berani.  Biar saya terangkan disini bahawa rakyat sentiasa bersedia. Rakyat sentiasa berani  mahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia sila terangkan bagaimana  52% rakyat Malaysia ini memilih Pakatan Rakyat dan menolak total United Malays Natioonal Organisation dalam PRU13?

Kita juga sering mendengar hujah  bahawa di Malaysia ini belum ada yang 'mati' untuk melahirkan kemarahan rakyat. Sesiapa yang mengeluarkan pendapat ini adalah sosok bengong yang wujudiahnya hanya menghabiskan oxygen. Mereka terlupa pembunuhan di Memali. Mereka terlupa Kugan, Francis, Teoh Beng Hock, Sarbini, Aminulrashid. Malah tahun ini sahaja 6 orang warga telah tewas dibunuh oleh pihak berkuasa.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah  jika  sistem pilihan raya yang wujud hari ini tidak ditukar maka sampai kiamat pun   United Malysa National Organisation akan terus berkuasa. Dalam masa dua tahun ini perubahan wajib dilakukan. Rakyat Malaysia tidak ada pilihan kerana ketika saya menulis ini SPR yang disokong oleh jentera daulah sedang merancang untuk membuat persempadanan semula.

Persempadan semula ini adalah batu nisan. Persempadan semula ini bukan hanya  batu nisan yang memustahilkan apa-apa perubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini akan melucutkan kerusi-kerusi parlimen yang ketika ini di menangi oleh Pakatan. Ini makna hakiki persempadan semula.

Apakah yang saya tulis ini dongeng?   Tidak.  Ini membuktikan kata-kata bahawa jika pilihan raya itu boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkam. PRU13 menunjukkan pencapaian cemerlang untuk Pakatan Rakyat Maka persempadanan semula ini adalah strateji  untuk mematikan lubang-lubang  yang berjaya memenangkan Pakatan Rakyat.  Jelas kita tidak ada pilihan. Melalui pilihanraya – rakyat telah ditiou. Kita hanya ada pilihan jalan raya.

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar maka saya ingin bertanya : kenapa Presiden Bambang Susilo berkata ' pemilu di Malaysia satu kecurangan terlampau'. (TT)



NOTA

tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar sila 
pukul talipon : 03- 92-21-10-45




------------

POLIS BERJAYA MANANGKAP PEMBUNUH ALTANTUYA

Posted: 25 Jun 2013 09:30 PM PDT



Kes Altantuya: Peguam persoal siapa pemilik selipar

PUTRAJAYA: Kes rayuan membabitkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua hari ini menyaksikan pihak pendakwaan gagal menjawab siapa pemilik sebenar selipar yang ditemui di dalam kereta tertuduh.


POLIS BERJAYA  MENANGKAP PEMBUNUH

Kuala Lumpur: Polis Cawangan Jenayah Berat telah berjaya menangkap dua pembunuh dalam kes Altantuya. 

Dua hari dahulu peguam pembela telah mengatakan bahawa ada orang lain yang terlibat.

Dengan cekap pihak peguam pembela telah mengalihkan pandangan orang ramai. Ini untuk memastikan Najib Razak tidak dilihat terlibat dalam kes bunuh Altantuya.

Walau pun mengikut Akuan Bersumpah Balasubramaniam, Altantuya ialah penyedap depan belakang untuk Najib.

Dengan tertangkapnya dua selipar ini maka terlepaslah Sirul dan Azilah darai tuduhamn membunuh.

Tetapi orang ramai masih tertanya-tanya siapa pula yang mengupah dua selipar  Jepun ini untuk membunuh Altantuya.

Adalah difahamkan pihak pendakwa dan pihak pembela sengaja tidak mahu  bertanya : Siapa upah selipar Jepun ini.

Dan apa motif dua selipar Jepun ini membunuh Altantuya. ( TT)



ANAK MUDA
AKAN TERUS TIBAI
MAT LANCHOW


-----

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA

Posted: 25 Jun 2013 09:03 PM PDT




AL-FATIHAH
adun kuala besut 
dr.abdul rahman mokhatar 
baru meninggal dunia
al-fatihah untuk al-marhum
al-fatihah untuk kaum keluarga

ANAK ANAK MUDA BERSEDIA
satu pilihan raya kecil
di kuala besut akan diadakan
inilah peluang terbaik untuk anak muda
kita gempur gerombolan
kita tibai mat lanchow
kita tibai mat mongol
kita gempur habis-habisan

MEMANG DI RANCANG SAMPAI KE PARIS

Posted: 25 Jun 2013 08:38 PM PDT



NOTA
memang di rancang
memang disusun
hingga najib boleh
dihadapkan ke mahkamah di paris

ini bukan rahsia
ini bukan sulit
ini meman ajenda politik
nak tamatkan najib




DI HANTAR SAMPAI
KE LIANG LAHAD
 Anwar berhasrat bunuh karier politik Najib
KUALA LUMPUR 25 Jun - Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri,  Najib  Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.


KA H KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH  KAH



woit.... NAK MATIKAN KARIER POLITIK NAJIB?.... kah kah kah..

woit... INI BUKAN SATU RAHSIA LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN SAHAJA ANWAR SAHAJA YG NAK KUBURKAN NAJIB... kah kah kah..

kah kah kah...RAMAI ORANG NAK KUBURKAN NAJIB... kah kah kahj..

woit...  NIK AZIZ NAK KUBURKAN NAJIB... LIM GUAN ENG  NAK KUBURKAN NAJIB...kah kah kah..

kahj kah klah...MUHYIDDIN NAK KUBURKAN NAJIB...TAIB MAHMUD NAK KUBURKAN NAJIB... kah kah kah..

kah kah kah... KU LI ...GHAFFUR..BUNG MOKHTAR...TIAN  CHUA... NURUL IZZAH...HUSSAM MUSA...kah kah kah..

woit... LOKMAN ADAM PUN NAK KUBUR KAN NAJIB....kah kah kah..

kah kah kah... HANYA  MAT EZAM SAJE YANG TAK MAHU KUBURKAN NAJIB.... kah kah kah..

kah kah kah... KERANA MAT EZAM BARU TULIS SURAT MINTA KERJA DARI NAJIB... kah kah kjah



ANAK MUDA
AKAN TERUS BURU
MAT LANCHOW INI

---------

MATA MATA GELAP

Posted: 25 Jun 2013 07:53 PM PDT






 SELIPAR JENIS INI KAH?
PUTRAJAYA: Kes rayuan membabitkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua hari ini menyaksikan pihak pendakwaan gagal menjawab siapa pemilik sebenar selipar yang ditemui di dalam kereta tertuduh.


PENCERAHAN DARI MATA MATA GELAP

itu selipar jepun kesayangan Kak Mah brand Hermes yang dilarikan oleh Tuya kerana Tuya sedar, tanpa selipar itu, Kak Mah pasti tidur tak lena,mandi tak basah, tapi makan tetap bergantang! 

kelas ko Mah... jadi itu lah motif pembunuhan, sebab walau apa sekali pun alasan, Kak Mah tetap nakkan selipar Jepun tu balik, watever it costs, by hook or by crook... Masalahnya, 2org upahan itu terlupa untuk mengambil semula selipar Jepun Hermes itu setelah selesai tugas dilakukan.mereka berdua tergesa2 melarikan diri dalam kegelapan malam..... 

selipar jepun tertinggal di tapak kejadian. persoalan: kenapa pak polisi tak cek bukti kat selipar jepun itu? mesti ada tertulis huruf R di sebelah kanan dan huruf M disebelah kiri.Kah Mah toreh guna pisau macam dia wat time kecik2 dulu kat seipar jepunnya, takut kena curi ngan budak2 lain..... kahkahkah.... kahkahkah.......kahkahkah......... on BUKAN SELIPAR SIAPA - TAPI SIAPA YANG UPAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/25/13


ANAK MUDA
TERUS BURU
MAT LANCHOW INI
--------

YA AMPOOOOON YA MAULANA

Posted: 25 Jun 2013 07:37 PM PDT




JANGAN MUSNAH NEGARA
JANGAN PUKUL ANAK MUDA
YA AMPOOON
YA MAULANA
 KAH KAH KAH
KUALA LUMPUR 25 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan kesemua Ahli Parlimen jangan melakukan perkara yang boleh memusnahkan negara. Seri Paduka bertitah, sebuah negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... YA AMPOOOON.... SETUJU.... kah kah kah..

kah kah kah...JAGAN MUSNAHKAN NEGARA...  JANGAN BUNUH CADDY...kahj kah kah..

kah kah kah... JANGAN MUSNAHKAN NEGARA... JANGAN HIRIS BUAH DADA MINAH INDON ... kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN MUSNAHKAN NEGARA... JANGAN  MINTA  BALAK.... kah kah kah

kah kah kah... JANGAN MUSNAH KAN NEGARA .... JANGAN TAK BAYAR CUKAI KERETA...kah kah kah..

kah kah kah,..JANGAN MUSNAH KAN NEGARA.... JANGAN NAIKKAN HARGA ISTANA NEGARA SAMPAI SATU BILION RINGGIT.... kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN MUSNAHKAN NEGARA... JANGAN ADA RASUAH DALAM PADANG BOLA.... kah kah kahj..

kah kah kash..JANGAN MUSNAH KAN NEGARA... TUNGGU  IKUT GILIRAN.... kah kah kahj


---------

PROGRAM MALAM RESOK - SATU JEMPUTAN

Posted: 25 Jun 2013 07:00 PM PDT




SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA
forum fikrah dan idealoji
forum percambahan fikrah
semua dijemput  hadir
malam ini 
di dewan china 



Dengan segala hormatnya, dijemput untuk;
1- Membuat liputan berita
2- Membuat rakaman video untuk siaran umum
3- Membuat lintas langsung (live streaming) untuk tontonan umum - mohon 'link' kan capaian web live streaming anda di >>https://www.facebook.com/events/123358881206653/ untuk pengetahuan orang ramai

Forum : ISLAM, SOSIALIS, LIBERAL - PAS dimana?

TARIKH : 26/6/13 (Rabu)
MASA : 8.00-11.00mlm
TEMPAT : KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jln Maharajalela KL
Panelis:
1. Dr Mujahid Yusof Rawa - AJK PAS Pusat
2. Hishamudin Rais a.k.a Tukar Tiub - Aktivis sosial
3. Dr Nasir Hashim - Pengerusi PSM
4. Pak Khalid Jaafar - Pimpinan Pusat PKR
5. Al-Mustaqeem Mahmod Radhi - S/U Pejabat Parlimen DAP


Anjuran : Free Public Forum Malaysia (FPF)

Masuk percuma. Semua dijemput hadir.

Pertanyaan : Shake - 013 2965724

'LIKE', 'SHARE' & sebarkan
.

https://www.facebook.com/events/123358881206653/?context=create

MALAM ESOK 
TEMPAT YANG SAMA


RADIO BANGSAR UTAMA
akan membuat siaran langsung
dari dewan china
untuk warga di seluruh dunia



--------

Tiada ulasan: