Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Mirzan Tun Mahathir Miliki 1,000 Saham (Petron Corp) & 5,000 Saham Dalam Syarikat Arak (San Miguel Corp)?

Posted: 05 Jun 2013 11:58 PM PDT

BeritaSemasa: Kami tidak pasti apa tujuan dan asbab, laporan berita Bernama ini dikeluarkan. Mungkin Mirzan yang merupakan anak Tun Mahathir, mantan perdana menteri malaysia keempat acapkali dilemparkan tuduhan menjalankan bisnes arak dan minyak.
Berbelit–belit, mula-mula cuba mempertahankan si empunya badan tiada apa-apa kepentingan dengan satu syarikat minyak dengan sedang meningkat naik sejak akhir-akhir ini apabila berjaya menelan Esso Malaysia. Susunan ayat pada peranggan-perenggan akhir lain pula bunyinya. Yang mana satu?Tidak pegang saham di Malaysia, tetapi ada saham di Filipina? Mirzan dikatakan pula ada saham dengan Petron Corporation Filipina dan juga ada saham dalam San Miguel Corporation yang merupakan syarikat induk bagi Petron Malaysia. Syarikat San Miguel ini ada macam-macam lapangan perniagaan yang diterokai. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, apa perniagaan teras syarikat San Miguel?
Sehingga dalam pada tempoh yang singkat, Petron malaysia diberikan peranan yang cukup besar apabila mendapat kontrak membekalkan minyak kepada Malaysia Airlines (MAS) sekaligus mengenepikan secara mudah sebuah lagi syarikat multinasional yang lebih besar daripada Petron iaitu Petronas. Hebat…
Gambar Mirzan Tun Mahathir
Agak-agaknya jikalau namanya Mirzan Bin Abu Bakar dapat atau tidak kontrak lumayan daripada Malaysia Airlines? Mungkin……….?
Minyak Petron
"Tahniah!". Hanya dengan berbekalkan sejumlah 5,000 saham sahaja daripada 3.3 bilion saham tetapi berjaya menjadi pengarah. Hebat anak Tun Mahathir berniaga. Dalam banyak-banyak lapangan perniagaan, syarikat yang merupakan peneraju arak di Asia Tenggara dipilihnya. Tahniah sekali lagi!
Tetapi….tetapi, Mirzan Tun Mahathir tidak berseorangan, ramai juga orang Melayu kita ada kepentingan dalam syarikat judi Genting, Sport Toto. Malaysia yang kami perhatikan agak unik sistemnya, ada kepentingan dalam syarikat judi atau arak tidak mengapa. Tetapi, jangan anda sebagai rakyat biasa minum arak atau bermain judi, anda akan didenda dan dihukum sekeras-kerasnya. Apa respon balas anda pula?


kalam Perantau

0
sumber :-

kalam Perantau


Mengintai kabinet Najib: ‘rumah siap, pahat masih berbunyi’

Posted: 06 Jun 2013 07:43 AM PDT

Oleh : Shuhaimi Al Maniri

Pasca Pilihanraya Umum ke-13, berbagai pihak cuba meramalkan rupabentuk kabinet baru 2013 Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tempoh empat tahun sebelum itu, beliau dilihat hanya menyambung legasi kabinet mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi walaupun menyebutnya sebagai kabinet transformasi dengan membawa masuk Idris Jala, seorang tokoh korporat.

Semua pihak perlu tahu, hak melantik anggota Kabinet adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri. Jadi sama ada, kita bersetuju dan tidak bersetuju, ianya tidak memberikan apa-apa kesan kepada pilihan Perdana Menteri yang telah dibuat, melainkan ianya akan menjadi sebagaimana pepatah melayu, “rumah siap pahat masih berbunyi”.

Barisan kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak telah pun diketahui umum melalui pengumuman secara langsung pada jam 5 petang Rabu, 15hb mei dan mengangkat sumpah keesokan harinya. Kabinet Najib mempunyai keseluruhannya 32 menteri, berbanding kabinet terdahulu dianggotai 30 orang menteri dengan 2 orang Menteri dari UMNO yang digugurkan, Shaziman Abu Mansor (Menteri Kerjaraya) dan Noh Omar (Pertanian dan Industri Asas Tani) .

Selain Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin serta Dato’ Jamil Khir Baharom dan Idris Jala di JPM, 4 orang lagi Menteri yang kekal kekal di kementerian masing-masing, Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua; Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan; Anifah Aman sebagai Menteri Luar.

Manakala 4 orang lagi Menteri yang dilantik semula tetapi bertukar potfolio adalah, nekas Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia; bekas Menteri Sumber Manusia Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; dan bekas Menteri di JPM G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Lim Kit Siang mendakwa 2 Menteri (Paul Low dan Abdul Wahid Omar) dan 3 Timbalan Menteri (P Waythamoorty, Loga Bala Mohan dan Ahmad Basha Md Hanipah) yang bukan Ahli Parlimen dilantik ke kabinet secara illegal dan tidak berpelembagaan menjalankan tugas mereka bila tidak dilantik sebagai dan mengangkat sumpah senator terlebih dahulu.

Perubahan kabinet

Satu pengharapan banyak pihak terutama peniaga bumiputera yang tidak ditunaikan oleh Najib kali iniadalah mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang ditamatkan oleh Mohd Najib semasa mengambil alih dari jawatan dari Tun Abdullah sangat berguna kepada usahawan kecil dan sederhana, khasnya Bumiputera yang kurang modal, kepakaran dan pasaran.

Sebuah kementerian yang baru dijenamakan semula menjadikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang ditinggalkan oleh Dato' Rais Yatim, telah dipecahkan. Portfolio Kebudayaan telah digabung dengan Pelancongan dan kementerian ini. Apa yang lebih menarik adalah kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri adalah Ahli parlimen dari Terengganu, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Dato' Jailani Johari.

Satu perubahan yang mendapat perhatian adalah peggabungan semula kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi menjadi sebuah kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dengan dua orang Menteri, iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Menteri 1 dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 2). Sebelum dipecahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004, kementerian ini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan.

Satu lagi perubahan yang agak mendadak adalah kali ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja mempunyai lapan orang menteri. Empat daripada Menteri JPM adalah muka baru, Abdul Wahid Omar (seorang tokoh korporat daripada Maybank); Paul Low Seng Kuan (seorang tokoh integriti dari Transperency International) selain dua orang ahli politik Shahidan Kassim (Perlis) dan Nancy Shukri (Sarawak).

Selain itu adalah kemasukkan semula Dato’ Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan. Portfolio Kesejahteraan Bandar daripada kementerian ini kepada Kemneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjadi sebauh kementerian baru, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan kerajaan Tempatan dengan Dato’ Abd Rahman Dahlan, seorang lagi muka baru sebagai Menteri dari Sabah.

Sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai Menteri (Belia dan Sukan). Turut mendapat perhatian kali ini adalah tiadanya seorang pun Menteri dari kalangan pergerakan Wanita UMNO setelah ketuanya, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum PRU ke-13 untuk dipangku sendiri oleh Perdana Menteri. Kali ini kementerian tersebut (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) diberikan kepada Datuk Rohani Abdul Karim, Ketua Wanita parti PBB, seorang lagi muka baru dari Sarawak yang dinaikkan pangkat dari bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Selain Rohani, 5 orang lagi Timbalan Menteri yang dinaikkan pangkat adalah Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Richard Riot (Menteri Sumber Manusia) bekas Timbalan Menteri Luar; Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan; Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Manakala Datuk Joseph Salang Gandum, Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula mengambil keputusan menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Najib.

Sementara itu, PRS juga dilaporkan tidak berpuas hati dan beranggapan parti tersebut disisihkan dengan Joseph Entulu Belaun wakil parti tersebut yang hanya dilantik sebagai Menteri di JPM juga tidak berpuashati dan kemungkinan menolak jawatan tersebut kerana mereka mengharapkan satu portfolio yang berkaitan dengan luar bandar.

Begitu juga SPDP walaupun menang 4 kerusi parlimen di Sarawak kesal tidak diberikan apa-apa kerusi dalam kabinet kali ini. Mereka berharap setidak-tidaknya diberikan satu Menteri dan Timbalan Menteri. Tiong King Sing telah dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri persekutuan jika menang Ahli Parlimen Bintulu. Dalam kabinet sebelum ini, SPDP diberikan 2 Timbalan Menteri bila berjaya menang 6 kerusi parlimen.

SPDP menjadi lebih kecewa bila parti SUPP dan PBRS yang hanya menang satu kerusi parlimen sahaja, Richard Riot dan Joseph Kurup pula diberikan pula jawatan Menteri penuh.

Perwakilan Cina dan India

Dalam Kabinet sebelum ini, terdapat enam (6) Menteri dan sepuloh (10) Timbalan Menteri Cina, keduadua dari parti semenanjung dan Malaysia Timur. Dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, satu jawatan Menteri yang dikosongkan, Menteri Pengangkutan, difahamkan disimpan untuk MCA.

Kabinet Najib kali menamakan 31 menteri dalam Kabinet semalam dengan satu-satunya menteri Cina adalah Presiden Transparency International Datuk Paul Low. Perdana Menteri juga menamakan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Ini bermakna, MCA yang sebelum ini diwakili oleh empat orang wakil dalam kabinet telah dikurangkan kepada hanya satu kerusi sahaja dan hanya menamakan satu timbalan menteri di Kementerian Kewangan dimana sumber mengatakan ianya disimpan untuk MCA. Sementara Datuk Mary Yap Kain Ching dari PBS dijadikan timbalan menteri di Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi.

Ada pihak-pihak yang melobi Perdana Menteri supaya melantik semula Ong Tee Keat, bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan kembali semula ke kabinet bagi menerajui semula Kementerian Pengangkutan mewakili masyarakat Cina yang telah menjadin tradisi wakil-wakil MCA selama ini kerana MCA telah menolak untuk menyertai kabinet selepas PRU ke-13 untuk tidak bersama kerajaan disebabkan kerana kalah dalam pilihan raya.

MIC bukan sahaja berjaya mengekalkan status quo, tetapi 4 orang Ahli Parlimen mereka telah dilantik ke kabinet dengan dua Menteri (G Palanivel dan Dr S Subramanian) dan 2 Timbalan Menteri (M. Saravanan dan P Kalamanathan). Sungguhpun MIC dapat mengekalkan status quo tetapi Najib juga membuat satu kejutan lain dengan melantik P Waythamoothy, pemimpin HINDRAF sebagai Timbalan Menteri. Malah HINDRAF (P. Uthayakumar, pemimpin de facto) adalah antara mereka yang mengecam pelantikan mengejut Waythamoorthy dalam pentadbiran Najib.

Mengikut satu sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib. Selain itu, Pemuda MIC dan Kongres India Muslim (Kimma) yang mesra BN turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Najib memilih Hindraf, berbanding dengan mereka telah lama setia kepada parti pemerintah.

Secara kesimpulannya, Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu menerima habuan terbesar apabila mereka diwakili oleh dua belas (12) menteri penuh dan lapan (8) timbalan menteri dengan tidak ada calon yang kalah pilihanraya masuk menganggotai semula kabinet melalui “pintu belakang” dengan jawatan senator walaupun terdapat seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang disebut-sebut di bawa kembali ke kabinet kalah bila bertanding kerusi parlimen, iaitu Dato’ Abdul Ghani Othman (Johor) dan Dato’ Ali Rustam (Melaka).

Sungguhpun begitu, UMNO masih mendominasi kabinet dengan 16 daripada mereka adalah menteri penuh dengan kementerian-kementerian yang penting. Selain MCA, Gerakan sebuah lagi parti didominasi Cina juga mengambil tindakan yang sama menolak jawatan kabinet bila mana Presidennya Tan Sri Koh Tsu Koon turut berhenti dengan serta merta mulai 16hb Mei.



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MP PR akan boikot taklimat Parlimen (LM)

Posted: 06 Jun 2013 05:34 PM PDT

Ahli Parlimen Pakatan akan boikot taklimat Parlimen

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.

3 cedera Jambatan Kedua PPinang Runtuh (LM)

Posted: 06 Jun 2013 01:18 PM PDT


3 cedera dalam runtuhan penyambung jambatan ke-2 PP

Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.

Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil..

Seterusnya:   3 cedera Jambatan Kedua PP runtuh (Gambar & video di dalam)

Jingoza: Undang-undang negara macam 'taik'? (LM)

Posted: 06 Jun 2013 08:08 AM PDT

Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian

Umum tahu ketelusan, keikhlasan dan kejujuran dalam semua bentuk sistem atau undang-undang negara Malaysia sudah jadi macam taik!

Pendakwaan seperti dipilih-pilih atau berpilih-pilih, ada jenayah atau kesalahan yang terbukti nyata, boleh dibakul-sampahkan, ada kes kecil tapi diberi perhatian yang meletop, juga ada kes amat besar tapi dibuta-tulikan mata kedua-dua belah! 

Kisah Dogeng Kota Damansara seperti di Temerloh.

Posted: 06 Jun 2013 04:02 AM PDT

Bezanya di Temerloh ini kekuatan jentera Pas memang diakui dan PKR melepaskannya tanpa adanya bukti dan cawangan yang kukuh dan ahli yang tidak menonjol ataucawangan yang ada telah dibubarkan???

 

 

Kisah Dogeng Kota Damansara

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR
Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara.

Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS?

Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD 'dipinjamkan' kepada PKR disebut di BPPNS.Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata.

Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara
Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR 'standby' pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus.

PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri.

Maka cerita konon bahawa PKR tiada calon juga adalah dongeng semata-mata.

Dongeng 3: Dr Nasir Adalah Calon PSM
Hakikatnya Dr Nasir adalah calon PKR. Watiqah yang diguna adalah watiqah dari PKR. PKR turunkan beliau sebagai calon PKR. Tiada watiqah PSM dan bukan PSM yang ditentangi PAS. Bukan seperti di Semenyih.

Cuba buka mata sikit. Ada beza atau tidak Semenyih dan Kota Damansara? Di Semenyih Aru bertanding atas tiket PSM. PKR turunkan calon bertanding kerana tidak terima Aru sebagai calon PKR. Sedangkan kerusi Semenyih dipersetujui semua adalah milik PKR bukan milik PSM. Di KD kes Dr Nasir adalah sebaliknya. Hanya yang terus ingin menegakkan benang basah sahaja akan mengatakan tiada beza.

Dalam soal memilih calon, setiap parti berhak memilih calonnya sendiri atas alasan tersendiri. Ahli PAS KD perlu ingat, pada 2008, PAS meletakkan Ibrahim Ali di Pasir Mas! Ibrahim Ali bukan ahli PAS pun! Itu adalah atas maslahah PAS Kelantan. PAS Kelantan mencapai kemenangan besar, dari majoriti 1 kerusi pada 2004 kepada majoriti 2/3 pada tahun 2008. PAS mendapat 39 dari 45 kerusi pada tahun 2008! Strategi meletakkan Ibrahim mungkin telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kemenangan itu.

Maka cerita penglipur lara bahawa Dr Nasir adalah calon PSM dan bukan PKR juga merupakan dongeng semata-mata.

Dongeng 4: PAS KD Tolak Dr Nasir Kerana beliau Sosialis
Dr Nasir seorang Sosialis sejak dahulu. Beliau bersama Dr Syed Hussin dalam PSRM dan apabila PSRM bercantum dengan Keadilan sehingga Keadilan pun menambah 'rakyat' dalam nama 'PKR' dan menambahkan jalur merah pada logonya, Dr Nasir tidak ikut sama. Sebaliknya Dr Nasir berusaha menubuhkan PSM.

Namun pada 2008 beliau diturunkan sebagai calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga Arul yang bekas ahli PSRM juga diturunkan di Semenyih. Pada ketika itu PAS terima dan tidak membantah.

Kalau mahu tolak Dr Nasir kerana dia Sosialis, sepatutnya ianya dibuat sejak 2008 kerana semua tahu beliau Sosialis pada ketika itu lagi. Bukan baru beliau isyhtihar bahawa beliau Sosialis.

Lagipun telah diakui bahawa PKR dan DAP berbeza fahaman politik dengan PAS. Kalau PAS tolak Sosialis kerana bercanggah dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman liberal demokrat dan sosial demokrat yang dibawa PKR dan DAP? Dan bukankah ini sebabnya ada 'tahalluf' iaitu kerjasama dengan yang tidak sama fahaman politik dengan PAS. Dan bukankah ini sesuai dengan ayat 61 Surah Al-Anfal yang bermaksud;

"Dan kalau mereka telah condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong juga kepadanya (perdamaian), dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui".

Masalah ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana ianya telahpun diputuskan bersama pada 2008 bahawa sekiranya Dr Nasir guna lambang PKR maka tiada masalah.

Soal Syed Hussein Ali bertanding di Kelantan dan ditolak oleh PAS Kelantan adalah atas perkiraan lain. Masyarakat Kelantan tidak bersedia menerima Syed Hussein Ali sebagai calon. Faktor 'winnability' dalam suasana saingan sengit perlu diambil kira. Tapi di Kota Damansara, terbukti Dr Nasir boleh menang. Ini telah terbukti pada 2008.

Maka dengan itu alasan PAS KD tolak Dr Nasir kerana beliau Sosialis juga adalah alasan dongeng yang telah direka cipta.

Dongeng 5: Dr Nasir Sebagai ADUN Banyak Menimbulkan Masalah
Ada yang mengatakan bermacam-macam perkara berhubung tindakan Dr Nasir sebagai ADUN. Masalah itu dan ini. Kononnya susah untuk dapat peruntukan untuk program dan sebagainya. Saya jawab dengan mendedahkan satu fakta sahaja untuk menyanggah ini semua.

Sepanjang 5 tahun tiada sebarang aduan terhadap Dr Nasir yang dikemukakan dalam mesyuarat BPPNS. Kalau ada pun, isu biasa yang melibatkan semua ADUN yang bukan PAS yang dihadapi oleh ahli PAS. Biasalah tu, mereka pun sibuk membuat program sendiri dan PAS pun dengan programnya. Sepatutnya kerja rapat. Program PKR/DAP program PAS, program PAS program mereka juga kerana semua untuk bertemu dengan rakyat jelata yang merupakan pengundi PR bersama.

Pada masa yang sama ramai juga ahli PAS jadi Nazir Masjid, AJK Masjid, Ketua Kampung, JKK, Ahli Majlis dan sebagainya. Tiada pula Dr Nasir menhalang fahaman Islam dari disebarkan dan fahaman Sosialisma diajar di Masjid dan Surau!

Amatlah menghairankan kenapa tiba-tiba apabila sudah dekat dengan PRU baru isu ini timbul. Semasa membincangkan soal siapa calon untuk Paya Jaras, di mana pimpinan Selangor bertemu pimpinan PAS Subang berkali-kali, termasuk selepas pembubaran Parlimen, tiada walau satu ayat pun dikeluarkan berhubung KD!

Maka bagi saya, sebagai pimpinan PAS Negeri Selangor, alasan Dr Nasir banyak menimbulkan masalah adalah dongeng ke 5.

Dongeng 6: Bertanding di KD adalah Keputusan Majlis Syura!
Saya malas hendak jawab. Saya nasihat penghujjah jangan menipu. Walaupun kita tahu "peperangan itu adalah tipu-helah" janganlah guna hadis itu sebagai alasan untuk menipu ahli dan rakyat. Saya bukan berperang dengan saudara-saudara. Saya hanya ingin menegur kesilapan yang telah dilakukan. Jangan menipu. Jatuh imej tuan-tuan semua; lebih-lebih lagi yang bergelar Ustaz.

Sebenarnya, jika benar ikhlas, alasan tidak perlu bertukar-tukar dan berbagai jenis. Tidak perlu ditokok tambah dengan macam-macam cerita penglipulara. Cakap je, "Dia Sosialis". Atau "dia susah nak kerjasama". Atau "kerusi dipinjam". Atau "PKR tiada calon". Pilih sahaja satu dan hujjah berasaskan yang itu. Ini tidak. Alasan berbagai dan beraneka bentuk dan banyak darinya yang dongeng belaka. Itu adalah bukti alasannya adalah alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kalau Dr M sudah akui kelemahan, apa ‘formula’ penyelesaiannya? — Aspan Alias

Posted: 06 Jun 2013 03:41 AM PDT


Kalau Dr M sudah akui kelemahan, apa 'formula' penyelesaiannya? — Aspan Alias

June 06, 2013
6 JUN — Umno Negri Sembilan merupakan Badan Perhubungan yang pertama mengunjurkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan. Unjuran ini adalah unjuran yang begitu "familiar" dalam Umno sejak lebih dari dua puluh tahun dahulu dan seruan seperti ini jika dipandang dari satu sudut ia tidak perlu diambil kira atau di berikan perhatian.


Sejak pemilihan tahun 1987 dahulu dan setelah Umno asal itu dibunuh, dan wujudnya Umno yang sekarang ini, berbagai-bagai keadaan telah kita lihat dalam isu pemilihan kepimpinan Umno itu.
Perpecahan itu bermula apabila pihak yang memenangi pemilihan itu ,menjadi "sore winner". Pihak yang memenangi pemilihan itu, telah menentang pucuk pimpinan semasa itu dianggap sebagai satu jenayah. Sedangkan perlembagaan parti semasa itu membenarkan mana pihak dan ahli menawarkan diri untuk memegang apa-apa jawatan jika merasakan boleh membetulkan keadaan yang tidak betul dalam parti.



Selepas sahaja wujud Umno yang baru pada 1988 dahulu, telah diwujudkan sistem bonus. Seseorang yang mendapat pencalonan Presiden, misalnya akan secara otomatik mendapat sepuluh undi bonus dan seseorang yang ingin mencabar kepimpinan Tertinggi perlu mendapat 30 peratus dari jumlah bahagian Umno yang wujud dinegara ini.
Selepas itu wujud pula sistem yang seseorang yang ingin mencabar jawatan Tertinggi terpaksa mendaftarkan niat mereka terlebih dahulu. Berbagai-bagai cara pimpinan Tertinggi lakukan untuk mereka susah dicabar dan semasa itu bermulalah kematian demokrasi secara terus-terusan dalam Umno. Parti itu melebihkan usaha untuk memagar dan menjaga kepimpinan parti dari menjaga kehendak ahli dan sampailah sekarang berbagai-bagai cara untuk tidak membolehkan Presiden itu dicabar.


Slogan "Malaysia Boleh" itu boleh diaplikasikan dalam apa jua perkara. Yang tidak boleh hanya bertanding jawatan Presiden Umno sahaja. Kenapa ini semua berlaku? Ia bermula apabila yang menang menjadi "sore winner" dan segala rancangan untuk menyekat kemaraan orang yang baik dan "viable" untuk Umno diberikan tumpuan sehinggakan Umno itu sudah tiada kepimpinan lagi.

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu adalah benar tetapi saya ulangi apa yang beliau tidak menyebut dengan jelas ialah segala-gala ini bermula dari permainan politik beliau sendiri.

Kalau benar Dr Mahathir mahukan keadaan Umno seperti dulu kala, maksud saya sebelum beliau mengambilalih kuasa pada tahun 1991 dahulu. Jika beliau masih berkemampuan dan diterima pandangan beliau, Dr Mahathir perlu berusaha mengembalikan keadaan Umno seperti semasa beliau mula mengambilalih dahulu. Tetapi masalahnya masihkah ada yang ingin mendengar nasihat beliau jika beliau jujur untuk melakukan perubahan itu?

Jika pandangan beliau masih diterima dan mempunyai pengaruh dalam partinya, masih ingatkah Dr Mahathir apa yang baik dalam Umno sebelum beliau mengambilalih kuasa dahulu? Jika beliau masih ingat apa kah yang baik yang pada pimpinan semasa itu, dengan yang buruk pada pimpinan sekarang yang Dr Mahathir katakan itu?

Beliau mesti tahu dan memahami apa yang baik dahulu dan yang buruk sekarang ini. Barulah mudah untuk dilakukan perubahan dan menyelesaikan jika tidak semua, sebahagian besar dari masalah-masalah yang ada.
Kalau semua jawapannya "yes", apakah beliau sanggup melakukan perubahan itu dan selepas itu bergembira dan bersyukur kepada yang Esa kerana akhirnya beliau kembali kepada politik untuk orang Melayu dan seluruh rakyat yang sebenarnya?

Persoalannya apakah cara yang hendak beliau lakukan jika beliau masih dihormati atau setidak-tidaknya di geruni oleh pimpinan dan ahli-ahli Umno yang bertaburan di seluruh negara ini? Untuk melakukan perubahan itu beliau mesti ada manusia yang bersama beliau yang masih berkemampuan untuk kembali kepada situasi yang baik yang pernah dirasai rakyat semasa beliau belum mengambilalih kuasa negara diwaktu itu.
Apa yang saya bersetuju dengan Dr Mahathir hari ini adalah berdasarkan kepada "assumption" yang beliau jujur meluahkan perasaan beliau tentang Umno hari ini. Pimpinan hari ini adalah kumpulan pimpinan yang terdidik semasa Umno sudah kehilangan identitinya sebagai sebuah parti yang benar-benar bertanggungjawab kepada negara dan rakyat berbilang kaum dinegara ini.

Justeru tidak mungkin mereka dapat "appreciate" apa yang dikatakan kebaikan semasa sebelum Dr Mahathir mengambilalih kepimpinan dahulu. Pimpinan hari ini masih bermain dengan tali seluar lagi semasa itu kerana Dr Mahathir berada diatas lebih dari dua dekad yang menyebabkan budaya baik yang ada semasa beliau mula-mula mengambilalih kuasa dahulu.

Kalau ada pun yang masih hidup dan sihat sekarang ini hanya tinggal Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah sahaja yang boleh dibawa berunding bagi menyediakan kepimpinan yang baik selepas ini dan mewariskan kepada yang telah dilatih untuk meneruskan kepimpinan rakyat dimasa-masa yang akan datang. Bawa sekali wakil-wakil dari semua bangsa, agama dan semua pimpinan politik  ke meja bulat dalam perundingan untuk mencari "formula" baru yang dimaksudkan.


Bagi saya untuk mencapai matlamat politik negara yang baik, seperti matematik, ia mesti ada "formula" yang betul bagi mendapat jawapan yang betul dan tepat. Bagi pandangan saya itu sahajalah nama yang tinggal jika benar kita mahu menyusun "formula" yang baik dan tepat itu.


Selepas sahaja "formula" itu diperolehi maka serahkanlah "formula" itu kembali kepada sesiapa yang muda-muda yang mampu membawa negara lebih 'progressif' untuk generasi yang akan datang nanti dengan mengikuti "formula" yang telah di wujudkan secara mesyuarah diantara semua pihak di negara ini.
Lupakan perasaan ego dan sengketa yang lalu semata-mata untuk generasi kita yang akan datang.Jangan terpengaruh dengan bisikan khatir yang bathil itu agar kita terjurus kepada melakukan niat yang baik kita itu.Kadangkala seteru kita yang akhirnya memberikan keselamatan kepada kita sendiri dan kadangkala kepada keluarga dan sanak saudara kita.


Saya sendiri tidak tahu, tetapi inikah yang saya serta ramai yang lain maksudkan sebagai usaha membentuk sebuah negara baru yang kami selalu impikan itu? — aspanaliasnet.blogspot.com


Prof kangkong, kawal emosi kamu dulu... (LM)

Posted: 06 Jun 2013 01:01 AM PDT

Profesor Zainal Kling daripada 'Kluster Profesor Kangkong Negara'...  Maaf tuan prof.. maksud kami, Ketua Kluster Sejarah Majlis Profesor Kangkong Negara, menasihati golongan muda agar tidak terbawa-bawa dengan emosi.

Beliau mengulas berhubung isu 'menghina Agong', satu isu yang memang amat dinanti-nantikan golongan yang sedang menagih dan mengemis sokongan Melayu Islam bukan-umno (non-umno Muslim Malays) agar bersama-sama menjadi jahil seperti mereka. 


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Setpol PM,dah kalah PRU13,minta jawatan Senator?

Posted: 06 Jun 2013 09:13 PM PDT

Shahbudin Husin
Dalam pilihanraya umum yang lalu, Najib telah mencipta sejarah dengan meletakkan 4 orang Setiausaha Politiknya sebagai calon pilihanraya.Ini merupakan jumlah teramai yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Mereka ialah Fatmi Che Salleh di Kota Bharu, Sahlan Ismail di Pokok Sena, Shafei Abdullah di Wangsa Maju dan Sufian Awang di Kuantan. Namun kesemua mereka telah kalah dan ditolak rakyat. Di sebalik desakan ramai yang mahu Najib mengganti kesemua Setpolnya itu dan mengganti dengan orang baru, terdapat juga antara mereka ini yang sedang giat melobi untuk terus kekal berada di beranda kuasa di Jabatan Perdaana Menteri. Antaranya ialah Sahlan dan Sufian yang menjadi percakapan ramai dalam UMNO sedang berusaha ke arah itu.
Namun seorang lagi Setpol Najib di Kementerian Kewangan iaitu Shafie Abdullah lain pula perangainya. Setelah kalah dalam pilihanraya lalu di Wangsa Maju kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan 5511 undi, beliau kini sedang mengatur strategi mendesak Najib agar memberikannya jawatan Senator pula.
Beliau melalui UMNO Wangsa Maju yang dipimpinnya sedang menyiapkan satu memerandum desakan kepada Perdana Menteri kononnya daripada akar umbi UMNO Wangsa Maju yang mahukan jawatan Senator diberikan kepadanya setelah kalah dalam pilihanraya lalu.
Pejabat UMNO Wangsa Maju kini sedang giat menghubungi Ketua-ketua cawangan, Ketua Pemuda cawangan, Ketua Wanita Cawangan serta Ketua Puteri Cawangan, selain AJK Bahagian 4 Peringkat untuk mendapatkan tandatangan sokongan kepada memorandum itu yang mahu dihantar dengan seberapa segera kepada Najib.
Kandungannya ialah tidak lain mahukan Shafie diberikan jawatan Senator atas alasan kononnya beliau merupakan pemimpin paling berwibawa dalam UMNO Wangsa Maju selama ini dan antara yang terbaik di Wilayah Persekutuan, walaupun hakikatnya kekalahan BN di Wangsa Maju lebih tinggi berbanding 2008. Pada 2008, calon BN Wangsa Maju Yew Teong Look kalah cuma 150 undi tetapi dalam pilihanraya lalu Shafie kecundang dengan 5511 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: Situasi buntu untuk demo Padang Merbok

Posted: 06 Jun 2013 09:07 PM PDT

PKR selalu terperangkap dengan keadaan buntu apabila menganjurkan sesuatu perhimpunan ekoran pemilik tempat dan polis masing-masing mahukan izin sebelah lagi pihak sebelum memberikan lampu hijau.

azlanTerbaru, polis Dang Wangi dilaporkan berkata, permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 15 Jun ini tidak lengkap kerana tiada kebenaran daripada pemilik tempat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramlli berkata, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, polis mahukan kelulusan pemilik tempat sebelum kebenaran diberikan; manakala pemilik tempat pula mahukan kebenaran polis terlebih dahulu.

"Keadaan ini mencipta halangan yang tidak perlu dan bertentangan dengan semangat Akta Perhimpunan Aman, yang mana isu kebenaran polis tidak timbul," katanya ketika dihubungi semalam.

Black505 To Go On – With Or Without Permit

Posted: 06 Jun 2013 08:59 PM PDT

Pic: Faisol MustafaPAKATAN Rakyat (PR) is set to go ahead with its mammoth rally dubbed "Black 505" in the heart of Kuala Lumpur on June 15.

And this despite PAS Dewan Ulama chief Datuk Harun Taib having said his party had accepted the 13th general election results would not hold nor participate in such gatherings.
PR leaders, however, said the rally, to be held at Padang Merbok not far from Dataran Merdeka, had nothing to do with accepting or rejecting the results but seeking a change in the Election Commission (EC) leadership.

This has signaled an apparent shift in objective from the first rally held in Kelana Jaya on May 8, which was about protesting against the alleged fraudulent election.

Parti Keadilan Rakyat vice-president Tian Chua said the rally on June 15 is to call for the resignation of EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Yussoff and the members in his panel.

"The rally is not about recognizing the results as there are about 30 seats in dispute. The law allows for a peaceful assembly and that is our intention."

He said PR parties will not participate in the proposed redelineation exercise of electoral boundaries until a new commission is in place.Read More / Baca Lagi >>

PAS cadang tubuhkan Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13

Posted: 06 Jun 2013 08:54 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun — PAS hari ini menggesa diwujudkan Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13 bagi menyiasat segala dakwaan salah laku ketika Pilihan Raya 2013 lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, ia memberi gambaran pengendali pilihan raya itu masih tidak telus dan wujud keperluan mewujudkan post-mortem berkenaan Pilihan Raya 2013.
"Hakikatnya ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia," kata Abdul Hadi (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi menegaskan keperluan post-mortem berkenaan adalah bagi mencari permasalahan pokok yang timbul sebelum sebarang pembaharuan dilaksanakan.
"Tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul.
"Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan," tegasnya lagi.
Menurut Abdul Hadi, Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.
Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusannya dengan mengadakan bantahan di seluruh negara melalui Himpunan Black 505.
Read More / Baca Lagi >>

Jambatan P.Pinang kedua yang runtuh dibina oleh kontraktor tempatan

Posted: 06 Jun 2013 08:53 PM PDT


GEORGE TOWN, 7 Jun — Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh pada petang Khamis adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama yang diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor Kelas G7 dianugerahkan projek tersebut pada 2010 dan tapak berkenaan diambil pada 19 Mei 2010.
Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Projek RM152 juta diarahkan membina empat susur daripada Batu Maung untuk disambungkan ke Lebuhraya Bayan Lepas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan jambatan marin utama.
Ia adalah salah satu bahagian daripada susur dua yang runtuh semalam dan mengakibatkan empat kematian termasuk tiga kecederaan.
Berdasarkan jadual, ia seharusnya siap pada Disember tahun lalu namun tertangguh dan tarikh terakhir siap ditetapkan bulan hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

CM's visit to the access road to the 2nd bridge which collapsed

Posted: 06 Jun 2013 08:48 PM PDT

TGHH: KEMENANGAN YANG TERTANGGUH

Posted: 06 Jun 2013 08:47 PM PDT

Umno and the coming ‘class war’

Posted: 06 Jun 2013 06:16 PM PDT

The Umno media complex which is loyal and serves only Najib Tun Razak has already begun an overt war to circumvent Muhyiddin Yassin's bid for the top seat.

The official 13th general election maybe over, but the underground polls is not. It is still going on.
The underground polls is coming and this clash will not be between cultural groups.
It will be between the sad class – our own les miserables, Frantz Fanon's Wretched of the Earth and the Malay-Chinese bourgeoisie.
The sad class is made up of the 11 million Malays who earn less than RM2,500 a month against the minted Malay CEOs such as Abdul Wahid Omar (former Maybank chief) who earned RM 7 million a year and the CIMB numero uno (Nazri Razak) who totals RM16-17 million a year.
The 11 million Malays are joined by the new entrants into a swelling army of the lumpenproletariat, consisting of graduates from universities and colleges who don't earn a decent salary to afford houses that now cost RM700-800,000.
These 'new entrants'  can't afford a RM400,000 house, a home that is deemed "affordable" by the ruling bourgeoisie.
To support their 'affordable' truths is Umno's media complex.
We are at war with the Umno media complex – the papers that it owns, the television channels, the radio talk shows and the lists goes on.
Umno controls every avenue of thought formation and has even convinced one part of the Malay thinking crowd into believing that the  community is under siege from marauding Chinese.
Don't be surprised that the strings on the Umno media complex are pulled by the shadowy denizens of the Umno war room.
Bid to circumvent Muhyiddin
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Tewas Undi Popular, Jadilah Kerajaan yang Insaf dan Sedar

Posted: 06 Jun 2013 06:15 PM PDT

Kalau sudah tewas dari segi undi popular, belajarlah jadi kerajaan yang insaf. Jangan rompak dan lanun. Jangan rasuah. Jangan nak buli rakyat. Undi yang BN perolehi adalah suatu panggilan bangkit atau wake up call. Namun di lihat dari kenyataan2 bongkak UMNO dan penyokong nya, nyatalah UMNO tidak sedar diri. Presiden nya menyifatkan pencapaian UMNO adalah pencapaian terbaik.
Boleh jadi penyokong UMNO masih tidak faham. Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO ialah 3.24 juta. Ini jumlah undi keseluruhan dari semua kerusi yang UMNO tandingi, kalah atau menang. Mereka menang 88 kerusi dan kalah dalam banyak kawasan. Dari 3.24 juta undi itu, bukan semua datang dari pengundi Melayu. Habis kuat hanya 85% pengundi untuk calun UMNO terdiri dari orang Melayu.
MCA memperolehi 899 ribu undi. Parti Taib Mahmud 230 ribu. Parti MIC 290 ribu. Memanglah ada orang Melayu yang mengundi calun2 komponen BN ini. Soalnya, besar mana sangat?
PARTI
UNDI
PENGUNDI MELAYU(ANGGARAN)
UMNO
3.24
2.75(85%)
PBB
0.23
0.09(40%)
MCA
0.89
0.13(15%)
MIC
0.29
0.03(10%)
jumlah
4.65
3.00
Berapa pengundi Melayu? Katalah undi Melayu untuk MCA 15%- baru 135 ribu. Undi Melayu untuk MIC lagi rendah- 10%.=30 ribu. Melayu yang mengundi PBB=90 ribu. Jumlahkan semua- undi Melayu yang menyokong BN hanya lebih kurang 3 juta sahaja.Tolak dan campur 10%, habis kuat 3.3juta. 3.3 dari 5.2 juta sekitar 63%. tapi ini 63% daripada 5.2juta yang mengundi BN. peratusan dari jumlah semua pengundi berapa?
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Harus Sepakat

Posted: 06 Jun 2013 06:13 PM PDT

Bagus juga cadangan agar ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot takilmat parlimen yang akan diadakan Selasa depan. Tindakan itu seperti mana kata ketua pemuda pusat DAP Anthony Loke sekurang-kurang memberi tekanan ke atas pihak kerajaan berhubung usaha Pakatan Rakyat yang mahukan pilihan raya bersih.

Walaupun tindakan itu bukan menggambarkan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memboikot sidang parlimen, tetapi ia merupakan satu tindakan meneruskan protes. Ketika ini Pakatan Rakyat sedang melakukan protes terhadap pilihan raya yang baru lalu yang dianggap penuh dengan penipuan dan ketidak adilan.

Sebelum ini telah diadakan beberapa siri himpunan dikenali dengan Black505. Himpunan itu tidak akan memberi apa-apa erti kalau ia terhenti di situ saja. Apa lagi kalau selepas ini semua ahli parlimen menghadiri sidang seperti biasa. Satu himpunan raksasa dirancang pada pertengahan bulan depan.

Pandangan Anthony itu nampaknya disokong oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan. Sikap DAP dan PKR mengenai protes ini konsisten berbanding dengan ahli parlimen PAS yang kelihatan tidak semua sekata. Yang menjadi persoalan kini bagaimana penerimaan ahli parlimen baru PAS khasnya di kalangan pemuda yang kini sudah pun ada yang bercakap sumbang?

Read More / Baca Lagi >>

Speaker: Hannah tidak khuatir dibuli

Posted: 06 Jun 2013 06:08 PM PDT


Hannah Yeoh Tseow Suan SUBANG JAYA – Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan tidak khuatir dibuli meski beliau dalah wanita pertama sekali gus yang termuda pernah dipilih memegang jawatan itu.

Menurutnya, dari segi jumlah Adun BN yang berkurangan selain ramai senior daripada parti itu yang kalah serta tidak bertanding, Hannah yakin kejadian 'membuli' Speaker dalam Sidang Dun tidak mungkin berlaku.

Katanya, beliau juga tidak pernah melihat kejadian 'membuli' Speaker berlaku sebelum ini.

Hannah berkata, sehingga kini masih ternanti-nanti siapakah yang bakal dipilih memegang jawatan Ketua Pembangkang di negeri Selangor.

Ia  penting, jelasnya untuk melihat bagaimana Ketua Pembangkang memimpin barisannya dalam Sidang Dun kelak.

Jelasnya, sebelum ini Ketua Pembangkang dilihat hanya banyak memperbahasakan isu retorik dan kurang menitikberatkan isu penduduk.

Isu sering dibahaskan hanya berkaitan air dan Talam namun isu berkaitan rakyat dilihat kurang diperjuangkan.

Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Ahli Parlimen Pakatan akan boikot taklimat Parlimen

Posted: 06 Jun 2013 06:02 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.
Anthony Loke (gambar) dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.
Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan.
"Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.
"Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu," katanya apabila dihubungi di sini.
Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.
Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang Standing Order dan urusan pentadbiran lain.
Read More / Baca Lagi >>

3 cedera dalam runtuhan penyambung jambatan ke-2 PP

Posted: 06 Jun 2013 06:01 PM PDT





 
Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.

Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar memaklumkan pemberita kedua-dua mangsa dikatakan sedang bekerja di tapak binaan ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam.

Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.

Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira dua meter dari lokasi kejadian.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat kekal: Menteri Kesihatan sanggah SPR

Posted: 06 Jun 2013 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13.

Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.

Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan.

Ditanya sama ada memang terdapat alasan perubatan untuk mengurangkan silver nitrate, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: "Saya tidak pasti, anda perlu bertanya SPR soalan tersebut. Jika anda tanya sama ada mereka tanya kita untuk sebarang laporan, saya rasa tidak".

Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan.

"Jika mereka ada bertanya pada kita dan kita diberikan laporan, maka ia amat berlainan, tapi saya tidak rasa begitu…" tambah Subramaniam lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Tempat Himpunan #Blackout 505, Polis, DBKL Berdolak- Dalik

Posted: 06 Jun 2013 05:59 PM PDT

SHAH ALAM, 7 JUN: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli mendakwa polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan Perhimpunan Aman #Blackout505 apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.
Sebaliknya menurut Rafizi, polis dan DBKL tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman dan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.
"Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.
"Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan," kata Rafizi ketika dihubungi TV Selangor.
Bagaimanapun menurut Rafizi yang bertindak sebagai salah seorang sekretariat Pakatan Rakyat(PR), perhimpunan tersebut akan diteruskan pada 15 Jun ini seperti yang dirancang sebelumnya.
Terdahulu dalam isu sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman #Blackout505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.
Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.

Pasar Payang: Buka semula pintu rundingan - Pakatan

Posted: 06 Jun 2013 05:56 PM PDT




Pasar Payang KUALA TERENGGANU - Pemimpin PR meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said membuka balik ruang rundingan berhubung cadangan pembangunan semula Pasar Payang dan melihatnya secara rasional dan terbuka.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, daripada laporan dan aduan yang diterima pihaknya, ramai pihak dari dalam dan luar negara yang tidak bersetuju dengan cadangan pembangunan semula Pasar Payang.

"Saya hormati beliau (Ahmad) sebagai menteri besar dan Adun yang sudah lama di negeri ini. Saya harap dia turut mengambil kira pandangan saya dan orang ramai. Apatah lagi Parlimen Kuala Terengganu kini dipimpin oleh PR, wajar untuk mereka meminta pandangan daripada kami sebagai wakil rakyat.

"Peniaga di Pasar Payang kini semakin bimbang dan mereka berjumpa dengan kami dan menolak cadangan itu. Sebab itu saya mengharapkan MB membuka balik ruang rundingan.

Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Badan dan kepimpinan baru perlu ganti SPR

Posted: 06 Jun 2013 08:50 AM PDT


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menerima kenyataan bahawa badan yang diamanahkan untuk mengadili pilihan raya itu tidak lagi dipercayai oleh ramai termasuk pihak BN sendiri.

"Oleh yang demikian, penjelmaan baru organisasi SPR termasuk penerajunya perlu dirombak segera.

"Inilah hasrat sebahagian rakyat dalam negara kita jika dinilai melalui undi popular seluruh negara terhadap Pakatan Rakyat (PR)," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).

Beliau berkata, Pemuda PAS percaya rakyat sudah bosan dengan teraju SPR ketika ini berikutan cara pengurusan perjalanan sistem pilihan raya di dalam negara ini yang diragui akan ketelusannya.

Jelasnya, SPR ternyata tidak amanah menjalankan amanahnya dan ianya telah diakui oleh badan pemantau bebas serta penganalisis daripada dalam dan luar Negara.

Menurutnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharusnya mengakui kepimpinan mereka tidak lagi menjadi satu badan yang diiktiraf dan dilihat tiada integriti untuk mengadili pilihanraya.

"Mereka (Tan Sri Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad) seharusnya berjiwa besar untuk berundur selepas pelbagai desakan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: Kini Salahudin pula diminta serah diri ke balai polis

Posted: 06 Jun 2013 08:48 AM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas beberapa orang dikenakan tindakan di bawah akta Hasutan, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) pula dikehendaki oleh pihak polis.

"Saya dikehendaki hadir ke balai polis Kepong esok (Jumaat) di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan biasanya digunakan bagi tuduhan menyertai apa yang dianggap oleh pihak kerajaan dan polis sebagai perhimpunan haram.

Salahuddin bagaimanpun tidak jelas perhimpunan mana yang dirujuk oleh pihak polis.

Beliau menyifatkan ini operasi balas dendam dan satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai.

"Sebelum ini, beria-ia Najib berjanji untuk menghormati hak-hak asasi.

"Nampak benar semua itu bohong dan beliau tidak boleh dipercayai sama sekali," kata Salahuddin.

Dengan apa yang terus berlaku sehingga kini, beliau yakin kebencian rakyat semakin membara.

"Malah, usaha untuk memberitahu lebih ramai rakyat bahawa kerajaan Najib adalah kerajaan pilihan raya tipu bukan sahaja tidak akan dapat dipatahkan malah akan digerakkan dengan lebih hebat.

"Taktik ugutan sebegini tidak akan berjaya dan rakyat tidak boleh ditakut-takutkan," katanya.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menetapkan, jika disabitkan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-dua sekali.

Empat dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang..

Posted: 06 Jun 2013 08:43 AM PDT


Dalam kejadian runtuhan sebahagian daripada 'ramp' susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini yang runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi empat orang dikhuatiri  terbunuh..

Ini berikutan penemuan sebuah kereta Kelisa yang berwarna putih yang remuk ditimpa runtuhan struktur tersebut..

Second Penang Bridge ramp collapses, four in car found dead 


GEORGE TOWN: An uncompleted flyover connecting to the still-under-construction second Penang bridge at Batu Maung collapsed at around 7pm Thursday, burying at least one car and a motorcycle under the debris.

Police fear that four people are dead after one car, a white-coloured Perodua Kelisa was found buried under the rubble.

State Fire and Rescue Department confirmed that one motorcyclist, who was earlier trapped under the debris, has been pulled out. He suffered injuries to his head.


State Fire and Rescue Department have mobilised hundreds of firemen from throughout the state as well as volunteers to the scene, including medical personnel.

Firemen are extricating the debris to reach the cars and motorcycles under the rubble, consisting mostly metal scaffolding and steel beams.

Bayan Baru MP Sim Tze Tzin, who was on the scene, said about a 30m-long span of the ramp was believed to have collapsed around 7pm, as work to install concrete boulders to strengthen the structure was ongoing.
Read More / Baca Lagi >>

HIMPUNAN 15 JUN - KITA PILIH RUANG YANG SEMPIT SELAGI ADA RUANG

Posted: 06 Jun 2013 08:40 AM PDT

HIMPUNAN 505 di KL pada 15 Jun ini dilakukan secara aman.  Oleh kerana ianya dibuat secara aman, maka kita ada pula Akta Himpunan Aman.  Mengikut DS Anwar Ibrahim, Himpunan 15 Jun ini adalah sepakatan daripada Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa NGO.
Siapa mahu kata himpunan itu nanti perhimpunan haram atau himpunan menghuru-harakan negara?   Jangan cepat keluarkan fatwa, sila rujuk kepada Pakatan Rakyat dahulu.  Kita tidak akan menyerah kepada kezaliman dan penipuan.  Aku sokong himpunan aman selagi kita ada ruang di negara ini walaupun ruang itu sempit, gunakan ruang yang sempit itu terlebih dahulu.  Jika semua ruang telah ditutup, tentulah ruang 'jalanan' akan kita terokai.
Mereka jangan fikir kita pilih himpunan aman untuk selama-lamanya.  Kita masih waras untuk buat pilihan, jadi pihak kerajaan mesti peka dengan kehendak rakyat.  Pilihan kita selama ini amat bersopan dan berhemah sekali, walaupun ada yang lebih suka kita redha dan bersabar.  Berbagai pendapat dari kalangan kita dan kita sama-sama raikan asalkan kita tidak menghalang kehendak majoriti rakyat yang mahu berhimpun.

SANDIWARA PASCA KANTOI: Papa Gomo bersara?

Posted: 06 Jun 2013 08:38 AM PDT

Blogger Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.
Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.
"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.
SANDIWARA PASCA KANTOI: Papa Gomo bersara?Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.
Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.
Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.
Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.
Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.
Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.
Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.
"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.
"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.
"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.
- Sinar Harian

NGO : Pengerusi Dan Timb SPR Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Demonstrasi Seluruh Negara

Posted: 06 Jun 2013 08:32 AM PDT

NGO Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Demonstrasi Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 6 JUN : Gabungan Suara Rakyat 505 hari ini memberi amaran kepada kerajaan bahawa pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi jalanan secara aman selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.
Gabungan itu turut mengkritik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan SPR di bawah kuasa parlimen yang disifatkan tidak menyeluruh malah diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.
Ia berikutan SPR masih gagal melaksanakan sepenuhnya tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, kata Pengerusi Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim.
Katanya, SPR juga dilihat seperti memuji diri sendiri setelah melaksanakan sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan PSC, sedangkan proses PRU-13 terbukti tidak profesional dan penuh muslihat.
"Selagi tuntutan itu tidak dilakukan, gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus melakukan demonstrasi jalanan secara aman sebagai bantahan terhadap kegagalan mewujudkan sebuah badan pilihan raya yang bebas.
"Rakyat beri peluang kepada SPR untuk jelaskan perkara ini tetapi kepimpinan SPR sangat mengecewakan kerana mereka tolak mentah-mentah segala dakwaan penipuan PRU yang dimaksudkan walaupun perkara itu belum diputuskan di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Cubaan sekat Facebook bertentangan hak bersuara

Posted: 06 Jun 2013 08:30 AM PDT

facebookKUALA LUMPUR, 6 JUN: Gesaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyekat akses ke laman sosial seperti Facebook bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak bersuara, kata peguam, N. Surendran.
"Kerajaan tidak berhak untuk menyekat akses ke laman Facebook atau seumpanya kerana pertama sekali ia bertentangan dengan perlembagaan serta hak asasi," kata Surendran kepada Keadilan Daily.
Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin yang menggesa kerajaan menyekat laman sosial seperti Facebook kononnya demi membendung perbuatan menggugat kemanan negara.
"Negara kita bukan negara komunis seperti China yang menyekat kebebasan rakyat begitu saja. Gesaan itu adalah bodoh dan dangkal," bidas Surendran.
SURENDRANSebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mengkaji undang-undang bagi mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini.
Justeru, kata Surendran, cubaan itu jelas hanya untuk melindungi kerajaan BN yang tidak boleh menerima kritikan daripada rakyat.
"Ia percubaan untuk menyekat rakyat dari mengkritik kerajaan korup dan penuh salahguna kuasa, gesaan itu jelas untuk menyelamatakan kerajaan BN," katanya.
"Lagipun, Facebook diterima di seluruh dunia, jika benar Malaysia mahu haramkan aksesnya di negara ini, kita akan menjadi bahan tawa seluruh dunia," katanya lagi.

TPP: Kedaulatan Malaysia dikorban untuk perdagangan bebas? – Nurul Izzah

Posted: 06 Jun 2013 08:12 AM PDT

TTPKUALA LUMPUR, 6 JUN: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bimbang kedaulatan Malaysia dikorbankan dengan menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPP) tanpa mempedulikan pandangan rakyat.
"Kami bimbang kerajaan menandatangani perjanjian TPP tanpa mempedulikan pendapat orang ramai atau memberi perhatian kepada kebimbangan dan sentimen rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, TPP memberikan hak undang-undang lebih kepada perniagaan asing berbanding domestik melalui fasal dipanggil resolusi penyelesaian pertikaian 'pelabur-negeri' (ISDS).
(TPP) adalah inisiatif Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang melibatkan 11 buah negara yang kini memasuki pusingan rundingan ke-17 dan Malaysia menyertai perbincangan TPP mulai Oktober 2010.
TPP mengandungi peruntukan berhubung pelanggaran berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS) yang terdiri daripada asas farmaseutikal sehingga maklumat dalam talian digital.
Antaranya, penyedia perkhidmatan internet (ISP) dikehendaki memantau aktiviti harian pengguna internet dan diberi kuasa untuk bertindak dengan cara melumpuhkan akses atau pendikit jalur lebar yang menghalang kebebasan bersuara.
Malangnya kata Nurul, rakyat Malaysia termasuk wakil rakyat tidak dimaklumkan mengenai perbincanganyang berkaitan dengan TPP.
"Ini pengecualian yang malang apabila perbincangan, perbahasan atau apa-apa bentuk penyertaan, apatah lagi keseluruhan sesuatu proses tanpa mendapatkan pengesahan Parlimen seolah menafikan hak orang awam untuk mengawasi, meneliti perjanjian antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala yang boleh menjejaskan kepentingan dan kedaulatan negara," katanya.
Justeru, beliau menuntut kerajaan Malaysia memastikan jaminan dan keselamatan tertentu:
Read More / Baca Lagi >>

Mati Dalam Lokap: Laporan forensik sahkan P Karuna dipukul

Posted: 06 Jun 2013 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Bekas jurutera, P Karuna Nithi, yang mati di lokap IPD Tampin disahkan dipukul berdasarkan laporan pakar forensik, Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al-Aidrus dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh kononnya kematian mangsa tiada kaitan dengan pukulan atau penderaan, kata Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas.
Protes di hadapan IPD Tampin, Negeri Sembilan
Protes di hadapan IPD Tampin, Negeri Sembilan
"Bedah siasat juga mendapati seluruh anggota badannya di depan dan belakang penuh dengan kesan lebam selain beberapa kecederaan dalaman," katanya.
"Balai polis yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk rakyat tidak pula berlaku ekoran kematian demi kematian yang berlaku sebelum ini," tegas Jayathas.
Terdahulu, pada 3 Jun, kira-kira 60 orang menyertai protes dihadapan IPD Tampin bagi membantah insiden kematian dalam tahanan melibatkan P Karuna Nithi.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT