Khamis, 6 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Setpol PM,dah kalah PRU13,minta jawatan Senator?

Posted: 06 Jun 2013 09:13 PM PDT

Shahbudin Husin
Dalam pilihanraya umum yang lalu, Najib telah mencipta sejarah dengan meletakkan 4 orang Setiausaha Politiknya sebagai calon pilihanraya.Ini merupakan jumlah teramai yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Mereka ialah Fatmi Che Salleh di Kota Bharu, Sahlan Ismail di Pokok Sena, Shafei Abdullah di Wangsa Maju dan Sufian Awang di Kuantan. Namun kesemua mereka telah kalah dan ditolak rakyat. Di sebalik desakan ramai yang mahu Najib mengganti kesemua Setpolnya itu dan mengganti dengan orang baru, terdapat juga antara mereka ini yang sedang giat melobi untuk terus kekal berada di beranda kuasa di Jabatan Perdaana Menteri. Antaranya ialah Sahlan dan Sufian yang menjadi percakapan ramai dalam UMNO sedang berusaha ke arah itu.
Namun seorang lagi Setpol Najib di Kementerian Kewangan iaitu Shafie Abdullah lain pula perangainya. Setelah kalah dalam pilihanraya lalu di Wangsa Maju kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan 5511 undi, beliau kini sedang mengatur strategi mendesak Najib agar memberikannya jawatan Senator pula.
Beliau melalui UMNO Wangsa Maju yang dipimpinnya sedang menyiapkan satu memerandum desakan kepada Perdana Menteri kononnya daripada akar umbi UMNO Wangsa Maju yang mahukan jawatan Senator diberikan kepadanya setelah kalah dalam pilihanraya lalu.
Pejabat UMNO Wangsa Maju kini sedang giat menghubungi Ketua-ketua cawangan, Ketua Pemuda cawangan, Ketua Wanita Cawangan serta Ketua Puteri Cawangan, selain AJK Bahagian 4 Peringkat untuk mendapatkan tandatangan sokongan kepada memorandum itu yang mahu dihantar dengan seberapa segera kepada Najib.
Kandungannya ialah tidak lain mahukan Shafie diberikan jawatan Senator atas alasan kononnya beliau merupakan pemimpin paling berwibawa dalam UMNO Wangsa Maju selama ini dan antara yang terbaik di Wilayah Persekutuan, walaupun hakikatnya kekalahan BN di Wangsa Maju lebih tinggi berbanding 2008. Pada 2008, calon BN Wangsa Maju Yew Teong Look kalah cuma 150 undi tetapi dalam pilihanraya lalu Shafie kecundang dengan 5511 undi.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: Situasi buntu untuk demo Padang Merbok

Posted: 06 Jun 2013 09:07 PM PDT

PKR selalu terperangkap dengan keadaan buntu apabila menganjurkan sesuatu perhimpunan ekoran pemilik tempat dan polis masing-masing mahukan izin sebelah lagi pihak sebelum memberikan lampu hijau.

azlanTerbaru, polis Dang Wangi dilaporkan berkata, permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 15 Jun ini tidak lengkap kerana tiada kebenaran daripada pemilik tempat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramlli berkata, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, polis mahukan kelulusan pemilik tempat sebelum kebenaran diberikan; manakala pemilik tempat pula mahukan kebenaran polis terlebih dahulu.

"Keadaan ini mencipta halangan yang tidak perlu dan bertentangan dengan semangat Akta Perhimpunan Aman, yang mana isu kebenaran polis tidak timbul," katanya ketika dihubungi semalam.

Black505 To Go On – With Or Without Permit

Posted: 06 Jun 2013 08:59 PM PDT

Pic: Faisol MustafaPAKATAN Rakyat (PR) is set to go ahead with its mammoth rally dubbed "Black 505" in the heart of Kuala Lumpur on June 15.

And this despite PAS Dewan Ulama chief Datuk Harun Taib having said his party had accepted the 13th general election results would not hold nor participate in such gatherings.
PR leaders, however, said the rally, to be held at Padang Merbok not far from Dataran Merdeka, had nothing to do with accepting or rejecting the results but seeking a change in the Election Commission (EC) leadership.

This has signaled an apparent shift in objective from the first rally held in Kelana Jaya on May 8, which was about protesting against the alleged fraudulent election.

Parti Keadilan Rakyat vice-president Tian Chua said the rally on June 15 is to call for the resignation of EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Yussoff and the members in his panel.

"The rally is not about recognizing the results as there are about 30 seats in dispute. The law allows for a peaceful assembly and that is our intention."

He said PR parties will not participate in the proposed redelineation exercise of electoral boundaries until a new commission is in place.Read More / Baca Lagi >>

PAS cadang tubuhkan Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13

Posted: 06 Jun 2013 08:54 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun — PAS hari ini menggesa diwujudkan Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13 bagi menyiasat segala dakwaan salah laku ketika Pilihan Raya 2013 lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, ia memberi gambaran pengendali pilihan raya itu masih tidak telus dan wujud keperluan mewujudkan post-mortem berkenaan Pilihan Raya 2013.
"Hakikatnya ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia," kata Abdul Hadi (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi menegaskan keperluan post-mortem berkenaan adalah bagi mencari permasalahan pokok yang timbul sebelum sebarang pembaharuan dilaksanakan.
"Tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul.
"Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan," tegasnya lagi.
Menurut Abdul Hadi, Suruhanjaya Bebas Post Mortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.
Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusannya dengan mengadakan bantahan di seluruh negara melalui Himpunan Black 505.
Read More / Baca Lagi >>

Jambatan P.Pinang kedua yang runtuh dibina oleh kontraktor tempatan

Posted: 06 Jun 2013 08:53 PM PDT


GEORGE TOWN, 7 Jun — Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh pada petang Khamis adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama yang diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor Kelas G7 dianugerahkan projek tersebut pada 2010 dan tapak berkenaan diambil pada 19 Mei 2010.
Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Projek RM152 juta diarahkan membina empat susur daripada Batu Maung untuk disambungkan ke Lebuhraya Bayan Lepas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan jambatan marin utama.
Ia adalah salah satu bahagian daripada susur dua yang runtuh semalam dan mengakibatkan empat kematian termasuk tiga kecederaan.
Berdasarkan jadual, ia seharusnya siap pada Disember tahun lalu namun tertangguh dan tarikh terakhir siap ditetapkan bulan hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

CM's visit to the access road to the 2nd bridge which collapsed

Posted: 06 Jun 2013 08:48 PM PDT

TGHH: KEMENANGAN YANG TERTANGGUH

Posted: 06 Jun 2013 08:47 PM PDT

Umno and the coming ‘class war’

Posted: 06 Jun 2013 06:16 PM PDT

The Umno media complex which is loyal and serves only Najib Tun Razak has already begun an overt war to circumvent Muhyiddin Yassin's bid for the top seat.

The official 13th general election maybe over, but the underground polls is not. It is still going on.
The underground polls is coming and this clash will not be between cultural groups.
It will be between the sad class – our own les miserables, Frantz Fanon's Wretched of the Earth and the Malay-Chinese bourgeoisie.
The sad class is made up of the 11 million Malays who earn less than RM2,500 a month against the minted Malay CEOs such as Abdul Wahid Omar (former Maybank chief) who earned RM 7 million a year and the CIMB numero uno (Nazri Razak) who totals RM16-17 million a year.
The 11 million Malays are joined by the new entrants into a swelling army of the lumpenproletariat, consisting of graduates from universities and colleges who don't earn a decent salary to afford houses that now cost RM700-800,000.
These 'new entrants'  can't afford a RM400,000 house, a home that is deemed "affordable" by the ruling bourgeoisie.
To support their 'affordable' truths is Umno's media complex.
We are at war with the Umno media complex – the papers that it owns, the television channels, the radio talk shows and the lists goes on.
Umno controls every avenue of thought formation and has even convinced one part of the Malay thinking crowd into believing that the  community is under siege from marauding Chinese.
Don't be surprised that the strings on the Umno media complex are pulled by the shadowy denizens of the Umno war room.
Bid to circumvent Muhyiddin
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Tewas Undi Popular, Jadilah Kerajaan yang Insaf dan Sedar

Posted: 06 Jun 2013 06:15 PM PDT

Kalau sudah tewas dari segi undi popular, belajarlah jadi kerajaan yang insaf. Jangan rompak dan lanun. Jangan rasuah. Jangan nak buli rakyat. Undi yang BN perolehi adalah suatu panggilan bangkit atau wake up call. Namun di lihat dari kenyataan2 bongkak UMNO dan penyokong nya, nyatalah UMNO tidak sedar diri. Presiden nya menyifatkan pencapaian UMNO adalah pencapaian terbaik.
Boleh jadi penyokong UMNO masih tidak faham. Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO ialah 3.24 juta. Ini jumlah undi keseluruhan dari semua kerusi yang UMNO tandingi, kalah atau menang. Mereka menang 88 kerusi dan kalah dalam banyak kawasan. Dari 3.24 juta undi itu, bukan semua datang dari pengundi Melayu. Habis kuat hanya 85% pengundi untuk calun UMNO terdiri dari orang Melayu.
MCA memperolehi 899 ribu undi. Parti Taib Mahmud 230 ribu. Parti MIC 290 ribu. Memanglah ada orang Melayu yang mengundi calun2 komponen BN ini. Soalnya, besar mana sangat?
PARTI
UNDI
PENGUNDI MELAYU(ANGGARAN)
UMNO
3.24
2.75(85%)
PBB
0.23
0.09(40%)
MCA
0.89
0.13(15%)
MIC
0.29
0.03(10%)
jumlah
4.65
3.00
Berapa pengundi Melayu? Katalah undi Melayu untuk MCA 15%- baru 135 ribu. Undi Melayu untuk MIC lagi rendah- 10%.=30 ribu. Melayu yang mengundi PBB=90 ribu. Jumlahkan semua- undi Melayu yang menyokong BN hanya lebih kurang 3 juta sahaja.Tolak dan campur 10%, habis kuat 3.3juta. 3.3 dari 5.2 juta sekitar 63%. tapi ini 63% daripada 5.2juta yang mengundi BN. peratusan dari jumlah semua pengundi berapa?
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Harus Sepakat

Posted: 06 Jun 2013 06:13 PM PDT

Bagus juga cadangan agar ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot takilmat parlimen yang akan diadakan Selasa depan. Tindakan itu seperti mana kata ketua pemuda pusat DAP Anthony Loke sekurang-kurang memberi tekanan ke atas pihak kerajaan berhubung usaha Pakatan Rakyat yang mahukan pilihan raya bersih.

Walaupun tindakan itu bukan menggambarkan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memboikot sidang parlimen, tetapi ia merupakan satu tindakan meneruskan protes. Ketika ini Pakatan Rakyat sedang melakukan protes terhadap pilihan raya yang baru lalu yang dianggap penuh dengan penipuan dan ketidak adilan.

Sebelum ini telah diadakan beberapa siri himpunan dikenali dengan Black505. Himpunan itu tidak akan memberi apa-apa erti kalau ia terhenti di situ saja. Apa lagi kalau selepas ini semua ahli parlimen menghadiri sidang seperti biasa. Satu himpunan raksasa dirancang pada pertengahan bulan depan.

Pandangan Anthony itu nampaknya disokong oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan. Sikap DAP dan PKR mengenai protes ini konsisten berbanding dengan ahli parlimen PAS yang kelihatan tidak semua sekata. Yang menjadi persoalan kini bagaimana penerimaan ahli parlimen baru PAS khasnya di kalangan pemuda yang kini sudah pun ada yang bercakap sumbang?

Read More / Baca Lagi >>

Speaker: Hannah tidak khuatir dibuli

Posted: 06 Jun 2013 06:08 PM PDT


Hannah Yeoh Tseow Suan SUBANG JAYA – Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan tidak khuatir dibuli meski beliau dalah wanita pertama sekali gus yang termuda pernah dipilih memegang jawatan itu.

Menurutnya, dari segi jumlah Adun BN yang berkurangan selain ramai senior daripada parti itu yang kalah serta tidak bertanding, Hannah yakin kejadian 'membuli' Speaker dalam Sidang Dun tidak mungkin berlaku.

Katanya, beliau juga tidak pernah melihat kejadian 'membuli' Speaker berlaku sebelum ini.

Hannah berkata, sehingga kini masih ternanti-nanti siapakah yang bakal dipilih memegang jawatan Ketua Pembangkang di negeri Selangor.

Ia  penting, jelasnya untuk melihat bagaimana Ketua Pembangkang memimpin barisannya dalam Sidang Dun kelak.

Jelasnya, sebelum ini Ketua Pembangkang dilihat hanya banyak memperbahasakan isu retorik dan kurang menitikberatkan isu penduduk.

Isu sering dibahaskan hanya berkaitan air dan Talam namun isu berkaitan rakyat dilihat kurang diperjuangkan.

Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Ahli Parlimen Pakatan akan boikot taklimat Parlimen

Posted: 06 Jun 2013 06:02 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memboikot taklimat Parlimen Selasa depan sebagai tindakan simbolik untuk menunjukkan ketegasan mereka untuk mendesak reformasi pilihan raya.
Anthony Loke (gambar) dari DAP mengesahkan keputusan itu, dibuat awal minggu ini oleh Majlis Pimpinan PR, dan mengatakan langkah itu hadir di belakang rentetan perhimpunan diadakan di seluruh negara untuk memprotes Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan penipuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.
Beliau mengatakan gabungan itu juga merancang perhimpunan raksasa di Padang Merbok Sabtu minggu hadapan dan menghadiri taklimat itu dilihat bercanggah dengan tujuan perhimpunan.
"Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya.
"Jadi pada ketika ini, kita rasa kita tidak perlu hadir taklimat itu… pada masa sama, kita merancang perhimpunan besar, jadi, pada masa sama, kita tidak harus hadir taklimat itu," katanya apabila dihubungi di sini.
Ahli Parlimen Seremban itu walau bagaimanapun menegaskan kegagalan untuk hadir taklimat itu tidak akan menjejaskan kedudukan wakil rakyat PR di Parlimen kerana kedatangan adalah tidak wajib.
Beliau menerangkan taklimat itu bermaksud untuk ahli Parlimen penggal pertama diberikan penerangan mengenai perkara teknikal termasuk peranan di Dewan Rakyat seperti bagaimana untuk membuat usul, undang-undang Standing Order dan urusan pentadbiran lain.
Read More / Baca Lagi >>

3 cedera dalam runtuhan penyambung jambatan ke-2 PP

Posted: 06 Jun 2013 06:01 PM PDT





 
Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.

Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar memaklumkan pemberita kedua-dua mangsa dikatakan sedang bekerja di tapak binaan ketika kejadian pada kira-kira 7.15 malam.

Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.

Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira dua meter dari lokasi kejadian.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat kekal: Menteri Kesihatan sanggah SPR

Posted: 06 Jun 2013 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13.

Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.

Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan.

Ditanya sama ada memang terdapat alasan perubatan untuk mengurangkan silver nitrate, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: "Saya tidak pasti, anda perlu bertanya SPR soalan tersebut. Jika anda tanya sama ada mereka tanya kita untuk sebarang laporan, saya rasa tidak".

Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan.

"Jika mereka ada bertanya pada kita dan kita diberikan laporan, maka ia amat berlainan, tapi saya tidak rasa begitu…" tambah Subramaniam lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Tempat Himpunan #Blackout 505, Polis, DBKL Berdolak- Dalik

Posted: 06 Jun 2013 05:59 PM PDT

SHAH ALAM, 7 JUN: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli mendakwa polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan Perhimpunan Aman #Blackout505 apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.
Sebaliknya menurut Rafizi, polis dan DBKL tidak mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman dan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.
"Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.
"Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan," kata Rafizi ketika dihubungi TV Selangor.
Bagaimanapun menurut Rafizi yang bertindak sebagai salah seorang sekretariat Pakatan Rakyat(PR), perhimpunan tersebut akan diteruskan pada 15 Jun ini seperti yang dirancang sebelumnya.
Terdahulu dalam isu sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman #Blackout505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.
Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.

Pasar Payang: Buka semula pintu rundingan - Pakatan

Posted: 06 Jun 2013 05:56 PM PDT




Pasar Payang KUALA TERENGGANU - Pemimpin PR meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said membuka balik ruang rundingan berhubung cadangan pembangunan semula Pasar Payang dan melihatnya secara rasional dan terbuka.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, daripada laporan dan aduan yang diterima pihaknya, ramai pihak dari dalam dan luar negara yang tidak bersetuju dengan cadangan pembangunan semula Pasar Payang.

"Saya hormati beliau (Ahmad) sebagai menteri besar dan Adun yang sudah lama di negeri ini. Saya harap dia turut mengambil kira pandangan saya dan orang ramai. Apatah lagi Parlimen Kuala Terengganu kini dipimpin oleh PR, wajar untuk mereka meminta pandangan daripada kami sebagai wakil rakyat.

"Peniaga di Pasar Payang kini semakin bimbang dan mereka berjumpa dengan kami dan menolak cadangan itu. Sebab itu saya mengharapkan MB membuka balik ruang rundingan.

Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Badan dan kepimpinan baru perlu ganti SPR

Posted: 06 Jun 2013 08:50 AM PDT


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menerima kenyataan bahawa badan yang diamanahkan untuk mengadili pilihan raya itu tidak lagi dipercayai oleh ramai termasuk pihak BN sendiri.

"Oleh yang demikian, penjelmaan baru organisasi SPR termasuk penerajunya perlu dirombak segera.

"Inilah hasrat sebahagian rakyat dalam negara kita jika dinilai melalui undi popular seluruh negara terhadap Pakatan Rakyat (PR)," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).

Beliau berkata, Pemuda PAS percaya rakyat sudah bosan dengan teraju SPR ketika ini berikutan cara pengurusan perjalanan sistem pilihan raya di dalam negara ini yang diragui akan ketelusannya.

Jelasnya, SPR ternyata tidak amanah menjalankan amanahnya dan ianya telah diakui oleh badan pemantau bebas serta penganalisis daripada dalam dan luar Negara.

Menurutnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharusnya mengakui kepimpinan mereka tidak lagi menjadi satu badan yang diiktiraf dan dilihat tiada integriti untuk mengadili pilihanraya.

"Mereka (Tan Sri Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad) seharusnya berjiwa besar untuk berundur selepas pelbagai desakan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: Kini Salahudin pula diminta serah diri ke balai polis

Posted: 06 Jun 2013 08:48 AM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas beberapa orang dikenakan tindakan di bawah akta Hasutan, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) pula dikehendaki oleh pihak polis.

"Saya dikehendaki hadir ke balai polis Kepong esok (Jumaat) di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan biasanya digunakan bagi tuduhan menyertai apa yang dianggap oleh pihak kerajaan dan polis sebagai perhimpunan haram.

Salahuddin bagaimanpun tidak jelas perhimpunan mana yang dirujuk oleh pihak polis.

Beliau menyifatkan ini operasi balas dendam dan satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai.

"Sebelum ini, beria-ia Najib berjanji untuk menghormati hak-hak asasi.

"Nampak benar semua itu bohong dan beliau tidak boleh dipercayai sama sekali," kata Salahuddin.

Dengan apa yang terus berlaku sehingga kini, beliau yakin kebencian rakyat semakin membara.

"Malah, usaha untuk memberitahu lebih ramai rakyat bahawa kerajaan Najib adalah kerajaan pilihan raya tipu bukan sahaja tidak akan dapat dipatahkan malah akan digerakkan dengan lebih hebat.

"Taktik ugutan sebegini tidak akan berjaya dan rakyat tidak boleh ditakut-takutkan," katanya.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menetapkan, jika disabitkan, seseorang itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-dua sekali.

Empat dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang..

Posted: 06 Jun 2013 08:43 AM PDT


Dalam kejadian runtuhan sebahagian daripada 'ramp' susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini yang runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi empat orang dikhuatiri  terbunuh..

Ini berikutan penemuan sebuah kereta Kelisa yang berwarna putih yang remuk ditimpa runtuhan struktur tersebut..

Second Penang Bridge ramp collapses, four in car found dead 


GEORGE TOWN: An uncompleted flyover connecting to the still-under-construction second Penang bridge at Batu Maung collapsed at around 7pm Thursday, burying at least one car and a motorcycle under the debris.

Police fear that four people are dead after one car, a white-coloured Perodua Kelisa was found buried under the rubble.

State Fire and Rescue Department confirmed that one motorcyclist, who was earlier trapped under the debris, has been pulled out. He suffered injuries to his head.


State Fire and Rescue Department have mobilised hundreds of firemen from throughout the state as well as volunteers to the scene, including medical personnel.

Firemen are extricating the debris to reach the cars and motorcycles under the rubble, consisting mostly metal scaffolding and steel beams.

Bayan Baru MP Sim Tze Tzin, who was on the scene, said about a 30m-long span of the ramp was believed to have collapsed around 7pm, as work to install concrete boulders to strengthen the structure was ongoing.
Read More / Baca Lagi >>

HIMPUNAN 15 JUN - KITA PILIH RUANG YANG SEMPIT SELAGI ADA RUANG

Posted: 06 Jun 2013 08:40 AM PDT

HIMPUNAN 505 di KL pada 15 Jun ini dilakukan secara aman.  Oleh kerana ianya dibuat secara aman, maka kita ada pula Akta Himpunan Aman.  Mengikut DS Anwar Ibrahim, Himpunan 15 Jun ini adalah sepakatan daripada Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa NGO.
Siapa mahu kata himpunan itu nanti perhimpunan haram atau himpunan menghuru-harakan negara?   Jangan cepat keluarkan fatwa, sila rujuk kepada Pakatan Rakyat dahulu.  Kita tidak akan menyerah kepada kezaliman dan penipuan.  Aku sokong himpunan aman selagi kita ada ruang di negara ini walaupun ruang itu sempit, gunakan ruang yang sempit itu terlebih dahulu.  Jika semua ruang telah ditutup, tentulah ruang 'jalanan' akan kita terokai.
Mereka jangan fikir kita pilih himpunan aman untuk selama-lamanya.  Kita masih waras untuk buat pilihan, jadi pihak kerajaan mesti peka dengan kehendak rakyat.  Pilihan kita selama ini amat bersopan dan berhemah sekali, walaupun ada yang lebih suka kita redha dan bersabar.  Berbagai pendapat dari kalangan kita dan kita sama-sama raikan asalkan kita tidak menghalang kehendak majoriti rakyat yang mahu berhimpun.

SANDIWARA PASCA KANTOI: Papa Gomo bersara?

Posted: 06 Jun 2013 08:38 AM PDT

Blogger Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.
Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.
"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.
SANDIWARA PASCA KANTOI: Papa Gomo bersara?Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.
Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan.
Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan.
Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.
Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.
Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak.
Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi.
"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya.
"Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat.
"Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan.
- Sinar Harian

NGO : Pengerusi Dan Timb SPR Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Demonstrasi Seluruh Negara

Posted: 06 Jun 2013 08:32 AM PDT

NGO Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Demonstrasi Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 6 JUN : Gabungan Suara Rakyat 505 hari ini memberi amaran kepada kerajaan bahawa pihaknya akan terus mengadakan demonstrasi jalanan secara aman selagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.
Gabungan itu turut mengkritik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan SPR di bawah kuasa parlimen yang disifatkan tidak menyeluruh malah diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.
Ia berikutan SPR masih gagal melaksanakan sepenuhnya tuntutan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, kata Pengerusi Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim.
Katanya, SPR juga dilihat seperti memuji diri sendiri setelah melaksanakan sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan PSC, sedangkan proses PRU-13 terbukti tidak profesional dan penuh muslihat.
"Selagi tuntutan itu tidak dilakukan, gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus melakukan demonstrasi jalanan secara aman sebagai bantahan terhadap kegagalan mewujudkan sebuah badan pilihan raya yang bebas.
"Rakyat beri peluang kepada SPR untuk jelaskan perkara ini tetapi kepimpinan SPR sangat mengecewakan kerana mereka tolak mentah-mentah segala dakwaan penipuan PRU yang dimaksudkan walaupun perkara itu belum diputuskan di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Cubaan sekat Facebook bertentangan hak bersuara

Posted: 06 Jun 2013 08:30 AM PDT

facebookKUALA LUMPUR, 6 JUN: Gesaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyekat akses ke laman sosial seperti Facebook bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak bersuara, kata peguam, N. Surendran.
"Kerajaan tidak berhak untuk menyekat akses ke laman Facebook atau seumpanya kerana pertama sekali ia bertentangan dengan perlembagaan serta hak asasi," kata Surendran kepada Keadilan Daily.
Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin yang menggesa kerajaan menyekat laman sosial seperti Facebook kononnya demi membendung perbuatan menggugat kemanan negara.
"Negara kita bukan negara komunis seperti China yang menyekat kebebasan rakyat begitu saja. Gesaan itu adalah bodoh dan dangkal," bidas Surendran.
SURENDRANSebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mengkaji undang-undang bagi mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini.
Justeru, kata Surendran, cubaan itu jelas hanya untuk melindungi kerajaan BN yang tidak boleh menerima kritikan daripada rakyat.
"Ia percubaan untuk menyekat rakyat dari mengkritik kerajaan korup dan penuh salahguna kuasa, gesaan itu jelas untuk menyelamatakan kerajaan BN," katanya.
"Lagipun, Facebook diterima di seluruh dunia, jika benar Malaysia mahu haramkan aksesnya di negara ini, kita akan menjadi bahan tawa seluruh dunia," katanya lagi.

TPP: Kedaulatan Malaysia dikorban untuk perdagangan bebas? – Nurul Izzah

Posted: 06 Jun 2013 08:12 AM PDT

TTPKUALA LUMPUR, 6 JUN: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bimbang kedaulatan Malaysia dikorbankan dengan menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPP) tanpa mempedulikan pandangan rakyat.
"Kami bimbang kerajaan menandatangani perjanjian TPP tanpa mempedulikan pendapat orang ramai atau memberi perhatian kepada kebimbangan dan sentimen rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, TPP memberikan hak undang-undang lebih kepada perniagaan asing berbanding domestik melalui fasal dipanggil resolusi penyelesaian pertikaian 'pelabur-negeri' (ISDS).
(TPP) adalah inisiatif Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang melibatkan 11 buah negara yang kini memasuki pusingan rundingan ke-17 dan Malaysia menyertai perbincangan TPP mulai Oktober 2010.
TPP mengandungi peruntukan berhubung pelanggaran berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS) yang terdiri daripada asas farmaseutikal sehingga maklumat dalam talian digital.
Antaranya, penyedia perkhidmatan internet (ISP) dikehendaki memantau aktiviti harian pengguna internet dan diberi kuasa untuk bertindak dengan cara melumpuhkan akses atau pendikit jalur lebar yang menghalang kebebasan bersuara.
Malangnya kata Nurul, rakyat Malaysia termasuk wakil rakyat tidak dimaklumkan mengenai perbincanganyang berkaitan dengan TPP.
"Ini pengecualian yang malang apabila perbincangan, perbahasan atau apa-apa bentuk penyertaan, apatah lagi keseluruhan sesuatu proses tanpa mendapatkan pengesahan Parlimen seolah menafikan hak orang awam untuk mengawasi, meneliti perjanjian antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala yang boleh menjejaskan kepentingan dan kedaulatan negara," katanya.
Justeru, beliau menuntut kerajaan Malaysia memastikan jaminan dan keselamatan tertentu:
Read More / Baca Lagi >>

Mati Dalam Lokap: Laporan forensik sahkan P Karuna dipukul

Posted: 06 Jun 2013 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Bekas jurutera, P Karuna Nithi, yang mati di lokap IPD Tampin disahkan dipukul berdasarkan laporan pakar forensik, Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al-Aidrus dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh kononnya kematian mangsa tiada kaitan dengan pukulan atau penderaan, kata Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas.
Protes di hadapan IPD Tampin, Negeri Sembilan
Protes di hadapan IPD Tampin, Negeri Sembilan
"Bedah siasat juga mendapati seluruh anggota badannya di depan dan belakang penuh dengan kesan lebam selain beberapa kecederaan dalaman," katanya.
"Balai polis yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk rakyat tidak pula berlaku ekoran kematian demi kematian yang berlaku sebelum ini," tegas Jayathas.
Terdahulu, pada 3 Jun, kira-kira 60 orang menyertai protes dihadapan IPD Tampin bagi membantah insiden kematian dalam tahanan melibatkan P Karuna Nithi.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: