Jumaat, 24 Mei 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hadiah BN pada orang Kedah ... hahaha ambik hampa, pangkah la lagi BN ...

Posted: 24 May 2013 07:32 AM PDT

Kedah sedia laksana AES
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
24 Mei 2013
AES
Sistem AES
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.

"AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

"Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan AES  bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.

"Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing," katanya.

Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.

"Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.

Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Sungguhpun  begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan  mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.

Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebas

Posted: 24 May 2013 01:54 AM PDT


KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar hari ini dibebaskan selepas majistret menolak permohonan polis untuk mereman mereka.
Mereka ditahan ditahan polis tengah semalam kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapan ketiga-tiganya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lalu.
"Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, sementara Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris pula di Segambut," katanya.
Dalam perkembangan yang lain,aktivis Mahasiswa Pro Pakatan Rakyat, Adam Adli Abdul Halim turut dibebaskan semalam selepas Hakim Mahkamah Sesyen 1, Norshidah Awang membebaskan beliau dengan jaminan RM 5,000 serta seorang penjamin.

Ceramah Mat Sabu - Black 505 Kuala Ibai 23/5/13

Posted: 24 May 2013 12:49 AM PDT

Ceramah Hj Husam Musa - Black 505 Kuala Ibai 23/5/2013 -

Posted: 23 May 2013 11:35 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


It's not a local jokes ...

Posted: 24 May 2013 01:37 AM PDT



dollah yankee -
Yang bengkak, yang kena 'demah' teruk, yang patah tangan pula jadi champion ... Kah..Kah..Kah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HADIAH UNTUK RAKYAT KEDAH....NAH AIHHHH...

Posted: 24 May 2013 04:14 PM PDT

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

SEMUA RAKYAT TURUN

Posted: 24 May 2013 04:12 PM PDT

Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
24 Mei 2013 | 5.00 pm

HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA - HADIRLAH TANPA RAGU

24 jam menghampiri detik mula himpunan #SuaraRakyat505 menyaksikan momentum gerakan rakyat ini akhirnya memuncak apabila PAS umum untuk bersama menyertai. 

Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" menyambut baik kenyataan Setiausaha Agong PAS pagi tadi. Ini menunjukkan PAS sebuah parti segar yang responsif dengan kehendak rakyat yang bangkit menentang penipuan PRU. #SuaraRakyat505 menghargai PAS yang telah mengeluarkan arahan ahlinya untuk bersama himpunan aman esok.

Dimaklumkan kebenaran pemilik premis (MBPJ) telah diperolehi dan makluman pada pihak sepatutnya sudah dibuat. Justeru, #SuaraRakyat505 menggesa pihak berkuasa untuk memberi kerjasama, tidak mengganggu dan menghalang rakyat berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Rakyat sudah buktikan, himpunan #KL112 berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak berkuasa, walaupun dengan pengawasan yang minima. 

Mengenai permit yang dipersoal, majlis esok juga merupakan sebahagian progam kerajaan Negeri Selangor yang mana kesempatan tersebut digunakan untuk bertemu pengundi terbanyak. Oleh demikian tidak timbul soal permit dan orang ramai yang menyatakan kehadiran tidak usah ragu lagi, teruslah hadir.

Bermula jam 5 petang pentas akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan aksi 'desakkan terhadap SPR' sebelum program kemuncak pada sebelah malam yang bakal menampilkan pemimpin yang benar-benar membuktikan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat. 

Antara yang pasti hadir ialah Anwar Ibrahim, Md Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, che'GuBard dan ramai lagi pimpinan NGO dan Pakatan Rakyat. Juga penampilan artis rakyat Ito, Abby Abadi dan penampilan paling istimewa ialah pidato pertama Adam Adli sejak dibebaskan.

Segala persiapan sudah dirancang sebaiknya malah persediaan dari aspek keselamatan juga dibuat - satu pasukan khas perubatan dengan 55 orang doktor disediakan dan barisan peguam juga telah sedia bagi segala kemungkinan. Sekiranya berlaku penangkapan sila SMS dengan format nama/IC/Balai/tahap kecederaan kepada nombor-nombor berikut: 010-2142076, 017,3288794 dan 0128965727.

Semua sudah bersedia, esok 25 Mei adalah hari yang baik untuk Himpunan #SuaraRakyat505 dikenang sebagai himpunan paling bersejarah. Lahirnya Himpunan #SuaraRakyat505 apabila rakyat bersatu dan bangkit berhimpun membantah penipuan pilihanraya secara besar-besaran di peringkat nasional, setelah beberapa siri di peringkat negeri yang rata-ratanya dihadiri ratusan ribu rakyat. 

Amaran rakyat sebelum ini, jika PRU menipu rakyat akan humban penipu ini maka SPR adalah sasaran pertama yang perlu dihumban oleh rakyat. Ayuh, bersama menjadi sebahagiaan dari sejarah yang akan dibaca oleh generasi akan datang, betapa rakyat hari ini bangkit merebut demokrasi demi menyelamatkan negara.


CHE'GUBARD
Jurucakap Gabungan 'Suara Rakyat 505'
Pengasas SAMM

Anggota Gabungan 'Suara Rakyat 505'

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban

JOM TURUN 25

Posted: 24 May 2013 04:03 PM PDT









Posted: 24 May 2013 03:42 PM PDT

Umno sendiri yang terminta-minta untuk ditumbangkan — Aspan Alias

May 24, 2013
24 MEI — Saya yang tidak berapa pandai ini pun merasakan yang Umno sudah sampai kepenghujung usianya. Saya bukan menentang tindakan menahan rakan-rakan perjuangan saya oleh pihak polis, kerana itulah makanan orang-orang perjuang sejati. Bagi pihak yang berjuang mereka merasakan mereka bertindak dengan kebenaran dan bukan sedikit manusia yang menyokong mereka.

Tetapi seperkara yang tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak mencari jawapan kenapa keadaan sebegini berlaku. Pihak parti pemerintah tidak pula berusaha dan mendengar keresahan rakyat selama ini. Apabila terdesak maka ditahan orang itu dan orang ini sewenang-wenangnya.Saya tidak dapat menerima tindakan kerajaan menahan mereka semalam.

Ruang untuk pemerintah membetulkan keadaan semakin hari semakin sempit. Bukan sedikit teguran di buat terhadap parti pemerintah sejak banyak tahun dahulu, tetapi Umno tidak mahu berubah dan terlalu leka dengan kuasa. Rakyat sudah berani keluar untuk menentang secara terbuka dan ia hanya memberikan keyakinan ramai yang Umno tidak dapat dipulihkan lagi. Yang jelas sekarang rakyat pula yang mengambil tindakan untuk berubah.
Saya merasakan yang keadaan begini akan terus menerus berlaku dan tidak ada pihak yang mampu untuk meredakan perasaan mereka yang hilang keyakinan terhadap Umno itu. Tidak adil jika kesalahan itu hanya diletakan kepada rakyat. Umno sepatutnya menerima dan mengakui seratus peratus kesalahan itu. Selalu saya berkata Umno sudah hilang punca seolah-olah sudah hilang hidayah kerana masih melakukan kesilapan walaupun usia Umno itu semakin luput. Hendak berbuat baik tetpi mereka sudah tidak lagi tahu apa dia yang baik untuk mereka lakukan.

Penahanan tiga aktivis semalam tidak melunturkan perasaan marah rakyat. Pihak pemerintah mesti mengakui yang rakyat marah itu bukan tidak bersebab. Tidak mungkin mereka marah semata-mata untuk marah. Bukannya usaha yang kecil untuk keluar malam dan berjuang dengan tidak ada hentinya.

Malam tadi ribuan rakyat berada di sekitar Balai Polis Jinjang untuk memberikan simpati kepada Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim yang ditahan polis semalam. Ini bukannya perkara kecil. Jika tekanan kuat di lakukan oleh pihak berkuasa pun ia tidak melunturkan perasaan marah rakyat itu.

Pihak kerajaan mesti faham, yang mereka kendalikan sekarang ini bukannya haiwan. Mereka adalah manusia yang kebanyakkan mereka adalah kumpulan muda yang terpelajar. Mereka tidak mahukan kerajaan melakukan tekanan. Jika kerajaan sentiasa memberikan tekanan sebegini, pihak pemerintah akan pasti kehilangan sokongan lebih buruk lagi dari semasa pilihanraya yang lalu.

Tidak akan ada kesudahannya dan tidak mungkin Umno mampu memperbetulkannya lagi. Oleh yang demikian apa yang sepatut dilakukan oleh siapa bagi membetulkan yang salah dan menampal yang koyak tadi?

Jika benar terdapat penipuan dalam pilihanraya yang lalu setelah mahkamah membuat keputusan, maka tidak ada jalan lain selain dari kerajaan sekarang berundur. Kerajaan sekarang tidak boleh lagi mengaku mereka berkuasa melalui proses demokrasi kerana telah terdapat penipuan itu. Umno akan hanya mampu bertahan seketika jika mahkamah memutuskan tiada penipuan dan mengakui yang pilihanraya telah berjalan dengan betul mengikut cara yang betul.

Tetapi boleh kah mahkamah memutuskan PRU yang baru selesai ini tidak ada penipuan? Jika ada penipuan maka tidak syak lagi Umno terpaksa berundur dengan cara terhormat walaupun pilihanraya di kawasan-kawasan yang di dapati ada penipuan diadakan semula.

Penahanan terhadap Tamrin, Tian Chua dan Haris itu amat memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan. Saya berharap ketiga-tiga mereka akan di bebaskan tanpa apa-apa tindakan susulan yang di ambil terhadap mereka.

Saya memohon agar kerajaan cukup-cukuplah melakukan penahanan sesiapa kerana rakyat sedang memerhatikan keadaan dengan rapi. Sekarang bukan zaman Umno yang mengaku boleh menghantar songkok untuk mewakili calon dan terus menang dalam pilihanraya.

Umno dan BN akan hanya mempunayi sedikit peluang jika Umno tunjukan yang parti itu benar-benar melakukan transformasi habis-habisan dengan melakukannya sekarang juga. Lewat dari sekarang kita boleh kira Umno sudah tamat riwayatnya.

Jika Umno tidak memperbaiki diri sekarang juga ia bermakna Umno sendiri yang mahu mereka di tumbangkan bukannya rakyat yang saja-saja mahu menumbangkan mereka. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tsunami Gen-Y, apa lagi Najib mahu? (LM)

Posted: 24 May 2013 05:07 AM PDT

Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
Belum pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang.

Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR). 

AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13

Posted: 24 May 2013 03:37 AM PDT

AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13



May 24, 2013
PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

"Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti," kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini.
"Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia," tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu.
Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.
Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis.
"Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

"Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin," kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

"Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus "Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto," kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh "AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat," katanya lagi.
Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.
Di dalam dewan tempat dimana kongres AMK berlangsung, kelihatan sepanduk digantung berbunyi," Tahniah bro Sam! From a humble leader to a giant killer!".

KITA BIASA KALAH,TAPI KITA MARAH KERANA TIPU

Posted: 24 May 2013 01:34 AM PDT


TAK SERTAI PUN TAK APA ......ASAL RAKYAT BERSAMA ANWAR

Posted: 24 May 2013 01:22 AM PDT

 Harun Taib baru-baru ni berita harian arahkan ahli PAS jangan sertrai himpunan tak guna ni.Banyak benda yang di lihat PAS tak sertai.Tak sertai pun tidak mengapa.Bagi rakyat tak payah parti arah pun kalau nak sertai juga tak mengapa.Macam PRU13 baru-baru ni, tak bagi lawan sesama sendiri pun lawan juga.....dah kuat gamaknya....




Kehadiran blackout505. Ramai yang engkar arahan Hj Hadi? 

dipetik dari the sniper

 

 

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

 Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

 

info yang diterima memaklumkan PAS pusat menghalang ahli2 menghadiri siri jelajah blackout 505 atas alasan ianya anjuran PKR. So, bila pulak nak buat siri jelajah penipuan pilihanraya anjuran PAS?

Atau macam biasa, bila siri jelajah ni berjaya baru grup Hj Hadi nak join?

Hmm.. macam tak yakin populariti diri je!

 

 

 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritaka
n pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.

Cina sokong Adam, apa lagi Najib mahu? (LM)

Posted: 23 May 2013 11:30 PM PDT

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?

Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SECRET'S OUT! UMNO blogger thanks Bangladeshi Airline for “making shit happen 5/5″

Posted: 24 May 2013 05:01 PM PDT

Unlike PR opposition figures, who are getting arrested for questioning the conduct of the 5/5 election on behalf of the majority of the electorate, UMNO bloggers are still enjoying freedom of speech.
However, judging from what some have been saying, Najib may need to shut them up too!
Consider the Tweets put out by one of the known henchmen of former youth leader and recently appointed Sports Minister, Khairy Jamaluddin in past days.
Dax Muhamad, we understand, spent much of the election period in Bangladesh, despite his passionate support of UMNO for whom he blogs.
Drinks cabinet at the Holiday Inn Dhaka? Look like Dax put his foot in his mouth tweeting last week

Card-carrying UMNO blogger

Why would such a fellow sacrifice his precious opportunity be part of the exciting GE13 campaign?
One might conclude from his Tweets that it was because he was appointed to an important mission in "Bangla".  Here is one of them:

What 'Shit' did Tony Fernandes (Air Asia) and Air Biman (Dhaka based) make happen 5/5?

Given that one of the biggest controversies during the election period surrounded the revelation that secret Air Asia and Malaysia Airways chartered flights had been organised by UMNO to fly thousands of suspect voters over from the plantations of East Malaysia to KL, this Tweet by a key UMNO activist just days after the election begs some answers.
In the context of airlines in Malaysia there is only one Fernandes, Tony Fernandes the Head of Air Asia.  Air Biman is evidently Biman Bangladeshi Airline, based in Dhaka where he was blogging from.
Therefore, Sarawak Report would like Dax Muhamad to explain exactly what he means by saying in such a context:
"Big up to Fernandes n even bigger alpha up to Air Biman for making shit happen 5/5″?
Why does he go on to say (translated)
"Remember your services. Heartfelt gratitude. Here's to Bengali New Year"?
Consider the whole sequence of these Tweets on May 10th.  Because he elaborates on the above highly suspicious statement by explaining that "UMNO owes Banglapura large".
Read More / Baca Lagi >>

BE HUMBLE: You're only a minority govt, not an authoritarian govt - Guan Eng tells BN

Posted: 24 May 2013 05:00 PM PDT

Democracy gives power to the majority and respects the legitimate rights of the minority. Democracy does not give the minority to oppress the majority or else we will have the situation like the South Africa racist government practicing apartheid in repressing the majority black population.
In Malaysia no opposition coalition has ever won more popular vote than BN nor won more than 50% of the popular vote. This has allowed BN to conduct a gerrymandering exercise that allowed BN to win more parliamentary seats than their popular vote.
BE HUMBLE: You're only a minority govt, not an authoritarian govt - Guan Eng tells BNBy not respecting the principle of "one-person, one-vote, one-value", BN has created injustices in one case where one BN vote can be equivalent to nearly 10 PR votes. This travesty of justice was demonstrated in Putrajaya with only 17,000 voters won by BN as compared to Kapar with nearly 160,000 voters won by PR.
As no other party had won more popular votes than BN since 1957, this contempt of democracy was only highlighted in the recent 2013 general elections when BN lost the popular vote for the first time in history. BN recorded only 47% of the popular vote to PR's 51% but yet won 60% of the parliamentary seats to PR's 40%.
In effect there is a minority Federal government, minority Prime Minister and minority Home Minister ruling Malaysia.
Behaving like an authoritarian govt
Despite PR winning the popular vote in the 2013 general elections, PR and DAP does not seek to overthrow the BN government. DAP and PR has always chosen a peaceful change of government in accordance with the Federal constitution.
However the BN government does not behave like a minority government but an authoritarian government. The recent arrests of 3 anti-BN leaders, PAS' Tamrin Ghafar, PKR's Tian Chua and NGO Haris Ibrahim and confiscation of PR's party organ of PKR's Suara Keadilan, PAS' Harakah and DAP's Rocket gives an eerie reminder of what had happened in Myanmar after the military rulers lost in the general elections.
Read More / Baca Lagi >>

Tangkapan Politik : DAP sedia bekerjasama

Posted: 24 May 2013 04:59 PM PDT


Lim Lip Eng SHAH ALAM – DAP menyatakan kesediaan bekerjasama dengan pihak polis dalam isu tangkapan pemimpin PR dan aktivis sekiranya pihak polis mendedahkan siapa pemimpin yang berada dalam senarai mereka.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, mereka percaya penangkapan Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Pas, Datuk Tamrin Ghafar dan Ketua Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim hanyalah sebahagian kecil dari senarai pihak polis.

"Jika pihak polis sanggup mendedahkan siapa pemimpin yang berada dalam senarai mereka dan dakwaan di bawah akta berkaitan, maka kami bersedia ke balai polis yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Datuk Mohmad Salleh mengesahkan tiga pemimpin dan aktivis pembangkang ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Tian Chua, Haris dan Tamrin ditahan di tiga lokasi berasingan pada tengah hari Khamis lalu.

Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: ‘Mustahil’ untuk beri nilai samarata bagi setiap undi, kata pengerusi SPR

Posted: 24 May 2013 04:57 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Mei ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan kajian persempadanan semula akhir tahun ini akan melibatkan peningkatan kerusi Parlimen akan tetapi pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan "mustahil" untuk menjamin nilai samarata bagi setiap undi.
Abdul Aziz (gambar) mengatakan faktor geografi dan logistik dengan permintaan pembangkang untuk "satu orang, satu undi, satu nilai" tetapi menambah walau bagaimanapun, SPR akan mencuba dengan sebaik-baiknya untuk memberikan nilai sama bagi setiap undi.
"Tetapi secara realistik, bagaimana untuk beri satu orang, satu undi, satu nilai? Saya fikir ianya hampir mustahil.. kita boleh sebarkan nilai di sini dan di sana tetapi selain daripada itu, ia akan menjadi terlalu sukar," katanya kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Read More / Baca Lagi >>

Pesta Rakyat 505: Zahid yakin polis mampu tangani perhimpunan di Petaling Jaya secara bijaksana

Posted: 24 May 2013 04:56 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah.
Beliau berkata perhimpunan 'suara rakyat 505' itu ternyata sama sekali tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diserah kepada polis serta ia dilakukan di tempat terbuka.
"Saya melihat perhimpunan itu sebagai satu tindakan provokasi yang cuba dicetuskan bagi mencabar kewibawaan polis, jadi saya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dengan segala peruntukan akta yang ada bagi menangani perhimpunan tersebut dengan cara yang terbaik," katanya dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi.
Ahmad Zahid (gambar) turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penahan Politik: Polis kemuka rayuan keputusan tolak permohonan reman tiga individu

Posted: 24 May 2013 04:55 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Mei — Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis.
"Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi.
Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: UMNO@BN jangan Lepas Dendam Kepada Guru

Posted: 24 May 2013 04:39 PM PDT

Kegagalan UBN untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kekurangan undi popular buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menjadikan beberapa jabatan dan individu tertentu yang sedia menjadi perkakas buruk (baca juga perut labuh) kepada parti itu bertindak diluar batas kepada pihak-pihak yang disangka tidak memberi sokongan hatta walaupun sesama seprofesyen.

Salah satu kumpulan yang menjadi mangsa golongan menjadi perkakas buruk kepada UBN ialah, masyarakat guru. Pilihan raya tidak memberi keadaan kondusif buat golongan ini. Pilihan raya yang merupakan intipati kepada sistem demokrasi negara ini tidak menjamin hak kebebasan untuk mereka bersuara. Malahan pilihan raya menjadi malapetaka buruk sekiranya parti yang memerintah tidak menang. Mereka dijadikan "punching beg" oleh bos-bos atau orang atasan.

Guru adalah sebahagian pengundi yang berotak dan dapat menilai sendiri untuk memilih calon atau parti mana yang relevan mengikut keadaan semasa. Mereka adalah pengundi yang tahu membuat penilaian dan bukan jenis 'lembu rumput cerut'. Tetapi sayang pengokongan ke atas mereka secara keterlaluan membuat aset yang ada kepada mereka untuk menjadi pemilih yang tepat disia-siakan begitu saja. Lebih malang lagi mereka dipaksa hidup-hidup melakukan apa yang mereka tidak 'hingini'.


Read More / Baca Lagi >>

DAP kutuk tindakan polis terhadap Dr Chen Man Hin

Posted: 24 May 2013 04:37 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 MEI: DAP terkejut dan mengutuk tindakan polis membuka kertas siasatan terhadap Penasihat Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin atas dakwaan bersubahat untuk melakukan gangguan awam apabila beliau menggunakan terma 'Malaysian Spring' tanpa sebarang niat berbahaya dalam email peribadi lebih satu tahun lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, pihak polis mungkin tidak ada kerja lain selain menyiasat seorang doktor berusia 86 tahun yang juga bekas Ahli Parlimen mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah kononnya hendak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang terjadi dalam 'Arab Spring'.
Katanya, siasatan polis jelas satu tindakan bertujuan untuk memangsa dan memburukkan pemimpin DAP dan kalau benar sekalipun dakwaan berkenaan, kenapa baru sekarang dan sudah lebih setahun baru hendak siasat.
"Dengan menyoal Dr Chen Man Hin atas tuduhan tidak berasas ketika pemimpin Pro-BN dibenarkan membuat pembohongan yang menghasut dan Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah alat politik BN yang bukan sahaja mengamalkan 'double standard' malah memperlihatkan kebenciannya kepada majoriti rakyat yang memberi 51% undi kepada Pakatan Rakyat.
"Tindakan itu memang mengarut dan melucukan, bukan saja membazir sumber polis, tenaga kerja dan masa kerana sepatutnya polis boleh digunakan untuk menumpukan terhadap memerangi jenayah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU-13: Demokrasi akan mekar atau layu ?

Posted: 24 May 2013 04:36 PM PDT


PRESTASI Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu sebenarnya tidak lebih baik daripada kekalahan dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU-12. Tetapi kali ini BN menggambarkannya sebagai 'kemenangan'.
Pakatan Rakyat (PR) pula digambarkan sebagai kalah kerana hilang Kedah dan gagal merampas Perak sedangkan kerusi Parlimen PR meningkat. Silap mata ini sekadar menyedapkan hati juak-juak UMNO, itu sahaja.
Pola pengundian
Jika membaca hujah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Sdr. Saifudin Abdullah yang tewas baru-baru ini, beliau memberi analisis bahawa terdapat dua jenis pola pengundi. Mereka yang mengundi atas dasar pembangunan (politik pembangunan – jalan raya-letrik-api-air-infrastruktur) dengan mengundi atas faktor demokrasi (politik demokrasi – kebebasan-keadilan-ketelusan-kecekapan-polisi yang lebih baik).
Kawasan yang mungkin boleh ditafsir sebagai kawasan bandar (urban) umumnya dapat dilihat sebagai kawasan yang mengundi atas faktor demokrasi. Kerana umumnya kawasan Bandar sudah membangun malah di sesetengah kawasan sudah sesak dan tidak lagi memerlukan lebih banyak pembinaan. Kawasan ini banyak wujud di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian Johor.
Bagi kawasan luar bandar atau yang kurang bandar besar seperti di Pahang, Terengganu, Kelantan, sebahagian Johor, termasuk Sabah dan Sarawak. Kawasan ini dilihat sebagai kawasan mengundi atas faktor pembangunan. Lojiknya kawasan ini agak kurang moden dalam aspek gaya hidup, sistem pengurusan dan infrastruktur.
Read More / Baca Lagi >>

Permulaan zaman baru Najib gelap, kutuk tindakan kejam KDN

Posted: 24 May 2013 04:36 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 MEI: Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mengutuk dan mengecam tindakan kejam Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas akhbar The Rocket, Harakah dan Suara Keadilan bertujuan menakutkan masyarakat sebaliknya mahu rakyat taat kepada pemerintahan rejim Barisan Nasional (BN).
Katanya, dalam satu operasi penguatkuasaan semalam, KDN merampas 1,408 naskah Suara Keadilan, 1,062 Harakah (1,062 naskah), dan The Rocket 70 naskah mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Beliau berkata, ini menunjukkan kebebasan dan hak asasi rakyat Malaysia tergugat dengan tindakan kekerasan yang dilakukan kerajaan BN terhadap lawan politiknya dengan dengan penangkapan beberapa aktivis politik dan sekatan ke atas media alternatif.
Ini berikutan penahanan pemimpin PKR, PAS, DAP dan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim serta aktivis pelajar Adam Adli yang akan didakwa mengikut Akta Hasutan.
Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin: Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming; ADUN Bilut, Chow Yu Hui dan Adun Ketari, Lee Chin Chen juga dipanggil untuk memberi keterangan terhadap pelbagai kenyataan yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

AMK Desak PR Pecat Anggota Ingkar Arahan Parti

Posted: 24 May 2013 04:33 PM PDT


PETALING JAYA, 25 MEI: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapan dasarnya dalam Kongres AMK hari ini mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) memecat mana-mana kepimpinan dan ahli parti yang ingkar arahan parti masing-masing.
Shamsul Iskandar Kongres"AMK mendesak semua parti komponen PR, baik PKR, DAP mahupun PAS memecat  mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur arahan parti dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen PR," kata beliau.
Menurut Shamsul lagi, pendekatan memecat ahli yang ingkar ini harus diambil bagi memperkukuhkan ukhuwah PR sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, beberapa ahli dan pemimpin parti komponen PR bertindak mengemukakan borang pencalonan masing-masing hingga menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri.
Tindakan tersebut menyaksikan selain gagal merampas kerusi tradisi BN, PR juga kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi dalam PRU-12 lalu.
Selain itu, terdapat juga beberapa anggota PR yang bertanding atas tiket bebas ekoran tidak berpuas hati apabila tidak dicalonkan.

Kehadiran "Giant Killer", "Iron Lady" PKR kukuhkan agenda parti

Posted: 24 May 2013 04:32 PM PDT

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan kehadiran kedua-dua "Giant Killer" dan "Iron Lady" akan memperkukuhkan agenda anak muda dan wanita di Dewan Rakyat pada penggal ini.

Menurutnya, gabungan Ketua Pemuda AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka bakal menggegarkan perbahasan di Parlimen.

"Kita baru pulang dari "medan perang".  Alhamdulillah, semangat anak muda dan wanita terus membara dan istiqamah membawa panji PKR dan menyemarakkan semangat reformasi.

"Saya yakin agenda anak muda dan wanita akan diperkukuh dalam Dewan Rakyat dengan terpilihnya  Shamsul Iskandar  dan Zuraida sebagai ahli parlimen bersama beberapa tokoh muda yang lain.

" Inilah kali pertama Ketua AMK dan Ketua Wanita PKR akan bersama dalam Dewan Rakyat," katanya ketika berucapa pada perasmian Kongres Nasional PKR ke-9, di sini, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

AMK Minta SPR Jawab 10 Soalan

Posted: 24 May 2013 04:30 PM PDT

Shamsul Iskandar Kongres
PETALING JAYA, 24 MEI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggariskan 10 persoalan yang perlu dijawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai syarat bagi sayap parti itu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang  berlangsung pada 5 Mei lalu.
Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, antara persoalan yang perlu dijelaskan SPR, isu daftar pemilih yang gagal dibersihkan dan isu penggunaan dakwat kekal yang boleh dihilangkan hanya dalam masa beberapa jam sahaja.
"Secara faktanya, menurut laporan Akhbar Focus Malaysia keluaran minggu ke 23/2013, dilaporkan pengakuan pengerusi SPR sendiri bahawa terdapat 42,000 nama yang diragui dalam senarai daftar pemilih terkini.
"Dikebanyakkan negara, keseluruhan keputusan pilihan raya akan diisytiharkan tidak sah sekiranya daftar pemilih itu tidak dibersihkan," kata Shamsul dalam ucapan dasarnya di Kongres AMK dalam Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.
Isu lain yang perlu dijelaskan SPR, laporan ejen-ejen pilihan raya yang tidak dibekalkan borang 14, dakwaan bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan undi, terdapat peti undi dibawa masuk di saat akhir, dakwaan terdapat pengundi diberikan kertas undi tidak dicop dan nombor siri direkodkan.
Shamsul turut meminta SPR memberikan penjelasan berhubung isu dakwaan kertas undi pengundi luar negara yang mempunyai kesan bertanda, liputan yang adil dari media elektronik yang dibiayai pembayar cukai, isu keselamatan peti undi pengundi awal yang disimpan dalam lokap dan pembetulan lokaliti yang didakwa menyukarkan pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Tangkap, rampas akhbar: Cukuplah tindas rakyat

Posted: 24 May 2013 04:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menghentikan segera segala tindakan yang cuba untuk menzalimi rakyat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menangkap pemimpin politik dan aktivis rakyat, serta merampas akhbar parti dalam Pakatan Rakyat adalah tindakan tidak wajar sekalipun tidak berpuas hati dengan kemerosotan BN pada PRU13 lalu.

Zahid juga katanya tidak wajar untuk menggunakan pihak polis di bawak kementeriannya untuk berdepan dengan rakyat yang dianggap musuh politik BN.

"Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak segala tindakan zalim ini dihentikan serta merta.

"PDRM di bawah teraju Ketua Polis Negara yang baru tidak seharusnya menjadi perkakas politik Umno BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penangkapan empat orang aktivis rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini termasuk terbaru semalam di bawah akta hasutan.

Mereka termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak Asalkan Bukan Umnu (ABU) Haris Ibrahim.

Semalam juga menyaksikan ketiga-tiga akhbar milik parti PAS, PKR dan DAP iaitu Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket, dirampas oleh KDN di beberapa buah negeri.
Read More / Baca Lagi >>

SPR tolak debat berhubung dakwaan penipuan PRU13

Posted: 24 May 2013 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cabaran untuk berdebat dengan wakil Pakatan Rakyat berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilapor berkata, SPR tiada keperluan untuk berdebat kerana sebarang rasa tidak puas hati tentang keputusan PRU13 lalu boleh dibuat melalui memfailkan petisyen.

"Sebenarnya kami tidak takut untuk berdebat dengan sesiapa kerana kami melaksanakan kerja bersandarkan pada undang-undang dan peraturan tetapi untuk apa SPR perlu bagi publisiti murahan kepada mereka?

"Pembangkang hendak sangat tunjukkan pada penyokong mereka kononnya mereka menang debat...dia berdebat nak cari publisiti, nak hujahkan perkara yang dia duk debat di jalan raya tu, walhal sekarang ini waktu petisyen pilihan raya, kita kena hormat undang-undang," katanya dipetik Bernama.

Terlepas pandang

Sementara itu, Wan Ahmad juga dilaporkan mengakui pihaknya terlepas pandang soal teknikal seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam untuk memastikan keberkesanannya.

"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan...kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu," katanya kepada agensi berita itu.

Tangkapan untuk alih perhatian penipuan PRU13

Posted: 24 May 2013 04:25 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berpendapat tindakan pihak polis yang membuat tangkapan melibatkan aktivis mahasiswa, pemimpin Pakatan Rakyat dan juga aktivis NGO hanya untuk mewujudkan budaya takut di kalangan rakyat.

Beliau memberitahu, budaya takut ini ditimbulkan apabila terdapat banyak pendedahan yang telah dikeluarkan sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan hasrat rakyat tidak tampil menuntut keadilan.

"Apabila terlalu banyak pendedahan penipuan pada PRU13 dapat dibuktikan, kerajaan telah mewujudkan satu budaya takut kepada rakyat agar mereka tidak bangkit menuntut keadilan.

"Rakyat telah terdedah dengan pelbagai maklumat apa yang berlaku sepanjang pilihanraya yang lepas, sebagai kerajaan bagi mestikan tidak ada kebangkitan maka mereka telah mengalihkan isu kepada penangkapan supaya rakyat tidak berani menuntut kebenaran," jelas beliau.

Menurut Idris, sebagai sebuah parti politik memerintah sebuah negara merupakan satu matlamat dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kuasa.

Atas sebab itu apabila sesebuah parti mempunyai kuasa mutlak walaupun wujud penipuan dalam pemilihan, mereka merasakan rakyat tidak akan berani untuk tampil menuntut keadilan jika kekerasan digunakan sepertimana melakukan penangkapan terhadap mereka yang lantang bersuara.

Undang-undang terpilih
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi

Posted: 24 May 2013 04:24 PM PDT



 
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.

'Tingkat usaha bersama NGO bantah penipuan p'raya'

Posted: 24 May 2013 04:20 PM PDT


 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.

Katanya, cadangan pembentukan Tribunal Awam oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan NGO itu harus menjadi medan untuk rakyat mengemukakan bukti dan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang tidak demokratik.

NONE"Cabang, agen-agen pilihan raya dan orang awam harus tampil segera dengan bukti-bukti yang sahih untuk peguam-peguam memulakan prosiding perundangan," katanya Azmin.

Dalam ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR petang ini, Azmin berkata rakyat bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dan menyuarakan rasa kecewa serta kemarahan apabila kemenangan mereka didakwa dirompak oleh Umno.

"Perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebarang usaha untuk menyekat hak asasi ini merupakan pencabulan kepada perlembagaan. Dalam demokrasi yang sihat, exploitasi aparat kekuasaan negara terhadap rakyat perlu dihentikan.

NONE"Kita bukan sahaja bercakap tentang kelemahan sistem pilihan raya. Tetapi, kita telah membuktikan siri penipuan yang sistematik dalam skala besar. Ini menuntut reformasi sistem pilihan raya demi mengembalikan maruah dan kredibiliti institusi demokrasi dalam negara," katanya.

Sehubungan itu, Azmin mendakwa pencabulan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu, membenarkan apa yang dilontarkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bahawa pilihan raya berkenaan adalah 'Ibu Segala Penipuan'.
Dalam ucapannya juga, Azmin berkata PKR akur demokrasi di Malaysia semakin segar hasil kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap hak mereka dan memahami prinsip karamah insaniah.
Cipta dialog politik, interaksi
Menurutnya, kemuliaan darjat insan itu menyebabkan rakyat tidak boleh diperkotak-katikkan penguasa, tidak boleh ditindas dan undi mereka tidak boleh dijual beli.
Read More / Baca Lagi >>

Polis: Himpunan pesta rakyat 505 haram..???

Posted: 24 May 2013 04:19 PM PDT


Arjunaidi Mohamed SHAH ALAM – Polis masih belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur berkaitan himpunan pesta rakyat yang akan diadakan secara besar-besaran di padang Amcorp Mall, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih tidak dimaklumkan perkara itu daripada pihak penganjur.

"Saya tidak menerima sebarang permohonan. Jika diteruskan, ia akan diklasifikasikan sebagai perhimpunan yang menyalahi undang-undang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihak polis akan bersedia berkawal di kawasan itu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia menggugat ketenteraman awam.

Sebelum ini, gabungan NGO Suara Rakyat 505 akan menganjurkan pesta rakyat mengembalikan demokrasi secara besar-besaran di Petaling Jaya.

Jurucakap pertubuhan, Badrul Hisham berkata, perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall akan menunjukkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Katanya, perhimpunan tersebut tiada kena mengena dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwa.

PKR Perlu Segera Realisasi Penubuhan Sekolah Politik

Posted: 24 May 2013 04:17 PM PDT

kongres PKR 4
PETALING JAYA 25 MEI : Cadangan penubuhan Institut Ta'dib Siyasi atau Institusi Pendidikan Politik perlu disegerakan bagi memastikan proses latihan politik yang sistematik di kalangan anggota PKR dapat diperkasakan.
wpid-amkwanitaNaib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin yang mengulas ucapan dasar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata walaupun kos untuk merealisasikan hasrat itu agak tinggi namun demi kelangsungan parti dan masa depan maka ia perlu diwujudkan.
"Untuk membentuk sebuah pasukan parti yang kuat maka pendidikan untuk semua jentera itu adalah amat penting.
mohd_eekmal_bin_ahmad"Di dalam parti proses kaderasasi perlu diperkasakan demi mencapai matlamat parti dan menyediakan jentera parti yang kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke 14.
"Dalam pada masa yang sama ini akan dapat menyebarluaskan dasar perjuangan PKR kepada masyarakat," kata beliau.
Beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Kerajaan Pulau Pinang menegaskan pihak parti perlu mengeluarkan sedikit pelaburan untuk mewujudkan Institut itu.
Ianya kerana pelaburan itu akan memberikan kebaikan kepada masa hadapan parti.
Exco AMK Kedah, Mohd Eekmal Ahmad berkata, penubuhan institusi pendidikan politik itu bagi memperkukuhkan sistem jentera parti bagi berhadapan dengan PRU-14 di masa hadapan.
"Kita perlu persiapankan semua ini kerana politik ini adalah sebuah peperangan yang memerlukan kekuatan logistik, kewangan dan latihan," kata beliau.
kongres PKR 5

AMK Gesa PR Asak ROS Luluskan Pendaftaran PR

Posted: 24 May 2013 04:16 PM PDT


PETALING JAYA, 24 MEI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa agar Pakatan Rakyat (PR) mengasak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya segera meluluskan pendaftaran PR sebagai sebuah entiti.
kongres PKR 3Ini kerana menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kegagalan berbuat demikian hanya menyukarkan untuk PR bergerak sebagai sebuah entiti sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
"Ia masih menunjukkan kelemahan PR untuk menjamin kesatuan dan kerjasama dalam memfokuskan sasaran dengan menumbangkan satu sahaja musuh; BN.
"Sehubungan itu, sudah sampai masanya, bagi PR terus menggasak ROS bagi meluluskan PR sebagai sebuah entiti dengan fokus 'satu parti, satu bendera, satu pengerusi dan satu manifesto," ujar Shamsul dalam ucapan dasarnya dalam Kongres AMK di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Umno sendiri yang terminta-minta untuk ditumbangkan

Posted: 24 May 2013 04:16 PM PDT

Saya yang tidak berapa pandai ini pun merasakan yang Umno sudah sampai kepenghujung usianya. Saya bukan menentang tindakan menahan rakan-rakan perjuangan saya oleh pihak polis, kerana itulah makanan orang-orang perjuang sejati. Bagi pihak yang berjuang mereka merasakan mereka bertindak dengan kebenaran dan bukan sedikit manusia yang menyokong mereka. 
Tetapi seperkara yang tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak mencari jawapan kenapa keadaan sebegini berlaku. Pihak parti pemerintah tidak pula berusaha dan mendengar keresahan rakyat selama ini. Apabila terdesak maka ditahan orang itu dan orang ini sewenang-wenangnya.Saya tidak dapat menerima tindakan kerajaan menahan mereka semalam.
Ruang untuk pemerintah membetulkan keadaan semakin hari semakin sempit. Bukan sedikit teguran di buat terhadap parti pemerintah sejak banyak tahun dahulu, tetapi Umno tidak mahu berubah dan terlalu leka dengan kuasa. Rakyat sudah berani keluar untuk menentang secara terbuka dan ia hanya memberikan keyakinan ramai yang Umno tidak dapat dipulihkan lagi. Yang jelas sekarang rakyat pula yang mengambil tindakan untuk berubah.
Saya merasakan yang keadaan begini akan terus menerus berlaku dan tidak ada pihak yang mampu untuk meredakan perasaan mereka yang hilang keyakinan terhadap Umno itu. Tidak adil jika kesalahan itu hanya diletakan kepada rakyat. Umno sepatutnya menerima dan mengakui seratus peratus kesalahan itu. Selalu saya berkata Umno sudah hilang punca seolah-olah sudah hilang hidayah kerana masih melakukan kesilapan walaupun usia Umno itu semakin luput. Hendak berbuat baik tetpi mereka sudah tidak lagi tahu apa dia yang baik untuk mereka lakukan.
Penahanan tiga aktivis semalam tidak melunturkan perasaan marah rakyat. Pihak pemerintah mesti mengakui yang rakyat marah itu bukan tidak bersebab. Tidak mungkin mereka marah semata-mata untuk marah. Bukannya usaha yang kecil untuk keluar malam dan berjuang dengan tidak ada hentinya.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres Nasional PKR Ke-9: PKR mahu konflik selepas PRU dihentikan, mulakan dialog dwi-pihak

Posted: 24 May 2013 04:13 PM PDT

Dikala pentadibiran Datuk Seri Najib Razak memulakan tindakan keras terhadap penyokong pembangkang yang membantah keputusan Pilihan Raya 2013, PKR dilihat memulakan langkah untuk menamatkan apa yang dikatakan sebagai "konflik dan pertelingkahan tiada penghujung."
Kongres Nasional PKR Ke-9: PKR mahu konflik selepas PRU dihentikan, mulakan dialog dwi-pihakTimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengatakan walaupun Pakatan Rakyat (PR) memenangi undi popular berbanding Barisan Nasional (BN), kepentingan rakyat harus didahulukan untuk membawa Malaysia terus kehadapan.
"Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia," kata Azmin ketika merasmikan kongres nasional PKR bagi Angkatan Muda Keadilan dan Wanita di sini hari ini.
"Pada waktu yang sama, kita bertanggungjawab tidak membiarkan suasana 51 - 47 merudum ke arah suasana buntu atau political impasse. Konflik dan pertelingkahan yang tiada penghujung," tambah beliau lagi.
Menurut Azmin, semua pihak perlu menggembeling keberanian moral untuk memulakan dialog politik dan pengelibatan melangkaui perbezaan politik.
Semalam, Ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga dibebaskan hari ini.
Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar slams Najib for latest "TYRANNY"

Posted: 24 May 2013 04:11 PM PDT

Adam Adli has been charged with sedition purportedly "by calling for the toppling of the elected government". Tian Chua, Harris Ibrahim and Tamrin Tun Ghafar have been arrested. This is tyranny writ large.
Let's get it straight: Najib's government is not a duly elected government. It is a government that's come into power by systemic widespread fraud aided and abetted by the Election Commission. Its legitimacy is therefore in question. This is our position and we are mounting a legal and judicial challenge in this regard.
Anwar slams Najib for latest "TYRANNY"Meantime, the people by the hundreds of thousands are exercising their constitutional right to gather peacefully to demonstrate their utter disgust with this cheating and the consequent illegitimate assumption of power. By the latest count, almost half a million Malaysians, mostly comprising the young from all races have attended our nation-wide rallies.
They have come because of their conviction for justice and their deep sense of fair play and not because of any inducement or bribe or promise of material gain. On the contrary, they have come to these rallies in spite of the constant threats and warnings from the police of arrest because they believe in their cause – a cause for their future and the generations to come. This is nobility of spirit which no tyranny can suppress. Adam Adli embodies this spirit and the aspirations of the hundreds of thousands who have attended and the millions more who voted for change, fair play and justice.
Reneging on political reform
Read More / Baca Lagi >>

LENSA: BLACK OUT 505 PERINGKAT NEGERI MELAKA

Posted: 24 May 2013 04:10 PM PDT


Ingatkan apabila aktivis pelajat Adam Adli kena cekup, di reman kemudiannya di heret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan, kemudiannya diikuti dengan penagkapn YB Tian Chua, Aktivis Haris Ibrahim dan mantan Ahli Parlimen Datuk Tamrin Ghafar dibawah akta yang sama semalam akan menerbitkan rasa cuak, gentar dan takut rakyat untuk berhimpun secara aman di Bukit Katil, Melaka, sempena Himpunan Black out 505.

Rupa-rupanya tidak.. lagi kena tangkap lagi galak dan bersemangat rakyat turun beramai-ramai sehingga angka mencecah puluhan ribu.