MIMPI SENJA |
- Hadiah BN pada orang Kedah ... hahaha ambik hampa, pangkah la lagi BN ...
- Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebas
- Ceramah Mat Sabu - Black 505 Kuala Ibai 23/5/13
- Ceramah Hj Husam Musa - Black 505 Kuala Ibai 23/5/2013 -
Hadiah BN pada orang Kedah ... hahaha ambik hampa, pangkah la lagi BN ... Posted: 24 May 2013 07:32 AM PDT Kedah sedia laksana AES 24 Mei 2013 ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13. Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya. Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak. "AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini. "Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati. "Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing," katanya. Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut. "Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang," katanya. Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat. Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah. |
Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebas Posted: 24 May 2013 01:54 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar hari ini dibebaskan selepas majistret menolak permohonan polis untuk mereman mereka. Mereka ditahan ditahan polis tengah semalam kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapan ketiga-tiganya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lalu. "Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, sementara Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris pula di Segambut," katanya. Dalam perkembangan yang lain,aktivis Mahasiswa Pro Pakatan Rakyat, Adam Adli Abdul Halim turut dibebaskan semalam selepas Hakim Mahkamah Sesyen 1, Norshidah Awang membebaskan beliau dengan jaminan RM 5,000 serta seorang penjamin. |
Ceramah Mat Sabu - Black 505 Kuala Ibai 23/5/13 Posted: 24 May 2013 12:49 AM PDT |
Ceramah Hj Husam Musa - Black 505 Kuala Ibai 23/5/2013 - Posted: 23 May 2013 11:35 PM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan