Jumaat, 24 Mei 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HADIAH UNTUK RAKYAT KEDAH....NAH AIHHHH...

Posted: 24 May 2013 04:14 PM PDT

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

SEMUA RAKYAT TURUN

Posted: 24 May 2013 04:12 PM PDT

Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
24 Mei 2013 | 5.00 pm

HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA - HADIRLAH TANPA RAGU

24 jam menghampiri detik mula himpunan #SuaraRakyat505 menyaksikan momentum gerakan rakyat ini akhirnya memuncak apabila PAS umum untuk bersama menyertai. 

Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" menyambut baik kenyataan Setiausaha Agong PAS pagi tadi. Ini menunjukkan PAS sebuah parti segar yang responsif dengan kehendak rakyat yang bangkit menentang penipuan PRU. #SuaraRakyat505 menghargai PAS yang telah mengeluarkan arahan ahlinya untuk bersama himpunan aman esok.

Dimaklumkan kebenaran pemilik premis (MBPJ) telah diperolehi dan makluman pada pihak sepatutnya sudah dibuat. Justeru, #SuaraRakyat505 menggesa pihak berkuasa untuk memberi kerjasama, tidak mengganggu dan menghalang rakyat berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Rakyat sudah buktikan, himpunan #KL112 berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak berkuasa, walaupun dengan pengawasan yang minima. 

Mengenai permit yang dipersoal, majlis esok juga merupakan sebahagian progam kerajaan Negeri Selangor yang mana kesempatan tersebut digunakan untuk bertemu pengundi terbanyak. Oleh demikian tidak timbul soal permit dan orang ramai yang menyatakan kehadiran tidak usah ragu lagi, teruslah hadir.

Bermula jam 5 petang pentas akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan aksi 'desakkan terhadap SPR' sebelum program kemuncak pada sebelah malam yang bakal menampilkan pemimpin yang benar-benar membuktikan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat. 

Antara yang pasti hadir ialah Anwar Ibrahim, Md Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, che'GuBard dan ramai lagi pimpinan NGO dan Pakatan Rakyat. Juga penampilan artis rakyat Ito, Abby Abadi dan penampilan paling istimewa ialah pidato pertama Adam Adli sejak dibebaskan.

Segala persiapan sudah dirancang sebaiknya malah persediaan dari aspek keselamatan juga dibuat - satu pasukan khas perubatan dengan 55 orang doktor disediakan dan barisan peguam juga telah sedia bagi segala kemungkinan. Sekiranya berlaku penangkapan sila SMS dengan format nama/IC/Balai/tahap kecederaan kepada nombor-nombor berikut: 010-2142076, 017,3288794 dan 0128965727.

Semua sudah bersedia, esok 25 Mei adalah hari yang baik untuk Himpunan #SuaraRakyat505 dikenang sebagai himpunan paling bersejarah. Lahirnya Himpunan #SuaraRakyat505 apabila rakyat bersatu dan bangkit berhimpun membantah penipuan pilihanraya secara besar-besaran di peringkat nasional, setelah beberapa siri di peringkat negeri yang rata-ratanya dihadiri ratusan ribu rakyat. 

Amaran rakyat sebelum ini, jika PRU menipu rakyat akan humban penipu ini maka SPR adalah sasaran pertama yang perlu dihumban oleh rakyat. Ayuh, bersama menjadi sebahagiaan dari sejarah yang akan dibaca oleh generasi akan datang, betapa rakyat hari ini bangkit merebut demokrasi demi menyelamatkan negara.


CHE'GUBARD
Jurucakap Gabungan 'Suara Rakyat 505'
Pengasas SAMM

Anggota Gabungan 'Suara Rakyat 505'

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
54. Comuniti Front (CF) Seremban

JOM TURUN 25

Posted: 24 May 2013 04:03 PM PDT









Posted: 24 May 2013 03:42 PM PDT

Umno sendiri yang terminta-minta untuk ditumbangkan — Aspan Alias

May 24, 2013
24 MEI — Saya yang tidak berapa pandai ini pun merasakan yang Umno sudah sampai kepenghujung usianya. Saya bukan menentang tindakan menahan rakan-rakan perjuangan saya oleh pihak polis, kerana itulah makanan orang-orang perjuang sejati. Bagi pihak yang berjuang mereka merasakan mereka bertindak dengan kebenaran dan bukan sedikit manusia yang menyokong mereka.

Tetapi seperkara yang tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak mencari jawapan kenapa keadaan sebegini berlaku. Pihak parti pemerintah tidak pula berusaha dan mendengar keresahan rakyat selama ini. Apabila terdesak maka ditahan orang itu dan orang ini sewenang-wenangnya.Saya tidak dapat menerima tindakan kerajaan menahan mereka semalam.

Ruang untuk pemerintah membetulkan keadaan semakin hari semakin sempit. Bukan sedikit teguran di buat terhadap parti pemerintah sejak banyak tahun dahulu, tetapi Umno tidak mahu berubah dan terlalu leka dengan kuasa. Rakyat sudah berani keluar untuk menentang secara terbuka dan ia hanya memberikan keyakinan ramai yang Umno tidak dapat dipulihkan lagi. Yang jelas sekarang rakyat pula yang mengambil tindakan untuk berubah.
Saya merasakan yang keadaan begini akan terus menerus berlaku dan tidak ada pihak yang mampu untuk meredakan perasaan mereka yang hilang keyakinan terhadap Umno itu. Tidak adil jika kesalahan itu hanya diletakan kepada rakyat. Umno sepatutnya menerima dan mengakui seratus peratus kesalahan itu. Selalu saya berkata Umno sudah hilang punca seolah-olah sudah hilang hidayah kerana masih melakukan kesilapan walaupun usia Umno itu semakin luput. Hendak berbuat baik tetpi mereka sudah tidak lagi tahu apa dia yang baik untuk mereka lakukan.

Penahanan tiga aktivis semalam tidak melunturkan perasaan marah rakyat. Pihak pemerintah mesti mengakui yang rakyat marah itu bukan tidak bersebab. Tidak mungkin mereka marah semata-mata untuk marah. Bukannya usaha yang kecil untuk keluar malam dan berjuang dengan tidak ada hentinya.

Malam tadi ribuan rakyat berada di sekitar Balai Polis Jinjang untuk memberikan simpati kepada Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim yang ditahan polis semalam. Ini bukannya perkara kecil. Jika tekanan kuat di lakukan oleh pihak berkuasa pun ia tidak melunturkan perasaan marah rakyat itu.

Pihak kerajaan mesti faham, yang mereka kendalikan sekarang ini bukannya haiwan. Mereka adalah manusia yang kebanyakkan mereka adalah kumpulan muda yang terpelajar. Mereka tidak mahukan kerajaan melakukan tekanan. Jika kerajaan sentiasa memberikan tekanan sebegini, pihak pemerintah akan pasti kehilangan sokongan lebih buruk lagi dari semasa pilihanraya yang lalu.

Tidak akan ada kesudahannya dan tidak mungkin Umno mampu memperbetulkannya lagi. Oleh yang demikian apa yang sepatut dilakukan oleh siapa bagi membetulkan yang salah dan menampal yang koyak tadi?

Jika benar terdapat penipuan dalam pilihanraya yang lalu setelah mahkamah membuat keputusan, maka tidak ada jalan lain selain dari kerajaan sekarang berundur. Kerajaan sekarang tidak boleh lagi mengaku mereka berkuasa melalui proses demokrasi kerana telah terdapat penipuan itu. Umno akan hanya mampu bertahan seketika jika mahkamah memutuskan tiada penipuan dan mengakui yang pilihanraya telah berjalan dengan betul mengikut cara yang betul.

Tetapi boleh kah mahkamah memutuskan PRU yang baru selesai ini tidak ada penipuan? Jika ada penipuan maka tidak syak lagi Umno terpaksa berundur dengan cara terhormat walaupun pilihanraya di kawasan-kawasan yang di dapati ada penipuan diadakan semula.

Penahanan terhadap Tamrin, Tian Chua dan Haris itu amat memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan. Saya berharap ketiga-tiga mereka akan di bebaskan tanpa apa-apa tindakan susulan yang di ambil terhadap mereka.

Saya memohon agar kerajaan cukup-cukuplah melakukan penahanan sesiapa kerana rakyat sedang memerhatikan keadaan dengan rapi. Sekarang bukan zaman Umno yang mengaku boleh menghantar songkok untuk mewakili calon dan terus menang dalam pilihanraya.

Umno dan BN akan hanya mempunayi sedikit peluang jika Umno tunjukan yang parti itu benar-benar melakukan transformasi habis-habisan dengan melakukannya sekarang juga. Lewat dari sekarang kita boleh kira Umno sudah tamat riwayatnya.

Jika Umno tidak memperbaiki diri sekarang juga ia bermakna Umno sendiri yang mahu mereka di tumbangkan bukannya rakyat yang saja-saja mahu menumbangkan mereka. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tsunami Gen-Y, apa lagi Najib mahu? (LM)

Posted: 24 May 2013 05:07 AM PDT

Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
Belum pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang.

Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR). 

AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13

Posted: 24 May 2013 03:37 AM PDT

AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13



May 24, 2013
PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

"Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti," kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini.
"Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia," tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu.
Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.
Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis.
"Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

"Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin," kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

"Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus "Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto," kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh "AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat," katanya lagi.
Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.
Di dalam dewan tempat dimana kongres AMK berlangsung, kelihatan sepanduk digantung berbunyi," Tahniah bro Sam! From a humble leader to a giant killer!".

KITA BIASA KALAH,TAPI KITA MARAH KERANA TIPU

Posted: 24 May 2013 01:34 AM PDT


TAK SERTAI PUN TAK APA ......ASAL RAKYAT BERSAMA ANWAR

Posted: 24 May 2013 01:22 AM PDT

 Harun Taib baru-baru ni berita harian arahkan ahli PAS jangan sertrai himpunan tak guna ni.Banyak benda yang di lihat PAS tak sertai.Tak sertai pun tidak mengapa.Bagi rakyat tak payah parti arah pun kalau nak sertai juga tak mengapa.Macam PRU13 baru-baru ni, tak bagi lawan sesama sendiri pun lawan juga.....dah kuat gamaknya....




Kehadiran blackout505. Ramai yang engkar arahan Hj Hadi? 

dipetik dari the sniper

 

 

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

 Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

 

info yang diterima memaklumkan PAS pusat menghalang ahli2 menghadiri siri jelajah blackout 505 atas alasan ianya anjuran PKR. So, bila pulak nak buat siri jelajah penipuan pilihanraya anjuran PAS?

Atau macam biasa, bila siri jelajah ni berjaya baru grup Hj Hadi nak join?

Hmm.. macam tak yakin populariti diri je!

 

 

 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritaka
n pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.

Cina sokong Adam, apa lagi Najib mahu? (LM)

Posted: 23 May 2013 11:30 PM PDT

Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?

Dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.

Tiada ulasan: