Selasa, 30 April 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UNDI TENTERA AMAT MELEGAKAN

Posted: 30 Apr 2013 12:14 PM PDT

SEMALAM 30 April 2013, seluruh warga tentera telah menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi awal bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara ini selepas PRU 13 iaitu pada 05 Mei ini nanti.

Aku tak mahu ulas suasana di tempat lain melainkan apa yang telah berlaku di Kem Batu 10, Kuantan di mana di situ terdapatnya kem tentera darat dan TUDM.  Kem tersebut berada di bawah Parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi oleh Najib Razak pada PRU 12 yang lalu.

Pada hari mengundi semalam, aku sempat bertemu dengan beberapa orang warga tentera dan berbual panjang sebelum mereka masuk untuk mengundi.  Dari perbualan kami, amat jelas komitmen mereka untuk bersama rakyat kali ini untuk mengubah kerajaan dari Bn kepada kerajaan PR.  Terlalu bersemangatnya mereka bahkan merekalah yang paling banyak bercakap tentang isu-isu politik semasa berbanding aku.  Isu LTAT menarik perhatian kami di mana mereka teramat marah apabila wang LTAT kepunyaan mereka diserahkan kepada Ketua Wanita Umno.  

Apabila mereka memasuki Pusat Mengundi, aku berdoa agar Allah buka kan hati-hati mereka untuk bersama PR.  Alhamdulillah, keluar sahaja setiap dari mereka dari tempat membuang undi, mereka tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari.  Rupa-rupanya bukan sedikit yang bersemangat untuk menjatuhkan rejim tetapi mengikut kata rakan saya itu tidak kurang 70 % warga tentera condong kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat melegakan saya.

dollah yankee

dollah yankee


We will reach there safely ... very soon !

Posted: 30 Apr 2013 06:00 AM PDT

dollah yankee -
We will reach there safely... very soon !

505-Safe Our Soul

Posted: 30 Apr 2013 03:15 AM PDT

 
Tidak boleh digambarkan. Hanya yang pergi kesana malam kelmarin saja bisa merasakan kehangatan itu. Kalau sebelum ini tempat yang sama Najib/BN dimalukan semasa konsert Psy Opa Gangnam Style dengan kehadiran 60,000 orang, tetapi semalam dianggarkan 70-80 ribu orang yang menyebabkan lalu lintas disekitar 7-8 kilometer persegi lumpuh. Gurkah-gurkah di'port' sendiri terpaksa berjalan kaki sehingga 3 kilometer.

Mereka datang dengan baju warna hijau, merah dan kuning bersama-sama dengan 'vuvuzela' yang memekakkan telinga kami. Indikasi nya sudah jelas bahawa mereka yang datang itu sudah menetapkan fikiran mereka untuk 'ubah' pada 'ini-kali lah'. Mereka-mereka ini datang datang untuk meng'ubah' kerajaan di Putrajaya yang dipilih pada 2008 yang telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan, mereka datang dengan mesej jelas mahu menghentikan kerajaan yang korup dan mahu memilih kerajaan yang lebih bersih, adil, yang boleh diharap.

Nampak gaya nya Pakatan Rakyat/Anwar Ibrahim mempunyai tanggung jawab yang cukup besar dan berat dengan kepercayaan yang bakal diberikan untuk kepada mereka nanti.

dollah yankee -
505 adalah untuk Safe Our Soul...






RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Kekal Atau Tukar - Respon Rakyat Kelantan

Posted: 30 Apr 2013 04:33 PM PDT

SELAMAT HARI PEKERJA - BEBASKAN DIRIMU !

Posted: 30 Apr 2013 04:32 PM PDT


PRU13: Dakwaan Tanah Tok Guru RM10 juta adalah FITNAH

Posted: 30 Apr 2013 04:25 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di P169 Kota Belud

Posted: 30 Apr 2013 04:24 PM PDT

PRU13: 5 MEI 2013 Hari CUTI Umum WAJIB Kepada SEMUA

Posted: 30 Apr 2013 04:22 PM PDT

Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas

Posted: 30 Apr 2013 05:40 AM PDT


Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
Dr Shaharuddin (kiri) mendengar hujah yang disampaikan oleh Dr Maszlee. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
 
SHAH ALAM – Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.
"Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
"Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri," katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk
Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Read More / Baca Lagi >>

KANTOI GILER : PARTI MANA YANG SOKONG LGBT??

Posted: 30 Apr 2013 05:20 AM PDT

Tak mau nak ulas panjang lebar tapi biar saja gambar berbicara.

Hanya sekadar memperingatkan kembali betapa serangan fitnah dilemparkan oleh UMNO/BN kepada Pakatan rakyat kononnya jika PR memerintah budaya LGBT akan berleluasa dinegara kita....

Dengan rakaman gambar ini jelas....PARTI MANA YANG SOKONG LGBT?

PRU13: MASYARAKAT TIONGHUA DI JOHOR SUDAH KEMBALI BERAMAI-RAMAI SOKONG MCA/BN???

Posted: 30 Apr 2013 05:19 AM PDT

Chua Soi Lek Presiden MCA yang tak berani bertanding PRU ke-13, gebang besar cakap masyarakat Tionghua terutamanya di Johor dan Gelang Patah sudah kembali menyokong BN dibawah pimpinan Najib Razak...Kata beliau kaum Tionghua cukup terpesona dengan gaya kepimpinan yang dibawa Najib Razak selaku PM ke-6.

Realitinya...Akhbar arus perdana bahasa cina Chia Press telah menghebahkan kepada dunia betapa ceramah anjuran MCA di Johor langsung tidak mendapat sambutan.

Penceramah hanya bercakap depan kerusi kosong...Amat memalukan sekali...Petanda tsunami kebangkitan rakyat sudah sampai kemuncaknya.

PRU 13 adalah PRU melakukan perubahan...Rakyat akan bangkit beramai-ramai untuk melakukan perubahan secara total.

Politik lucah: Gatera serah memo kepada Najib

Posted: 30 Apr 2013 05:11 AM PDT


KUALA LUMPUR: Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera) diketuai oleh Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain hari ini menyerahkan satu memorandum membantah politik kotor, lucah dan samseng kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu di PWTC.

Memorandum itu antara lain melahirkan kemimbangan rakyat terhadap iklim politik tanah air yang semakin sarat dengan kelucahan, fitnah, rasuah dan samseng sehingga melampaui batasan agama dan budi bahasa masyarakat Malaysia.

"Demi kerakusan kuasa dan ingin mengekalkan kuasa, mereka menggunakan bahkan menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan.

"Mereka tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun", katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil presiden Umno itu pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar

Posted: 30 Apr 2013 05:10 AM PDT



(Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini)

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

"Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat  supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya,"  ujar beliau.

Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut.

Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke  empat itu.

"Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pengundi diragui didedahkan RCI, layak mengundi - SPR

Posted: 30 Apr 2013 05:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan 60,673 kad pengenalan (IC) meragukan seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan "Projek IC" masih sah kerana tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll  Analysis Project (MERAP) yang mengatakan senarai pengundi bermasalah tersebut masih berada dalam daftar pemilih.
"Senarai daftar pemilih yang dibangkitkan dalam RCI itu masih sah, lagipun tiada sebarang keputusan muktamad yang dicapai.
"RCI pun masih belum habis dan buat keputusan, macam mana kita nak buang daftar pemilih tersebut," kata Abdul Aziz kepada The  Malaysian Insider.
Abdul Aziz juga berkata pengundi tersebut adalah warganegara Malaysia, malah daftar pemilih tersebut telah dipamerkan sejak dua  minggu lalu bermula pada 17 Januari lalu dan selesai diwartakan sebagai pengundi untuk pilihan raya 5 Mei ini.
"SPR telah pun pamerkan senarai daftar pemilih itu selama dua minggu, kalau mereka bantah sepatutnya ia buat dalam tempoh itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Punca manifesto PR dapat sambutan

Posted: 30 Apr 2013 05:02 AM PDT


wacana siri19
Wan Saiful Wan Jan mempengerusikan Wacana Sinar ke-19 Manifesto PRU13 BN vs PR. Ahli Panel (dari kanan) Dr Maszlee, Dr Shaharuddin dan Dr Mansor.
SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya.

Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka.

"Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara.

"Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara.

"Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah.

Read More / Baca Lagi >>

Dakwat tidak kekal: PAS minta penjelasan SPR

Posted: 30 Apr 2013 04:30 AM PDT


IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

"Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

"Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari," katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4%

Posted: 30 Apr 2013 04:29 AM PDT

PETALING JAYA: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan.

Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.

Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam

Posted: 30 Apr 2013 04:24 AM PDT


KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.
Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.

"Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis," ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.

Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis

Posted: 30 Apr 2013 04:22 AM PDT



( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.


(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

"Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini," katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR.!!!

Posted: 30 Apr 2013 04:21 AM PDT


Seorang anggota keselamatan Malaysia sedang ditanda jarinya dengan dakwat kekal sebelum mengundi secara pos bagi Pilihan Raya 13 di sebuah kem tentera, Kuala Lumpur, 30 April, 2013. — Gambar AFPKUALA LUMPUR, 30 April — Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan minyak enjin motor atau bahan-bahan lain boleh digunakan untuk menanggalkan dakwat kekal pada pengundi, pelbagai bantahan tercetus mengatakan ia tidak boleh kekal seperti dikatakan.
Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.
"Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.
"Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit," kata Abdul Aziz.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Dakwat kekal... tidak kekal..!!! Pembohongan terbongkar..??

Posted: 30 Apr 2013 04:20 AM PDT


 
Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

NONESeorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.

PRU13: Undi Pos Meragukan, Dakwat Kekal Tidak Kekal - BULETIN 13

Posted: 30 Apr 2013 04:16 AM PDT

PRU13: Sidang Akbar Pemantau-Isu dakwat kekal

Posted: 30 Apr 2013 03:56 AM PDT

PRU13: Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar

Posted: 30 Apr 2013 01:25 AM PDT

GE13: Voting Tips

Posted: 30 Apr 2013 01:25 AM PDT

PRU13: JKKK mengamuk

Posted: 30 Apr 2013 01:21 AM PDT

PRU13: ATM, PDRM kumpulan pertama guna dakwat kekal

Posted: 30 Apr 2013 01:20 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SUDAH LAH UNTUK RAKYAT SABAH.

Posted: 30 Apr 2013 04:38 PM PDT

 
















Pada masa ini bandar-bandar utama di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau tidak baik antara berkaitan dengan jalan raya yang baik jika dibandingkan dengan rangkaian jalan raya di Semenanjung Malaysia. Ini adalah 'lebuh raya sub-standard' dengan jalan standard JKR-R3 menghubungkan bandar-bandar serantau.

Pada tahun 2005, Sabah mempunyai 1,428 km jalan utama persekutuan dan 14,249 km jalan raya negeri, yang mana 6,094 km adalah jalan-jalan ditutup dan baki 9583 km adalah jalan batu kerikil dan bumi. Ini menunjukkan bahawa hanya 38.9% daripada jalan-jalan yang ditutup di Sabah berbanding dengan 89.4% daripada jalan-jalan ditutup di Semenanjung Malaysia.
Tambahan pula, jalan utama dibina pada tahun 1970-an dan 1980-an di bawah pinjaman Bank Dunia adalah standard yang mencukupi pada masa itu. Walau bagaimanapun, memandangkan keperluan masa ini, terdapat keperluan untuk menaik taraf jalan-jalan. Sebagai contoh, jalan raya dan laluan pejalan kaki lebar bahu (sesuai sebelum ini) kini terlalu sempit dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan saiz semasa kenderaan dan jumlah trafik prying ke atas jalan raya.
Dalam usaha untuk membangunkan kawasan pedalaman, rangkaian jalan raya yang menghubungkan Timur ke Barat, dan Utara ke Selatan mesti dibina dan disiapkan secepat mungkin. Pan Borneo Highway yang menghubungkan Sabah melalui Brunei ke Sarawak mesti dinaik taraf kepada standard R5 dua hala.
Ia kini masa untuk menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei. Pembinaan Pan Borneo Highway (lebuh raya persekutuan) bermula pada tahun 1963 apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia. Ia telah dirancang untuk tempoh sejumlah 2,083 km dan pada tahun 2006 adalah 95% daripada jalan R3-jenis siap.
Pergantungan di jalan-jalan batu di seluruh Sabah melambatkan pembangunan industri, seperti pengangkutan barangan seperti produk pertanian dan perkilangan tempatan dikekang daripada diangkut ke pelabuhan atau lapangan terbang.
Infrastruktur jalan raya tidak memudahkan pengangkutan kontena dan ini merupakan satu kekangan kepada pembangunan ini kelompok pemprosesan makanan. Isu-isu ini perlu segera ditangani oleh kerajaan yang memerlukan jalan-jalan itu diperluaskan untuk memudahkan aliran trafik dan memudahkan pengangkutan barangan.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, sejumlah RM3.188 bilion (19%) telah diperuntukkan untuk rangkaian jalan hubungan projek daripada RM16.9 bilion jumlah kos projek. Malangnya, sebanyak hanya RM6.8 bilion (40%) daripada semua projek (termasuk jalan raya) telah siap daripada RM16.9 bilion jumlah projek.
Ini menunjukkan ketidakberkesanan, ketidakcekapan dan kelalaian kerajaan BN dalam melaksanakan, membina dan menyiapkan projek-projek yang dirancang di Sabah. Bagaimana BN boleh menyiapkan projek-projek jalan raya, membangunkan Sabah dan melaksanakan tadbir urus yang baik? Pada Sementara itu, Sabah akan terus mengalami mimpi ngeri jalan ini buruk dan kerosakan berat risiko kepada kenderaan mereka atau kemalangan jalan raya walaupun muka.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) RM20.30 bilion telah diperuntukkan untuk semua projek-projek pembangunan Sabah. Dengan prestasi kerajaan BN yang tidak seberapa 40% dalam Rancangan Malaysia Ke-9, adakah rakyat Sabah mengharapkan BN untuk menyelesaikan 50% daripada 10 projek Rancangan Malaysia menjelang tahun 2015? Pada kadar ini BN melaksanakan, Sabah akan lag lagi kereng belakang Malaysia Barat dalam semua perkembangan.
Sejak merdeka dan sehingga 2012, kita sudah 20 tahun di belakang Semenanjung Malaysia dari segi pembangunan. Adakah rakyat Sabah mahu memberi BN lima tahun lagi untuk menjalankan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum 2013?


Rakyat Sabah perlu pergi ke pilihan raya 2013 dengan tujuan untuk "Markotop Kali Lah - Switch, Tukar" mengundi sepenuhnya dan secara tunggal untuk Pakatan Rakayat untuk membentuk kerajaan baru untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia. Negeri-negeri PR (Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah) telah melihat keberkesanan, kecekapan dan tadbir urus yang baik dengan creditability, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) prinsip. Ini telah terbukti dalam tempoh lima tahun lepas sejak tahun 2008, dan Laporan Ketua Audit Negara telah mengesahkan bahawa.
Di bawah Pakatan Rakyat, Sabah hendaklah bergerak ke hadapan dan memulihkan untuk menjadi salah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia sekali lagi menggunakan sumber-sumber yang luas semula jadi dan bank tanah.
"Cukuplah cukup" dengan lima puluh tahun kerajaan BN, rakyat telah melihat dan mengalami cukup cukup. Mengapa tidak memberi Pakatan Rakyat lima tahun untuk mengubah keadaan? Sekurang-kurangnya, anda boleh diberi jaminan bahawa pengurusan baru dalam kerajaan negeri Sabah akan menjadi lebih baik daripada BN yang lama.

Amanat DSAI Menjelang PRU-13 (LM)

Posted: 30 Apr 2013 07:52 AM PDT

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua. 

DSAI: Insan Pilihan Ujian Tuhan (1) (LM)

Posted: 30 Apr 2013 02:32 AM PDT

TERBITAN SEMULA: Weblog M@RHAEN menerbitkan semula tulisan penulis prolifik era reformasi, Sdra Marhaintua, 'Anwar Ibrahim: Insan Pilihan Ujian Tuhan' yang pernah disiarkan di Laman M@RHAEN pada 23 Ogos, 2008 yang lalu. Tajuk ini telah disiarkan dalam tiga siri tulisan beliau dan weblog ini akan menyiarkan semula ketiga-tiga siri berkenaan untuk makluman dan rujukan.

Anwar Ibrahim: Insan Pilihan Ujian Tuhan (Bahagian 1 drp 3)
Oleh Marhaintua | Saturday | Aug 23, 2008 (tarikh siaran asal)

Kali pertama saya mendengar berita Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Permatang Pauh, tanpa saya sedari bergelinangan air mata mengalir di pipi. Orang yang melihat memang tidak merasa ganjil dengan apa yang berlaku kerana ketika itu saya sedang terlantar di atas katil di Hospital Kulim.

Bacaan seterusnya:    DSAI: Insan Pilihan Ujian Tuhan (1)

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TUKAR TIUB DI FESTIVAL BUKU PETANG INI

Posted: 30 Apr 2013 07:00 PM PDT




PENGUMUMAN
petang ini tukar tiub
akan berada di pesta buku international

DAPATKAN BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
DI FESTIVAL BUKU
ANTARABANGSA

--------

HANYA TV BANGSAR YANG BERANI MERAKAM

Posted: 30 Apr 2013 06:30 PM PDT



BERITA TERKINI
BERITA TER NOWW
DARI TV BANGSAR UTAMA







JANJI BERSIH

jika berlaku penipuan

maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


PENIPUAN YANG DI RANCANG

Posted: 30 Apr 2013 06:00 PM PDT



PENIPUAN YANG
DI RANCANG


Dakwat Tidak Kekal: Mana Jaminan SPR?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut penjelasan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tentang bagaimana dakwat kekal yang digunakan oleh pengundi awal telah didapati tidak kekal. Ini adalah persoalan serius yang menggugat sepenuhnya kredibiliti SPR.

Dengan meletakkan tarikh mengundi awal 5 hari sebelum tarikh mengundi awam, SPR secara tidak langsung memberi jaminan dakwat kekal yang digunakan harus kekal lebih dari 5 hari. Namun tinjauan SAMM mendapati dakwat kekal yang sepatutnya boleh bertahan 5 hari itu hanya mampu bertahan selama 5 minit setelah dibasuh dengan sabun biasa. 

Apakah SPR sengaja menyediakan dakwat kekal berkualiti rendah untuk membantu penipuan pilihanraya? 

SAMM juga mendesak SPR segera menjawab persoalan dakwat kekal ini, termasuk kemungkinan pengundian awal dilangsungkan semula dengan dakwat kekal yang 'kekal'.

Fenomena dakwat kekal yang 'tidak kekal' ini menunjukkan SPR tidak menepati jaminan pilihanraya Bersih sepertimana yang dituntut oleh rakyat. Menifestasi yang ditunjuk rakyat dalam tiga siri himpunan BERSIH sebelum ini akhirnya menjadi sia-sia apabila tiada lagi jaminan pengundian berganda tidak berlaku dalam PRU13.

Pakatan Rakyat sebagai parti yang bertanding terpaksa berdepan 272,387 pengundi awal yang mampu bertukar menjadi pengundi hantu. Ini meletakkan SAMM di seluruh negara bersedia dengan sebarang kemungkinan mengerah kekuatan rakyat melawan penafian demokrasi.


che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia


INI TANDA PENIPUAN
------------

SEMUA WAJIB LAWAN PENIPUAN

Posted: 30 Apr 2013 07:00 AM PDT




PEGAWAI KERAJAAN INI KALI LAH

Pada semua anggota kerjaan tak kira darjat khususnya yang bertugas di JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, perubahan ditanganmu untuk selamatkan Malysia. Pada muda mudi yang jemu tengok kuda-kuda tua dok curi tulang kat ofis tu semua jangan takut keluar mengundi. Ajak semua jangan tinggal sekoq pun nyamuk pun kat pejabat.

 Depa yang dok sambung jangka hayat sampai 60 tu semua,biaq pi ke depa. Termasuk yang dok gebang deraih di padang golf, kerja langsung tak buat, balik2 nak sain yang tu nak sain yang ni. Kalut2 menteri panggil...i busy! i busy!! KSN tu kerja dia check la puak2 JUSA dok makan gaji buta tu semua dok buat apa cek naa!!! Hang tu berkecuali bukannya nak mengekoq tett!!

 menteri' Dulu-dulu rakyat tak kenai pun KSN sebab jawatan tu ala-ala Jibril...Laa ni kaa dah ala-ala jin ifrit uols!!! Jangan tunggu sampai rakyat jadi tuan baru pakat nak follow pakatan. Jom kita ubah jadikan kerajaan mata-mata rakyat. on BERTINDAK SEKARANG JANGAN TERLAMBAT
Publish | Delete | Spam
Qaseh Bonda
on 4/29/13
TIGA  TUNTUTAN 
JANJI BERSIH


JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi

-------

TER BAIK TERT ULUNG TER KANTOI

Posted: 30 Apr 2013 06:00 AM PDT



 INI KURANG BAIK
MALAYSIA PUNYA
TERBAIK
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
 Kapal selam negara antara terbaik di dunia....
Lumut: "Kapal selam negara ibarat Porsche bagi kenderaan darat iaitu antara terbaik di dunia," kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. 

Sehubungan itu, beliau mencabar mana-mana pihak yang masih mempertikaikan keupayaan kapal selam negara supaya membuat tuduhan itu secara bertulis bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan undang-undang. 


Aziz kecewa dakwaan kononnya KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak boleh menyelam masih terus diulang dan dijadikan bahan kempen politik oleh pembangkang. 

TEKNOLOJI
BUDAK CHINA  
LAWAN TEKNOLOJI
 RASUAH MELAYU
MANA HEBAT
kah kah kah

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KAPAL SELAM KITA TERBAIK DALAM DUNIA?.... kah kah kah..

kah kah kah... BETOI KE?.... kah kah kah..

kah kah kah... DUDUK DI SABAH....kah kah kah

kah kah kah.... BILA TENTERA   MORO DATANG TAK NAMPAK PULAK.... kah kah kah..

woit... AWAL DULU TAK BOLEH MENYELAM... kah kah kah..

kah kah kah... TAK ADA SENJATA.... kah kah kah..

woit...KALAU INI TERBAIK.... MACAM MANA YANG KURANG BAIK.... kah kah kah



JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


---------

TERKANG KANG DI TEMPAT YANG SAMA

Posted: 30 Apr 2013 05:00 AM PDT




 TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA

KOMENTAR TUKAR TIUB
persoalan timbul
kenapa isteri polis
kenapa isteri askar
mengundi  awal

bukankah mereka
hanya terkang kang ditempat yang sama?



SOALAN KEDUA
kenapa undi sekarang
kalau pakai dakwat kekal
dakwat ini akan lupus lepas 3 hari
kita mengundi 6 hari lagi



SOALAN HAKIKI
jelas ini penipuan
kalau tipu pilihan raya
kita turun jalan raya


PRU13: Anggota ATM, PDRM serta pasangan undi awal hari ini

KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini. 

Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing. 




JANJI BERSIH

jika berlaku penipuan

maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


---------

BARU BARU - BERITA TERKINI - TER NOW NOWWW

Posted: 29 Apr 2013 11:52 PM PDT




HOT HOT HOT 
TERNOW
DARI  TV BANGSAR UTAMA
-----

BERITA TER KINI - TER HOTT - TIPU TIPU TIPU!

Posted: 29 Apr 2013 11:28 PM PDT





 BUKTI PENIPUAN TERKINI 



Like This Page · 21 minutes ago 

Ada sesiapa lagi memiliki info tentang dakwat kekal yang sebenarnya TIDAK KEKAL?Dengan alkali,dakwat pun tiada.










JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan terima keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


-----------

DI MANA BUKU HISHAMUDDIN RAIS MALAM INI

Posted: 29 Apr 2013 11:01 PM PDT




 BUKU CULT
YANG TERHOT
BOLEH DI BELI MALAM INI

tukar tiub akan menghasut  malam ini 
dapatkan tanda tangan tt malam  di:

MELAKA PETANG INI
jam 4:30  
roti canai wan
merlimau

MELAKA MALAM INI
ceramah pakatan rakyat
di machap - jam 9:30 mlaam

JOHOR MALAM INI - SAGIL
buku hishamuddin rais
boleh dibeli di ceramah pakatan malam ini
jam 10:30 malam
tempat ceran=mah:
padang awam bandar sagil
depan  stesen minyak shell

SEREMBAN MALAM INI
buku hishamuddin rais
buku baru ustaz wan ji
majalah posto
ceramah anwar ibrahim di ampangan seremban



JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan terima keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi

--------

TER NOWW TER HOTT TER BANGANG

Posted: 29 Apr 2013 10:13 PM PDT



SILA  PAKAI BAJU INI
PILIH WARNBA WARNA INI
KITA SEMUA MEMANTAU
KITA JAGA 
BERI AMARAN 
ORANG LURA JANGAN MENGUNDI

SURAT DARI ANAK MUDA

Assalamualaikum W.B.T.


Mungkin kerana terdesak, warga akademik UiTM dan mahasiswa dikerah menghadiri program Himpunan Perdana Warga UiTM bersama Najib di UiTM Shah Alam pada hari pekerja 1 Mei 2013 (mungkin perhimpunan besar-besaran konon sbg tanda sokongan warga UiTM seluruh Malaysia / bas ke UiTM Shah Alam juga disediakan - email dalaman juga memaklumkan akan diadakan siaran langsung ke setiap kampus cawangan).

Para mahasiswa diwajibkan hadir / kuliah dibatalkan dan dijanjikan duit poket RM10 sorang... Apa semua ini..?!!!

Bosan dengan campur tangan politik dalam hal akademik. Sebagai warga UiTM, martabat sebagai ahli akademik direndah-rendahkan oleh pihak yang berkepentingan. 

Kami bukan kangkung! Kami warga pemikir!


JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan terima keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


------

KALAU TIPU JANGAN TERIMA KEPUTUSAN PRU13

Posted: 29 Apr 2013 09:30 PM PDT




 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
ADALAH BARUA
UNITED MALAYS 
NATIONAL ORGANISATION

KOMENTAR TUKAR TIUB
cukup senang untuk undi 2 atau 4 kali
tidak ada maknanya kalau nama telah dipotong
yang penting bukan nama dipotong
tapi si pengundi memiliki  2 atau 4 kad pengenalan

ini berlaku di sabah

si pengundi pos
boleh datang sekali lagi
untuk mengundi
dengan nama yang lain

tolong jangan bodohkan orang ramai
tolong jangan tipu


PENGUNDI AWAL
ini pun tipu
5 hari sebelum 5 mei
pengundi awal telah mengundi
dakwat hanya kekal 3 hari

ini jelas rancangan menipu
spr ada 240,000 pengundi awal
ramai akan mengundi berkali kali


Mustahil Pengundi Pos Undi Dua Kali - SPR
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak sebarang dakwaan PAS kononnya pengundi pos di kalangan petugas media dan suruhanjaya itu mempunyai peluang sekali lagi untuk mengundi sebagai pengundi biasa pada 5 Mei ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan berkenaan berniat jahat dan karut selain sengaja menimbulkan keraguan terhadap suruhanjaya itu.
"Ini semua karut kerana mustahil orang yang layak mengundi pos akan berpeluang mengundi sekali lagi sebagai pengundi biasa.
"Bagi kumpulan yang layak menjadi pengundi pos, nama mereka secara automatik akan dipotong dalam daftar pemilih SPR yang akan digunakan pada hari pengundian biasa. Jadi mana mungkin mereka akan mengundi dua kali," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.


JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan terima keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


--------

PENIPUAN YANG DI RANCANG SUDAH BERMULA

Posted: 29 Apr 2013 08:30 PM PDT





 TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?

maknanya ada kertas undi sedang dijual
maknanya selangor akan jatuh
maknanya united malays national organistaion akan menang

penjualan ini dirancang

spr membuat kenyataan ini
bukan melarang tetapi
bersandiwara



SPR nafi polis, tentera sudah mula undi awal
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak terlibat dengan kegiatan membeli atau menjual kertas undi.



JANJI BERSIH
jika berlaku penipuan
maka janji bersih akan
membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


---------

APA YANG BERLAKU DALAM WAR ROOM GEROMBOLAN

Posted: 29 Apr 2013 07:49 PM PDT



LIHAT DAN LIHAT
HANYA DI TV
BANGSAR UTAMA

EPISOD 2

EPISOD 1


------

PENIPUAN SEDANG BERJALAN UNDI SEDANG DI CURI

Posted: 29 Apr 2013 07:46 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB
rancangan besar ini ialah
menggadikan tanah melayu
kepada kaum cukong dari singapura
kepada kaum pemodal antara bangsa

tanah tanah orang kampong
akan diambil
dipaksa jual 
tanah ini di rampas dengan menggunkan
akta tanah negara



NOTA
kalau masih tak sedar
pergi mapoooslah

  • Najib: BN ada perancangan besar untuk Johor
  • NONENajib berkata Iskandar Malaysia telah berjaya menarik pelaburan daripada Temasek dari Singapura, Kumpulan Genting serta terbaharu daripada "Raja Gula" dan orang terkaya Asia, Robert Kuok.


  • Najib: Rancangan besar hilang jika Pakatan tawan Johor
  • NONEJOHOR Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa "rancangan besar" yang diatur kerajaan BN mungkin akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu.


AMARAN 
TELAH DI BERI
NOTA
penipuan sudah bermula
penipuan sudah bermula
penipuan sudah bermula

persoalan
apa yang wajib dilakukan?

-----------