RAKYAT MARHAEN |
- PRU13: Kekal Atau Tukar - Respon Rakyat Kelantan
- SELAMAT HARI PEKERJA - BEBASKAN DIRIMU !
- PRU13: Dakwaan Tanah Tok Guru RM10 juta adalah FITNAH
- Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di P169 Kota Belud
- PRU13: 5 MEI 2013 Hari CUTI Umum WAJIB Kepada SEMUA
- Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
- KANTOI GILER : PARTI MANA YANG SOKONG LGBT??
- PRU13: MASYARAKAT TIONGHUA DI JOHOR SUDAH KEMBALI BERAMAI-RAMAI SOKONG MCA/BN???
- Politik lucah: Gatera serah memo kepada Najib
- PRU13: Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar
- PRU13: Pengundi diragui didedahkan RCI, layak mengundi - SPR
- PRU13: Punca manifesto PR dapat sambutan
- Dakwat tidak kekal: PAS minta penjelasan SPR
- Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4%
- PRU13: Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam
- PRU13: Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis
- PRU13: Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR.!!!
- PRU13: Dakwat kekal... tidak kekal..!!! Pembohongan terbongkar..??
- PRU13: Undi Pos Meragukan, Dakwat Kekal Tidak Kekal - BULETIN 13
- PRU13: Sidang Akbar Pemantau-Isu dakwat kekal
- PRU13: Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar
- GE13: Voting Tips
- PRU13: JKKK mengamuk
- PRU13: ATM, PDRM kumpulan pertama guna dakwat kekal
PRU13: Kekal Atau Tukar - Respon Rakyat Kelantan Posted: 30 Apr 2013 04:33 PM PDT |
SELAMAT HARI PEKERJA - BEBASKAN DIRIMU ! Posted: 30 Apr 2013 04:32 PM PDT |
PRU13: Dakwaan Tanah Tok Guru RM10 juta adalah FITNAH Posted: 30 Apr 2013 04:25 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di P169 Kota Belud Posted: 30 Apr 2013 04:24 PM PDT |
PRU13: 5 MEI 2013 Hari CUTI Umum WAJIB Kepada SEMUA Posted: 30 Apr 2013 04:22 PM PDT |
Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas Posted: 30 Apr 2013 05:40 AM PDT Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar. "Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa. "Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri," katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel. Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan. |
KANTOI GILER : PARTI MANA YANG SOKONG LGBT?? Posted: 30 Apr 2013 05:20 AM PDT Tak mau nak ulas panjang lebar tapi biar saja gambar berbicara. Hanya sekadar memperingatkan kembali betapa serangan fitnah dilemparkan oleh UMNO/BN kepada Pakatan rakyat kononnya jika PR memerintah budaya LGBT akan berleluasa dinegara kita.... Dengan rakaman gambar ini jelas....PARTI MANA YANG SOKONG LGBT? |
PRU13: MASYARAKAT TIONGHUA DI JOHOR SUDAH KEMBALI BERAMAI-RAMAI SOKONG MCA/BN??? Posted: 30 Apr 2013 05:19 AM PDT Realitinya...Akhbar arus perdana bahasa cina Chia Press telah menghebahkan kepada dunia betapa ceramah anjuran MCA di Johor langsung tidak mendapat sambutan. Penceramah hanya bercakap depan kerusi kosong...Amat memalukan sekali...Petanda tsunami kebangkitan rakyat sudah sampai kemuncaknya. PRU 13 adalah PRU melakukan perubahan...Rakyat akan bangkit beramai-ramai untuk melakukan perubahan secara total. |
Politik lucah: Gatera serah memo kepada Najib Posted: 30 Apr 2013 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera) diketuai oleh Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain hari ini menyerahkan satu memorandum membantah politik kotor, lucah dan samseng kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu di PWTC. Memorandum itu antara lain melahirkan kemimbangan rakyat terhadap iklim politik tanah air yang semakin sarat dengan kelucahan, fitnah, rasuah dan samseng sehingga melampaui batasan agama dan budi bahasa masyarakat Malaysia. "Demi kerakusan kuasa dan ingin mengekalkan kuasa, mereka menggunakan bahkan menyuburkan segala kekejian, keganasan, dan penyalahgunaan kuasa bagi menghalalkan rasuah, fitnah, kelucahan, keganasan, kesumbangan, kesamsengan. "Mereka tidak menghiraukan batasan agama dan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat bertamadun", katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil presiden Umno itu pagi ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar Posted: 30 Apr 2013 05:10 AM PDT (Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini) PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam. Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya. "Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya," ujar beliau. Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut. Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke empat itu. "Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN. |
PRU13: Pengundi diragui didedahkan RCI, layak mengundi - SPR Posted: 30 Apr 2013 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan 60,673 kad pengenalan (IC) meragukan seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan dengan "Projek IC" masih sah kerana tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pemantau pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) yang mengatakan senarai pengundi bermasalah tersebut masih berada dalam daftar pemilih. "Senarai daftar pemilih yang dibangkitkan dalam RCI itu masih sah, lagipun tiada sebarang keputusan muktamad yang dicapai. "RCI pun masih belum habis dan buat keputusan, macam mana kita nak buang daftar pemilih tersebut," kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider. Abdul Aziz juga berkata pengundi tersebut adalah warganegara Malaysia, malah daftar pemilih tersebut telah dipamerkan sejak dua minggu lalu bermula pada 17 Januari lalu dan selesai diwartakan sebagai pengundi untuk pilihan raya 5 Mei ini. "SPR telah pun pamerkan senarai daftar pemilih itu selama dua minggu, kalau mereka bantah sepatutnya ia buat dalam tempoh itu. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Punca manifesto PR dapat sambutan Posted: 30 Apr 2013 05:02 AM PDT Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka. "Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara. "Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara. "Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah. |
Dakwat tidak kekal: PAS minta penjelasan SPR Posted: 30 Apr 2013 04:30 AM PDT IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini. Read More / Baca Lagi >>Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh. Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini. "Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh. "Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari," katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini. |
Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4% Posted: 30 Apr 2013 04:29 AM PDT PETALING JAYA: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan. Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13. Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu. Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri. Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam Posted: 30 Apr 2013 04:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman. Read More / Baca Lagi >>Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera. "Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis," ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini. Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing. Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. |
PRU13: Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis Posted: 30 Apr 2013 04:22 AM PDT ( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya) KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini. Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang. (Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang) "Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini," katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi. |
PRU13: Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR.!!! Posted: 30 Apr 2013 04:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 April — Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan minyak enjin motor atau bahan-bahan lain boleh digunakan untuk menanggalkan dakwat kekal pada pengundi, pelbagai bantahan tercetus mengatakan ia tidak boleh kekal seperti dikatakan. Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya. "Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak. "Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit," kata Abdul Aziz. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Dakwat kekal... tidak kekal..!!! Pembohongan terbongkar..?? Posted: 30 Apr 2013 04:20 AM PDT Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus. Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya. "Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana. "Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS. Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat. "Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya. |
PRU13: Undi Pos Meragukan, Dakwat Kekal Tidak Kekal - BULETIN 13 Posted: 30 Apr 2013 04:16 AM PDT |
PRU13: Sidang Akbar Pemantau-Isu dakwat kekal Posted: 30 Apr 2013 03:56 AM PDT |
PRU13: Dalang sebenar Mei 13 dibongkar oleh Dato' Mohd Tamrin Ghafar Posted: 30 Apr 2013 01:25 AM PDT |
Posted: 30 Apr 2013 01:25 AM PDT |
Posted: 30 Apr 2013 01:21 AM PDT |
PRU13: ATM, PDRM kumpulan pertama guna dakwat kekal Posted: 30 Apr 2013 01:20 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan