Selasa, 30 April 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UNDI TENTERA AMAT MELEGAKAN

Posted: 30 Apr 2013 12:14 PM PDT

SEMALAM 30 April 2013, seluruh warga tentera telah menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi awal bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara ini selepas PRU 13 iaitu pada 05 Mei ini nanti.

Aku tak mahu ulas suasana di tempat lain melainkan apa yang telah berlaku di Kem Batu 10, Kuantan di mana di situ terdapatnya kem tentera darat dan TUDM.  Kem tersebut berada di bawah Parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi oleh Najib Razak pada PRU 12 yang lalu.

Pada hari mengundi semalam, aku sempat bertemu dengan beberapa orang warga tentera dan berbual panjang sebelum mereka masuk untuk mengundi.  Dari perbualan kami, amat jelas komitmen mereka untuk bersama rakyat kali ini untuk mengubah kerajaan dari Bn kepada kerajaan PR.  Terlalu bersemangatnya mereka bahkan merekalah yang paling banyak bercakap tentang isu-isu politik semasa berbanding aku.  Isu LTAT menarik perhatian kami di mana mereka teramat marah apabila wang LTAT kepunyaan mereka diserahkan kepada Ketua Wanita Umno.  

Apabila mereka memasuki Pusat Mengundi, aku berdoa agar Allah buka kan hati-hati mereka untuk bersama PR.  Alhamdulillah, keluar sahaja setiap dari mereka dari tempat membuang undi, mereka tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari.  Rupa-rupanya bukan sedikit yang bersemangat untuk menjatuhkan rejim tetapi mengikut kata rakan saya itu tidak kurang 70 % warga tentera condong kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat melegakan saya.

Tiada ulasan: