Sabtu, 13 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU 13 : Senarai calon PAS bagi Parlimen dan DUN Johor

Posted: 13 Apr 2013 01:04 AM PDT



JOHOR BAHRU - Berikut senarai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:
  
    Parlimen
  
    Pagoh           : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
    Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim
    Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw
    Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
    Mersing         : Roslan Nikmat
    Tenggara        : Muhamad Said Jonit
    Kota Tinggi     : Onn Jaafar
    Pulai           : Salahuddin Ayub
  
  
    Dewan Undangan Negeri
 

    Buloh Kasap    : Firdaus Masod
    Pemanis        : Normala Sudirman
    Tenang         : Mohd Zin Johar
    Jorak          : Norhayati Bachok
    Gambir         : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
    Serom          : Azmi Ahmad
    Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
    Maharani       : Dr Mohammad Taslim
    Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
    Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
    Semarang       : Ilyas Abu Bakar
    Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
    Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
    Senggarang     : Dr Mohd Ramli Md Kari
    Rengit         : Ahmad Kailani Kosnin
    Machap         : Mohd Khalid Salekan
    Mahkota        : Khairul Faizi Ahmad Kamil
    Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
    Pasir Raja     : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
    Johor Lama     : Kamaldin Tahir
    Penawar        : Anis Afida Mohd Azli
    Tiram          : Kumutha a/p Raman
    Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
    Permas         : Syed Othman Abdullah
    Kempas         : Suhaizan Kaiat
    Nusajaya       : Salahuddin Ayub
    Bukit Permai   : Mazlan Aliman
    Benut          : Raden Sorobo Ponoh
    Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
    Kukup          : Ghazaley Ayiub

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Kebangkit Kuala Pilah memberi isyarat kepada UMNO PRU13

Posted: 13 Apr 2013 10:12 PM PDT

 
From Penamaan Calon PR K Pilah
 
 
Jelajah Merdeka rakyat 13/4/13 di Pusat Komersil Melang bersama pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mantan YB Taufek, C Tong Chai dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyaksikan kebangkitan ribuan rakyat Kuala Pilah untuk mendengar mandat di samping cuba  meneliti, memahami dan melakukan gerak kerja parti menjelang PRU13 yg dijangka kan Pru yg terhebat & bersejarah.
Laungan Takbir, Reformasi, Ubah & ini Kali lah TUKAR ... bergema dan  memberi gegaran isyarat kepada angkuhan regim Umno selama ini.
Di penghujung ucapan Anwar sempat berpesan makna perubahan dan tujuan matlamat untuk bersama-sama memberi kefahaman kepada rakyat Kuala Pilah yang ketakutan di atas kejayaan  permainan media dan fitnah Umno selama ini.
Kepada pimpinan  dan ahli parti ... sewaktu membuat gerak kerja elakan niat yang kurang senang antara ahli. Masing-masing ada kelebihan anugerah tuhan. Masing-masing ada tugas yg perlu disempurna. Displin dalam jemaah & organisasi adalah tulang belakang keharmonian berpasukan.
Anwar sempat berpesan pada diri beliau " Dalam Ratusan pemimpin yang layak menjadi PM hanya satu yang terpilih
Beribu orang buat kerja,beratus layak jadi calon hanya satu yang terpilih.Jangan claim kita sahaja yang buat kerja.Jangan ugut parti. Faham adab dan disiplin jamaah " - Anwar ibrahim: Melang Kuala Pilah.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TANGISAN JEMAAH MASJID AL-FATAH KUANTAN

Posted: 13 Apr 2013 02:22 PM PDT


Sumber:  Tulisan ini asalnya adalah status di dalam FB rakan aku bernama Chegu Fakhrul Anwar.  Status beliau dipetik oleh Harakah Daily untuk kita kongsi bersama.....
 

 
 
Allahurabbi..rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah tadi menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.

4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..

Sekarang, kita di mana sebenarnya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Wanita Barisan Nasional vs Wanita Pakatan Rakyat

Posted: 13 Apr 2013 10:56 AM PDT

PRU13: Konvoi anak muda TOLAK Umno-BN

Posted: 13 Apr 2013 10:55 AM PDT

BUDAYA DAN MAZHAB UMNO@BN..DULU KINI DAN SELAMANYA...!!!

Posted: 13 Apr 2013 10:15 AM PDT




 

Nizar Seru Rakyat Tamatkan Politik Perkauman UMNO BN Pada PRU13 Ini

Posted: 13 Apr 2013 09:26 AM PDT

Rakyat perlu mengambil kesempatan di dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang ini untuk menamatkan politik perkauman UMNO BN selepas 55 tahun memerintah negara, demikian kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang juga AJK PAS Pusat di Merlimau petang tadi.

Menurutnya, Islam telah lama mengkuburkan politik perkauman dengan seruan Allah swt. di dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS Al-Maidah : 8)

Rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara Malaysia supaya segala kepincangan dan ketidak-adilan yang dilakukan oleh rejim UMNO BN dapat diperbetulkan. Semua kes-kes berprofil tinggi dapat buka semula supaya keadilan dapat ditegakkan seperti kes pembunhan Altantuya - siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau dibunuh, kes kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani, A.Kugan dan lain-lain kes yang menimbulkan banyak tandatanya dan misteri di kalangan rakyat negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul: Vote for much needed reforms

Posted: 13 Apr 2013 08:33 AM PDT

The PKR vice president says much needed political reforms in the country can only come if Pakatan is elected to form the new federal government
LEMBAH PANTAI: Malaysians have the best opportunity in the upcoming general election to vote in a new federal government and ensure the much needed political reforms are carried out in the country.
"If we (the opposition) fail to come to power, then Malaysians will lose the opportunity to initiate reforms.
"It will be a lost opportunity for the people. This will happen if Pakatan fails to take over the federal administration," PKR vice president Nurul Izzah Anwar told FMT in an interview.
She said Pakatan Rakyat, the opposition pact made up of PKR, DAP and PAS, was serious in tackling cronyism and nepotism currently prevalent under the BN rule.
She also condemned personalities like Perkasa chief Ibrahim Ali and former Prime Minister Mahathir Mohamad for fanning racial politics and escalating tensions in the country.
"The fabric of the nation will be torn apart day by day by their racist remarks. This will leave a mark on the society when one advocates or supports the racist group.
"The government of the day should not support any agenda. You are suppose to be the guardian of this nation," she added.
Putting the system in order
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pos Pilihanraya Dun Cempaka Dirosakkan Syaitan Dikenali

Posted: 13 Apr 2013 08:30 AM PDT

pos cempaka rosak 01
AMPANG, 13 APR: Satu pos jentera pilihan raya Pas Dun Cempaka berhampiran Pangsapuri 610 Pandan Indah di sini, dirosakkan dengan bendera dicuri dan kipas siling dibengkokkan selepas didirikan hampir 11 hari.
Kejadian itu disedari Ketua Unit Peti Undi 5, Nat Saad Nasir pada 11 April lalu selepas tiba di pos berkenaan sekitar jam 8 pagi.
Menurut Setiausaha Jentera Pilihan Raya Dun Cempaka, Hafiz Razak, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di kawasan Cempaka dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang.
"Ini merupakan satu pengkhianatan dan kerosakan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Secara keseluruhan, kita ada 11 pos sementara 17 bilik gerakan sudah mula beroperasi," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan PAS Pandan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Akibat Terdesak.. Samseng Umno Melaka Bakar Bendera PAS

Posted: 13 Apr 2013 08:28 AM PDT



12 April: Sejumlah bendera PAS telah dibakar oleh pihak tertentu di kampung Tun Razak, Bukit Katil pada malam tadi.Puak yang khianat dan tidak bertanggungjawab ini nampaknya tidak memahami erti demokrasi.
Nampaknya ada pihak yang gusar tentang kebangkitan rakyat di Melaka sejak kebelakangan ini.


PRU13: Khalid Ibrahim dijangka tanding kerusi Dun Pelabuhan Klang

Posted: 13 Apr 2013 08:18 AM PDT


Abdul Khalid Ibrahim BESTARI JAYA - Meskipun keputusan akhir penentuan calon PKR bagi kerusi Dun Ijok akan dimuktamadkan dalam mesyuarat PKR minggu depan, namun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan gambaran bahawa kerusi itu akan ditandingi oleh Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.

Menteri Besar itu turut menjelaskan, kemungkinan beliau  akan bertanding di Dun Pelabuhan Klang dalam Pilihan Raya Umum-Ke-13 ini lebih besar berbanding di kerusi yang dimenangi dalam tempoh sepenggal itu.

Namun menurutnya, keputusan akhir akan dimuktamadkan dalam mesyuarat PKR minggu depan dan  keputusan mesyuarat itu nanti akan dimaklumkan kepada pengundi Ijok sebelum penamaan calon yang akan berlangsung pada 20 April ini.

"Kita kena sokong mana-mana calon yang dibawa kerana Dr Idris Ahmad ini adalah orang Ijok, emak dan ayahnya juga berasal dari orang Ijok dan ramai saudara maranya berada di Ijok.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Kerja "Haprak" KDN Rampas Manifesto PR Di Kedah... !!!

Posted: 13 Apr 2013 08:15 AM PDT

Kerajaan BN telah bertindak memberi tekanan dan halangan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menyampaikan mesej dan tawaran kepada rakyat sebelum hari pengundian 5 Mei depan.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa telah merampas sejumlah ribuan kad rayuan undi dan manifesto Pakatan Rakyat kepada penduduk negeri ini.

Menurut sumber, kad dan manifesto tersebut telah dihantar ke pejabat pos di seluruh negeri bagi tujuan edaran dan bayaran pos juga telah dibayar secara tunai.

Insiden ini, berlaku ketika BN belum lagi mengumumkan calon-calon bertanding bagi pilihan raya umum ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.

"Malangnya, KDN telah merampas di beberapa pejabat pos di sekitar Kedah dan tidak sempat untuk diedarkan kepada para penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: PAS tawar selesai masalah perumahan di Putrajaya

Posted: 13 Apr 2013 08:06 AM PDT

PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga calon PAS bagi Parlimen Putrajaya hari ini, mencadangkan beberapa tawaran kepada kakitangan awam, bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan yang berlarutan sekian lama di kawasan pusat pusat pentadbiran kerajaan itu.

Antara tawaran yang dicadangkan ialah, untuk menukar status sewa bulanan mereka kepada sewa beli.

"Sewa beli ini dikira dari mula mereka bayar sewa rumah tersebut dan akhirnya mereka akan dapat memiliki rumah yang mereka diami untuk sekian lama itu. Ini adalah salah satu langkah yang saya akan tangani segera," ujar beliau dalam sidang akhbarnya di Kelab Tasik Precint 8, di sini.

Tegas Husam, untuk tujuan itu beliau akan menulis surat, untuk mendapatkan temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Mohd Ali Hamsa bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah perumahan yang semakin menekan kakitangan awam.

Beliau membuat cadangan itu selepas menjelajah beberapa kawasan perumahan di Putrajaya dan bersuai kenal serta berdialog dengan penduduk setempat.

Read More / Baca Lagi >>

LENSA : KUALA PILAH BANGUN BERSAMA PAKATAN RAKYAT..INI KALILAH UBAH...!!!

Posted: 13 Apr 2013 08:00 AM PDT

PRU13: Malaysia boleh ‘lingkup’ ikut manifesto BN

Posted: 13 Apr 2013 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 APR:  DAP mahu BN menjawab dakwaan penyandang Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menuduh Pakatan Rakyat akan membebankan lagi defisit fiskal negara.
Ini adalah kerana BN yang meniru hampir keseluruhan Manifesto Pakatan Rakyat. Justeru, jika manifesto BN tidak bebankan kewangan negara, bagaimana pula Pakatan Rakyat melalui manifesto boleh membebankan rakyat?
"Bagaimana pula dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang terang-terangan mencedok idea Pakatan Rakyat (PR)?"
Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San apabila Ahmad Husni dilaporkan berkata Manifesto Rakyat akan meningkatkan defisit fiskal negara dari 4 peratus kepada 11.5 peratus.
"Kenyataan beliau ini dikeluarkan pada 29 Mac 2013 sebelum manifesto BN dilancarkan. Menyedihkan apabila dakwaan beliau tidak bersandarkan kepada fakta menyeluruh," ujar beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jangan tertipu permainan politik kotor dan lucah Umno BN

Posted: 13 Apr 2013 07:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli dan penyokong parti itu agar tidak lagi tertipu dengan permainan Umno BN.

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) ini, semakin banyak blog pro Umno yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin PAS.

Beliau berkata demikian sebagai megulas tindakan blogger Umno yang menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan.

"Semalam blog-blog Umno menyebarkan Cikgu Pa (Datuk Mustafa) dah meletak jawatan. Berapa kali kita nak kena tipu dengan permainan Umno.Dah berapa kali Umno ditangkap menipu?

"Ingatkah kita bagaimana anak Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) difitnah mencabul kehormatan seorang gadis? Akhirnya terbongkar gadis aadalah seorang pemain catur terkenal antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Edmond Bon: Uphold Democracy!

Posted: 13 Apr 2013 07:11 AM PDT

KANTOI! Tok Guru Umno Sendiri Sebar Video Lucah Palsu Pemimpin PAS!

Posted: 13 Apr 2013 07:07 AM PDT


Feewiit!

Nampaknya bukan setakat macai murahan Umno ditugaskan menyebar rakaman video lucah palsu membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, rupaya tok guru pondok pun sudah gilakan benda porno!

Begitulah watak dan perangai hodoh sebenar yang ditunjukkan pengasas pondok Madrasah Annajmiyah di Tumpat, Kelantan, Abdullah Saamah!

Walaupun setelah disiasat di laman page Facebooknya mendapati ia diuruskan oleh pentadbir laman dan bukannya Abdullah sendiri, namun ia jelas satu perbuatan jijik dan terdesak dilakukan semata-mata mahu memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti.

Sudahlah mengeluarkan 'fatwa' sendiri haram hukumnya mengundi PAS kerana bekerjasama dengan DAP menolak hudud, Abdullah kini mencemar reputasinya sendiri sebagai tok guru pondok tersohor di mata Umno apabila tergamak berkongsi video palsu kononnya dilakukan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Abdullah yang pernah mengaku menerima imbuhan RM2 juta kononnya inilah nilai ilmunya, kini tidak lagi dipandang sebagai seorang ulama malah lebih dikenali dengan panggilan tok guru lucah!

Bukti yang jelas terpapar dari salinan terus dari skrin komputer menunjukkan Abdullah seolah-olah menyindir video yang tersebar di laman sosial dan blog pro Umno malam tadi.

Komennya mengenai video tersebut berbunyi:

Ini bukan setopa ali SU pas pusat... kah kah kah Pkr yg mula-mula edar , UMNO yg di tuduh penfitnah...bangang sungguh org pas Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Calon KEADILAN Johor diumum 16 April (Selasa)

Posted: 13 Apr 2013 07:05 AM PDT

johorKUALA LUMPUR 13 APRIL: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ke Johor pada Selasa, 16 April 2013 bagi mengisytiharkan calon KEADILAN bagi negeri itu.
Beliau akan menghadiri program pertama iaitu Ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Jalan Tahang Rimau, Segamat yang bermula jam 8.30 sehingga 12.00 malam.
Kemudian, Anwar akan ke Taman Yayasan, Buloh Kasap juga di Segamat bagi menyampaikan ceramah dan seterusnya mengumumkan calon bagi pilihan raya pada 5 Mei nanti.
Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng; Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammed;  calon KEADILAN Johor Bahru, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein; calon Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi;  Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Normala Sudirmanl, seterusnya Pang Hock Leong serta Ustaz Badrulamin Bahrom.

PRU13: Lajim pertahan Beaufort, mungkin turut tanding DUN Klias

Posted: 13 Apr 2013 07:03 AM PDT

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Beaufort yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Selain itu, beliau turut memikirkan secara serius untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

NONE"Keputusan awal begitulah, saya akan bertanding di Parlimen sepertimana yang telah diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui, sambil menambah beliau akan menentukan sama ada akan turut bertanding di Klias.
Dalam PRU lalu, Lajim menewaskan calon PKR, Lajim Md. Yusof dengan majoriti 10,914 undi bagi kerusi parlimen Beaufort.

DUN Klias kini disandang oleh Datuk Azizah Mohd Dun daripada Umno yang menang dengan majoriti 2,413 undi.

Menurut Lajim, dalam PRU kali ini, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)  yang diketuainya, akan meletakkan calon di 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen serta menggunakan lambang PKR

"Kita sudah bersetuju untuk menggunakan lambang PKR. Cuma ada satu, dua calon daripada Majlis Tertinggi PPPS yang akan menggunakan lambang PAS seperti di Bugaya dan Sukau," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, senarai nama calon pembangkang di negeri itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet bawa masuk pekerja rumah urut?

Posted: 13 Apr 2013 07:02 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kebanjiran pelacur asing ke Malaysia yang berselindung di sebalik pekerja hotel, spa dan rumah urut refleksologi adalah atas keizinan kerajaan BN.

(Mereka berselindung di sebalik pusat urut refleksologi tetapi banyak melakukan kegiatan tidak bermoral)


Menurut minit mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang diketuai Ng Yen Yen sebagaimana didedahkan oleh blogger King of Goblok, kabinet memang bersetuju dengan kemasukan mereka.

Melalui mesyuarat itu, pekerja asing yang diperlukan oleh industri pelancungan negara bagi sektor Perkhidmatan Pelancongan (Spa, Hotel, Refleksologi dan Kedi) sehingga 2016 adalah dianggarkan seramai 20,000 orang mengikut pecahan berikut:


i) Hotel: 10,000 orang
ii) Spa Refleksologi: 7,500 orang
iii) Golf (Kedi): 2,500 orang

Kementerian Pelancungan Malaysia pula menjadi agensi kawal selia bagi subsektor berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Perangi politik fitnah habis-habisan

Posted: 13 Apr 2013 07:01 AM PDT

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS)  menuntut semua rakyat tidak kira penyokong mana-mana ideologi politik supaya tidak bertolak ansur dan melancarkan perang habis-habisan terhadap politik fitnah dan politik lucah .
Seperti yang telah diungkapkan bahawa PRU  ke 13 ini adalah "ibu segala pilihanraya" tanda politik kotor untuk melancarkan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan sesebuah parti nampaknya menjadi realiti.
Serangan terbaru dengan menghasilkan dan mengedar video lucah kini adalah serangkai lagi strategi politik kotor yang berada dalam simpanan mereka yang menjadi  tentera upahan untuk mencelar peribadi seorang pemimpin parti lawan.
Untuk kali ini strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan untuk menanam kesangsian dikalangan rakyat kepada seseorang pemimpin. Kami percaya dalang yang sama juga telah melakukan asasinasi peribadi yang telah dilancar sebelum inj.
Yang pasti semada masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif untuk menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Najib belanja RM609,000 sehari di Twitter

Posted: 13 Apr 2013 06:54 AM PDT



Najib Razak belanja RM609 ribu sehari promosi #ManifestoBN di twitter.

PRU13: Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor Disambut Tepukan Gemuruh Rakyat

Posted: 13 Apr 2013 06:50 AM PDT


JOHOR BAHRU - Majlis Pelancaran Menifesto Pakatan Rakyat Johor berlangsung dengan kehadiran luar jangka apabila ratusan rakyat Johor membanjiri Dewan Ballroom Hotel New York, Johor Bahru hari ini.
Majlis dihadiri oleh beberapa personaliti penting Pakatan Rakyat ini yang antaranya ialah Mursyidul Am, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Dato' Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Dato' Saifudin Nasution dan mantan ahli parlimen Ipoh Timur.
Beberapa janji yang mengutamakan kebajikan dan keutamaan rakyat dibentangkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut mantan ahli parlimen Kubang Kerian, Saudara Salahuddin Ayub, Menifesto Rakyat Johor yang dibentangkan hari ini jelas membuktikan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat Johor benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat Johor.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Masa depan rakyat Johor gelap di bawah Umno BN- Jui Meng

Posted: 13 Apr 2013 06:49 AM PDT

JOHOR BAHRU 13 APRIL: Rakyat Johor akan terus melarat jika negeri itu  ditadbir Umno BN selepas pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.
"Di bawah Umno BN, masa depan rakyat bertambah gelap terutama golongan berpendapatan rendah. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam.
"Orang Melayu pula berterusan diketepikan, lihat apa jadi di Pengerang, Nusajaya dan Pelepas?"
"Tanah mereka di sana dengan sesuka hati dirampas, jadi apa yang rakyat dapat?," katanya ketika  berucap depan hampir 2,000 hadirin di New York Hotel sempena pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor, petang tadi.
Katanya, masalah ekonomi negara juga di tahap amat membimbangkan dan ia terbukti dengan aliran wang haram yang begitu tinggi.
"Negara kita di bawah pimpinan Umno BN  mendapat pengiktirafan yang amat memalukan apabila dilabel antara negara paling korup di dunia," sinisnya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Menteri Besar Johor PR hanya akan berkhidmat selama dua penggal

Posted: 13 Apr 2013 06:46 AM PDT

PR melancarkan 'Manifesto Rakyat Johor' hari ini. - Gambar oleh Saw Siow FengJOHOR BARU, 13 April — Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto khusus mereka untuk Johor hari ini berikrar untuk menghadkan perkhidmatan jawatan Menteri Besar maksimum hanya untuk tempoh dua penggal bagi mengekang gejala korupsi dan rasuah.
Ikrar yang dimasukkan ke dalam "Manifesto Rakyat Johor" dengan tema "Johor Maju dan Berkebajikan" itu, PR turut menegaskan atas prinsip akauntabilti, integriti, dan keadilan perkara itu perlu bagi mencapai matlamat rasuah sifar yang dilaungkan pembangkang tersebut.
"Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja ... macam presiden Amerika.
Lim Kit Siang dan Nik Aziz melancarkan 'Manifesto Rakyat Johor' di New York Hotel, Johor Baru."Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis pelancaran manifesto berkenaan di Hotel New York di bandaraya ini.
Datuk Abdul Ghani Othman, yang merupakan menteri besar sebelum ini telah menerajui Johor selama empat penggal bermula Mei 1995.
Bagaimanapun, desas-desus untuk menggantikan menteri besar di negeri deposit tetap Umno dan Barisan Nasional (BN) itu telah kedengaran apabila terdapat beberapa calon yang dikatakan sedang dipertimbangkan kepimpinan Pusat BN.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Montaj Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Johor

Posted: 13 Apr 2013 06:23 AM PDT

Anwar Ibrahim: Saudara, Sayangkan Isteri, Di Hati!

Posted: 13 Apr 2013 04:35 AM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Putrajaya nak cuba Husam Musa

Posted: 13 Apr 2013 09:25 PM PDT


Sudah terang yang Husam Musa akan diletakan sebagai calon PAS di parlimen Putrajaya.  Kalau Putrajaya... tentulah Husam akan mencabar SU Agung umno,Tengku Adnan Mansor yang dah 'kondoi' tempat tu sejak 90an. Tidak dinafikan yang Husam adalah seorang ahli politik yang cukup hebat, jika tidak tak kanlah dia telah dipilih diletakan untuk menentang seorang SU Agung umno, disamping itu juga menunjukan yang perjuangan PAS selama lebih 60 tahun itu sedang berada dikemuncak.

Putrajaya adalah sebuah pusat kuasa. Jadi PAS bukan lah meletakan calon yang 'selekeh' atau 'haprak' atau seorang ahli biasa PAS tetapi seorang aprentis dan juga orang yang di 'groom' untuk menggantikan TG Nik Aziz. PAS tidak akan meletakan seorang calon yang begitu penting dalam parti kalau mereka tiada berkeyakinan untuk merampas kerusi itu.

Majoriti pengundi-pengundi Putrajaya adalah anggota-anggota dan kaki-tangan kerajaan. Jadi sudah tentulah ia merupakan kubu kuat umno. Menurut laporan dari gurkah-gurkah politik di'port', sehingga semalam sudah ada 45% sokongan dari pengundi-pengundi disana yang memihak kepada Husam dan sokongan itu pasti akan meningkat sebelum pengundian pada 5 haribulan.

Kelantan akan tetap kekal ditangan PAS selepas 5 haribulan, jadi Husam telah membuat satu pengorbanan besar dalam karier politik beliau bila dia sanggup tinggalkan kerusi DUN yang sudah dalam tangan. Jika sekarang ini PAS sudah pun berjaya memenangi jutaan hati anggota-anggota dan kaki-tangan kerajaan lain, dan dengan jatuhnya Tengku Adnan ditangan Husam nanti, perjalanan PAS ke Putrajaya di belakang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sudah jadi kenyataan, dan itu juga lah yang menjadi impian jutaan pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia yang lain.

dollah yankee -
Dikhabarkan yang ustaz Nasha sedang gigit jari sekarang dan menyesal ...



Sebelum orang kampong hambat,baik cabut!

Posted: 13 Apr 2013 05:13 PM PDT






dollah yankee -
Sebelum orang kampong hambat, baik cabut !

Tukar Tiub

Tukar Tiub


GEROMBOLAN TAK MAHU ADA YANG KACAU

Posted: 13 Apr 2013 07:00 PM PDT



 KOMENTAR TUKAR TIUB
kita tunggu dan lihat
sama ada polis akan siasat 
sama ada polis akan cari malaon malaon ini
untuk ditangkap dan didakwa

KAKI DI TETAK
BERLAKU DI KAWASAN PAHANG

Lelaki parah ditetak 
ketika pasang bendera parti
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.
  
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
  
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.
  
"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
  
Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.
  
Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya memb...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit....INI SUDAH MAIN KASAR... kah kah kah...

kah kah kah...GEROMBOLAN SUDAH MULA BUAT LAKNAT... kah kah kah..

kah kah kah... RAKYAT SEMUA BANGSA BERSEDIA!.... kah akh akhj


---------

PERTAMA KALINYA MUHYIDDIN BAKAL PM BERCAKAP BENAR

Posted: 13 Apr 2013 06:30 AM PDT




INI TEMPATNYA
 Pertelagahan Pembangkang Manifestasi Tiada Muafakat - Muhyiddin
SAMARAHAN: Pertelagahan pakatan pembangkang dalam pembahagian kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)adalah manifestasi tiadanya muafakat antara mereka, kata Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ketidaksepakatan itu sepatutnya menjadi tanda-tanda awal kepada pengundi bahawa mereka ini tidak berkeupayaan untuk membentuk kerajaan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...YANG INI MUHYIDDIN CAKAP BETUL... kah kah kah..
kah kah kah..INI SAHEH... TUKAR TIUB NAIK PENING... kah kah kah..
kah kah kah..ANWAR KATA LAIN... HADI KATA LAIN... GUANG ENG KATA LAIN...kah kah kah..
kah kah kah...MEMANG TAK SEPAKAT... kah kah kah..
kah jah jkah... BERTELAGAH TAK HABIS HABIS.... kah kah kah..
jah kah kah... ANWAR NAK TERAJANG   MUHYDDIN DAN NAJIB...kah kah kah..
kah kah kah...HADI HANYA NAK DUKU KEPALA NAJIB.... kah kah kah..
kah kah akh..GUAN ENG NAK BAGI  PELEMPANG ROSMAH MANSOR... kah kah kah..
kah kah kah... RAKYAT NAK TENGGELAMKAN NAJIB DAN ROSMAH DALAM AIR LUDAH... kah ah kah....
------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 12 Apr 2013 07:00 PM PDT



DARI FACE BOOK


Follow · 9 hours ago 

Ngammmm....Barulah dikatakan anak muda pewaris bangsa....bukan tahu tengok video seks fitnah atau baling telor atau buang bendera orang je.....Jika setiap negeri ada anak2 muda cam ni...dah lama parti keris telanjang tanpa sarung tu berkubur tanpa nisan dahhh.....




---------