Sabtu, 13 April 2013

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Kebangkit Kuala Pilah memberi isyarat kepada UMNO PRU13

Posted: 13 Apr 2013 10:12 PM PDT

 
From Penamaan Calon PR K Pilah
 
 
Jelajah Merdeka rakyat 13/4/13 di Pusat Komersil Melang bersama pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mantan YB Taufek, C Tong Chai dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyaksikan kebangkitan ribuan rakyat Kuala Pilah untuk mendengar mandat di samping cuba  meneliti, memahami dan melakukan gerak kerja parti menjelang PRU13 yg dijangka kan Pru yg terhebat & bersejarah.
Laungan Takbir, Reformasi, Ubah & ini Kali lah TUKAR ... bergema dan  memberi gegaran isyarat kepada angkuhan regim Umno selama ini.
Di penghujung ucapan Anwar sempat berpesan makna perubahan dan tujuan matlamat untuk bersama-sama memberi kefahaman kepada rakyat Kuala Pilah yang ketakutan di atas kejayaan  permainan media dan fitnah Umno selama ini.
Kepada pimpinan  dan ahli parti ... sewaktu membuat gerak kerja elakan niat yang kurang senang antara ahli. Masing-masing ada kelebihan anugerah tuhan. Masing-masing ada tugas yg perlu disempurna. Displin dalam jemaah & organisasi adalah tulang belakang keharmonian berpasukan.
Anwar sempat berpesan pada diri beliau " Dalam Ratusan pemimpin yang layak menjadi PM hanya satu yang terpilih
Beribu orang buat kerja,beratus layak jadi calon hanya satu yang terpilih.Jangan claim kita sahaja yang buat kerja.Jangan ugut parti. Faham adab dan disiplin jamaah " - Anwar ibrahim: Melang Kuala Pilah.

Tiada ulasan: