Sabtu, 13 April 2013

dollah yankee

dollah yankee


Putrajaya nak cuba Husam Musa

Posted: 13 Apr 2013 09:25 PM PDT


Sudah terang yang Husam Musa akan diletakan sebagai calon PAS di parlimen Putrajaya.  Kalau Putrajaya... tentulah Husam akan mencabar SU Agung umno,Tengku Adnan Mansor yang dah 'kondoi' tempat tu sejak 90an. Tidak dinafikan yang Husam adalah seorang ahli politik yang cukup hebat, jika tidak tak kanlah dia telah dipilih diletakan untuk menentang seorang SU Agung umno, disamping itu juga menunjukan yang perjuangan PAS selama lebih 60 tahun itu sedang berada dikemuncak.

Putrajaya adalah sebuah pusat kuasa. Jadi PAS bukan lah meletakan calon yang 'selekeh' atau 'haprak' atau seorang ahli biasa PAS tetapi seorang aprentis dan juga orang yang di 'groom' untuk menggantikan TG Nik Aziz. PAS tidak akan meletakan seorang calon yang begitu penting dalam parti kalau mereka tiada berkeyakinan untuk merampas kerusi itu.

Majoriti pengundi-pengundi Putrajaya adalah anggota-anggota dan kaki-tangan kerajaan. Jadi sudah tentulah ia merupakan kubu kuat umno. Menurut laporan dari gurkah-gurkah politik di'port', sehingga semalam sudah ada 45% sokongan dari pengundi-pengundi disana yang memihak kepada Husam dan sokongan itu pasti akan meningkat sebelum pengundian pada 5 haribulan.

Kelantan akan tetap kekal ditangan PAS selepas 5 haribulan, jadi Husam telah membuat satu pengorbanan besar dalam karier politik beliau bila dia sanggup tinggalkan kerusi DUN yang sudah dalam tangan. Jika sekarang ini PAS sudah pun berjaya memenangi jutaan hati anggota-anggota dan kaki-tangan kerajaan lain, dan dengan jatuhnya Tengku Adnan ditangan Husam nanti, perjalanan PAS ke Putrajaya di belakang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sudah jadi kenyataan, dan itu juga lah yang menjadi impian jutaan pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia yang lain.

dollah yankee -
Dikhabarkan yang ustaz Nasha sedang gigit jari sekarang dan menyesal ...



Sebelum orang kampong hambat,baik cabut!

Posted: 13 Apr 2013 05:13 PM PDT






dollah yankee -
Sebelum orang kampong hambat, baik cabut !

Tiada ulasan: