Jumaat, 12 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Haron Din nafi tinggalkan PAS .... macai umno kantoi lagi

Posted: 12 Apr 2013 08:59 PM PDT

Haron Din

KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din malam tadi menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.
  
Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.
  
Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.
  
Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini. - Bernama

Edisi kantoi : VIDEO MUSTAFA ALI DIEDIT..!!! -SAKSIKAN

Posted: 12 Apr 2013 06:55 AM PDT


TERHOT ! KERJA JAHAT UMNO TERKANTOI VIDEO MUSTAFA ALI DIEDIT..!!! -SAKSIKAN






Mustafa Ali enggan ulas isu video lucahSetiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video di blog-blog pro-Umno.


"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PASHarakahdaily sebentar tadi.

Lapan hari sebelum penamaan calon, beberapa blog pro-Umno memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa, wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

Naib Presiden PKR N Surendran bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas. Laman perkongsian Youtube sudah membuang video itu.

Harakahdaily: Mustafa mangsa politik Umno

Sementara itu, Harakahdaily juga melaporkan Mustafa sebagai mangsa "politik buruk Umno" dalam membunuh musuh politik selepas kelihatan tersepit.
Antara keadaan itu, menurut organ PAS itu lagi, apabila menifesto BN hanya disokong 19 peratus rakyat Malaysia, menurut undian dalam talian sebuah harian berbahasa Melayu.

Selain itu, menurut Harakahdaily lagi, BN tersepit apabila Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya - langkah yang disifatkan sejarah baru politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN enggan bertanding.

"Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik.

Malah, tindakan menuding jari kepada PKR juga bertujuan melaga-lagakan kedua-dua rakan dalam Pakatan itu. - sumber

Berita Mahasiswa cabar Najib dlm PRU13 dapat liputan Wall Street Journal

Posted: 12 Apr 2013 05:13 AM PDT


By Chuin-Wei Yap
A 22-year-old university student is challenging Malaysia's Prime Minister Najib Razak for the premier's hometown parliamentary seat of Pekan in the country's May 5 general elections. But analysts say  Mohamed Bukhairy Bin Mohamed Sofian's campaign may be quixotic.
AP
Malaysian Prime Minister and president of ruling party National Front Najib Razak, pictured on a screen at an event on April 6 when he unveiled his party's platform, is getting an unexpected student challenger.
Running on an independent ticket, Mr. Bukhairy, a political science major at the University of Malaya who is also chairman of the federal student legislative body called the National Students Representative Council, is setting up a three-corner fight with Mr. Najib's ruling National Front and the opposition coalition.
He faces a steeply uphill slog. Historically, independent candidates have gained no more than about 1.5% of votes in three-corner fights with the two dominant opposing coalitions, said Ibrahim Suffian, a political analyst with the Merdeka Center for Opinion Research.
"It's also hard to campaign in rural areas, because the logistics are more expensive and it's tough to establish patronage networks," Mr. Suffian said.
Pekan, a royal seat in Malaysia's eastern Pahang state is a typical Malay hinterland that is dotted with palm plantations and has a population dominated by ethnic Malay Muslims, the traditional voting bloc of the United Malays National Organization, the centerpiece of the 13-part ruling coalition.  A strong military presence that traditionally backs Mr. Najib also bolsters his chances of retaining the seat he has held since 1976, Mr.Suffian said.
Mr. Bukhairy is keeping his message simple: Both the government and the opposition have to guarantee academic freedom.
"We want universities to be free from political interference," he told The Wall Street Journal.
Malaysia has a history of quashing dissent even from those with a claim to independent opinion. State-backed Bank Islam Malaysia in January suspended its chief economist, who later resigned, after he suggested Mr. Najib's coalition would lose power in this year's elections.
In taking the fight to Malaysia's leading politician, Mr. Bukhairy is carrying on a rich Malaysian tradition of student protest movements. Students from the Sultan Idris Training College, a training ground for Malay teachers, were a key force in the independence movement against British colonialism in the 1930s. Anwar Ibrahim, the leader of the Malaysia's opposition coalition, cut his political teeth as an Islamist student leader and was arrested in 1974 while leading student protests against rural poverty.
But Mr. Bukhairy's bid now risks splintering the cause with Mr. Anwar's opposition coalition. The opposition is fielding People's Justice Party councilor Fariz Musa in Pekan. Mr. Bukhairy said he's running as an independent because neither the ruling National Front nor the opposition responded to a call by his student organization to debate its manifesto. Mr. Bukhairy is aware that his bid is causing some consternation in opposition circles, where it is feared he could siphon off some of the anti-establishment vote.
"We hope (the opposition) can give way for students to participate in the election," he said.
Officials from the two main coalitions weren't immediately available for comment.
Despite the difficulties, social media will help, Mr. Suffian said. Student voters account for about 15% of the 13.3 million national electorate this time, though they would not be a significant force in Pekan, he said.
But the campaign has symbolic value for Mr. Bukhairy.
"Maybe (Mr. Najib) thinks running against a student is a simple thing, that maybe he can win easily," he said. "All I can do is try." - Wall Street Journal 

Senarai calon KEADILAN disahkan bertanding PRU 13 (kemas kini)

Posted: 12 Apr 2013 01:58 AM PDT



KUALA LUMPUR 12 APRIL: Berikut adalah calon-calon KEADILAN yang setakat ini disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.
keadilanPengisytiharan dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menampilkan campuran muka lama dan baru.
Senarai ini akan dikemaskini setiap kali pengumuman dibuat dari semasa ke semasa.
Senarai penuh calon dijangka selesai menjelang hari penamaan pada 20 April.
KLIK SINI untuk mengenali calon-calon terlibat.

Mustafa Ali enggan ulas isu video lucah

Posted: 12 Apr 2013 01:19 AM PDT





 
Setiausaha Agun PAS Datuk Mustafa Ali hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video di blog-blog pro-Umno.

"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan. 

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily sebentar tadi.

(NST) - KUALA TERENGGANU: Police confirmed the report and seizure of several video compact discs containing the footages of an alleged Pas leader engaging in a lewd act with a woman at a hotel room.
State Criminal Investigation Department chief Assistant Commissioner K. Manoharan said a report was lodged at the  Kampung Raja police station in Besut yesterday morning after policemen patrolling Kampung Alor Lintang area received information from the public.
 
"Checks led to the finding of 16 envelopes, each containing one VCD. Other case items, including some pictures had been taken to the Besut district police headquarters for investigation," he said.
 
Manoharan added that investigations under Section 292 (a) of the Penal Code for distributing pornographic material were underway.
 
An 11-minute sex video depicting a couple engaging in sexual intercourse in which a man resembled a Pas leader was widely spread in the cyberspace and online blogs yesterday.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO SEKS - PEMIMPIN DAP KENA BERSEDIA DARI SEKARANG.....

Posted: 12 Apr 2013 01:58 PM PDT

SEWAKTU aku mengarang artikel ini, aku harap pemimpin DAP sudah bersedia untuk menerima video lucah pemimpin mereka pula.  Ikut giliran ok.  PKR sudah, PAS pula sedang ditayangkan dan 'coming soon' mestilah DAP.  

Kita sudah bersedia memerhatikan 'mainan bodoh' mereka bahkan sedikit pun kita tidak terperanjat apabila satu demi satu benda-benda lucah yang mereka bawa kerana kita faham "Umporno dan lucah" memang tidak boleh dipisahkan.  Jika dahulu mereka jaja dubur Azizan, tetapi tidak berjaya kerana mereka fikir Azizan sudah tua maka rakyat tolak dubur Azizan.  Mereka cari yang muda maka mereka 'beli' dubur Sepol untuk dijadikan modal atau untuk dilacurkan bagi memanjang usia Umporno, mereka harap dubur Sepol boleh memperdayakan rakyat, malang sekali hanya di kalangan Umporno sahaja yang percaya itu pun semakin susut apabila bapa Sepol sendiri sebut anaknya telah dikhianati oleh orang atasan Umporno.  Gagal lagi.

Sebelum dari itu, mereka cuba gunakan Kumpulan "Three Strooges" Mr T atau Eskay.  Video hitam putih dibawa untuk memperbodohkan rakyat.  Malang juga kerana yang terpedaya di kalangan mereka juga yang sememangnya bengap-bengap belaka.  Bukan aku yang kata, Mamak Kutty pun ada kata, "Yang cerdik tiada di dalam Umporno".  Marahlah kat Mamak Kutty, kalau berani.

Cuba perhatikan pada peha pelakon yang mereka dakwa Mustafa Ali itu.  Terdapat kesan meja dibahagian peha, adakah peha beliau lut sinar sehingga nampak meja di belakang?  Edit cara bodoh yang kantoi.....

Apabila semua cara yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah itu gagal dilaksanakan terhadap pemimpin utama PKR, maka diubah taktik iaitu mencuba pula kepada pemimpin PAS.  Hah, wujud pula video 'lakonan Mustafa Ali' kononnya.  Mahu dicipta untuk Tok Guru Nik Aziz atau Hj Hadi, siapa mahu percaya?  Iblis kawan mereka pun tidak akan percaya.  Maka dicari tokoh yang nampak 'moderate' sikit iaitu Mustafa Ali.  Lucunya, diedarkan video itu dan pengedarnya dikatakan orang-orang PKR.  Kahkahkahkah.....

Dua dalam satu tujuan mereka.  Pertama, biar rakyat melihat pemimpin PAS ini rendah moral.  Keduanya mereka mahu agar ahli-ahli PAS marah kepada ahli-ahli PKR kerana edar video tersebut.  Bila PAS sudah marah kepada PKR, mudahlah Umporno untuk menghadapi PRU tidak lama lagi.  Mudah kan teorinya?  Memanglah mudah sebab yang menciptanya adalah di kalangan orang-orang bodoh dan bengap.  Alang-alang mahu cipta fitnah, buatlah betul-betul dan nampak cerdik sikit sebab dah alang-alang nak dapat api neraka biarlah berbaloi....

Aku tidak kesihan kepada pemimpin Umporno yang sememangnya rendah moral dan perasuah itu.  Aku cuma simpati kepada orang-orang kampong dan tok-tok lebai kampong yang tidak tahu apa-apa.  Tidak pasal-pasal saja mereka dapat saham dosa fitnah. 

Aku seru kepada orang-orang kampong dan saudara mara aku terutamanya cukuplah bergelumang dengan parti lucah ini.  Tidak guna berada di bawah pemimpin yang bacul dan dayus untuk berdebat secara akademik tetapi amat kreatif untuk cipta bahan lucah.  Tiada gunanya bersama mereka kecuali jika ingin menemani mereka di Neraka Jahannam nanti.  "Na'uzubillah".


dollah yankee

dollah yankee


Lagi BN/umno hilang undi

Posted: 12 Apr 2013 06:30 AM PDT

Innalillah - Lelaki Maut Tertusuk Buluh Bendera Parti | ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik BN sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.
 
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.
 
dollah yankee -
Alamak..siapa bawa bendera dacing pasti maut !

'Cool'

Posted: 12 Apr 2013 05:00 AM PDT


dollah yankee -
Memang 'coooool'!

Awal2 lagi BN/umno sudah hilang 1 undi

Posted: 12 Apr 2013 03:50 AM PDT



Apa-apa hal pun gurkah-gurkah politik di'port' nak bagi tahu yang kerja-kerja yang macam ni .. hanya orang-orang dalam PAS dalam Pakatan Rakyat saja yang tau dan pandai buat kerja dengan begitu sempurna sekali.

Arwah ini seorang penyokong 'karat' dan tegar dalam umno. Kalau belah dada dia semasa pihak hospital buat post-mortem, dijamin para doktor akan nampak gambar dacing. Dia begitu aktif dalam umno sejak lama dulu dan selalu mengambil bahagian dalam apa juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan olih pihak umno cawangan. Dia juga ada lah orang yang paling gembira dalam kampong itu bila Najib umum bubar parlimen dan dia ada memberitahu isterinya yang dia tidak sabar menunggu 5 haribulan untuk membuang undi.

Tetapi ajal maut ditangan Allah SWT, dia mati 'on the spot' bila jatuh dari pokok yang dipanjatnya kerana mahu memasang bendera BN pada awal-awal subuh, dan mayatnya hanya dijumpai olih budak-budak yang sedang berjalan kaki mahu ke sekolah.

dollah yankee -
Apa lah sial BN/umno ini. Pasang bendera di pokok, pokok mati. Panggil orang pasang kat pokok, orang pula mati ...



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dr M ancaman kepada pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ dalam Wawasan 2010, kata Kit Siang

Posted: 12 Apr 2013 04:47 AM PDT


Bahasa

Dr M ancaman kepada pembentukan 'Bangsa Malaysia' dalam Wawasan 2010, kata Kit Siang

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 12, 2013
Lim Kit Siang hari ini mengatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ancaman kepada pembentukan negara bangsa Malaysia. — Gambar failKUALA LUMPUR, 12 April — Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ancaman kepada pembentukan "Bangsa Malaysia" dalam Wawasan 2020, dan pembentukan negara bangsa Malaysia, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu menegaskan, kenyataan terbaru bekas perdana menteri itu dalam blog Chedet.cc miliknya semalam jelas membuktikan beliau tidak pernah meninggalkan arena politik, sebaliknya kini beliau merupakan individu yang "paling ditakuti" dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Amat menyedihkan dan tragik apabila 'kebangkitan kedua' Dr Mahathir dalam koridor kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan pengaruh yang buruk dan amat merosakkan bagi politik Malaysia dan pembinaan negara bangsa," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah veteran politik itu lagi, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga begitu takut dengan Dr Mahathir kerana beliau mampu menentukan siapa perdana menteri.

"Selain memuji Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang meruntuhkan pembentukan negara bangsa Malaysia, beliau juga mengeluarkan kenyataan di laman blognya bahawa saya bertanding di Gelang Patah akan mengakibatkan 'konfrontasi kaum,' katanya lagi.

"Ia kenyataan paling tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan bekas perdana menteri," tambahnya.
Kit Siang juga menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak masuk akal memandangkan semua lima kerusi Parlimen yang ditandinginya sebelum ini mempunyai majoriti pengundi Cina.

"Namakan sahaja, Kota Melaka, Petaling, Tanjong, Bukit Bendera dan Ipoh Timor mempunyai majoriti Cina ... berbanding Gelang Patah yang mempunyai 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus pengundi Melayu, dan 12 peratus pengundi India.

"Saya tidak menjangkakan pujian daripada Dr Mahathir kerana berani keluar dari kawasan selesa seperti Ipoh Timor yang mempunyai 80 peratus pengundi Cina," katanya lagi.

Kit Siang juga turut mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang mengatakan beliau menggunakan sentimen perkauman dalam kempennya di Gelang Patah.

"Saya telah menemui semua pengundi perbagai bangsa untuk bekerjasama sebagai satu Malaysia, yang mana mempunyai keahlian parti dari pelbagai kaum seperti Pakatan Rakyat (PR).

"Dr Mahathir hanya meneruskan kempen kemusnahan oleh Umno yang memainkan sentimen DAP sebagai anti Melayu, anti Islam yang jelas satu penipuan," tegasnya.

Tegasnya lagi, Gelang Patah adalah satu ujian sama ada penipuan Umno dan Dr Mahathir itu benar atau tidak.


"Beliau perlu berundur dan memohon maaf atas penipuan terhadap saya atau mengeluarkan bukti menyokong dakwaannya itu serta tidak lagi menyebar penipuan terhadap saya," tambahnya.




BAGUS UNTUK MAKCIK FELDA DAN MAKCIK UMNO: Jika PR Perintah Malaysia DAP Perdana Menteri?? - Ustaz Suhaimi Md Saad

Posted: 12 Apr 2013 04:36 AM PDT


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Firdaus Jaafar - Malaysia selepas BN Kalah di Putrajaya..!!

Posted: 12 Apr 2013 09:00 PM PDT

PRU13: Negara Akan Musnah Jika Dikuasai Oleh Puak Yang Menjadikan Kelucahan Sebagai Senjata Politik – Dr MAZA

Posted: 12 Apr 2013 08:57 PM PDT

Dr.MAZA: Sesuatu negara akan musnah jika dikuasai oleh puak yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik!
Ayuh tolak puak jahanam ini!

PRU13: PAS selar Dr M kerana cetuskan ketegangan kaum, berjanji akan lindungi semua kaum

Posted: 12 Apr 2013 08:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April — PAS menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum melalui tulisan di blognya bertajuk "Gelang Patah" dan berjanji akan melindungi semua kaum jika insiden tidak diingini seperti konfrontasi kaum itu benar-benar berlaku.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas Dr Mahathir (gambar).
"PAS bukan sahaja sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang percubaan mencetuskan huru-hara akibat sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh Umno seperti yang terbukti dalam tulisan Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk 'Gelang Patah'," kata Mahfuz dipetik dari portal Harakahdaily.
"Malah, kita memberikan komitmen untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku konfrontasi kaum seperti yang cuba diilhamkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya itu," tegas beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Macai UMNO Kantoi Lagi : Haron Din nafi tinggal Pas, tanding di Arau

Posted: 12 Apr 2013 08:52 PM PDT


Haron Din KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din malam tadi menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.
  
Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.
  
Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.
  
Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini. - Bernama

Politik Lucah Dan Fitnah : Warga emas Besut terkejut gambar lucah, CD dalam sampul surat

Posted: 12 Apr 2013 08:50 PM PDT


Warga emas Besut terkejut gambar lucah, CD dalam sampul surat BESUT - Seorang warga emas terkejut apabila mendapati dua sampul surat di depan pagar rumahnya di sebuah taman perumahan di sini mengandungi gambar lucah dan cakera padat, pagi kelmarin.

Warga emas, Kamariah Abdullah, 68, berkata, dia menyedari dua sampul surat di depan pagar rumahnya ketika mahu keluar rumah jam 7.30 pagi.

Menurutnya, pada mula dia tertanya-tanya kandungan sampul surat yang sudah basah itu, namun sebaik membuka dan melihat isi kandungannya, dia terkejut besar kerana terdapat sekeping gambar lucah dan cakera padat.

"Dalam setiap satu sampul surat itu mengandungi satu cakera padat dan gambar lucah. Gambar lucah itu merupakan kertas kulit kepada cakera padat itu.

"Kak Yah kemudian memaklumkan apa yang berlaku kepada suami Kak Yah. Kak Yah percaya sampul surat itu diletakkan individu tertentu pada awal pagi kerana keadaan sampulnya basah," katanya ketika ditemui, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Lucah Dan Fitnah : Video Lucah Fitnah Sudah Kantoi Terbarai...

Posted: 12 Apr 2013 08:45 PM PDT

Daripada beberapa analisa terhadap apa yang didakwa sebagai video lucah "Mustafa Ali" yang ditempik sorakkan oleh macai-macai UMNO, terbukti nyata bahawa video berkenaan adalah rekaan dan palsu.

Daripada gambar yang dipaparkan di atas ternyata sesuatu yang tidak kena terhadap gambar tersebut.

Bagaimana kaki meja boleh keliatan di depan kaki (pehaorang yang didakwa sebagai "Mustafa Ali" sedangka kedudukan meja itu sebenarnya berada di belakang beliau?

Jelaslah kini bahawa telah wujud satu kecacatan yang besar di dalam gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pereka video tahap amatur sehingga tidak memperdulikan aspek ketelitian di dalam teknik siperimposed.

Kedua sebuah nalisa yang dilakukan oleh erapasca lebih jelas menunjukkan video itu adalah fitnah yang nyata.

Cuba baca:

Ramai yang meminta aku siasat tentang VIDEO LUCAH TERBARU yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Mustafa Ali yang telah tersebar lebih 24 jam lalu. Dan setelah aku teliti dengan segala aspek dan kebolehan yang ada, ini adalah JAWAPAN kepada persoalan yg diberikan...








  • VIDEO INI TULEN
  • PELAKON JUGA TULEN
  • AKSI JUGA TULEN
Jangan cepat melenting.. Sabar.. bagi aku terangkan pada setiap point aku..

VIDEO INI TULEN

Sememangnya video ini tulen kerana kalau tak tulen BUKAN VIDEO lah namanya..

PELAKON JUGA TULEN

Hasil penelitian aku, pelakon ini 100% tulen TETAPI tidak menyerupai Mustafa Ali. Disini juak juak yang teribat dengan pembikinan video ini melakukan KESILAPAN BESAR dimana WAJAH SEBENAR pelakon itu JELAS TERLIHAT WALAUPUN HANYA BEBERAPA SAAT TETAPI BERULANG SEBANYAK 2 KALI..


Minit ke 6:43 

Semasa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya..



Minit ke 6:46 

Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali..

Minit ke 6:52 

Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43


PERSOALAN: Bagaimana dalam masa tempoh 9 saat kita dapati 2 muka yang berbeza tapi watak yang sama?

AKSI JUGA TULEN

Disini dipercayai video ini menggunakan kaedah mengubah perincian secara digital. Aku tak pandai sangat nak sebut mende ni camne tapi korang bleh la tengok kat youtube, bersepah video yang menggunakan editor yntuk ubah muka atau apa apa yang diingini..

Khas untuk pencacai UMporNO.. Sorilah, aku x tengok video full.. Jadi aku cari dalam YOUTUBE, terjumpa 1 video yg macai UMporNO upload dan aku kaji...


**UPDATE: PEMILIK ACC YOUTUBE YANG DIPERCAYAI PENCACAI UMPORNO TELAH MEMADAM VIDEO INI.. SORILAH BRO, AKU PUN X TAW NAK CARIK KAT MANA LAGI.. TANPA VIDEO, SUSAH KITA NAK BUKTIKAN KE'KANTOI'AN DAN KEBODOHAN JUAK JUAK PEMFITNAH NI..

Allah Maha Besar, FITNAH lucah juak juak ni takkan kemana, KANTOOOOOOOIII.. Setiap penipuan yang wujud dalam masa yang sama akan wujud petunjuk untuk kita cari dan lihat..

Kalau manusia boleh buat cerita TRANSFORMERS,
Jelas nampak WUJUD & REAL,
Inikan pulak video murahan macam ni..
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!!

PRU13: Mustafa Ali dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor

Posted: 12 Apr 2013 08:43 PM PDT

DUNGUN -  Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
  
Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
  
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
  
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
  
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 'Ku Nan dah bagi amaran, tapi saya datang untuk menang' - Husam

Posted: 12 Apr 2013 08:40 PM PDT


Husam Musa PUTRAJAYA – "Saya takut dan belum ada keyakinan, tetapi saya datang Putrajaya untuk menang," demikian reaksi dizahirkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Menurut Husam, beliau sedang mengumpul keyakinan untuk merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya  yang di miliki tokoh hebat.

"Ku Nan dah bagi amaran kepada pengundi Putrajaya dua pertiga majoriti untuk tolak saya, jadi saya takut.

"Saya akan cuba, ditambah dengan kekuatan jentera, kemenangan itu tidak lagi mustahil," katanya ketika sidang media, semalam.

Ketika diminta mengulas risiko diambil untuk menawan pusat pentadbiran negara itu akan menjejaskan politiknya, Husam berkata ia boleh diumpamakan sebagai modal perniagaan, modal besar, untung juga besar.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Tun Mahathir calon Putrajaya ganti Ku Nan?

Posted: 12 Apr 2013 08:39 PM PDT

Apakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan menentang calon Pas, Datuk Husam Musa merebut kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

'Arkitek' pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jadual program calon Lembah Pantai (Nurul Izzah)

Posted: 12 Apr 2013 08:37 PM PDT

IzzahSempena siri jelajah Calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan meneruskan programnya mendekati rakyat bagi mengadakan ceramah kelompok setempat.
Dalam ceramah kelompok dan program  itu beliau akan bergandingan dengan beberapa jemputan khas bagi menyampikan maklumat kepada rakyat.
Berikut adalah senarai program:
Sabtu, 13 April
7pm – 10pm
Ceramah kelompok: "Masa Untuk Perubahan"
Penceramah: Nurul Izzah Anwar, Sivarasa Rasiah, jemputan khas: Datuk Ambiga Sreenevasan
Lokasi: Bilik Gerakan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Flat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lengkok Abdullah, Bangsar
Googlemap: http://goo.gl/maps/cbkGQ
8pm – 11pm
Ceramah kelompok
Penceramah: Nurul Izzah Anwar dan lain-lain penceramah
Bilik Gerakan JDM Taman Bukit Angkasa
Googlemap: http://goo.gl/maps/SzjwC
Ahad, 14 April
Read More / Baca Lagi >>

Politik Khianat: Kereta petugas PAS Batu Sapi dicalar

Posted: 12 Apr 2013 08:36 PM PDT


SANDAKAN: Kereta seorang petugas PAS Kawasan Batu Sapi di sini dicalar dengan teruk dipercayai angkara khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang bermesyuarat bersama-sama petugas PAS yang lain di Bilik Gerakan PAS di Batu Sapi pada malam Rabu lalu.

Mangsa hanya menyedari perkara itu sebaik sahaja mendekati keretanya selepas selesai mesyuarat tersebut.

Kereta pacuan empat roda jenis Toyota itu tercalar teruk dibahagian cermin sisi, pintu hadapan sebelah kiri dan bahagian belakang.
Read More / Baca Lagi >>

Ubat tahan sakit: Tanya Mahathir tapi bukan sekarang

Posted: 12 Apr 2013 08:35 PM PDT




KUALA LUMPUR: Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan ubat sakit lutut.

"UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BR1M kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin.

"Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara 'one off' sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini," tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.

Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh. Tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan ubat sakit lutut. UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BRIM kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin. Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara 'one off' sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini.

Oleh kerana rasa sakit oleh UMNO itu terasa di setiap tompok di batang tubuh UMNO itu terpaksa diberikan ubat. Bagi keluarga yang kurang dari RM3,000 keluarga tersebut di berikan BRIM sebanyak RM500 dan setakat ini BRIM telah diagihkan dua kali jumlahnya. Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma, jururawat diberikan pembayaran khas sebanyak RM200 dan berbagai-bagai lagi pemberian 'one off' ini. Ini merupakan satu bentuk rasuah pilihanraya yang berlaku dan BN mengharapkan pemberian ini akan memberikan lonjakan sokongan terhadap BN dalam pilihanraya ini.

Read More / Baca Lagi >>

Cetus huru-hara: PAS janji lindungi semua kaum

Posted: 12 Apr 2013 08:34 PM PDT


KUALA LUMPUR: Peguam Negara akan dituduh bersubahat jika enggan bertindak ke atas tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat boleh mencetus konfrontasi perkauman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil mengecam tulisan Dr Mahathir yang disifatkannya mengapi-apikan perkauman, Mahfuz mendesak Peguam Negara segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

"Jika Peguam Negara enggan mengambil tindakan dan memilih untuk berdiam diri, beliau akan dianggap berkerjasama dengan Dr Mahathir jika tercetus konfrontasi kaum akibat tulisan bekas Presiden Umno itu," tegas beliau lagi.

Serentak dengan itu, Mahfuz memberi jaminan PAS akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat negara ini jika pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan konfrontasi kaum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 30 minit rakyat Kelantan berdoa dalam hujan

Posted: 12 Apr 2013 08:33 PM PDT


 Malam tadi hujan rahmat turun! Bumi Kelantan sudah dua bulan tak dimandikan air hujan. Rumput rampai, tumbuh-tumbuhan kembali segar. Ungas dan haiwan senyum lebar. Warga Kelantan sujud syukur.

Ketika hujan turun puluhan ribu rakyat Kelantan sedang mengaminkan doa di lapangan terbuka Padang Perdana, Kota Bharu sempena program Kelantanku Hijau (Kekal). Khalayak memenuhi setiap ruang kosong.

Muslimin dan muslimat datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan dengan tujuan yang satu; bermunajat kepada Allah SWT, memohon langsung kepadaNya, agar Kelantan kekal dalam pemerintahan ulama (PAS) dan ubah Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat mulai 5 Mei 2013 ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Puluhan ribu rakyat berdoa kekal Kerajaan Kelantan

Posted: 12 Apr 2013 08:30 PM PDT



KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi Padang Perdana di sini, malam tadi tidak menghiraukan hujan lebat berdoa kekalkan kerajaan Kelantan dan ubah Putrajaya.

Imam solat hajat, ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa dan ribuan jemaah basah kuyup.

Cuaca mendung sejak pagi berlarutan sehingga tengah malam, sekali sekala lebat, namun tidak mematah semangat puluhan ribu yang hadir.

Perhimpunan Kelantanku Hijau dengan pelancaran kempen K (Kekal) bermula jam 5 petang. Ribuan anak muda berarak motosikal dari Lembah Sireh ke Padang Perdana.

Bendera PAS dikibar sambil membonceng motosikal manakala penumpang kereta pula mengibarkan di atas kenderaan. Suasananya seperti hari mengundi.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 25 bilik gerakan Indera Mahkota diaktif, isu tanah jadi tumpuan

Posted: 12 Apr 2013 08:29 PM PDT

imagePAHANG 13 ARIL: Sebanyak 25 bilik gerakan diaktifkan sebagai markas operasi bagi memastikan KEADILAN mempertahan kerusi Parlimen Indera Mahkota, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Calon KEADILAN Parlimen Indera Mahkota itu, berkata bilik gerakan dengan kerjasama jentera PAS mendapat sambutan cukup hebat dari masyarakat.
"Kita aktifkan 12 bilik gerakan di DUN Beserah diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Andasura Rabu dan 13 di DUN Semambu, diterajui Pemangku KEADILAN Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung.
"Setakat ini, kita di peringkat penyusunan strategi, bagaimana untuk pastikan gerak kerja lebih efektif dan diterima pengundi.
"Dua anak muda yang bakal dicalonkan di dua DUN bawah Parlimen Indera Mahkota, Chean Chung dan Andasura banyak membantu kempen saya.
"Mereka mengadakan pertemuan, mengedar risalah dan berceramah tiap-tiap malam," kata Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang itu kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Guru Kelantan dakwa dipaksa tampal pelekat 'T'

Posted: 12 Apr 2013 08:27 PM PDT

 
Pelekat K yang membawa maksud 'Kekal Kelantan' menjadi fenomena anak muda negeri itu)


KUALA LUMPUR: Seorang guru di Kelantan mendakwa beliau dan rakan gurunya yang lain telah dipaksa menampal pelekat T (Tukar) pada kenderaan mereka.

Dalam emel yang dihantar ke Harakahdaily, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan mendakwa, arahan tersebut datang dari pejabat pengarah pelajaran negeri.

Menurutnya juga, taklimat khas kepada guru-guru besar berhubung arahan itu juga telah dibuat.

"Barang siapa yang tidak menampal pelekat tersebut maka diharamkan parking kenderaan dalam kawasan sekolah kerana kami dianggap menentang kerajaan.

"Semua guru dibekalkan dengan dua keping stiker T" katanya kecewa dengan arahan terbaru itu.

T membawa maksud 'Tukar Kelantan', iaitu simbol yang dibawa oleh sebuah NGO Umno Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

GE13: Seeking votes, Anwar blames Sabah poverty on Umno greed

Posted: 12 Apr 2013 08:26 PM PDT

KOTA KINABALU, April 13 ― Datuk Seri Anwar Ibrahim moved last night to tap underlying disillusionment among Sabah's poor, reminding them that Umno was to blame for their penury in one of Malaysia's poorest states.
At two rallies in the villages of Papar and Kota Belud for the May 5 general election, the opposition leader railed against Barisan Nasional (BN) leaders for allegedly enriching themselves on Sabah's oil and timber.
"We are furious at Umno's leadership. They have no shame," Anwar (picture) thundered to a 500-strong crowd at Kampung Kawang in Papar yesterday.
"You even take money from the poor. No shame. Who is the one taking all the money? What kinds of leaders are so shameless that they can even take money from the poor?" said the PKR de facto leader under a tent that was packed with people, despite a drizzle in the evening.
Anwar's fiery speech to an audience comprising mostly Kadazandusun farmers in Papar, which is known as Sabah's "rice bowl", comes as Pakatan Rakyat (PR) aims to make inroads into the BN stronghold in Election 2013.
Sabah's poverty rate was 8.1 per cent last year, almost five times higher than the national poverty rate of 1.7 per cent, according to the Economic Planning Unit (EPU) in the Prime Minister's Department, as reported by Borneo Post Online last February.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam Pakatan

Posted: 12 Apr 2013 07:30 PM PDT

kKUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.
"Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.
"Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
"Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.
Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: NGO bantah politik kotor dan lucah tajaan UMNO@BN

Posted: 12 Apr 2013 07:29 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba  membunuh lawan dengan cara terkutuk.

Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang.

Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya.

"Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini.

Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.

"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Bincang - Kuasa wanita dalam PRU 13

Posted: 12 Apr 2013 07:04 PM PDT

PRU13: SOSMA HANYA DIGUNAKAN JIKA KESELAMATAN NEGARA TERANCAM -POLIS

Posted: 12 Apr 2013 07:03 PM PDT

GE13: MCA, DAP supporters face off in debate

Posted: 12 Apr 2013 07:02 PM PDT

Lim Guan Eng - Ceramah Perdana Balik Pulau (Part II)

Posted: 12 Apr 2013 07:01 PM PDT

Lim Guan Eng - Ceramah Perdana Balik Pulau (Part I)

Posted: 12 Apr 2013 07:00 PM PDT