Jumaat, 12 April 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Firdaus Jaafar - Malaysia selepas BN Kalah di Putrajaya..!!

Posted: 12 Apr 2013 09:00 PM PDT

PRU13: Negara Akan Musnah Jika Dikuasai Oleh Puak Yang Menjadikan Kelucahan Sebagai Senjata Politik – Dr MAZA

Posted: 12 Apr 2013 08:57 PM PDT

Dr.MAZA: Sesuatu negara akan musnah jika dikuasai oleh puak yang menjadikan kelucahan sebagai senjata politik!
Ayuh tolak puak jahanam ini!

PRU13: PAS selar Dr M kerana cetuskan ketegangan kaum, berjanji akan lindungi semua kaum

Posted: 12 Apr 2013 08:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April — PAS menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum melalui tulisan di blognya bertajuk "Gelang Patah" dan berjanji akan melindungi semua kaum jika insiden tidak diingini seperti konfrontasi kaum itu benar-benar berlaku.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas Dr Mahathir (gambar).
"PAS bukan sahaja sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang percubaan mencetuskan huru-hara akibat sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh Umno seperti yang terbukti dalam tulisan Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk 'Gelang Patah'," kata Mahfuz dipetik dari portal Harakahdaily.
"Malah, kita memberikan komitmen untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku konfrontasi kaum seperti yang cuba diilhamkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya itu," tegas beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Macai UMNO Kantoi Lagi : Haron Din nafi tinggal Pas, tanding di Arau

Posted: 12 Apr 2013 08:52 PM PDT


Haron Din KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din malam tadi menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.
  
Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.
  
Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.
  
Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini. - Bernama

Politik Lucah Dan Fitnah : Warga emas Besut terkejut gambar lucah, CD dalam sampul surat

Posted: 12 Apr 2013 08:50 PM PDT


Warga emas Besut terkejut gambar lucah, CD dalam sampul surat BESUT - Seorang warga emas terkejut apabila mendapati dua sampul surat di depan pagar rumahnya di sebuah taman perumahan di sini mengandungi gambar lucah dan cakera padat, pagi kelmarin.

Warga emas, Kamariah Abdullah, 68, berkata, dia menyedari dua sampul surat di depan pagar rumahnya ketika mahu keluar rumah jam 7.30 pagi.

Menurutnya, pada mula dia tertanya-tanya kandungan sampul surat yang sudah basah itu, namun sebaik membuka dan melihat isi kandungannya, dia terkejut besar kerana terdapat sekeping gambar lucah dan cakera padat.

"Dalam setiap satu sampul surat itu mengandungi satu cakera padat dan gambar lucah. Gambar lucah itu merupakan kertas kulit kepada cakera padat itu.

"Kak Yah kemudian memaklumkan apa yang berlaku kepada suami Kak Yah. Kak Yah percaya sampul surat itu diletakkan individu tertentu pada awal pagi kerana keadaan sampulnya basah," katanya ketika ditemui, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Lucah Dan Fitnah : Video Lucah Fitnah Sudah Kantoi Terbarai...

Posted: 12 Apr 2013 08:45 PM PDT

Daripada beberapa analisa terhadap apa yang didakwa sebagai video lucah "Mustafa Ali" yang ditempik sorakkan oleh macai-macai UMNO, terbukti nyata bahawa video berkenaan adalah rekaan dan palsu.

Daripada gambar yang dipaparkan di atas ternyata sesuatu yang tidak kena terhadap gambar tersebut.

Bagaimana kaki meja boleh keliatan di depan kaki (pehaorang yang didakwa sebagai "Mustafa Ali" sedangka kedudukan meja itu sebenarnya berada di belakang beliau?

Jelaslah kini bahawa telah wujud satu kecacatan yang besar di dalam gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pereka video tahap amatur sehingga tidak memperdulikan aspek ketelitian di dalam teknik siperimposed.

Kedua sebuah nalisa yang dilakukan oleh erapasca lebih jelas menunjukkan video itu adalah fitnah yang nyata.

Cuba baca:

Ramai yang meminta aku siasat tentang VIDEO LUCAH TERBARU yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Mustafa Ali yang telah tersebar lebih 24 jam lalu. Dan setelah aku teliti dengan segala aspek dan kebolehan yang ada, ini adalah JAWAPAN kepada persoalan yg diberikan...








  • VIDEO INI TULEN
  • PELAKON JUGA TULEN
  • AKSI JUGA TULEN
Jangan cepat melenting.. Sabar.. bagi aku terangkan pada setiap point aku..

VIDEO INI TULEN

Sememangnya video ini tulen kerana kalau tak tulen BUKAN VIDEO lah namanya..

PELAKON JUGA TULEN

Hasil penelitian aku, pelakon ini 100% tulen TETAPI tidak menyerupai Mustafa Ali. Disini juak juak yang teribat dengan pembikinan video ini melakukan KESILAPAN BESAR dimana WAJAH SEBENAR pelakon itu JELAS TERLIHAT WALAUPUN HANYA BEBERAPA SAAT TETAPI BERULANG SEBANYAK 2 KALI..


Minit ke 6:43 

Semasa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya..



Minit ke 6:46 

Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali..

Minit ke 6:52 

Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43


PERSOALAN: Bagaimana dalam masa tempoh 9 saat kita dapati 2 muka yang berbeza tapi watak yang sama?

AKSI JUGA TULEN

Disini dipercayai video ini menggunakan kaedah mengubah perincian secara digital. Aku tak pandai sangat nak sebut mende ni camne tapi korang bleh la tengok kat youtube, bersepah video yang menggunakan editor yntuk ubah muka atau apa apa yang diingini..

Khas untuk pencacai UMporNO.. Sorilah, aku x tengok video full.. Jadi aku cari dalam YOUTUBE, terjumpa 1 video yg macai UMporNO upload dan aku kaji...


**UPDATE: PEMILIK ACC YOUTUBE YANG DIPERCAYAI PENCACAI UMPORNO TELAH MEMADAM VIDEO INI.. SORILAH BRO, AKU PUN X TAW NAK CARIK KAT MANA LAGI.. TANPA VIDEO, SUSAH KITA NAK BUKTIKAN KE'KANTOI'AN DAN KEBODOHAN JUAK JUAK PEMFITNAH NI..

Allah Maha Besar, FITNAH lucah juak juak ni takkan kemana, KANTOOOOOOOIII.. Setiap penipuan yang wujud dalam masa yang sama akan wujud petunjuk untuk kita cari dan lihat..

Kalau manusia boleh buat cerita TRANSFORMERS,
Jelas nampak WUJUD & REAL,
Inikan pulak video murahan macam ni..
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!!

PRU13: Mustafa Ali dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor

Posted: 12 Apr 2013 08:43 PM PDT

DUNGUN -  Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
  
Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
  
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
  
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
  
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 'Ku Nan dah bagi amaran, tapi saya datang untuk menang' - Husam

Posted: 12 Apr 2013 08:40 PM PDT


Husam Musa PUTRAJAYA – "Saya takut dan belum ada keyakinan, tetapi saya datang Putrajaya untuk menang," demikian reaksi dizahirkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Menurut Husam, beliau sedang mengumpul keyakinan untuk merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya  yang di miliki tokoh hebat.

"Ku Nan dah bagi amaran kepada pengundi Putrajaya dua pertiga majoriti untuk tolak saya, jadi saya takut.

"Saya akan cuba, ditambah dengan kekuatan jentera, kemenangan itu tidak lagi mustahil," katanya ketika sidang media, semalam.

Ketika diminta mengulas risiko diambil untuk menawan pusat pentadbiran negara itu akan menjejaskan politiknya, Husam berkata ia boleh diumpamakan sebagai modal perniagaan, modal besar, untung juga besar.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Tun Mahathir calon Putrajaya ganti Ku Nan?

Posted: 12 Apr 2013 08:39 PM PDT

Apakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan menentang calon Pas, Datuk Husam Musa merebut kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

'Arkitek' pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jadual program calon Lembah Pantai (Nurul Izzah)

Posted: 12 Apr 2013 08:37 PM PDT

IzzahSempena siri jelajah Calon Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan meneruskan programnya mendekati rakyat bagi mengadakan ceramah kelompok setempat.
Dalam ceramah kelompok dan program  itu beliau akan bergandingan dengan beberapa jemputan khas bagi menyampikan maklumat kepada rakyat.
Berikut adalah senarai program:
Sabtu, 13 April
7pm – 10pm
Ceramah kelompok: "Masa Untuk Perubahan"
Penceramah: Nurul Izzah Anwar, Sivarasa Rasiah, jemputan khas: Datuk Ambiga Sreenevasan
Lokasi: Bilik Gerakan Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Flat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lengkok Abdullah, Bangsar
Googlemap: http://goo.gl/maps/cbkGQ
8pm – 11pm
Ceramah kelompok
Penceramah: Nurul Izzah Anwar dan lain-lain penceramah
Bilik Gerakan JDM Taman Bukit Angkasa
Googlemap: http://goo.gl/maps/SzjwC
Ahad, 14 April
Read More / Baca Lagi >>

Politik Khianat: Kereta petugas PAS Batu Sapi dicalar

Posted: 12 Apr 2013 08:36 PM PDT


SANDAKAN: Kereta seorang petugas PAS Kawasan Batu Sapi di sini dicalar dengan teruk dipercayai angkara khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang bermesyuarat bersama-sama petugas PAS yang lain di Bilik Gerakan PAS di Batu Sapi pada malam Rabu lalu.

Mangsa hanya menyedari perkara itu sebaik sahaja mendekati keretanya selepas selesai mesyuarat tersebut.

Kereta pacuan empat roda jenis Toyota itu tercalar teruk dibahagian cermin sisi, pintu hadapan sebelah kiri dan bahagian belakang.
Read More / Baca Lagi >>

Ubat tahan sakit: Tanya Mahathir tapi bukan sekarang

Posted: 12 Apr 2013 08:35 PM PDT




KUALA LUMPUR: Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan ubat sakit lutut.

"UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BR1M kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin.

"Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara 'one off' sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini," tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.

Apabila kita sakit kaki, kita mesti ubati penyakit di kaki itu. Kalau kita sakit mata kita ubati penyakit mata sampai sembuh. Tidak betul cara pengubatan jika kita sakit mata diberikan ubat sakit lutut. UMNO sedang menyuruh rakyat makan ubat yang tidak kena dengan penyakitnya. Itu sebabnya UMNO memberikan BRIM kononnya untuk memperbaiki taraf hidup satu keluarga rakyat miskin. Bermacam-macam diberikan kepada rakyat secara 'one off' sedang UMNO dalam keadaan panik menghadapi pilihanraya ini.

Oleh kerana rasa sakit oleh UMNO itu terasa di setiap tompok di batang tubuh UMNO itu terpaksa diberikan ubat. Bagi keluarga yang kurang dari RM3,000 keluarga tersebut di berikan BRIM sebanyak RM500 dan setakat ini BRIM telah diagihkan dua kali jumlahnya. Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma, jururawat diberikan pembayaran khas sebanyak RM200 dan berbagai-bagai lagi pemberian 'one off' ini. Ini merupakan satu bentuk rasuah pilihanraya yang berlaku dan BN mengharapkan pemberian ini akan memberikan lonjakan sokongan terhadap BN dalam pilihanraya ini.

Read More / Baca Lagi >>

Cetus huru-hara: PAS janji lindungi semua kaum

Posted: 12 Apr 2013 08:34 PM PDT


KUALA LUMPUR: Peguam Negara akan dituduh bersubahat jika enggan bertindak ke atas tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat boleh mencetus konfrontasi perkauman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil mengecam tulisan Dr Mahathir yang disifatkannya mengapi-apikan perkauman, Mahfuz mendesak Peguam Negara segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

"Jika Peguam Negara enggan mengambil tindakan dan memilih untuk berdiam diri, beliau akan dianggap berkerjasama dengan Dr Mahathir jika tercetus konfrontasi kaum akibat tulisan bekas Presiden Umno itu," tegas beliau lagi.

Serentak dengan itu, Mahfuz memberi jaminan PAS akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat negara ini jika pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan konfrontasi kaum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 30 minit rakyat Kelantan berdoa dalam hujan

Posted: 12 Apr 2013 08:33 PM PDT


 Malam tadi hujan rahmat turun! Bumi Kelantan sudah dua bulan tak dimandikan air hujan. Rumput rampai, tumbuh-tumbuhan kembali segar. Ungas dan haiwan senyum lebar. Warga Kelantan sujud syukur.

Ketika hujan turun puluhan ribu rakyat Kelantan sedang mengaminkan doa di lapangan terbuka Padang Perdana, Kota Bharu sempena program Kelantanku Hijau (Kekal). Khalayak memenuhi setiap ruang kosong.

Muslimin dan muslimat datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan dengan tujuan yang satu; bermunajat kepada Allah SWT, memohon langsung kepadaNya, agar Kelantan kekal dalam pemerintahan ulama (PAS) dan ubah Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat mulai 5 Mei 2013 ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Puluhan ribu rakyat berdoa kekal Kerajaan Kelantan

Posted: 12 Apr 2013 08:30 PM PDT



KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi Padang Perdana di sini, malam tadi tidak menghiraukan hujan lebat berdoa kekalkan kerajaan Kelantan dan ubah Putrajaya.

Imam solat hajat, ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa dan ribuan jemaah basah kuyup.

Cuaca mendung sejak pagi berlarutan sehingga tengah malam, sekali sekala lebat, namun tidak mematah semangat puluhan ribu yang hadir.

Perhimpunan Kelantanku Hijau dengan pelancaran kempen K (Kekal) bermula jam 5 petang. Ribuan anak muda berarak motosikal dari Lembah Sireh ke Padang Perdana.

Bendera PAS dikibar sambil membonceng motosikal manakala penumpang kereta pula mengibarkan di atas kenderaan. Suasananya seperti hari mengundi.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 25 bilik gerakan Indera Mahkota diaktif, isu tanah jadi tumpuan

Posted: 12 Apr 2013 08:29 PM PDT

imagePAHANG 13 ARIL: Sebanyak 25 bilik gerakan diaktifkan sebagai markas operasi bagi memastikan KEADILAN mempertahan kerusi Parlimen Indera Mahkota, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Calon KEADILAN Parlimen Indera Mahkota itu, berkata bilik gerakan dengan kerjasama jentera PAS mendapat sambutan cukup hebat dari masyarakat.
"Kita aktifkan 12 bilik gerakan di DUN Beserah diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Andasura Rabu dan 13 di DUN Semambu, diterajui Pemangku KEADILAN Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung.
"Setakat ini, kita di peringkat penyusunan strategi, bagaimana untuk pastikan gerak kerja lebih efektif dan diterima pengundi.
"Dua anak muda yang bakal dicalonkan di dua DUN bawah Parlimen Indera Mahkota, Chean Chung dan Andasura banyak membantu kempen saya.
"Mereka mengadakan pertemuan, mengedar risalah dan berceramah tiap-tiap malam," kata Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang itu kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Guru Kelantan dakwa dipaksa tampal pelekat 'T'

Posted: 12 Apr 2013 08:27 PM PDT

 
Pelekat K yang membawa maksud 'Kekal Kelantan' menjadi fenomena anak muda negeri itu)


KUALA LUMPUR: Seorang guru di Kelantan mendakwa beliau dan rakan gurunya yang lain telah dipaksa menampal pelekat T (Tukar) pada kenderaan mereka.

Dalam emel yang dihantar ke Harakahdaily, beliau yang tidak mahu namanya didedahkan mendakwa, arahan tersebut datang dari pejabat pengarah pelajaran negeri.

Menurutnya juga, taklimat khas kepada guru-guru besar berhubung arahan itu juga telah dibuat.

"Barang siapa yang tidak menampal pelekat tersebut maka diharamkan parking kenderaan dalam kawasan sekolah kerana kami dianggap menentang kerajaan.

"Semua guru dibekalkan dengan dua keping stiker T" katanya kecewa dengan arahan terbaru itu.

T membawa maksud 'Tukar Kelantan', iaitu simbol yang dibawa oleh sebuah NGO Umno Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

GE13: Seeking votes, Anwar blames Sabah poverty on Umno greed

Posted: 12 Apr 2013 08:26 PM PDT

KOTA KINABALU, April 13 ― Datuk Seri Anwar Ibrahim moved last night to tap underlying disillusionment among Sabah's poor, reminding them that Umno was to blame for their penury in one of Malaysia's poorest states.
At two rallies in the villages of Papar and Kota Belud for the May 5 general election, the opposition leader railed against Barisan Nasional (BN) leaders for allegedly enriching themselves on Sabah's oil and timber.
"We are furious at Umno's leadership. They have no shame," Anwar (picture) thundered to a 500-strong crowd at Kampung Kawang in Papar yesterday.
"You even take money from the poor. No shame. Who is the one taking all the money? What kinds of leaders are so shameless that they can even take money from the poor?" said the PKR de facto leader under a tent that was packed with people, despite a drizzle in the evening.
Anwar's fiery speech to an audience comprising mostly Kadazandusun farmers in Papar, which is known as Sabah's "rice bowl", comes as Pakatan Rakyat (PR) aims to make inroads into the BN stronghold in Election 2013.
Sabah's poverty rate was 8.1 per cent last year, almost five times higher than the national poverty rate of 1.7 per cent, according to the Economic Planning Unit (EPU) in the Prime Minister's Department, as reported by Borneo Post Online last February.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jangan layan fitnah Papagomo laga-lagakan parti dalam Pakatan

Posted: 12 Apr 2013 07:30 PM PDT

kKUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.
"Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.
"Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
"Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.
Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: NGO bantah politik kotor dan lucah tajaan UMNO@BN

Posted: 12 Apr 2013 07:29 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan Islam membantah politik kotor yang cuba  membunuh lawan dengan cara terkutuk.

Tindakan ini disifatkan dibuat tanpa mengambil kira sama ada budaya itu akan terkesan atau tidak terhadap generasi hari ini dan akan datang.

Demokrasi sihat bertunjangkan perkhidmatan kepada rakyat dan hujah tidak menjadi agenda utama dalam mengembangkan persaingan sihat dalam arena pilihan raya.

"Sepatutnya, budaya persaingan ini perlu lebih menjurus kepada hujah, penerangan dan bukannya budaya fitnah, apatah lagi lucah biarpun dalam keadaan sengit sekalipun," tegas Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar kanan), kepada Harakahdaily, hari ini.

Biarpun budaya ini sudah dijangka, kata beliau sewajarnya perlu dihentikan oleh mana-mana pihak, tidak kira dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, bukan sahaja pemimpin parti, malah para pendokong, ahli-ahli parti, termasuk unit perang saraf tidak menggunakan taktik kotor ini dalam usaha memenangi hati pengundi.

"Biarlah kempen atau strategi digerakkan mengikut lunas-lunas syarak yang lebih memikat hati pengundi tentang betapa tinggi dan mulianya nilai-nilai yang perlu diusahakan," kata beliau lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Shaa'ani Abdullah, berkata budaya lucah ini hanya menunjukkan pihak yang menyebarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, malah amat tidak beretika.
Read More / Baca Lagi >>

Kita Bincang - Kuasa wanita dalam PRU 13

Posted: 12 Apr 2013 07:04 PM PDT

PRU13: SOSMA HANYA DIGUNAKAN JIKA KESELAMATAN NEGARA TERANCAM -POLIS

Posted: 12 Apr 2013 07:03 PM PDT

GE13: MCA, DAP supporters face off in debate

Posted: 12 Apr 2013 07:02 PM PDT

Lim Guan Eng - Ceramah Perdana Balik Pulau (Part II)

Posted: 12 Apr 2013 07:01 PM PDT

Lim Guan Eng - Ceramah Perdana Balik Pulau (Part I)

Posted: 12 Apr 2013 07:00 PM PDT

Tiada ulasan: