Rabu, 3 April 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - LEPAS NAJIB BUBAR PARLIMEN, SEKALI LAGI ANWAR CABAR NAJIB BERDEBAT

Posted: 03 Apr 2013 08:55 PM PDT

bumiperak

bumiperak


Najib Razak bayangkan akan berlaku peralihan kuasa

Posted: 02 Apr 2013 11:52 PM PDT

BEKAS Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang baru sahaja membubarkan parlimen sebentar tadi membayangkan akan berlaku peralihan kuasa selepas Pilihanraya Umum ke 13.

Beliau melalui akaun twitter peribadinya menulis:

"Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi"



Kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang bekas Perdana Menteri timbulkan soal peralihan kuasa selepas membubarkan parlimen.

Ini mesej jelas bahawa Najib Razak sedar bahawa hari ini adalah hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana bakal berlaku peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti.

Najib Razak sedar jika BN menang sekalipun, ia hanya mampu menang tipis, sekaligus pucuk pimpinan iaitu presiden parti terpaksa dilepaskan atas sebab gagal mengembalikan dua pertiga kerusi parlimen BN. Seperti mana Abdullah Badawi dipaksa melepaskan jawatan sebelum ini.

Pagi tadi adalah saat terakhir Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Selamat tinggal Najib!

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pencerobohan Lahad Datu .... ,macam ni cerita dia

Posted: 03 Apr 2013 09:39 AM PDT


abanag
Semakin lama, kes lahat Datu, semakin terungkai.,hasil pemerintahan korup BN selama lebih setengah abad.

PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg' dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.

Penangkapan seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah 'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.

Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Benjamin adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.

Penglibatan Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat berkomplot dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.

Penangkapan Hassan dan beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan masalah penyelewengan dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi menyiasat 'Sikitul' yang bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian seragam; demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.

Kampung Tanduo adalah 'Zon Gelap' seperti Pulau Languyan di Filipina kerana majoriti PATI mendarat di Tanduo dan Syurga bagi penyeludup barang bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula, minyak diesel, baja dan barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.

Sebelum 'Pengganas Sulu' mendarat di Tanduo atas jemputan 'Komander Mat Bom', penduduk sudah lama melaporkan kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan kemasukan senjata api kepada Ketua Kampung di sekitarnya, termasuk Yang Berhormat; tetapi semuanya 'bagai ayam Jantan kehilangan telur' tidak berani bertindak kerana tidak mahu menanggung risiko diculik atau dibunuh pengganas.

'Sikap Tidak apa' dan bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi Tanduo yang indah disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah dalam pertempuran yang boleh dihindarkan jika pasukan keselamatan mendengar rayuan penduduk kampung membentengi mereka daripada Pengganas yang terkepung.

Namun PDRM belum sedar bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat dengan penyeludupan manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak kerja atau 'merampas' ladang kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan yang telah dikeluarkan daripada Felda Sahabat secara bersindiket.

Ramai pegawai kanan polis, termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen atau bersara sukarela yang melakukan kegiatan berkenaan secara terang atau bersembunyi di sebalik nama isteri dan sanak saudara; demi untuk memperkayakan diri dengan menghalalkan cara, termasuk menggaji PATI yang ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan Felda untuk menjual buah kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi dikeluarkan setelah pengukuran semula.

Kegiatan pengganas di Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Labian, Lok Buani dan sebagainya telah lama berlaku tetapi disembunyikan pegawai polis yang rasuah dan mencari makan sehinggalah menyembunyikan kematian dua anggota RELA di Lok Buani sekitar 1996-1997 dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan nasional.

Penglibatan Ahmad Malandi @ Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan pencerobohan oleh 76 pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum mereka menggaji lebih daripada 200 WargaPenyu yang memiliki MyKad Malaysia melalui 'IC Projek Mahathir'.

Wargapenyu ini telah direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600 USD (mengikut pangkat) sebulan sebagai 'Pengawal Keselamatan' beruniform untuk menjaga tanah Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka dijenamakan semula sebagai 'Tentera DiRaja Sulu' yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan 'kedaulatan' Sabah oleh Sultan Palsu, 'Setan Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim.

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada kesilapan kerana Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal (berdasarkan risikan dan maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis) bahawa pengganas sudah memasuki Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas di Tanjung Batu; juga diremehkan PDRM.

Bezanya 'Panglima perang' di zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan hadapan dan bukannya duduk bersantai di resort ketika perwira negara bertarung nyawa. Paling menjengkelkan ada pegawai kanan kerajaan mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak berkuasa dan 20 keluarga 'penduduk tempatan' yang tinggal di situ akan ditempatkan di kawasan baru; akan dijadikan 'Pusat Pelancongan' adalah kenyataan yang paling tidak bermaruah.

Kampung Tanduo adalah salah satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah dirampas FELDA kerana termasuk dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan 245,000 ekar tanah adat kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya membatalkan lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran dan geran draf.

Namun malangnya FELDA mungkir janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai 'Lombong Emas' dan menjadi zon menternak PATI dan menyuburkan kegiatan keganasan. Ikuti episod akan datang 'FELDA Lindungi Pengganas?'

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Retire in peace (RIP), wahai mantan PM.. (LM)

Posted: 03 Apr 2013 08:03 AM PDT

Sudah bubar. Sekarang apa?

YANG ditunggu dah tiba setelah sekian lama. 

Sekitar jam 11.30 pagi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden United Malays National Organisation mengumumkan bahawa Parlimen yang diwarisinya daripada kepimpinan Abdullah Badawi empat tahun lalu, bubar serta merta hari ini.

Najib dah bubar Parlimen sejak 2012... + klip video (LM)

Posted: 03 Apr 2013 05:43 AM PDT

Wajah sugul Najib bubar Parlimen akan jadi ingatan

3 APRIL — Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan? 

Bacaan seterusnya.. (klip video di dalam):  Najib dah bubar Parlimen sejak 2012...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Tok Mun Bertanding Lagi Pada Usia 94 Tahun

Posted: 03 Apr 2013 09:07 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.



Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.

Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.

PRU13 : Apa gunanya Anwar lari ke Perak?

Posted: 03 Apr 2013 08:42 PM PDT

Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.

Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.

Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.

Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.

NONEDi satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.

Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.

Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu.

Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.

Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.

Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.
Read More / Baca Lagi >>

GE13 : An Appeal to the NEXT Prime Minister of Malaysia - lawyers group

Posted: 03 Apr 2013 08:39 PM PDT

Dear Prime Minister,
We are writing to you as a Malaysian human rights organisation concerned with the death of C. Sugumar on 23 January 2013.
As you would no doubt agree, the circumstances surrounding his death were appalling and very serious: he was chased by a group of uniformed policemen; he was quickly overpowered and handcuffed but in the process, a mob assaulted and stripped him naked and a policeman also smeared his face with turmeric. While he was facing down on the ground with his hands cuffed to his back, a policeman stepped on his neck until he stopped struggling. He died and no attempt was made to resuscitate him nor was any medical attention given to him.
The PDRM have now made the incredible claim that they are not responsible for his death nor have any of their personnel committed any criminal offence because the post-mortem showed Sugumar died from a heart attack. This is not surprising as PDRM do have a terrible history of cover up and denial of responsibility, see for example, the death in custody of A. Kugan and police shooting of 15-year-old Aminulrasyid.
In the long road from political independence to a modern democratic Malaysia, we seem to have lost our way and have allowed such a public display of state violence, to pass with impunity and without justice. This tragic incident is a serious blot and reminder on how far we are from the Malaysia we aspire.
Read More / Baca Lagi >>

GE13 : Is the world coming to an end?

Posted: 03 Apr 2013 08:37 PM PDT

This piece is not about GE13 but about greed which has become an epidemic in this modern society.


But you prefer the life of this world, even though the Hereafter is better and more enduring – Surat al-Ala 87:16-17
In the advent of elections, I was amused with the April Fool prank in FMT on April 1. The headline said: 'Parliament Dissolved!' and the author's name was April Fool spelt in reverse.
I guess people are getting quite lethargic of waiting for GE13, that Malaysians have gone very innovative and modelled it into some kind of a joke to chuckle ourselves. Oh well ! There is really nothing else to be done, except to watch all the "songs and dances" that are being performed by the politician performers and their beneficiaries who are all "yang sewaktu dengannya".
The most befitting phrase would be Shakespeare's, "The world's a stage and we are all actors in the play."
This piece is not about GE13 because that's been written to death – but about greed which has become an epidemic in this modern society.
An epidemic which has affected most leaders at the helm, causing a chronic sickness in the society we currently live in.
I recall my not-so-recent conversation with the VC of University Malaya, Tan Sri Gauth Jasmon, (and I sincerely thank him for this ) who relayed to me that "if people knew that their prayers are better off answered in the Hereafter, they wouldn't want their prayers to be answered in this temporary life".
That remark left me in awe and got immediately etched in a small corner of my brain. I then started to ponder on how true it was. Since then, there was no turning back. ( Red Pill, Blue Pill syndrome in The Matrix ).
Read More / Baca Lagi >>

GE13 : 'Give us intelligent, rational new candidates’

Posted: 03 Apr 2013 08:36 PM PDT

In the context of continuity and change, it must be remembered that 'change does not happen in any radical way,' says an academician.

SINGAPORE: As Malaysia gears towards the 13th general election, both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat have been urged to field new candidates of quality who can work together to deal with the country's upcoming economic challenges.
Associate professor for the Contemporary Islam Programme at Nanyang Technological University, Dr Farish A Noor said it was vital to remember that "change does not happen in any radical way".
Farish, a Malaysian, was responding to Prime Minister Najib Tun Razak's dissolution of the Dewan Rakyat yesterday.
Farish was asked to share his views on how important it was for Malaysia to have political continuity and economic stability.
Whenever politicians talk of continuity and change, Farish pointed out: "We need to remember that change does not happen in any radical way.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Anwar isytihar senarai penuh calon Keadilan Perak malam ini

Posted: 03 Apr 2013 08:20 PM PDT


Anwar isytihar senarai penuh calon PKR Perak malam ini
IPOH – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai penuh calon parti yang akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), malam ini.

Pengumuman yang akan dibuat di satu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik itu juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila Perak, menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon.

Ia juga dikatakan sebagai simbolik kepada kesediaan Ketua Pembangkang itu bertanding di salah satu kerusi di negeri yang pernah mencatat krisis konflik perebutan pimpinan pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman di Gerik adalah sebagai isyarat bahawa PR sudah bersedia menggempur kawasan Utara Perak yang selama ini merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Tarikh pengumuman senarai penuh calon KEADILAN

Posted: 03 Apr 2013 08:17 PM PDT

keadilanKUALA LUMPUR 4 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai penuh calon KEADILAN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) secara berperingkat bermula malam ini.
Pengumuman itu akan dibuat Ketua Umum sempena siri Jelajah Merdeka Rakyat selepas pembubaran Parlimen semalam.
Jadual jelajah sembilan hari berturut-turut itu seperti berikut:
4 April (Khamis) – Perak di Gerik (11 malam)

5 April (Jumaat) -  Pulau Pinang di Batu Maung (11 malam)

6 April (Sabtu) – Kelantan di Tanah Merah (9.30 malam)

7 April (Ahad) – Perlis di Kuala Perlis (8.30 malam) dan Kedah di Merbuk (11 malam)

8 April (Isnin)  -  Negeri Sembilan (tempat akan dimaklumkan) (8.30 malam), Melaka di Ibu Pejabat Negeri (10 malam)  dan Johor di Muar (11 malam)

9 April (Selasa) – Pahang di Kuantan (9 malam) dan Terengganu di Kemaman (11 malam)

10 April (Rabu) – Selangor dan Wilayah Persekutuan (tempat dan waktu akan dimaklumkan)

11 April (Khamis) – Sarawak di Petra Jaya, Kucing (waktu akan dimaklumkan)

12 April (Jumaat) – Sabah di Sandakan (waktu akan dimaklumkan)

PRU13 : Siap siaga, yakin turun gelanggang

Posted: 03 Apr 2013 08:16 PM PDT

Ahmad Lutfi Othman,

Semasa mengisytiharkan calon PRU13 untuk tiga kerusi Parlimen, iaitu Titiwangsa, Baling dan Temerloh, serta mengumumkan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran menyertai PAS, di pusat media, Pejabat Agung PAS, pagi 24 April lalu, saya perhatikan wajah Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam mood cukup ceria dan menyenangkan.

Sesekali Tok Guru Presiden  berjenaka, memberi respons mudah, disambut Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, juga disulami elemen humor. Soalan wartawan dijawab tenang walaupun ada rakan-rakan media cuba menimbulkan sedikit provokasi.Biasalah situasi sebegitu. Perang hampir bermula. Kesilapan kecil boleh mengundang padah.

Setiap gerak, aksi dan bicara pemimpin oposisi sentiasa diteliti dan diteropong dari dekat. Silap mengatur langkah, terlanjur memberi pendapat ... segalanya boleh dijadikan perangkap.

Apa pun saya lebih terkesan dengan keyakinan tinggi yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi; azimat terbaik buat aktivis parti melangkah turun ke gelanggang. Tidak mudah mengharung "ibu segala pilihan raya" ....

Kempen kali ini menjanjikan hanya mereka yang terbaik sahaja -- selain mengelak 'kesalahan bodoh' -- bakal menang. PAS yang berdepan kompleksiti pengundi Melayu dan 'kekuatan' Umno sebagai tonggak BN,  terpaksa memikul beban lebih besar dan mencabar berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Muslimat PAS sasar kumpul RM200,000 untuk jentera

Posted: 03 Apr 2013 08:13 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan ahli korporat, usahawan, individu ke program `Hi Tea Muslimat' untuk mengumpul dana khas calon-calon Muslimat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Dewan Muslimat mensasarkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk membantu gerak kerja 22 orang calon Muslimat yang bertanding di Parlimen dan Dun seluruh Malaysia.

Menurut beliau, Hi Tea Dewan Muslimat itu akan diadakan pada 7 April dengan sumbangan satu kerusi berjumlah RM1,000 atau sumbangan boleh dibuat secara perkongsian.

Beliau yakin muslimat PAS kreatif dan mampu untuk mencari sumbangan bagi mengisi dana pilihan raya untuk calon-calon Muslimat.

Hi Tea tertutup DMMP itu akan diadakan di Astana Era Mewah, Lot 2896, Jalan Paya Jaras Tengah, Pinggiran Sungai Buloh, Seksyen U19 Shah Alam bermula jam 2.30 petang.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 akan menjadi ‘referendum kepada politik perkauman’

Posted: 03 Apr 2013 08:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April — Pilihan Raya 2013 bukan sahaja dijangka menjadi paling sengit dalam sejarah akan tetapi akan menyaksikan sama ada pengundi memilih untuk meneruskan polisi berdasarkan etnik atau menamatkan politik berasaskan kaum, kata rakyat biasa Malaysia dan penganalisis.
Dalam laporan New York Times sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen, politik berasaskan kaum Malaysia digambarkan sebagai ketinggalan zaman berdasarkan temu bual dengan orang muda Malaysia dan penganalisis politik.
"Ini adalah referendum kepada politik berasaskan kaum," kata Ibrahim Suffian (gambar), pengarah agensi tinjauan bebas Merdeka Center.
"Gabungan pemerintah terus berhujah sistem sedia ada membawa kestabilan. Pembangkang lebih banyak bercakap tentang politik berasaskan kelas, bukan kaum."
Barisan Nasional (BN) sebahagian besarnya terdiri daripada parti-parti politik berasaskan kaum, tiga parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) pula terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Tetapi pengkritik menegaskan pihak PR juga secara umumnya berasaskan kaum, dengan DAP sebahagian besarnya Cina dan PAS majoritinya Melayu-Islam. PKR mempunyai bilangan signifikan bukan Melayu tetapi sebahagian besarnya masih sebuah parti Melayu.
Kedua-dua parti yang berlawan telah mendapati sukarnya untuk mengoncangkan legasi politik berasaskan etnik.
Apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara empat tahun lalu, beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, akan tetapi golongan konservatif dalam Umno mengheret parti itu ke kanan dalam banyak isu.
Namun, rakyat biasa Malaysia muncul lebih mudah menyesuaikan diri dengan dunia yang berubah-ubah.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Anggota Tentera DiSeru Ikut Jejak Langkah Breg. Jen. (B) Najmi

Posted: 03 Apr 2013 08:11 PM PDT

PRU13 : Jalan rosak teruk di kawasan Perdana Menteri

Posted: 03 Apr 2013 08:07 PM PDT

Pasca Bubar : Media arus perdana serang Kelantan

Posted: 03 Apr 2013 08:05 PM PDT

PRU13 : Daftar Pemilih Pilihanraya Umum ke13 (DPPR) -SPR perlu telus.

Posted: 03 Apr 2013 07:47 PM PDT


Sehubungan dengan pengumuman pembubaran Parlimen semalam 3hb april 2013, maka di jangka SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam tempoh terdekat. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar daftar pemilih yang akan di gunapakai untuk PRU13  perlu di umumkan juga.


Oleh kerana daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir di gazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka saya ingin menarik perhatian SPR kepada daftar pemilih pilihanraya yang akan di gunakan untuk PRU13 ialah seharusnya merupakan DPI SK4 2012. Sekiranya ada berlaku pembersihan ke atas DPI tersebut, hanyalah pemotongan disebabkan kematian dan SPR mesti bersifat telus dengan menyenaraikan senarai pemilih yang sudah meninggal dunia yang nama mereka akan dipotong akibat pembersihan ini.

SPR juga perlu mengeluarkan daftar pemilih pilihanraya ini (DPPR) bersekali dengan pegumuman tarikh penamaan calon dan bukannya pada hari penamaan calon seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini.

Pihak Pakatan Rakyat juga ingin memberi isyarat supaya SPR tidak sewenang-wenangnya mengalihkan tempat mengundi buat pemilih seperti yang sudah-sudah.

Daftar pemilih yang akan digunapakai PRU13 ini merupakan antara faktor yang akan menjadi kayu ukur ketulusan dan juga integriti SPR. Rakyat sedang memerhati.
------------------
Fuziah Salleh
Calon Parlimen Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

Kelantan : Nasi bungkus untuk mesyuarat Exco

Posted: 03 Apr 2013 06:34 PM PDT


 NASI BUNGKUS... Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menikmati nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Sejak beberapa tahun lalu, Tuan Guru mengarahkan supaya mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang kerajaan negeri.

Gambar ini dirakamkan pagi semalam, sewaktu beliau bersarapan pagi kira-kira jam 10.35 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.

Semalam adalah mesyuarat exco terakhir untuk penggal ke-12 selepas Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri jam 10.36 pagi semalam.

Fitnah Khalid : Hamidah teruk di'grill' oleh peguam

Posted: 03 Apr 2013 06:33 PM PDT


SHAH ALAM: Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.

Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu".

Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.

Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pakatan kini lebih mantap bagi saingi BN - Hj Hadi

Posted: 03 Apr 2013 06:31 PM PDT


Abdul Hadi Awang
MARANG - Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan persediaan lebih baik berbanding PRU12 berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, Pas selesai membuat penyusunan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR), malah lebih baik daripada 2008 di mana PR berjaya mewujudkan gelombang tsunami dalam arena politik tanah air.

"Jentera parti bergerak sejak awal dan ditingkatkan sebaik pengumuman pembubaran," katanya.

Ketika ditanya kerusi akan ditandingi Pas, Abdul Hadi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Pas jangkakan bertanding 76 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi pada PRU13 berbanding 66 kerusi pada PRU12.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Nama calon PAS diumum serentak seluruh negara oleh Presiden

Posted: 03 Apr 2013 06:30 PM PDT


Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan nama-nama calon yang akan bertanding mewakili parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diumumkan secara serentak di seluruh negara oleh presiden parti.

Menurutnya, tiada sebarang tarikh rasmi dikeluarkan sehingga kini bagi menghebahkan nama calon kerana masih dalam rundingan.

"Tentang umum nama calon kita tak boleh pastikan lagi, mungkin selepas hebah manifesto PRU13 peringkat negeri baru senarai akan dikeluarkan.

"Mungkin minggu depan, tetapi kita hanya menunggu dan bergantung kepada tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti," katanya.

PRU13 boleh diadakan sebelum 28 Mei - SPR

Posted: 03 Apr 2013 06:28 PM PDT


PRU13 KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei berikutan pembubaran Dewan Rakyat semalam, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  
Beliau berkata tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dun Negeri Sembilan pada 28 Mac lepas.
  
"Kalau kira mulai 3 April hari ini, (tempoh 60 hari) akan habis 3 Jun, jadi ia sudah terlepas (tarikh pembubaran Dun) Negeri Sembilan. Maka perlu adakan (PRU-13) selewat-lewatnya 28 Mei," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi.
  
Ditanya mengenai bayangan tarikh penamaan calon dan pengundian, Abdul Aziz berkata: "Ada bayang-bayangnya tetapi tidak sesuai saya sebutkan di sini kerana perlu dibincangkan dengan panel-panel (SPR) yang lain."

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh PRU awal minggu depan

Posted: 03 Apr 2013 06:27 PM PDT


Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal minggu depan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menunggu surat makluman pembubaran daripada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negara.

"Kita kena menghormati keputusan (pembubaran). Ada negeri belum bubar Dun... kita tunggu makluman daripada speaker negeri masing-masing.

"Lagipun SPR ada beberapa perkara yang harus diselesaikan minggu ini. Jadi, mesyuarat khas akan diadakan awal minggu depan," kata beliau kepada Sinar Harian Online malam tadi.

Ketika dihubungi malam tadi, hanya Dewan Rakyat dan empat Dun telah sah dibubarkan.

Menjelang tengah malam dua lagi negeri membubarkan Dun.

Setakat tengah malam tadi, Dun Perlis, Melaka, Sabah, Perak, Pahang dan Terengganu sudah diisytiharkan pembubaran.

PRU13 : Umno yang maksum, Najib yang mukhlisin...

Posted: 03 Apr 2013 06:25 PM PDT

Oleh DR KHAIRUDDIN ABD MALIK

Ada pepatah Inggeris bermaksud " orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi


Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.
Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala?
Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.
Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.
Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.
Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.
Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.
Lagi senang nak jawab. PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.
Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Kehebatan calon dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia Baru

Posted: 03 Apr 2013 06:22 PM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wajah muram dan kelihatan sugul telah membubarkan Parlimen kelmarin untuk memberi laluan kepada PRU Ke-13 dalam suasana yang kelihatan tidak memihak kepada Umno/BN atas pelbagai isu.


Mengapa beliau bermuram durja ketika berucap membubarkan parlimen, tersasul pula menyebut 2012, pada hal 2013, adakah kerana tekanan para menteri, atau masalah dalam BN?

Dalam masa yang sama kelmarin, Pakatan Rakyat telah mengumumkan nama-nama besar calonnya untuk bertanding, di samping akan menyusul lagi pengumuman bakal calon Pakatan dari masa ke semasa.

Pemimpin Pakatan telah mengumum, setakat ini, dua jeneral bersara akan bertanding sebagai calon Parlimen di Johor Bahru dan  Baling Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat pengumuman dramatik bahawa bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang mengisytiharkan menyertai PAS baru-baru ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi!! TV3 EDIT Kenyataan Najib Salah Sebut Tarikh..

Posted: 03 Apr 2013 06:09 PM PDT

Pagi ini kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi pembubaran Parlimen.

Apa yang disebut oleh Najib ialah "Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012".

Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari April 2012 lagi..
Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir.
Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat naik kedalam laman YouTube..
Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja..


Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen..

PRU13 : P058 - Dr Muhammad Nur Manuty, Calon Keadilan Parlimen Bagan Serai

Posted: 03 Apr 2013 05:46 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Merdeka Rakyat Di Masai Johor

Posted: 03 Apr 2013 05:42 PM PDT

Justice For All

Justice For All


Apa Masalah Vivian Bergambar Bogel Di Facebook Dengan Bendera BN? Hendak Burukkan Parti?

Posted: 03 Apr 2013 08:58 PM PDT

Masih ingatkah lagi dengan pasangan warganegara Malaysia, Alvin dan Vivian, yang berbogel dan melakukan hubungan seks serta tanpa segan silu telah memuatnaik 'kisah cinta' mereka yang terlarang itu ke dalam laman sosial Facebook dan Youtube untuk tontonan umum. Semalam, Vivian sekali lagi melakukan kontroversi dengan bergambar bogel dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan "caption" "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!". Jika tindakannya ini bertujuan untuk mempromosikan parti, CTS rasa tindakan beliau salah. Ini lebih kepada satu usaha untuk mensabotaj Barisan Nasional. Tidak dapat dipastikan saam ada tindakan perempuan 'jalang' ini didalangi oleh Pakatan Haram yang mutakhir ini sering dikaitkan dengan gambar dan video lucah pemimpin-pemimpinnya.

KEMPEN GANAS PAKATAN DAH BERMULA.. NAJIB KENA "TEBANG" DI PENANG.

Posted: 03 Apr 2013 08:55 PM PDT

Kalau tak ganas, bukan pencacai Pakatan lah namanya beb.. Buktinya, korang tengok sendiri macam mana billboard Najib disabotaj oleh puak-puak pemuja Anwar tu semalam di Jawi, Nibong Tebal..

Gua awal-awal lagi dah kata.., geng Anwar akan pastikan kempen pilihanraya kali ni adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.. Dorang sengaja nak tunjuk negara ni tak aman dibawah Najib..

Cuba korang ingat pasal BERSIH hari tu.. Yang buat kacau adalah puak-puak Anwar tu semua sampai kereta Polis pun dorang hancurkan beb..

Bila negara luar tengok kita tak aman dan huru hara.., pentadbiran Najib akan dapat imej yang buruk.. Itu sekaligus akan membuatkan ekonomi kita tak stabil sebab pelabur pun takut nak buat bisnes kat sini..

So jangan heran kalau modus operandi yang sama masa BERSIH tu digunapakai untuk menimbulkan ketakutan pada rakyat pada PRU13 ni..

Yang gua sedia maklum, Anwar dan macai dia sanggup buat apa saja untuk penuhi nafsu serakah dorang.. Kalau belakang jantan pun Anwar sanggup redah.., apa lagi yang dia tak mampu buat beb? Lu fikirlah sendiri!!!

Debat PRU 13 (Pilihanraya Umum 13). Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Manifesto Anda Kepada Rakyat!

Posted: 03 Apr 2013 08:02 PM PDT

Debat PRU 13 : Parlimen sudah pun dibubarkan  semalam. Sekarang perjalanan untuk menentukan halatuju negara di bawah pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya  bakal ditentukan tidak lama sahaja lagi iaitu dijangka pada 27 April 2013 ini.
Manifesto Pakatan Rakyat sudah pun dibentangkan kepada rakyat (DI SINI), manakala Manifesto Barisan Nasional akan dibentangkan kepada rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini (6 April 2013). Jadi…
Jadi bagi setiap parti politik yang bakal bertanding samada "Pakatan Rakyat" ataupun "Barisan Nasional" ada bahan dan produk yang ingin ditawarkan kepada rakyat untuk mereka iaitu kepada anda, anda dan anda di sini membuat pilihan yang terbaik. Persoalannya sekarang, adakah "produk" dan "pelan pembangunan negara" yang ingin ditawarkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat
 Debat Pilihanraya Umum ke 13

SELEPAS MEMBUBAR PARLIMEN FASA KEDUA DS NAJIB LEBIH MENCABAR

Posted: 03 Apr 2013 07:59 PM PDT

Semalam 3 April 2012 jam 11.30 pagi bersamaan hari Rabu DS Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Pengumuman ini secara langsung telah menjawab soalan yang bermain dalam fikiran rakyat setiap hari yang tertanya-tanya bilakah Parlimen akan dibubarkan. Pengumuman yang dibuat secara langsung di RTM itu dilafazkan dengan penuh nada syukur, ikhlas dan tawadduk menyerah kembali kuasa ke tangan rakyat negara ini di samping memohon rahmat ke hadzrat Allah SWT. Hakikatnya empat tahun memikul tugas sebagai Perdana Menteri sebagai rakyat kita harus akui DS Najib cukup kuat bekerja dan jelas kelihatan keikhlasan beliau yang dicurahkan dengansepenuh jiwa dan sanubari. Hampir keseluruhan ceruk rantau pelusuk negara ini dijelajahnya dan tidak pernah tidak membawa berbagai buah tangan di samping lawatannya. Hampir semua kaum ditemui beliau. Hampir kesemua lapisan masyarakat beliau bersalaman baik yang kecil, remaja, tua dan muda. Jika diselami betul-betul dengan mata hati sesungguhnya penjelajahan beliau bukan setakat penjelajahan fizikal tetapi termasuk juga spiritual dan kerohanian seperti menemui ulamak besar di Mekah, Madinah, ulamak pondok-pondok di Kedah dan Kelantan sehingga ke Masjid Tabligh di Sri Petaling. Seri wajah beliau yang putih jernih dengan bibir yang merah jambu itu seperti tidak tahu letih dan kepenatan Itulah DS Najib yang sedang menghadapi cabaran baru kepemimpinan Malaysia abad ini. Sayangnya beliau sering diprovokasi politik pembangkang sehingga perkara yang tiada sengaja diada-adakan. Pegumuman pembubaran Parlimen oleh beliau boleh diertikan sebagai fasa pertama cabaran tindakan. DS Najib akan melalui satu lagi fasa kedua cabaran tindakan yang dikira lebih getir, sukar dan mencabar. Fasa kedua adalah terjemahan sikap beliau yang sebenar. Fasa kedua ini ialah untuk menamakan calun-calun yang bakal berganding dengan beliau di dalam mengharung masa depan politik negara ini. Fasa kedua ini lah yang bakal menentukan betul-betul kualiti kumpulan yang bagaimana yang akan dibawa bersama beliau untuk mengemudi bahtera rakyat Malaysia. Tidak dapat tidak, beliau mesti mengemukakan calun-calun yang 'solid', padu dan mantap untuk dipamirkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai dan seterusnya untuk rakyat mengundi calun pilihan beliau. Prof Dr Hamka pernah berkata 'untuk melihat siapa sebenar seseorang itu anda lihatlah siapa kawannya'. Tindakan ini bukan satu perkara yang mudah. Pertimbangan untuk memilih kawan, ketua parti dan 'winnable candidate' harus seimbang. Kadangkala kawan membawa rebah, kadangkala kawan membawa tuah dan kadangkala ketua parti hanya cantik di wajah. Mengambil contoh negeri kalah seperti Kedah, ramai pemerhati politik melihat ketua-ketua parti khasnya Ketua-ketua UMNO Bahagian terdiri dari 'sure loosing candidate' atau 'calun sahih kalah'. Mereka pernah kalah dalam PRU12 yang lepas ibarat stigma 'sial' melekat di badan. Mereka pernah cantas dan sabotaj rakan dalam PRU12 yang lepas ibarat 'hati busuk' masih bersyaitan di dada. Mereka pernah merasuah untuk menang dalam pemilihan parti ibarat 'pelacur politik' yang memperdagangkan diri untuk berkuasa. Hari ini mereka-mereka inilah yang sedang berkuasa di kawasan. Mereka sombong mendabik dada menyorong pipi untuk dipilih sebagai calun walaupun sedar hidung mereka sebenarnya tidak mancung. Sekarang pun telah kedengaran suara-suara ugutan di kalangan penyokong tegar mereka "tak dapat kepala telinga aku pulas" jika taiko atau ketua mereka tidak dipilih sebagai calun dalam PRU nanti. Malah ada yang lebih rela kalah kerana dapat menikmati kesedapan imbuhan jawatan Penyelaras Parlimen atau DUN. Fasa kedua ini dilihat lebih mencabar kepada DS Najib kerana realiti cabaran nya ialah dari dalam parti beliau sendiri bukannya dari parti lawan. Berbagai tindakan halus boleh dilakukan oleh pembelot-pembelot ini dari dalam ibarat menanam tebu dibibir mulut. Ada di kalangan mereka yang sudah terkenal sebagai kaki sabotaj malah cukup mahir melakukan kerja-kerja kotor itu tetapi masih gagah kerana sukar diambil tindakan. Mereka ini mampu melumpuhkan seluruh jentera parti di peringkat akar umbi secara terancang dan cukup licik lebih hebat dari lanun-lanun Jamalul Kiram yang menceroboh Lahad Datu. Adalah lebih baik pembelot-pembelot ini dikuburkan sahaja 'once for all' di dalam medan PRU13 ini. Biar mereka terkapar-kapar berguling garak bersama Anwar Ibrahim daripada hidup memakan kawan bagai gunting dalam lipatan. Realitinya dalam masa 4 tahun DS Najib telah melakukan segala tanggung jawabnya malah melebihi bapa beliau sendiri Almarhum Tun Razak


Rosmah dah siap-siap berkemas !

Posted: 03 Apr 2013 09:39 AM PDT

Rosmah merupakan suri rumah paling sibuk hari ini kerana mengemas-ngemas hak peribadinya masuk ke dalam beberapa kontena.Pakaian Dalam satu kontena......

Beg Tangan satu konten .....

Kasut satu kontena.....

Baju Rock satu kontena .....

Barang-barang Hiasan  satu kontena  ....... Rambut Palsu, Bulu Mata palsu ....

Seorang pembantunya ternampak satu kotak kecil yang terbuka berada diatas tepi katil tidur lalu dia pun bertanya :

"Puan Seri, kenapa kotak kecil ini kosong?"

Rosmah : Itu kotak telor Najib.Dia dah ambil pagi-pagi tadi dan terus keluar....

Hmm... baru ku tau kisahnya... Utusan Meloya melaporakan ~ Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13. 
Najib dijadualkan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dan akan mengadakan ucapan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi.

Persepakatan BN lebih elok - Ulama Pondok

Posted: 03 Apr 2013 07:25 AM PDT


Ulama, tok guru dan NGO Islam Kelantan menyatakan perjuangan PAS sudah kufir tapi tidak menghukum 


Tahaluf siyasi BN adalah yang paling ideal

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN dan KHAIRULANUAR YAHYA

KUALA LUMPUR 2 April - Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap sudah lari daripada landasan asal.

Rata-rata mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Berbanding Barisan Nasional, tahaluf siyasi (kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Malah, mereka turut mendakwa pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula.

Ini dakwa mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi.

Lebih buruk kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh menjadi perdana menteri.

Antara ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Genting, Abdullah Saámah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang; Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mohd. Sah. - 
Laporan Langsung Utusan Online

Anwar SAH Lepaskan Permatang Pauh, Bayangkan Akan Ke Perak

Posted: 03 Apr 2013 05:30 AM PDT

PETALING JAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.
Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.
Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.
"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.
"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

Betulkah Rita Rudaini Ditaja Datuk S?

Posted: 03 Apr 2013 04:08 AM PDT

Masih belum selesai kisah konflik rumahtangga dengan pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan, kini timbul pula khabar angin mengatakan Rita Rudaini kini ditaja oleh seorang lelaki yang berpangkat Datuk.
Rita menafikannya dan mengatakan tuduhan ini berbangkit sejurus selepas ada pihak yang bingung dengan penggunaan nama RS terhadap jenama produknya itu.
Ura-ura ini timbul selepas Rita mengeluarkan sebuah produk RS Collagen dan banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya.
"Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha.
Rita turut mengatakan bahawa dia sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya.
"Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja," katanya yang dipetik menerusi portal Murai.

PKR Lembah Pantai Edar Borang Daftar Undi Palsu?

Posted: 03 Apr 2013 02:31 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk.

Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR.

"Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat.