RAKYAT MARHAEN |
- PRU13: Tok Mun Bertanding Lagi Pada Usia 94 Tahun
- PRU13 : Apa gunanya Anwar lari ke Perak?
- GE13 : An Appeal to the NEXT Prime Minister of Malaysia - lawyers group
- GE13 : Is the world coming to an end?
- GE13 : 'Give us intelligent, rational new candidates’
- PRU13 : Anwar isytihar senarai penuh calon Keadilan Perak malam ini
- PRU13 : Tarikh pengumuman senarai penuh calon KEADILAN
- PRU13 : Siap siaga, yakin turun gelanggang
- PRU13: Muslimat PAS sasar kumpul RM200,000 untuk jentera
- PRU13 akan menjadi ‘referendum kepada politik perkauman’
- PRU13 : Anggota Tentera DiSeru Ikut Jejak Langkah Breg. Jen. (B) Najmi
- PRU13 : Jalan rosak teruk di kawasan Perdana Menteri
- Pasca Bubar : Media arus perdana serang Kelantan
- PRU13 : Daftar Pemilih Pilihanraya Umum ke13 (DPPR) -SPR perlu telus.
- Kelantan : Nasi bungkus untuk mesyuarat Exco
- Fitnah Khalid : Hamidah teruk di'grill' oleh peguam
- PRU13: Pakatan kini lebih mantap bagi saingi BN - Hj Hadi
- PRU13: Nama calon PAS diumum serentak seluruh negara oleh Presiden
- PRU13 boleh diadakan sebelum 28 Mei - SPR
- PRU13 : Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh PRU awal minggu depan
- PRU13 : Umno yang maksum, Najib yang mukhlisin...
- PRU13 : Kehebatan calon dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia Baru
- Kantoi!! TV3 EDIT Kenyataan Najib Salah Sebut Tarikh..
- PRU13 : P058 - Dr Muhammad Nur Manuty, Calon Keadilan Parlimen Bagan Serai
- Anwar Ibrahim: Ceramah Merdeka Rakyat Di Masai Johor
PRU13: Tok Mun Bertanding Lagi Pada Usia 94 Tahun Posted: 03 Apr 2013 09:07 PM PDT KUALA TERENGGANU: Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi. Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi. Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi. | ||
PRU13 : Apa gunanya Anwar lari ke Perak? Posted: 03 Apr 2013 08:42 PM PDT Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak. Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh. Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak. Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut. Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir. Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang. Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu. Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan. Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu. Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol. Read More / Baca Lagi >> | ||
GE13 : An Appeal to the NEXT Prime Minister of Malaysia - lawyers group Posted: 03 Apr 2013 08:39 PM PDT Dear Prime Minister, We are writing to you as a Malaysian human rights organisation concerned with the death of C. Sugumar on 23 January 2013. As you would no doubt agree, the circumstances surrounding his death were appalling and very serious: he was chased by a group of uniformed policemen; he was quickly overpowered and handcuffed but in the process, a mob assaulted and stripped him naked and a policeman also smeared his face with turmeric. While he was facing down on the ground with his hands cuffed to his back, a policeman stepped on his neck until he stopped struggling. He died and no attempt was made to resuscitate him nor was any medical attention given to him. The PDRM have now made the incredible claim that they are not responsible for his death nor have any of their personnel committed any criminal offence because the post-mortem showed Sugumar died from a heart attack. This is not surprising as PDRM do have a terrible history of cover up and denial of responsibility, see for example, the death in custody of A. Kugan and police shooting of 15-year-old Aminulrasyid. In the long road from political independence to a modern democratic Malaysia, we seem to have lost our way and have allowed such a public display of state violence, to pass with impunity and without justice. This tragic incident is a serious blot and reminder on how far we are from the Malaysia we aspire. | ||
GE13 : Is the world coming to an end? Posted: 03 Apr 2013 08:37 PM PDT This piece is not about GE13 but about greed which has become an epidemic in this modern society. But you prefer the life of this world, even though the Hereafter is better and more enduring – Surat al-Ala 87:16-17 In the advent of elections, I was amused with the April Fool prank in FMT on April 1. The headline said: 'Parliament Dissolved!' and the author's name was April Fool spelt in reverse. I guess people are getting quite lethargic of waiting for GE13, that Malaysians have gone very innovative and modelled it into some kind of a joke to chuckle ourselves. Oh well ! There is really nothing else to be done, except to watch all the "songs and dances" that are being performed by the politician performers and their beneficiaries who are all "yang sewaktu dengannya". The most befitting phrase would be Shakespeare's, "The world's a stage and we are all actors in the play." This piece is not about GE13 because that's been written to death – but about greed which has become an epidemic in this modern society. An epidemic which has affected most leaders at the helm, causing a chronic sickness in the society we currently live in. I recall my not-so-recent conversation with the VC of University Malaya, Tan Sri Gauth Jasmon, (and I sincerely thank him for this ) who relayed to me that "if people knew that their prayers are better off answered in the Hereafter, they wouldn't want their prayers to be answered in this temporary life". That remark left me in awe and got immediately etched in a small corner of my brain. I then started to ponder on how true it was. Since then, there was no turning back. ( Red Pill, Blue Pill syndrome in The Matrix ). Read More / Baca Lagi >> | ||
GE13 : 'Give us intelligent, rational new candidates’ Posted: 03 Apr 2013 08:36 PM PDT In the context of continuity and change, it must be remembered that 'change does not happen in any radical way,' says an academician. Associate professor for the Contemporary Islam Programme at Nanyang Technological University, Dr Farish A Noor said it was vital to remember that "change does not happen in any radical way". Farish, a Malaysian, was responding to Prime Minister Najib Tun Razak's dissolution of the Dewan Rakyat yesterday. Farish was asked to share his views on how important it was for Malaysia to have political continuity and economic stability. Whenever politicians talk of continuity and change, Farish pointed out: "We need to remember that change does not happen in any radical way. | ||
PRU13 : Anwar isytihar senarai penuh calon Keadilan Perak malam ini Posted: 03 Apr 2013 08:20 PM PDT IPOH – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai penuh calon parti yang akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), malam ini. Pengumuman yang akan dibuat di satu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik itu juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila Perak, menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon. Ia juga dikatakan sebagai simbolik kepada kesediaan Ketua Pembangkang itu bertanding di salah satu kerusi di negeri yang pernah mencatat krisis konflik perebutan pimpinan pentadbiran kerajaan negeri. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman di Gerik adalah sebagai isyarat bahawa PR sudah bersedia menggempur kawasan Utara Perak yang selama ini merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN). | ||
PRU13 : Tarikh pengumuman senarai penuh calon KEADILAN Posted: 03 Apr 2013 08:17 PM PDT KUALA LUMPUR 4 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai penuh calon KEADILAN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) secara berperingkat bermula malam ini.Pengumuman itu akan dibuat Ketua Umum sempena siri Jelajah Merdeka Rakyat selepas pembubaran Parlimen semalam. Jadual jelajah sembilan hari berturut-turut itu seperti berikut: 4 April (Khamis) – Perak di Gerik (11 malam) 5 April (Jumaat) - Pulau Pinang di Batu Maung (11 malam) 6 April (Sabtu) – Kelantan di Tanah Merah (9.30 malam) 7 April (Ahad) – Perlis di Kuala Perlis (8.30 malam) dan Kedah di Merbuk (11 malam) 8 April (Isnin) - Negeri Sembilan (tempat akan dimaklumkan) (8.30 malam), Melaka di Ibu Pejabat Negeri (10 malam) dan Johor di Muar (11 malam) 9 April (Selasa) – Pahang di Kuantan (9 malam) dan Terengganu di Kemaman (11 malam) 10 April (Rabu) – Selangor dan Wilayah Persekutuan (tempat dan waktu akan dimaklumkan) 11 April (Khamis) – Sarawak di Petra Jaya, Kucing (waktu akan dimaklumkan) 12 April (Jumaat) – Sabah di Sandakan (waktu akan dimaklumkan) | ||
PRU13 : Siap siaga, yakin turun gelanggang Posted: 03 Apr 2013 08:16 PM PDT
Semasa mengisytiharkan calon PRU13 untuk tiga kerusi Parlimen, iaitu Titiwangsa, Baling dan Temerloh, serta mengumumkan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran menyertai PAS, di pusat media, Pejabat Agung PAS, pagi 24 April lalu, saya perhatikan wajah Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam mood cukup ceria dan menyenangkan. Sesekali Tok Guru Presiden berjenaka, memberi respons mudah, disambut Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, juga disulami elemen humor. Soalan wartawan dijawab tenang walaupun ada rakan-rakan media cuba menimbulkan sedikit provokasi.Biasalah situasi sebegitu. Perang hampir bermula. Kesilapan kecil boleh mengundang padah. Setiap gerak, aksi dan bicara pemimpin oposisi sentiasa diteliti dan diteropong dari dekat. Silap mengatur langkah, terlanjur memberi pendapat ... segalanya boleh dijadikan perangkap. Apa pun saya lebih terkesan dengan keyakinan tinggi yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi; azimat terbaik buat aktivis parti melangkah turun ke gelanggang. Tidak mudah mengharung "ibu segala pilihan raya" .... Kempen kali ini menjanjikan hanya mereka yang terbaik sahaja -- selain mengelak 'kesalahan bodoh' -- bakal menang. PAS yang berdepan kompleksiti pengundi Melayu dan 'kekuatan' Umno sebagai tonggak BN, terpaksa memikul beban lebih besar dan mencabar berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. | ||
PRU13: Muslimat PAS sasar kumpul RM200,000 untuk jentera Posted: 03 Apr 2013 08:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengalu-alukan ahli korporat, usahawan, individu ke program `Hi Tea Muslimat' untuk mengumpul dana khas calon-calon Muslimat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Dewan Muslimat mensasarkan sumbangan sebanyak RM200,000 untuk membantu gerak kerja 22 orang calon Muslimat yang bertanding di Parlimen dan Dun seluruh Malaysia. Menurut beliau, Hi Tea Dewan Muslimat itu akan diadakan pada 7 April dengan sumbangan satu kerusi berjumlah RM1,000 atau sumbangan boleh dibuat secara perkongsian. Beliau yakin muslimat PAS kreatif dan mampu untuk mencari sumbangan bagi mengisi dana pilihan raya untuk calon-calon Muslimat. Hi Tea tertutup DMMP itu akan diadakan di Astana Era Mewah, Lot 2896, Jalan Paya Jaras Tengah, Pinggiran Sungai Buloh, Seksyen U19 Shah Alam bermula jam 2.30 petang. | ||
PRU13 akan menjadi ‘referendum kepada politik perkauman’ Posted: 03 Apr 2013 08:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 April — Pilihan Raya 2013 bukan sahaja dijangka menjadi paling sengit dalam sejarah akan tetapi akan menyaksikan sama ada pengundi memilih untuk meneruskan polisi berdasarkan etnik atau menamatkan politik berasaskan kaum, kata rakyat biasa Malaysia dan penganalisis. Dalam laporan New York Times sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen, politik berasaskan kaum Malaysia digambarkan sebagai ketinggalan zaman berdasarkan temu bual dengan orang muda Malaysia dan penganalisis politik. "Ini adalah referendum kepada politik berasaskan kaum," kata Ibrahim Suffian (gambar), pengarah agensi tinjauan bebas Merdeka Center. "Gabungan pemerintah terus berhujah sistem sedia ada membawa kestabilan. Pembangkang lebih banyak bercakap tentang politik berasaskan kelas, bukan kaum." Barisan Nasional (BN) sebahagian besarnya terdiri daripada parti-parti politik berasaskan kaum, tiga parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) pula terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Tetapi pengkritik menegaskan pihak PR juga secara umumnya berasaskan kaum, dengan DAP sebahagian besarnya Cina dan PAS majoritinya Melayu-Islam. PKR mempunyai bilangan signifikan bukan Melayu tetapi sebahagian besarnya masih sebuah parti Melayu. Kedua-dua parti yang berlawan telah mendapati sukarnya untuk mengoncangkan legasi politik berasaskan etnik. Apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara empat tahun lalu, beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, akan tetapi golongan konservatif dalam Umno mengheret parti itu ke kanan dalam banyak isu. Namun, rakyat biasa Malaysia muncul lebih mudah menyesuaikan diri dengan dunia yang berubah-ubah. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Anggota Tentera DiSeru Ikut Jejak Langkah Breg. Jen. (B) Najmi Posted: 03 Apr 2013 08:11 PM PDT | ||
PRU13 : Jalan rosak teruk di kawasan Perdana Menteri Posted: 03 Apr 2013 08:07 PM PDT | ||
Pasca Bubar : Media arus perdana serang Kelantan Posted: 03 Apr 2013 08:05 PM PDT | ||
PRU13 : Daftar Pemilih Pilihanraya Umum ke13 (DPPR) -SPR perlu telus. Posted: 03 Apr 2013 07:47 PM PDT Sehubungan dengan pengumuman pembubaran Parlimen semalam 3hb april 2013, maka di jangka SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam tempoh terdekat. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar daftar pemilih yang akan di gunapakai untuk PRU13 perlu di umumkan juga. Oleh kerana daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir di gazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka saya ingin menarik perhatian SPR kepada daftar pemilih pilihanraya yang akan di gunakan untuk PRU13 ialah seharusnya merupakan DPI SK4 2012. Sekiranya ada berlaku pembersihan ke atas DPI tersebut, hanyalah pemotongan disebabkan kematian dan SPR mesti bersifat telus dengan menyenaraikan senarai pemilih yang sudah meninggal dunia yang nama mereka akan dipotong akibat pembersihan ini. SPR juga perlu mengeluarkan daftar pemilih pilihanraya ini (DPPR) bersekali dengan pegumuman tarikh penamaan calon dan bukannya pada hari penamaan calon seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini. Pihak Pakatan Rakyat juga ingin memberi isyarat supaya SPR tidak sewenang-wenangnya mengalihkan tempat mengundi buat pemilih seperti yang sudah-sudah. Daftar pemilih yang akan digunapakai PRU13 ini merupakan antara faktor yang akan menjadi kayu ukur ketulusan dan juga integriti SPR. Rakyat sedang memerhati. ------------------ Fuziah Salleh Calon Parlimen Kuantan, Malaysia. PKR National Vice President | ||
Kelantan : Nasi bungkus untuk mesyuarat Exco Posted: 03 Apr 2013 06:34 PM PDT NASI BUNGKUS... Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menikmati nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain. Sejak beberapa tahun lalu, Tuan Guru mengarahkan supaya mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang kerajaan negeri. Gambar ini dirakamkan pagi semalam, sewaktu beliau bersarapan pagi kira-kira jam 10.35 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat exco. Semalam adalah mesyuarat exco terakhir untuk penggal ke-12 selepas Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri jam 10.36 pagi semalam. | ||
Fitnah Khalid : Hamidah teruk di'grill' oleh peguam Posted: 03 Apr 2013 06:33 PM PDT SHAH ALAM: Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam. Read More / Baca Lagi >>Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk " Umat Islam Perlu Bersatu". Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam. Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan. Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad. | ||
PRU13: Pakatan kini lebih mantap bagi saingi BN - Hj Hadi Posted: 03 Apr 2013 06:31 PM PDT MARANG - Pas menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan persediaan lebih baik berbanding PRU12 berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, Pas selesai membuat penyusunan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR), malah lebih baik daripada 2008 di mana PR berjaya mewujudkan gelombang tsunami dalam arena politik tanah air. "Jentera parti bergerak sejak awal dan ditingkatkan sebaik pengumuman pembubaran," katanya. Ketika ditanya kerusi akan ditandingi Pas, Abdul Hadi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Pas jangkakan bertanding 76 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi pada PRU13 berbanding 66 kerusi pada PRU12. | ||
PRU13: Nama calon PAS diumum serentak seluruh negara oleh Presiden Posted: 03 Apr 2013 06:30 PM PDT Menurutnya, tiada sebarang tarikh rasmi dikeluarkan sehingga kini bagi menghebahkan nama calon kerana masih dalam rundingan. "Tentang umum nama calon kita tak boleh pastikan lagi, mungkin selepas hebah manifesto PRU13 peringkat negeri baru senarai akan dikeluarkan. "Mungkin minggu depan, tetapi kita hanya menunggu dan bergantung kepada tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti," katanya. | ||
PRU13 boleh diadakan sebelum 28 Mei - SPR Posted: 03 Apr 2013 06:28 PM PDT Beliau berkata tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dun Negeri Sembilan pada 28 Mac lepas. "Kalau kira mulai 3 April hari ini, (tempoh 60 hari) akan habis 3 Jun, jadi ia sudah terlepas (tarikh pembubaran Dun) Negeri Sembilan. Maka perlu adakan (PRU-13) selewat-lewatnya 28 Mei," katanya. Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi. Ditanya mengenai bayangan tarikh penamaan calon dan pengundian, Abdul Aziz berkata: "Ada bayang-bayangnya tetapi tidak sesuai saya sebutkan di sini kerana perlu dibincangkan dengan panel-panel (SPR) yang lain." | ||
PRU13 : Mesyuarat khas SPR tentukan tarikh PRU awal minggu depan Posted: 03 Apr 2013 06:27 PM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal minggu depan. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih menunggu surat makluman pembubaran daripada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negara. "Kita kena menghormati keputusan (pembubaran). Ada negeri belum bubar Dun... kita tunggu makluman daripada speaker negeri masing-masing. "Lagipun SPR ada beberapa perkara yang harus diselesaikan minggu ini. Jadi, mesyuarat khas akan diadakan awal minggu depan," kata beliau kepada Sinar Harian Online malam tadi. Ketika dihubungi malam tadi, hanya Dewan Rakyat dan empat Dun telah sah dibubarkan. Menjelang tengah malam dua lagi negeri membubarkan Dun. Setakat tengah malam tadi, Dun Perlis, Melaka, Sabah, Perak, Pahang dan Terengganu sudah diisytiharkan pembubaran. | ||
PRU13 : Umno yang maksum, Najib yang mukhlisin... Posted: 03 Apr 2013 06:25 PM PDT Oleh DR KHAIRUDDIN ABD MALIK Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR. Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas. Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan! Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik. Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR. Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib. Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain. Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina. Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak. Lagi senang nak jawab. PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi. Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko! Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Kehebatan calon dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia Baru Posted: 03 Apr 2013 06:22 PM PDT Oleh Abd Shukur Harun Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wajah muram dan kelihatan sugul telah membubarkan Parlimen kelmarin untuk memberi laluan kepada PRU Ke-13 dalam suasana yang kelihatan tidak memihak kepada Umno/BN atas pelbagai isu. Mengapa beliau bermuram durja ketika berucap membubarkan parlimen, tersasul pula menyebut 2012, pada hal 2013, adakah kerana tekanan para menteri, atau masalah dalam BN? Dalam masa yang sama kelmarin, Pakatan Rakyat telah mengumumkan nama-nama besar calonnya untuk bertanding, di samping akan menyusul lagi pengumuman bakal calon Pakatan dari masa ke semasa. Pemimpin Pakatan telah mengumum, setakat ini, dua jeneral bersara akan bertanding sebagai calon Parlimen di Johor Bahru dan Baling Kedah. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat pengumuman dramatik bahawa bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang mengisytiharkan menyertai PAS baru-baru ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kantoi!! TV3 EDIT Kenyataan Najib Salah Sebut Tarikh.. Posted: 03 Apr 2013 06:09 PM PDT Pagi ini kecoh 1Malaysia bilamana Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersalah menyebut tahun bagi pembubaran Parlimen. Apa yang disebut oleh Najib ialah "Pada pagi ini, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenaan supaya parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2012". Beliau menyebut tahun ini sebagai 2012 bukannya 2013 dan ada pihak yang mendakwa skrip yang dibaca oleh Najib itu telah disediakan sejak dari April 2012 lagi.. Tetapi oleh kerana terlalu banyak isu melibatkan pentadbiran beliau dan beliau sendiri yang didedahkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR.. Najib terpaksa menangguhkan pembubaran hingga kesaat-saat akhir. Pengumuman pembubaran oleh Najib itu telah disiarkan oleh boleh dikatakan seluruh media elektronik, ianya telah ditonton dan didengar oleh jutaan rakyat Malaysia dan ramai individu telah merakam dan memuat naik kedalam laman YouTube.. Namun begitu ramai juga yang tidak menyedari akan kesilapan tahun yang disebut oleh Najib itu dan ramai yang mula menyedarinya bilamana perkara ini dimainkan oleh kebanyakkan Blog Pro Pakatan Rakyat. Bagaimanapun pihak TV3 yang menyiarkan rakaman tersebut masih cuba untuk menyelamatkan Najib dan dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sumber maklumatnya hanyalah Utusan dan TV3 sahaja.. Untuk tujuan itu TV3 telah memotong tahun yang disebut oleh Najib ketika mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.. | ||
PRU13 : P058 - Dr Muhammad Nur Manuty, Calon Keadilan Parlimen Bagan Serai Posted: 03 Apr 2013 05:46 PM PDT | ||
Anwar Ibrahim: Ceramah Merdeka Rakyat Di Masai Johor Posted: 03 Apr 2013 05:42 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan