Justice For All |
- Apa Masalah Vivian Bergambar Bogel Di Facebook Dengan Bendera BN? Hendak Burukkan Parti?
- KEMPEN GANAS PAKATAN DAH BERMULA.. NAJIB KENA "TEBANG" DI PENANG.
- Debat PRU 13 (Pilihanraya Umum 13). Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Manifesto Anda Kepada Rakyat!
- SELEPAS MEMBUBAR PARLIMEN FASA KEDUA DS NAJIB LEBIH MENCABAR
- Rosmah dah siap-siap berkemas !
- Persepakatan BN lebih elok - Ulama Pondok
- Anwar SAH Lepaskan Permatang Pauh, Bayangkan Akan Ke Perak
- Betulkah Rita Rudaini Ditaja Datuk S?
- PKR Lembah Pantai Edar Borang Daftar Undi Palsu?
Apa Masalah Vivian Bergambar Bogel Di Facebook Dengan Bendera BN? Hendak Burukkan Parti? Posted: 03 Apr 2013 08:58 PM PDT Masih ingatkah lagi dengan pasangan warganegara Malaysia, Alvin dan Vivian, yang berbogel dan melakukan hubungan seks serta tanpa segan silu telah memuatnaik 'kisah cinta' mereka yang terlarang itu ke dalam laman sosial Facebook dan Youtube untuk tontonan umum. Semalam, Vivian sekali lagi melakukan kontroversi dengan bergambar bogel dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan "caption" "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!". Jika tindakannya ini bertujuan untuk mempromosikan parti, CTS rasa tindakan beliau salah. Ini lebih kepada satu usaha untuk mensabotaj Barisan Nasional. Tidak dapat dipastikan saam ada tindakan perempuan 'jalang' ini didalangi oleh Pakatan Haram yang mutakhir ini sering dikaitkan dengan gambar dan video lucah pemimpin-pemimpinnya. | ||
KEMPEN GANAS PAKATAN DAH BERMULA.. NAJIB KENA "TEBANG" DI PENANG. Posted: 03 Apr 2013 08:55 PM PDT Kalau tak ganas, bukan pencacai Pakatan lah namanya beb.. Buktinya, korang tengok sendiri macam mana billboard Najib disabotaj oleh puak-puak pemuja Anwar tu semalam di Jawi, Nibong Tebal.. Gua awal-awal lagi dah kata.., geng Anwar akan pastikan kempen pilihanraya kali ni adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.. Dorang sengaja nak tunjuk negara ni tak aman dibawah Najib.. Cuba korang ingat pasal BERSIH hari tu.. Yang buat kacau adalah puak-puak Anwar tu semua sampai kereta Polis pun dorang hancurkan beb.. Bila negara luar tengok kita tak aman dan huru hara.., pentadbiran Najib akan dapat imej yang buruk.. Itu sekaligus akan membuatkan ekonomi kita tak stabil sebab pelabur pun takut nak buat bisnes kat sini.. So jangan heran kalau modus operandi yang sama masa BERSIH tu digunapakai untuk menimbulkan ketakutan pada rakyat pada PRU13 ni.. Yang gua sedia maklum, Anwar dan macai dia sanggup buat apa saja untuk penuhi nafsu serakah dorang.. Kalau belakang jantan pun Anwar sanggup redah.., apa lagi yang dia tak mampu buat beb? Lu fikirlah sendiri!!! | ||
Posted: 03 Apr 2013 08:02 PM PDT Debat PRU 13 : Parlimen sudah pun dibubarkan semalam. Sekarang perjalanan untuk menentukan halatuju negara di bawah pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya bakal ditentukan tidak lama sahaja lagi iaitu dijangka pada 27 April 2013 ini. Manifesto Pakatan Rakyat sudah pun dibentangkan kepada rakyat (DI SINI), manakala Manifesto Barisan Nasional akan dibentangkan kepada rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini (6 April 2013). Jadi… Jadi bagi setiap parti politik yang bakal bertanding samada "Pakatan Rakyat" ataupun "Barisan Nasional" ada bahan dan produk yang ingin ditawarkan kepada rakyat untuk mereka iaitu kepada anda, anda dan anda di sini membuat pilihan yang terbaik. Persoalannya sekarang, adakah "produk" dan "pelan pembangunan negara" yang ingin ditawarkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat | ||
SELEPAS MEMBUBAR PARLIMEN FASA KEDUA DS NAJIB LEBIH MENCABAR Posted: 03 Apr 2013 07:59 PM PDT Semalam 3 April 2012 jam 11.30 pagi bersamaan hari Rabu DS Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Pengumuman ini secara langsung telah menjawab soalan yang bermain dalam fikiran rakyat setiap hari yang tertanya-tanya bilakah Parlimen akan dibubarkan. Pengumuman yang dibuat secara langsung di RTM itu dilafazkan dengan penuh nada syukur, ikhlas dan tawadduk menyerah kembali kuasa ke tangan rakyat negara ini di samping memohon rahmat ke hadzrat Allah SWT. Hakikatnya empat tahun memikul tugas sebagai Perdana Menteri sebagai rakyat kita harus akui DS Najib cukup kuat bekerja dan jelas kelihatan keikhlasan beliau yang dicurahkan dengansepenuh jiwa dan sanubari. Hampir keseluruhan ceruk rantau pelusuk negara ini dijelajahnya dan tidak pernah tidak membawa berbagai buah tangan di samping lawatannya. Hampir semua kaum ditemui beliau. Hampir kesemua lapisan masyarakat beliau bersalaman baik yang kecil, remaja, tua dan muda. Jika diselami betul-betul dengan mata hati sesungguhnya penjelajahan beliau bukan setakat penjelajahan fizikal tetapi termasuk juga spiritual dan kerohanian seperti menemui ulamak besar di Mekah, Madinah, ulamak pondok-pondok di Kedah dan Kelantan sehingga ke Masjid Tabligh di Sri Petaling. Seri wajah beliau yang putih jernih dengan bibir yang merah jambu itu seperti tidak tahu letih dan kepenatan Itulah DS Najib yang sedang menghadapi cabaran baru kepemimpinan Malaysia abad ini. Sayangnya beliau sering diprovokasi politik pembangkang sehingga perkara yang tiada sengaja diada-adakan. Pegumuman pembubaran Parlimen oleh beliau boleh diertikan sebagai fasa pertama cabaran tindakan. DS Najib akan melalui satu lagi fasa kedua cabaran tindakan yang dikira lebih getir, sukar dan mencabar. Fasa kedua adalah terjemahan sikap beliau yang sebenar. Fasa kedua ini ialah untuk menamakan calun-calun yang bakal berganding dengan beliau di dalam mengharung masa depan politik negara ini. Fasa kedua ini lah yang bakal menentukan betul-betul kualiti kumpulan yang bagaimana yang akan dibawa bersama beliau untuk mengemudi bahtera rakyat Malaysia. Tidak dapat tidak, beliau mesti mengemukakan calun-calun yang 'solid', padu dan mantap untuk dipamirkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai dan seterusnya untuk rakyat mengundi calun pilihan beliau. Prof Dr Hamka pernah berkata 'untuk melihat siapa sebenar seseorang itu anda lihatlah siapa kawannya'. Tindakan ini bukan satu perkara yang mudah. Pertimbangan untuk memilih kawan, ketua parti dan 'winnable candidate' harus seimbang. Kadangkala kawan membawa rebah, kadangkala kawan membawa tuah dan kadangkala ketua parti hanya cantik di wajah. Mengambil contoh negeri kalah seperti Kedah, ramai pemerhati politik melihat ketua-ketua parti khasnya Ketua-ketua UMNO Bahagian terdiri dari 'sure loosing candidate' atau 'calun sahih kalah'. Mereka pernah kalah dalam PRU12 yang lepas ibarat stigma 'sial' melekat di badan. Mereka pernah cantas dan sabotaj rakan dalam PRU12 yang lepas ibarat 'hati busuk' masih bersyaitan di dada. Mereka pernah merasuah untuk menang dalam pemilihan parti ibarat 'pelacur politik' yang memperdagangkan diri untuk berkuasa. Hari ini mereka-mereka inilah yang sedang berkuasa di kawasan. Mereka sombong mendabik dada menyorong pipi untuk dipilih sebagai calun walaupun sedar hidung mereka sebenarnya tidak mancung. Sekarang pun telah kedengaran suara-suara ugutan di kalangan penyokong tegar mereka "tak dapat kepala telinga aku pulas" jika taiko atau ketua mereka tidak dipilih sebagai calun dalam PRU nanti. Malah ada yang lebih rela kalah kerana dapat menikmati kesedapan imbuhan jawatan Penyelaras Parlimen atau DUN. Fasa kedua ini dilihat lebih mencabar kepada DS Najib kerana realiti cabaran nya ialah dari dalam parti beliau sendiri bukannya dari parti lawan. Berbagai tindakan halus boleh dilakukan oleh pembelot-pembelot ini dari dalam ibarat menanam tebu dibibir mulut. Ada di kalangan mereka yang sudah terkenal sebagai kaki sabotaj malah cukup mahir melakukan kerja-kerja kotor itu tetapi masih gagah kerana sukar diambil tindakan. Mereka ini mampu melumpuhkan seluruh jentera parti di peringkat akar umbi secara terancang dan cukup licik lebih hebat dari lanun-lanun Jamalul Kiram yang menceroboh Lahad Datu. Adalah lebih baik pembelot-pembelot ini dikuburkan sahaja 'once for all' di dalam medan PRU13 ini. Biar mereka terkapar-kapar berguling garak bersama Anwar Ibrahim daripada hidup memakan kawan bagai gunting dalam lipatan. Realitinya dalam masa 4 tahun DS Najib telah melakukan segala tanggung jawabnya malah melebihi bapa beliau sendiri Almarhum Tun Razak | ||
Rosmah dah siap-siap berkemas ! Posted: 03 Apr 2013 09:39 AM PDT Rosmah merupakan suri rumah paling sibuk hari ini kerana mengemas-ngemas hak peribadinya masuk ke dalam beberapa kontena.Pakaian Dalam satu kontena...... Beg Tangan satu konten ..... Kasut satu kontena..... Baju Rock satu kontena ..... Barang-barang Hiasan satu kontena ....... Rambut Palsu, Bulu Mata palsu .... Seorang pembantunya ternampak satu kotak kecil yang terbuka berada diatas tepi katil tidur lalu dia pun bertanya : "Puan Seri, kenapa kotak kecil ini kosong?" Rosmah : Itu kotak telor Najib.Dia dah ambil pagi-pagi tadi dan terus keluar.... Hmm... baru ku tau kisahnya... Utusan Meloya melaporakan ~ Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13. Najib dijadualkan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dan akan mengadakan ucapan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi. | ||
Persepakatan BN lebih elok - Ulama Pondok Posted: 03 Apr 2013 07:25 AM PDT
Tahaluf siyasi BN adalah yang paling ideal Oleh MOHD. HAZLI HASSAN dan KHAIRULANUAR YAHYA KUALA LUMPUR 2 April - Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap sudah lari daripada landasan asal. Rata-rata mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara. Berbanding Barisan Nasional, tahaluf siyasi (kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara. Malah, mereka turut mendakwa pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula. Ini dakwa mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi. Lebih buruk kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh menjadi perdana menteri. Antara ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Genting, Abdullah Saámah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang; Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mohd. Sah. - Laporan Langsung Utusan Online | ||
Anwar SAH Lepaskan Permatang Pauh, Bayangkan Akan Ke Perak Posted: 03 Apr 2013 05:30 AM PDT PETALING JAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya. Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai. Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu. "Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak. "InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu. | ||
Betulkah Rita Rudaini Ditaja Datuk S? Posted: 03 Apr 2013 04:08 AM PDT Masih belum selesai kisah konflik rumahtangga dengan pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan, kini timbul pula khabar angin mengatakan Rita Rudaini kini ditaja oleh seorang lelaki yang berpangkat Datuk. Rita menafikannya dan mengatakan tuduhan ini berbangkit sejurus selepas ada pihak yang bingung dengan penggunaan nama RS terhadap jenama produknya itu. Ura-ura ini timbul selepas Rita mengeluarkan sebuah produk RS Collagen dan banyak pihak membuat andaian bahawa abjad S itu merujuk kepada pangkal nama datuk yang menajanya. "Banyak pihak yang tuduh bahawa Rita dispedo seorang Datuk bernama S. Semuanya sebab nama RS Collagen. Banyak orang tak tahu, sebenarnya RS adalah gabungan nama Rita dengan teman perniagaan Rita iaitu Saleha. Rita turut mengatakan bahawa dia sudah lali dengan cakap-cakap orang di luar sana mengenai dirinya. "Apa orang nak cakap biarlah, ini adalah usahasama Rita dan Saleha saja," katanya yang dipetik menerusi portal Murai. | ||
PKR Lembah Pantai Edar Borang Daftar Undi Palsu? Posted: 03 Apr 2013 02:31 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai didakwa melakukan gerakan pendaftaran pengundi baharu secara tidak sah apabila menggunakan borang palsu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memancing lebih banyak undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Mendedahkan perkara itu, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, M. Parthiban mendakwa, strategi kotor yang menggunakan pelajar institut pengajian tinggi itu dikenal pasti bermula sejak 2009 dan dipercayai telah berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 pengundi baharu dalam kalangan penduduk. Mengulas lanjut, Partiban juga tidak menolak kemungkinan gerakan itu turut melibatkan PKR peringkat Pusat yang dipercayai bertanggungjawab memindahkan maklumat pengundi termasuk meniru tanda tangan mereka ke borang asal SPR. "Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang cenderung menyokong pembangkang sahaja akan dipindahkan maklumat mereka ke borang asal dan didaftarkan sebaliknya, pengundi pihak kerajaan tidak didaftarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, Partiban berkata, seramai 40 hingga 50 ahli PKR kawasan Parlimen itu dilaporkan akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat. |
You are subscribed to email updates from tunhisyamuddin,News Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan