Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


“Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu" - Datuk Seri Muhammad Ridzwan

Posted: 31 Mar 2013 08:25 PM PDT


Oleh Ardyhansah Amat dan Na'imah Mohamed


Lahad Datu: "Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III," kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh pengganas di Sabah.
Malah, katanya, bantuan itu diberikan dari semasa ke semasa sejak dulu.
"Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. "Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.


"Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada pengganas terbabit," katanya ketika dihubungi.

Ni yang buat Najib takut nak bubar Parlimen ....

Posted: 31 Mar 2013 09:49 AM PDT



Lebih 10,000 hadiri ceramah DSAI di Alor Setar malam ini 
dan 


 sumber : Media Rakyat


‘Di mana kami mahu tinggal selepas ini?’ - Siti Aminah, 21, penduduk Kg Tanjung Labian, Lahad Datu

Posted: 31 Mar 2013 08:47 AM PDT



ZULKHAIRIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
31 Mac 2013
'Di mana kami mahu tinggal?'
Dari kiri: Juhrah dan Betty tidak dapat menahan sedih apabila kediaman mereka musnah terbakar.
LAHAD DATU - "Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup baru" kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami  bersama 30 anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan pengganas Kiram dari selatan Filipina.

Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka.

Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo,  mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang.

"Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa.  Kami kemudiannya ditempatkan di  pusat pemindahan sementara  sehinggalah hari ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hiya antara 100 penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang dibawa masuk untuk melihat kediaman masing-masing selepas 26 hari Op Daulat dilancarkan.
Kesedihan Hiya turut dikongsi anak perempuannya, Siti Aminah, 21, yang  tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya musnah.

Siti Aminah menangis teresak-esak sambil bertanya, "Di mana kami nak tinggal selepas ini?"
"Apa lagi yang tinggal untuk kami? Semuannya sudah hancur," katanya sambil ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu  jiran kedua beranak ini, Juhrah Jowak, 48, turut mengalami nasib yang sama apabila rumah mereka turut musnah dibakar pengganas.

Menurutnya, ketika dia melarikan diri bersama keluarganya, rumahnya masih elok lagi dan apa yang dilihatnya semalam sememangnya tidak diduga sama sekali.

"Saya ingatkan rumah saya masih elok.... tetapi lihatlah apa yang sudah terjadi.... bukan saja rumah, malah kebun kami juga turut musnah," katanya.

Selain Juhrah, adiknya Betty Jowak, 39, dan jirannya Suraidah Omar, 33, juga turut menerima nasib serupa.

Suraidah berkata, dia mengharapkan supaya kerajaan membantu menyediakan kediaman baru buat penduduk yang rumah mereka musnah dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas.

[Video Inside] edisi BONGKAR : hanya 25% cawangan UMNO berdaftar - SAMM

Posted: 31 Mar 2013 07:36 AM PDT


E-mailPrint

KUALA LUMPUR 31 Mac - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram dengan mendakwa hanya 25 peratus daripada keseluruhan cawangan parti itu di Negara ini yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).





Menurut Ketua Penyelaras Kebangsaan SAMM Badrul Hisham Shahrin, masalah pendaftaran parti UMNO itu akan dibongkar sepenuhnya selepas pilihanraya ke 13 kelak (PRU13) sambil merayu kempen 'Haramkan UMNO'  disokong ramai pihak.

"Hanya 25 peratus cawangan UMNO seluruh negara yang sah. Kita akan bongkar selepas PRU13.

"Kami menyeru kempen ini disertai oleh semua kelompok," katanya pada sidang media dan perjumpaan bersama blogger dan facebooker di Dewan Auditorium KLSCAH di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Gabungan Blogger Revolusi 13, Datuk Tarmizi Mohd Jam.

alt

Dalam pada itu, Badrul menjelaskan, kempen 'Haramkan UMNO' yang diperkenalkan pada 24 Mac lalu telah mencapai kata sepakat pada Majlis ini dengan mensasarkan tiga matlamat utama iaitu :-

1. Beri kesedaran kepada rakyat, hentikan organisasi yang merasakan mereka mengatasi undang-undang dengan menolak UMNO / Barisan Nasional.

2. Siarkan aktiviti, email, pancing maklumat kepincangan serta mendapatkan maklumat lengkap.

3. Menggunakan proses mahkamah.

Katanya, kempen yang digerakkan bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 inidigerakkan secara agresif malah bakal memberi kejutan terhadap UMNO

"Kita akan menggunakan mahkamah melalui proses berbeza yang pasti akan mengejutkan mereka (UMNO)." ujarnya.
alt

Ketika disoal wakil blogger samada negara akan berlaku darurat sekiranya UMNO berjaya diharamkan, Badrul Hisham berkata ia terletak dibahu Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

"Kita percaya kepada Raja-Raja Melayu. Apa jua keputusan ia adalah hak rakyat untuk mengadakan pilihanraya.

"Jika ia (UMNO) diharamkan ia tiada masalah. Ia cuma kempen kesedaran. Pelengkap kepada perubahan negara.

"Walaubagaimanapun kita pertimbangkan risiko (darurat) tersebut.

"Kita percaya dan yakin kepada Duli Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja yang lebih bijaksana," katanya.
alt

Pada Majlis yang sama, SAMM turut menggesa kesemua blogger dan facebooker Pro PR memainkan peranan utama dalam menggerakkan kempen berkenaan.

Antara peranan yang perlu mereka gerakkan adalah seperti :-

1. Menyampaikan penerangan 'kenapa UMNO organisasi haram?' ke seluruh pelusuk negara.

2. Menggerakkan desakan carian status cawangan UMNO di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan UMNO tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke emailharamkanumno@gmail.com

3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran UMNO yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com

Ops Daulat : "Datuk Seri" dicari

Posted: 31 Mar 2013 05:28 AM PDT


Hamza menunjukkan gambar lelaki yang bergelar "Datuk Seri" pada sidang media di Felda Sahabat pada Ahad. Foto MUGUNTAN VANAR / THE STAR
LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.
Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.
Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRU13 : Kawasan perdana menteri tiada air?

Posted: 31 Mar 2013 08:44 PM PDT

Terus Difitnah Dan Dihina : Berpuluh ribu rakyat masih nak bersama Anwar Ibrahim...

Posted: 31 Mar 2013 08:42 PM PDT

Nampaknya Anwar dan Pakatan Rakyat sedang mara untuk mencapai kemenangan historik ke atas BN  dan telah mematikan segala serangan monyet-monyet yang diupah oleh UMNO. Apatah lagi kerana kemana sahaja DSAI bertandang, sama ada di kubu UMNO di Johor, kubu UMNO di Gemas ataupun di Gombak sekali pun, sambutan yang diberi oleh masyarakat cukup-cukup memberangsangkan.

Ceramah Anwar Ibrahim mendapat sambutan pengundi tak kira mana ianya berlangsung. Tetapi ceramah Najib pula mendapat tepukan gemuruh dari ratusan ribuan kerusi yang bersyukur kerana tidak dicabuli oleh Bik Mama ataupun mereka mereka yang seberat dengannya.
   
Kami berharap UMNO tidak menggaru kepala memikirkan bagaimana situasi ini telah terjadi.

Walaupun beratus juta ringgit dilaburkan untuk membenam DSAI, namun nampaknya pengundi masih terpegun dengannya dan akan menghukum UMNO apabila berlangsungnya Pilihanraya kelak. 

Apakah pelakon handalan yang dibawa Eskay tidak berjaya memperdaya penonton? Apakah konspirasi Sodomi II yang didalangi oleh Khairul Annas tidak mencapai sasaran? Apakah DVD lucah Seasons 7 terbitan Papa Gomo tidak mendapat sambutan orang ramai?

Kenapa nampaknya segala-gala onar yang cuba dilemparkan terhadap Dato Seri Anwar tidak melumpuhkan beliau malah memperkuatkan lagi iltizam rakyat untuk bersama beliau melakukan Transfomasi. Lebih memalukan lagi, ketika DSAI diperlakukan dengan begitu zalim, yang merosot bukan populariti DSAI tetapi populariti Dato Seri Najib.


Buktinya amat jelas. Program Najib walaupun diadakan dikampung halamanya sendiri pun dipulaukan  penduduk setempat dan hanya diramaikan oleh warganegara penyu 1Malaysia dari Kemboja.

Ini menyebabkan kita kadang kala tersenyum sahaja apabila ada pendukung-pendukung Najib yang masuk ke blog ni dan medakwa kononnya Najib tu begitu popular. Kalau beliau popular kenapa lebih ramainya kerusi dari manusia di program yang melibatkan beliau? 


Inilah bukti yang dikehendaki rakyat. Takkan susah nak cari bukti itu. Kan Najib boleh menggunakan berbillion billion ringgit untuk menaikkan populariti beliau. Sampai berbelanja RM 10 juta wang rakyat untuk mengundang Psy sekali sebagai langkah mencari populariti murahan.

Walaupun ianya berakhir dengan pelbagai cemuhan, Najib ni masih begitu bertekad hendak menggunakan artis untuk menaikkan imej beliau. Kini dikatakan beliau akan membayar Jackie Chan untuk berdamping bersama beliau bagi tujuan meminta sedekah politik. Inilah presiden UMNO yang begitu hina perangainya dan tidak erti rasa malu.

Aku fikir kesemua langkah tersebut itu salah. Kalau nak naikkan populariti Najib setaraf dengan Dato Seri Anwar tak susah pun. 


Suruh TV3 dan Utusex menghentam Najib 24 jam sehari. Pastu suruh Rahim Tamby Chik membikikn filem lucah yang mempamerkan dirinya. Kemudian, mintaklah seorang dari bloggers pendukung Najib ni tampil kedepan dan bersumpah dirinya diliwat oleh Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Perisik negara diguna untuk politik UMNO@BN – Lef Jen Ghafir

Posted: 31 Mar 2013 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 APRIL: Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal pencerobohan di
Lahad Datu, Sabah akibat campur tangan politik BN yang keterlaluan, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Menurutnya, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal kemasukan penceroboh dari negara luar, insiden di Lahad Datu dapat dielakkan serta tiada nyawa terkorban.
"Perisik yang sepatutnya berfungsi untuk negara diperalatkan untuk politik sempit Umno BN. Saya tegaskan insiden ini bukan salah tentera dan polis tetapi penyalahgunaan aset perisikan untuk politik Umno BN.
"Perisik digunakan mencari maklumat untuk penerbitan risalah menghina seteru politik. Saya yakin, ramai blogger anti Pakatan Rakyat terdiri daripada perisik," katanya.
Beliau berkata demikian pada Forum Tragedi Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Jempol : Ketua kampung, 30 pemuda Umno sertai PAS

Posted: 31 Mar 2013 08:33 PM PDT


JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keislaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke.

"Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 paling sengit - Pas Raub

Posted: 31 Mar 2013 08:31 PM PDT


RAUB – Pas Kawasan Raub menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal menunjukkan perlawanan paling sengit dalam sejarah negara.
Setiausaha Pas Kawasan Raub, Dr Mohamed Nilam Abdul Manap berkata, pembubaran parlimen kali ini paling dinantikan semua pihak sama ada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pengundi juga sentiasa bersedia di hadapan televisyen ataupun menerusi media lain untuk menunggu keputusan pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen.

"Parlimen Raub antara kerusi menjadi sasaran PR untuk ke Putrajaya dan kita pasti berusaha untuk mendapatkannya.

"Malah, Dun Dong yang selama ini menjadi kubu kuat Umno juga dalam keadaan terancam kerana Pas berpotensi untuk memenangi kerusi itu buat julung kalinya," katanya.
Mohamed Nilam berkata, tema 'Pakat Ubat Dong Kite' akan dijulang sepanjang musim berkempen PRU13 di kawasan Dun Dong.

Malah katanya, Program Jelajah Treler Negara Berkebajikan juga akan diadakan di Dataran Pekan Dong pada jam 12 tengah hari, hari ini.

"Kita (Pas Kawasan Raub) menjemput semua penyokong Pas dan PR Raub untuk meraikan ketibaan treler berkenaan.

"Sekiranya majlis berjalan lancar, pemimpin Pas akan menyampaikan ucapan dalam usaha meneruskan momentum perjuangan di kawasan ini," katanya.

PRU13 : DAP umum pelan 14 perkara untuk kaum India

Posted: 31 Mar 2013 08:25 PM PDT


 
DAP melancarkan pelan 14 perkara yang dinamakan 'Deklarasi Gelang Patah', yang bermatlamat untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India rakyat Malaysia yang undi mereka dianggap sebagai kritikal kepada BN untuk mengekalkan kuasa dalam menghadapi cabaran hebat Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

NONEPelan itu yang diumumkan di Johor Bahru semalam, penting
kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk membela nasib kaum India, seperti penyelesaian masalah kerakyatan dalam tempoh 100 hari ia mengambil alih Putrajaya. Empat belas perkara dalam Deklarasi Gelang Patah itu ialah:
1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan;

2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India;

3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.Read More / Baca Lagi >>

Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13

Posted: 31 Mar 2013 08:24 PM PDT


(Muhyidin pun sudah rimas dengan tarikh pembubaran Parlimen)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang timbalan perdana menteri setakat ini pun masih meneka-neka bila bosnya Datuk Seri Najib Razak nak membubarkan parlimen.

Mengikut laporan The Malaysian Insider, Muhyiddin mengakui rakyat telah resah menunggu tarikh pilihanraya umum ke 13.

Beliau sendiri turut menunjukkan keresahan dan kebimbangannya tatkala Najib mengambil keputusan untuk membiarkan parlimen terbubar sendiri.

Muhyiddin 'menolak' kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik parlimen sebelum PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

Noh Omar: PKR bimbang BN rampas Selangor..!!! Ya Noh..50 Tahun BN 600 juta....5 Tahun Pakatan ada 2.5 Bilion simpanan tunai...!!!

Posted: 31 Mar 2013 08:23 PM PDT


Noh Omar
TANJONG KARANG – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa terpaksa bertanding di Selangor untuk membantu parti yang dikatakan berpecah bagi memastikan negeri itu masih kekal milik mereka.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, perpecahan PKR itu jelas apabila Pengerusi PKR Negeri, Mohamed Azmin Ali menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang menang di negeri itu kelak.

"Dulu, Azmin kata, Tan Sri Khalid hendak bertanding parlimen saja (dan ini) menunjukkan Azmin tak nak Abdul Khalid jadi MB Selangor. Hari ini Wan Azizah datang dan Khalid kata dia boleh jadi MB.

Read More / Baca Lagi >>

Sulu army gets reinforcements in Lahad Datu?

Posted: 31 Mar 2013 08:18 PM PDT

Armed men had allegedly slipped through the Malaysian and Philippine naval cordon and joined Kiram's rebels, claims the sultan's spokesperson.
MANILA: Some 100 heavily armed men have joined the followers of Agbimuddin Kiram in Sabah to continue fighting Malaysian forces in Lahad Datu, sultanate spokesman Abraham Idjirani said yesterday.
Idjirani said Agbimuddin, brother of Sulu Sultan Jamalul Kiram III called him up to report that some heavily armed civilians have joined the fighting in Sabah.
Idjirani said the civilians managed to slip through the sea blockade of the Malaysian and Philippine navy forces in going to Sabah.
"(Agbimuddin) called me about the arrival of civilians with arms who have joined the royal security forces," Idjirani said, according to The Philippine Star.
Read More / Baca Lagi >>

Are Malays now a wounded civilization?

Posted: 31 Mar 2013 08:16 PM PDT

Malay unity has suffered owing to the NEP and other factors.

Prior to the attainment of Merdeka (Independence) and up to the point and until Tunku Abdul Rahman was the prime minister, Malaysians enjoyed a certain camaraderie till the May 13, 1969 riots caused the shift in power towards Abdul Razak.
When Razak assumed power, he hastily conceived and implemented the New Economic Policy (NEP). He most likely meant well for the Malays and other Bumiputeras, but he failed to gaze into the future to see how the NEP will evolve.
This was the failing of the NEP and Razak, which is to be now blamed as the root causes for the factionalism and strife occurring among the Malays in this country. This is why, since the advent of the NEP till now, the Malays have most likely emerged as a wounded civilization.
Tracing the root causes of the general unhappiness, discontent and strife within the Malay community now is difficult, as this involves the complicated and daunting task of going through seamless and vast decisions that have been made for them since Independence.
But the fact that they are now splintered and disunited is obvious.
Read More / Baca Lagi >>

Respon TG Nik Abdul Aziz berkenaan laporan NST, masalah sosial di Kelantan

Posted: 31 Mar 2013 08:08 PM PDT

1 April 2013
Bismillah, saya membaca laporan muka depan New Straits Times semalam berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan dengan tajuk KELANTAN AFTER DARK, ia disambung lagi dengan liputan dari Buletin Utama TV3 malam semalam. Seorang pemimpin utama UMNO Kelantan pula mengeluarkan kenyataan bahawa ini menunjukkan Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah, saya tidak pernah menyatakan Kelantan sempurna, tetapi kita telah melakukan yang terbaik dalam kemampuan kerajaan negeri untuk mengekang masalah sosial. Kita tidak mengeluarkan lesen judi, tidak mengeluarkan lesen rumah urut, dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Begitu juga dengan penguatkuasaan sentiasa berjalan dari masa ke semasa.

Laporan NST hanya menyebut senario tanpa menyebut fakta-fakta yang jelas di mana lokasi untuk memudahkan penguatkuasa mengadakan serbuan. Tanpa maklumat, bagaimana penguatkuasa mahu bertindak?

Sepatutnya UMNO turut membantu ke arah mencegah gejala sosial. Bahkan semua pihak sepatutnya membantu kerajaan negeri menjayakan undang-undang yang diperkenalkan.

Sayangnya, apa yang UMNO lakukan ialah sentiasa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, menampilkan persembahan artis wanita secara terbuka yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : AMK lancar treler Demi Rakyat untuk promosi calon anak muda

Posted: 31 Mar 2013 08:06 PM PDT

BGsm9F7CAAEpxM9SEPANG 31 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) malam tadi melancarkan Treler Jelajah Demi Rakyat di Dataran Taman Mas Puchong di sini, sebagai
persiapan menghadapi PRU 13.
Ia dilancarkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin bagi memudahkan pergerakan ke beberapa negeri bagi mempromosi calon anak muda KEADILAN.
Menggunakan tenaga hydrolic, treler itu mampu menyiapkan pentas ceramah dalam masa 30 minit dan dilengkapi PA sistem yang boleh menjangkau 5,000 pendengar.
Treler itu dijangka membawa 12 krew tetap yang bertindak sebagai jentera operasi treler dalam setiap siri jelajah, selain pemandu dan kelindan.
Penggunaan kenderaan yang diubah suai itu menjadi simbolik kepercayaan
parti kepada anak muda bagi membawa perubahan politik di negara ini.
"Moden dan canggih adalah siknifikan dengan anak muda. Justeru kami  buka penglibatan dan buah fikir anak muda yang mahu menambah baik treler itu.
Read More / Baca Lagi >>

Lidah Biawak SPR: Nurul Izzah tak maklum isu pengundi meragukan....Cilakanya SPR yang jadi Barua UMNO@BN...!!!

Posted: 31 Mar 2013 07:58 PM PDT

 ( SURAT RASMI SPR YANG MEMBUKTIKAN SIAPA PENIPU DAN SIAPA JADI BARUA UMNO )

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.

Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Salah Anwar lagi...!!!!

Posted: 31 Mar 2013 07:44 PM PDT

Tu Lah Suka Sangat Fitnah Orang...Ni Bukan April Fool...Ni Betul2 Beb...!!!

3 siri tangkapan mahasiswa dalam tempoh 2 minggu

Posted: 31 Mar 2013 07:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dalam tempoh dua minggu, tiga siri tangkapan telah dilakukan pihak polis terhadap mahasiswa.

Menurut Facebook Berita Universiti, siri tangkapan pertama, tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri pada 22 Mac lalu setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu.

Tangkapan kedua pula, lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang terdiri daripada tiga siswa dan dua siswi ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac lalu.

Siri tangkapan ketiga pada hari ini, 31 Mac, yang mana lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak).

PRU13: Hsio Leong tanding Parlimen Alor Setar, Dr Azman di Kuala Kedah

Posted: 31 Mar 2013 07:31 PM PDT

SONY DSCKEDAH 31 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon KEADILAN yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan Kuala Kedah pada PRU 13.
Gooi Hsio Leong yang juga seorang peguam muda diumum sebagai calon Parlimen Alor Setar di Dewan Taman Berjaya, Kuala Kedah ketika Anwar menghadiri satu program bersama lebih 3,000 masyarakat keturunan Tionghua.
Hsio Leong pada PRU 12 tewas kepada Datuk Seri Chor Chee Heung dari BN dengan majoriti hanya 184 undi dan dijangka mampu merebut kerusi berkenaan berdasarkan senario semasa.
Di lokasi berasingan, Anwar membuat pengumuman rasmi bahawa Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah, Dr Azman Ismail bertanding Parlimen Kuala Kedah.
Dr Azman mengganti Datuk Ahmad Kassim yang menang dengan majoriti selesa iaitu 7,018 undi ketika mengalahkan Datuk Hashim Jahaya dari BN pada PRU 12, diuar-uar bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

PRU13 : Dr M ke Johor pertahankan BN, seru rakyat tamatkan karier politik Kit Siang

Posted: 31 Mar 2013 07:27 PM PDT

Mahathir mengatakan Kit Siang seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan.JOHOR BARU, 1 April — Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Lim Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 malam tadi, dalam rangka untuk membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.
Dengan gaya biasa beliau, perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut menyerang pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sambil mengatakan pilihan raya umum ke 13 juga adalah medan untuk mengakhiri karier politik menteri besar Kelantan itu.
"Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik," kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.
Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.
Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.
Read More / Baca Lagi >>

BACK TO GAMBLING WAYS: Dr M wagers 10 sen Anwar will resort to street demos

Posted: 31 Mar 2013 07:26 PM PDT

BACK TO GAMBLING WAYS: Dr M wagers 10 sen Anwar will resort to street demos  JOHOR BARU- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad, is putting a 10 sen bet, that the opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, will resort to street demonstrations and create havoc, when the opposition fail to change the government in the upcoming general elections.
Tun Mahathir who addressed more than 14,000 people at the Bicara Perdana forum held at the Project Perumahan Rakyat here in Kempas Permai here, also said though he is not a gambler, yet he is willing to place the bet, as news and plans of the demonstrations by the opposition party once they lose, have surfaced.
Mahathir also asked the people to ensure they do want is right and ensure that Lim Kit Siang, Nik Aziz and Anwar Ibrahim's political career is ended this general elections.
- New Straits Times

Lahad Datu : 'Datuk Seri' yang dikehendaki polis dilihat bersama Najib dan pimpinan UMNO

Posted: 31 Mar 2013 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.



Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno.

(Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno)

Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

(Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno)

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu.

Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau. 

Polis cari lelaki berpangkat Datuk

Posted: 31 Mar 2013 06:46 PM PDT

Pesanan presiden PAS kepada semua pengundi

Posted: 31 Mar 2013 06:44 PM PDT

Majlis Pelancaran Pecah Tanah Stadium Negeri Kelantan

Posted: 31 Mar 2013 06:43 PM PDT

Ustaz Azman Halim: Ilmu yg difahami

Posted: 31 Mar 2013 06:43 PM PDT

Menolak Tahaluf Siyasi Umpama Ketinggalan Keretapi

Posted: 31 Mar 2013 06:42 PM PDT

PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN - (KEMAS KINI 1-April-2013)

Posted: 31 Mar 2013 09:33 AM PDT


SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 1 April 2013)

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah -  Dr Azman Ismail
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju                    
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)
32. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 1 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)

SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 1 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ALAHAI MASLAN....TAK PAYAH TANDING LE..DEBAT DULU CUKUP.ADA BRANI?

Posted: 31 Mar 2013 08:42 AM PDT

Jurucakap Umporno mencabar anwar bertanding di tempat beliau. Kalau hang pi bertanding di PMT Pauh amacam bro?...Tapi bukan standard hang la nak debat atau nak tanding di Permatang Pauh. Malas cakap lah.Hang fikir la sendiri. Debat siaran langsung dalam TV elok kot Maslan??? amacam?? ada brani??
 
 
 
 
MP Umno cabar Anwar bertanding di Pontian
 
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan parlimen Pontian yang diwakilinya.

Cabaran itu dilontarkan Ahmad Maslan sewaktu mengulas tindakan Pakatan Rakyat meletakkan beberapa tokoh untuk dicalonkan bertanding di kubu kuat Umno itu dalam pilihan raya akan datang.

"Kalau Anwar Ibrahim hendak bertanding di Pontian pun, silakan," kata Ahmad selepas majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur petang tadi.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan MP popular DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong juga dijangka diletakkan bertanding di kerusi Parlimen di negeri Johor.

Bercakap lanjut, Ahmad menegaskan bahawa Pakatan rakyat sebenarnya masih tidak faham politik Johor apabila menjangkakan pengundi Cina Johor akan mengundi calon DAP.

Menurutnya, rakyat Johor menerima calon BN tanpa mengira warna kulit mereka.

"Johor ini sebati dengan politik Umno BN," katanya.

Tegasnya lagi, Pakatan Rakyat bakal berhadapan saingan yang sengit dari Umno dan BN Johor.

"Cabaran mereka kita akan tentang dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya.

Utusan kini cipta skrip fitnah terlampau (LM)

Posted: 31 Mar 2013 08:26 AM PDT

Utusan Melayu, syarikat penerbit akhbar milik Umno yang menjadi kilang menjana fitnah dan kelucahan, telah betul-betul ketandusan skrip apabila dengan bangangnya menerbitkan fitnah terbaru yang mendakwa seorang pemuda telah mengaku diliwat oleh DS Anwar Ibrahim ketika berada di Penjara Sungai Buloh.

Pemuda yang didakwa berusia 20-an berkenaan mengaku telah dimasukkan ke penjara pada ketika DS Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu. 

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

Posted: 31 Mar 2013 02:59 AM PDT

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah


KUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan 'Gerakan Haramkan Umno' di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan 'baru' di belakangnya.

"Namun, hanya 30 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 70 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram," ujarnya.


"Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.
"Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan," Katanya.

Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.

Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48792

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

Posted: 31 Mar 2013 02:57 AM PDT

Ada penglibatan politik 'luar biasa' di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM


KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bekas jeneral

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

"Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,"
"Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi 'Command and Control', tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

"Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman," katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
"Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan," katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.
"Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

"(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu)," katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48774


BN masih berpeluang memperbaiki diri: Jadi pembangkang sepenggal dua — Aspan Alias

Posted: 31 Mar 2013 02:46 AM PDT

BN masih berpeluang memperbaiki diri: Jadi pembangkang sepenggal dua — Aspan Alias

March 31, 2013
31 MAC — BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya "at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament". Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.

Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat 'press conference' untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.

Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah 'inter-party' dan 'intra-party' masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari Umno memberitahu saya, "jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu," dalam mood menyindir.

Saya selalu menulis tentang isu ini dalam penulisan saya sejak setahun yang lalu. BN sesungguhnya mempunyai masalah pembahagian kerusi. MCA terlalu meminta-minta kerusi yang lebih sedangkan parti itu tidak mendapat sokongan lagi. Umno sebenarnya sudah menganggap MCA ini sebagai 'baggage' yang besar dan tidak boleh mendapat kerusi yang terlalu banyak. Malahan mengikut pandangan ramai ahli-ahli Umno sendiri berpendapat membawa MCA bersama merupakan satu beban yang besar.

Umno sendiri sudah tidak berdaya menanggung bebannya sendiri, tetapi ditambah pula dengan bebanan yang diberikan lagi oleh MCA dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam BN itu. Itu masalah 'inter-party'. Bagaimana pula dengan masalah 'intra-party' dalam Umno dan MCA itu sendiri? Apa yang saya jangkakan dahulu sudah terbit buktinya. Dulu saya selalu mengatakan kalau hendak tengok macam mana seriusnya perpecahan di dalam Umno itu.

Saya telah memberitahu yang sejurus sahaja nama-nama calon diumumkan Umno akan berpecah lagi. Sabotaj terhadap parti oleh ahli-ahli dan pekerja pilihanraya mereka sendiri akan memainkan peranan untuk menjatuhkan calon parti mereka. Mensabotaj parti itu merupakan budaya yang tegar dalam Umno sejak sepuluh tahun dahulu sekurang-kurangnya. Kalau apa yang saya katakan ini tidak benar, masakan Dr Mahathir telah memanggil pimpinan peringkat bahagian seluruh negara datang secara bergilir-gilir untuk mengangkat sumpah untuk tidak mensabotaj parti dalam pilihanraya kali ini.

Apa semuanya ini? Kalau terpaksa mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir yang mereka tidak akan sabotaj parti, itu menunjukkan yang Umno pada hakikatnya sudah mati keseluruhan semangatnya. Jika Umno menghadapi masalah di kalangan ahli-ahlinya sendiri, bagaimana parti ini diberikan mandat pula? Jangan sekali-kali memberikan sokongan kepada parti yang bermasalah kerana mereka tidak akan mentadbir dengan betul jika mendapat mandat nanti.

Isu pemilihan calon masih tidak dapat diselesaikan bagi setengah kawasan yang diwakili oleh Umno dalam pilihanraya ini. Sedangkan masalah Umno di Perlis, negeri yang terkecil dalam negara itu pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak menyelesaikan masalah Umno di seluruh negara? Selagi pimpinan Umno takut kepada 'warlords' yang sedang mengambil kesempatan semasa Umno dalam krisis ini, masalah tidak akan selesai walaupun pilihanraya sudah diumumkan.

Blog ini selalu menasihatkan agar Umno menumpukan terhadap masalah dalaman mereka sendiri daripada menumpukan tenaga untuk 'mengerjakan' pihak pembangkang. Dalam pembangkang tidak menghadapi banyak masalah seperti yang dihadapi oleh Umno. Lim Kit Siang hendak berpindah ke Gelang Patah dalam pilihanraya kali ini tidak menghadapi masalah.

Penghijrahan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS ke Johor itu menunjukkan yang pemimpin pembangkang berani menghadap risiko semata-mata untuk mementingkan demokrasi untuk kebaikan rakyat dan negara. Menang kalah bukan 'ultimate' bagi pemimpin-pemimpin ini. Yang terpenting ialah untuk mendidik rakyat untuk melangsungkan demokrasi dengan sepenuhnya. Sallahudin Ayob sanggup meninggalkan kawasan selamat di Kelantan untuk memperjuangkan semangat demokrasi itu.

Kalau dahulu pemimpin-pemimpin dari negeri lain berhijrah ke Kelantan tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin dari Kelantan pula yang kembali ke Johor untuk meningkatkan perjuangan seperti juga yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. PAS dan DAP adalah parti yang hidup dan berkesan. Sebaliknya, Umno menghadapi masalah-masalah yang masih tidak selesai kerana kali ini merupakan krisis keyakinan yang paling besar mereka hadapi dalam sejarah kemerdekaan negara.

Kedua-dua parti ini telah mengalami puluhan tahun zaman susah mereka kerana tekanan parti pemerintah. Sekarang ini PAS dan DAP sedang menghadapi zaman mudahnya untuk mendekati rakyat dengan lebih hampir lagi.

Hanya media perdana sahaja yang belum lagi membuat perubahan untuk lebih terbuka dalam menghadapi demokrasi yang kian hari kian menjadi tuntutan rakyat. PAS dan DAP sedang mengecapi apa yang disebut dalam peribahasa, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.

Walaubagaimanapun kehendak rakyat kali ini adalah 'predictable'. Samada Parlimen dibubarkan esok atau penghujung bulan April nanti keputusannya tetap sama. Rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baru.

Tindakan untuk melakukan perubahan ini, bukannya satu jenayah.

Dalam pada itu Umno juga boleh mencuba untuk melakukan perubahan tetapi semasa mereka berada di luar kerajaan. Umno akan merasakan nikmat menjadi pembangkang kerana semasa menjadi pembangkang parti itu akan berkesempatan untuk meningkat jati diri mereka dan menjadi parti yang mempunyai perjuangan yang betul.


PAS dan DAP mengalami berada di luar kerajaan puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya parti-parti itu lebih mantap dari segi perjuangan mereka.

Umno akan tetap menjadi parti yang lebih baik jika parti itu melalui proses memperbaiki diri dengan berada di luar kerajaan buat satu atau lebih baik dua penggal pilihanraya. — aspanaliasnet.blogspot.com



* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.



DATO FAUZI BERTANDING DI PARLIMEN INDERA MAHKOTA

Posted: 31 Mar 2013 02:41 AM PDT


Ketua PKR Pahang bertanding Indera Mahkota

Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fauzi akan menggantikan penyandang Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat Kuantan malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon BN Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan kelebihan 1,027 undi.

- Bernama

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT