Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...
1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?
2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?
3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?
4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..?
5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?
6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?
7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.
Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.
Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?
Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.
Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.
Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno.
Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu.
"Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai," kata sumber Umno kepada Harakahdaily.
Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.
"Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap," kata sumber itu lagi.
Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13.
"Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri," tambah sumber Umno itu lagi.
Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno.
"Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini.
"Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik," tambahnya.
IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.
Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua
Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.
Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.
Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.
Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.
Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.- Harakahdaily
LAHAD DATU 28 Mac - 25 keluarga di Kampung Tanduo akan dipindahkan ke penempatan baru kira-kira 20 kilometer dari kawasan perumahan asal di kawasan Sungai Merah.
Menurut Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir, pelbagai kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan dikawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit.
Jelas beliau, perkara tersebut telah dipersetujui pelbagai pihak dan hanya menunggu kelulusan daripada Ketua Menteri Sabah untuk diteruskan.
Dalam pada itu, kerajaan telah memperuntukkan bajet awal pembangunan infrastruktur serta pembelian aset Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) sebanyak RM 200 juta.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang akhbar di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA) 2103 di Langkawi.
MILITAN PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL HARI INI
Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.
"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.
Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.
Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.
Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.
Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.
Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.
Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA
KUALA LUMPUR 28 MAC: Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.
Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.
Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.
Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
Dalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu.
Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.
Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara 'panjang lebar' selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48531
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
GOPENG: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh. Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.
"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.
"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.
"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.
"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.
Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.
Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.
Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.
Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan. Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.
Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.
Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.
Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi.
Sesungguhnya tindakan UMNO/BN membiarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendirinya kali ini memberikan hikmah kepada pihak Pakatan Rakyat. Jika pilihanraya dilaksanakan secara adil, tidak mungkin BN akan bertahan.Menanti sampai Dewan terbubar itu bermaksud untuk menangguhkan pilihanraya sehingga ke penghujung waktu kerana UMNO dan BN sudah mengetahui yang pihak mereka tidak lagi disokong dan dimandatkan rakyat dalam pilihanraya kali ini.
Tidak mungkin UMNO dan BN akan membiarkan Dewan terbubar jika mereka berkeyakinan untuk memenangi pilihanraya ini. Ini diketahui umum dan kenyataan yang UMNO takut menghadapi rakyat kali ini. Ini membuatkan rakyat lagi jauh dan takut untuk mendukung parti itu lagi. Tindakan untuk lari dan pengadilan rakyat ini sahaja sudah cukup untuk rakyat tidak berani dan menghormati parti yang sudah begitu tua dan berpenyakit ini.
Berbagai-bagai ubat dan 'supplement' digunakan untuk menyembuhkan penyakitnya tetapi penyakit itu tidak juga sembuh malahan lebih merebak lagi. Inilah yang membuatkan pemimpin yang melakukan banyak kesalahan bercakap tidak lagi menggunakan akal fikiran tetapi sebaliknya menggunakan emosi yang berlebih-lebihan kerana asakkan rakyat sekarang ini.
Sebenarnya UMNO tidak lagi bertanding dengan parti-parti politik pembangkang tetapi sebaliknya parti itu sedang bertanding dengan rakyat. Di satu pihak UMNO dan di satu pihak lagi ialah rakyat ramai. UMNO sedang menghadapi rakyat yang sentiasa mahukan pertambah-baikkan negara secara demokratik. Rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan 'Arab Spring' di Timur Tengah tetapi lebih mahukan perubahan dilakukan secara demokratik. Itulah sebabnya UMNO dan BN sentiasa berusaha untuk 'memancitkan' demokrasi kita dengan berbagai-bagai cara.
UMNO terlalu benci dengan demokrasi sebenarnya. UMNO mahukan demokrasi acuannya sendiri seperti yang disebut oleh Mahathir sejak dari dulu. UMNO mahukan demokrasi yang membolehkan UMNO sahaja yang memenangi pilihanraya. Memilih parti selain dari UMNO itu adalah jenayah kerana mengundi parti lain itu akan menyebabkan negara huru-hara, kata mereka. Jika parti lain menang masakan huru-hara itu dilakukan oleh pihak yang menang? Selalunya yang membuat huru-hara itu adalah pihak yang kalah kerana sebelum ini mereka tidak pernah kalah.
UMNO tidak mahu memperbaiki diri mereka dari kekufuran nikmat yang mereka rasakan sebegitu lama. UMNO sudah merasakan yang berhak untuk menang ialah parti itu sahaja. Itu sebabnya pimpinan UMNO bersumpah tidak akan membiarkan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sebenarnya UMNO lah yang gilakan kuasa dan tidak pihak Pakatan Rakyat yang gila kuasa itu.Pakatan Rakyat masih belum ada kuasa di Putrajaya, bagaimana pula UMNO menuduh Pakatan Rakyat yang gila kuasa.
Selalunya yang gila kuasa ini adalah orang yang sedang berkuasa kerana tidak sanggup untuk melepaskan kuasa walaupun mengambil alih kuasa oleh pihak lain secara demokratik itu bukannya tindakan jenayah. Ibarat seorang lelaki yang gilakan perempuan, tentulah ada perempuan yang mereka gilakan. Tetapi pihak kita tidak ada perempuan, bagaimana kita pula di tuduh gila perempuan.
Kerana terlalu takut menghadapi rakyat maka Dewan Undangan Negeri Sembilan sekarang telah terbubar secara sendiri. Tidak pernah kejadian seperti ini berlaku dalam ingatan kita kepada sejarah negara merdeka kita ini. Ketakutan ini merupakan bayangan yang UMNO sendiri sudah hilang keyakinan diri. Jika parti itu sudah hilang keyakinan diri maka secara sedar atau tidak, rakyat akan hilang bersama keyakinan itu.
Kalau begitu adalah molek jika UMNO memberikan sahaja kuasa kepada pihak Pakatan Rakyat dan mintalah sedikit tempat dalam kerajaan baru itu jika ia di persetujui oleh pihak Pakatan Rakyat. Jika UMNO melalui juga pilihanraya, maka yang sudah hampir pasti ialah kekalahan teruk UMNO ditangan rakyat kerana rakyat sudah mewakilkan PR untuk menerajui kerajaan bagi pihak mereka..
UMNO tidak boleh menentang kehendak rakyat. Dari berperang politik dengan rakyat elok jika UMNO ikut sahaja kehendak rakyat, 'and swim with the flow'. UMNO perlu merehatkan diri buat sementara waktu bagi memperbaiki diri mereka dengan melakukan introspeksi yang mendalam terhadap kelemahan dan kesalahan mereka selama ini.
Hakikatnya UMNO sedang berlawanan dengan rakyat seperti yang saya sebutkan tadi. Rakyat kini meletakkan calon-calonnya melalui parti-parti dalam Pakatan Rakyat: PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti ini adalah parti-parti yang mewakili rakyat untuk berhadapan dengan UMNO dan BN. UMNO pula di pertahankan oleh kroni-kroni dan 'warlords-warlords' yang besar-besar untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.
Itulah sebabnya jika ada syarikat-syarikat yang melaksanakan perniagaan yang melibatkan rakyat, syarikat-syarikat ini perlu mempertimbangkan untuk bersama dengan rakyat yang diwakili oleh Pakatan Rakyat. Syarikat air, Syabas misalnya, wajar memberikan pertimbangan yang secepatnya tawaran kerajaan Negeri Selangor untuk membelinya. Tidak usah menjadikan tawaran kerajaan Selangor itu dijadikan isu politik. Ambil lah tawaran kerajaan Selangor itu berpremiskan kepada keputusan perniagaan yang 'prudent' dan 'professional'.
Tidak ada apa-apa yang diharapkan kepada Putrajaya hari ini kerana Putrajaya jika di izin Tuhan akan berpindah tangan selepas pilihanraya jika pilihanraya itu dilaksanakan di atas 'level playing ground'. Peralihan kuasa ini bukan tindakan jenayah. Ia adalah tindakan demokrasi.
Rakyat lah yang berkuasa dan bukannya Najib atau pun Dr Mahathir. Oleh kerana rakyat nampak kecenderungan untuk memberikan mandat kepada pihak Pakatan Rakyat maka langsungkan sahaja niat itu dengan melaksanakan keputusan itu di dalam bilik mengundi nanti tanpa was-was.
Lakukanlah perubahanan tanpa was-was. Menolak BN itu bukannya jenayah dan ia tidak mencabut nyawa kita…'It'snow or never'.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Attendees receive copies of PR's election manifesto during the pact's fourth annual convention in Shah Alam, February 25, 2012. — Picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR, March 29 ― For Malaysia to progress, it needs quality, forward-thinking leaders who are able to move with the times, a Singapore-based political analyst wrote in the republic's The Straits Times today, ahead of Election 2013. The indecisive results of the 12th general election, though landmark, have led to the present "apprehensive atmosphere" in the run-up to the 13th national polls, said Ooi Kee Beng, deputy director of the Institute of Southeast Asian Studies. "Going forward, the great transformation that is really required in Malaysia is a drastic improvement in the quality of its leaders to correspond to new times," he said, in his opinion piece titled "The good, the bad and the ugly". Ooi said Malaysia is experiencing renewal pangs now due to the uncertainties resulting from a sudden two-party system born five years ago in Election 2008. "We are witnessing a difficult process of rejuvenation in a Malaysia made uncertain of itself after being suddenly bequeathed a two-party system," he wrote, of the changing political landscape in Southeast Asia's third-largest economy. Read More / Baca Lagi >>
A former Umno veteran says most Umno Supreme Council members bought votes and now this culture, with the help of the prime minister, is trickling down to the rest of the country.
PETALING JAYA: Cash handouts, revised salaries and other financial perks given to Malaysians as polls approach are just an extension of Umno's culture of buying votes for party positions, said former Umno veteran Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Abdul Kadir, who was an Umno member of 56 years until he quit last year, told FMT in an exclusive interview that most Umno Supreme Council members gained their positions by bribing members up to millions of ringgit. "In Umno, three million members elect 2,000 amongst them as delegates to the Umno General Assembly who will then elect the members of the supreme council. But these 2,000 members go and sell their votes, not all of them, but some of them. And it works! In Umno, it works!" revealed Abdul Kadir. "You can really gain top positions in Umno by just buying votes. You don't have to bother going down to the division, to the branches, to work hard, be popular with the rakyat." Abdul Kadir said this practice was so prevalent that when Prime Minister Najib Tun Razak was elected as Umno president in 2009, the latter joked in his closing speech "Inilah kita Umno dalam dilemma. Beri [wang] salah, tak beri, kalah." ("We in Umno are in a dilemma. If we give out [cash], we're in the wrong, but if we don't give it out, we lose"). "And everybody down there, the delegates, started clapping and laughing because they have been receiving," recounted Abdul Kadir. "And those on stage, the Umno Supreme Council members, also clapped because they have been giving. So it became a joking matter, something light – a culture that has to be accepted. " He said not all Umno leaders were comfortable with the culture, but had no other choice if they wished to hold on to their positions. Read More / Baca Lagi >>
Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk menang.
SEREMBAN: Masalah dalaman PAS Seremban kini mencapai satu lagi perkembangan baru apabila Pemuda PAS Seremban dalam satu resolusi yang dikeluarkan menerusi laman web milik mereka pemudaseremban.com bersetuju bahawa calon 'neutral' merupakan calon yang paling layak mewakili DUN Lenggeng. Resolusi ini selaras dengan saranan ILHAM Centre dalam Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat di N09 DUN Lenggeng yang dibuat oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk memenangi DUN Lenggeng. Pemuda PAS Seremban berhujah bahawa PAS telah tiga kali meletakkan calon yang sama semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dan ternyata calon PAS hanya mampu meraih tidak lebih dari 35% undi dari jumlah pengundi keseluruhan. "Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan dan kerusi Parlimen Seremban gah dikongsi rakan Pakatan Rakyat yang lain tetapi sebaliknya DUN Lenggeng tertinggal dari arus tsunami rakyat 2008. "Tatkala wakil rakyat UMNO dipalit isu rasuah, kajian ILHAM Centre jelas mendapati calon PAS masih gagal menawan hati pengundi. "Faktor calon tempatan juga tidak boleh lagi menjadi isu kerana koresponden bersetuju untuk memilih bakal wakil rakyat mereka yang mampu untuk turun padang dengan segera dan prihatin dengan masalah rakyat. Tidak ada gunanya menjadi calon anak tempatan tetapi tidak dikenali masyarakat setempat.
Mereka tidak lagi rela di tipu Barisan Nasional selama 55 tahun dan sebaliknya mengharapkan Pakatan Rakyat dapat melaksanakan reformasi sebenar.
Oleh Nyam Kee Han Pada 14 Mac 2013, saya menaiki Komuter KTM seorang diri, bertolak dari Stesen UKM ke Stesen Rawang. Sebaik sahaja sampai ke Rawang, terus saya menuju ke sebuah kuil Hindu yang berdekatan. Empat hari yang lepas, saya dengan empat ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Peri Shan, Choo Shinn Chei dan Chen Xin) pernah melawati kuil ini untuk menyertai upacara doa Hindraf Hunger Viratham yang diketuai oleh Pengerusi Hindraf, waythamoorthy. Tersentuh dengan semangat mereka, saya memutus untuk menyertai aksi mogok lapar Hindraf selama 24 jam, sebagai tanda penghormatan kepada Waythamoorthy dan sokongan terhadap aksi mogok lapar tersebut. Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah Bangsa India di Malaysia yang majoritinya hanya tinggal kain sehelai sepinggan. Beliau berharap rejim memerintah menghentikan penindasan kejam terhadap Rakyat Bangsa India di Malaysia. Beliau juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, dan Pakatan rakyat (atau bakal kerajaan) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan memandang serius tentang kesengsaraan bangsa India akibat daripada penindasan yang berterusan. Penyertaan saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah kerana menyokong tindakan benar Hindraf yang memperjuangkan hak-hak bangsa India yang telah diketepikan sekian lama, dan juga hak-hak bangsa minoriti lain serta menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan berpartisan (non-partisan) sepanjang perjuangan mereka.
Speculation is swirling that Prime Minister Najib Razak will call for a press conference this afternoon, where he may announce the dissolution of Parliament to pave the way for Malaysia's much anticipated 13th general election. However, not all are convinced although they admit the rumor was spreading like wild-fire through the political circles. "This could be another red herring to keep the hopes of the people and his own members alive for a quick election. Everyone is fed up, they want to vote," a well-informed source told Malaysia Chronicle. The 59-year-old Najib is under tremendous pressure to call for an election that may well see the Opposition led by Anwar Ibrahim sweep to power. He has delayed doing so, even allowing the Negri Sembiulan state assembly to automatically dissolve a couple of days ago. The 'historic' NS dissolution is unprecedented in Malaysia's history - reflecting poorly on the confidence of Najib's Umno party in facing the ballot.
Najib's guessing game on the GE13 date took further flight when the Deputy Speaker Wan Junaidi was reported as saying by a major Malay daily that it was possible for Parliament to dissolve automatically (which would be on April 28). All the government-linked deals already inked at LIMA?
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai 'pemenang pingat emas' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat sebagai negeri "paling panas" kali ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Selangor juga akan menjadi negeri paling panas berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini.
Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), sejak Mac 2008, ini sering menjadi tumpuan media.
Abdul Aziz berkata, Selangor diperuntukkan hampir 10 peratus atau RM35 juta daripada RM400 juta bajet keseluruhan, bagi mengendalikan pilihan raya umum negeri itu.
Dari segi jumlah pengundi pula, 2,051,708 daripada 13,291,385 pengundi berada di Selangor.
"... Selangor akan dikawal oleh ramai pihak penguat kuasa, ini satu lagi yang mendapat pingat emas. Selangor akan menjadi fokus media, semua yang kita lakukan akan menjadi tumpuan umum.
"Kawasan ini akan menjadi persaingan pelbagai penjuru oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang akan terus (cuba) mengekalkan kuasa pemerintahan mereka," kata beliau pada majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 29 MAC: Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin potensinya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 cerah di kawasan itu. Bercakap kepada Keadilan Daily, Saifuddin berkata, keyakinan itu bersandarkan gerak kerja jentera Pakatan Rakyat yang menyambut baik pencalonan beliau dan mendapat sokongan masyarakat setempat. "Alhamdulillah komponen Pakatan Rakyat di sana menerima baik dan memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawasan itu dengan lebih dekat. "Saya sudah ada pertemuan dengan PAS dan KEADILAN. Program yang diatur untuk saya bertemu ketua kaum mewakili Cina, Melayu dan India berjalan seperti dirancang. "Kedudukan saya sekarang memuaskan berdasarkan penerimaan penduduk setempat yang memberi sokongan," kata Saifuddin. Tambahnya, persiapan jentera bergerak mengikut jadual walaupun tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki. "Saya sudahpun mengenali seberapa banyak agensi dan institusi negeri. Saya sangat berpuas hati dengan penerimaan positif rakyat dan mereka hanya tunggu masa saya bertanding di situ," kata Saifuddin. "Selain itu, program yang ditetapkan meliputi penerangan, kemasyarakatan di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat kaum lain," jelasnya. Cabar Zul Nordin Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mewakili anak muda perintis perubahan menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat bentang manifesto pilihanraya. "SAMM ingin tegaskan, tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan pemerintah," ujar Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan.
Katanya, sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan.
Beliau berkata, Barisan Nasional umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana.
Di sebelah pihak lagi, ujarnya Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar.
"SAMM percaya tidak perlu diadakan ceramah jika media perdana benar-benar bertindak adil memberi ruang sama-rata," ujarnya dalam satu kenyataan.
Apabila Negri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatif nya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.
Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah di tadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara 'unitary'.
British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara 'unitary' tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk 'ceremonial' sahaja.
Jumlah rakyat Filipina yang lari daripada Sabah ekoran krisis antara kerajaan Malaysia dan 'Tentera Diraja Sulu' kini mencecah angka 4,771, lapor Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina.
Menurut NDRRMC, sehingga semalam, keseluruhan 944 keluarga sudah meninggalkan Sabah menuju ke Basulta (Basilan, Sulu and Tawi-Tawi) dan dibantu oleh kerajaan republik itu, lapor InterAksyon.
Daripada jumlah itu, seramai 2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak.
KLANG 29 MAC : Saman pemimpin Umno yang konnonnya mahu menolong ibu tunggal dan warga emas terhadap Kerajaan Negeri bermotifkan politik demi mewujudkan perspektif negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, peguam pemimpin Umno juga menggunakan muslihat untuk mengumpul tandatangan untuk saman tersebut dengan menjanjikan wang kepada mereka yang memberi tandatangan. Faekah berkata tujuan tindakan hanyalah bagi memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya dan merampas Selangor tetapi bukan untuk memenangi kes di mahkamah. "Apabila kita memohon untuk pembatalan kes, mahkamah menolak dan nak mendengar kes secara perbicaraan. (Datuk Seri) Noh Omar tweet saya 1 – 0 Faekah (kes ibu tunggal), saya sabar. Lepas itu (kes) warga emas, kita cuba batalkan, mahkamah tolak juga. "Noh Omar tweet saya lagi 2 – 0 Faekah. Saya jawab Datuk Seri peguam, kita belum lawan lagi, belum perbicaraan. Dia jawab dari segi politik dia dah menang. "Maknanya matlamat mereka adalah untuk adudomba dan propaganda," katanya dalam ceramah PR "Suara Wanita Suara Perubahan" di Kampung Bukit Naga di sini malam tadi. Faekah menambah, menurut maklumat yang diterima kes tersebut akan ditamatkan selepas pilihanraya berakhir. Cara pengumpulan tandatangan golongan ibu tunggal dan warga emas juga, tegasnya, dilakukan secara tipu muslihat oleh peguam yang dilantik Umno. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membubarkan parlimen sehingga Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya amat memalukan serta menghina rakyat di negeri itu.
"Rakyat negeri tersebut pasti merasa kecewa apabila tidak diberikan hak untuk memilih kerajaan baharu apabila tamat tempohnya, sebaliknya dibiarkan berlalu berhari-hari diperintah oleh kerajaan sementara," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor. Justeru, ujarnya bagi membalas jasa PM yang telah mencatatkan sejarah baharu Negeri Sembilan, rakyat di negeri itu perlu menolak BN dan kepimpinan Najib.
Beliau berkata, ia sebagai pengajaran paling berharga agar PM menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan yang sah.
Ia juga, katanya sebagai mesej penting supaya mana-mana PM tidak mengulangi tindakan seperti itu di masa-masa yang akan datang.
Baginya, rakyat serta pengundi di Negeri Sembilan perlu 'berterima kasih' kepada kerajaan Persekutuan (kerajaan BN) kerana membiarkan kerajaan negeri tersebut terbubar dengan sendirinya dan dipimpin oleh kerajaan sementera.
Beliau menjelaskan, kerajaan sementara adalah kerajaan yang memimpin sesebuah negeri atau negara tanpa kerajaan tersebut boleh meluluskan perkara besar terutama berkaitan perkara dasar mengenai negeri tersebut sehingga mandat baharu diperolehi melalui pilihan raya.
TUN Daim Zainudin dilihat terlalu istimewa dalam membuat ramalan politik. Hal ini berpunca daripada ramalannya dalam PRU12 lalu bahawa empat buah negeri akan dikuasai pembangkang, maksudnya pakatan parti-parti pembangkang, selain daripada mengekalkan Kelantan. Ditakdirkan Allah, ramalannya tepat maka tarafnya pun dinaikkan sebagai 'ahlulnujum politik' yang tepat ramalannya.
Ia tidak ubah seperti cerita dongeng Melayu kuno iaitu Hikayat Pak Belalang. Terlalu banyak cerita kebetulan pada awalnya hingga menyebabkan Pak Belalang dipercayai sebagai nujum sekalipun beliau tiada mempunyai apa-apa keistimewaan dalam menilik perkara tersembunyi.
Kali ini, apabila Tun Daim diminta meramalkan keputusan PRU13, beliau sudah tidak berani untuk membuat tilikan mungkin kerana sedar cakapnya akan dipercayai oleh golongan yang percaya perkara khurafat. Golongan ini lantas meyakini apa yang keluar dari mulut Tun Daim itu adalah betul.
LOKASI: TAMAN KANTAN, PERMAI, KAJANG TARIKH: 29HB MAC 2013 JAM 12.40 PAGI
CLEVER CLEVER SQUIRREL JUMPING AT LAST FALL ON THE GROUND ALSO.
Para petugas PAS Kawasan Semenyih, telah berjaya awal pagi tadi mencekup dua juvana dalam umur belasan tahun berbasikal sedang melakukan khianat dengan menconteng panji-panji PAS yang terpacak ditepi jalan di Taman Kantan, Permai, Kajang awal pagi tadi.
Apabila disoal siasat mereka mengaku menerima sedikit upah dari pihak tertentu untuk melakukan kerja khianat ini.
Selepas disoal siasat mereka telah dibebaskan dengan diberi kata nasihat agar tidak mengulangi kerja-kerja jijik ini.
Apakah pihak tertentu itu begitu terdesak sangat hinggakan bendera pun sudah gerun?
Beginilah keadaan parti politik yang hanya digembar gemburkan kuat tapi realitinya amat lemah dan ditolak rakyat.
Misi tawan Selangor lebih merupakan slogan omong-omong kosong penyedap jiwa dan halwa telinga saja.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.
Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.
Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?
Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.
Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.
Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno.
Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu.