MIMPI SENJA |
- Nie pasai apa pulak KETUA POLIS NEGARA bergambaq dengan PAPAGOMO?
- Najib Penakut !!!
- pelik puak2 ni, dengan treler pun depa takut ...
- Penempatan Baru Penduduk Kampung Tanduo Di Sungai Merah
- TERKINI LAHAD DATU [5 PTG 28/3] - Seorang pengganas ditembak , 6 ditangkap
- POLIS sahkan PAPAGOMO sebagai anggota polis yang pernah disabit kesalahan rasuah
Nie pasai apa pulak KETUA POLIS NEGARA bergambaq dengan PAPAGOMO? Posted: 28 Mar 2013 11:21 PM PDT Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar... 1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..? 2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..? 3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..? 4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..? 5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..? 6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..? 7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..? Mohon jawapan Brooo...!!! | ||
Posted: 28 Mar 2013 10:06 PM PDT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno. Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN. Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini? Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri. Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu. Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno. Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu. "Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai," kata sumber Umno kepada Harakahdaily. Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar. "Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap," kata sumber itu lagi. Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13. "Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri," tambah sumber Umno itu lagi. Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno. "Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini. "Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik," tambahnya. | ||
pelik puak2 ni, dengan treler pun depa takut ... Posted: 28 Mar 2013 03:57 AM PDT 30 polis dan JPJ tahan treler PAS
(Polis dan JPJ menahan treler PAS) IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya. Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh. Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan. Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan. Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi. Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan. Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh. Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.- Harakahdaily | ||
Penempatan Baru Penduduk Kampung Tanduo Di Sungai Merah Posted: 28 Mar 2013 03:31 AM PDT LAHAD DATU 28 Mac - 25 keluarga di Kampung Tanduo akan dipindahkan ke penempatan baru kira-kira 20 kilometer dari kawasan perumahan asal di kawasan Sungai Merah. Menurut Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir, pelbagai kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan dikawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit. Jelas beliau, perkara tersebut telah dipersetujui pelbagai pihak dan hanya menunggu kelulusan daripada Ketua Menteri Sabah untuk diteruskan. Dalam pada itu, kerajaan telah memperuntukkan bajet awal pembangunan infrastruktur serta pembelian aset Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) sebanyak RM 200 juta. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pada sidang akhbar di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA) 2103 di Langkawi. | ||
TERKINI LAHAD DATU [5 PTG 28/3] - Seorang pengganas ditembak , 6 ditangkap Posted: 28 Mar 2013 02:14 AM PDT MILITAN PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL HARI INI | ||
POLIS sahkan PAPAGOMO sebagai anggota polis yang pernah disabit kesalahan rasuah Posted: 28 Mar 2013 01:22 AM PDT Fazallah Pit KUALA LUMPUR 28 MAC: Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah. Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap. Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan. Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah. Dalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu. Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN. Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara 'panjang lebar' selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis. Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48531 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan