RAKYAT MARHAEN |
- GE13 : As polls near, renewal pangs from a sudden two-party system
- Malaysiakin launches elections website @ Undi.info...
- GE13 : The continuing saga of corrupt Umno culture
- PRU13 : Pemuda PAS Seremban saran calon ‘neutral’ DUN Lenggeng
- PRU13 : Hindraf tidak rela ditipu BN
- GE13 : Red-hot speculation Najib will dissolve Parliament TODAY
- PRU13: Selangor negeri paling panas, kata SPR ( tanda awal kerja kotor UMNO@BN..!!!)
- PRU13 : Saifuddin yakin potensi menang cerah di Kulim-Bandar Baharu
- PRU13 : Tolak 10 minit bentang manifesto, debat polisi
- Fitnah Video Seks : PAS Kecam Papagomo - Buletin 13
- Former estate workers: Looking forward to new homes
- GE13 : Pasar malam stroll with Mamas Bersih
- GE13 : Moment's of HKR #KL112 - People Power 1
- PRU13 : Bersih 3.0 Semangat Bersih, Harapan Negara
- Rakyat Malaysia Mahukan Pilihan Raya yang BERSIH dan ADIL
- PRU13 : Penambahbaikkan Pilihanraya
- Sejarah Malaya : Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955
- Negara Persekutuan, tetapi di tadbir ala Malayan Union
- Sejarah Malaya : Perjalanan Pilihanraya Malaya ke dua 1959
- Militan Sulu : Sudah 4,771 orang Filipina lari ke Basulta
- Faekah : Saman terhadap Kerajaan Negeri bermotif politik
- PRU13 : Tolak BN elak kerajaan sementara berulang
- PRU13 : Bahaya kalau rasa selesa di Kedah
- DUA BUDAK KENA CEKUP KETIKA SEDANG MELAKUKAN KHIANAT KEPADA PANJI-PANJI PAS!!
- PRU13 : Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?
GE13 : As polls near, renewal pangs from a sudden two-party system Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT The indecisive results of the 12th general election, though landmark, have led to the present "apprehensive atmosphere" in the run-up to the 13th national polls, said Ooi Kee Beng, deputy director of the Institute of Southeast Asian Studies. "Going forward, the great transformation that is really required in Malaysia is a drastic improvement in the quality of its leaders to correspond to new times," he said, in his opinion piece titled "The good, the bad and the ugly". Ooi said Malaysia is experiencing renewal pangs now due to the uncertainties resulting from a sudden two-party system born five years ago in Election 2008. "We are witnessing a difficult process of rejuvenation in a Malaysia made uncertain of itself after being suddenly bequeathed a two-party system," he wrote, of the changing political landscape in Southeast Asia's third-largest economy. Read More / Baca Lagi >> | ||
Malaysiakin launches elections website @ Undi.info... Posted: 28 Mar 2013 09:40 PM PDT | ||
GE13 : The continuing saga of corrupt Umno culture Posted: 28 Mar 2013 09:39 PM PDT A former Umno veteran says most Umno Supreme Council members bought votes and now this culture, with the help of the prime minister, is trickling down to the rest of the country. Abdul Kadir, who was an Umno member of 56 years until he quit last year, told FMT in an exclusive interview that most Umno Supreme Council members gained their positions by bribing members up to millions of ringgit. "In Umno, three million members elect 2,000 amongst them as delegates to the Umno General Assembly who will then elect the members of the supreme council. But these 2,000 members go and sell their votes, not all of them, but some of them. And it works! In Umno, it works!" revealed Abdul Kadir. "You can really gain top positions in Umno by just buying votes. You don't have to bother going down to the division, to the branches, to work hard, be popular with the rakyat." Abdul Kadir said this practice was so prevalent that when Prime Minister Najib Tun Razak was elected as Umno president in 2009, the latter joked in his closing speech "Inilah kita Umno dalam dilemma. Beri [wang] salah, tak beri, kalah." ("We in Umno are in a dilemma. If we give out [cash], we're in the wrong, but if we don't give it out, we lose"). "And everybody down there, the delegates, started clapping and laughing because they have been receiving," recounted Abdul Kadir. "And those on stage, the Umno Supreme Council members, also clapped because they have been giving. So it became a joking matter, something light – a culture that has to be accepted. " He said not all Umno leaders were comfortable with the culture, but had no other choice if they wished to hold on to their positions. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Pemuda PAS Seremban saran calon ‘neutral’ DUN Lenggeng Posted: 28 Mar 2013 09:38 PM PDT Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk menang. SEREMBAN: Masalah dalaman PAS Seremban kini mencapai satu lagi perkembangan baru apabila Pemuda PAS Seremban dalam satu resolusi yang dikeluarkan menerusi laman web milik mereka pemudaseremban.com bersetuju bahawa calon 'neutral' merupakan calon yang paling layak mewakili DUN Lenggeng.Resolusi ini selaras dengan saranan ILHAM Centre dalam Laporan Kajian Persepsi dan Tanggapan Rakyat di N09 DUN Lenggeng yang dibuat oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan yang menunjukkan calon 'neutral' berpotensi untuk memenangi DUN Lenggeng. Pemuda PAS Seremban berhujah bahawa PAS telah tiga kali meletakkan calon yang sama semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dan ternyata calon PAS hanya mampu meraih tidak lebih dari 35% undi dari jumlah pengundi keseluruhan. "Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat dan Ampangan dan kerusi Parlimen Seremban gah dikongsi rakan Pakatan Rakyat yang lain tetapi sebaliknya DUN Lenggeng tertinggal dari arus tsunami rakyat 2008. "Tatkala wakil rakyat UMNO dipalit isu rasuah, kajian ILHAM Centre jelas mendapati calon PAS masih gagal menawan hati pengundi. "Faktor calon tempatan juga tidak boleh lagi menjadi isu kerana koresponden bersetuju untuk memilih bakal wakil rakyat mereka yang mampu untuk turun padang dengan segera dan prihatin dengan masalah rakyat. Tidak ada gunanya menjadi calon anak tempatan tetapi tidak dikenali masyarakat setempat. | ||
PRU13 : Hindraf tidak rela ditipu BN Posted: 28 Mar 2013 09:36 PM PDT Mereka tidak lagi rela di tipu Barisan Nasional selama 55 tahun dan sebaliknya mengharapkan Pakatan Rakyat dapat melaksanakan reformasi sebenar. Pada 14 Mac 2013, saya menaiki Komuter KTM seorang diri, bertolak dari Stesen UKM ke Stesen Rawang. Sebaik sahaja sampai ke Rawang, terus saya menuju ke sebuah kuil Hindu yang berdekatan. Empat hari yang lepas, saya dengan empat ahli jawatankuasa Sahabat Rakyat (Yong Siew Lee, Ang Peri Shan, Choo Shinn Chei dan Chen Xin) pernah melawati kuil ini untuk menyertai upacara doa Hindraf Hunger Viratham yang diketuai oleh Pengerusi Hindraf, waythamoorthy. Tersentuh dengan semangat mereka, saya memutus untuk menyertai aksi mogok lapar Hindraf selama 24 jam, sebagai tanda penghormatan kepada Waythamoorthy dan sokongan terhadap aksi mogok lapar tersebut. Tindakan mogok lapar Waythamoorthy ini adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perjuangan hak dan maruah Bangsa India di Malaysia yang majoritinya hanya tinggal kain sehelai sepinggan. Beliau berharap rejim memerintah menghentikan penindasan kejam terhadap Rakyat Bangsa India di Malaysia. Beliau juga berharap kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib, dan Pakatan rakyat (atau bakal kerajaan) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan memandang serius tentang kesengsaraan bangsa India akibat daripada penindasan yang berterusan. Penyertaan saya dalam tindakan mogok lapar ini adalah kerana menyokong tindakan benar Hindraf yang memperjuangkan hak-hak bangsa India yang telah diketepikan sekian lama, dan juga hak-hak bangsa minoriti lain serta menyokong pendirian Hindraf yang bersifat bukan berpartisan (non-partisan) sepanjang perjuangan mereka. | ||
GE13 : Red-hot speculation Najib will dissolve Parliament TODAY Posted: 28 Mar 2013 09:35 PM PDT Speculation is swirling that Prime Minister Najib Razak will call for a press conference this afternoon, where he may announce the dissolution of Parliament to pave the way for Malaysia's much anticipated 13th general election. However, not all are convinced although they admit the rumor was spreading like wild-fire through the political circles. "This could be another red herring to keep the hopes of the people and his own members alive for a quick election. Everyone is fed up, they want to vote," a well-informed source told Malaysia Chronicle. The 59-year-old Najib is under tremendous pressure to call for an election that may well see the Opposition led by Anwar Ibrahim sweep to power. He has delayed doing so, even allowing the Negri Sembiulan state assembly to automatically dissolve a couple of days ago. The 'historic' NS dissolution is unprecedented in Malaysia's history - reflecting poorly on the confidence of Najib's Umno party in facing the ballot. Najib's guessing game on the GE13 date took further flight when the Deputy Speaker Wan Junaidi was reported as saying by a major Malay daily that it was possible for Parliament to dissolve automatically (which would be on April 28). All the government-linked deals already inked at LIMA? | ||
PRU13: Selangor negeri paling panas, kata SPR ( tanda awal kerja kotor UMNO@BN..!!!) Posted: 28 Mar 2013 09:34 PM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai 'pemenang pingat emas' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat sebagai negeri "paling panas" kali ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Selangor juga akan menjadi negeri paling panas berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini. Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), sejak Mac 2008, ini sering menjadi tumpuan media. Abdul Aziz berkata, Selangor diperuntukkan hampir 10 peratus atau RM35 juta daripada RM400 juta bajet keseluruhan, bagi mengendalikan pilihan raya umum negeri itu. Dari segi jumlah pengundi pula, 2,051,708 daripada 13,291,385 pengundi berada di Selangor. "... Selangor akan dikawal oleh ramai pihak penguat kuasa, ini satu lagi yang mendapat pingat emas. Selangor akan menjadi fokus media, semua yang kita lakukan akan menjadi tumpuan umum. "Kawasan ini akan menjadi persaingan pelbagai penjuru oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang akan terus (cuba) mengekalkan kuasa pemerintahan mereka," kata beliau pada majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor di sini hari ini. | ||
PRU13 : Saifuddin yakin potensi menang cerah di Kulim-Bandar Baharu Posted: 28 Mar 2013 09:29 PM PDT KUALA LUMPUR 29 MAC: Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin potensinya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 cerah di kawasan itu. Bercakap kepada Keadilan Daily, Saifuddin berkata, keyakinan itu bersandarkan gerak kerja jentera Pakatan Rakyat yang menyambut baik pencalonan beliau dan mendapat sokongan masyarakat setempat. "Alhamdulillah komponen Pakatan Rakyat di sana menerima baik dan memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawasan itu dengan lebih dekat. "Saya sudah ada pertemuan dengan PAS dan KEADILAN. Program yang diatur untuk saya bertemu ketua kaum mewakili Cina, Melayu dan India berjalan seperti dirancang. "Kedudukan saya sekarang memuaskan berdasarkan penerimaan penduduk setempat yang memberi sokongan," kata Saifuddin. Tambahnya, persiapan jentera bergerak mengikut jadual walaupun tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki. "Saya sudahpun mengenali seberapa banyak agensi dan institusi negeri. Saya sangat berpuas hati dengan penerimaan positif rakyat dan mereka hanya tunggu masa saya bertanding di situ," kata Saifuddin. "Selain itu, program yang ditetapkan meliputi penerangan, kemasyarakatan di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat kaum lain," jelasnya. Cabar Zul Nordin Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Tolak 10 minit bentang manifesto, debat polisi Posted: 28 Mar 2013 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mewakili anak muda perintis perubahan menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat bentang manifesto pilihanraya. Read More / Baca Lagi >>"SAMM ingin tegaskan, tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan pemerintah," ujar Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan. Katanya, sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan. Beliau berkata, Barisan Nasional umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, ujarnya Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar. "SAMM percaya tidak perlu diadakan ceramah jika media perdana benar-benar bertindak adil memberi ruang sama-rata," ujarnya dalam satu kenyataan. | ||
Fitnah Video Seks : PAS Kecam Papagomo - Buletin 13 Posted: 28 Mar 2013 09:16 PM PDT | ||
Former estate workers: Looking forward to new homes Posted: 28 Mar 2013 09:14 PM PDT | ||
GE13 : Pasar malam stroll with Mamas Bersih Posted: 28 Mar 2013 09:10 PM PDT | ||
GE13 : Moment's of HKR #KL112 - People Power 1 Posted: 28 Mar 2013 09:05 PM PDT | ||
PRU13 : Bersih 3.0 Semangat Bersih, Harapan Negara Posted: 28 Mar 2013 09:00 PM PDT | ||
Rakyat Malaysia Mahukan Pilihan Raya yang BERSIH dan ADIL Posted: 28 Mar 2013 08:49 PM PDT | ||
PRU13 : Penambahbaikkan Pilihanraya Posted: 28 Mar 2013 08:39 PM PDT | ||
Sejarah Malaya : Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955 Posted: 28 Mar 2013 08:36 PM PDT | ||
Negara Persekutuan, tetapi di tadbir ala Malayan Union Posted: 28 Mar 2013 08:34 PM PDT Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah di tadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara 'unitary'. British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara 'unitary' tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk 'ceremonial' sahaja. | ||
Sejarah Malaya : Perjalanan Pilihanraya Malaya ke dua 1959 Posted: 28 Mar 2013 08:31 PM PDT | ||
Militan Sulu : Sudah 4,771 orang Filipina lari ke Basulta Posted: 28 Mar 2013 08:29 PM PDT Jumlah rakyat Filipina yang lari daripada Sabah ekoran krisis antara kerajaan Malaysia dan 'Tentera Diraja Sulu' kini mencecah angka 4,771, lapor Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina. Read More / Baca Lagi >>Menurut NDRRMC, sehingga semalam, keseluruhan 944 keluarga sudah meninggalkan Sabah menuju ke Basulta (Basilan, Sulu and Tawi-Tawi) dan dibantu oleh kerajaan republik itu, lapor InterAksyon. Daripada jumlah itu, seramai 2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak. | ||
Faekah : Saman terhadap Kerajaan Negeri bermotif politik Posted: 28 Mar 2013 08:27 PM PDT KLANG 29 MAC : Saman pemimpin Umno yang konnonnya mahu menolong ibu tunggal dan warga emas terhadap Kerajaan Negeri bermotifkan politik demi mewujudkan perspektif negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, peguam pemimpin Umno juga menggunakan muslihat untuk mengumpul tandatangan untuk saman tersebut dengan menjanjikan wang kepada mereka yang memberi tandatangan. Faekah berkata tujuan tindakan hanyalah bagi memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya dan merampas Selangor tetapi bukan untuk memenangi kes di mahkamah. "Apabila kita memohon untuk pembatalan kes, mahkamah menolak dan nak mendengar kes secara perbicaraan. (Datuk Seri) Noh Omar tweet saya 1 – 0 Faekah (kes ibu tunggal), saya sabar. Lepas itu (kes) warga emas, kita cuba batalkan, mahkamah tolak juga. "Noh Omar tweet saya lagi 2 – 0 Faekah. Saya jawab Datuk Seri peguam, kita belum lawan lagi, belum perbicaraan. Dia jawab dari segi politik dia dah menang. "Maknanya matlamat mereka adalah untuk adudomba dan propaganda," katanya dalam ceramah PR "Suara Wanita Suara Perubahan" di Kampung Bukit Naga di sini malam tadi. Faekah menambah, menurut maklumat yang diterima kes tersebut akan ditamatkan selepas pilihanraya berakhir. Cara pengumpulan tandatangan golongan ibu tunggal dan warga emas juga, tegasnya, dilakukan secara tipu muslihat oleh peguam yang dilantik Umno. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Tolak BN elak kerajaan sementara berulang Posted: 28 Mar 2013 08:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membubarkan parlimen sehingga Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya amat memalukan serta menghina rakyat di negeri itu. "Rakyat negeri tersebut pasti merasa kecewa apabila tidak diberikan hak untuk memilih kerajaan baharu apabila tamat tempohnya, sebaliknya dibiarkan berlalu berhari-hari diperintah oleh kerajaan sementara," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor. Justeru, ujarnya bagi membalas jasa PM yang telah mencatatkan sejarah baharu Negeri Sembilan, rakyat di negeri itu perlu menolak BN dan kepimpinan Najib. Beliau berkata, ia sebagai pengajaran paling berharga agar PM menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan yang sah. Ia juga, katanya sebagai mesej penting supaya mana-mana PM tidak mengulangi tindakan seperti itu di masa-masa yang akan datang. Baginya, rakyat serta pengundi di Negeri Sembilan perlu 'berterima kasih' kepada kerajaan Persekutuan (kerajaan BN) kerana membiarkan kerajaan negeri tersebut terbubar dengan sendirinya dan dipimpin oleh kerajaan sementera. Beliau menjelaskan, kerajaan sementara adalah kerajaan yang memimpin sesebuah negeri atau negara tanpa kerajaan tersebut boleh meluluskan perkara besar terutama berkaitan perkara dasar mengenai negeri tersebut sehingga mandat baharu diperolehi melalui pilihan raya. | ||
PRU13 : Bahaya kalau rasa selesa di Kedah Posted: 28 Mar 2013 07:47 PM PDT Oleh ZULKIFLI YAHAYA TUN Daim Zainudin dilihat terlalu istimewa dalam membuat ramalan politik. Hal ini berpunca daripada ramalannya dalam PRU12 lalu bahawa empat buah negeri akan dikuasai pembangkang, maksudnya pakatan parti-parti pembangkang, selain daripada mengekalkan Kelantan. Ditakdirkan Allah, ramalannya tepat maka tarafnya pun dinaikkan sebagai 'ahlulnujum politik' yang tepat ramalannya. Ia tidak ubah seperti cerita dongeng Melayu kuno iaitu Hikayat Pak Belalang. Terlalu banyak cerita kebetulan pada awalnya hingga menyebabkan Pak Belalang dipercayai sebagai nujum sekalipun beliau tiada mempunyai apa-apa keistimewaan dalam menilik perkara tersembunyi. Kali ini, apabila Tun Daim diminta meramalkan keputusan PRU13, beliau sudah tidak berani untuk membuat tilikan mungkin kerana sedar cakapnya akan dipercayai oleh golongan yang percaya perkara khurafat. Golongan ini lantas meyakini apa yang keluar dari mulut Tun Daim itu adalah betul. Read More / Baca Lagi >> | ||
DUA BUDAK KENA CEKUP KETIKA SEDANG MELAKUKAN KHIANAT KEPADA PANJI-PANJI PAS!! Posted: 28 Mar 2013 07:44 PM PDT TARIKH: 29HB MAC 2013 JAM 12.40 PAGI CLEVER CLEVER SQUIRREL JUMPING AT LAST FALL ON THE GROUND ALSO. Para petugas PAS Kawasan Semenyih, telah berjaya awal pagi tadi mencekup dua juvana dalam umur belasan tahun berbasikal sedang melakukan khianat dengan menconteng panji-panji PAS yang terpacak ditepi jalan di Taman Kantan, Permai, Kajang awal pagi tadi. Apabila disoal siasat mereka mengaku menerima sedikit upah dari pihak tertentu untuk melakukan kerja khianat ini. Selepas disoal siasat mereka telah dibebaskan dengan diberi kata nasihat agar tidak mengulangi kerja-kerja jijik ini. Apakah pihak tertentu itu begitu terdesak sangat hinggakan bendera pun sudah gerun? Beginilah keadaan parti politik yang hanya digembar gemburkan kuat tapi realitinya amat lemah dan ditolak rakyat. Misi tawan Selangor lebih merupakan slogan omong-omong kosong penyedap jiwa dan halwa telinga saja. KEKALKAN SELANGOR RAMPAS PUTRAJAYA. | ||
PRU13 : Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno? Posted: 28 Mar 2013 07:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno. Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN. Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini? Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri. Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu. Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno. Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan