Ahad, 17 Mac 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JANGAN TERKEJUT ADA BINI MENTERI BACUL YANG SANGGUP MENGAKU DILIWAT

Posted: 17 Mar 2013 11:47 AM PDT

APABILA membaca kenyataan menteri bangsat tu di SINI, jelas sangat pada kita memang tepat Umporno dihuni oleh peminat-peminat porno sahaja samada mereka itu lebai kangkung, ulamak terompah mahupun tok-tok peti ais.  Jelas, menteri bengap ni menggalakkan rakyat melihat aksi lucah hanya kerana mahu rakyat percaya pemimpin Umporno itu lebih bersih jiwa dan moral mereka.

Sepatutnya, selaku Menteri jika pun beliau ada sebesar kuman iman di dadanya beliau akan membuat komen bahawa video atau gambar-gambar lucah yang kononnya melibatkan pemimpin Pembangkang itu disiasat oleh pihak berkuasa dan tunggulah hasil siasatan atau dakwaan.  Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya Menteri bengap ini minta rakyat lihat sendiri video tersebut dan buat keputusan.  Mudah betul kepala otak dia menyelesaikan masalah yang bukan sedikit kesannya kepada moral masyarakat kita.

Silapnya kita juga yang pilih orang jahil, jahat lagi bengap sebagai pemimpin.  Langsung tidak ada hati perut dan keberanian.  Sudahlah pemimpin partinya bacul untuk berdebat, gunakan media pula untuk fitnah dan aibkan orang lepas tu minta rakyat lihat hasil kerja tangan-tangan Syaitan yang tidak dikenali itu.  

Itulah tandanya Umporno semakin ke penghujung.  Jangan terkejut satu hari nanti bini menteri ini akan sanggup mengaku diliwat oleh Anwar kerana diarahkan oleh suaminya yang dayus lagi bacul itu.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERITA TERKINI: PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU

Posted: 17 Mar 2013 09:08 PM PDT



KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA
PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia. 

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat! - sumber

edisi CEMAS : Boeing 767 dengan 231 penumpang berjaya mendarat tanpa tayar ... Tahniah pilot!!!

Posted: 17 Mar 2013 09:05 AM PDT

Siapa yang mula mengesan pendaratan pengganas Sulu di Kg Tanduo?

Posted: 17 Mar 2013 08:10 AM PDT


LAHAD DATU : Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya 'menghidu' kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?

Jawapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.

Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.

Menyedari kehadiran ramai lelaki yang 'mencurigakan' di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.

Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.

Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.

"Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup mengkagumkan.

"Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta kita, nyawa penduduk serta peneroka," katanya pada Mynewshub.my di sini, hari ini.

Sementara itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11 tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan.

"Saya berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari langsung oleh pihak pengganas.

"Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya.

"Tak banyak sikit, maklumat ini saya percaya telah membuatkan pasukan keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari pertama serangan hinggalah sekarang," katanya yang telah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran kejadian pencerobohan.

Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela turut dibekalkan senjata api.

Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang.

"Ini membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda tidak berlaku," ujarnya.

Selain itu juga, katanya kerajaan juga sudah bersetuju jeti di Felda Sahabat digunakan sebagai balai bagi membolehkan anggota agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) beroperasi.

SIAPA SUDI SEMBAHYANGKAN 'BANGKAI' PENGGANAS?

Posted: 17 Mar 2013 06:23 AM PDT

Sunday, 17 March 2013 18:07



RAMAI yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.
Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan? (portalharian)

17 MARCH 2013


Keluarga Jamalul Kiram antara yang ditahan





LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. (Bernama)

Keluarga Jamalul Kiram antara yang ditahan

Posted: 17 Mar 2013 05:33 AM PDT





LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. (Bernama)

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Aquino Gesa Proses Rundingan Berhubung Tuntutan Ke Atas Sabah

Posted: 17 Mar 2013 09:33 PM PDT

MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Ahad berkata proses rundingan adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah dan beliau turut mengkritik tindakan kumpulan bersenjata menyerang Malaysia.
Aquino turut mengecam konspirasi terancang pihak tidak bertanggjungjawab yang menghantar pengikut-pengikut kesultanan Sulu ke Sabah kerana ia telah mengancam keselamatan 800,000 rakyat Filipina yang tinggal dan bekerja di negeri itu.
Bercakap di Akademi Elit Ketenteraan di Filipina pada Ahad, beliau turut mengutuk tindakan pengikut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III yang membunuh dengan kejam sembilan anggota pasukan keselamatan di Malaysia.
"Insiden seperti ini akan hanya menyebabkan lebih banyak masalah kerana anda cuba menyelesaikan dengan tergesa-gesa atau menggunakan kekearasan. Kita memerlukan perbincangan mendalam dan ikhlas jika mahu mencari jalan penyelesaian yang betul," katanya ketika menghadiri majlis graduasi kadet tentera pada Ahad.
"Kita sudah tahu betapa rumitnya isu ini. Bolehkan mana-mana Perdana Menteri Malaysia dengan mudah melepaskan sebuah negeri yang sudah lama tertakluk di bawah undang-undang mereka?," soal Aquino.
Read More / Baca Lagi >>

Persatuan Suluk : 'Mereka pengganas Kiram, bukan pengganas Sulu'

Posted: 17 Mar 2013 09:26 PM PDT

PASIR GUDANG – Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) menggesa kerajaan dan media tempatan menukar panggilan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram.

Pemangku Presidennya, Faizal Sisar berkata, tindakan melabelkan penceroboh sebagai pengganas Sulu turut terpalit tempiasnya kepada masyarakat Suluk yang menetap di Semenanjung.

Katanya, pihaknya tidak mahu masyarakat Suluk di negara ini turut dilabel pengganas gara-gara tindakan kejam penceroboh Kiram.

"Kita menggesa kerajaan dan media melabelkan pengganas Sulu kepada pengganas Kiram kerana kami masyarakat Suluk di negara ini tidak mahu terpalit dengan insiden berkenaan.

"Kita tak mahu turut dianggap pengganas," katanya, semalam.

Kiram tarik balik gencatan senjata, arah pengikutnya terus berperang

Posted: 17 Mar 2013 09:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut  berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
"Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?" kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi "serang dan lari" keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina,  Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Read More / Baca Lagi >>

KUASA MELAYU TIDAK AKAN HILANG SELAMA-LAMANYA - DR AGUS

Posted: 17 Mar 2013 09:14 PM PDT

Polis : Pengganas Semakin Lemah....

Posted: 17 Mar 2013 09:12 PM PDT

Ulamak Muda PAS Bangkit Melawan Kezaliman - Ust. Mohamad Zawawi

Posted: 17 Mar 2013 09:07 PM PDT

Ust. Nasrudin Hassan Tantawi: Kenapa Ulamak Muda?

Posted: 17 Mar 2013 09:06 PM PDT

Rakaman Penuh - Wacana Perdana Siri-14 Pasca PRU-13: Melayu- Islam Di Mana?

Posted: 17 Mar 2013 09:05 PM PDT

Beza ISMA & Perkasa - Ust Hazizi

Posted: 17 Mar 2013 09:03 PM PDT

BONGKAR Masalah Utama Negara - Dr MAZA

Posted: 17 Mar 2013 09:02 PM PDT

Hassan Ali budak nakal - Tuan Ibrahim

Posted: 17 Mar 2013 09:01 PM PDT

Jangan salahkan Lim Guan Eng kenapa dia Cina - Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 17 Mar 2013 09:23 AM PDT

Tanya Ust Azhar : Politik, tanggungjawab atau main-main?

Posted: 17 Mar 2013 08:58 AM PDT

JAWAPAN YANG TEPAT DAN JELAS UNTUK RAKYAT

Posted: 17 Mar 2013 08:29 AM PDT


Tolong jangan ketawa......KAH KAH KAH!

Posted: 17 Mar 2013 08:17 AM PDT

KAN DAH KENA MAIN...HA...HA..HA...!!!

BERANI BERI MANDAT BARU PADA PENGKHIANAT NEGARA...????

Posted: 17 Mar 2013 08:12 AM PDT


Rahsia Bakal Terbongkar.. ESOK..

Posted: 17 Mar 2013 08:04 AM PDT


SULTAN KIRAM III DAPAT 50SEN... NAJIB LAK YANG GELISAH

Posted: 17 Mar 2013 07:51 AM PDT

50 sen Duit Risikan Malaysia Hadapan Rumah Kiram

Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram.
Duit 50 sen itu diberi oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat.
Apakah Tentera Kiram III akan balas perbuatan ini pada Najib???

Transformasi Kroni Berjaya!

Posted: 17 Mar 2013 07:46 AM PDT


Konsesi tol 50-tahun RM1.55b dianugerahkan kepada AZRB tanpa sebarang tender dengan pinjaman mudah RM635juta.

Konsesi tol Lebuhraya Pantai Barat 60-tahun RM5.2b ditawarkan kepada Europlus secara rundingan terus. Kerajaan masih memberikan pinjaman mudah RM2.24b dan subsidi RM980j kepada syarikat tersebut.

Kerajaan BN cuba sedaya upaya untuk membantu kroni-kroni mereka mencapai keuntungan lumayan berbilion-bilion. Manakala rakyat jelata disuap bayaran BR1M RM500. Inilah dasar "Kroni Didahulukan" BN.

Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya

Posted: 17 Mar 2013 07:30 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.

"Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.

"Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lahad Datu: Gegar mahu laporan tepat untuk rakyat Sabah

Posted: 17 Mar 2013 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) melancarkan Gerakan Pemantau Media yang akan menyelia perkembangan berita yang disampaikan oleh media tempatan mahupun antarabangsa mengenai isu pencerobohan Lahad Datu.

Menurut Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin, penubuhan gerakan ini bagi membolehkan rakyat Sabah membuat penilaian secara menyeluruh mengenai isu yang berlaku dan memastikan maklumat yang diterima adalah berasaskan sumber yang sahih dan bukan sekadar khabar angin.

Ini kerana katanya, Gegar mendapat maklumat berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Sabah, dipercayai untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Melihat kepada laporan media yang disiarkan oleh media tempatan dan antarabangsa, Gegar mendapati terdapat beberapa percanggahan fakta yang didedahkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pergerakan Kapal Laut Indonesia Agak Luarbiasa di Perairan Nunukan..??

Posted: 17 Mar 2013 07:27 AM PDT

ADA laporan, bahawa pada masa ini, pergerakan kapal-kapal Tentera Laut Indonesia berdekatan dengan Nunukan, sungguh Luar Biasa.
Nunukan berdekatan dengan Pulau Sebatik kawasan Malaysia.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III ada meminta bantuan daripada Indnesia, berkaitan dengan serangan pasukan keselamatan negara kita terhadap pengikutnya yang menceroboh Sabah pada pada 9 Februari lalu.
Tiada laporan yang boleh diperayai daripada pihak kita, berkaitan dengan pergerakan kapal-kapal tentera laut indonesia itu. Apa kah Indonesia juga terlibat menghalang penyusupan pengganas sulu, agar tidak lari ke kawasan mereka, kerana Filipina dan Malaysia meningkatkan kawalan laut, sejak 5 Mac lalu, agar pengganas Sulu tidak terlepas begitu sahaja.

Menteri Umno neh kaki blue rupanya [Saksikan bangangnya...]

Posted: 17 Mar 2013 07:25 AM PDT

Ahmad Maslan: Tonton sendiri video 'aksi songsang'

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. Dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di Melaka, hari ini.Read More / Baca Lagi >>

Mayat Pengganas Sulu 80 Peratus Selesai Dibebah Siasat - Hamza

Posted: 17 Mar 2013 07:18 AM PDT

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.
"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini.
Hamza berkata mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.
Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara 12 Februari lepas.
Bagaimanapun sehingga tempoh itu berakhir hari ini, belum ada sebarang indikasi dari Manila berhubung tuntutan mayat-mayat tersebut.
Dalam pada itu Hamza tidak menolak kemungkinan ada pengganas yang melarikan diri ke Pulau Tambisan, kira-kira 100 kilometer dari Felda Sahabat kerana musuh memahami muka bumi kawasan pantai timur Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

ADIK BERADIK SAMA.....!!!

Posted: 17 Mar 2013 07:15 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/485956_348639918585749_1893707783_n.jpg

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Politik Santa Claus warnai pilihan raya Malaysia, kata akhbar Singapura

Posted: 17 Mar 2013 01:44 AM PDT

Politik Santa Claus warnai pilihan raya Malaysia, kata akhbar Singapura

March 17, 2013
Bagi Reme, Najib telah menabur lebih banyak 'saguhati' wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat. - Gambar fail  SECARA TIDAK LANGSUNG PENULIS INI MELIHAT BAHAWA PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PESAING MANTAP YANG AKAN MENGEMUDI MALAYSIA. KERAJAAN SELEPAS INI ...BERMAKNA KERAJAAN PAKATAN  DAN SANGGUPKAH KERAJAAN "SELEPAS" INI YANG DIMAKSUDKAN PAKATAN RAKYAT MELAKSANAKAN JANJI-JANJI MEREKA. jAWAPANNYA SUDAH TENTULAH YA....   KUALA LUMPUR, 17 Mac — Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan. 
 
"Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
"Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus," tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.

Beliau menegaskan Najib, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), telah menabur lebih banyak "saguhati" wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat yang menjadi isu keutamaan buat 40 peratus daripada 13.3 juta pengundi yang masih bergelut dengan isu-isu asas seharian; isyarat bahawa lebih banyak diberikan jika kerajaan sedia ada kekal memerintah.

Antara berbilion ringgit gula-gula yang beliau senaraikan adalah pemberian bantuan tunai RM500 kepaa setiap isi rumah, RM200 rebat telefon pintar kepada ribuan remaja, RM250 baucar buku pelajar sekolah dan pada minggu lepas pengumuman kenaikkan gaji kepada 230, 000 polis dan askar—yang dianggap sebagai kelompok utama menyumbangkan undi tetap kepada pemerintah.

Penulis juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR), yang juga dilihat sebagai pesaing mantap untuk merampas kuasa pusat buat kali pertama, turut menjanjikan banyak gula-gula.

Antara yang disenaraikan beliau ialah pendidikan percuma, tarif perkhidmatan utiliti yang lebih rendah, mengurangkan kos pengangkutan keatas kereta dan petrol serta tol lebuh raya yang menjadi kunci utama dalam manifesto PR yang dilancar bulan lepas.

"Tetapi yang merisaukan ialah ahli politik yang mengheboh-hebohkan.

"Tetapi semua gula-gula dikeluarkan atau dijanjikan, mampukan kerajaan selepas ini memindahkan lebih banyak wang awam  ke arah aktiviti-aktiviti yang produktif seperti menaik taraf pelabuhan dan meningkatkan pendidikan pekerja, atau mungkinkah mereka terpaksa memberi lebih banyak gula dan rempah kepada pengundi yang sudah mendapat manfaat daripada semua yang baik?" soal penulis.

Reme berkata realitinya semua gula-gula janji dan urusniaga dengan lebih banyak saguhati tidak semestinya akan menarik sokongan pengundi, menurut beberapa pemerhati politik yang berkata disini.
"Realiti yang teruk ialah lebih banyak kamu beri, lebih banyak mereka mahu.

"Tujuan kedua ia semua hadiah percuma tersebut harus dibayar oleh seseorang yang berada dalam garisan tersebut," kata Reme.

Beliau menegaskan Malaysia sudah berada dalam tahun ke-16 bajet defisit sejak Krisis Kewangan Asia 1997 dimana wang digunakan untuk dibayar keatas belanja kerajaan datang daripada cukai dan "bank-bank rakus lain seperti syarikat minyak Petronas".

Beliau mengingatkan hasil cukai yang mungkin boleh dibelanjakan untuk membina jalan raya baru sebaliknya boleh disalurkan untuk tujuan lain bagi memastikan janji-janji pilihan raya politik, seperti subsidi harga petrol atau membayar pampasan kepada syarikat lebuh raya untuk menghapuskan tol.

"Dalam kata lain, mereka akan dibayar oleh pengundi yang sama menyangka mereka mendapatnya ecara percuma," kata beliau.



Umno DENGAR INI PESANAN

Posted: 17 Mar 2013 12:06 AM PDT

Barisan Nasional mesti bijak adun strategi — Jeniri Amir

 
 Bukan dengan baling batu,kayu dan telor.bukan dengan fitnah....rakyat dah bijak.





March 17, 2013
17 MAC — Pola politik berbeza perlu diambil kira

Landskap politik berubah ekoran anjakan politik daripada politik lama kepada baru. Politik lama banyak ditentukan oleh sejauh mana parti politik dan calon dapat membawa pembangunan. Namun, dalam politik baru, pembangunan bukan lampu ajaib untuk menawan pengundi. Pengundian dalam politik lama berlaku atas garis etnik, tetapi politik baru merentasi sempadan etnik. Ramai pihak beranggapan politik baru muncul dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) di Malaysia. Hakikatnya, benih awal politik baru menjelma sejak PRU-1999 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi dan politik. Negara kita sudah banyak berubah terutama sejak 15 tahun lalu. Struktur masyarakat beranjak ekoran pelbagai dasar ekonomi, sosial dan pendidikan. Justeru, lahir lebih banyak golongan kelas menengah. Sebahagian kelas menengah ini berasal dari luar bandar. Hasil kejayaan pendidikan terutamanya, berlaku bukan saja mobilisasi mendatar, tetapi juga menegak. Maksudnya, berlaku peningkatan dari segi sosioekonomi.
"Kita harapkan kempen BN lebih pelbagai dan kreatif, slogan kempen lebih segar, poster lebih bermaya serta bergaya, bukan poster kempen 1960-an"
Politik lebih responsif 
Dalam politik baru, pengundi tidak lagi sekadar tertarik dengan janji dan rancangan pembangunan. Mereka mahu melihat parti politik yang responsif terhadap aspirasi dan tuntutan mereka.
Pengundi terutama muda melihat lebih jauh berbanding mana parti dan wakil rakyat dapat melaksanakan projek pembangunan jalan raya, klinik, sekolah atau bekalan air dan elektrik.

Pendidikan, ekonomi dan media baru, khususnya media alternatif menyebabkan perubahan dari segi pendirian politik mereka. Kesan ledakan teknologi maklumat mentransformasikan hampir semua bidang. Di negara luar, termasuk di Asia Barat, kita akui bagaimana generasi muda yang sekadar menggunakan telefon bimbit berupaya mengubah landskap sosiopolitik. Kerajaan menyedari kempen politik klise dan tradisional tidak lagi relevan. Untuk itu, kita mengharapkan kempen politik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang lebih pelbagai dan kreatif, slogan kempen lebih segar, poster lebih bermaya dan bergaya, bukan poster kempen ala 1960-an. Papan iklan kempen perlu lebih serasi dengan kehendak semasa. Manifesto juga patut lebih kreatif dari segi persembahan, terutama dari segi reka bentuk dan penampilan. Sudah pasti, kesilapan lalu tidak menggunakan semaksimum mungkin media baru perlu dielakkan.

Bagi pengundi era politik baru, yang jauh lebih penting adalah bagaimana parti dan calon dapat membawa pembaharuan. Isu tabir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, keupayaan menangani rasuah dan penyelewengan menjadi perhitungan utama dan bukan lagi soal keupayaan menyelesaikan masalah yang dianggap remeh-temeh.

Tetapi di luar bandar Sabah dan Sarawak politik baru belum menonjol. Politik pembangunan masih menawan pengundi. Ada 5,000 penempatan terdiri daripada kampung tradisional dan rumah panjang. Lebih daripada 50 peratus kawasan itu mempunyai sekitar 30 keluarga saja. Kejayaan parti untuk menawan hati pengundi sebahagian besar ditentukan rekod silam dan keupayaan membawa pembangunan serta menunaikan janji.

Adunan strategi 

Media konvensional masih penting. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak, radio dan televisyen menjadi sumber politik utama. Politik di luar bandar dan rumah panjang di kedua-dua negeri itu, memerlukan adunan strategi lama dan baru. Bagi politik baru, penggunaan internet, Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) penting untuk meraih undi. Di Sarawak pembangkang mendekati rakyat melalui radio kerana mereka menyedari radio sumber utama politik penghuni rumah panjang.

Kehadiran Radio Free Sarawak tidak disenangi kerajaan Sarawak kerana disifatkan menyemarakkan sentimen rakyat. Bagaimanakah kerajaan dapat menangkis wacana politik disebarkan melalui radio alternatif itu? Memadaikah sekadar menasihati rakyat di luar bandar mengelak daripada mendengar radio terbabit? Radio itu memaparkan isu yang dekat di hati rakyat termasuk isu tanah adat dan kekurangan pembangunan di kawasan mereka.

Pelbagai kehendak kontemporari telah menyaksikan kerajaan melakukan perubahan. Perdana Menteri melakukan banyak reformasi termasuk reformasi politik dengan memansuhkan dan meminda beberapa undang-undang. Sejauh manakah transformasi politik sesuai dengan prinsip demokrasi dan hak asasi itu relevan dengan pengundi luar bandar dan pedalaman di negara ini?


* Penulis ialah Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak. — bharian.com.my

  •  

Nik Aziz kecam pihak yang cuba aibkan Anwar

Posted: 16 Mar 2013 11:55 PM PDT


 KALAU NAK LAWAN PUN ... GUNAKAN CARA LAIN....SAMAN JANGAN TAK SAMAN

 

Nik Aziz kecam pihak yang cuba aibkan Anwar

Oleh Md Izwan
March 17, 2013
Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial. – Gambar failKUALA LUMPUR, 17 Mac — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan beberapa blogger pro-Umno yang meletak gambar kontroversi Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah perkara tersebut membuktikan mereka sudah tidak mempunyai modal untuk berpolitik.

Akhbar Sinar Harian melaporkan Nik Aziz juga mempertikaikan kesahihan gambar-gambar yang sudah tersebar luas di alam media sosial, memandangkan tiada bukti yang kukuh yang menyabitkan ketua pembangkang tersebut dengan amalan keji tersebut.

"Mereka belum puas 'cincang' Anwar.

"Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya yang dipetik dalam akhbar berbahasa Melayu tersebut.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Anwar menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah tersebar luas ketika ini.

Anwar juga menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang keatas pihak terbabit menyebarkannya.

"Ia adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.

"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," kata Anwar.

Pendedahan kontroversi oleh blogger pro-Umno tersebut merupakan yang kedua dituduh keatas Anwar selepas 21 Mac 2011 trio "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar juga telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011.