Ahad, 17 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA

BERITA TERKINI: PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU

Posted: 17 Mar 2013 09:08 PM PDT

KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA
PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia. 

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat! - sumber

edisi CEMAS : Boeing 767 dengan 231 penumpang berjaya mendarat tanpa tayar ... Tahniah pilot!!!

Posted: 17 Mar 2013 09:05 AM PDT

Siapa yang mula mengesan pendaratan pengganas Sulu di Kg Tanduo?

Posted: 17 Mar 2013 08:10 AM PDT

LAHAD DATU : Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya 'menghidu' kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?

Jawapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.

Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.

Menyedari kehadiran ramai lelaki yang 'mencurigakan' di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.

Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.

Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.

"Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup mengkagumkan.

"Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta kita, nyawa penduduk serta peneroka," katanya pada Mynewshub.my di sini, hari ini.

Sementara itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11 tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan.

"Saya berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari langsung oleh pihak pengganas.

"Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya.

"Tak banyak sikit, maklumat ini saya percaya telah membuatkan pasukan keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari pertama serangan hinggalah sekarang," katanya yang telah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran kejadian pencerobohan.

Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela turut dibekalkan senjata api.

Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang.

"Ini membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda tidak berlaku," ujarnya.

Selain itu juga, katanya kerajaan juga sudah bersetuju jeti di Felda Sahabat digunakan sebagai balai bagi membolehkan anggota agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) beroperasi.

SIAPA SUDI SEMBAHYANGKAN 'BANGKAI' PENGGANAS?

Posted: 17 Mar 2013 06:23 AM PDT

Sunday, 17 March 2013 18:07

RAMAI yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.
Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan? (portalharian)

17 MARCH 2013

Keluarga Jamalul Kiram antara yang ditahan

LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. (Bernama)

Keluarga Jamalul Kiram antara yang ditahan

Posted: 17 Mar 2013 05:33 AM PDT

Tiada ulasan: