KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar Lahad Datu adalah terkawal ketika Angkatan Tentera Malaysia dan polis masih meneruskan rundingan sejak malam tadi dengan sekumpulan rakyat asing yang mendarat dengan bot di persisiran pantai pada Selasa dengan berpakaian ala tentera dan bersenjata api.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ada penduduk di kawasan berdekatan juga telah diarah berpindah untuk jaminan keselamatan.
"Sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan. Dianggar jumlah kumpulan itu antara 80 orang hingga 100 orang.
"Motif kehadiran mereka juga tidak dapat didedahkan kerana ia masih terlalu awal," katanya kepada pemberita selepas hadir pada taklimat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bangi, dekat sini hari ini.
Hishammuddin juga meminta semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi atau menyebar khabar angin mengenai kejadian pencerobohan itu kerana boleh menyebabkan gangguan kepada rundingan berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya jangan mempercayai sebarang khabar angin tanpa pengesahahan pihak berkuasa. Tunggu rundingan selesai kerana penjelasan pihak berkenaan (penceroboh) adalah penting," katanya.
Semalam pihak berkuasa keselamatan berjaya mengepung sekumpulan lelaki rakyat asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api yang menceroboh masuk ke Lahad Datu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan itu menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.
Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.
Beliau berkata, pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan itu dan mengarahkan kumpulan terbabit meletak senjata serta menyerah diri. - Bernama
14 Feb - Former law lecturer Dr Abdul Aziz Bari says he has been picked by PKR to contest in the Sabak Bernam parliamentary seat in Selangor in the coming general election.
The former International Islamic University Malaysia academic said he had a good chance of winning the seat, which was in his hometown.
"I have been visiting Sabak Bernam for about a year now and we have been getting good response from the people.
"I feel my chances are good since Selangor is being administered by Pakatan Rakyat," he said after attending a Chinese New Year anniversary dinner organised by PKR in Balik Pulau on Tuesday night.
He was one of the speakers at the event. Other speakers included PKR adviserDatuk Seri Anwar Ibrahim and state DAP chairman Chow Kon Yeow.
Dr Abdul Aziz said the current MP, Abdul Rahman Bakri, from Barisan Nasional and his aide Rosli Busro had been sentenced to six years' jail and fined RM400,000 after being found guilty on eight counts of making false claims.
"Taking into account this matter and the current national mood, I think I can win the seat, especially since Abdul Rahman only won by a majority of 1,335 votes in the last general election," he said.
In the 2008 general election, Abdul Rahman polled 12,055 votes while PKR's Badrulamin Bahron got 10,720.There are about 37,000 voters in the constituency of which 83% are Malays, Chinese (12%) and the rest Indians.
Dr Abdul Aziz was suspended on Oct 19, 2011 for saying that the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah's intervention in a church raid controversy was "unusual and inconsistent".
The suspension was later lifted but he insisted that the accusations made against him be dropped.
Two months later, he decided to leave IIUM on optional retirement, after claiming political interference and that he was resigning "in defence of academic freedom".
Although he had received offers from PAS and DAP, Dr Abdul Aziz joined PKR in 2011.
KANGAR: Seorang bomoh ditahan dipercayai mencabul penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Persisiran Pantai Padang Keria Simpang Empat dekat sini, selepas memberi rawatan kepada seorang pesakit yang merupakan rakan mangsa, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke rumah rakannya yang sedang dirawat lalu diminta untuk menghantar pesakit ke pantai berhampiran untuk merawat penyakit yang turut diikuti bomoh terbabit dalam sebuah kereta.
Namun, selepas selesai memandikan rakannya yang berusia 19 tahun, bomoh itu menyuruh mangsa masuk semula ke dalam kereta tanpa memalingkan muka ke belakang.
Difahamkan, ketika berada di dalam kenderaan terbabit, bomoh berkenaan menghembuskan angin ke muka mangsa sehingga menyebabkan dia menjadi separuh sedar.
Mangsa berkata, bomoh itu cuba membuka butang seluarnya dan memegang kemaluannya.
Semasa kejadian terbabit, mangsa yang berumur 18 tahun itu seolah-olah tidak sedarkan diri dan hanya menyedari perbuatan bomoh terbabit apabila tiba di rumah sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan kelmarin dan seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan semalam.
Menurutnya, dalam kejadian itu, rakan mangsa yang mendapatkan rawatan bomoh berkenaan tidak mengalami kecederaan.
"Suspek merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai bomoh ditahan dan direman selama tujuh hari sehingga siasatan selesai dijalankan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman terbabit.
- Sinar Harian
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MALAM ini (15/2/13-Jumaat), aku dijemput untuk berceramah bersama Pengerusi KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera) bertempat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan mulai jam 09.00 malam.
Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), sejarah dilakar apabila KOBAT digandingkan sepentas bersama KERABAT dan permulaannya amat tepat iaitu bersebelahan dengan Kem Batu 10 dan Kem Batu 9, Kuantan, Pahang yang merupakan pengkalan Tentera Darat dan TUDM, Kuantan.
Turut bersama malam ini adalah Us Yusuf Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang) dan Tuan Haji Suhaimi Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang).
Sehubungan itu, semua warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput hadir beramai-ramai malam ini. InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membuat Siaran Secara Langsung program caramah malam ini.
Kita dipahamkan yang gaji minimum yang diperkenalkan adalah khusus untuk pekerja-pekerja tempatan sahaja, tetapi mereka juga men'demand' gaji minimum, mereka juga mahu keistimewaan sepertimana pekerja-pekerja tempatan. Maka apabila gaji minimum ini diselaraskan maka pekerja-pekerja tempatan hanya mendapatkan kenaikan sekitar 50 ringgit sahaja manakala warga asing ini akan mendapat kenaikan diantara 300 ringgit hingga 400 ratus ringgit setiap orang disamping itu mereka juga akan 'enjoy' kemudahan pengangkutan dan perumahan yang percuma.
Bagi warga-warga asing ini 'strike' atau mogok sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka di negara tempat mereka datang. Adalah dipahamkan yang 'gelombang mogok' ini sedang menanti untuk menghentam industri-industri yang menggaji warga-warga asing sepenuhnya.
Di Muar, Johor sebuah industri @ kilang perabut telah kelam kabut apabila kira-kira 500 orang pekerja warga asing ini telah melempar segala peralatan mereka dan melakukan 'strike' @ mogok sehari sebelum cuti panjang tahun baru cina apabila majikan mereka telah tidak bersetuju dengan tuntutan gaji minimum 900 ringgit dari mereka, dan mereka juga menuntut agar bayaran levi mereka mesti ditanggung olih majikan mereka sedangkan kerajaan telah mengatakan yang bayaran levi pekerja warga asing ditanggung olih pekerja itu sendiri.
Dipahamkan juga yang warga-warga asing yang melakukan mogok dikilang ini sedang cuba meracuni pemikiran sahabat-sahabat mereka dari lain-lain kilang dengan menghantar sms-sms untuk melakukan mogok yang sama bagi menuntut gaji minimum.
Buat masa ini majikan-majikan yang menggaji warga-warga asing ini sedang tunggu dan lihat apa yang akan terjadi minggu hadapan (isnin ini) apabila banyak kilang-kilang yang sedang cuti panjang kerana tahun baru cina akan mula beroperasi semula.
dollah yankee - Kalau semua mereka mogok meminta gaji minimum, pekerja-pekerja kita tak kan nak duduk diam? Bila tak duduk diam, 'production' akan menerima kesan. Ini sudah tentu akan menjadi modal besar umno/BN untuk menghentam Pakatan Rakyat.
Nota:- Senang sahaja jika mahu mengurangkan kebanjiran warga asing ini. Berapa upah gaji mereka jika mereka bekerja di negara mereka? Bayar harga itu untuk mereka, baru lah mereka pun tak akan datang.
February 14, 201314 FEB ― Dalam satu kenyataan terakhir Dr Mahathir Mohamad menyebut kira-kira, PAS mahu berpecah dengan DAP dan dalam perkara yang sama Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali pula berkata, PAS tetap bersama DAP.
Dengan kenyataan Dr Mahathir bererti dia telah berputus asa untuk memecahkan PAS dan DAP. Dan dengan penegasan Mustapa itu bererti, tak usah buat apa, PAS tidak akan tinggalkan DAP sebagaimana yang dikehendaki oleh Dr Mahathir dan Umno.
Semahu-mahu Dr Mahathir, biarlah PAS tinggalkan DAP terutama menjelang PRU13 ini dengan alasan konon supaya kesucian perjuangan PAS dapat dipelihara. Jika dengan tujuan itu apakah Umno pula sedia tinggalkan MCA dan MIC demi kesucian perjuangan Melayunya.
Jika PAS tidak berani meninggalkan DAP demi muslihat politiknya, maka orang PAS juga boleh bertanya, beranikah Umno meninggalkan MCA demi musllihat dan kesucian perjuangan Melayu seperti yang didakwanya?
Mati-mati Umno tidak berani meninggalkan MCA dan Gerakan sekalipun kedua parti Cina komponan Barisan Nasional itu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Dapat ditelah jika Umno berani meninggnalkan MCA, nescaya putuslah nyawanya.
Hidup Umno dulu, sekarang dan selama-lamanya adalah atas bantuan hayat MCA. Kalau MCA tidak lagi mahu bersama Umno, matilah Umno.
Wakik politik Malaysia hari ini, penerusan politik masing-masing bergantung kepada keupayaan mereka bermuafakat dengan parti-parti lain yang mewakili kelompok masing-masing.
Yang idealnya ialah supaya setiap parti itu menjadi pertubuhan berbagai kaum seperti PKR. Tetapi setakat ini belum ada parti seperti it u yang berjaya. Di peringkat yang terakhir ini, PKR dalam peringkat percubaan dan PAS sedang mencuba membawa semua kaum bergabung dengannya melalui sayap Dewan Perhimpunan Penyokongnya.
DAP, Gerakan dan PPP mencuba sejak awal untuk menjadi parti semua kaum tetapi ia belum berjaya. DAP dan Gerakan menonjol parti yang disertai majoriti Cina dan PPP menjadi parti orang India juga.
Sementara percubaan PAS dan PKR mencapai sasaran menjadi parti semua kaum, maka muafakat parti mewakili kelompok masing-masing seperti yang Umno dan MCA buat adalah praktikal. Atas realiti atau wakik inilah maka PAS dan DAP meraikan kehendak zaman berpakat dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Apa tujuan dan impian masing-masing biarkanlah dan lantaklah asal masyarakat berbagai kaum rasa seronok dan selesa untuk bersama.
PAS dan DAP merasa amat selesa dengan apa yang nikmatinya bersama PKR sekarang, maka apa orang lain nak kata. Biar berbuih mulut orang Umno cuba menghalang tidur sebantal PAS dan DAP, tidak sedikit pun mereka hiraukan, hingga nanti kering air liur orang Umno, lalu ia pun diam.
Dengan nada cakap Dr Mahathir tentang PAS tidak akan berpecah dengan DAP adalah tanda air liur orang Umno mula kering. Berapa lama ia hendak memperleceh kerjasama PAS dan DAP biarlah sehingga lalu. Dan bila PAS dan DAP berjaya membuktikan setiakawannya selepas Putrajaya dibebaskan nanti, nescaya Umno pun tidak bercakap lagi.
Berapa lama pula PAS dan DAP hendak terus bersama? Selagi ia mahu dan lalu dan selagi mereka percaya dan mempercayai. Dan jika mereka juga tiba ke peringkat tidak percaya dan mempercayai seperti Umno dan MCA sekarang, maka mereka pun jadi macam Umno dan MCA jugalah.
Tetapi DAP, PAS dan PKR mesti bekerja menjadi muafakat yang endless possibilities.
Strategi baru UMNO adalah kitar semula bekas ahli PAS yang menyokong UMNO.
Mereka lakukan di Kelantan, Trengganu dan semalam di Negeri Sembilan, hari ini dijangkakan di Melaka.
Mana mana ahli PAS yang sudah bertahun tahun berpaling tadah kepada UMNO akan dikerahkan memegang bendera PAS, memegang sepanduk membenci YAB Lim Guan Eng dalam isu Kalimah Allah.
Di Melaka mereka dijangka berhimpun di Masjid Selat hari ini.
Saya sudah dapat menjangkakan muka siapa yang akan datang.
Tujuan mereka tidak lain untuk mendapat simpati dikalangan masyarakat Islam kononnya PAS sudah tergelincir dari landasan perjuangan.
Mereka juga dijangka bertindak keatas lambang DAP dan YAB Lim Guan Eng semata-mata untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada DAP sekaligus kebencian kepada PR.
UMNO sebenarnya sudah tiada nilai lagi. Mereka terpaksa mengerah penyokong mereka memegang bendera PAS untuk mendapat kepercayaan rakyat.
Ini sekaligus memberi isyarat bahawa mereka yang memegang bendera UMNO atau BN sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat.
PAS Melaka tetap teguh berpegang kepada keyataan Majlis Syura Ulama dan YB Presiden PAS dalam isu Kalimah Allah.
PAS Melaka juga mengutuk tindakan UMNO yang cuba mempermainkan kalimah Allah semata-mata untuk mendapatkan laba politik menjelang PRU13.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di zaman pak menteri sebelum Najib Razak, kebiasaannya parlimen akan dibubar tidak sampai lima tahun dan sudah semestinya rakyat tidak tertunggu-tunggu bagi memangkah calon pilihan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu tarikh pilihan raya dan pembubaran parlimen seolah menjadi isu dan sentimen bagi rakyat terutamanya yang "berniat" untuk ubah kerajaan serta menyingkirkan United Malays National Organization.
Seperti biasa saya menikmati secangkir kopi di waktu pagi dan membaca beberapa laman portal, saya berasa sangat terkejut apabila membaca kenyataan Najib Razak yang menegaskan bahawa parlimen hanya akan dibubar apabila semua pihak termasuk rakyat sudah bersiap-sedia.
Selain itu, saya begitu terkejut dengan kenyataan 'poyo' Najib yang jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional sedang menanggung kesakitan atas desakan rakyat yang mahukan perubahan. Najib mengingatkan bahawa dalam pilihan raya, satu undi untuk BN, satu bagi menyokong tranformasi dan satu lagi bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara. Saya melihat kenyataan anakanda Tun Abdul Razak ini sebagai petanda bahawa kerajaan Barisan Nasional benar-benar ketandusan idea. Oleh sebab itu, mereka hanya bermain dengan sentimen lama.
KUALA LUMPUR 15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali 'Are you ready for BN?' setelah dijawab 'No' ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas. "Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik," kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu. Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu. Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit. Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN. Najib: 'Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) Penonton: Yes (Ya) Najib: 'Are you ready for BN' (Adakah anda sedia untuk BN?) Penonton: 'No' (Tidak) Read More / Baca Lagi >>
Opposition Leader Anwar Ibrahim might have to wait for the GE14 to become prime minister.
While coffeeshop politicians are firm in their convictions that Pakatan Rakyat will sweep to power in the 13th general election (GE13), based on prevailing realities, it looks quite certain that they might have to wait for the 14th general election (GE14) for their dreams to come true. While more Malaysians now hope to witness a change of government – and this has caused a groundswell of support to surface for Pakatan – the likelihood that Pakatan can end 55 years of Barisan Nasional rule is still distant. Most Malaysians will need a longer time to adjust to Pakatan, a relatively new player. Malaysians tend to be creatures of habit and are very slow, suspicious and wary of making changes. They generally find themselves comfortable and do not want to change or will want a longer period of time to be convinced to make changes to the political environment in the country. But the good news for Pakatan is that all its good and hard work is paying off. But to wrest power is most likely not forthcoming in this general election. The opposition coalition should, however, maintain its growing momentum and work patiently and diligently to come to power in the GE14. Or it may be even earlier if snap polls are called. Some political analysts are of the view that a "hung" Parliament might emerge. This most definitely will be a tricky issue to deal with by both sides of the political divide. But it looks most likely that BN will emerge a narrow winner in the GE13, holding on to a reduced or a simple majority compared to the GE12 in 2008. While most political observers think that a completely free and fair election is unlikely in the GE13, a landslide victory by BN will arouse great suspicion. This is especially so when BN is seen to be loosening its grip on power. Over at Sabah and Sarawak Read More / Baca Lagi >>
Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut ulangtahun kelima tsunami politik, Mac 2008. Sejak merdeka rakyat negara ini tidak berkesempatan merasai tempoh Parlimen yang begitu lama seperti hari ini. Lim Kit Siang menyifatkan Najib Razak mencipta rekod kerana menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat yang diperolehinya sendiri, lebih lama daripada empat PM sebelumnya, sebelum mereka mendapatkan mandat sendiri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan. Najib kekal di singgahsana kuasa disebabkan kemenangan Abdullah Ahmad Badawi -- walaupun tipis dalam PRU2008 -- dan kesediaan tokoh yang pernah dikenali sebagai "Mr Clean" itu untuk mengundur diri selepas diasak teruk oleh rakan-rakannya sendiri dalam Umno. Tiba-tiba saya terkenang tajuk muka depan Harakah keluaran pertama tahun baru, "2008 TAHUN TUKAR KERAJAAN", lebih kurang dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 Saya bukannya peramal atau nujum politik, dan rasanya tiada siapa menduga akan berlaku peralihan kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihan raya itu, memandangkan rekod Abdullah dalam pilihan raya sebelumnya, 2004, begitu menakjubkan. BN meraih 64 peratus undi popular dan menguasai lebih 90 peratus kerusi Parlimen. Saya menerima teguran, termasuk dari pimpinan parti, kerana memilih tajuk "seberani" itu. Ada yang menyifatkannya sebagai kesilapan strategi kerana boleh mengundang rasa cuak pengundi untuk memilih PAS. "Tahap ini kita perlu pamerkan wibawa sebagai pembangkang yang kuat dan berkesan dulu, jangan tonjolkan seolah-olah PAS mahu mengambil alih kerajaan," kata seorang darinya. "Orang Melayu tidak bersedia untuk berubah secara drastik," tambah pemimpin PAS yang agak kanan kedudukannya dalam parti itu. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 15 FEB: Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Peguam Negara perlu menyiasat kewujudan akuan bersumpah ketiga (SD 3) berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti didakwa ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. "Kita pernah buat laporan polis berhubung pendedahan Deepak, tetapi sampai sekarang, langsung tiada siasatan. Jika benar SD 3 ini wujud, pihak berkuasa hendaklah serius dan telus menjalankan siasatan," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa ketika dihubungi. Deepak semalam mendedahkan, kewujudan SD 3 yang mengandungi pengakuan individu yang menerima arahan Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh. "Ada arahan kepada seseorang oleh orang atasan Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya," kata Deepak kepada Keadilan Daily. "Kita alu-alukan jika benar wujud akuan bersumpah seperti dakwaan Deepak itu. Melihat kepada perjalanan SD1 dan 2 dan akan datang yang ketiga ini, keyakinan skandal dalam pembunuhan Altantuya semakin kukuh," kata Fariz mengulas pendedahan Deepak tersebut.
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.
Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.
Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Putrajaya digesa tampil untuk menjelaskan penswastaan lebuh raya bernilai RM1.55 bilion di Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) apabila wang pembayar cukai terpaksa dikeluarkan untuk membiayai setengah pinjaman kepada pemegang konsesi. Semalam media melaporkan kerajaan pusat bersedia untuk memberikan pinjaman berjumlah RM635 juta kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) untuk konsesi EKVE bertempoh 50 tahun, yang mana pemimpin DAP Tony Pua menyifatkan ianya sebagai tempoh konsesi kedua terpanjang sejarah Malaysia. "Persoalan yang jelas ialah jika kerajaan berupaya mengeluarkan separuh daripada pelaburan yang diperlukan untuk membina lebuh raya, mengapa ia perlu diswastakan pada awalnya?" kata Pua (gambar) dalam satu kenyataan. "Adakah ia supaya syarikat-syarikat tertentu menindas untuk keuntungan berbilion-bilion ringgit pada masa depan?" ujar ketua publisiti DAP itu lagi. Beliau juga berkata bahawa konsesi EKVE telah dianugerahkan AZRB melalui rundingan terus. Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara itu juga menegaskan RM5.2 bilion perjanjian Pantai Barat Expressway (WCE) telah diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd (KEuro) bulan lepas, walaupun kerajaan menyediakan pinjaman ringan RM2.24 bilion dan menanggung kos RM980 juta bagi pengambilalihan tanah. Pua pada bulan lepas berkata konsesi WCE telah dianugerahkan kepada KEuro melalui rundingan terus, sebuah syarikat menurut beliau tidak mempunyai rekod baik dan keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya. Read More / Baca Lagi >>
(Mana janji Datuk Johari antara sepanduk yang dinaikkan)
BUKIT KAYU HITAM: Seramai lebih 120 orang pemandu teksi yang tidak berpuashati dengan kehadiran van pengangkut penumpang dari negara jiran, Thailand mengadakan demonstrasi di Bukit Kayu Hitam semalam.
Demonstrasi diadakan di stesen teksi Bukit Kayu Hitam bermula jam 10.00 pagi dengan para pemandu teksi terbabit berbaris di tepi jalan sambil mengangkat kain sepanduk dan poster yang tertera slogan-slogan bantahan serta keluhan mereka.
Mereka turut melaungkan suara bantahan seperti "Kami tuntut hak kami" dan "Mana Janji Ahli Parlimen Kubang Pasu?"
Masalah kemasukan van dari Thailand ini sudah berlarutan semenjak lebih 10 tahun lalu yang mana pada masa kini telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan dengan teruknya.
Para pemandu yang mengadakan demonstrasi tersebut terdiri daripada pemandu teksi dari Persatuan Pemandu Teksi Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Bandar Baru Sintok. Mereka turut disertai wakil dari pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Shahab Perdana, Alor Setar.
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Dr Pornthip Rojanasunand enggan mengadakan bedah siasat kedua terhadap mayat pengawal keselamatan C. Sugumar oleh kerana kerajaan Malaysia tidak gembira dengan hasil kerjanya dalam kes Teoh Beng Hock. Peguam keluarga Sugumar, N. Surendran mengatakan Selasa lalu pakar forensik Thailand itu tiba-tiba mengubah keputusannya selepas pengumuman tentang kedatangannya pada Rabu untuk bedah siasat Sugumar, yang dikatakan mati kerana keganasan polis bulan lalu diumumkan. "Timbalan setiausaha tetap MOJ (Kementerian Kehakiman Thailand) memberitahu saya terdapat mesej daripada perdana menteri bahawa kerajaan Malaysia tidak gembira dengan kerja saya, terutamanya dalam kes TBH (Teoh Beng Hock)," kata Dr Pornthip (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui emel semalam. Dr Pornthip menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua Teoh dan memberi keterangan kepada koroner dan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terdapat kemungkinan salah laku dalam kematian pembantu Exco DAP itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 2009. RCI telah membuat kesimpulan Teoh telah didorong untuk membunuh diri selepas soal siasat agresif dan tanpa henti oleh tiga pegawai SPRM. Read More / Baca Lagi >>
Polis menolak dakwaan NGO ANAK yang mendakwa pihak keselamatan itu tidak berbuat apa-apa sewaktu berlaku kekecohan semasa ceramah di Felda Sungai Tengi 4 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata polis mengerahkan kira-kira 30 anggotanya, dua pegawai berpangkat ASP dan empat pegawai berpangkat Inspektor untuk berkawal di tapak ceramah pada malam kejadian.
"Kita berada di sana dan keadaan agak 'panas' namun kita berjaya mententeramkan keadaan," katanya sambil menambah keadaan mungkin bertukar lebih buruk jika polis tidak memantau majlis itu.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman membuat dakwaan itu sewaktu mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi.
Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.
Pegawai Felda yang didakwa mempengerusikan mesyuarat untuk menyekat NGO ANAK daripada memasuki Felda Sungai Tengi enggan mengulas lanjut berkenaan kandungan mesyuarat itu yang dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.
Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang dikenal pasti sebagai pegawai di dalam rakaman itu, hanya menjelaskan bahawa rakaman itu adalah mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sahaja.
Beliau sebaliknya menjemput Malaysiakini ke pejabatnya jika mahukan penjelasan lanjut.
Ini kerana, beliau perlu memohon kebenaran ibu pejabat Felda sebelum memberikan ulasan seterusnya.
"Itu mesyuarat JKKR sahaja. Saya kena rujuk dengan ibu pejabat (Felda) dahulu dan saya minta awak datang ke pejabat Sungai Tengi jika mahu tahu ceritanya," katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Presiden ANAK Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi.
Pakatan Rakyat akan melaksanakan rancangan lima tahun Hindraf kumpulan untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.
"Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya.
"Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah yang ingin tahu jika Pakatan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf.
Hindraf sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbincangan telah berlangsung sejak November 2012.
Maria Chin Abdullah: Mempersoal sikap defensif. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bersikap mempertahankan diri tentang keputusan Pilihan Raya 2013 apabila memberi amaran keganasan oleh pihak yang kalah, menunjukkan terdapat kemungkinan penipuan dijalankan dalam pilihan raya akan datang, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). SPR dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi amaran tentang kemungkinan keganasan oleh pihak yang kalah pada Pilihan Raya 2013, dimana Musa mengatakan keganasan ala kebangkitan "Arab Spring" seperti di Timur Tengah untuk menjatuhkan kerajaan dipilih. "Mengapa kamu bersikap mempertahankan diri tentang rakyat tidak boleh menerima keputusan?" kata ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider. "Sudah tentu rakyat boleh terima keputusan jika kamu telus dan adil tentang keeluruhan proses. Jika tidak, sudah tentu rakyat akan mempersoalkan." Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan tugas SPR adalah untuk memastikan pilihan raya aman dan bersih. "Mereka boleh melakukan ini dengan menjadi jujur, telus dan bebas dan memastikan pilihan raya bersih dan adil," katanya kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti. "Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno," katanya ketika dihubungi. Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu.
Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong.
"Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban," kata Nazib. Read More / Baca Lagi >>
Kepimpinan Umno jangan bodoh sombong. Jangan asyik mengharap yang lain melakukan sesuatu dan berusaha untuk mencari jalan untuk Umno menang dan kepimpinan lain di peringkat bahagian duduk berpeluk tubuh menunggu dan melihat semuanya disusun untuk memastikan kemenangan. Jangan mengharap penjaga garisan dalam permainan badminton untuk asyik menjerit "out" bagi memastikan kemenangan kerana akhirnya permainan itu akan nampak pincang dan akan menjadi punca kekalahan yang lebih besar, jangan jadi seperti England — ghairah dalam kampung tetapi hampas dalam piala dunia. Pokoknya jangan ingat bahawa semuanya akan di susun oleh kepimpinan tertinggi — oleh Perdana Menteri dan yang lain berpeluk tubuh menunggu kemenangan. Ini bukan zaman lampau bila media hanya RTM dan surat khabar hanya Utusan Malaysia. Ini bukan zaman lampau bila calon menunggu bendera parti untuk digantung dan menang. Jangan harap kemenangan itu akan datang bergolek dan jangan harap ada pukulan bola tanggung untuk di "smash" bagi memperoleh kemenangan. Bukan ini bukan zaman itu. Ini zaman teknologi dan ini zaman perang saraf — perang media dan persepsi memainkan peranan yang amat penting.
KOTA KINABALU, 14 Feb — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. 'Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini,' katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini. Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu. 'Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat,' katanya.
Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.
Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.
Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.
"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.
"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters.
Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.
Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah. Read More / Baca Lagi >>
During the last few weeks there have been increasing predictions from Barisan leaders emphasising that there will be a sharp fall in the share market should there be a Pakatan Rakyat (PR) victory. The latest prediction by MCA leader Dr Chua Soi Lek in a party event at Kepong argues that Malaysia will witness a "'huge financial disaster if Pakatan Rakyat comes to power in the 13th general election". This type of electioneering tactic aimed at frightening the electorate is dangerous and irresponsible. How can the MCA president be so confident as to openly declare that our stock market will drop to 500 points within a week if the opposition wins power? Challenge to Dr Chua Soi Lek Let us subject his prediction to closer analysis. Firstly, it is not clear whether he stated that the KLCI will drop by 500 points or drop to 500 points. Whichever is the correct version, his claim implies that anything from one to two thirds of the total share value of the KLCI will be wiped out due to the election result. Now if this were to happen, the drop will be unprecedented in the history of share markets anywhere in the world. So far as I am aware, no modern national stock exchange has had such a sharp fall as a result of a national election outcome and I am sure it will not happen in Malaysia. I am willing to place a big bet with Dr Chua that his fears of a 500 point drop are unfounded and baseless. The loser of the bet will have to donate an agreed sum of money to the other person's preferred charity. I hope he will agree to this and prove to be a man of his word. Will the market rise on a BN victory? Not only should we discount the possibility of a sharp fall, but we should also – on the basis of stock market behaviour elsewhere in the world – not assume that the Malaysian share market will automatically rise as the result of a BN victory.
Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.
PETALING JAYA: Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara 'makan besar' di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan. Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa. "Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa 'standard' Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea," soalnya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan. Read More / Baca Lagi >>
Akhirnya NGO tumbuh macam cendawan, memperbanyakkan lagi NGO yang sedia ada seperti PEKIDA, PERKASA, JATI, PPIM, ISMA DLL.Ada NGO bernama PERTIGA, MINDA PONDOK dan entah apa apa lagi. Satu persamaan yang ketara di antara semua NGO ini, membawa lagu yang sama, ala Hindustan UMNO.
Ada NGO yang nak benteras maksiat, ada NGO nak bela artis dan ada NGO yang tidak mahu rakyat undi PAS kerana undi PAS itu haram.Haram undi PAS mungkin menghalalkan habuan yang diterima menerusi program kerjasama kerajaan dan NGO.
Mungkin selepas ini masih ada NGO baru yang muncul dan makin banyaklah akaun yang tersedia untuk BN mencuri wang rakyat untuk PRU 13 atas nama insentif kepada NGO.
Tetapi sesuatu yang tidak disedari oleh pemimpin pemimpin NGO ini, kualiti dan wawasan usaha yang dibuat terlau hampeh dan tolol.Mana ada NGO yang nak benteras maksiat dipimpin oleh kaki maksiat yang melenting bila ditegur? Tolol bin bahalul bagi sebuah NGO yang berminda pondok untuk mengatakan tahalul siyasi yang sebenar boleh dilihat dalam BN, UMNO imam, MCA dan MIC makmum.Walaupun apa yang cuba nak ditunjukkan ialah MCA dan MIC sentiasa mematuhi UMNO sedangkan DAP banyak kali membantah termasuk membantah majlis syura PAS. Read More / Baca Lagi >>