RAKYAT MARHAEN |
- MAZHAB UMNO : FATWA WAJIB UNDI UMNO....(HARAM UNDI PAKATAN RAKYAT)
- Najib pening lagi, “are you ready for election?”
- Najib tak cerdik ulang ‘Are you ready for BN?’ setelah dimalukan
- BN may scrape through in GE13
- Mengharapkan tiada kejutan lagi selepas PRU13
- Arahan bunuh Altantuya: Polis, SPRM patut siasat akuan bersumpah ke-3
- Deepak: Surat terbuka buat Tun Mahathir
- Putrajaya digesa jelaskan pinjaman RM1.5b penswastaan lebuh raya
- Pemandu teksi jadi mangsa, janji BN tinggal janji
- Tekanan Politik : Dr Pornthip dakwa kerajaan Malaysia tidak gembira dengan dirinya
- Samseng Politik : Polis Hulu Selangor nafi dakwaan ANAK
- Samseng Politik : Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah
- PRU13 : 'Pakatan laksana tuntutan Hindraf dalam masa 100 hari di Putrajaya'
- PRU13 : Kewajipan SPR untuk memastikan pilihan raya aman
- Anwar Ibrahim: Rakyat Kena Bangkit Dan Tolak Kezaliman & Rasuah UMNO
- Mazhab UMNO@BN....
- Harta bernilai peninggalan Umno......
- Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu UMNO@BN
- Pak Pandir-Pak Kaduk dan kepimpinan Umno
- Polis kenalpasti kumpulan Filipina mendarat di persisir pantai Lahad Datu
- Montaj Pelancaran 7 Agenda Anak Muda
- Kumpulan bersenjata, versi berbeza M'sia-Filipina..???
- How will the share market react to a Pakatan victory? ― Koon Yew Yin
- Standard PM di bawah artis Korea?
- NGO oh NGO, bila KO, baru padan muka!!!
MAZHAB UMNO : FATWA WAJIB UNDI UMNO....(HARAM UNDI PAKATAN RAKYAT) Posted: 14 Feb 2013 08:46 PM PST |
Najib pening lagi, “are you ready for election?” Posted: 14 Feb 2013 08:37 PM PST Di zaman pak menteri sebelum Najib Razak, kebiasaannya parlimen akan dibubar tidak sampai lima tahun dan sudah semestinya rakyat tidak tertunggu-tunggu bagi memangkah calon pilihan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu tarikh pilihan raya dan pembubaran parlimen seolah menjadi isu dan sentimen bagi rakyat terutamanya yang "berniat" untuk ubah kerajaan serta menyingkirkan United Malays National Organization. Seperti biasa saya menikmati secangkir kopi di waktu pagi dan membaca beberapa laman portal, saya berasa sangat terkejut apabila membaca kenyataan Najib Razak yang menegaskan bahawa parlimen hanya akan dibubar apabila semua pihak termasuk rakyat sudah bersiap-sedia. Selain itu, saya begitu terkejut dengan kenyataan 'poyo' Najib yang jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional sedang menanggung kesakitan atas desakan rakyat yang mahukan perubahan. Najib mengingatkan bahawa dalam pilihan raya, satu undi untuk BN, satu bagi menyokong tranformasi dan satu lagi bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara. Saya melihat kenyataan anakanda Tun Abdul Razak ini sebagai petanda bahawa kerajaan Barisan Nasional benar-benar ketandusan idea. Oleh sebab itu, mereka hanya bermain dengan sentimen lama. Read More / Baca Lagi >> |
Najib tak cerdik ulang ‘Are you ready for BN?’ setelah dimalukan Posted: 14 Feb 2013 08:36 PM PST KUALA LUMPUR 15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali 'Are you ready for BN?' setelah dijawab 'No' ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas. "Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik," kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu. Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu. Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit. Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN. Najib: 'Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) Penonton: Yes (Ya) Najib: 'Are you ready for BN' (Adakah anda sedia untuk BN?) Penonton: 'No' (Tidak) Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 14 Feb 2013 08:34 PM PST Opposition Leader Anwar Ibrahim might have to wait for the GE14 to become prime minister. While more Malaysians now hope to witness a change of government – and this has caused a groundswell of support to surface for Pakatan – the likelihood that Pakatan can end 55 years of Barisan Nasional rule is still distant. Most Malaysians will need a longer time to adjust to Pakatan, a relatively new player. Malaysians tend to be creatures of habit and are very slow, suspicious and wary of making changes. They generally find themselves comfortable and do not want to change or will want a longer period of time to be convinced to make changes to the political environment in the country. But the good news for Pakatan is that all its good and hard work is paying off. But to wrest power is most likely not forthcoming in this general election. The opposition coalition should, however, maintain its growing momentum and work patiently and diligently to come to power in the GE14. Or it may be even earlier if snap polls are called. Some political analysts are of the view that a "hung" Parliament might emerge. This most definitely will be a tricky issue to deal with by both sides of the political divide. But it looks most likely that BN will emerge a narrow winner in the GE13, holding on to a reduced or a simple majority compared to the GE12 in 2008. While most political observers think that a completely free and fair election is unlikely in the GE13, a landslide victory by BN will arouse great suspicion. This is especially so when BN is seen to be loosening its grip on power. Over at Sabah and Sarawak Read More / Baca Lagi >> |
Mengharapkan tiada kejutan lagi selepas PRU13 Posted: 14 Feb 2013 08:33 PM PST Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut ulangtahun kelima tsunami politik, Mac 2008. Sejak merdeka rakyat negara ini tidak berkesempatan merasai tempoh Parlimen yang begitu lama seperti hari ini. Lim Kit Siang menyifatkan Najib Razak mencipta rekod kerana menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat yang diperolehinya sendiri, lebih lama daripada empat PM sebelumnya, sebelum mereka mendapatkan mandat sendiri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan. Najib kekal di singgahsana kuasa disebabkan kemenangan Abdullah Ahmad Badawi -- walaupun tipis dalam PRU2008 -- dan kesediaan tokoh yang pernah dikenali sebagai "Mr Clean" itu untuk mengundur diri selepas diasak teruk oleh rakan-rakannya sendiri dalam Umno. Tiba-tiba saya terkenang tajuk muka depan Harakah keluaran pertama tahun baru, "2008 TAHUN TUKAR KERAJAAN", lebih kurang dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 Saya bukannya peramal atau nujum politik, dan rasanya tiada siapa menduga akan berlaku peralihan kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihan raya itu, memandangkan rekod Abdullah dalam pilihan raya sebelumnya, 2004, begitu menakjubkan. BN meraih 64 peratus undi popular dan menguasai lebih 90 peratus kerusi Parlimen. Saya menerima teguran, termasuk dari pimpinan parti, kerana memilih tajuk "seberani" itu. Ada yang menyifatkannya sebagai kesilapan strategi kerana boleh mengundang rasa cuak pengundi untuk memilih PAS. "Tahap ini kita perlu pamerkan wibawa sebagai pembangkang yang kuat dan berkesan dulu, jangan tonjolkan seolah-olah PAS mahu mengambil alih kerajaan," kata seorang darinya. "Orang Melayu tidak bersedia untuk berubah secara drastik," tambah pemimpin PAS yang agak kanan kedudukannya dalam parti itu. Read More / Baca Lagi >> |
Arahan bunuh Altantuya: Polis, SPRM patut siasat akuan bersumpah ke-3 Posted: 14 Feb 2013 08:27 PM PST KUALA LUMPUR 15 FEB: Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Peguam Negara perlu menyiasat kewujudan akuan bersumpah ketiga (SD 3) berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti didakwa ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. "Kita pernah buat laporan polis berhubung pendedahan Deepak, tetapi sampai sekarang, langsung tiada siasatan. Jika benar SD 3 ini wujud, pihak berkuasa hendaklah serius dan telus menjalankan siasatan," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa ketika dihubungi. Deepak semalam mendedahkan, kewujudan SD 3 yang mengandungi pengakuan individu yang menerima arahan Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh. "Ada arahan kepada seseorang oleh orang atasan Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya," kata Deepak kepada Keadilan Daily. "Kita alu-alukan jika benar wujud akuan bersumpah seperti dakwaan Deepak itu. Melihat kepada perjalanan SD1 dan 2 dan akan datang yang ketiga ini, keyakinan skandal dalam pembunuhan Altantuya semakin kukuh," kata Fariz mengulas pendedahan Deepak tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Deepak: Surat terbuka buat Tun Mahathir Posted: 14 Feb 2013 08:26 PM PST Tun, Read More / Baca Lagi >>Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya. Tun, Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun. Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman. Tun, Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja. |
Putrajaya digesa jelaskan pinjaman RM1.5b penswastaan lebuh raya Posted: 14 Feb 2013 08:25 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Feb — Putrajaya digesa tampil untuk menjelaskan penswastaan lebuh raya bernilai RM1.55 bilion di Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) apabila wang pembayar cukai terpaksa dikeluarkan untuk membiayai setengah pinjaman kepada pemegang konsesi. Semalam media melaporkan kerajaan pusat bersedia untuk memberikan pinjaman berjumlah RM635 juta kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) untuk konsesi EKVE bertempoh 50 tahun, yang mana pemimpin DAP Tony Pua menyifatkan ianya sebagai tempoh konsesi kedua terpanjang sejarah Malaysia. "Persoalan yang jelas ialah jika kerajaan berupaya mengeluarkan separuh daripada pelaburan yang diperlukan untuk membina lebuh raya, mengapa ia perlu diswastakan pada awalnya?" kata Pua (gambar) dalam satu kenyataan. "Adakah ia supaya syarikat-syarikat tertentu menindas untuk keuntungan berbilion-bilion ringgit pada masa depan?" ujar ketua publisiti DAP itu lagi. Beliau juga berkata bahawa konsesi EKVE telah dianugerahkan AZRB melalui rundingan terus. Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara itu juga menegaskan RM5.2 bilion perjanjian Pantai Barat Expressway (WCE) telah diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd (KEuro) bulan lepas, walaupun kerajaan menyediakan pinjaman ringan RM2.24 bilion dan menanggung kos RM980 juta bagi pengambilalihan tanah. Pua pada bulan lepas berkata konsesi WCE telah dianugerahkan kepada KEuro melalui rundingan terus, sebuah syarikat menurut beliau tidak mempunyai rekod baik dan keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya. Read More / Baca Lagi >> |
Pemandu teksi jadi mangsa, janji BN tinggal janji Posted: 14 Feb 2013 08:24 PM PST (Mana janji Datuk Johari antara sepanduk yang dinaikkan) BUKIT KAYU HITAM: Seramai lebih 120 orang pemandu teksi yang tidak berpuashati dengan kehadiran van pengangkut penumpang dari negara jiran, Thailand mengadakan demonstrasi di Bukit Kayu Hitam semalam. Demonstrasi diadakan di stesen teksi Bukit Kayu Hitam bermula jam 10.00 pagi dengan para pemandu teksi terbabit berbaris di tepi jalan sambil mengangkat kain sepanduk dan poster yang tertera slogan-slogan bantahan serta keluhan mereka. Mereka turut melaungkan suara bantahan seperti "Kami tuntut hak kami" dan "Mana Janji Ahli Parlimen Kubang Pasu?" Masalah kemasukan van dari Thailand ini sudah berlarutan semenjak lebih 10 tahun lalu yang mana pada masa kini telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan dengan teruknya. Para pemandu yang mengadakan demonstrasi tersebut terdiri daripada pemandu teksi dari Persatuan Pemandu Teksi Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Bandar Baru Sintok. Mereka turut disertai wakil dari pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Shahab Perdana, Alor Setar. |
Tekanan Politik : Dr Pornthip dakwa kerajaan Malaysia tidak gembira dengan dirinya Posted: 14 Feb 2013 08:22 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Feb — Dr Pornthip Rojanasunand enggan mengadakan bedah siasat kedua terhadap mayat pengawal keselamatan C. Sugumar oleh kerana kerajaan Malaysia tidak gembira dengan hasil kerjanya dalam kes Teoh Beng Hock. Peguam keluarga Sugumar, N. Surendran mengatakan Selasa lalu pakar forensik Thailand itu tiba-tiba mengubah keputusannya selepas pengumuman tentang kedatangannya pada Rabu untuk bedah siasat Sugumar, yang dikatakan mati kerana keganasan polis bulan lalu diumumkan. "Timbalan setiausaha tetap MOJ (Kementerian Kehakiman Thailand) memberitahu saya terdapat mesej daripada perdana menteri bahawa kerajaan Malaysia tidak gembira dengan kerja saya, terutamanya dalam kes TBH (Teoh Beng Hock)," kata Dr Pornthip (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui emel semalam. Dr Pornthip menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua Teoh dan memberi keterangan kepada koroner dan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terdapat kemungkinan salah laku dalam kematian pembantu Exco DAP itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 2009. RCI telah membuat kesimpulan Teoh telah didorong untuk membunuh diri selepas soal siasat agresif dan tanpa henti oleh tiga pegawai SPRM. Read More / Baca Lagi >> |
Samseng Politik : Polis Hulu Selangor nafi dakwaan ANAK Posted: 14 Feb 2013 08:21 PM PST Polis menolak dakwaan NGO ANAK yang mendakwa pihak keselamatan itu tidak berbuat apa-apa sewaktu berlaku kekecohan semasa ceramah di Felda Sungai Tengi 4 Februari lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata polis mengerahkan kira-kira 30 anggotanya, dua pegawai berpangkat ASP dan empat pegawai berpangkat Inspektor untuk berkawal di tapak ceramah pada malam kejadian. "Kita berada di sana dan keadaan agak 'panas' namun kita berjaya mententeramkan keadaan," katanya sambil menambah keadaan mungkin bertukar lebih buruk jika polis tidak memantau majlis itu. Presiden ANAK, Mazlan Aliman membuat dakwaan itu sewaktu mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi. Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda. Read More / Baca Lagi >> |
Samseng Politik : Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah Posted: 14 Feb 2013 08:15 PM PST Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang dikenal pasti sebagai pegawai di dalam rakaman itu, hanya menjelaskan bahawa rakaman itu adalah mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sahaja. Beliau sebaliknya menjemput Malaysiakini ke pejabatnya jika mahukan penjelasan lanjut. Ini kerana, beliau perlu memohon kebenaran ibu pejabat Felda sebelum memberikan ulasan seterusnya. "Itu mesyuarat JKKR sahaja. Saya kena rujuk dengan ibu pejabat (Felda) dahulu dan saya minta awak datang ke pejabat Sungai Tengi jika mahu tahu ceritanya," katanya ringkas kepada Malaysiakini. Presiden ANAK Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : 'Pakatan laksana tuntutan Hindraf dalam masa 100 hari di Putrajaya' Posted: 14 Feb 2013 08:12 PM PST Pakatan Rakyat akan melaksanakan rancangan lima tahun Hindraf kumpulan untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari pentadbirannya di Putrajaya. Read More / Baca Lagi >>"Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya. "Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah yang ingin tahu jika Pakatan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf. Hindraf sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbincangan telah berlangsung sejak November 2012. |
PRU13 : Kewajipan SPR untuk memastikan pilihan raya aman Posted: 14 Feb 2013 08:09 PM PST "Mengapa kamu bersikap mempertahankan diri tentang rakyat tidak boleh menerima keputusan?" kata ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider. "Sudah tentu rakyat boleh terima keputusan jika kamu telus dan adil tentang keeluruhan proses. Jika tidak, sudah tentu rakyat akan mempersoalkan." Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan tugas SPR adalah untuk memastikan pilihan raya aman dan bersih. "Mereka boleh melakukan ini dengan menjadi jujur, telus dan bebas dan memastikan pilihan raya bersih dan adil," katanya kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: Rakyat Kena Bangkit Dan Tolak Kezaliman & Rasuah UMNO Posted: 14 Feb 2013 06:37 PM PST |
Posted: 14 Feb 2013 07:42 AM PST |
Harta bernilai peninggalan Umno...... Posted: 14 Feb 2013 07:38 AM PST Masih dalam gua punya ingatan... Kesian, rosak teruk tak leh nak repair dah... |
Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu UMNO@BN Posted: 14 Feb 2013 07:32 AM PST KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti. "Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno," katanya ketika dihubungi. Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu. "Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban," kata Nazib. Read More / Baca Lagi >> |
Pak Pandir-Pak Kaduk dan kepimpinan Umno Posted: 14 Feb 2013 07:30 AM PST Anuar Mohd Nor Kepimpinan Umno jangan bodoh sombong. Jangan asyik mengharap yang lain melakukan sesuatu dan berusaha untuk mencari jalan untuk Umno menang dan kepimpinan lain di peringkat bahagian duduk berpeluk tubuh menunggu dan melihat semuanya disusun untuk memastikan kemenangan. Read More / Baca Lagi >>Jangan mengharap penjaga garisan dalam permainan badminton untuk asyik menjerit "out" bagi memastikan kemenangan kerana akhirnya permainan itu akan nampak pincang dan akan menjadi punca kekalahan yang lebih besar, jangan jadi seperti England — ghairah dalam kampung tetapi hampas dalam piala dunia. Pokoknya jangan ingat bahawa semuanya akan di susun oleh kepimpinan tertinggi — oleh Perdana Menteri dan yang lain berpeluk tubuh menunggu kemenangan. Ini bukan zaman lampau bila media hanya RTM dan surat khabar hanya Utusan Malaysia. Ini bukan zaman lampau bila calon menunggu bendera parti untuk digantung dan menang. Jangan harap kemenangan itu akan datang bergolek dan jangan harap ada pukulan bola tanggung untuk di "smash" bagi memperoleh kemenangan. Bukan ini bukan zaman itu. Ini zaman teknologi dan ini zaman perang saraf — perang media dan persepsi memainkan peranan yang amat penting. |
Polis kenalpasti kumpulan Filipina mendarat di persisir pantai Lahad Datu Posted: 14 Feb 2013 07:25 AM PST KOTA KINABALU, 14 Feb — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Read More / Baca Lagi >>Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. 'Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini,' katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini. Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu. 'Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat,' katanya. |
Montaj Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Posted: 14 Feb 2013 07:06 AM PST |
Kumpulan bersenjata, versi berbeza M'sia-Filipina..??? Posted: 14 Feb 2013 07:00 AM PST Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah. Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut. Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri. "Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina. "Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters. Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao. Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah. Read More / Baca Lagi >> |
How will the share market react to a Pakatan victory? ― Koon Yew Yin Posted: 14 Feb 2013 06:58 AM PST During the last few weeks there have been increasing predictions from Barisan leaders emphasising that there will be a sharp fall in the share market should there be a Pakatan Rakyat (PR) victory. Read More / Baca Lagi >>The latest prediction by MCA leader Dr Chua Soi Lek in a party event at Kepong argues that Malaysia will witness a "'huge financial disaster if Pakatan Rakyat comes to power in the 13th general election". This type of electioneering tactic aimed at frightening the electorate is dangerous and irresponsible. How can the MCA president be so confident as to openly declare that our stock market will drop to 500 points within a week if the opposition wins power? Challenge to Dr Chua Soi Lek Let us subject his prediction to closer analysis. Firstly, it is not clear whether he stated that the KLCI will drop by 500 points or drop to 500 points. Whichever is the correct version, his claim implies that anything from one to two thirds of the total share value of the KLCI will be wiped out due to the election result. Now if this were to happen, the drop will be unprecedented in the history of share markets anywhere in the world. So far as I am aware, no modern national stock exchange has had such a sharp fall as a result of a national election outcome and I am sure it will not happen in Malaysia. I am willing to place a big bet with Dr Chua that his fears of a 500 point drop are unfounded and baseless. The loser of the bet will have to donate an agreed sum of money to the other person's preferred charity. I hope he will agree to this and prove to be a man of his word. Will the market rise on a BN victory? Not only should we discount the possibility of a sharp fall, but we should also – on the basis of stock market behaviour elsewhere in the world – not assume that the Malaysian share market will automatically rise as the result of a BN victory. |
Standard PM di bawah artis Korea? Posted: 14 Feb 2013 06:51 AM PST Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa. Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa. "Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa 'standard' Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea," soalnya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan. Read More / Baca Lagi >> |
NGO oh NGO, bila KO, baru padan muka!!! Posted: 14 Feb 2013 06:48 AM PST Akhirnya NGO tumbuh macam cendawan, memperbanyakkan lagi NGO yang sedia ada seperti PEKIDA, PERKASA, JATI, PPIM, ISMA DLL.Ada NGO bernama PERTIGA, MINDA PONDOK dan entah apa apa lagi. Satu persamaan yang ketara di antara semua NGO ini, membawa lagu yang sama, ala Hindustan UMNO. Ada NGO yang nak benteras maksiat, ada NGO nak bela artis dan ada NGO yang tidak mahu rakyat undi PAS kerana undi PAS itu haram.Haram undi PAS mungkin menghalalkan habuan yang diterima menerusi program kerjasama kerajaan dan NGO. Mungkin selepas ini masih ada NGO baru yang muncul dan makin banyaklah akaun yang tersedia untuk BN mencuri wang rakyat untuk PRU 13 atas nama insentif kepada NGO. Tetapi sesuatu yang tidak disedari oleh pemimpin pemimpin NGO ini, kualiti dan wawasan usaha yang dibuat terlau hampeh dan tolol.Mana ada NGO yang nak benteras maksiat dipimpin oleh kaki maksiat yang melenting bila ditegur? Tolol bin bahalul bagi sebuah NGO yang berminda pondok untuk mengatakan tahalul siyasi yang sebenar boleh dilihat dalam BN, UMNO imam, MCA dan MIC makmum.Walaupun apa yang cuba nak ditunjukkan ialah MCA dan MIC sentiasa mematuhi UMNO sedangkan DAP banyak kali membantah termasuk membantah majlis syura PAS. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan