Khamis, 14 Februari 2013

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Subky Latif Lenyapkan Anganan Mahathir...

Posted: 13 Feb 2013 10:50 PM PST


Dr M, PAS tak tinggal DAP


Oleh: Subky Abdul Latif

February 14, 201314 FEB ― Dalam satu kenyataan terakhir Dr Mahathir Mohamad menyebut kira-kira, PAS mahu berpecah dengan DAP dan dalam perkara yang sama Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali pula berkata, PAS tetap bersama DAP.
Dengan kenyataan Dr Mahathir bererti dia telah berputus asa untuk memecahkan PAS dan DAP. Dan dengan penegasan Mustapa itu bererti, tak usah buat apa, PAS tidak akan tinggalkan DAP sebagaimana yang dikehendaki oleh Dr Mahathir dan Umno.
Semahu-mahu Dr Mahathir, biarlah PAS tinggalkan DAP terutama menjelang PRU13 ini dengan alasan konon supaya kesucian perjuangan PAS dapat dipelihara. Jika dengan tujuan itu apakah Umno pula sedia tinggalkan MCA dan MIC demi kesucian perjuangan Melayunya.
Jika PAS tidak berani meninggalkan DAP demi muslihat politiknya, maka orang PAS juga boleh bertanya, beranikah Umno meninggalkan MCA demi musllihat dan kesucian perjuangan Melayu seperti yang didakwanya?
Mati-mati Umno tidak berani meninggalkan MCA dan Gerakan sekalipun kedua parti Cina komponan Barisan Nasional itu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Dapat ditelah jika Umno berani meninggnalkan MCA, nescaya putuslah nyawanya.
Hidup Umno dulu, sekarang dan selama-lamanya adalah atas bantuan hayat MCA. Kalau MCA tidak lagi mahu bersama Umno, matilah Umno.
Wakik politik Malaysia hari ini, penerusan politik masing-masing bergantung kepada keupayaan mereka bermuafakat dengan parti-parti lain yang mewakili kelompok masing-masing.
Yang idealnya ialah supaya setiap parti itu menjadi pertubuhan berbagai kaum seperti PKR. Tetapi setakat ini belum ada parti seperti it u yang berjaya. Di peringkat yang terakhir ini, PKR dalam peringkat percubaan dan PAS sedang mencuba membawa semua kaum bergabung dengannya melalui sayap Dewan Perhimpunan Penyokongnya.
DAP, Gerakan dan PPP mencuba sejak awal untuk menjadi parti semua kaum tetapi ia belum berjaya. DAP dan Gerakan menonjol parti yang disertai majoriti Cina dan PPP menjadi parti orang India juga.
Sementara percubaan PAS dan PKR mencapai sasaran menjadi parti semua kaum, maka muafakat parti mewakili kelompok masing-masing seperti yang Umno dan MCA buat adalah praktikal. Atas realiti atau wakik inilah maka PAS dan DAP meraikan kehendak zaman berpakat dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Apa tujuan dan impian masing-masing biarkanlah dan lantaklah asal masyarakat berbagai kaum rasa seronok dan selesa untuk bersama.
PAS dan DAP merasa amat selesa dengan apa yang nikmatinya bersama PKR sekarang, maka apa orang lain nak kata. Biar berbuih mulut orang Umno cuba menghalang tidur sebantal PAS dan DAP, tidak sedikit pun mereka hiraukan, hingga nanti kering air liur orang Umno, lalu ia pun diam.
Dengan nada cakap Dr Mahathir tentang PAS tidak akan berpecah dengan DAP adalah tanda air liur orang Umno mula kering. Berapa lama ia hendak memperleceh kerjasama PAS dan DAP biarlah sehingga lalu. Dan bila PAS dan DAP berjaya membuktikan setiakawannya selepas Putrajaya dibebaskan nanti, nescaya Umno pun tidak bercakap lagi.
Berapa lama pula PAS dan DAP hendak terus bersama? Selagi ia mahu dan lalu dan selagi mereka percaya dan mempercayai. Dan jika mereka juga tiba ke peringkat tidak percaya dan mempercayai seperti Umno dan MCA sekarang, maka mereka pun jadi macam Umno dan MCA jugalah.
Tetapi DAP, PAS dan PKR mesti bekerja menjadi muafakat yang endless possibilities.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis

Tiada ulasan: