Ahad, 10 Februari 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JIKA TIDAK TERCALON, MAHU TUTUP BILIK GERAKAN YANG TIDAK PERNAH PUN WUJUD

Posted: 10 Feb 2013 12:21 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN dekat mahu pilihanraya, nampaknya semakin panas di beberapa kawasan.  Kini, telah ada beberapa kawasan yang telah menampakkan siapa calon yang bakal terpilih untuk bertanding.  Ada calon yang perasan mereka terpilih, terus bekerja tetapi apabila ada khabar-khabar angin menyebut namanya mungkin tidak terpilih, mulalah buat karenah.

Ertinya, dia bekerja selama ini untuk menjadi calon.  Memang layak pun dicantas awal-awal lagi kerana orang seperti ini tidak ikhlas berjuang di dalam parti.  Sehinggakan sanggup memberi amaran jika tidak terpilih, beliau akan menutup bilik gerakan.  Lucunya, bilik gerakan tidak pernah dibuka pun malahan tiada bilik gerakan pun lagi yang diwujudkan, jadi bagaimana mahu 'tutup' bilik gerakan jika bilik gerakan tidak wujud?  

Ada pula bakal calon yang baru disebut-sebut untuk jadi calon awal-awal lagi tunjuk ego.  Semua kerja diserah kepada petugas-petugas beliau dan beliau langsung tidak menunjukkan minat untuk bekerja.  Minatnya hanya untuk menjadi calon sahaja.  Bayangkan kalau sudah bilik gerakan yang para petugas buka untuk beliau, beliau sendiri jarang tunjukkan muka ke situ, adakah itu tandanya berminat untuk jadi calon?  Usahkan mahu bersama-sama tampal poster atau pacak bendera, mahu raikan petugas-petugas beliau sendiri di bilik gerakan pun segan.  

Kadangkala kesihan tengok para petugasnya.  Ke hulu ke hilir menjaja nama calon tersebut, sedangkan calon jarang sekali mahu bersama.  Sibuk?  Cubalah buat sibuk selepas Parlimen dibubarkan nanti, jika berani.  Jika untuk bertemu dengan para petugas pun tiada masa, adakah beliau punyai masa untuk bertemu dengan rakyat di bawah?

Ada tu pula, gila mahu jadi calon tetapi mengharapkan sokongan penyokong dari parti lain untuk naikkan namanya sebagai calon.  Parti mana yang akan calonkan wakil mereka hanya mengikut telunjuk para penyokong parti yang lain?  Ertinya, jika berminat untuk menjadi calon mestilah tunjuk kebolehan dan mendapat sokongan dari pimpinan dan ahli-ahli parti sendiri terlebih dahulu.  Jangan menjual nama penyokong-penyokong kuatnya dari parti lain, kononnya beliau mendapat sokongan padu di akar umbi.  Cara itu tidak boleh diterima samasekali.

Parti PAS tidak akan letakkan calon semata-mata mengikut telunjuk penyokong-penyokong dari parti PKR.  Begitulah sebaliknya.  Meskipun kesemua penyokong samada dari PAS, PKR atau DAP amat diperlukan di dalam pilihanraya, tetapi untuk menentukan calon itu mestilah datangnya dari parti itu sendiri.  Oleh itu, jangan perasan hebat jika sokongan kepada kita hanya datang dari parti lain.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


hahahaha .... padan muka hang Najib ooiiiii ....Peminat PSY kenakan Najib di Rumah Terbuka CNY di Tanjung

Posted: 10 Feb 2013 10:35 PM PST

Awat hampa jawab macam tu, KESIAN kat Najib ooo.  Dia dah bawa mai PSY bukan sikit belanja. Hampa jawab la YES ... bagi dia syok sikit .. hehe.

Dan lagi, ramai juga yang pi sana pagi  tadi pakai baju Kuning BERSIH... hahaha ... 
Najib mesti Ketaq Perut hehe





Nong Chik tak dak Teloq ... ???

Posted: 10 Feb 2013 09:46 PM PST


Nong Chik tolak debat dengan Nurul, takut skandal anak terbongkar

Oleh Aisha Geoffrey)
debatKUALA LUMPUR 11 Feb: Penolakan debat bersama Nurul Izzah Anwar oleh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu takut skandal penyelewengan anaknya terbongkar.
"Inilah kerisauan Nong Chik, takut skandal RM30 juta anaknya terbongkar dan dibahas di hadapan penduduk Lembah Pantai. Sekaligus menjejaskan harapannnya untuk menang, sedangkan debat peluang rakyat untuk tahu cerita sebenar dan menilai," kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty ketika dihubungi.
Sabtu lalu, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menolak cabaran untuk berdebat dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Nurul Izzah Jumaat lalu yang juga Naib Presiden KEADILAN mencabar Nong Chik untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
"Apa salahnya berdebat jika pilihan raya makin hampir? Di Kenya contohnya, mereka adakan debat antara presiden dengan pembangkang menjelang pilihan raya. Tak ada masalah kalau Nong Chik sahut cabaran itu," kata Mohd Nor.
"Ketakutan Nong Chik juga berpunca sikap Perdana Menteri. Hasilnya, semua pemimpin Umno takut untuk berdebat dan tidak menyuburkan budaya demokrasi sebenar," sambung beliau.
Nurul Izzah sebelum ini berkali-kali mengajak Nong Chik berdebat isu penduduk Lembah Pantai.
Begitu juga Datuk Seri Najib Razak yang takut menyahut cabaran debat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin Umno itu lebih senang mengambil sikap berdiam diri.
Dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerah kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.
Salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44772

Ini bukan Fitnah .. bukan Super impose .. tapi inilah perangai kebanyakan pemimpin UMporNO

Posted: 10 Feb 2013 07:52 PM PST


Ketua Penerangan Umno Pandan 



Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman.

Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya.

Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!!







Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!!

Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan.

http://omakkau.blogspot.com/2013/02/edisi-kantoi-meletupmisi-tawan-selangor.html

Beduyun orang Ipoh ke Majlis Sarapan Pagi bersama YB Midah... lingkup dah Pakatan kalau macam ni

Posted: 10 Feb 2013 08:16 AM PST


Majlis Sarapan Pagi YB Midah bersama rakyat setempat di P Pegoh pagi tadi 
[kata YB Midah dalam tweeternya] 
Tak kan banyak ni jer orang P Pegoh? Hahahahahaha ........................
YB ... tak kan bawa rakyat makan kat warong macam ni jer?
Bawa la pegi Syuen  ker, Casuarina ker  ... 
kalau setakat warung macam ni, tak payah YB la,
orang biasa pun boleh buat ........hehe

Shila Amzah hilang -

Posted: 10 Feb 2013 07:07 AM PST


Sejurus selepas ND Lala membuat laporan polis tentang kehilangan Shila Amzah sejak 6 hari yang lalu, dia telah disahkan sendiri oleh bapanya telah ditemui beberapa jam selepas laporan polis itu dibuat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila semalam.
"Shila dah ditemui oleh bapanya (ND Lala) sekitar jam 4 petang semalam, perkara ini dimaklumkan sendiri oleh ND Lala"
Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.
ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Si tua ni tau ka apa yang dia cakap?

Posted: 10 Feb 2013 03:20 AM PST


Tarik kerakyatan 'bercanggah dengan Perlembagaan', kata peguam


February 10, 2013


KUALA LUMPUR, 10 Feb — Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi menarik kerakyatan rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, kata peguam.
Pakar-pakar perundangan yang dihubungi The Malaysian Insider turut mengingatkan Dr Mahathir bahawa kerakyatan adalah perkara pokok bagi hak asasi manusia buat rakyat negara ini.
Jelas mereka, hak itu tidak seharusnya ditarik demi menjaga Perlembagaan Persekutuan.
"Cadangan Dr Mahathir itu akan meruntuhkan semangat dan struktur Perlembagaan," kata Pakar Perlembagaan Syahredzan Johan kepada The Malaysian Insider.
Jelas Syahredzan, terdapat beberapa peruntukan dalam dokumen yang membentuk "struktur utama" Perlembagaan yang tidak boleh dipinda, dan jika dipinda, pindaan itu sendiri melanggar semangat Perlembagaan.
"Apa peruntukan itu, tidak dijelaskan. Namun secara amnya, peruntukan itu memberikan hak kepada individu untuk kerakyatannya tidak ditarik," kata peguam itu, dan menambah kerakyatan itu adalah salah satu daripada hak tersebut.
Walaupun ianya boleh dipinda, Syahredzan menegaskan struktur Perlembagaan telah menetapkan untuk memastikan ianya tidak diganggu.
Meminda Perkara Tiga Perlembagaan berkenaan kerakyatan memerlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja, tegas Syahredzan.
"Jika ia dipinda, ia akan dicabar di mahkamah," tambahnya.
Sementara itu, N. Surendran bersetuju dengan Syahredzan, sekaligus turut melabel cadangan tersebut sebagai "tidak masuk akal" yang akan memberikan kesan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, tetapi juga rakyat Malaysia.
"Kerakyatan adalah perkara utama dalam hak asasi manusia di Malaysia. Cadangan Dr Mahathir akan memudahkan untuk menarik kerakyatan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PKR itu lagi.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin pula menambah telah ada peruntukan dalam Perlembagaan berhubung kerakyatan Malaysia.
"Untuk menarik kerakyatan bukan perkara mudah ... Saya tidak pasti peruntukan mana yang dimaksudkannya (Dr Mahathir)," kata Hanipa.
Syahredzan bagaimanapun menjelaskan Peruntukan Artikel 24 hanya merujuk kepada mereka yang memperoleh kerakyatan, dan Artikel 25, ianya merujuk kepada rakyat yang "tidak setia" melalui naturalisasi.
Peguam itu berkata adalah hipoktitikal untuk menghalang rakyat daripada mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak Melayu dan Bumiputera, dan mencadangkan penarikan kerakyatan.
"Kamu tidak boleh memilih apa yang disukai kerana politik," tegasnya.
Semalam dalam program yang dianjurkan Human Development Club di Bandar Tun Razak, seorang pengunjung bertanya kepada Dr Mahathir apa tindakan yang boleh diambil terhadap peguam seperti Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Dr Mahathir, berkata kerakyatan hanya boleh ditarik apabila Perlembagaan dipinda. Menjelaskan perkara itu, majoriti dua pertiga Parlimen diperlukan untuk meminda Perlembagaan.
"Jadi saya harap kemenangan akan diberikan kepada Barisan Nasional (BN)," tambahnya.
Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerajaan boleh menarik kerakyatan mereka yang menerima kerakyatan negara lain, atau mengamalkan hak eksklusif rakyat negara lain.
Perkara 25 pula menetapkan kerajaan hanya boleh melucutkan kewarganegaraan sesiapa yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

Kerajaan Najib kini bagaikan 'Ular Sawa' yang hanya mampu menyusur akar kerana hilang bisa

Posted: 10 Feb 2013 12:18 AM PST


Oleh : MUTALIB M.D
ANACONDA, mungkin spesis ular yang sukar dijumpa di Malaysia, namun cerita mengenainya di layar perak sudah menjadi igauan ngeri sehingga sering menjadi Box-Office; sekalipun ramai yang meremang bulu tengkuk, membayangkan kesengsaraan dan maut.

Namun ramai yang tidak menyedari bahawa ular, dari spesis apa sekalipun, adalah haiwan cacat atau Haiwan Kurang Upaya (HKU) kerana tidak mempunyai tangan dan kaki sebagaimana haiwan dan homosapien yang lain.
Sambutan Tahun Baru Cina pada 2013 ini adalah tahun ular air. Salah satu spesis ular air ialah Anaconda dan Ular Sawa. Anaconda menetap di hutan tebal, terutama di habitat semulajadinya Sungai Amazon di Brazil; manakala ular sawa batik mudah dijumpai di sawah padi dan sungai di seluruh Malaysia.

Tahun Baru Cina 2013 menjadi titik tolak masa hadapan sebuah negara bernama Malaysia; sekalipun Sabah dan Sarawak berada di luar Malaysia kerana sering disebut 'Sabah dan Sarawak' selepas menyebut 'Malaysia'; ketika Kerajaan Malaysia memerlukan mandat baru daripada lebih 12 juta rakyat 'Malaysia'; termasuk yang mendapat MyKad daripada 'Operasi Durian Buruk' di era Mahathir.

Dengan terhapusnya ISA dan pelbagai Akta Drakonian yang selama ini digunakan untuk menjinakkan lawan dan menumpaskan musuh di luar gelanggang telah menyebabkan Najib dan Kerajaannya bakal menjadi kerajaan 'Demokrasi' pertama di Malaysia setelah tamatnya era 'Authoritarian' menjelang PRU-13 kelak.

Kerajaan Najib kini bagaikan 'Ular Sawa' yang hanya mampu menyusur akar kerana hilang bisa dan lebih bersifat 'defensif' ketika diserang daripada segenap arah; termasuk campurtangan luar bagi menentukan haja tuju kepimpinan negara melalui 'Bersih'; apatah lagi di tengah keghairahan Pakatan Rakyat untuk menawan 'Putrajaya'.

Agak malang kerana hampir semua sisik ular (Adun dan Ahli Parlimen) sudah reput dan tidak mampu menampan ular daripada sebarang pukulan atau serangan, sekalipun gigitan kerengga tua seperti Ambiga dan A Samad Said; melainkan mencari lubang untuk menyembunyikan diri buat sementara waktu.

Dalam keadaan yang amat payah, ular ini sepatutnya menukarkan sisik atau menyalin kulit agar bersedia menghadapi PRU-13 yang amat mencabar kerana musuh sebenarnya berada dalam diri ular itu sendiri; setelah sisiknya mereput dan berbau busuk.

Mungkin amat memalukan, ramai Ahli Parlimen dan Adun BN kini tidak mahu lagi bekerja dan berada di 'Comfort Zone' sebelum senarai calon disah atau diumumkan Perdana Menteri.
Mereka hanya melakukan kerja-kerja yang mampu dilakukan kanak-kanak tadika; terutama berebut mahu menyampaikan 'BR1M 2.0' dan segala bantuan kerajaan yang sememangnya menjadi hak rakyat.

Beginilah lemahnya Ahli Parlimen dan Adun BN di ambang PRU-13 yang membuatkan Pakatan Rakyat tersenyum simpul berangan-angan mahu merampas 60 kerusi DUN dan 25 kerusi parlimen di Sabah pada PRU-13 bagi memeriahkan Pesta di Putrajaya selepas ayam berkokok!

Ahli Parlimen dan ADUN di Sabah sewajarnya dijenamakan semula sebagai Wakil Rakyat BR1M dan bukannya Wakil Rakyat BN. Bilakah mereka akan tersedar dari lamunan dan malu kerana hanya mampu menjadi penyibuk di Majlis BR1M ketika rakyat merintih mengenai isu prasarana, NCR dan RCI?

Gong Xi Fa Cai!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


UMNO Boleh Sekat Mazlan Tapi Tak Boleh Sekat 40 Peneroka FELDA Sertai PKR

Posted: 10 Feb 2013 09:09 PM PST

Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.

Borang keahlian diserah kepada Hj Abas (baju petak).

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.

"Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH.

Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang," katanya ketika dihubungi.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis meriah, PSY akan ‘bergangnam’ dengan PM dan Rosmah

Posted: 10 Feb 2013 08:57 PM PST

GEORGE TOWN – Persiapan pentas dan khemah bagi sambutan Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Han Chiang di Jalan Lim Lean Teng di sini hari ini yang akan dimeriahkan dengan persembahan artis rap Korea Selatan, Psy siap sepenuhnya.
Pentas utama setinggi 15 meter dengan keluasan 61 meter persegi sama seperti saiz sebuah pentas bagi konsert hiburan siap dibina semalam oleh pihak pengurusan acaranya, Mega Ultimate Sdn. Bhd.
Pengerusi Jawatankuasa sambutan, Oh Tong Keong berkata, seramai 60 petugas bekerja keras membuat persiapan pentas dan khemah sejak Khamis lalu.
Katanya, sebanyak 60 pembesar suara diletakkan di sekeliling padang, selain 20 lampu limpah dan 50 lampu diod pemancar cahaya (LED) bagi memastikan sistem pencahayaan di pentas memberikan suasana bertenaga semasa konsert.
"Penganjur juga menyediakan satu kawasan terbuka di hadapan pentas untuk orang ramai menonton dan menari bersama Psy. Kawasan itu boleh memuatkan kira-kira 3,000 orang secara berdiri," ujarnya.
Psy dijemput ke majlis tersebut yang bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.  – kosmo

Tuan Guru Nik Aziz tunai umrah

Posted: 10 Feb 2013 08:52 PM PST

Orang ramai mengucapkan selamat jalan kepada Tuan Guru di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, malam tadi.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertolak ke tanah suci Makkah hari ini untuk menunaikan umrah.

Turut mengiringi ialah isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Setiausaha Sulit Khas, Che Rosdi Abdullah, anaknya Nik Omar serta lain-lain seramai 10 orang lagi.

Beliau berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.55 malam tadi.

Tuan Guru yang disambut oleh orang ramai di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, tersenyum ceria sebaik tiba dari rumahnya.

Che Rosdi memberitahu rombongan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 Febuari ini.

"Semoga kami selamat menunaikan ibadat umrah dan selamat pulang," ujarnya ketika ditemui.

PRU13 : Kenyataan Dr M tidak rasional

Posted: 10 Feb 2013 08:49 PM PST

Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi berfikir secara waras dan berlapang dada, dengan tiba-tiba kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan tidak rasional sama sekali, berhubung supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga.
WargaAMAN berasa terkilan dengan sikap biadap dan angkuh Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman serta tidak selari dengan pemikiran seorang manusia yang bertamadun kehendak pada zaman dan masa ini. Beliau sering membawa kebencian dan kekacauan serta tidak lagi menampakkan ciri-ciri murni seorang pemimpin yang disanjungi di suatu ketika dahulu semasa beliau meraju sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin.
Sebenarnya Presiden Perkasa Ibrahim Ali sepatutnya dilucutkan kerakyatannya terlebih dahulu kerana beliau sering membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman yang mengancam keharmonian, perpaduan kaum di Malaysia serta keselamatan negara. Baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataan agak mengejutkan menyuruh bakar Bible. Bukahkah panggilan membakar Bible itu satu perbuatan hasutan/sedition yang boleh mewujudkan satu bentuk bahaya besar serta menggugat perpaduan kaum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Wang penipuan Amalilio mungkin diguna Umno Sabah untuk PRU

Posted: 10 Feb 2013 08:48 PM PST

SivarKUALA LUMPUR 11 Feb: Sebahagian wang hasil penipuan berjumlah hampir RM1 bilion oleh Manuel Karingal Amalilio yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kemungkinan disalur kepada Umno Sabah untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, R Sivarasa berkata, kemungkinan itu berdasarkan pertalian antara Amalilio dan Musa.
"Kita mendapat pengesahan dari pihak berkuasa Filipina yang menyatakan wang tersebut dibawa masuk ke Sabah.
"Saya mengesyaki kemungkinan sebahagian wang tersebut nanti akan diguna pimpinan Sabah untuk tujuan PRU kerana hubung kait beliau dengan Musa Aman," katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau turut menempelak tindakan pihak berkuasa yang cuba untuk menutup kes ini.
"Polis sepatutnya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Filipina kerana kes ini adalah kes berprofil tinggi melibatkan jutaan ringgit. Tapi sebaliknya terjadi, polis menghalang penghantaran pulang beliau dan mensabitkan beliau dengan kesalahan lain.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Mahahtir dan Najib berganding bahu

Posted: 10 Feb 2013 08:46 PM PST

"Apabila perasaan takut menghantui  diri Tun Mahathir bekas perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu Malaysia macam macam dicakapkan.

Maklum sahaja orang ada penyakit.

Dua tiga hari ini, Tun Mahathir cakap Anwar akan buat macam Arab spring  di Malaysia jika kalah untuk jatuhkan kerajaan pilihan rakyat.

Manakala Najib pula meminta Anwar jangan buat huru hara macam huru hara di Mesir dan terimalah keputusan kekalahan PRU 13.


Cakap Tun Mahathir dan Najib selari iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menakut nakutkan rakyat jelata dengan harapan jangan undi pakatan rakyat.
Yang peliknya, mengapa mereka tidak percaya dengan usaha membeli undi rakyat jelata yang telah, dilakukan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Bentuk Generasi AnakDidik BN/UMO...

Posted: 10 Feb 2013 07:50 PM PST

Inilah generasi yang telah, sedang dan akan dibentuk oleh Kerajaan BN Malaysia...

KLANG: Pada hari cuti umum Tahun Baru Cina, kelihatan beberapa remaja berpakaian gaya seperti 'Punk' melepak dan membuang masa di hadapan Stesen Komuter Klang. Aktiviti ini boleh mendatangkan pandangan negatif kepada orang ramai dan pelancong jika tidak dibendung.

Psycho Tu Psycholah Juga........

Posted: 10 Feb 2013 07:47 PM PST

Oklah tu... Najib pun dah pesan yang semua pihak perlu menerima kekalahan sekiranya ditaqdirkan kalah

Cuma Pembangkang perlu ingat yang mereka berkuasa dan boleh manipulasi segala sumber dan elimen yang ada dari media sehinggalah undang-undang
Bila terdesak mereka akan gunakan apa saja yang menguntungkan mereka

Sabo dan perang saraf adalah sebahagian dari permainan politik Malaysia
Yang penting pihak pembangkang jangan terpancing dan terjebak ke dalam jerat mereka

Sekarang pun mereka sedang menggunakan sebahagian darinya....terutama media,
sabotaj, provokasi dan ugut

Kalau Pembangkang terikut rentak mereka dan tidak menanganinya dengan bijaksana....maka jahanamlah harapan rakyat!

PRU13 : Artis Hardcore Umno..Tibai Umno Pasal PSY..

Posted: 10 Feb 2013 07:45 PM PST

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.

Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata.

"Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?

"Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.

"Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed.

Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.


Jurey Latiff: Mana peranan kementerian?Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Umno songlap peruntukan wang luar jangka untuk BR1M 2.0

Posted: 10 Feb 2013 07:42 PM PST

Azan 1KUALA LUMPUR 11 Feb: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendedahkan, kerajaan Umno diterajui Datuk Seri Najib Razak menggunakan RM2 bilion peruntukan wang luar jangka untuk  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
"BR1M 2.0 berjumlah lebih RM4 bilion. Kira-kira RM1 bilion melebihi BR1M 1.0. Untuk tujuan itu kerajaan akan gunakan sehabis-habisnya RM2 bilion peruntukan wang luar jangka," katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Azan, dengan menggunakan peruntukan tersebut, kerajaan tidak perlu menjelaskan wang itu dibelanjakan untuk apa.
"Sebab itu Najib kata tak gunakan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Socso dan Tabung Haji, kerana mereka gunakan peruntukan tersebut (wang luar jangka). Mereka guna habis-habisan dengan andaian jika kalah dalam pilihan raya, mereka tak perlu bertanggungjawab," jelasnya.
"BR1M 2.0 juga peluang Umno sekali lagi untuk 'songlap' wang negara tanpa beri angka tepat. Sekadar sebut secara rambang kononnya RM3 bilion dibelanjakan ke atas 4.5 juta rakyat, sedangkan hanya separuh yang dapat. Ini kerana mereka letak syarat penyokong pembangkang tidak layak dapat bantuan, dan mengikut kajian pada 2008, lebih 45 peratus rakyat menyokong Pakatan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Penyokong PR sokong tanpa kira bangsa

Posted: 10 Feb 2013 07:36 PM PST


Lim Guan Eng GEORGETOWN - Penyokong Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan sokongan penuh kepada semua calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 tanpa mengambil kira sentimen perkauman.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sokongan masyarakat berbangsa Cina atau bangsa lain adalah berdasarkan kewibawaan calon dalam usaha membela nasib rakyat, bukan membabitkan isu calon Melayu atau bukan Melayu.

"Saya yakin penyokong PR dan pengundi amnya akan memilih calon yang mana boleh menjamin kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi dalam negara tanpa memilih kaum demi kepentingan nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Spitting on the grave of a ‘great man’

Posted: 10 Feb 2013 07:34 PM PST

Building a civil society is less about monumental buildings, grandiose projects, stealing from the poor in the name of governance.

By Howl Pillay

We were brought up not to speak ill of the dead. At home and in school, we were taught that we must have the courage to say our peace; not excoriate the dead long after they are gone. It is a sign of cowardice.
Restraint and respect for the departed is a sign of civilised behaviour. At times we fail the test. Our conscience pricks us and it hurts but we learn. The next time around we desist from such behaviour. We then are on the road towards building a civil society.
Surely building a civil society is not about monumental buildings or grand projects. Or of grabbing the wealth of the rich and stealing from the poor in the name of governance.
Building a civil society is about a scrupulous adherence to the rule of law. It is about men and women behaving in a civil manner in the simple things they do everyday in their everyday lives.
It is about politeness; about grace; about fairness. We hold our tongue and our horses, especially when we hold the reigns of great political power.
Truly great men are humbled by that experience. They are transformed by it. And after retirement they retreat to within themselves to better understand themselves and the people they governed; to acknowledge their mistakes and their weaknesses.
The exemplariness of their lives carry a message for future generations; a message that acts as a light and a lamp to guide us in our journey to the better place we seek.
These, readers, are the Lincolns, the Rizals, the Ho Chi-minhs, the Tunku Abdul Rahmans, the Kartinis, the Gandhis, the Mandelas of history.
Lincoln's emancipation speech will serve as an inspiration for as long as there are enslaved people. Rizal's incredibly courageous farewell message to his people – Mi Ultimo Adios – written on the night before facing a Spanish firing squad and smuggled out in an old lamp is the proud patrimony of every Filipino.
And Ho Chi-minh's words, deeds and steely courage inspired the Vietnamese to defeat two Western powers and unite a country after thirty years of war and sacrifice and yet he died as poor as a Vietnamese church mouse.
And Kartini's educational endeavours on behalf of girls and women in her country is still honoured and her birthday is celebrated by two hundred and fifty million Indonesians as Kartini Day and school children solemnly pledge to continue her legacy every year.
Pissing and puking on graves

Read More / Baca Lagi >>

Dr M brewing recipe for disaster

Posted: 10 Feb 2013 07:33 PM PST

If there is anyone who is gearing up for an 'Arab Spring', it is none other than Mahathir himself, going by his anti-Malaysian rants and racist nature.

He may have ruled the country for 22 years before reluctantly calling it quits but Dr Mahathir Mohamad, who holds the record as the country's longest serving prime minister, has no intention whatsoever of doing his bit to promote peace and harmony on Malaysian soil.
Instead, Mahathir is doing the reverse; he is accusing arch enemy Anwar Ibrahim of plotting an 'Arab Spring' to overthrow the Barisan Nasional government.
And the former premier regrets that regressive laws like the Internal Security Act and the Emergency Ordinance are no longer in use.
Mahathir is also supportive of the move by Malay-rights group Perkasa to burn bibles with the word Allah saying it was natural to torch banned books and that Perkasa president Ibrahim Ali  was merely expressing his opinion.
No wonder why Ibrahim has the audacity to continuously humiliate and threaten the non-Malays, for he has the 'blessings' of his patron Mahathir in all that he does.
When electoral reform activist Bersih took to the streets on July 9, 2011, Mahathir condemned the move saying it was politically motivated and aimed at repeating the 2008 election tsunami and tarnishing the BN government's name and police.
If there is anyone who is gearing up for an 'Arab Spring', it is none other than Mahathir himself, going by his anti-Malaysian rants and racist nature.
Save Malaysia before its's too late

Read More / Baca Lagi >>

Politik ugut, adudomba Utusan adalah senjata lama ?

Posted: 10 Feb 2013 07:28 PM PST

Kenapa Utusan dan Pencacai Umno sekarang mahu dan nampak ambil berat dan ingin tahu sangat apa-apa sahaja yang Majlis Syura PAS bincang. Kenapa masa sekarang Utrusan sibuk mempronosikan apa sahaja yang Majlis Syura PAS bincang.

Kenapa , persoalan siapa PM yang Majlis Syura bincang yang diketengahkan sangat ? kenapa ?, kenapa ?, kenapa ?

Mengapa dan kenapa hebat sangat Majlis Syura PAS kepada Umno ? Sejak bila semua maklumat majlis Syura PAS bincang bocor ke tangan Utusan dan Umno ?

Kenapa Umno sayang sangat dengan PAS, dan masa muktahir ini terlalu ambil berat ? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu dilontarkan kepada rakyat agar mereka sedar tahu dan membaca 'cara permainan politik' dan 'kerja-kerja politik' jika ingin mahu mengetahui perjalanan politik kepartian di negara ini.

Persaingan PAS Umno adalah , persaingan dua kelompok bagi menambat hati para pengundi Melayu yang memberi cerminan perjalanan politik negara. Justeru pertembungan PAS Umno sejak dulu dan kini menjadi bacaan menarik
Read More / Baca Lagi >>

Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART II)

Posted: 10 Feb 2013 07:24 PM PST

Krisis IPTA Malaysia Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART II)
Laporan berita kali ini adalah sambungan daripada bahagian I (DI SINI) yang menyentuh isu pendidikan tinggi di Malaysia. Nah…jikalau sebelum ini tanggungjawab pendidikan tinggi negara terletak di bahu pihak kerajaan. Dan sekarang ini kerajaan telah mengalihkan sedikit demi sedikit tanggungjawab tersebut kepada pihak swasta.
Jikalau sekitar tempoh antara tahun 1981 – 1995, akses rakyat Malaysia ke pusat pengajian tinggi di Malaysia berada pada angka kepada 3.7%, tetapi berlakunya perubahan yang agak besar pada tahun 2001 hingga 2010 iaitu melonjak kepada 30%. Dan seterusnya telah mengubah daripada "Elite" kepada "Mass". Pendidikan telah didemokrasikan tetapi polisi lainnya masih lagi tidak berubah. Polisi masih lagi "Mass + Racialised Policy + Market Driven Policy"
Universiti IPTS di Malaysia Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART II)
Jikalau dahulu kita hanya ada sekadar akses kepada pendidikan tinggi awam, tetapi ditambah satu lagi yang mana sudah ada akses kepada pendidikan tinggi swasta seperti yang ada sekarang ini. Di mana swasta telah berjaya membekalkan separuh daripada itu. Jikalau ada yang mengatakan pelajar harus berterima kasih kepada PTPTN kerana mampu membantu mereka menyambung pelajaran tanpa dibebani hutang yang tinggi. Tidak juga sebenarnya.
Sebenarnya PTPTN juga banyak juga membantu syarikat korporat yang terlibat dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi negara kepada rakyat sehingga berjaya membuka ruang dan peluang baru menjadikan pendidikan tinggi negara untuk diniagakan. Anda boleh semak semula (Sejarah PTPTN tahun 1997 DI SINI)
Dan anda boleh lihat sendiri perbezaan ketara antara IPTA dengan IPTS

Beza IPTA VS IPTS?

Read More / Baca Lagi >>

Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART 1)

Posted: 10 Feb 2013 07:23 PM PST

RMK ke 10 Pendidikan Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART 1)
Sudah lama kami ingin mengutarakan isu supaya dapat dilihat dan diteliti lebih awal dengan harapan pihak-pihak yang bertanggungjawab di atas sana, mengambil serius isu ini supaya keadaannya tidak menjadi lebih buruk. Semuanya berkisar mengenai dasar pendidikan tinggi negara. Bagi kami, sekarang ini telah berlakunya krisis dalam pendidikan yang dinamakan "krisis IPT" di Malaysia. Sebelum itu…
Sebelum itu, kita imbas semula dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK ke 10), Datuk Seri Najib Razak ada menggariskan beberapa perkara termasuklah kuasa ekonomi, mahu mengatasi isu kualiti pendidikan negara Malaysia. Semunya perkara yang ingin ditekan itu, bagi kami cukup baik dan usaha yang harus dipuji tetapi malangnya ada satu perkara lagi yang cukup penting tidak ditekankan iaitu…….apa dia? Yang kami maksudkan ialah :
Kuantiti (akses)
Menteri Khaled Nordin Universiti Krisis IPT : Rakyat Malaysia Berdepan Cabaran Sukar Untuk Dapat Akses Belajar di Pengajian Tinggi? (PART 1)
Menteri Pengajian Tingggi, Datuk Seri Khaled Nordin ada mengatakan kerajaan lebih pentingkan kualiti daripada kuantiti. Bagi kami kualiti itu snagat bagus. tetapi jika anak-anak Malaysia tidak diberikan peluang dan ruang yang secukupnya, bagaimana mereka ini mampu mengilap potensi masing-masing bagi mencapai kualiti yang diharapkan negara?
Nah…disebabkan itu kami suka untuk berbalik kepada sejarah negara berkaitan suasana pendidikan tinggi negara pada ketika dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

KONSEP DEMOKRASI PURA PURA DI MALAYSIA

Posted: 10 Feb 2013 07:20 PM PST


TUN DR MAHATHIR - LEBIH BIJAK DARI BRITISH! SANGGUP BUBAR UMNO UNTUK KEKAL SEBAGAI DIKTATOR
"Sistem pemerintahan demokrasi yang biasa diamalkan ialah, system pemerintahan single party atau  atau kerajaan campuran berbagai parti. Sistem pemerintahan Barisan Nasional, tidak tergolong dalam mana-mana kategori system demokrasi di dunia" Mukaddimah Dato Yahaya Lampong.
Asap rokok mula memenuhi ruang rumah bekas timbalan menteri itu. Kerusi saya belum panas tapi suasana sudah mulai hangat mendengar hujah-hujah serius dari Dato Yahaya.
"Kau fahamkah?"
"Faham. Teruskan Dato"
Dia tarik lagi sebatang rokok Dunhill dari kotak hijau. Baru sepuluh minit, rokok kedua menyala lagi.
"Siapa cipta konsep Perikatan atau Barisan Nasional? British atau Almahrum Tunku Abdul Rahman?".
"Saya yakin bukan Tunku kerana penubuhan parti UMNO, MCA dan MIC itu sendiri adalah ciptaan daripada pegawai-pegawai penjajah British" Spontan jawapan saya.
Penubuhan UMNO adalah idea pegawai-pegawai British berikutan kemunculan gerakan nasionalis Melayu yang menuntut kemerdekaan setelah  Indonesia Merdeka. Antara tokoh-tokoh tersebut termasuklah Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohamad atau Pak Sako dan ramai lagi dalam KMM.
Read More / Baca Lagi >>

Muslim Brotherhood's grip on power slipping

Posted: 10 Feb 2013 07:16 PM PST

Iranians march to mark 1979 revolution

Posted: 10 Feb 2013 07:15 PM PST

Harry Fear in KL : Dr Musa Muhammad - Viva Pelastine Malaysia

Posted: 10 Feb 2013 07:02 PM PST

Make Me a Muslim | Young British women are converting to Islam

Posted: 10 Feb 2013 07:00 PM PST

Iklan Anti Kekejaman Terhadap Haiwan

Posted: 10 Feb 2013 06:56 PM PST

PRU13 : Kerugian Yang Dideritai Umat Manusia Dengan Menyebarkan Nasionalisme

Posted: 10 Feb 2013 06:50 PM PST

Oleh : DR Ahmad Zain

Dunia ini akan rusak dan manusia akan sengsara, kehidupan tak akan pernah aman dan sentosa selama ajaran Islam tidak dijadikan way of live di dalam mengatur kehidupan ini.

Nasionalisme sebagai ajaran baru, ternyata telah membawa kerugian bagi umat manusia sendiri. Dan umat Islamlah yang akan terkena akibatnya pertama kali.
Berikut ini sebagian dampak negatif dari penyebaran paham Nasionalisme yang sempat terdata oleh penulis (walaupun pada bab-bab sebelumnya dan sesudahnya sudah disebutkan):
Pertama : Menjadikan orang berpikiran kerdil, sempit pandangan, dan fanatik.
Hal itu dialami oleh orang-orang Jepang, ketika menyetop masuknya pohon mangga dari India ke negaranya, hanya karena pohon tumbuh di bumi bangsa lain.
Kedua : Mendidik generasi untuk terus berselisih dan berperang.
Kita bisa lihat contohnya di belahan Asia tengah, tepatnya di Afghanistan, yang tak pernah berhenti dari perang saudara.....Eramuslim.com

Hal yang sama dialami oleh Pakistan, negara tetangga Afghanistan, yang mulai tenang kembali selama beberapa tahun ini, tetapi ketenangan itu digoncang kembali dengan tumbuhnya pertentangan antara suku dan ras, nampaknya ada koalisi untuk membagi wilayah Pakistan.[1]Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Bendera gergasi 'Hijaukan Umbai'

Posted: 10 Feb 2013 06:49 PM PST


Bendera gergasi 'Hijaukan Umbai'
Ahmad Bilal (kiri) menunjukkan salah satu tiang bendera gergasi setinggi 22 meter dan sebesar 60 meter persegi di Umbai, semalam.
 
UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu.

Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

GE13 : Crime, cost of living top issues for women voters

Posted: 10 Feb 2013 06:19 PM PST

File photo of a woman shopping at a market in Kuala Lumpur. Most of the women interviewed complained about the rising cost of living.
KUALA LUMPUR, Feb 11 — Women voters are focused on security and the rising cost of living, even as analysts highlight the demographic as fence-sitters that could determine the results of Election 2013. The Malaysian Insider conducted a straw poll among 10 female voters recently, most of whom also said that Barisan Nasional (BN) would win the 13th general election, citing various factors like government cash handouts, a disunited opposition pact and electoral fraud.
"Crime nowadays is so high," housewife Salina Mohd Akhir told The Malaysian Insider recently, echoing the main concern among those living in cities.
"Even though sometimes you want to bring your child outside, you have to protect them all the time. Even when you go out on your own, you feel it's not that safe for you," said the 42-year-old, who lives in Subang Jaya near here.
According to the latest statistics provided by the Election Commission (EC), women make up 50.2 per cent, or 6.58 million voters out of a 13.1 million-strong electorate.
Salina said she worries for her five-year-old daughter whenever the latter goes to school.
Six-year-old William Yau was found dead last month after he went missing for more than a week.
Putrajaya's efficiency unit Pemandu said last July that index crime in Malaysia dropped by 10.1 per cent from January to May in 2012 compared to the same period in 2011.
Crime watchdog MyWatch, however, said last month that the crime rate went up last year, alleging that national crime statistics have been manipulated.
Read More / Baca Lagi >>