Jumaat, 8 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PERHATIAN! Untuk kawan2 jangan terkena macam ni ... hati-hati

Posted: 08 Feb 2013 09:49 PM PST

Terpedaya jerat cinta Facebook

8 Februari 2013
BANDAR RAUB - Seorang wanita menjadi mangsa jerat percintaan menerusi jaringan sosial Facebook apabila suspek yang menyamar sebagai lelaki Inggeris menggelapkan wang mangsa sebanyak RM3,800.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa dipercayai baru dua hari berkenalan dengan suspek.

Menurutnya, suspek menjanjikan mangsa dengan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 5, iPad Mini dan wang tunai 10,000 pound sempena hari lahir mangsa dan juga sambutan Tahun Baru Cina.

"Mangsa kemudiannya menerima kod bar bukti penghantaran barang menerusi perkhidmatan fresshcargo.com yang dihantar ke mesej peribadi di akaun Facebook mangsa.
"Selepas suspek memaklumkan barangan sudah dihantar, mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati barangan itu berada di lapangan terbang London," katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, suspek menelefon mangsa dari London dan bertanyakan mengenai semakan barangan yang dihantar.

Katanya, sekali lagi mangsa membuat semakan dan barang sudah berada di lapangan terbang Dubai sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada keesokan harinya.

"Mangsa menerima panggilan yang memperkenalkan diri sebagai ejen Fresshcargo KLIA dan memaklumkan barangan dimaksudkan ditahan Kastam kerana terdapat wang dalam kotak yang diimbas.
"Mangsa diminta memasukkan RM1,800 ke dalam akaun sebuah bank sebagai cukai Kastam dan kemudiannya dimaklumkan sekali lagi wang proses masih tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata, mangsa diminta memasukkan wang ke akaun sebuah lagi bank sebanyak RM2,000 dan suspek menghubunginya bagi meyakinkan mengenai bayaran tersebut sebelum berjanji untuk membayarnya semula.

Katanya, akibat percayakan janji suspek, mangsa memasukkan wang RM2,000 seperti diminta, namun dia sekali lagi dihubungi ejen Fresshcargo yang memintanya membayar RM1,700 lagi ke akaun sebuah lagi bank kerana barangan itu belum diinsuranskan.

"Mangsa kemudiannya berbincang perkara itu dengan keluarganya sebelum menyedari ia sebenarnya adalah helah penipuan siber.

"Menyedari tertipu, mangsa membuat laporan polis. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Nasihat Nurul Izzah kepada warga Malaysia di luar negara - Pulanglah mengundi

Posted: 08 Feb 2013 09:30 PM PST


Semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi, pulanglah untuk membuang undi atau daftarlah sebagai pengundi pos sekarang

Dalam masa dua minggu terdekat ini, lebih sejuta warganegara Malaysia yang kini tinggal di luar negara mampu merubah lanskap demokrasi tanah air, sama ada dengan mereka kembali ke Malaysia untuk membuang undi atau dengan mendaftar sebagai pengundi pos.

Ada kemungkinan Parlimen akan dibubarkan di hujung bulan Februari, dan mengikut undang-undang baru berkaitan pengundi pos untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), hanya mereka yang telah mengisi dan menghantar borang pendaftaran pengundi pos sebelum atau padi hari pembubaran akan dibenarkan membuang undi pos bila Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung nanti.

Warga negara Malaysia yang berada di luar negara tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi pos akan hilang hak mereka untuk memilih jika proses ini tidak dilengkapkan.

Pihak SPR telah memaklumkan bahawa sehingga jam 8.30 pagi hari Rabu yang lalu, hanya seramai 1,574 orang telah mendaftar sebagai pengundi pos, setelah pihak SPR akur dengan tuntutan NGO-NGO seperti Bersih dan My Overseas Vote, dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia di luar negara yang telah sekian lama hilang hak mereka untuk mengundi kini mesti mengambil kesempatan yang ada untuk menzahirkan semula prinsip satu warga negara, satu undi (one citizen, one vote).

Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersependapat dengan Bersih dan My Overseas Vote, bahawa perubahan yang dibuat oleh SPR terhadap sistem undi pos adalah tidak menurut perlembagaan, berdiskriminasi, dan sembarangan.

Saya perjelaskan di sini:

1) Walaupun keputusan untuk membenarkan warga negara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos dialu-alukan, saya bantah syarat-syarat yang tidak menurut perlembagaan, seperti pemohon mestilah berada di Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari (terkumpul) dalam masa lima tahun yang lalu.

2) Mereka yang mampu untuk pulang ke Malaysia untuk membuang undi digesa untuk melakukan sedemikian, oleh kerana sistem undi pos kelihatan seperti mudah terjejas. Tetapi mereka yang tidak mampu untuk pulang perlu mendaftar sebagai pengundi pos dengan mengisi dan menghantar borang 1B yang boleh dimuat turn dari laman web SPR (www.spr.gov.my).

3) Semua calon-calon PRU juga perlu diberi senarai pengundi pos bagi kawasan yang mereka bertanding selewat-lewatnya pada penghujung hari penamaan calon, dan parti-parti politik wajib diberi senarai kesemua pengundi pos yang tinggal di luar negara mengikut pejabat suruhanjaya tinggi, kedutaan, atau pejabat konsul. 
4) Semua parti-parti politik juga perlu dibenarkan memantau pemberian kertas-kertas undi pos di pejabat suruhanjaya tinggi, kedutaan, atau pejabat konsul tersebut.

Saya menekankan di sini yang setiap undi itu penting, dan setiap warga negara Malaysia perlu melaksanakan hak mereka untuk mengundi - oleh itu, walaupun sistem ini tidak sempurna, memboikot sistem tersebut mendatangkan lebih mudarat dari kebaikan.

Buat masa ini, dan sehingga reformasi penuh dilaksanakan terhadap sistem pilihanraya, warga negara yang berada di Malaysia atau di luar negara mesti mengikut proses sedia ada agar hak mengundi semua warga negara tidak terjejas.

Sekali lagi saya tegaskan, buat teman-teman yang berada di luar negara:
Mereka yang tidak dapat pulang, daftarlah sebagai pengundi pos. Masa terhad, dan hari pembubaran Parlimen sudah dekat.

Bila anda sudah mendaftar, maklumkan NGO-NGO seperti My Overseas Vote dan Bersih supaya undi pos anda akan dipantau dan dipertahankan.

Jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, dan oleh itu tidak berhak mendaftar sebagai pengundi pos, sila semak daftar pemilih untuk memastikan nama anda tiada dalam daftar tersebut. Jika ada, laporkan.

Kepada teman-teman di sini:
a) Jika anda punyai sanak-saudara atau kawan-kawan di luar negara, ingatkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos jika belum lagi berbuat sedemikian.

b) Maklumkan juga NGO-NGO dan juga calon-calon pilihanraya yang ahli keluarga atau kawan anda adalah seorang pengundi pos bagi kawasan parlimen atau DUN tersebut.
Saya ingin melihat semangat warga negara Malaysia yang berada di luar negara membuatkan satu kejutan kepada SPR dengan mendaftar beramai-ramai sebagai pengundi pos dalam masa dua minggu ini. Sila rujukhttp://myoverseasvote.org/ dan http://www.bersih.org untuk arahan dan nasihat spesifik bagi proses undi pos.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

"Letak Jawatan hari ini juga" - Deepak kepada Rosmah

Posted: 08 Feb 2013 06:59 PM PST

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti
KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.
Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.
Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.
Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.
"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.
Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.
Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.
-Harakahdaily

[Video] Macam duit mak bapak kau ... Dr Maza

Posted: 08 Feb 2013 07:53 AM PST

[Live] Jelajah Merdeka Rakyat - Kampung Padang Kuantan

Posted: 08 Feb 2013 05:55 AM PST

Nurul Izzah cabar Nong Chik berdebat

Posted: 08 Feb 2013 02:34 AM PST




NONENaib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan menteri itu sebelum ini yang mengatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

"Saya pun mahu tahu lebih lanjut secara terperinci apakah kritikan yang telah saya lakukan sehingga dia rasa tidak puas hati.

"Pada saya, yang terbaik adalah supaya beliau dapat bersama saya berdebat khas bersama penduduk Lembah Pantai untuk mereka mendengar sendiri tawaran dan kritikan secara bersama oleh kedua dua parti.

"Yang amat mengecewakan bila seluruh jentera media arus perdana memberikan liputan khas buat menteri wilayah tetapi tidak beri ruang liputan kepada aktiviti parlimen pembangkang yang menang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

NONESemalam, Raja Nong Chik berkata, mengulas prestasi yang ditunjukkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau merasakan Nurul Izzah lebih suka mengkritik serta tidak menyelesaikan beberapa isu di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata lagi, beliau juga mengharapkan agar suasana politik di negara ini akan menjadi lebih sihat dengan memberikan ruang sama rata untuk bersuara.

"Pada saya bila padang sama rata, wujud suasana untuk debat, Insya-Allah kita boleh atasi dan sasarkan isu-isu tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat Lembah Pantai untuk memilih dengan baik.

"Lebih baik kita adakan debat tersebut kerana saya pasti beliau tak sabar untuk bersama-sama untuk debat bersama saya.

"Kita kalau mahu suasana yang lebih sihat, perlu politik baru yang boleh beri ruang kepada semua untuk bersuara apatah lagi ahli parlimen yg dipilih pada pilihan raya yang lepas," katanya lagi.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


JMR INDERAMAHKOTA : NASRUN AMIR ABDULLAH-YDP KAWASAN

Posted: 08 Feb 2013 09:31 PM PST

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti

Posted: 08 Feb 2013 01:01 AM PST

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari BaktiKUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.
Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat jamin tutup loji radioaktif Lynas

Posted: 08 Feb 2013 12:59 AM PST

lynasKUALA LUMPUR 8 Feb: Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional  dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.
"Demonstrasi dan kempen anti-Lynas sebelum ini menunjukkan ketegasan dan keikhlasan Pakatan Rakyat. Pendirian ini tidak akan berubah dan kita yakin penyokong akan tetap berjuang bersama," katanya.
Jelas Tian, Lynas antara isu utama rakyat yang bakal diutama dalam sidang Parlimen, sebaik Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan baru.
Beliau berkata demikian mengulas laporan pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
Mengambil kira kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, Wong memohon maaf kepada semua rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Hak Rakyat Terus Dicabuli, Suaram,GMI Gesa Kerajaan Mansuh Akta Kesalahan Keselamatan

Posted: 08 Feb 2013 12:58 AM PST

Yazid Sufaat Penjara 01
SHAH ALAM 8 FEB : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dengan segera.
Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, rakyat Malaysia masih diancam undang-undang drakonian seperti ISA.
Katanya, tangkapan seorang bekas tahanan ISA, Yazid Supaat dan pekerjanya, Hilmi Hasim memperlihatkan hak asasi rakyat Malaysia terus dicabuli.
"Tidak cukup dengan enggan membebaskan 23 orang baki tahanan ISA, kerajaan pula membenarkan undang-undang rimba seperti Akta Kesalahan Keselamatan menzalimi rakyat.
"Suaram mengutuk tindakan pihak polis yang melakukan tangkapan menggunakan undang-undang yang membelakangkan Hak Asasi Manusia. Hak untuk mendapat pembelaan secara adil di mahkamah merupakan hak eksklusif setiap rakyat Malaysia.
"Hak ini juga dijamin dalam Perlembagaan dan Kanun Acara Jenayah yang mewajibkan polis membawa orang yang tertuduh ke mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas ditahan untuk mendapat pembelaan," katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengecam penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan kerana dilihat mirip ISA yang dimansuhkan tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Daftar pemilih kotor, SPR wajib bersihkan

Posted: 08 Feb 2013 12:56 AM PST

BERSIHKUALA LUMPUR 8 Feb: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dianggap mengakui ada penipuan dalam daftar pemilih.
Ini kerana beliau tidak dapat menjamin 100 peratus daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan tersebut bukti penipuan pilihan raya berlaku.
Katanya, SPR mesti telus untuk membuktikan badan itu bebas.
"Bermakna SPR akui akan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau tidak mahu bersihkan daftar pemilih, bagaimana pula dengan pemberian kad pengenalan kepada imigran untuk mengundi," soalnya ketika dihubungi.
Abdul Aziz hujung bulan lalu dilaporkan mengakui SPR tidak boleh memberi jaminan daftar pemilih 100 peratus bersih kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah.
Menurutnya, SPR membuat 'semakan ketat' dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup.
Beliau bagaimanapun didakwa tidak mengendahkan bagaimana mereka yang berkenaan mendapat kad pengenalan kerana mendakwa ia di bawah bidang kuasa JPN.
Read More / Baca Lagi >>

Khutbah Jumaat seru umat Islam ‘tolak’ Hari Valentine

Posted: 08 Feb 2013 12:54 AM PST

Seorang banduan berpakaian seperti Dewa Asmara semasa membuat roti berbentuk hati sempena Hari Valentine di penjara Miguel Castro Castro di Lima, 7 Februari 2013. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pihak berkuasa agama hari ini memberi amaran kepada umat Islam untuk tidak menyambut Hari Valentine minggu hadapan, yang menurut mereka mungkin menggalakkan seks sebelum nikah. Teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibaca di masjid-masjid seluruh negara menjalankan kempen "Elakkan Perangkap Hari Valentine" yang dilancarkan oleh 250 badan bukan kerajaan semalam.
"Wujudkanlah perasaan anti Valentine's Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya," khutbah Jumaat memberitahu umat Islam hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Azhar Idrus - Makruh Dalam Solat

Posted: 08 Feb 2013 12:50 AM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tiada gunanya berdolak dalih lagi

Posted: 08 Feb 2013 07:44 PM PST

Tiada gunanya berdolak dalih lagi — Mohd Rizal Jaafar

8 FEB — Apabila Umno mengajak orang ramai berhimpun, tidak kiralah samada di Stadium Bukit Jalil atau di Pusat Dagangan Dunia Putra,  media disana-sini pasti gegak-gempita dengan laungan kejayaan kerajaan serta sorakan rakyat terhadap parti bertuah ini.

Manakala kita golongan serba daif dan tertekan sesekali termakan umpan juga, terpaksa bersetuju dengan pendapat Umno kadang-kadang. Kita terpaksa menjadi pak turut. Saban minit kita dipertontonkan dengan berita sokongan tidak berbelah-bagi rakyat dari segenap pelusuk dan ceruk rantau negara.

Media cetak dan media elektronik pun nampaknya begitu bernafsu sekali mendedahkan kebijaksanaan pemimpin Umno, keperihatinan serta kewarasan isteri-isteri mereka. Mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menelanjangkan gelagat terlampau pembangkang dan para penyokongnya dengan matlamat mahu melabel mereka sebagai pelampau bangsa, pengkhianat dan ekstremis agama.

Begitu teruk sekali pembantaian media kerajaan ini, sampai ke satu peringkat kita sendiri pun sudah tak tertahan lagi dengan sandiwara berpanjangan, lalu mengambil keputusan untuk menutup terus televisyen dan radio. Cukup-cukuplah!

Kita pun pandai juga membuat ramalan politik. Kita fikir kalau benarlah Umno dan sahabat Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysianya sudah cukup hebat, maka tidak perlulah mereka bimbang lagi. Jangan ditunggu lama-lama, teruskan sahaja dengan pembubaran Parlimen dan jalankan segera Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

Kita pun tahu, jikalau media televisyen dan akhbar arus perdana dijadikan sandaran, maka pembangkang pasti akan terkencing-kencing ketakutan, terberak-berak bertempiaran menyorok setelah hilang segala harga diri dan wang pertaruhan.

Media yang pro-Barisan Nasional memang sudah lama kita boikot. Bukan kerana benci sangat pun, tetapi kerana sudah jemu menonton wajah-wajah yang sama (cuma mutakhir ni wajah Muhyiddin semakin kerap keluar TV dan semakin berseri pula nampaknya); dan kita bosan betul mendengar ucapan-ucapan badut-badut yang tidak lawak, mendatar, tong kosong dan berbelit-belit.  

Kita pun bukan selalu sangat membaca media alternatif. Bukan kerana meluat, tetapi kerana naskhahnya yang terhad dan sering kehabisan. Laman sosial sudah lama kita nyahkan dari dunia maya ini, tetapi sekali sekala kita intai jugalah laman web buat melepas rindu dendam.

Kita sudah nyaris mengaku kalah pun sebenarnya. Kita sudah bersedia menerima kemenangan Umno dan Barisan Nasionalnya. Kita akui hakikatnya yang nasib anak bangsa tidak akan berubah, kita masih terpaksa bekerja cukup makan tatkala Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri dan segala Tan Tin dan Tun nya akan terus menerus menyedut isi perut bumi Malaysia.

Kita hampir menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mampu bangkit lagi menentang kerajaan; manakala gagasan Pakatan Rakyat bakal berkubur dalam satu liang lahad, memandangkan sokongan umum yang sudah tawar leweh. Memang kita sendiri pun sedih tetapi nak buat macam mana, terimalah seadanya. Esok terpaksalah menghantar anak ke sekolah macam biasa.

Bak kata bekas penjajah kita dari negara atas angin, "Life Goes On!". Kita tahu perubahan itu sukar dan menuntut pengorbanan yang besar. Kita belum cukup kuat untuk berubah. Kita takut untuk berubah. Kita takut tak cukup makan, takut hilang stail dan status Bumiputeranya, kita takut dijajah semula, takut pemerintahan baru yang mungkin lebih terseleweng. Kita takut pada manusia. Kita takut mati.

Namun pada 12 Januari yang lalu, kita terkejut betul apabila terlihat beberapa keping gambar yang menunjukkan betapa api kebencian rakyat terhadap ketidak-adilan sebenarnya masih belum padam, bahkan semakin marak menyala-nyala. Ianya begitu mengesankan sekali sehingga kita membuat keputusan untuk mengambil pendirian baru yang lebih berani; kita menuntut kerajaan baru yang lebih bersih dan bertanggungjawab. Gambar-gambar berikut walaupun hampir sama dengan yang gambar-gambar "gelombang merah" yang pernah diterbitkan media Umno, memiliki perbezaan jelas iaitu semangat dan harapan.

Anda boleh saksikan sendiri:

Wah... ramai sekali umat manusia dari Malaysia yang sanggup bersusah payah sebegitu rupa. Untuk apa? Tak mungkin untuk suka-suka mencari pasal dengan pihak berkuasa, atau suka-suka menghabiskan masa berhujan berpanas berpeluh berhabis? Stadium Merdeka pada hari keramat tersebut penuh sendat sampai termuntah-muntah ke jalanraya. Laluan utama motokar dan keretapi ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sudah tersumbat, dibanjiri anak-anak muda yang bermatlamat suci. Mereka tak mahu bantuan sementara, mereka mahu hak warganegara yang kekal selamanya.

Umno dan Barisan Nasional sebenarnya sedang terketar-ketar mencari alasan. Langkah mereka sudah mengontot dan sumbang, bunga silat dan kuntau mereka sudah keras, kaku dan hodoh. Seri pada wajah-wajah mereka sudah hilang dikotori nawaitu yang sudah tersongsang. Mereka membebel dan merapu bagai orang mengigau siang. Isteri-isteri pak-pak menteri ini sudah tidak muncul-muncul lagi. Mereka benar-benar kaget dan takut untuk berdepan dengan gelombang baru yang bakal menghadapkan mereka ke mahkamah terbuka tajaan anak-anak Malaysia.

Kesimpulannya, kita masih ada peluang, bahkan peluangnya semakin cerah. Sudah tiba masanya rakyat memberanikan diri, membuka mata dan melihat sendiri yang mana nyata dan jujur, dan yang mana pula lakonan dan drama semata. Sudah tiba masanya para pemimpin Umno yang telah dipilih dan ditanggung rakyat jelata kembali bermuhasabah and kembali memperbetulkan niat anda sebagai wakil rakyat.

Berundurlah dengan terhormat jika tidak terdaya memikul beban suci ini. Masa untuk berlakon-lakon sudah tiada, filemnya sudah lama tamat, kembalilah kepada diri anda yang sebenar. Kembalilah ke alam nyata dan kepada warganya yang pernah berkorban demi anda. Jangan sombong dengan kuasa anda yang sedikit kerana kuasa yang ada ditangan saya jauh lebih berbisa.


Kuasa kita dan kuasa 27 juta rakyat Malaysia!




Tukar Tiub

Tukar Tiub


ULAR BERSALIN KULIT - KITA BERSALIN KERAJAAN

Posted: 08 Feb 2013 06:00 PM PST



TIM TUKAR TIUB
pengarang
penulis
pembantu teknikal
MENGUCAPKAN SELAMAT
TAHUN BARU 
KEPADA  MASYARAKAT CHINA

ULAR BERSALIN KULIT
MALAYSIA BERSALIN 
KERAJAAN

BERSEDIA
UNTUK BERSALIN KERAJAAN

-------

NAK MASUK FELDA LAGI DI HALANG - NAK MASUK PUTRA JAYA JADI MUSTAHIL

Posted: 08 Feb 2013 06:30 AM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat gambar ini
malaon sedang menghalang pintu masuk ke felda

nak masuk ke perkampongna felda lagi dihalang
bayangkan
apakah pakatan rakyat 
akan dibenarkan ambil alih putrajaya?

sila fikirkan soalan ini


Follow · 2 hours ago 

Panas... rombongan bawa Anwar Ibrahim utk berceramah di Felda Bukit Kuantan jam 5.45 ptg td telah disekat oleh beberapa org anak muda di semua pintu masuk ke Felda berkenaan.


 Bukan setakat itu, byk kenderaan berat diletakkan agar tiada kenderaan boleh masuk. Ketua Cabang Bera, Haji Abas Haji Awangberjaya masuk dan snap gambor panas nii.. Anwar diarahkan patah balik dn skrg berada di Bukit Setongkol majlis jamuan HiTea di rumah Hj.Kassim blkg restoran Sobariyah........


------

SIAPA BUDAK UITM YANG BUNTING ITU ?

Posted: 08 Feb 2013 06:00 AM PST






 DEN NAK TANYO
dah bunting ko bolom
kah kah kah

Rais: Media perlu jadi golongan pemikir dan pengkritik yang pentingkan keharmonian




MANADO (Indonesia), 8 Feb — Pengamal media terutamanya wartawan perlu menjadi golongan pemikir atau pengkritik yang sentiasa mementingkan keharmonian hubungan antara negara dalam setiap penulisan yang ... Read More

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... BILA MEDIA LAPOR RAIS YATIM ROGOL AMAH  PASAL APA SAMAN.... kah kah kah...

kah ah kah... BILA  MEDIA LAPOR ANK RAIS YATIM DAPAT KONTREK WIFI... KENAPA SAMAN WARTAWAN... kah kah kah..

kah kah kah...BILA ORANG JELEBU NAK CAKAP KES RAIS YATIM ROGOL AMAH ... KENAPA HALANG DARI MAHKAMAH.... kah kah kah..

woit... BETUL ORANG JELEBU TANYA ... HAL BUDAK UITM  NAPA  NAK SAMAN.... kah kah kah...


MENGIKUT RAIS YATIM
HANYA 2548 ORANG SAHAJA
YANG DATANG #HKR112
NOTA:
nak tanya
budak uitm
yang dapat hadiah kemera 
itu dah bunting atau belum?
kah kah kah


------

GAGALIS SEDUNIA BERSATU DALAM TANGAN SENDIRI

Posted: 08 Feb 2013 05:30 AM PST




BILA BOLEH DENGAR KU TU BAH
dari pemegang mohor botol besar
raja raha gopal

Khutbah Jumaat seru umat Islam 'tolak' Hari Valentine

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pihak berkuasa agama hari ini memberi amaran kepada umat Islam untuk tidak menyambut Hari Valentine minggu hadapan, yang menurut mereka mungkin menggalakkan seks sebelum nikah.


Teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibaca di masjid-
masjid seluruh negara menjalankan kempen "Elakkan ... Read More

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... BULAN GILA DAH MASUK.... kah kah kah...

kah kah kah....KENAPA TAK ADA KU TU BAH  HAL 
ALTANTUYA.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAK KU TU BAH  TENTANG  RASUAH KOMISEN KAPAL SELAM.... kah kah kah


woit... BILA NAK KU TU BAH  TENTANG PENDATANG HARAM DAPAT JADI PENGUNDI.... kah kah kah..

woit...BILA NAK KU TU BAH  HALM NAJIB BUNUH ALTANTUYA.... kah kah kah

LEBIH BAIK JADI  JANTAN GAGALIS
dari
JADI JANTAN TAKUBIN


















------

KETUAN MELAYU SENYAP BILA DEEPAK BERSUARA

Posted: 08 Feb 2013 12:00 AM PST



jawatan dari Bakti



Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.

Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.

"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.

Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.

Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.

DIMANA PEJUANGAN
MELAYU DAN ISALM INI
HILANG TAK BERSUARA?

KAH KAH KAH|
KAH KAH KAH
KAH AKH KAH


woit... KETUANAN MELAYU TAK MALU KE?... kah kah akh..

kah kah kah..MAMAT GEMOK PENJUAL KARPET HINA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... PANGGIL MENTERI KABINET  KETUANAN MELAYU  KABINET ITIK MALAS... kah kah kah..

kah kah kah...PANGGIL  KETUA AGONG KETUANAN MELAYU PERDANA MENTERI ITIK TERDUDUK.... kah kah kah..

woit... MANA DIA PEJIHAD MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA JARINGAN MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah.... MANA DIA PUUUUURKASA.... kah kah kah..

kah  kah kah... MANA DIA HASAN ALI... PEJUANG MELAYU ISLAM...kah kah kah..

kah kah kah... MANA DIA ZUL BISUL...PENJIHAD MELAYU ISLAM...kah kah kah....

kah kah kah..MANA DIA HARUN DIN... opsss.. SILAP... kah kah kah..

kah kah kah...NAK CAKAP HARUS SANI TERSEBUT HARUN DIN PULAK... kah ka kah

BERSEDIA


---------

SALUT - SELAMAT JALAN SEORANG KAMARAD

Posted: 07 Feb 2013 09:14 PM PST



CHOKRI BELAID DITEMBAK MATI


SALUT UNTUK SEORANG KAMARAD
tetiba aku  terbaca berita
kau ditembak mati
dibunuh rejim yang zalim

seluruh tunisia terhenti
seluruh bumi arab terperanjat
sedunia kamarad menggengam tangan

aku melihat gambar ayah kau menangis
aku melihat gambar kaum keluarga kau menangis
aku hanya menitiskan air mata
tanda setia mengucap selamat tinggal

chokri belaid kau pejuang kaum buruh
chokri belaid kau pejuang kaum tani
chokri belaid kau pejuang kaum tertindas

chokri belaid   kau yakinlah aku tidak lagi menitiskan air mata
chokri belaid kau yakinlah aku tidak lagi memendam rasa
kerana aku sedang menjadi saksi
aku sedang melihat
anak anak muda  bergerak di jalan raya
aku sedang melihat
ribuan mohamad bouazizi telah bangun berarak
mereka tidak akan membakar diri
mereka kini menyebarkan api revolusi

ketika jenazah kau bergerak
anak anak muda telah mula bangun
ketika jenazah kau mula bergerak
sebuah kerajaan zalim telah tumbang

chokri belaid kau adalah che geuvera
chokri belaid kau ada chandra bose
chokri belaid kau ada bhagat singh
chokri belaid kau adalah mat indera

chokri belaid kau gagah dalam kematian

LAHIR 26 NOVEMBER 1964

WAFAT 6 FEBUARI 2013








Tunisian opposition leader shot dead


Murder of Chokri Belaid, leader of Unified Democratic Nationalist party, triggers 1,000-strong protest outside interior ministry







---