Isnin, 16 Disember 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Cukai naik 300 peratus, 20,000 surat bantahan dihantar ke DBKL

Posted: 16 Dec 2013 02:45 AM PST

Cukai naik 300 peratus, 20,000 surat bantahan dihantar ke DBKL


KUALA LUMPUR 16 DIS : Lebih 20,000 surat bantahan daripada pelbagai kawasan di Kuala Lumpur berjaya dikumpulkan dan diberikan kepada DBKL sebagai bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran sehingga 300 peratus.
bantah2013Kira-kira 1,000 penduduk yang tinggal di ibu negara Kuala Lumpur berhimpun di dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan mendadak itu.
Himpunan turut disertai Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
IMG_0078Nurul Izzah ketika ditemui selepas himpunan berkenaan menyatakan DBKL perlu menyemak semula kadar cukai taksiran yang bakal dikenakan itu kerana kenaikan berkenaan menekan rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di Kuala Lumpur.
"Lebih 20,000 surat bantahan termasuk dari Parlimen Lembah Pantai iaitu lebih 3,000, Parlimen Batu lebih 5,000 dan selebihnya dari kawasan lain dihantar ke pihak DBKL bagi menyatakan bantahan ke atas kenaikan cukai ini," katanya.
bantah2013 1Katanya, Belanjawan DBKL juga perlu dibentangkan di Parlimen bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kerana selama ini masyarakat khususnya di Kuala Lumpur tidak mengetahui peruntukkan yang digunakan oleh DBKL sepanjang tahun.
Bagaimanapun, surat bantahan berkenaan hanya dapat diserahkan di kaunter di tingkat bawah DBKL, dengan tidak mengendahkan laungan tuntutan orang ramai yang mahukan Datuk Bandar Kuala Lumpur turun mengambil surat bantahan itu.
Sementara itu, Tian Chua berkata, DBKL perlu memandang serius bantahan rakyat demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
IMG_9934"Rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan kerana kenaikan cukai ini ternyata membebankan rakyat, untuk mengelakkan rakyat lebih berasa marah, DBKL perlu melakukan sesuatu terhadal bantahan ini," katanya.
Orang ramai mula bersurai pada pukul 11.45 pagi sejurus semua borang bantahan diberikan kepada pihak DBKL.

Pelbagai kenaikan harga dengan ketara, BN buat rakyat makin sengsara

Posted: 16 Dec 2013 02:43 AM PST

Pelbagai kenaikan harga dengan ketara, BN buat rakyat makin sengsara


Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petroleum.
Kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.


bnKini seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3 juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus.

Sedangkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.

Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99 sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen.

Satu kenaikan yang sangat ketara.

Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut.
Kerana LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana, mahasiswa, pelajar-pelajar dan warga miskin.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar TOL akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.

Jingga13JINGGA 13 Malaysia yakin beberapa siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat.

Kerajaan UMNO BN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya.

Kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.
JINGGA 13 Malaysia mendesak Kerajaan UMNO BN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin.


* Zainal Abidin Abu Bakar ialah Koordinator Panatia Ekonomi Jingga 13.

KERAJAAN DAP PULAU PINANG ZALIM?

Posted: 16 Dec 2013 02:32 AM PST

untuk modal macai umno...  kurang ajar LIM Guan Eng...dia buat hal lagi.... dah lah makan nasi bungkus jer...bagi bantuan pada islam pula...biadap... mengamuk nanti macai umno...ishhh...  1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta  2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00 Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00 Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00 Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00 Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00  3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) Tahun 2008 (BN).............TIADA Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta  4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL HUFFAZ Tahun 2008 (BN)............TIADA Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00 Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00 Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00  5. SUMBANGAN EKHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID) Tahun 2008 (BN)............TIADA Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri  6. PROGRAM BULANAN AL QURAN Tahun 2008 (BN)..........TIADA Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun  *FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP bertambah "KEJAM" kerana luluskan Surau bernilai RM400 000.00
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP bertambah "KEJAM" kerana luluskan Surau bernilai RM400 000.00

Tiada ulasan: