Khamis, 5 Disember 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DAPUR JALANAN

Posted: 05 Dec 2013 07:00 PM PST





MAKANAN
IALAH HAK UNTUK SEMUA

DAPUR JALANAN
ialah projek anak muda
setiap  ahad
jam 6:00 petang
di jalan panggung
selari dengan jalan petaling
anak anak muda
mahasiswa dan pelajar disekitar kuala lumpur
akan menghidangkan makanan
untuk warga kota tanpa tempat tinggal

dapur jalanan telah berjalan
semenjak tahun baru china

sokongan amat menggalakkan
ramai telah memberi sumbangan
ada sumbangan tenaga
ada sumbangan wang ringgit

MEMOHON DERMA
sekali lagi
tim dapur jalanan
memohon kepada sesiapa saja
yang ingin menderma
sila masukan derma
ke akoun dapur jalanan
1479-0000917-05-1 
SPKL COLLECTIVE

kepada yang ingin membantu
ke pasar memasak dan menghidang
sila pukul talipon

pak wan: 013-431-53-56
atau
hadi: 012-664-88-73

DIHADAPAN POS OPIS
PERTAMA 
DI TANAH MELAYU


JALAN PANGGUNG




--------




SATU LAGI CARA TIPU MELAYU

Posted: 05 Dec 2013 06:30 PM PST




KETENTUAN ALLAH

KOMENTAR TUKAR TIUB
semua bising harga leterik naik
semua bantah
semua bersuara

awas!

pasti dari 15% ini akan diturunkan
ini cara najib mengolah persetujuan
minyak petrol naik
semua bising
turun sikit

harga leterik naik sampai 15%
pasti akan diturunkan sadikit
untuk memperlihtakan keajaan ini
prihatin
untuk dilihat dengar cakap rakyat

ini cara menipu melayu
ini cara menipu mak cik dan pak cik felda

tak caya
tunggu dan lihat


SHAH ALAM - Kenaikan 15 peratus tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dan 17 peratus di Sabah dan Labuan yang bakal berkuat kuasa awal bulan...


----------

APA KOMEN MENTERI TENTANG BANJIR

Posted: 05 Dec 2013 06:00 PM PST





KUALA LUMPUR 4 Dis. - Situasi banjir bertambah buruk apabila seramai 33,765 orang mangsa dari empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan dipindahkan sehingga malam ini berbanding hanya...

Rosmah Mansor .... kenapa mereka buat rumah tepi sungai....

Najib Razak...kerana  Anwar Ibrahim bawa 40,000 Bangla....

Jamil Khir....banjir ini ditujukan kepada penganut Shiah...

Zahid Hamidi...air yang melimpah ini wajib di tangkap....

Hasan Malek... kita telah sediakan dedak untuk makanan...

Muhyiddfin Yassin....hujan ini hujan Melayu Bumiputera....

Abdullah Badawi.... masa terbaik untuk terbang  di Perth...

Taib Mahmud.... masa terbaik untuk melawat Canada...

Ibrahim Ali.... jangan salahkan saya.... saya tak panggil hujan...





---------

AL-FATIHAH

Posted: 05 Dec 2013 05:24 PM PST




SELAMAT JALAN 
al-fatihah

Nelson Mandela meninggal dunia
Nelson Mandela meninggal duniaNelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden...1919-2013

Nelson Mandela dies at the age of 95

South Africa's first black president, who led the country from racial apartheid to inclusive democracy, has died after years of declining health





--------------

LAGI PROJEK TIPU MELAYU

Posted: 05 Dec 2013 05:00 PM PST





PINDAAN AKTA CUKAI 1967 MENEKAN RAKYAT, SIKAP "DOUBLE STANDARD" BARISAN NASIONAL

Tindakan Barisan Nasional membentangkan pindaan-pindaan kepada Akta Cukai 1967 jelas menunjukkan sikap "double standard" mereka. Di kala pelbagai pindaan dibuat untuk mengetatkan lagi undang-undang percukaian dan memberi lebih kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengutip cukai, kesungguhan yang sama tidak pula ditunjukkan dalam kes-kes penyelewengan dan skandal kewangan yang merugikan negara melibatkan pimpinan Barisan Nasional.

Ada dua pindaan yang saya kira memangsakan rakyat kebanyakan terutamanya peniaga kecil.

Pertama, pindaan Akta Cukai 1967 menetapkan bahawa sebarang pengeluaran simpanan dari Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun (kecuali atas sebab-sebab kemalangan dan hilang upaya) akan dikenakan cukai penuh. Ini bertentangan dengan janji Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa melancarkan inisiatif kerajaan menggalakkan Skim Persaraan Swasta pada Julai 2012 bahawa keuntungan dan pendapatan dari Skim Persaraan Swasta dikecualikan dari cukai untuk menggalakkan lebih ramai pekerja swasta mempunyai simpanan persaraan.

Perkara ini sudah menjadi amalan Barisan Nasional sejak kempen PRU13 lalu, iaitu mengumumkan janji manis yang akhirnya dimungkari selepas keputusan PRU13.

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan bahawa kerajaan berhak mengenakan cukai kerana penabung dalam Skim Persaraan Swasta mendapat pelepasan cukai adalah tidak tepat. Pembayar cukai hanya mendapat pelepasan cukai sehingga maksima RM3,000 setahun (pada kadar cukai yang dibayar) sedangkan tabungan di dalam Skim Persaraan Swasta kebanyakannya melebihi RM3,000 setahun. Dengan pindaan ini, penabung terpaksa membayar cukai tambahan melebihi dari pelepasan cukai yang diberikan sebelum itu.

Kedua, pindaan Akta Cukai 1967 juga meluaskan kuasa kerajaan untuk mengutip cukai syarikat dari mana-mana pemegang saham yang pegangan saham melebihi 20% atau pengarah atau mana-mana individu yang ditaksirkan mempunyai kawalan terhadap pengurusan sebuah syarikat. Ini bermakna pemegang saham kini terpaksa berhadapan risiko menanggung cukai syarikat walaupun pemegang saham itu tidak terlibat di dalam apa-apa pengurusan sekali pun.

Pindaan ini samalah seperti menghapuskan pemisahan ("corporate veil") di antara liabiliti syarikat dan individu/pemegang saham yang menjadi asas persyarikatan.

Pindaan-pindaan ini sudah tentu bertujuan untuk membolehkan kerajaan mengutip lebih banyak cukai dari rakyat dan syarikat; walaupun kutipan cukai meningkat secara purata 10% setiap tahun sejak 3 tahun kebelakangan ini.

Saya mencabar Menteri Kewangan di dalam Dewan Rakyat semalam bahawa jika kerajaan mahu menghapuskan pemisahan di antara individu dan syarikat dalam hal kutipan cukai, maka pendekatan yang sama perlu digunakan dalam soal mengutip hutang dari individu yang terlibat di dalam skandal kewangan harta negara.

Ini termasuklah menghapuskan pemisahan di antara pengarah-pengarah NFC dari syarikat NFC dalam soal hutang RM250 juta yang diambil oleh NFC dari kerajaan. Oleh kerana pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menghapuskan "corporate veil" itu, maka pengarah-pengarah NFC dari keluarga  Shahrizat Jalil tidak lagi boleh berselindung di sebalik alasan hutang diambil syarikat dan perlu membayar segera RM250 juta itu.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

5 DISEMBER 2013 



------------

LAGI MELAYU KENA KELENTONG

Posted: 05 Dec 2013 06:00 AM PST




Utamakan penggunaan bahasa Melayu

KOTA BHARU 4 Dis. - Pemberian gelaran kepada pasukan bola sepak menggunakan nama-nama gah dalam bahasa Inggeris perlu dikaji semula kerana secara jelas menidakkan keupayaan dan martabat bahasa Melayu.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Azmi Ibrahim berkata, alasan aspek komersial sebagai faktor utama penggunaan gelaran dalam bahasa Inggeris bukanlah satu sebab kukuh memandangkan majoriti peminat sukan bola sepak tempatan adalah orang Melayu.



Cadang TNB perkenal skim 'Smart Saver'

Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu memperkenalkan skim 'Smart Saver' untuk kumpulan berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar kerana ia berupaya mengurangkan beban mereka selepas pelarasan kenaikan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Januari 2014. »

Jabatan Perikanan Kelantan lantik 4,500 nelayan sebagai Rakan Fish

www.utusan.com.my/.../Jabatan-Perikanan-Kelantan-l...

Translate this page
Nov 21, 2013 - KOTA BHARU 21 Nov. - Jabatan Perikanan Kelantan melantik sebanyak 4500 nelayan pantai sebagai Rakan Fish (RF) jabatan itu bagi ..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SEBELUM KEMPEN APA APA KEMPEN BAHASA.... kah kah kah..

kah kah kah..TANYA GEDROMBOLAN KETUANAN MELAYU... kah kah kah..

kah kah...UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ITU APA?... kah kah

kah kah kah...KALAU BETUL KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah..MENGAPA NAMA DALAM BAHASA INGGERIS.... kah kah kah



----------

WAHAI BANI MELAYU

Posted: 05 Dec 2013 05:00 AM PST




  • Perwakilan mahu Salam 1Melayu, bukan 1M'sia
  • NONEMusa Sheikh Fadzir menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden hari ini. 

LIHAT BETUL BETUL
DENGAN HATI YANG JUJUR

wahai bani melayu,

lihat gambar di atas
adakah sosok ini memiliki muka melayu?
pandang betul betul
pandang dengan mata yang jujur

tanya diri sendiri
apakah muka sosok ini muka melayu?
jangan tipu diri sendiri
tanya rasa hati

adalah muka ini muka melayu?

ingatlah sejarah melayu
kitab agong tamadun melayu

kenali si kitul
kenali keling mendeliar
mereka ini membuat fitnah dan kerenah
hingga dibunuh tun perak
hingga runtuh kerajaan melayu melaka

lihat kitul moden
nama dialih
menyamar melayu
nama  anak lelaki iskandar kutty
dialih menjadi bin
lihat bagaimana punahnya negara bangsa
kerana kitul moden ini

lihat gambar itu sekali lagi
berlaku jujurlah
pada diri sendiri
tanya hati dalaman
muka ini bukan muka melayu

INI MUKA MELAYU?


--------

APA NAMA BENDERA GEROMBOLAN

Posted: 04 Dec 2013 09:30 PM PST




 SANG SAKA
SEJARAH BANGSA
DARI ZAMAN LANGKASUKA

Upacara naik bendera mulakan perhimpunan UMNO

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2013 dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO di Dataran Putra Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KENAPA TAK BERANI SEBUT NAMA BENDERA?.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN BENDERA TAK ADA NAMA?..... kah kah kah..

kah kah kah...APA NAMA BENDERA INI.... kah kah kah...

kah kah kah... ADAKAH NAMANYA JALUR TEMBERANG?.... kah kah kah


JALUR TEMBERANG
bila nak tangkap
tukang pijak ini
kah kah kah


----------

KETUANAN MELAYU KELENTONG LAGI

Posted: 04 Dec 2013 08:30 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
malaon malaon ini
sudah lupa 
bahawa
hari ini zaman internet

jangan cakap sebarangan
jangan klentong kiri kanan

yang kena tipu
hanya mak cik dan pak cik felda

anak muda yang celik komputer sedar
bahawa parti ketuanan melayu ini
kerjanya menipu siang dan malam

10 tahun dahulu
orang ramai percaya utusan
orang ramai percaya tv3
orag ramai tengok rtm

hari ini orang ramai
hari ini akan muda
percaya blog dan face book
tengok you tube
baca tukar tiub

NOTA
terima kaseh 
kepada arwah ronalad reagan




DARI FACE BOOK

Follow · 11 minutes ago 

LAGI BUKTI BERGAMBAR PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK DIDUNIA JIKA DI BANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA TERMAJU???? 











-----------

MASAKAN JAWA

Posted: 04 Dec 2013 08:00 PM PST





GARDON
masakan jawa
siapa tak pernah rasa
sila carai kenduri kahwin di klang
untung untung dapat



---------

Tiada ulasan: