Tukar Tiub |
- DEMO ANTI NAJIB DI LONDON
- BERITA GEMPAR PAGI INI
- SATU JEMPUTAN UNTUK SEMUA
- MALAYSIA BOLEEEEH DAPAT COROT
- AISHAH BUKAN HAMBA
- PILL KUDA
- KE JOLOBAK KE JOLOBU
- KENDURI FELDA
- NAJIB BUAT LAWAK
- PROJEK TIPU MELAYU
Posted: 04 Dec 2013 07:00 PM PST DEMO ANTI NAJIB ANTI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION Bekas Bendahari UMNO tipu 60 warga Britain: Seorang lelaki Malaysia berdepan tuduhan mahkamahDoxport tiba-tiba menjadi terkenal baru-baru ini selepas mangsa mengadakan bantahan di London ketika Najib menghadiri persidangan perniagaan di sana.Kumpulan itu, menggelar diri mereka sebagai rakyat Britain yang menjadi mangsa pelaburan di Malaysia (BVIM) melahirkan kekecewaan terhadap siasatan kes penipuan berkenaan, mendakwa pihak berkuasa Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap Doxport yang menipu wang mereka pada 2008. Kumpulan itu mendakwa mereka melabur dalam pembelian peralatan dan ekuiti Telekom di Doxport dan kemudian menyedari bahawa peralatan Telekom seumpama itu tidak beroperasi di Malaysia. Pelabur yang tidak berpuas hati itu kemudian membuat laporan polis di ibu pejabat polis Bukit Aman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2011. BVIM mendakwa, penipuan itu membabitkan pengerusi dan pengarah Doxport, Abdul Azim Mohd Zabidi, yang pernah menjadi bendahari Umno dan pengarah urusannya, Sivalingam Thechinamoorthy. Pada awal tahun ini, kumpulan itu memfailkan saman terhadap Azim dan syarikat berkenaan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...PATUT LAAA SENYAP AJE DI LONDON... kah kah kah.. kah kah kah..ADA DEMO.... kah kah kah.. kah kah kah..DULU DEMO BERSIH... kah kah kah.. kah...KALI INI DEMO ANTI BENDAHARI GEROMBOLAN.... kah kah kah kah..INI LAH DIA KETUANAN MELAYU... kah kah kah.. kah kah kah...INILAH DIA AJARAN SUNNI WAL RASUAH... kah kah kah British investors sue ex-Umno treasurer Azim over RM12.8m - The ...www.themalaysianinsider.com/.../british-investors-sue-ex-umno-treasurer... Feb 27, 2013 - KUALA LUMPUR, Feb 27 ― Sixty British investors have sued former Umno treasurer Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi and his IT company,
Azim dropped as BSN chairman after Bank Negara objection - Heraldwww.heraldmalaysia.com/.../Azim-dropped-as-BSN-chairman-after-Ban... Jul 3, 2009 - By Lee Wei Lian KUALA LUMPUR : Bank Simpanan Nasional (BSN) chairman Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi's contract was terminatedNational Express Malaysia: A flashback on the Azim Zabidi affairnational-express-malaysia.blogspot.com/.../flashback-on-azim-zabidi-aff... Jul 6, 2009 - But Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi refused to return the shares or refund the RM1,318,000 that was paid to his nominee, BK Tan. On 31 NOTA ini calon ke penjara jika pakatan rakyat menjadi pentadbir ---------- | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Dec 2013 06:17 PM PST KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...INI MUKA MINAH KEMUT... kah kah kah.. kah kah kah... MULUT BESAR.... kah kah kah.. kah kah kah..BUKAN HANYA MINAH KEMUT.... kah kah kah.. kah kah kah..INI MINAH SEDUT.... kah kah kah
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit....TOK PA PUN BOLEH KEMUT.... kah kah kah... kah kah kah... INI ROCK ... INI BERITA BAIK... kah kah kah | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Dec 2013 05:30 PM PST | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Dec 2013 05:00 PM PST PRESTASI PENDIDIKAN MALAYSIA KEDUA TERCOROT DI ASIA TENGGARA MENGIKUT PENILAIAN PISA Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (atau "Programme for International Students Assessment" PISA) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini. PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD ("Organisation for Economic Corporation and Development") bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia. Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:
Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan di dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia. Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain. Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa. Penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan (rujukhttp://www.moe.gov.my/bpk/v2/ 1. Sikap murid – ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab 2. Format soalan – soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual 3. Keutamaan guru – Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi Sementara saya menerima faktor-faktor tersebut dan bersetuju dengan post-mortem yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, ia jelas mengiyakan pandangan ramai pihak mengenai kelemahan sistem pendidikan yang ada sekarang. Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan/naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek. Tindakbalas Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Akibatnya, guru-guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi borang dan kerja-kerja birokrasi yang lain sehingga mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman. Sebab itu, keputusan PISA yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di Asia Tenggara sewajarnya mengejutkan dan meyakinkan kita bahawa sistem pendidikan sekolah yang ada sekarang tidak berjaya mempersiapkan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan serantau. Saya menyeru supaya Menteri Pendidikan menerima hakikat ini dan mengambil langkah-langkah berikut: 1. Menggantung pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk ditambahbaik dengan mengambil kira masalah-masalah yang disebut oleh Kementerian Pendidikan mengenai kepincangan sistem pendidikan sekolah 2. Mengubah sukatan mata pelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia menekankan pemahaman konsep dan bukan mengingati fakta dan soalan latih tubi semata-mata Walaupun Barisan Nasional menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan idea menaiktaraf sistem pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi 4 DISEMBER 2013 -------------- | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Dec 2013 04:30 AM PST STESEN PUNK ROCK BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS NOTA sila layari radio bangsar utama malam ini jam 9:15 malam sesudah berita sila dengar temu bual ronasinar dengan tukar tiub siapa aishah? 'Siti Aishah was never enslaved'KUALA LUMPUR: The Malaysia–Singapore Students Forum or MASS – of which Siti Aishah Wahab was an active member – was an outstanding left leaning student movement in England with hard working comrades, said activist Hishamuddin Rais last night. Speaking to FMT after a live radio show, Hishamuddin described the group as a 'very famous student organisation' by recalling an incident in the late 60s, where a visiting American professor was not allowed to deliver a lecture due to strong protest by the MASS group. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/03/siti-aishah-was-never-enslaved/baca sepenuhnya: ----------- | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Dec 2013 04:00 AM PST LAYARI RADIO BANGSAR SEKARANG JAM 9:15 MALAM TEMU BUAL MENCARI AISHAH ulang siar Polis tahan 7 sekeluarga, rampas pil kuda RM1.56 juta KOTA BHARU 4 Dis. - Polis Kelantan melumpuhkan sendikit pengedaran pil kuda yang bergiat aktif di sekitar negeri ini dan Terengganu selepas menahan tujuh sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun serta seorang wanita dalam Ops Cantas Khas Narkotik di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa dekat sini Isnin lalu. Dalam serbuan kira-kira pukul 10.10 pagi itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut merampas sebanyak 62,400 biji pil kuda yang bernilai RM1.56 juta. Ketua JSJN Kelantan, Supritendan Amran Ramli berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan tersebut berusia antara 16 hingga 64 tahun. Menurutnya, rampasan itu adalah yang kedua terbesar setakat ini pada tahun ini dan kesemua suspek tidak mempunyai jenayah lampau serta negatif ujian air kencing. - UTUSAN MELOYO ONLINE KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... KELANTAN NEGERI ISLAM PUN ADA PIL KUDA... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU MACAM INI ... ADA SATU JALAN SELESAI MSALAH....kah kah kah.. kah kah kah..HANTAR DIN AYAM JADI MB KELANTAN... kah kah kah.. kah kah kah..SEMUA AKAN BERES... kah kah kah... kah kah kah.. SEGALA AYAM KAN DI TANGKAP...kah kah kah.. kah kah kah..SEMUA MASUK REBAN.... kah kah kah.. kah kah kah ...AYAM SIAM DIGOLOK PUN AKAN DI TANGKAP SAMA... kah kah kah TUNGGU LAPORAN RADIO BANGSAR DRAMA KAKAK DAN ADIK ------------ | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Dec 2013 08:44 PM PST KE JOLOBAK KE JOLOBO TUAI PADI TIGA TANGKAI MEMANG HEBAT ORANG JOLOBO IDEALOJI TEPAT TERUS KEKAL MENCARI AISHAH Talipon berdering. Saheh – digagang talipon aku terdengar suara lelaki yang bukan dari Kota London. Aku menjawab dalam bahasa Inggeris. Kemudia lelaki ini beralih ke bahasa Melayu. Kemudian beralih lagi ke lorat Negeri Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya. Ketika panggilan ini sampai itu aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah Brixton. Panggilan talipon ini datang pada tahun 1991. Ketika itu aku masih lagi anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu minggu dalam usaha mencari adik Sang Abang. Sebenarnya adik yang dicari bukan nama yang asing dalam radar otak aku. Dari hari pertama – malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya pada Mei 1971 – aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis. Satelah Minggu Orientasi selesai aku mendaftar sebagai anggota Kelab. Ketika aku mendaftar - aku masih dibawah umur dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum banyak yang aku layari. Ketika itu aku bertukang masih belum berupaya mengunakan perkakas Marxis. Hujah aku masih kelam dan kabut. Hujah yang aku dirikan tidak teratur dan tidak tuntas. Rumah yang ingin aku bina bocor disana ini. Tetapi melalui pembacaan, mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku mula mengenal Marxisma sebagai alat bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas. Wajib juga aku terangkan bahawa ketika aku menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah. Trajedi Mei13 telah berlangsung. Perang Vietnam sedang mengelora. Paris68 baru selesai. Di Amerika Malcolm X telah dibunuh. Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger dan Mao sedang mengoncang dunia anak muda. Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan. ANTI-PERANG Malah, aku berupaya mengikuti Mei68 kota Paris dari akhbar tempatan. Aku kurang faham tapi tahu dan sedar apa yang sedang berlaku. Tahun-tahun 1969/70 – aku telah mula terdengar nama Daniel Cohn-Bandit, atau Danny The Red, Tariq Ali, Jean Paul Sartre dan Che Geuvera. Aku juga melihat gambar-gambar anak mahasiswa yang bangun berevolusi di kota Paris 1968 melalui majalah Life. Di zaman inilah Siti Aisah binte Wahab berlepas ke kota London untuk menjadi anak mahasiswa di LSE – London School of Economic – tempat John F Keneddy belajar. Ini sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru. Ini sebelum adanya diskriminasi positif terhadap yang bukan Melayu. Ini sebelum wujudnya konsep Bumiputera. Aku sama saperti Aishah masuk belajar ke universiti kerana keupayaan fikrah kami. Kami masuk universiti BUKAN kerana kami Melayu. Aishah memenangi biasiswa Colombo Plan kerana dia anak pelajar yang pintar. Bukan kerana dia Melayu. Melayu dan Islam bukan hitungan. BALING 1974 Aku wajib memberikan latar ini agar pembaca yang budiman faham suasana ketika itu. Aku meminta para pembaca memahami ambience politik ke zaman itu. Mungkin para pembaca tidak dapat menghayati 100% suasana ketika itu tetapi akan sedar akan latar politik ini. Tanpa memahami suasana latar ini maka kita akan gagal untuk memahami kesah Aishah. Dan tanpa latar ini kita tidak berlaku adil terhadap Aishah. Ini suasana 40 tahun dahulu ketika saya baru berumur 20 tahun. Kembali kepada panggilan talipon. Dalam masa satu minggu yang dijanjikan – aku pun saperti dialok filem Casablanca – menghubungi 'the usual suspects'. Aku menalipon Si Anu dan Si Anu – kawan-kawan aktivis dalam kota London. Bertanya adalah sesipa yang mengenali Cik Siti yang sedang dicari. Aku gagal. Satu minggu kemudian Sang Abang menalipon aku. Kali ini dengan maklumat bahawa adiknya pernah tinggal di Brixton. Aduh! Wilayah Brixton adalah wilayah aku – sama saperti aku mengenali Brickfield hari ini. Aku mengikuti kuliah Asas Seni di Brixton College. Aku tinggal di tingkat 7 Southwyck House, Coldhabour Lane Brixton. Brixton adalah wilayah tempat tinggal aku terakhir sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1995. MANGSA PERANG Kali ini Sang Abang dengan lorat nogori membuat pengakuan ' kito sokampong' – ertinya Sang Abang dan aku berasal dari Jelebu. Sebenarnya tanpa menerangkan dirinya dari Jelebu aku sudah tahu siapa yang dicari. Malah nama Aishah telah aku dengar ketika aku di Universiti Malaya lagi. Gulungan kiri terutama perempuan Melayu kiri agak 'rare' justeru aku terdengar nama Aishah dari para 'senior'. Digagang talipon aku terangkan kepada Sang Abang - walau pun aku dan Aishah berseliseh di pintu stesen keretaapi bawah tanah di Brixton – mustahil aku mengenali siapa si Aishah ini. Aku tidak pernah melihat adik Sang Abang ini. Aku mendengar kekecewaan digagang talipon. Aku juga kecewa kerana si gadis yang dicari dari kampong aku juga. Mencari Aishah pada tahun 1991 gagal. REVOLUSI BUDAYA Tahun kedua aku di UM aku mula kenal baik dengan arwah Kakak Sabariah. Pernah Si Arwah ini bersurah - ketika bersama Syed Husin di London mereka pernah menjadi tamu Chairman Ara. Mengikut perawi saheh ini Chairman Ara duduk di kerusi 'Archie Bunker' dan menyoal Syed Husin. Soalan ini bukan tentang kejantan Syed Husin kah kah kah. Tetapi tentang garis politik kiri. Dari surah Kak Sabariah ini muncul nama Siti Aishah. Ketika surah ini sampai aku tidak tahu apa itu Brixton. Tetapi apabila Kakak Sabariah menggambarkan kerusi Archie Bunker ini maka aku faham suasana pertemuan mereka. Malah aku tersenyum kerana Archie Bunker ialah satu watak siri komidi tv yang menjadi ikutan dizaman itu. Tahun kedua di UM juga , aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) – persatuan ini telah diharamkan sama saperti Kelab Sosialis sesudah Demo Baling 1974. Dari pejabat PMUM aku sering menerima banyak akhbar dari luar negara. Satu hari aku menerima majalah New Malayan Youth yang dialamatkan secara rambang ke SU Agong PMUM. Ini bukan majalah cetak tapi di saikostyle. Majalah ini keluaran anak mahasiswa Malaya di United Kingdom. KUALA LUMPUR 1974 Anak mahasisawa ini memanggil diri mereka MASS MOVEMENT – Malayan and Singapore Students Movement. Mazhab ini tidak mengiktiraf Malaysia yang mereka anggap sebagai projek koloni British. Mereka menggunakan Malaya – ertinya termasuk Singapura. Ini garis politik kaum kiri. Ini juga garis politik kaum progresif - justeru Dr Buhanuddin Helmi menyokong garis ini. Hasilnya Presiden parti PAS ini ditangkap dibawah ISA pada thun 1965 kerana menentang projek penjajahan Sabah dan Sarawak. Untuk aku pada tahun 1973 - majalah New Malayan Youth ini telah membawa pencerahan. Penulis majalah ini bertukang dengan menggunakan Marxisma. Aku menganggap majalah ini menjadi satu pembacaan wajib untuk pencerahan. Isu Perang Vietnam, isu anti-kolonial, isu Malaya – semua digarap dengan terang dan jelas. Ahli Kelab Sosialis tertunggu-tunggu akan kesampaian majalah ini. Aku yang ketika itu tinggal di Blok C-206 Kolej Kelima akan menyebarkan majalah ini untuk diperpanjangkan. PARIS 1968 Memang aku sedar mengikut ajaran Ghazali Shafie - yang menjadi Zahid Hamidi ketika itu – New Malayan Youth ini satu majalah bahaya. Ianya mengajukan garis revolusi. Majalah ini menyokong garis perang bersenjata Parti Komunis Malaya. Ianya menyokong gerakan Naxalite di India. Malah tanpa segan silu di kulit majalah ini tertera : Long Live Malayan Communist Party. Long Live Charu Mazumdar. Long Live Mao Zedong. Aku masih ingat lagi beberapa isi tulisan majalah ini. Aku mula mengenal nama-nama yang muncul dalam majalah ini. Siapa mereka satu kesah yang lain. Satelah membaca 4 atau 5 keluaran majalah New Malayan Youth aku pun menulis surat kepada New Malayan Youth c/o NUS – Malet Street London. Aku menghantar aerogram – harganya pada ketika itu agak mahal untul aku – 25sen. Isinya adalah satu pekara yang TIDAK pernah berganjak dari garis perjuangan hidup aku. Pekara yang aku tulis kepada New Malayan Youth 40 tahun dahulu telah juga aku sampaikan kepada Wong Tuck dari Himpunan Hijau, kepada Maria Chin dari Bersih, kepada Mas Jaliza dari CiJ dan kepada banyak NGO di Malaysia. Aku pernah secara terbuka dalam forum menerangkan bahawa kegagalan perubahan berlaku di Malaysia ini ialah kerana TIDAK menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat berhubung. BRIXTON Selagi Bahasa Melayu/Malaysia tidak digunakan untuk menyebar propaganda kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda maka TIDAKakan berlaku apa-apa perubahan di Malaysia. Malah aku telah menulis dan menerangkan secara teoritikal bahawa Bahasa Melayu ini BUKANbahasa kebangsaan tetapi bahasa stratejik untuk perubahan. Mungkin ada yang akan bertanya apakah semua yang aku tulis ini betul. Disini aku berani menyatakan bahawa semua ingatan ini masih cerah dalam kepala aku. Ingatan dan nama-nama inilah yang menjadi rujukan aku ketika wartawan Dean Nelson dari akhbar Daily Telegraph datang menemu bual pada malam Ahad 22 haribulan November lalu. Tanpa ingatan dari kepala aku tidak mungkin wartawan akhbar London ini dapat memecahkan misteri siapakah dia perempuan Malaysia – the Malaysia woman – yang telah dikatakan menjadi ' hamba' selama 30 dalam kota London. Polis Britain telah melarang nama perempuan ini diumumkan. Ingtaan akulah yang memecahkan berita ini untuk pengetahun dunia. ( TT) ( bersambung ) NOTA untuk memahami lagi tulisan ini sila google semua nama-nama yang telah ditulis NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar minngun ini sila pukul talipon: 03-92-21-1045 YANG INI FLET GUA DI LONDON tempat terkencing lagi dikenang ini kan pula tempat terpancut ----------- | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Dec 2013 08:00 PM PST KENDURI KAMPONG GOTONG ROYONG budaya gotong royong semakin terhakis bila ekonomi duir sampai maka semua dikira ini kenduri kahwin yang rare dimana semua dilakukan dengan kerja sama bergotong royong - ------------ | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Dec 2013 07:30 PM PST Najib mahu Mahathir fikir semula keputusan lepas jawatan penasihat PetronasNajib Razak berharap Mahathir Mohamad memikirkan semula keputusan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas. Najib berkata ini kerana kerajaan berpendapat amat wajar dan sesuai untuk bekas perdana menteri itu terus berkhidmat kerana beliau mampu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan Petronas. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah... SO SWEEEEET.... kah kah kah.. kah kah kah...DALAM HATI....kah kah kah kah kah kah....PERGI BERAMBOOOOSlAAAA... kah kah kah.. kah kah kah...TUA BANGKA... MENYIBUK.... kah kah kah ----------- | ||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Dec 2013 07:24 PM PST PROJEK TIPU MELAYU Tarif beri kesan inflasi sementara KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kadar inflasi dijangka mencapai lebih tiga peratus bermula Januari tahun depan berikutan kesan daripada pengenalan kadar tarif elektrik baharu. Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan penilaian awal, pengenalan tarif elektrik baharu dijangka meningkatkan sekurang-kurangnya 0.4 peratus lagi kadar inflasi di negara ini. Setakat Oktober lalu, kadar inflasi negara adalah 2.8 peratus. Zeti berkata, peningkatan kadar inflasi itu dijangka sementara dan bukanlah di paras yang membimbangkan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit....AYAH BANGANG... ANAK PUN BAN GANG.... kah kah kah.. kah kah kah...SEMENTARA PALAT APA?.... kah kah kah... kah kah kah... SEMENTARA KEPALA BANA SAPA?...kah kah kah... kah kah kah.... HARGA LETERIK BUKAN SEMENTARA... kah kah kah.. woit...JANGAN TIPU ORANG MELAYU... kah kah kah.. kah kah kah..KAMU HANYA MENYAMAR MELAYU... kah kah kah... --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan