RAKYAT MARHAEN |
- PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA YANG TERBAIK DIDUNIA JIKA DI BANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU??
- Pulak Dah: Tolak jawatan, Ustaz Kazim berdosa kepada agama Islam, kata MT Umno
- Najib tayang video dedah Anwar "bohong" isu pengundi Bangladesh..!!
- Monson Cup: Wang Ehsan Hangus RM2.5 Billoin, Rakyat Terengganu "Tidak Cerdik"
- Banjir di Pahang ragut mangsa pertama, dua hilang dihanyut arus
- Antara Buaya Cayman & Penyangak Cayman RM7.0 Billion - Untuk Ahli UMNO Yang Kurang Peka Sahaja..!!
- Najib: Saya menang set penentu lawan Anwar...
- Umno bela nasib Melayu, PAS jaga hati Pakatan, kata Utusan
- Puncak Niaga, KPSB accept Selangor offer
- Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik : Semenanjung (14.89%), Sabah (16%). Kerajaan Dapat Jimat RM4 Bililon Setahun. Rakyat t?
- Malaysia Perlukan (RM13.7 Bilion Akibat Perbelanjaan Boros + RM27 Bilion Pendapatan GST). Jika Tidak Malaysia Akan Bankrap!
- MANA PERGINYA KELAB PUTRA 1MSIA (KP1M) DAN 1M'SIA MALAYSIA DEVELOPEMENT BERHAD (1MDB) APABILA PAHANG, TERENGGANU DAN JOHOR DI LANDA BANJIR BESAR?
- BANJIR: SHAHIDAN KASSIM DI MALUKAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT!
- Syabas Ustaz Kazim!!
- Only doom and gloom awaits
- Panel Parlimen cadang gaji ahli Parlimen naik sekali ganda....rakyat nak lihat siapa pula akan bantah kali ini..!!!
- Banjir di Kemaman: Terburuk berbanding tahun lalu, kata penduduk
- Banjir di Pahang makin buruk, dua beranak dikhuatiri lemas
- Pewartaaan Lembah Bujang gagal, kerajaan negeri BN tidak beri jawapan
- PAU2013: Pemuda mahu guru dipantau agar terus menjadi hamba Umno
- MP Sepang/Puchong 'Check Mate' Tim Menteri - Penggulungan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013
- MP PAS Pasir Puteh Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013
- Benarkah Ada Larangan Azan Di Penang? - Ustaz Azhar Idrus
- Susulan Kemalangan UAI..Kenapa Golf Ustaz Tak Teruk?
- Hukum Makan PENGUIN - Ustaz Azhar Idrus
PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA YANG TERBAIK DIDUNIA JIKA DI BANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU?? Posted: 04 Dec 2013 08:07 PM PST BIAR GAMBAR BERBICARA BAGI MENYOKONG KUAT PADU KATA-KATA MENDABIK DADA SHAHIDAN KASSIM BAHAWA NEGARA KITA DALAM PENGURUSAN BANJIR JAUH LEBIH BAIK DARI NEGARA-NEGARA MAJU. MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN LEBIH-LEBIH LAGI BERPENDANA MENTERIKAN NAJIB RAZAK MEMANG TERHEBAT SEANTARO DUNIA DALAM SEMUA SEGI. |
Pulak Dah: Tolak jawatan, Ustaz Kazim berdosa kepada agama Islam, kata MT Umno Posted: 04 Dec 2013 07:54 PM PST Penolakan Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno disifatkan sebagai satu dosa kepada agama, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang juga ahli MT Umno berkata, cadangan pelantikan Ustaz Kazim adalah penting kerana parti terbesar Melayu itu memerlukan ahli agama selain menggesa pendakwah bebas itu agar jangan terlalu memikirkan kritikan masyarakat. "Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka. Media semalam melaporkan Ustaz Kazim menolak pelantikan sebagai ahli MT Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Najib tayang video dedah Anwar "bohong" isu pengundi Bangladesh..!! Posted: 04 Dec 2013 07:53 PM PST Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menayangkan video beberapa kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Umno membawa masuk lebih 40,000 pengundi dari Bangladesh ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Video yang ditayangkan ketika Najjib sedang memberikan ucapan dasar di hadapan perwakilan Umno dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dilihat memetik kenyataan Anwar yang pernah disiarkan media pro pembangkang seperti Suara Keadilan, TV Selangor, dan KiniTV. "Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berbohong dan berkalam dusta!" kata Najib sejurus tamat tayangan video berkenaan. Perdana Menteri itu berkata, isu berkenaan sengaja ditimbulkan kerana pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tidak henti-henti mencanangkan kepada pengundi bahawa Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi parti pemerintah. "Perkara ini tampaknya kita tidak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya," kata Najib. Beliau berkata, semasa lawatan rasmi ke Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, beliau rasa terpanggil untuk mengucapkan "Dhonnobad", atau terima kasih dalam bahasa Benggali kepada Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina kerana menyediakan rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan pembangkang. "Ternyata bak kata orang Pekan, maaf cakap, sampai terkejut Sheikh Hasina sambil menggeleng-gelengkan kepala, dengan tegas beliau menafikan bahawa perkara itu tidak benar sama sekali," katanya. |
Monson Cup: Wang Ehsan Hangus RM2.5 Billoin, Rakyat Terengganu "Tidak Cerdik" Posted: 04 Dec 2013 07:34 PM PST "Sejarah kapal layar piala "Monson Cup" yang dimulakan oleh bekas menteri besar Terengganu Dato Seri Idris Juosh dan diteruskan oleh Dato Seri Ahmad Said adalah "Lambang Keangkuhan dan Kerja Bodoh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO Negeri Terengganu. Bajet atau kos sebagai tuan rumah "tanding kapal layar" dianggarkan mencecah RM3 Billoin selama 8 tahun atau RM300 juta hingga RM400 juta wang kerajaan Terengganu hancur dan ditelan serta musnah di sekitar Pulau Duyung. Rakyat hanya dapat angin kosong laut China Selatan. Dan Rakyat Terengganu dapat halwa telingga dihibur dengan artis artis. Dato Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu sepatutnya membatalkan terus kerja kerja bpdph bekas menteri besar yang terdahulu. Namun Ahmad Said meneruskan kerja dan projek tanding kapal layar kononnya terpahat nama Terengganu dalam peta dunia pelayaran kapal tersebut. Untuk rekod projek "tanding kapal layar" jelas tidak memberi impak yang besar kepada ekonomi dan rakyat Terengganu. Ianya hanya sekedar memperkaya kroni dan penaja dan individu syarikat peniaga. Jika wang peruntukan RM2.5 billoin -RM3 billion ( WANG DARI WANG EHSAN ATAU WANG ROYALTI) dibelanjakkan untuk membina rumah mampu milik sebanyak 75,000 unit dengan kos RM45,000 seunit. Jika wang sebanyak itu diberi kepada pelajar kemenra gading dan insituisi awam dan kolej seramai hampir 60,000 pelajar. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir di Pahang ragut mangsa pertama, dua hilang dihanyut arus Posted: 04 Dec 2013 07:33 PM PST Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut. Dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi. Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat. Read More / Baca Lagi >> |
Antara Buaya Cayman & Penyangak Cayman RM7.0 Billion - Untuk Ahli UMNO Yang Kurang Peka Sahaja..!! Posted: 04 Dec 2013 07:28 PM PST Bagi ahli UMNO yang sudah arif, pintar dan bijaksana tak payahlah baca hari ini. Ini untuk golongan yang kurang peka sahaja ok. Di mana ianya lebih mudah saya minta izin berPPSMI sahaja. Read More / Baca Lagi >>The Cayman is the name of a crocodile that can be found in the tropical regions of the Americas. Here is a picture : Buaya Cayman makhluk ciptaan Allah. Boleh telan se-ekor ayam tanpa gunakan sudu garpu. The Cayman Islands refers to a cluster of islands in the Caribbean which are British territory (worse than colony). The Cayman Islands have been converted by the British into secret banking and tax havens where all sorts of hot money, money laundering and other illegal activities can be carried out with impunity. Do read on. Bukan tak ada rujukan. Dato Kadir Jasin's blog says something more about 1MDB ploughing their money in the Cayman Islands. Kadir says that 1MDB has actually ploughed RM7.0 Billion in the Cayman Islands. I thought it was "only" RM3.0 Billion. Here is Dato Kadir Jasin : "Adakah beliau berani menghurai mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara menghantar RM7 bilion ke syurga cukai (tax haven) Cayman Islands sedangkan kita mempunyai tax haven sendiri di Labuan?" Dato Kadir Jasin bukan calang-calang punya orang. Beliau adalah wartawan senior dan ulung. Berstatus wartawan negara. Dengar baik-baik apa yang dia sebut. We have burnt RM7.2 Billion on con-sultans over the past five years. That money is gone. Burnt. Now we have sent another RM7.0 Billion of taxpayers' money to the Cayman Islands. Will we ever see this money again? Is this money safe in the Cayman Islands? Can the president of UMNO please give us some proof (maybe during his keynote address at the UMNO Assembly) that our RM7.0 Billion is still safe and sound in the Cayman Islands. And not swallowed up by some Cayman crocodile. Kepada tuan-tuan kekawan UMNO yang tak faham apa pun, RM7.2 Billion for con-sultans plus RM7.0 Billion for Cayman Islands = RM14.2 Billion. Patutlah gomen dekat nak bankrap dah. "Pengkhianat yang tak bayar cukai" pun terkejut beruk. Duit semua dah habis pelingkup dengan con-sultan dan buaya Cayman. Jadi minyak naik, rokok naik, letrik naik, cukai pintu naik, gula naik sedikit sebanyak untuk membantu gomen dapat balik RM14.2 Billion yang dah 'burn' ini. Ok folks, terutama sekali kekawan UMNO. Oleh kerana sebegitu banyak sekali khazanah negara dan duit rakyat marhaen telah dilebur (melabur dan melebur bukan sama ok) di Cayman Islands elok kita mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai Cayman Islands. Apa itu Cayman Islands? |
Najib: Saya menang set penentu lawan Anwar... Posted: 04 Dec 2013 07:04 PM PST Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 tidak wajar dipersoalkan kerana parti itu memenangi pertandingan tersebut mengikut sistem yang diamal sejak sekian lama. Najib yang menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini mengumpamakan pilihan raya tersebut seperti perlawanan badminton. Katanya, walaupun BN mendapat majoriti lebih kecil, Pakatan Rakyat tetap dikira kalah dari segi keseluruhan. "Kalau saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah. "Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16. "Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Read More / Baca Lagi >> |
Umno bela nasib Melayu, PAS jaga hati Pakatan, kata Utusan Posted: 04 Dec 2013 06:48 PM PST Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini berkata, parti Melayu terbesar itu akan terus membela nasib orang Melayu dan Bumiputera serta membawa limpahan kesejahteraan kepada kaum lain berdasarkan jaminan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengarang kanan berita, Zulkiflee Bakar, berkata Umno tidak perlu berperwatakan seperti parti pembangkang yang tidak menyatakan secara spesifik untuk membela nasib orang Melayu selain bimbang ketegasan itu akan menimbulkan kecurigaan parti komponen. "Biarpun PAS dianggap salah satu parti yang menguatkan pakatan pembangkang namun parti itu tidak memiliki kekuatan dalam kata sebenar. PAS sehingga ke hari ini tidak pernah secara terbuka menyatakan akan terus membela nasib dan masa depan orang Melayu. Muhyiddin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri memberi jaminan akan terus membela nasib dan masa depan orang Melayu dan Bumiputera. Katanya, Umno sebagai benteng kepada agama Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam, apatah lagi di sebalik kesedaran wujud cubaan tersusun merungkai institusi dan asas Islam. Read More / Baca Lagi >> |
Puncak Niaga, KPSB accept Selangor offer Posted: 04 Dec 2013 06:25 PM PST The concessionaires has agreed to accept the RM9.65 billion general offer made by the state government's investment firm, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. PETALING JAYA: Selangor's water sector restructuring looks set to materialise in the near future after concession holders Puncak Niaga Holdings Bhd and Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) agreed to accept with conditions the RM9.65 billion general offers made by the state government via its investment arm, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). The third party Gamuda Bhd, however, objected to the offer but said it is still willing to hold further discussions with KDEB on the terms of the deal. In an exchange filing yesterday, the Rozali Ismail-led Puncak Niaga group said it has sent a letter of acceptance to KDEB and is hopeful that the latter will favourably agree to the former's terms and conditions for the conclusion of the deal. "Puncak Niaga is hopeful that KDEB will favourably agree to the terms and conditions so the consolidation of the Selangor water industry, envisaged by the federal government and the Selangor state government, which is supported by water players such as Puncak Niaga group, will materialise in the near future," it said. Among the conditions listed in Puncak Niaga's letter to KDEB is a demand for payment of total equity contribution to Puncak Niaga to include a compounded return of 15% per annum taken as compensation for the company's loss of future earnings as a result of the sale of its water concession business to the state government before the date of expiry of the respective concessions. Puncak Niaga also demands the payment of debts due and outstanding from Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) to Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) in relation to the supply and sale of water to Syabas as the services had already been rendered. The company said after a detailed analysis of the offers that it has ascertained that the actual total payable to all water concession holders is far below the RM9.65 billion announced earlier by the state government. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Dec 2013 06:20 PM PST Jikalau sebelum ini, rakyat Malaysia hanya disuapkan dengan khabar-khabar angin dan juga laporan berita mengenai kajian demi kajian (SEPERTI DI SINI) melibatkan semakan kenaikan tarif elektrik 2014 naik sejurus Pilihanraya Umum ke 13 melabuhkan tirainya pada Mei 2013. Terkini…. Terbaru, rakyat Malaysia bermula Januari 2014 bakal menikmati kadar kenaikan elektrik 2014 naik yang baru sehinggakan ketika menjelang pengumuman kenaikan tarif ini oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terpaksa menggantung urus niaga sahamnya berkuat kuasa 2.45 petang hingga 5 petang. sampai begitu sekali? Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik Yang Terbaru?
Naik tarif eletrik sampai terpaksa gantung urusniaga? Mengapa tidak boleh beroperasi seperti biasa? Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Dec 2013 06:19 PM PST Siapa sangka, Berita Semasa pun tidak sangka sebuah negara yang dipanggil Malaysia yang dilimpahkan nikmat dan hasil mahsul berupa petroleum, getah, kelapa sawit, balak yang bermutu tinggi, emas, padi, bijih timah, industri elektronik dan kepakaran tenaga sumber manusia yang ramai jika diuruskan dnegan baik. Akhirnya…. Akhirnya terpaksa juga berdepan dengan risiko muflis. Malaysia mahu muflis? Benarkah? Siapa cakap? Mahu Malaysia Bangkrap? @ Laksanakan GST!Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Malaysia akan bankrap akhirnya jika anda, anda semua sebagai rakyat malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Cuma Berita Semasa agak sedikit pelik dan hairan. Adakah GST satu-merupakan satu-satunya sumber pendapatan negara? Yang boleh buat Malaysia bangkrap bukannya sumber pendapatan negara tetapi apa dia? RASUAH. Ya…Rasuah. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Dec 2013 06:16 PM PST Rakyat nak tahu .. kemana pergi menghilangnya Kelab Putera 1M'sia (KP1M) dan 1M'sia Developement Berhad (1MDB) apabila Pahang, terengganu dan Johor kini sedang teruk di landa banjir besar sehingga mengelamkan bandar Kuantan dan Kemaman. .. MANA PERGINYA!!!!!! Kalau negara luar ditimpa musibah .. pergh!! bukan main kencang dan laju memberikan bantuan. Terbaru kes taufan haiyan di Filipina. .. sanggup kesana sampai kepala kena hempuk..Paling sakit hati ialah sanggup pula jadikan sebuah bandar pertanian di wilayah Leyte daerah angkat oleh Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dibangunkan semula. Buat usul susulan kepada Najib Razak untuk kelulusan lagi.Read More / Baca Lagi >> |
BANJIR: SHAHIDAN KASSIM DI MALUKAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT! Posted: 04 Dec 2013 06:13 PM PST Hari semalam semasa YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan mau mengusulkan di parlimen agar Kuantan di istiharkan darurat sampaikan Ahli Parlimen Kinabatangan berkelakuan seperti kebinatangan menggangu kacau usul tersebut, Shahidan Kassim lagi sekali bingkas bangun bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Fuziah Salleh dengan menyatakan, bahawa bantuan segera oleh pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan serta merta tapi telah dinafikan akan kebenaran itu oleh YB Fuziah Salleh. Nah!!! .. hari ini di buletin utama TV3 .. siaran telivisyen milik UMNO sendiri mengeluarkan kenyatan mohon maaf oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana bantuan memang lambat sampai kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Kepada Shahidan Kassim ...dengar baik-baik ya... kalau nak menipu dan membodek melangit ... tolong agak-agak sikit... Kalau dalam parlimen boleh selamba batu menipu .. diluar parliemn lagi kuat menipu tanpa ada sedikit pun rasa malu. KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS). Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Dec 2013 06:02 PM PST Oleh Shahbudin Husin Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias akhirnya membuat keputusan menolak tawaran yang dibuat oleh Najib untuk menduduki kerusi MT UMNO. Beliau memberi tiga alasan penolakannya iaitu komitmen sebagai pendakwah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah miliknya dan mahu menjaga nama baik UMNO daripada terus difitnah. Dalam sidang akhbar sebelum ini, beliau dilihat begitu teruja dan bersemangat memperkatakan tentang tawaran menduduki kerusi MT itu sehingga menyebut dengan kedudukannya sebagai ahli MT, beliau bukan saja dapat menasihatkan perkara-perkara berkaitan Islam kepada UMNO tetapi juga kepada Perdana Menteri dan isterinya.Lantaran itu, beliau agak kecewa dengan pelbagai kritikan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya tanpa memikirkan sumbangan bermakna yang boleh dilakukannya. Namun dengan penolakan secara rasmi, bermakna terlepaslah peluang Ustaz Kazim untuk memberi nasihat kepada UMNO, Najib dan juga Rosmah Mansor sebagaimana yang dihasratkannya sebelum ini. Keputusan beliau menolak tawaran menduduki kerusi MT ini bagaimanapun dilihat adalah pilihan terbaik bagi dirinya sebagai seorang pendakwah. Blog ini juga sebelum ini tidak bersetuju jika beliau menerima tawaran menduduki kerusi MT, bukan saja bimbang dirinya hanyut dalam budaya dan kerakusan UMNO sebagaimana beberapa pemimpin agama yang menyertai UMNO sebelum ini tetapi juga dibimbangi jika perananna nanti tidak lebih hanya sebagai pembaca doa saja dalam majlis-majlis rasmi UMNO. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Dec 2013 05:59 PM PST Malay economic empowerment as promised by Umno is, for most Malays, fool's gold! All these economic activities have been fully funded by banks and financial institutions under the control of the Umno-led Barisan Nasional government. These people are well entrenched in the economic and political hierarchies – positions critical to the financial well being of their corporations where the size of their debts to these financial institutions are of no consequence. The largest of these corporate empires belongs to Syed Mokhtar AlBukhary- 8th richest Malaysian according to Forbes – with a debt of RM34 billion to match. All this has been done at the cost of impoverishing the entire country. For now the Umno-led BN can hold it together but only just but not indefinitely. When the Umno-empowered economy fails, our country fails. Have no doubt about that! Tell me which foreign investor would wish to invest in Malaysia once they know Umno as we know Umno? Who would keep shelling out massive "rent seeking" outlay to politicians and their nominees just so they can trade "on a level playing field?" What savvy business operatives would continue to pursue business opportunities with strings attached and without incentives? I have sat in a corporate boardroom where the business of the day consists of earnest discussions between the board of directors of the company and the 'Umno representative/chairman' of the company. The matter discussed? When can a meeting be arranged by the chairman for the company CEO to meet with relevant ministers or the prime minister to discuss the projects they can 'negotiate' in the coming months. Or which tender have been earmarked by Umno for the said company? At RM20,000 a month plus expenses, the chairman has to earn his keep. He has been drawing his chairman's fee for eight months without any return in sight – surely a worry for any corporation no matter its size. Corruption and incompetence Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 04 Dec 2013 05:55 PM PST Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing. Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik. Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan. "Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider. Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu. Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang. Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan). Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ). Read More / Baca Lagi >> |
Banjir di Kemaman: Terburuk berbanding tahun lalu, kata penduduk Posted: 04 Dec 2013 05:47 PM PST Banjir yang kini melanda daerah Kemaman disifatkan lebih buruk berbanding tahun lalu dan melumpuhkan hampir sebahagian besar bandarnya yang terletak di Chukai. Kemaman merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat banjir di Terengganu berbanding Hulu Terengganu dan Dungun. Walaupun mangsa yang dipindahkan hampir mencecah 3,000 orang setakat 7 petang semalam di Kemaman, namun jumlah itu dijangka meningkat menjelang tengah malam berikutan air laut pasang. Penduduk Bandar Baru Bukit Mentok, Norita Abdul, 38, berkata banjir tahun ini lebih ganas berbanding sebelumnya hingga sebahagian kawasan didiaminya tenggelam. "Keluarga saya hanya sempat mengalihkan sebahagian barangan rumah ke tempat tinggi berikutan air yang naik ke dalam rumah dengan mendadak kali ini. Read More / Baca Lagi >> |
Banjir di Pahang makin buruk, dua beranak dikhuatiri lemas Posted: 04 Dec 2013 05:46 PM PST Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam tadi. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber. Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam. "Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Pewartaaan Lembah Bujang gagal, kerajaan negeri BN tidak beri jawapan Posted: 04 Dec 2013 05:46 PM PST Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, berkata ada usaha untuk mewartakan candi bersejarah di Lembah Bujang, tetapi ia terhalang akibat tiada tindak balas daripada kerajaan negeri Kedah sehingga kini. Katanya, meluluskan pewartaan artifak atau tempat bersejarah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. James berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ahli Parlimen yang mempersoalkan mengapa kerajaan tidak berusaha untuk mewartakan candi Lembah Bujang sebelum ini. Menyedari betapa pentingnya pewartaan tempat bersejarah yang berusia 1,200 tahun itu, James berkata, Jabatan Warisan Negara kini sedang membuat rundingan dengan pihak berkuasa tempatan negeri itu bagi menyegerakan pewartaan candi Lembah Bujang. Read More / Baca Lagi >> |
PAU2013: Pemuda mahu guru dipantau agar terus menjadi hamba Umno Posted: 04 Dec 2013 05:44 PM PST Ketua Pemuda Umno Melaka Zali Mat Yasin berkata sebagai golongan berpengaruh, tindakan guru terbabit mampu menggugat kestabilan negara jika dibiar berterusan. Guru juga tidak harus menjadikan pelajar mangsa kebencian mereka terhadap kerajaan, sebaliknya luahkan secara terbuka mengenai masalah yang dihadapi, katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno, di perhimpunan agung sayap itu, di sini. "...guru ini golongan yang suka melakukan 'silent protes'. Jangan begitu bincang sebaiknya demi kebaikan anak-anak kita," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
MP Sepang/Puchong 'Check Mate' Tim Menteri - Penggulungan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 Posted: 04 Dec 2013 07:30 AM PST |
MP PAS Pasir Puteh Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013 Posted: 04 Dec 2013 07:28 AM PST |
Benarkah Ada Larangan Azan Di Penang? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Dec 2013 06:29 AM PST |
Susulan Kemalangan UAI..Kenapa Golf Ustaz Tak Teruk? Posted: 04 Dec 2013 06:27 AM PST |
Hukum Makan PENGUIN - Ustaz Azhar Idrus Posted: 04 Dec 2013 06:26 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan