Tukar Tiub |
- MENCARI AISHAH
- SATU LAGI BERITA BAIK
- SUARA ANAK MUDA
- SHAHRIAH COMPLIANT
- SATU JEMPUTAN BERSANTAI
- UNTUK PENYOKONG GEROMBOLAN
- SOALAN YANG BELUM DI JAWAB
- RAKYAT KENA KENCING
- PADAN MUKA
- YANG BODOH AKAN SETIA
- PERNIAGAAN KEDUA TERTUA
Posted: 03 Dec 2013 07:00 PM PST ATAS PERMINTAAN RAMAI diulang siar temu bual ronasina bersama hishamuddin rais yang pergi ke london mencari aishah MALAM INI JAM 9:30 PETANG ESOK JAM 6:00 PETANG BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS stesen punk rock stesen counter culture stesen radio anak muda stesen radio cool hanya radio bangsar berani langgar laporan jelas www.radiobangsarutama.com ikuti twitter radio bangsar @R_Bangsar_Utama TAYANGAN FILEM MALAM ISNIN DEPAN 9 DISEMBER 2013 JAM 8:30 MALAM di UBU kelab bangsar utama bersama pusat komas MASUK DENGAN SUMBANGAN ------------- |
Posted: 03 Dec 2013 05:42 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB jadikan GST jadikan harga leterik naik jadikan harga petrol naik jadikan harga gula naik sebagai pelampong untuk hasut rakyat bencikan united malays national organisation KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah...INI BERITA AMAT BAIK.... kah kah kah.,.. kah kah kah...LAGI PELAMPONG BERGOLEK GOLEK DATANG .. kah kah kah... kah kah kah...RAKYAT NAK TENGGELAM....kah kah kah.. kah kah kah..PELAMPOING?... NAK BUAT APA?... kah kah kah.. kah kah kah..UNTUK HASUT BENCI GEROMBOLAN.... kah kah kahj --------- |
Posted: 03 Dec 2013 05:00 PM PST Kenaikan Kadar Tarif Elektrik : Kerajaan Digesa Rasional Sebelum Merasionalisasikan Subsidi Angkatan Muda Keadilan (AMK) memandang serius kenaikan 14.9% tarif elektrik yang baru diumumkan oleh kerajaan. Ini tentunya satu lagi tamparan besar kepada rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). Ternyata slogan 'Rakyat Didahulukan' yang gah dicanangkan oleh Barisan Nasional adalah pisau bermata dua. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman sesawang mereka, secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj). Di samping itu kerajaan akan meneruskan program rebat untuk pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau ke bawah masih dikekalkan. AMK ingin mempersoalkan "Apakah pengurangan subsidi dalam banyak sektor tidak cukup untuk menampung sikap belanja tidak berhemah kerajaan?" Jika ya, maka pihak kerajaan perlu mengambil tanggungjawab penuh. Jangan disalahkan rakyat jika mereka mengelak cukai walhal pengkhianat sebenar terus boros berbelanja. Ini dapat dilihat daripada bil elektrik Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana yang mencecah RM2.2 juta setahun atau sekitar RM8,000 sehari, meningkat daripada sekitar RM6,000 sehari pada tahun lalu. Ini bermaksud, rakyat perlu mengubah cara hidup kecuali Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional. Menanggung kerajaan yang boros dan tidak sedar diri bukan lagi satu sikap patriotik, sebaliknya ia adalah sejenis perhambaan. AMK maklum bahawa kerajaan pernah mewar-warkan bahawa kajian terperinci akan dibuat berkaitan tarif elektrik ini. Maka, dengan pengumuman kenaikan tersebut, AMK menggesa pihak kerajaan mendedahkan dapatan kajian tersebut kepada umum untuk diteliti. Meskipun ada pengecualian tertentu diberikan untuk penggunaan elektrik pada kadar rendah rendah, AMK percaya kesan kos tidak harus hanya bertumpu kepada penggunaan oleh individu tetapi juga kepada perusahaan di mana kos ini nanti akan dipindahkan pula kepada orang ramai. AMK peka dengan kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir Azman Mohd bahawa peningkatan ini adalah berpunca daripada rasionalisasi harga gas, iaitu bahan bakar untuk menghasilkan elektrik oleh Petronas. Namun, timbul tanda tanya bagaimana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan boleh mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 22 November 2013, iaitu sekitar dua minggu lalu, bahawa kadar tarif elektrik kekal berikutan kestabilan harga minyak dunia. Lebih aneh lagi, dalam kenyataan beliau, Kementerian Kewangan tidak dipanggil untuk mendengar taklimat berkaitan kenaikan tarif elektrik. Ini adalah sesuatu yang serius, menggambarkan kadar tarif baru ini seolah-olah hanya baru difikirkan dalam tempoh dua minggu sahaja. Selain itu, AMK menggesa agar Petronas dipertanggungjawabkan kepada Parlimen dan tidak lagi hanya kepada Perdana Menteri. Peningkatan kecil hasil Petronas, iaitu pada kadar hanya 1% antara tahun 2011 dan 2012, di samping kemerosotan keuntungan pada kadar 17.3%, iaitu daripada RM59.7 billion kepada RM49.4 billion sebagaimana telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Petronas 2012 menuntut pemerhatian lebih teliti terhadap syarikat minyak negara itu. AMK juga melihat keghairahan kerajaan BN untuk menaikkan kadar tarif elektrik ini adalah sangat tidak bertepatan dengan kondisi dan bebanan kos sara hidup rakyat pada masa kini. Masih terkesan dengan kenaikan harga petrol, pemansuhan subsidi gula, rakyat secara berterusan ditekan secara sistematik melalui kenaikan kadar tarif elektrik ini. Kesan rantaian yang terhasil daripada siri-siri kenaikan harga ini, atau yang dilunakkan oleh kerajaan dengan istilah 'rasionalisasi subsidi', hanya menyebabkan rakyat mengalami tekanan yang berterusan. Sudah pasti dengan kenaikan kadar ini akan turut mengesani kos operasi penyedia perkhidmatan dan jualan yang kelak akan terpaksa menaikkan harga susulan daripada kenaikan kos operasi yang tidak boleh dielak. Walhasil, rakyat-lah yang terus berhadapan dengan krisis kos sara hidup. Dalam keadaan kerajaan akan turut memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, maka sudah pasti akan berlaku lagi kenaikan kadar elektrik yang pasti tidak boleh dielakkan sama sekali. Dalam konteks ini, sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada kadar RM600 atapun pada kadar maksimum RM1200 sekalipun, ia langsung tidak member apa-apa kesan signifikan dalam keadaan bantuan one-off itu langsung tidak berupaya mengawal kesan rantaian yang berlaku sepanjang tahun. Sudah sampai masanya kerajaan berhenti mempropagandakan istilah 'rasionalisasi subsidi' untuk menjustifikasikan kenaikan harga tidak terkawal ini, sebaliknya kerajaan sendiri digesa bersikap rasional dengan bebanan rakyat terbawah yang terus menerus ditekan. AMK ingin mencadangkan agar pihak kerajaan meliberalisasikan penggunaan sistem solar oleh individu di mana ia boleh bukan sahaja membantu mengurangkan kos bagi orang ramai atau perusahaan tetapi juga dapat menggalakkan penggunaan tenaga yang mesra alam sekitar. Kekangan untuk orang ramai menggunakan tenaga solar ini perlu dihapuskan terlebih dahulu untuk membolehkan semua pihak mempunyai alternatif yang dapat meringankan beban mereka. Sayangnya, ia tidak berlaku dan ini sekali lagi menunjukkan kerajaan tidak cermat dalam menjalankan penyelidikan dan sekaligus tidak mengutamakan rakyat. Shamsul Iskandar Mohd Akin Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia ------------ |
Posted: 03 Dec 2013 05:30 AM PST NOTA satu lagi bangunan runtuh di terengganu terengganu kini di kenali sebagai darul runtuh dalam mazhab sunni wal rasuah maka di bawah ini adalah cadangan keselamatan untuk pada kapir liberal dan sekular anak muda punk rock kapir harbi yang ingin akan melawat darul runtuh amaran ini adalah shariah compliant SHARIAH COMPLIANT .AMARAN UNTUK KESELAMATAN DIRI kepada seiapa sahaja dari pantai barat yang ingin melawat terengganu KEPADA PARA PELANCUNG KAPIR yang ingin melihat shahriah compliant sila waspada ADALAH DI MAKLUMKAN agar dilakukan pekara pekara untuk menjaga keselamtan anak bini kekasih suami isteri DALAM BILIK HOTEL jangan tanggal topi keledar DI BILIK TIDOO jangan tanggalkan topi keledar SEMUA MURID SEKOLAH wajib datang ke sekolah dengan memakai topi keledar IKUT NASEHAT PAK MENTERI sentiasa pakai topi keledar di terengganu SENTIASA pakai topi keledar walau pun sedang melayari internet PILIH TOPI KELEDAR SILA JANGAN PILIH yang ini kerana ada rupa rambut ini akan menaikkan nafsu jantan PILIH INI amat shafie afdal tapi jangan pakai di wilayah bukit bintang WALAU PUN KETIKA MENIPU sila pakai topi keledar ----------- |
Posted: 03 Dec 2013 04:30 AM PST |
Posted: 03 Dec 2013 12:00 AM PST
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... PADAN MUKA.... kah kah kah.. kah kah kah..DAPAT BRIM... DAPAT BROOM... kah kah kah.. kah kah kah..SEKARANG DAPAT TAIK.... kah kah kah ----------- |
Posted: 02 Dec 2013 09:00 PM PST SEMUA BERMULA BILA JALA TERSANGKUT KESAH ITU BERSAMBUNG LAGI Telah berkali-kali bulan ditelan gunung. Telah berkali kali matahari hilang dan timbul. Hujan dan ribut pergi dan datang. Sawah telah bertukar musim bermusim. Lembu dara bunting mengawan. Daging salai mengeras di para. Umbut telah menjadi batang. Rebong telah membuluh panjang. Hamba masih lagi terperanjat apabila teringatkkan apa yang hamba lihat dalam gua bersama Long Libon. Lalu hamba terfikir apa-apakah benar yang hamba lihat itu. Apakah benar segala pistol mata-mata yang hilang itu kini tersimpan dalam gua. Apakah benar kata Pak Menteri bahawa pistol jatuh dalam jamban. Apakah benar semua walkie talkie milik pak mata mata ini tercicir. Atau Pak Menteri sengaja berlabon untuk menghembuskan asap kecubung pada mata Orang Kampong. Hamba terus tertanya-tanya. Bagaimana dengan Klashinkov Geng Mamak? Apakah benar senjata itu jenis yang dikatakan oleh Pak Menteri. Dari mana datangnya senjata ini. Alangkah jauhnya senjata ini telah berlayar. Dari Moscow ke Kuala Nerang - dari Leningrad ke Kuala Ibai. Berbulan bulan senjata ini berjalan sebelum ianya sampai ke tangan Geng Mamak. Geng Mamak ini siapa kepalanya? Geng Mamak? Kah kah kah. Biar hamba katakan disini. Demi Zeus , demi buah langsat, demi jeruk petai , hamba bersumpah dihadapan Kala Dewata. Demi segala bijian yang tumbuh dalam dunia ini. Sebenarnya secara jujur hamba katakan bahawa hamba masih lagi merasa sangsi walau pun mata hamba telah melihat dan tangan hamba telah menjamah. Hamba tidak yakin apa yang telah dirakamkan oleh mata hamba. Maka dengan itu hamba pun bertafakur sabentar mencari ilham mencari akal. Lalu hamba bergulung guling dalam bara yang panas. Lalu hamba berlapar dahaga tujuh hari tujuh malam. Akhirnya hamba bertapa dibawah pokok pisang yang ditanam ditanah kuala dua sungai. Semuanya hamba lakukan dengan niat hamba ingin mencari apa yang salah dan mencari apa yang benar. Apakah ucapan Pak Menteri itu kerana mabuk kecubung atau mabuk air akar pinang? Ketika hamba berlapar dahaga - ketika hamba berkhalwat dibawah pokok pisang - antara sedar dengan tidak – hamba telah mendapat ilham agar hamba pergi sekali lagi ke gua yang sama. Apakah ini betul betul ilham? Atau apakah ini hanya khayalan kerana perut hamba yang kosong telah menjemput air naik ke kepala. Empat puluh hari empat puluh malam hamba bertapa. Hingga kecut tulang belulang. Hingga kempis rusuk dan peha. Di hari ke empat puluh lima datanglah seru yang meminta hamba pergi kembali ke gua batu dimana pistol mata mata masih tersimpan. Dimana walkie talkie mata-mata sedang disorokan Dipendekan cerita hamba pun menapak kembali menuju ke arah Kampong Lidah Bercabang. Satelah berjalan tiga hari tiga malam pada tengah hari keempat tetiba dunia menjadi gelap. Awan biru bergerak menjadi hitam. Sinar matahari hilang entah kemana. Kilat gajah mula menyambar. Guruh mula berdentum. Ketika ini antara sedar dengan tidak seru pun datang lagi meminta hamba agar tidak menapak ke Kampong Lidah Bercabang. Hamba diminta berjalan terus melitasi kampong Long Libon menuju ke arah matahari terbenam. Maka itulah yang hamba lakukan. Hujan pun turunlah. Petir sabung menyabung. Siang telah menjadi malam. Maka berfikirlah hamba bahawa hujan baginilah yang membawa Bahtera Si Tenggang tersangkut di Sungai Gombak. Hujan sabagini jugalah yang menjadi perlindung kapal pedagang Aceh berjaya datang membawa daun gaja masuk ke muara Sungai Melaka. Hujan baginilah yang dijadikan perlindungan oleh para Cukong dan Taikong yang datang dengan perahu runcing penuh membawa Mat Bangla dari Songkhla. Dalam hujan yang mencurah macam air terjun ini, hamba telah mula hilang pedoman. Entah betul entah tidak arah jalan yang hamba ambil. Tetiba macam ada satu tarikan besi berani yang maha kuat sampai. Hamba tidak ada tenaga untuk melawan. Antara sedar dengan tidak hamba pun mengikut sahaja tarikan besi berani ini. Sesedar hamba hari telah petang. Alam telah kering. Matahari telah condong. Burung berkicauan. Hujan dan petir telah hilang entah kemana. Dan hamba tercegat berdiri betul betul dihadapan gunung batu. Gunung batu ini seakan-akan gunung yang sama yang telah hamba masuki dengan Long Libon. Tetapi apabila hamba perhatikan dengan rapi sedarlah hamba bahawa gunung ini bukan gunung yang sama. Disini hamba mati kutu. Tidak tahu apa yang wajib hamba lakukan. Hamba tidak ada mentera dan jampi. Hamba tidak ada kemenyan membusut jantan. Hamba tidak ada jin dan polong yang dapat membantu. Lalu hamba duduk bersandar ditepi sebuah batu besar. Ketika dan saat ini hamba merasa amat letih. Hamba rasa amat lapar. Lalu hamba tertidur. Kemudian hamba terbangun. Hamba tak sedar berapa lama hamba tertidur. Sebenarnya hamba terjaga kerana hidung hamba tercium bau itik panggang. Hidung hamba terbau aroma serai terbakar. Mata hamba terperajat apabila terlihat sebuah dulang penuh lauk pauk ulam dan pucuk. Lalu hamba ketuk kepala hamba perlahan lahan ke tepi batu untuk menyedarkan hamba dari mimpi. Tetapi hamba tidak bermimpi. Hidangan yang hamba lihat itu adalah benar belaka – tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Tanpa membuang masa hamba pun bersantap. Ada itik pangagng. Ada ikan bakar. Ada puyuh berendang. Ada baung kering. Ulam dan pucuk berlonggok longgok. Adalah bohong kalau hamba katakan makanan ini tidak enak. Adalah fitnah jika hamba katakan hamba tidak gumbira. Oh dunia! Indahnya hidup ini. Pucuk dicita ulam yang datang. Ketika berhadapan makanan ini hamba terfikir alangkah enaknya jika Pelesit Sundal Malam ada bersama. Alangkan indahnya hidup ini jika sesudah makan Pelesit Sundal Malam akan menyajikan Kopi 343 dari Muar. Alangkah indahnya hidup ini jika sesudah makan hamba dapat menghisap sebatang curut dari Havana. Alangkan alangkah. Sesudah selesai makan hamba menoleh ke belakang. Mata hamba terperanjat besar. Mata hamba tebeliak saperti mata Iskandar Kutty terbeliak melihat perlabuhan Pulau Pinang satelah bertongkang tiga minggu dari Kerala. Secawan kopi hitam sedang berasap. Ditepinya terlihat sebatang curut dari Havana. Aduh! Siapakah agaknya yang dapat membaca apa yang ada dalam kepala hamba. Adakah ini kerja Ajen CIA yang sedang bertugas di Pejabat Peguam Negara? Adakah ini sistem teknoloji membaca otak yang hamba pernah dengar sedang dikaji selidik oleh Jabatan Pertahanan Amerika. Atau adakah ini alat risikan yang dibocorkan oleh Edward Snowden bekas ajen CIA yang sedang digunakan oleh kerajaan Singapura untuk mengintip Najib. Hamba hanya bertanya. Hamba tidak ada jawapan. Rasa takut ada. Rasa gumbira ada. Gumbira kerana apa sahaja yang hamba fikir semuanya ada dihadapan mata. Hamba takut apakah nanti apa sahaja yang hamba fikirkan ianya akan muncul dihadapan mata. Hamba takut kerana hamba selalu berfikir yang bukan bukan. Takut yang bukan-bukan ini akan dimakbulkan. Tetapi berahi hamba kepada Pelesit Sundal Malam tidak pula dimakbulkan. Kalau kopi 343 sampai – kalau curut Havana sampai – maka hamba bertanya kenapa Pelesit Sundal Malam tidak muncul muncul. Sedang hamba berangan berahi dengan Pelesit Sundal Malam tetiba batu gua pecah terbuka. Muncul seorang… seorang gadis cun dan bergetah? Tidak yang muncul seorang Nenek Kebayan. Aduh! Pelesit Sundal Malam yang diberahikan mengapa Nenek Kebayan yang muncul. Kenapakan nasib nasib hamba jadi bagini. Siapakah yang sedang membuat inyaya. Hamba perhatikan si Nenek Kebayan – rambut ikal mayang mengurai tetapi sayang tidak disisir. Badan langsing berpinggang ramping. Sayang pakaian cumpang camping. Cuma muka tidak jelas ditutup rambut. Dalam hati hamba Nenek Kebayan pun lebih baik dari Rosmah Mansor yang gemok dan pendek. Mungkin Nenek Kebayan ini hanya dugaan untuk hamba. Si Nenek ini mengamit masuk ke dalam gua. Hamba yang baru sahaja nak menyedut curut dan menghirup kopi terpaksa bangun masuk ke dalam gua. Nenek Kebayan berjalan di hadapan hamba hanya mengekor dibelakang. Kami tidak bersuara. Tidak juga bertegur sapa. Jauh juga kami menapak hingga sampai ke satu bahagian yang agak luas terbuka dan terang. Terang kerana batu tembok gua ini dari batu mamar yang puteh. Diruang gua ini terhampar sahelai permaidani dan diatas permaidaini ini sebuah meja Ikea. Hamba bergerak menghampiri meja. Sekali lagi hamba terperanjat. Mata hamba tebeliak seperti mata Iskandar Kutty terbeliak melihat perlabuhan Pulai Pinang satelah tiga minggu bertongkang dari Kerala. Diatas meja ialah kotak kotak yang penuh dengan kad pengenalan. Hamba tidak percaya apa yang hamba lihat. Apakah didalam gua ini pusat tempat pengeluaran kad pengenalan palsu. Pak Menteri pernah berkata bahawa ada 500,175 kad pengenalan palsu telah diedarkan. Lalu hamba bertanya apakah disini kilang nya? Siapakah yang menjalankan operasi membuat kad pengenalan ini? Tangan hamba mengambil satu kad pengenalan ini. Hamba baca namanya. Jangan marah. Jangan ketawa. Namanya ialah Proton Saga Anak Lelaki Superman. Hamba ambil satu lagi. Namanya ialah Siti Bukit binti Lebai Gunung. Satu lagi- namanya Sembilang binti Puyu. Hamba lihat lagi … lagi dan lagi. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini sila pukul talipon |
Posted: 02 Dec 2013 08:40 PM PST RAKYAT KENA TIPU malaysia ini pelik, yang tak popular dapat jadi menteri, yang popular tak dapat pulak, anwar ibrahim mahu turun harga minyak, turun harga letrik, turun tol, turun harga gula, orang malaysia tak mahu, dapat brim dan broom terus sokong, jadi pelik juga kan ? mereka lagi selesa dapat brim dan broom, dapat beras, dapat minyak masak, dapat duit terus jual hak mengundi dengan bijak, selagi mentaliti sebegini ada selagi itulah mereka akan berkuasa, nak kata bodoh, nanti marah pulak, tetapi golongan ini boleh dikategorikan amat bodoh dan binggung kah kah kah... teruskan jib agar rakyat akan melihat anda sebagai wacana pm yang unggul, dahlah tak popular, makin menjadi jadi karenah sebab jib dapat semua free, golongan freeloader ini tak peduli susah orang, asyik menipu siang hari kah kah kah, apapun rakyat terpaksa akur kepada KUASA golongan ini, kaum pemodal terus mengguna politik ini untuk terus mengaut harta, syabas kepada kerajaan bn yang sentiasa prihatin kebajikan rakyat malaysia, tahniah on SUDAH DIBERI TAHU Publish | Delete | Spam Anonymous on 12/3/13 ----------- |
Posted: 02 Dec 2013 08:17 PM PST KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH padan muka undi rosmah lagi KUALA LUMPUR 2 Dis. - Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.5 ----------- |
Posted: 02 Dec 2013 07:34 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB dizaman madey yang dipilih mereka yang banyak masalah megat dengan kes bunuh rahim dengan kes rogol budak sekolah ini untuk mendapat kesetiaan zaman najib yang dipilih mereka yang bodoh hasan malek bodoh wutaya bodoh shahrizat bodoh yang bodoh akan setia SIAPA AJEN CIA DALAM PEJABAT PEGUAM NEGARA? mengapa tak jawab? Diam bukan pilihan bagi Peguam NegaraPeguam Negara Abdul Gani Patail (gambar) bertemu wartawan semalam untuk bercakap tentang dua isu – kes rogol membabitkan pasangan suami-isteri remaja dan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tidak membuat rayuan dalam kes penipuan Ling Liong Sik. Tetapi Peguam Negara itu langsung tidak bercakap mengenai isu paling besar – dakwaan rasuah terbesar terhadapnya oleh bekas pegawai penyiasat polis, Mat Zain Ibrahim. KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MALAON INI TERDESAK... kah kah kah.. kah kah kah... DALAM DUNIA INI....kah kah kah.. kah kah..PEGUAM NEGARA DIPILIH DARI YANG PALING BIJAK...kah kah. kah kah kah..DI MALAYSIA... MALAON TERBODOH DILANTIK...kah kah kah.. kah kah kah..TERCOROT DALAM KELAS DI UM...kah kah kah.. kah kah kah..KENAPA JADI MACAM INI?....kah kah kah.. kah kah kah..HANYA YANG BODOH SEDIA JADI BARUA... kah kah kah NOTA kes rogol sengaja dibuka untuk alih pandangan kalau bijak dari awal dulu laporan polis dah ada tentang kes rogol ini ngapa sekarang? kah kah kah ----------- |
Posted: 02 Dec 2013 07:12 PM PST KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH jual agama adalah perniagaan yang tertua di dunia kah kah kah kah kah kah
|
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan