Tukar Tiub |
- KERAJAAN NAJIB ROSMAH
- SEMUA DI JEMPUT TURUN
- SAEKOR LAGI EEE BUAT ONAR
- HATI MELAYU TERGURIS
- HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU
- YA AMPOOON YA MAULANA
- ORANG RAMAI TUNGGU MUHYIDDIN
- KUALA LUMPUR - LONDON
- GEROMBOLAN JUAL HARTA NEGARA UNTUK BAYAR BIL
- SEBELUM KE DATARAN MERDEKA
- KANTOI MANTOI
Posted: 26 Dec 2013 07:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB adalah diingatkan wajib terus diingatkan bahawa kerajaan najib rosmah ini adalah keajaan haram kerajaan najib rosmah hanya mendapat 47% undi pakatan rakyat mendapat 52% undi undi 47% untuk parti ketuanan melayu didapati dengan cara menipu ini bukan tohmah ini bukan fitnah di sabah telah dibuktikan kad pengenalan segera di berikan pendatang asing untuk mengundi parti ketuanan melayu BANGLA MENGUNDI KERAJAAN GOYAH kerajaan najib rosmah ini adalah kerajaan goyah bukan kerajaan yang mendapat sokongan rakyat kerajaan najib rosmah hanya di dukong oleh polis KUCING PUN NAK MUNTAH Selepas mungkir janji, BN takut "digulingkan"Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi. Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui "Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan" memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup. Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan. Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru. Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu. Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji. – 27 Disember, 2013. ANK MUDA BANGUN MELAWAN ---------- |
Posted: 26 Dec 2013 06:30 PM PST ANAK MUDA BANGUN MELAWAN Himpunan 31 Disember: Pemimpin PR bebas sertai Mengulas lanjut soal himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini, beliau akui tidak keberatan untuk turut serta. "Itu bergantung pada setiap rakyat Malaysia. Seperti dulu juga, kalau ada himpunan Bersih dan himpunan lain, mana-mana pemimpin PR bebas untuk turut serta selagi ia selari dengan perjuangan PR. "Untuk kali ini, jika himpunan ataupun kehadiran itu adalah untuk membantah kenaikan harga barang, ia selari dengan tuntutan serta pandangan PR. Saya sendiri insya-ALLAH kalau ada kelapangan saya tak keberatan untuk turun," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..DAH BACA BERITA INI... kah kah kah.. kah kah kah..I REST MY CASE MY LORD... kah kah kah ------------- |
Posted: 26 Dec 2013 06:00 PM PST SAEKOR LAGI EEE KAKI KELENTONG eee ini cakap pakai balon balon mak cik felda pak cik felda senanglaha kena kelentong eee ini bercakap pakai balon dengan harapan orang akan melopong mendengar bani melayu yang malas membaca bani melayu yang malas mengkaji bani melayu yang suka mendengar mulut melopong masuk lalat keluar langau SOALAN UNTUK KURUN INI kenapa kaki putar alam ini banyak eee di malaysia ini eee dari zaman kesultanan melaka telah membuat onar satu teori mengataklan bahawa asal usul eee ini dari gulungan pariah datuk nenek moyang mereka masuk islam untuk lari dari kepariahan tapi dna kelentong itu masih mengikut NOTA ustaz zakir naik belum jumpa ustaz zakar naik pakar jual agama di malaysia lebih eee dari segala eee kah kah kah -------- |
Posted: 26 Dec 2013 04:54 PM PST NOTA melihat gambar gambar ini hati melayu terguris pemimpin melayu islam kena kaki anee tua kena tapak kasut china sedih sedih sedih kah kah kah KENAPA TAK BISING KETUANAN MELAYU DI HINA KAH KAH KAH NGO Islam dakwa Pakiam biadap kerana hina NajibKAH KAH KAH KAH KAH KAH ANAK MUDA CHINA RELAX KAKI ATAS KEPALA PEMIMPIM MELAYU ISLAM KENAPA TAK BERSUARA TAKUT KE kah kah kah ------------- |
HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU Posted: 26 Dec 2013 04:30 PM PST HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU KOMENTAR TUKAR TIUB inilah tanda hari hari akhir ketuanan melayu sejarah yang ditulis 100 tahun dari hari ini akan merakamkan babak ini sebagai tanda tanda bahawa united malays national organistion telah di tolak rakyat dalam pru13 yang lalu hanya dengan cara menipu gerombolan ketuanan melayu mendapat 47% walhal undi popular 52% dimenangi oleh pakatan rakyat dengan menipu gerombolan mendapat 47% kalau tidak menipu munkee munkee ketuanan melayu sudah lari kerluar negara atau masuk penjara Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS. Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam. Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu. Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu. Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahuMalaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu. Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu. "Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP. "Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam," katanya lagi. Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk. "Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri," katanya. ----------- |
Posted: 26 Dec 2013 06:30 AM PST NOTA kes rasuah ali rustam dah selesai ke saje nak tanya jangan marah MELAKA 25 Dis. - Orang Melayu perlu mempertahankan Kesultanan Melayu supaya terus kekal utuh di negara ini kerana tanpa institusi itu, hak orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan berkubur. Malah, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Mohd. Ali Rustam berkata, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan juga akan lenyap. ''Pada masa ini, sudah ada gerakan untuk mencabar institusi itu dan kita orang Melayu perlu berganding bahu mempertahankannya. YA AMPOOON YA MAULANA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH ya ampoon.... PATEK SETUJU TUANKU.... kah kah kah.. kah kah kah... TAPI BAGINDA PEMAISURI ...kah kah kah.. kah kah kah.....CARILAH KERUSI YANG LEBIH BESAR...kah kah kah.. kah kah kah...JAMBAN BAGINDA PEMAISURI TERSANGKUT...kah kah kajh YA AMPOOON PEMEGANG MOHOR BOTOL BOTOL BESAR telah mengistiharkan sultanah melaka agar mencari kerusi yang lebih besar yang sesuai untuk jamban baginda pemaisuri kah kah kah |
Posted: 26 Dec 2013 05:00 AM PST |
Posted: 25 Dec 2013 10:30 PM PST MENCARI AISHAH KUALA LUMPUR- LONDON Jam 10.30 aku wajib sampai ke KLIA. Cik Gu Kamar dan Dean Nelson pergi ke lapangan terbang lebih awal dengan teksi. Aku naik keretapi dari KL Sentral. Sesampai di KLIA – kelihatan satu kumpulan wartawan telah sedia menunggu. Yang aku kenali hanya tim dari The Malaysian Insider yang telah mengambil berita dari blog Tukar Tiub untuk memecah berita. Pesawat akan terbang sebelum tengah malam. Tetapi telah diumumkan terlewat 20 minit. Aku merasa lega. Wartawan melakukan apa yang wajib mereka lakukan. Ini tugas mereka. Mereka bekerja mencari berita. Aku memahami ini. Kami tidak ingin berkata apa-apa kerana kami risau jika pekara ini menjadi buruan media maka peluang untuk ditemukan Kakak dengan Adik akan gagal. Dalam kepala aku inilah harapan yang aku bawa ke London dengan menaiki A380 – pesawat yang terbesar untuk penerbangan awam – milik MAS. Dalam pesawat aku duduk disebelah Dean. Cik Gu Kamar terpisah – duduk dibarisan yang lain. Pesawat penuh dengan Mat Saleh yang ingin pulang ke London. Aku tak ambil pot dengan Mat Saleh ini – untuk aku mereka semuanya adalah FILTH – Failed in London Try Hong Kong - ini nama manja untuk para Mat Saleh ini yang popular digunakan oleh kawan-kawan aku. Perjalanan 13 jam ini merapatkan aku dengan Dean. Dia berkesah tentang isterinya di New Delhi yang kini menjadi pakar 'pembakar roti' dan penulis buku masakan. Dia juga bercerita tentang latar belakang 'working classnya' yang menarik dirinya untuk menjadi penganut Marxist. Sesekali dalam kapal Dean memanggil aku 'comrade'. Beberapa kali panggilan taliponnya telah juga menggunakan 'comrade'. Aku selesa dengan perkataan ini. Ini adalah tanda silatulrahim setiakawan antara gulungan terindas tanpa mengira bangsa dan agama. Istilah ini menjadikan kami internationalis yang telah melintasi bangsa dan agama. Yang menjadi ironinya ialah kami berdua sedang membantu Cik Gu Kamar untuk mencari Adiknya – seorang 'comrade' yang telah 'lama tercicir' dalam dunia yang telah jauh berubah. Siti Aishah yang masih terperangkap dalam dunia Maoistnya. Untuk membunuh masa aku cuba menonton filem terbaru Woody Allen. Berkali-kali aku tertidor dan terjaga apabila aku cuba menonton filem ini. Sebenaranya aku telah merasa bosan dengan filem-filem terkini – amat jarang yang dapat memenuhi cita rasa aku. Kalau dulu Woody Allen ini satu kepastian kini aku lihat – semuanya saperti lawak bangang ulang tayang. Ahkirnya hampir jam 6:00 pagi kami mendarat di Heathrow. Heathrow sekali lagi. Dilapangan terbang ini aku telah dua kali ditinggalkan kekasih. Heathrow yang membawa lara. Seorang kekasih dari Sepanyol dan seorang dari Sweden – justeru tempat mendarat lagi dikenang inikan pula tempat 'bercewek'. Aku difahamkan diluar amat sejuk. Aku juga difahamkan ramai wartawan sedang memunggu. Aku dan Cik Gu Kamar melintasi pegawai immigrasi tanpa banyak songel. Kami terus ke luar. Di luar saperti yang telah dirancang – aku bercakap beberapa patah untuk mengucap terima kaseh kepada para wartawan yang menunggu berjam-jam. Kami menyatakan kami ingin beredar untuk terus berehat. Aku ternampak muka kawan lama dan juga muka wartawan Malaysia yang pernah aku kenali 20 tahun dahulu. Dengan cepat kami masuk ke dalam kereta dan terus meluncur masuk ke pusat kota. Sejuk. Sejuk dan sejuk. Lalu aku bertanya kepada diri aku bagaimana satu ketika dahulu aku sanggup tinggal dalam bumi yang cuacanya bagini hodoh. Aku menjawab dengan senyuman - ketika itu kemudaan aku telah melintasi segala-galanya. Jalan-jalan kota London yang pernah aku lalui – aku lintasi sekali lagi. Semua ingatan datang kembali. Kota London sedang bersedia untuk merayakan Hari Lahir Nabi Isa. Di sana sini kelihatan lampu dan iklan tanda sambutan kesampaian Hari Natal. Pamandu kereta seorang lelaki dari Kabul memastikan kereta kami tidak diekori oleh wartawan. Kami sampai ke hotel tidak berapa jauh dari Stesen Victoria. Hotel kami disebelah padang yang luas. Sebelah hotel kami ialah sebuah sekolah dan sebuah kolej. Ketika kami masuk ke perut kota jalan masih belum lagi sibuk. Satelah masuk ke bilik kami berkumpul kembali di ruang tamu. Kali ini seorang lagi wartawan dari Daily Telegraph datang bersama. Dean Nelson akan mengundur diri untuk pulang ke New Delhi. Kini tugasnya akan diambil alih Martin Evans. Sambil minum kopi sambil kami merancang. Kami bercadang untuk ke Chester – 2 jam perjalanan dari kota London. Dikota ini ialah pejabat Freedom Charity - NGO dimana Siti dikatakan sedang berehat. Untuk melunakkan keadaan Cik Gu Kamar telah menulis sepucuk surat yang akan diberikan kepada Pengarah NGO ini dengan harapan ianya akan disampikan kepada Siti Aisiah. Dalam perancangan - sesudah surat disampaikan - semunya bergantung kepada Aishah sama ada dia ingin bertemu dengan Kakaknya atau tidak. Aku cuba membantu Cik Gu Kamar untuk menulis surat untuk adiknya. Lembaran yang aku baca menyakinkan aku dengan serta merta bahawa Sang Kakak ini tidak memahami bahawa adiknya hanyalah ikatan bioloji tidak lebih dari itu. Mereka memiliki DNA yanhg sama tidak lebih dari tu. Fikrah dan pandangan dunia Adiknya bukan pandangan dunia 'perempuan Melayu feudal'. Untuk aku Siti Aishah telah menjadi internationalis - warga dunia - yang pada satu ketika dahulu pernah tinggal di Jelebu. Sama ada Aishah ini 'masih Melayu atau masih Islam' untuk aku ini semua tidak penting. Yang penting Si Kakak dapat bertemu dengan Si Adik. Surat selesai ditulis. Aku telah mengambil beg membawa turun bersedia untuk ke Chester. Sebelum teksi kami sampai Dean telah memberitahu ada berita 'buruk'. Pihak Polis London melarang kami pergi ke Chester. Khalas. Aku terduduk sebelum memecahkan berita ini pada Cik Gu Kamar. Ci Gu Kamar kecewa. Dia menangis sedih. Untuk meredakan keadaan akau cadangkan Cik Gu Kamar melawat Masjid Regent dan keluar membeli buku. Cadangan aku ditolak oleh Cik Gu Kamar. Kami bersidang kembali cuba membaiki keadaaan. Kami ingin memulangkan kembali 'tugas' ini kepada Chief Inspektor yang menolak rancangan kami. Kami berniat untuk memberikan surat Cuk Gu Kamar kepeda Pegawai Polis ini dan minta Si Pegawai ini sendiri menyerahkan surat ini kepada Aishah. Idea cukup molek. Martin berkali-kali cuba menghubungi si Pegawai. Gagal. Aku melihat kekecewaan semakin rapat. Tetiba Dean keluar dengan idea yang baik. Kita pergi berjumpa Pak Duta dan minta Pak Duta membantu. Meminta agar pihak polis akan datang untuk mengambil surat dari Sang Kakak. Kami bersetuju. Lalu kami membuat temu janji dengan Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di United Kingdom. Mereka bersedia menyambut kami. Selesai makan tengah hari kami mengambil teksi dan terus ke Pejabat Pesuruhjaya. Di pintu masuk kami disambut oleh para diplomat. Kerana hari ini Hari Rabu maka aku dengan sepintas pandang ternampak seorang diplomat yang memakai tali leher 'murid tua MCKK'. Kami bersalaman dan dengan serta merta kami menjadi mesra. Diplomat ini anak kelahiran Terangganu. Kemesraan kami ini menghairankan Martin. Dia hairan apakah yang menjadikan dua sosok yang belum pernah berkenalan tetapi menjadi bagitu mesra. Lalu aku kesahkan tentang ' jaringan Mafia MCKK' yang berselirat diseluruh dunia. Pada Hari Rabu walau pun berada di Padang Pasir Kalahari jaringan ini akan muncul mengenalkan diri. Ini tradisi Malay College sejak zaman berzaman. Martin Evans senyum terperanjat. Sayangnya aku sendiri pada hari Rabu itu tidak memakai tali leher. Di ruang tamu – Pak Duta menyambut kami dengan penuh hormat. Dia menerangkan bagaimana pejabat kedutaan telah juga gagal untuk mengetahui lebih dalam tentang Aishah yang masih lagi warga Malaysia. Justeru dibawah jagaan Pak Duta. Kegagalan ini berpunca kerana Si Aishah telah membuat larangan bahawa dia TIDAK ingin menemui sesiapa pun. Keputusan ini sama-sama dihormati walau pun oleh Kerajaan Malaysia. Dengan penuh kesabaran Pak Duta telah cuba meredakan kegelishan Cik Gu Kamar. Aku sesekali menyampok untuk menjelaskan duduk pekara. Martin hanya meminta jasa baik Pak Duta agar Pihak Polis akan menbambil surat Cik Gu Kamar. Pak Duta akan mencuba. Petang itu untuk pertama kalinya aku minum teh dalam pejabat Pesuruh Jaya Tinggi Malaysia di Kota London. Aku yang tak makan gula pun pada petang itu ikut sama menikmati teh panas bergula- semuanya aku lakukan untuk Siti Aishah. Sekembali dari Kedutaan aku membuat beberapa panggilan talipon. Dan aku berjaya untuk bertemu kawan-kawan lama aku. Aku menapak keluar dari hotel. Aku merasakan Kota London telah menjadi agak asing kepada aku. Di kota inilah aku pernah membesar, bersekolah dan bercinta. Stesen Victoria di hadapan mata aku tersergam – ini bukan tempat yang asing. Disini stesen inilah kali pertama aku mendarat ketika aku datang dari Belgium dengan keretapi dari Pelabuhan Dover pada awal tahun 80'an dahulu. Malah aku terseyum apabila aku teringat kesah bagaimana aku menjadi ' tak sekolah' disatu musim panas. Ini ketika aku ingin melamar kerja di Stesen Victoria untuk menjadi pelayan 'restoran cepat makan'. Aku bersama dua lagi kawan 'menjadi bodoh' agar kami diterima bekerja. Kami tidak berani mengatakan bahawa kami ini anak mahasiswa yang sedang bercuti dan sedang mencari kerja sementara dimusim panas. Stesen Victoria masih gah – tetapi restoran ' cepat makan' itu tidak kelihatan lagi. Temu janji akau di Bayswater – di sebuah restoran China. Disini aku yakin aku akan mendapat cerita dan maklumat yang lebih jelas tentang Aishah dan Chairman Ara dan gerakan Maoist Kota London. . Kawan-kawan yang akan aku temui ini adalah warga London. Serba sadikit mereka juga mengikuti apa yang sedang dilapor oleh media London tentang Aishah. Bila aku sampai – kawan-kawan aku semua bertanya: Sudahkah aku berjumpa dengan Siti Aishah? ( TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN ---------------- |
GEROMBOLAN JUAL HARTA NEGARA UNTUK BAYAR BIL Posted: 25 Dec 2013 09:30 PM PST PENJUALAN HARTA NEGARA: KERAJAAN TIDAK MENAFIKAN MALAH CUBA MEMBERI ALASAN Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengenai kontroversi penjualan dan penggadaian harta negara untuk mencapai sasaran defisit tidak sedikit pun menafikan laporan Bank Dunia bahawa perkara-perkara berikut telah berlaku: 1. Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi; 2. Kerajaan terpaksa menjual harta negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu; 3. Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu; Sebaliknya, Kementerian Kewangan hanya memberikan alasan bahawa penjualan harta dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini. Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit, terutamanya perkara-perkara berikut: 1. Setakat laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013, belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1%; 2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat; 3. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pendapatan berkurang dan defisit semakin teruk; 4. Maka, satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit 4% yang telah diumumkan Najib Razak bagi tahun 2013 ialah dengan menjual dan menggadai lebih banyak harta kerajaan (yang tidak dirancang dan diunjurkan semasa Belanjawan 2013 dibentangkan. Oleh itu, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar dan harta-harta negara telah dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara. Saya juga khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan bermula dalam tahun 2004 dan dikendalikan oleh Cagamas iaitu syarikat pinjaman perumahan negara. Pensekuritian melibatkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon. Ini bermakna bahawa kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini. Walaupun ia amalan yang telah dimulakan sejak tahun 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008. Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui. Oleh itu, hakikat bahawa Kerajaan Persekutuan menjual harta negara dan menggadaikan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui pensekuritian membuktikan terdesaknya pengurusan kewangan negara di bawah Najib Razak. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi 26 DISEMBER 2013 ----------- |
Posted: 25 Dec 2013 09:21 PM PST |
Posted: 25 Dec 2013 08:54 PM PST DULI YANG MAHA MULIA PANGLIMA TAIKAM KOMENTAR TUKAR TIUB united malays national organisation beri dana kepasda perkasa bukan satu yang baru gerombolan ketuanan melayu ini buka anak syarikat kerana ada pekara pekara yang gerombolan nak cakap tapi tak berani cakap tak berani kerana apa: - takut para cukong potong duit belanja - takut amerika akan beri tekanan kerana rasisma - takut pbb akan bawa malaysia mahkamah dunia kerana dasar rasis tugas menyebarkan fahaman rasis ini di jalankan oleh anak syarikat justeru orang ramai tak pernah dengar najib memebri komen tentang perkasa Bantuan kerajaan kepada Perkasa dedah wajah sebenar Umno, kata Nik NazmiPengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR. Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman. "Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN. ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan