Rabu, 18 Disember 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERITA BAIK UNTUK NEGARA

Posted: 18 Dec 2013 06:58 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
kenyataan telah dibuat
hari buruh 2014
himpunan raksaksa
sedang di susun

himpunan raksaksa ini bertujuan
menentang kezaliman

menentang penindasan
menentang harga barang naik

paling penting ianya juga
perhimpunan ini menentang penipuan ketuanan melayu
penipuan pru13 yang masih belum selesai
rakyat masih marah kena tipu dalam pru 13


1 haribulan mei 2014 
ialah hari khamis
hari cuti umum
jumaat cuti di kelantan terangganu johor
ini terbaik untuk datang ke kuala lumpur

kumpulkan semua kemarahan
turun ke jalan raya
pada hari buruh
1 haribulan mei 2014



Pakatan, aktivis, rancang demonstrasi raksasa Hari Buruh bantah kenaikan kos kehidupan

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Demonstrasi raksasa untuk membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan sedang dirancang Pakatan...

NOTA
dimana nak berkumpul?
kah kah kah

-----------

MAT SABU BERSAMA WARTAWAN

Posted: 18 Dec 2013 06:00 PM PST




 WARTAWAN 
BERSAMA MAT SABU
lebih dari 1,000++ orang telah melayari
radio bangsar utama
dari pelbagai pelusuk alam
lebih dari 4,000++ orang
telah mengikuti melalui tv selangor

tim radio bangsar
dan 
kelab bangsar
 mengucapkan terima kaseh
pada pendengar penonton
dan mereka yang datang ke studio


yrazlan ‏@yryr
@R_Bangsar_Utama tahniah kerana menggadakan program Mat Sabu tadi. Good talk dan soalan soalan yg bernas.

@R_Bangsar_Utama adakah pas iktiraf syiah sbagai satu mazhab? Dan wujudkah sebenarnye syiah dlm pas?

@CakapLepas: Agak-agak Muhyiddin sedang bertaqiyah tak konon-konon tak nak rampas kerusi Najib? @R_Bangsar_Utama

@R_Bangsar_Utama Cadangan: Minta abang Mat gerakkan GSTkan UMNO: Ganyang Sampai Tumbang!!!

Mat sabu sedang memuji iran dan ayatolat komeini..di radio bangsar utama.
  • Sidiqin Omar cuba tanya kenapa ayatolat komeini menghina sahabat nabi dan mengatakan aisyah isteri nabi sebagai pelacur dalam kitab2 nya..
    Tlg tnyakan pada mat sabu sekarang...tq

Ronasina Fandi pun tanya soklan pd mat sabu tentang takrifan seni dan budaya PAS.

Mat Sabu respon:
PAS baru tubuh biro khas tangani hal seni dan budaya. tak leh nak komen lebih sebab baru ditubuh dan diterajui Dr Muhaimin Sulamyg rambut panjang, janggut panjang. masa muktamar, org lain baca quran dan hadis dia baca lirik lagu the beatles. tapi pas telah buat sesi dialog dgn org seni yg turut dihadiri presiden pas. negara luar contohnya Iran punya sejarah budaya dan seni yg disanjungi spt penyair omar khayam yg karyanya ditayang ditempat terbuka. berbeza dgn msia, SN Pak Samad di sembur gas. S Jibeng hidup melarat hingga ke akhirat hayat....

----------

TUKAR TIUB -MEMECAH BERITA

Posted: 18 Dec 2013 05:17 PM PST






GAMBAR INI DI SELUDUP KELUAR
inilah gambar kilang lynas tenggelam
keadaan tenggelam ini 
cuba di sorokkan dari pengetahuan umum

TIDAK ADA BERITA SUSULAN
tentang bagaimana 
jututera boleh tenggelam dalam kilang
kenapa  akhbar dan media
tidak buat kaji selidik
apa yang sebenarnya berlaku

PATIN DAN TALAPIA
apakah lynas selain dari
mengeluarkan radio aktif
juga memilihara 
ikan patin dan ikan talapia

BAGAIMANA 
DENGAN LONGGOKAN SISA
dikatakan telh bermula
maka sisa telah mula terkumpul
apakah sisa ini tengelam?
jika tenggelam maka ianya
akan merebak

SIAPA KATA KILANG INI SELAMAT
siapa yang berani kata kilang ini selamat
sila temui keluarga
muhamad fadzli
simpati dan al-fatihah
kepada keluarga


Jurutera Lynas ditemui mati lemas

KUANTAN - Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.

"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya. - Bernama


------------

KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT

Posted: 18 Dec 2013 05:00 PM PST



NOTA
nasib baik maloan ini ingatkan
hampir lupa
tahun baru nak sampai

inilah masanya mengkibarkan
sang saka rakyat
 

Penghina Jalur Gemilang dilucut kewarganegaraan - Senator

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Ahli-ahli Dewan Negara hari ini bersetuju agar kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang termasuk dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

Senator Muhammad Olian Abdullah ketika mencadangkan hukuman keras tersebut berkata, perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.

Katanya, motif kumpulan tertentu yang berulang kali mengibarkan bendera Sang Saka Malaya termasuk pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang lalu jelas bertujuan mahu mencetuskan suasana perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Motif jahatnya kita semua tahu, jadi setujukah mereka ini kita lucutkan kewarganegaraan," katanya ketika mencelah semasa Senator Datuk Noriah Manaf membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Noriah yang berpendapat perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya adalah bertujuan mahu mengembalikan semula sejarah hitam negara sedangkan dunia sudah mengiktiraf Jalur Gemilang


BENDERA
TANAH MELAYU MERDEKA



KAH KAH KAH

JALUR TEMBERANG 
DI HINA

KAH KAH KAH
LAGI JALUR TEMBERANG
DI HINA

-----------

LANGKAH BIJAK

Posted: 18 Dec 2013 06:00 AM PST








KOMENTAR TUKAR TIUB
sesudah ini buat dasar
cukai selangor untuk selangor
hajar united malays national organisation

selama ini cukai selangor
digunakan untuk
kayakan anak bini dan kroni

MB: Selangor arah PKNS halang kenaikan tolMB: Selangor arah PKNS halang kenaikan tol


Menteri Besar Selangor,  Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang... SELANJUTNYA

Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan menggunakan saham minoriti yang dimiliki dalam konsesi lebuh raya di negeri itu untuk membantah kenaikan tol seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini.






------------

ANAK MUDA BERHIMPUN 31 DISEMBER

Posted: 18 Dec 2013 05:00 AM PST







DATARAN MERDEKA
#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis | #RPDM31D
Kepada semua anak muda agar bangun dan lawan, Negara ini milik rakyat. Rakyat sdg dipijak dihimpit ke dinding… Kita tiada pilihan selain melawan! Kita tiada pilihan selain jalanan!! Masanya sudah tiba… 31|12|13. KUASA DI TANGAN RAKYAT!- Dataran Merdeka


  • Penganjur: Himpunan TURUN di Dataran Merdeka
  • NONEdikemaskini 12.08pmPengerusi TURUN, Azan Safar menegaAzan dalam 
  • laporanMalaysiakini semalam berkata, perhimpunan bertemakan '2014 Tahun Sengsara Rakyat' anjuran TURUN yang akan bermula pada jam 8 malam itu dijangka menarik kehadiran 10,000 orang.


----------

INI BUKTI KELAS A

Posted: 18 Dec 2013 01:30 AM PST








KOMENTAR TUKAR TIUB
sah dan saheh
konfem dan teat
mat sabu termasuk ke dalam
senarai cool tukar tiub

Dikait Syiah, Mat Sabu tetap 'cool'
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".

Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.

"Saya orangnya jenis "cool",  saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.

"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.



---------

KE JELOBAK KE JELOBO

Posted: 17 Dec 2013 10:00 PM PST





 

 MENCARI AISHAH  DI JELEBU

Jelebu wilayah paling kering - wilayah  lembah gaung yang dipagari oleh ekor Banjaran Titiwangsa. Justeru mengikut kajian ilmu alam Jelebu menjadi  'wilayah bayangan hujan - rain shadow area'. Pekan Jelebu dipanggil Kuala Klawang. Pekan kecil ini  ialah kota soldadu – garrison town. Tentera British, Tentera Ghurkha dan Askar Melayu pernah berpengkalan di Kuala Klawang.

Jelebu amat stratejik kerana bersempadan dengan Selangor -  ke Hulu Langat  ke Ampang. Justeru, soldadu kolonial di Kuala Klawang ini bertugas untuk mempertahankan Kuala Lumpur dari serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang mengangkat senjata melawan British. Hari ini – untuk ingatan sejarah – masih ada Jalan Ghurkha dalam pekan Kuala Klawang.  Bangunan sekolah dan asrama sekolah aku adalah bangunan peninggalan soldadu kolonial. Disini Aishah dilahirkan. Disinilah aku dibesarkan.

Dengan sebuah teksi wartawan Dean Nelson, Hadi dari Radio Bagsar Utama dan aku menuju ke Jelebu. Mencari rumah keluarga Aishah tidak susah. Ini wilayah tempat aku bermain. Orang yang aku cari ialah Cik Gu Kamar Martum kakak kepada Aishah. Nama ini telah lama berligar dalam kepala aku. Si Cik Gu ini adalah juga kawan baik dari arwah Cik Gu Zaleha Sidek  emak kepada Hishamuddin Rais. Pusing punya pusing ke situ juga akhirnya.

Kami sampai disambut oleh suami Cik Gu Kamar.  Sang Suami juga seorang guru. Justeru  dengan pantas mengenali aku. Kami salam bersalam untuk kenal mengenal sementara menunggu Cik Gu Kamar muncul.  Beberapa minit kemudian Yang Di Cari muncul. Cik Gu Kamar mengenali aku. Dan terus bersurah tentang  bagaimana Cik Gu Zaleha dan dia aktif dalam Pandu Putera di Jelebu.  Menurut perawi saheh ini , arwah emak aku akan menulis ucapan Pandu Puteri dalam Bahasa  Melayu dan Cik Gu Kamar akan menterjemah dalam Bahasa Inggeris. Inilah sejarah yang mengkaitkan aku dengan keluarga Cik Gu Kamar.

Lalu aku buka cerita. Cik Gu Kamar terperanjat. Dia terus bertanya apakah adiknya yang  hilang  selama ini telah ditemui. Dean Nelson secara bersopan mengatakan  'mungkin Aishah dan mugkin tidak' – semua belum saheh. Para wartawan di United Kingdom sedang membuat selidikan kerana pihak polis enggan memberikan nama. Mengikut Dean Nelson  tugas wartawan – yang bukan wartawan Malaysia  - ialah mencari dan membuat berita – bukan mengeluarkan berita bodek.

Justeru walau pun polis enggan memberi apa-apa maklumat tetapi jika wartawan telah  memiliki berita  dari sumber yang saheh maka tugasnya ialah melaporkan. Inilah yang sedang kami lakukan di Jelebu. Kami mengumpul fakta. Dalam masa yang sama tim wartawan Daily Telegraph di Lodon sedang 'mengkorek' apa sahaja yang boleh dikorek dari semua saluran.

Cik Gu Kamar bersurah. Sesekali air mata meleleh. Sedih bercampur gumbira. Pada ketika ini belum ada kesahehan, maka aku terpaksa menyatakan secara jujur bahawa mungkin bukan Aishah. Ini untuk menyelamatkan keadaan jika BUKAN  Aishah yang dilaporkan menjadi 'hamba'.

Dean sebagai wartawan menemubual Cik Gu Kamar dari pelbagai sudut.  Mencari nama dan tarikh yang pasti. Bila Aishah ke London?  University mana dia  belajar? Maklumat ini  tidak dapat kepastian.  Masa telah membawa penyakit lupa.  Aku memiliki ingatan  tentang kes "Malaysian Maoist'  yang telah menghalau seorang profesor rasis dari berucap di London School of Economic.  Dalam kumpulan ini  aku yakin  pasti Aishah terlibat. Maka  dari sini timbul berita mengatakan Aishah belajar di LSE. Sebenarnya maklumat ini tidak betul. Aishah belajar ilmu Pembinaan Bangunan di Brixton School of Building – yang kini telah menjadi sebahagian dari London Southbank Universiti.

BALING 1974
Hampir tiga jam kami di rumah Cik Gu Kamar. Sebelum pulang kami singgah ke pekan Kuala Klawang untuk makan tengah hari.  Disini aku terangkan kepada Dean mengapa Sang Suami TIDAK bercakap apa apa pun. Tidak mengeluarkan pendapat. Hanya duduk mendengar. Dalam adat Negeri Sembilan ini dipanggil  'watak menyemenda' – tidak mencampuri hal Sang Isteri. Justeru, kelihatan Cik Gu Kamar lebih dominan dari Sang Suami.  Dalam kepala aku pasti watak  perempuan Negeri Sembilan inilah yang  dimiliki oleh Siti Aishah.

Dalam teksi perjalanan puang - aku menalipon beberapa 'kawan' lama yang aku  tahu mereka pasti tahu apa yang sedang aku cari. Sayangnya - ada yang 'buat-buat lupa' dengan alasan telah terlalu lama.  Sekali lagi masa menghambat ingatan. Ada yang menggunakan alasan  TIDAK BOLEH CAKAPkerana arahan polis London. Ini lagi songel.  Pada keseluruhan aku faham – mungkin kerana pangkat  dan gelaran, mungkin kerana kedudukan  mereka ingin melupakan  sejarah 'Maoist' mereka. Tetapi aku tidak pernah melupakan apa yang mereka jangkakan aku lupa. Inilah hebatnya dibesarkan di Jelebu dan minuma air dari Bukit Tangga.

Dari dalam teksi perjalanan pulang - aku telah mengatur Dean untuk bertemu dengan Dr Rohana Ariffin yang kini menjadi pemimpin Parti Rakyat. Dari ingatan aku Dr Rohana juga menyambung belajar dikota London. Dalam masa yang sama Dean telah berjaya menghubungi Abang Aishah dan akan bertemu esok pagi. Nampaknya apa yang kami lakukan di Jelebu telah membawa hasil.

MASJID NEGARA 1974
Di Kuala Lumpur aku gagal untuk hadir sebagai juri Hak Asasi Manusia untuk Dewan Perhimpuan China. Tetapi ini bukan bererti aku tidak mengambil bahagian. Teknoloji moden  membolehkan aku terus berhubung berbincang dan membuat pilihan  walau pun ketika itu aku berada dalam hutan diatas Bukit Tangga. Dalam masa yang sama teknoloji moden juga telah membolehkan Adam Adli melayari internet untuk memberi maklumat kepada aku tentang Aishah. Adam telah yakin ' marxist collective' itu pastilah kumpulan Chairman Ara.

Sekembali dari Jelebu aku mengetik komputer menyediakan tulisan untuk Suara Keadilan. Aku beritahu Sang Pengarang – mungkin sadikt lewat – tapi akan beres. Dalam masa yang sama Dean terus menghubungi aku untuk kesahehan beberapa maklumat.  Dean juga memberi aku tahu nama Ara  yang penuh ialah Aravindan Balakrishnan. Ini hasil dari selidikan tim Daily Telegraph di London.
Selesai aku membuat tulisan untuk Suara Keadilan aku pun membuat berita dalam blog   – Tukar Tiub Memecah Berita Sedunia – Siapa Dia Aishah? Siapa dia Chairman Ara?

Aku banyak menggunakan  metod satira dalam mengolah  berita. Aku menggunakan lawak dan humour untuk menarik pembaca. Ini memang aku rancang. Tukar Tiub Memecah Berita – hingga ke hari ini belum pernah lagi tersilap. Aku memastikan blog aku TIDAK ada khabar angin, tidak ada fitnah dan tohmah. Kalau Rosmah itu gemok dan pendek maka itulah yang akan ditulis oleh Tukar Tiub – tidak lebih dan tidak kurang walau pun sekilo.

Malam ini aku bersantai di Lorong Merah Brickfield. Aku menghantar dua sms tentang Tukar Tiub Memecah Berita Sedunia.  Satu kepada Tuan Pengarang The MalaysianInsider dan satu lagi kepeda Tuan Pengarang MalaysiaKini. Dua-dua Tuan Pengarang ini adalah kenalan baik. Untuk berlaku adil aku memberi kedua-dua tahu tentang 'pecah berita' ini.

TASIK UTARA 1974
Jam telah lewat tengah malam. Talipon aku berdering.  Farhan dari MalaysianInsider bertanya tentang 'Pecah  Berita'. Aku kenal wartawan ini tetapi aku rasa tidak mungkin Wartawan Muda ini tahu apa dibelakang ' breaking news' ini. Suam-suam aku layan. Tetiba Tuan Pengarang  sendiri menalipon dan mahu datang bertemu walau pun waktu  telah  melintasi jam 1:00 pagi. Aku bersetuju untuk menunggu.

Amin Iskandar  bersama Farhan dari The Malaysian Insider sampai  ke Brickfield lewat jam 1:30 pagi. Amin   telah membaca TukarTiub dan dia mahu cerita sabenar. Dia amat yakin bahawa aku mengetahui lebih dari apa yang aku tulis dalam blog.   Lalu aku buka kan cerita.

Esoknya Selasa 26 November 2013 – siapa '  perempuan hamba' yang ditahan di United Kingdom telah diketahui dunia. Berita diambil dari Tukar Tiun  oleh The Malaysian Insider dan merebak ke seluruh dunia.  Perempuan yang dikatakan  hamba itu rupa-rupanya  perempuan dari Jelebu bernama Siti Aishah.

INDIA 2013
Dean Nelson menalipon aku. Dia mahu ke Jelebu sekali lagi. Rakaman dari talipon yang dibuat kelmarin tidak bagitu baik. Dia mahu ulang rakam.  Sebelum ke Jelebu Dean telah menerangkan kepada aku bahawa dia telah sempat  bertemu dengan Dr.Rohana yang berjaya membantu menyambungkan  lagi dengan beberapa orang  lagi  'kawan' lama.

Di Jelebu aku tidak tahu apa yang berlaku. Tetiba Cik Gu Kamar menalipon aku dan memberitahu bahawa Dean mempelawa dia untuk terbang  ke London. Aku menyokong.  Untuk aku ini peluang agar dapat  dipertemukan kakak dengan adik yang selama ini telah hilang. Aku tahu perasan itu. Aku tahu   perasan keluarga. Kerana  aku juga pernah  mengelincir untuk terus berkelana selama 20 tahun.

Dihari Selasa yang ini - internet aku mati kerana talian dimakan oleh ana-anai. Justeru aku sibuk cuba memperbaiki talian.  Tetiba Dean memeberitahu aku jika boleh aku temani Cik Gu Kamar ke London sama.  Aku minta masa kerana ketika ini Bilik Sulit telah disusun untuk dipentaskan di Kota Bahru dan Kuala Terangganu.  Fikir punya fikir, akhirnya  aku terima jemputan ke London walau pun aku tahu bulan  November adalah bulan paling sejuk.

Aku pun membuat beberapa panggilan talipon memberitahu bahawa aku akan ker London pada hari Rabu.  Belum pun sempat sms aku dijawab Deen Nelson dari Dailay Telegraph  telah menalipon aku sekali lagi -  '  we go tonite  - kita terbang malam ini'. Dean Nelson pulang dari Jelebu dengan membawa Cik Gu Kamar Martum.  Kini dari Jelebu kita terus mencari  Aishah di London.  (TT) 


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon 
03-92-21-10-45

-----------

PEMBACA BERTANYA

Posted: 17 Dec 2013 08:02 PM PST






 SATU PERTANYAN DARI SEORANG PEMBACA


adakah brahem ni seekor katak yang bertaqiyah sbg manusia? on DUA KALI LAWAK
Anonymous

on 12/15/13

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


-----------

Tiada ulasan: