Rabu, 18 Disember 2013

Biaqpila

Biaqpila


SEKELUARGA LAKUKAN SUMBANG MAHRAM SEJAK 4 GENERASI

Posted: 18 Dec 2013 04:00 AM PST




Sekumpulan kanak-kanak terbiar dengan sesetengahnya mengalami kecacatan ditemui di sebuah petempatan luar bandar di Australia dalam kes sumbang mahram yang menggemparkan negara itu.


Media semalam melaporkan, 12 kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun itu dipindahkan pekerja sosial yang bertindak ekoran aduan pada Julai tahun lalu yang menyatakan mereka gagal hadir ke sekolah.

Jika mereka datang sekalipun keadaan mereka terlalu kotor dan tubuh sangat kurus.

Ketika polis dan pekerja perlindungan kanak-kanak mengunjungi ladang tempat mereka tinggal itu, ia dihuni 30 lagi orang dewasa, beberapa generasi dari keluarga yang sama.

Empat generasi - iaitu bapa saudara, ibu saudara, adik dan abang - semuanya melakukan seks sesama mereka, membesarkan generasi seterusnya yang turut mengulang perbuatan generasi sebelumnya.

Ujian genetik mendedahkan bahawa 11 daripada 12 kanak-kanak yang mempunyai hubungan persaudaraan itu - lima daripada "saudara dekat" dan mempunyai pelbagai kecacatan, termasuk pekak dan buta.

Mereka mempamerkan pelbagai darjah tingkah laku seksual sesama sendiri dan juga kepada orang asing serta menceritakan perbuatan seksual yang memualkan sesama sendiri, termasuk di depan kanak-kanak.

Kumpulan itu hidup dalam keadaan yang kotor dalam dua karavan, dua bangsal dan dua khemah tanpa bekalan air atau sistem pembetungan.

Mahkamah semalam berkata, pemerhatian terhadap keadaan kanak-kanak itu menjadi bukti kukuh bahawa berlaku sumbang mahram dan penderaan seksual selama beberapa generasi di situ.

Dokumen mahkamah menyatakan pertuturan kanak-kanak itu sukar difahami dan keadaan kebersihan dan kesihatan gigi mereka sangat teruk.

Mereka terpaksa masuk ke belukar untuk membuang air. - AP

btmmari


VIDEO GEMPAQ!!!! TAK NAK BAYAR TOL SILA IKUT JALAN MOTOR

Posted: 17 Dec 2013 10:49 PM PST

REMAJA MENGAKU PERKOSA LEBIH 300 EKOR AYAM

Posted: 17 Dec 2013 07:15 PM PST



Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.

Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. "Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya," kata Motur.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

"Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan," katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi



ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!

Tiada ulasan: