Tukar Tiub |
- CINTA KE RUMAH PASONG
- SATU PELAJARAN
- BERITA BAIK UNTUK SEMUA
- KERAJAAN PERPADUAN LAGI?
- TIM TERJANG NAJIB MAKIN AKTIF
- TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA
- MENCARI AISHAH - SAMBUNGAN
- PEGUMUMAN UNTUK SEMUA
- JALAN RAYA PILIHAN SIAM
Posted: 10 Dec 2013 07:00 PM PST Lelaki ugut bapa kekasih ditahanIPOH 10 Dis. - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap bapa teman wanitanya pada Sabtu lalu.Suspek yang berusia 37 tahun dan tidak bekerja ditahan sehari selepas mangsa, S. Subramaniam, 61, membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut. Katanya, suspek yang menghampiri mangsa secara tiba-tiba dikatakan mengugut lelaki itu yang berbunyi, 'saya mau tengok u sampai ka mau balik Lumut nanti, aku mau langgar kau dengan lori.' KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... KENAPA INI BERLAKU?... kah kah kah.. kah kah kah..KERANA 14 FEBUARARI AKAN SAMPAI... kah kah kah.. kah kah kah..MAMAT INI TAK MAHU ..kah kah kah... kah kah kah..TAK MAHU APA?..... kah kah kah.. kah kah kah....DI SENARAIKAN SEBAGAI GAGALIS... kah kahkah.. JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG woit... SENARAI GAGALIS TT SEDANG DISUSUN... kah kah kah... ----------- |
Posted: 10 Dec 2013 06:30 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB seharusnya fitnah dan tohmah tidak terjadi seharuanya ahli politik menjadi contoh khir buat silap dia minta maaf teresa menerima dengan hati terbuka guan eng buat silap cepat cepat minta maaf bukan macam jeff ooi bebal dan degil inilah contoh yang wajib di ikuti jika tersalah jika tersilap cepat cepat minta maaf NOTA buat silap buat salah jangan dulak daluk cepat cepat mengaku jika pernah jadi janda mengaku pernah menjada kah kah kah Teresa Kok sedia lupa isu azan selepas Khir Toyo mohon maafAhli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (gambar) bersedia untuk meneruskan kehidupannya selepas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf di mahkamah terbuka hari ini berikutan tuduhannya terhadap Kok berhubung isu azan, lima tahun lalu. ------------ |
Posted: 10 Dec 2013 05:00 PM PST Pindaan hanya perlembagaan Umno, bukan Persekutuan SHAH ALAM - Pindaan perlembagaan berhubung Islam agama Persekutuan dengan memasukkan sekali definisi Ahli Sunnah Wal Rasuh, hanya tertakluk di bawah perlembagaan Umno. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom menyatakan perkara itu apabila ditanya kewajaran meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu sama. Jelasnya, pindaan perlembagaan untuk memasukkan ajaran Ahli Sunnah Wal Rasuah hanya akan dilakukan terhadap perlembagaan Umno dalam perkara 3, seperti yang dinyatakan Najib Razak. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...TERIMALAA HAKIKAT... kah kah kah.. kah kah kah..UNTUK PERPADUAN UMMAH..... kah kah kah.. kah kah kah..PERLEMBAGAAN WAJIB DI UBAH... kah kah kah.. kah kah kah...TAHNIAH... SUNNI WAL RASUAH.... kah kah kah ---------- |
Posted: 10 Dec 2013 06:30 AM PST KUCING TERPERANJAT BILA DENGAR NAK TUBUH KERAJAAN PERPADUAN kah kah kah kah kah kah KOMENTAR TUKAR TIUB lepas pru13 najib ke jakarta anwar ker jakarta yusof kala di jakarta lepas jakarta di new york najib ke new york anwar ke new york al-gore di new york sekarang hamas pulak siapa dildo siapa? ADAKAH KERAJAAN SATU MELAYU? Pemimpin Hamas pengantara Umno, PKR untuk rekonsiliasi nasional kali keduaKetika Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung minggu lalu, pemimpin Hamas menghidupkan kembali perbincangan rekonsiliasi nasional di antara Umno dan PKR yang tergendala tidak berapa lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata pemimpin PKR.Perbincangan rekonsiliasi pertama selepas pilihan raya 5 Mei yang menyaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang rapat dengan kedua-dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar bawah) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pengantara. "Kali ini pengantara bagi perbincangan ini adalah pemimpin Hamas Khaled Meshaal yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Forum Antarabangsa Umno 2013. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...ANAK ANAK MUDA... BERSEDIA!.... kah kah kah.. |
Posted: 10 Dec 2013 05:30 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB selamatkah najib dapatkah najib bertahan dapatkan najib terus menjadi pm gerakan terajang najib kian aktif madey letak jawatan dari petronas apa makannya ? adakah untuk terus menyerang najib kadir jasin terus menyerang najib rosmah dicadang sebagai menteri bertujuan untuk menganjing najib kenapa gambar anak najib dengan bini pertama keluar? ini tidak pernah berlaku rosmah menutup berita dia pernah menjanda rosmah tutup berita najib pernah kahwin siapa bocorkan berita anak najib? apa peranan gani? apa peranan gani jual pulau pada singapura? apa peranan ajen CIA di pejabat gani? Mat Zain: Najib tahu Gani Patail palsukan keteranganKUALA LUMPUR 10 DIS: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya (SD) mendedahkan Najib Razak tahu peranan dimainkan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dalam pemalsuan keterangan insiden mata lebam Anwar Ibrahim. Mat Zain dalam akuan bersumpahnya menyatakan beliau telah bertemu Najib selama setengah jam yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Oktober 2008. Kritikan Kadir Jasin tanda pertembungan dua puak dalam UmnoKUALA LUMPUR 10 DIS: Kritikan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), A. Kadir Jasin terhadap Najib Razak adalah bibit perpecahan dalam Umno, kata ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid. Menurutnya, kritikan Kadir yang juga bekas wartawan berpengalaman, mewakili suara Mahathir Mohamad yang sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib. GEMOK PENDEK DAN HODOH ------------ |
TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA Posted: 10 Dec 2013 02:45 AM PST ASTRO AWANI DI PAKSA astro awani telah dipaksa menarik keluar berita tentang rosmah mansor tengah hari kelmarin berita cadangan dari kadir jasin agar rosmah mansor dilantik jadi menteri di lupuskan dari laman web astro awani SATU LAGI BERITA GEMPAR Anak Najib lawat pusat pemindahan banjir Mohd Nizar, 35, anak sulung Najib Abdul Razak, melawat pusat pemindahan di Kuantan kira-kira 5 petang semalam. Dikesan memakai baju T yang tertulis perkataan 'Najib My PM 2013', beliau diiringi oleh rombongan yang agak besar. Najib adalah ahli parlimen yang lama berkhidmat di Pekan, antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. --------- |
Posted: 09 Dec 2013 09:30 PM PST BUKAN SEORANG HAMBA MENCARI AISHAH – BAHAGIAN 2 Pada 23 November 2013 aku terbaca satu berita dari Guardian London tentang 3 perempuan ' hamba abdi' yang telah dibebaskan oleh Ngo Freedom Charity. Dari laporan berita – salah saorang perempuan yang dikatakan 'hamba' ialah warga Malaysia yang berumur 69 tahun. Aku mengambil berita ini dan memasukan ke dalam blog TukarTiub. Dalam blog TukarTiub aku meminta pembaca meneka – siapakah Tuan pemilik hamba ini. Apakah orang Swiss? German? Jepun atau Tok Arab? Ketika aku bertanya kepada pembaca - dalam kepala aku menjangkakan Tuan Hamba Abdi ini pastilah Tok Arab. Ini kerana ketika aku di London dahulu - pernah terjadi saorang perempuan dari India atau dari Sri Langka telah melarikan diri satelah dijadikan hamba oleh satu Keluarga Arab. Malah hingga ke hari ini 'urban lagend' selalu bercerita tentang betapa ramainya perempuan India, Sri Langka, Nepal dan Indonesia yang hilang tanpa khabar berita dinegara Arab – mereka menjadi hamba Tok Arab. Esoknya Ahad 24 November berita 'hamba abdi London' ini telah menggemparkan dunia. Dari Guardian aku membaca satu perkembangan baru. Perempuan yang dijadikan ' hamba' ada bersangkutkan dengan ' marxist collective' di Brixton London. Bila terbaca sahaja berita ini aku gugup. Brixton? Tempat tinggal aku dahulu. Aku terperanjat. Kepala aku mengingati seribu satu macam pekara. Aku tahu nama perempuan itu. Tapi kepada siapa aku ingin bersuara. Kepada siapa ingin aku berkesah. Kepada Jai dan Ezi – dua ekor anjing, kepada Curvey Sang Kucing atau kepada Sepang dan Gate – dua ekor kura-kura? Mustahil mereka ini akan faham. Sesudah membaca Guardian berulang kali - aku bertambah yakin aku tahu siapa perempuan Malaysia itu. Malah aku tahu apa dia surah dah kesahnya yang dipanggil ' marxist collective'. Tetapi pagi Ahad itu tiada siapa yang boleh aku lawan berlabon. Maka apa yang tersimpan dalam kepala aku hilang melayang ketika aku mula merayau-rayau melayari alam maya. Tetiba jam 3 petang talipon bimbit aku berdering. Ada paggilan masuk. Kali ini suara Mat Saleh. Si Mat Saleh ini menerangkan bahawa dia – Deen Nelson – seorang wartawan dari London – dari akhbar Daily Telegraph. Kah kah kah aku ketawa. Ketawa hampir termuntah. Bagaimana pula wartawan akhbar ini menghubungi aku? Daily Telegraph ini adalah akhbar kanan berbanding dengan The Guardian – akhbar mazhab kiri yang menyokong Parti Buruh. Telegraph menyokong Parti Konservatif. Ketika aku menjadi warga London TIDAK sekali pun aku membeli akhbar ini. Akhbar ini dan akhbar The Sun diharamkan memasuki rumah Hishamuddin Rais. Ini diketahui umum oleh kawan-kawan aku di London. Si Nelson ini menerangkan bahawa dia dalam teksi dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur satelah bertemu bual dengan Irene Fenandez. Irene menjadi sasaran pertama kerana Irene dikenali sebagai pejuang yang menentang 'perhambaan' dan menentang penindasan terhadap buruh pendatang. Deen datang ke Malaysia kerana ingin mencari siapa perempuan Malaysia yang dikatakan 'hamba' di London. Darah aku menyirap. Aku terperanjat. Hampir aku tidak percaya akan isi perbulan talipon ini. Digagang talipon aku nyatakan nama perempuan Malaysia yang 'dihambakan' dikota London. Si Deen pula terperanjat dan TIDAK percaya kerana mustahil aku dapat tahu walhal semua media dunia sedang tercari-cari. Malah Polis Kota London tidak membocorkan nama sesiapa pun. Diakhir perbualan talipon Deen dan aku membuat temujanji. Deen membuat satu permintaan. Dia mahu merasa masakan Melayu yang terbaik. Aku berjanji akan cuba mencari restoran tersebut. Aku juga menjemput Adam Adli dan Sadikin Omar untuk besama aku ketika aku bertemu wartawan ini. Aku lakukan ini kerana aku tidak mahu mengulangi kesah yang akan aku hamburkan ini berkali-kali. Aku tahu satelah aku buka kesah ini pasti aku akan ditanya tidak putus-putus. Saheh. Inilah yang aku hadapi sekarang. Cari punya cari tempat makan - aku memilih sebuah restoran di Jalan Panggung kerana dua pekara. Pertama setiap petang Ahad aku berada di Jalan Panggung bersama kumpulan anak muda dari Dapur Jalanan yang membuat kerja amal memberi makan percuma kepada warga kota tanpa rumah. Kedua aku tahu ada restoran Baba Nyonya disana yang masakannya 'boleh pakai'. Sebelum jam 10.00 malam kami telah berada dalam restoran. Deen berkesah bagaimana Irene dan dia telah cuba-cuba memikirkan apakah ada 'kemungkinanan' warga Malaysia menjadi buruh dan seterusnya menjadi hamba dalam tahun-tahun 60'an. Mengikut pandangan Irene, mustahil Malaysia negara kaya akan ada yang mencari kerja di London. Lalu 'kesah buruh paksa' ini dimatikan. Akhirnya Deen bertanya siapa lagi warga Malaysia yang 'radikal' yang tinggal dalam kota London. Bingo. Nama aku muncul. Justeru panggilan talipon jam 3 petang. Justeru pertemuan makan malam. Sebelum masuk kuliah sejarah kami berempat bersuai kenal. Deen berpejabat di New Dehli. Dia sampai ke Kuala Lumpur hari Jumaat dengan arahan Ketua Pengarang: find the woman – cari siapa wanita Malaysia ini. Sebelum bertemu Irene Deen telah berjumpa Pak Menteri Luar Negara – semua tak tahu siapa 'perempuan 'ini. Semua berkata mereka juga ingin mengetahui sama. Paling menarik ialah kesah Deen – dia juga dari mazhab kiri. Dia juga aktif ketika anak mahsiswa. Pernah bekerja dengan The Observer – akhbar mingguan untuk harian Guardian. Pernah membocorkan beberapa kes 'tipu' dalam kesatuan sakerja. Justeru Deen dianggap seorang 'wartawan penyiasat' yang berpengalaman. Aku ingin mengetahui sosok yang sedang makan rendang daging dihadapan aku. Aku mencuri-curi bertanya tentang Edward Snowden. Jawapan Deen meyakinkan aku bahawa walau pun bekerja di akhbar kanan – otak kirinya masih cergas. Deen yang memiliki sejarah kiri tidak banyak masaalah untuk memahami apa yang aku surahkan. Malah dia sendiri mengetahui tentang kewujudan wujud pelbagai bentuk kumpulan Marxist dan kumpulan kiri dalam kota London. Ada garis Trotsky dengan pelbagai tendensi , malah Deen pernah menjadi ahli salah satu kumpulan ini, ada garis Parti Komunis dan ada garis Mao. Malah Deen sendiri masih menggunakan marxisma untuk bertukang memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata. Akhirnya aku selesa dengan Deen. Lalu aku timbulkan nama Siti Aisah. Lalu aku timbulkan nama Chairman Ara. Lalu aku tiumbulkan nama New Malayan Youth. Lalu aku timbulkan nama Mass Movement. Dalam otak aku masih ada beberapa nama yang tidak aku munculkan walau pun aku tahu sosok-sosok ini berada dalam kacah kiri ketika mereka menjadi anak mahsiswa di United Kingdom. Kemudian aku nyatakan juga dimana kampong Siti Aishah. Kemudian aku nyatakan juga bagaimana pada tahun 1991 ketika aku menjadi warga kota Londan Abang Aishah telah pernah meminta pertolongan untuk mencari adiknya. Deen mengambil nota dalam tulisan ringkas. Aku menerangkan bahawa Aishah ini berasal dari Jelebu dan aku tahu dimana rumah keluarganya. Dengan serta merta Deen meminta aku pergi ke Jelebu - esok pagi Senin. Aku menolak kerana setiap Senin aku tidak mahu diganggu kerana ini ialah hari dan masanya aku menulis untuk Suara Keadilan. Deen merayu. Dia memahami 'dateline' aku. Lalu dia meminta sokongan dari Adam Adli agar aku bersetuju untuk ke Jelebu. Aku membuat panggilan kepada kawan lama yang berasal dari Jelebu. Aku mencari kesahehan orang yang ingin aku temui di Jelebu. Nama yang aku cari wujud. Deen berharap sangat aku dapat membantu. Aku dapat merasakan 'daruratnya' keadaan. Lalu kami berjanji esok jam 11:00 pagi kami ke Jelebu. Sesudah makan malam Adam Adli, Sadikin Omar dan aku bertandang ke kedai kopi biasa kami di Brickfield. Kedua anak muda ini terperanjat. Kerana mereka telah mendengar banyak kesah-kesah aku dari pelbagai sudut. Yang Aishah di Brixton ini belum pernah mereka dengar.Memang betul kesah ini TIDAK pernah aku bersurah. Lalu aku bertanya kepada dua anak muda ini: apakah aku perlu campur dalam hal mencari Aishah. Apakah aku perlu membantu Deen Nelson dari akhbar kanan Daily Telegraph? Aku rasakan pandangan anak muda ini lebih objektif. Aku rasakan mereka yang TIDAK memiliki beban sejarah politik kiri, tentang era 60'an, tentang apa itu Marxisma atau apa itu Maoist akan memberi jawapan yang rasional. Betul. Mereka memberi jawapan yang tepat tanpa teori politik kiri. Menurut dua anak muda ini pada tahun 1991 aku telah gagal mencari Aishah. Ketika itu aku tinggal di Brixton - wilayah dimana berita 'hamba' ini menggemparkan dunia. Pada tahun 1991 abang Aishah telah memberitahu aku bahawa si Aishah ini juga tinggal di Brixton. Kali ini pada tahun 2013 'tugas yang belum selesai' ini datang kembali. Sejarah berpusing-pusing akhirnya sampai kembali ke pinggan aku. Anak muda ini memberi ingatan agar aku tidak mengundur. Esok pagi aku wajib bersama Deen Nelson pulang ke Jelebu. (TT) ( bersambung ) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN ----------- |
Posted: 09 Dec 2013 08:43 PM PST |
Posted: 09 Dec 2013 08:00 PM PST KOMENTAR TUKAR TIUB satu lagi kejayaan jalan raya rakyat siam turun ke jalan raya kerajaan zalim adik taksin bubar parlimen Parlimen Thai dibubar, pilihan raya diadakan BANGKOK 9 Dis. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra akhirnya tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan antikerajaan apabila beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pada Februari tahun depan. Yingluck hari ini berkata, pada peringkat ini apabila pelbagai pihak menentang kerajaan, penyelesaian terbaik adalah memberikan semula kuasa kepada rakyat Thai dengan mengadakan pilihan raya umum. "Rakyat Thailand akan membuat keputusan,'' katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen. Di Bangkok, kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berarak hari ini, memulakan semula demonstrasi selepas bersurai sementara bagi menghormati sambutan hari keputeraan Raja Bhumibol yang ke-86 pada minggu lalu. TUNJUK PERRSAAN CUKUP POPULAR POLIS DAN FRU SIAM LETAK SENJATA DAN SOKONG DEMO |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan