Roslan SMS Corner |
Cukupkah dengan kekuatan dalaman (26/12/13) Posted: 25 Dec 2013 07:00 PM PST Saya sempat membaca perutusan Krismas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam StarOnline pagi ini http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/25/Khairy-Religion-Faith.aspx dan sebelum itu seorang pemimpin PAS juga telah mengeluarkan perutusannya yang sempat juga saya baca. Pada dasarnya kedua-dua perutusan cuba menyemai budaya berbaik-baik dan saling menghormati kepercayaan dan agama masing-masing rakyat Malaysia. Malah Khairy cuba mengecilkan ancaman "murtad" dengan menganggap ianya tidak mungkin berlaku selagi masing-masing memiliki kekuatan dalaman.Apa pun sewajaryalah sebagai rakyat Malaysia kita memupuk semangat perpaduan sesama warga Malaysia yang berbagai budaya dan agama ini. Sikap saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing penting. Sebagaimana Khairy yang boleh menghormati agama Kristian ketika bersekolah di sekolah yang dikendalikan oleh muibaligh Katolik, tanpa merasa diri dipaksa, begitu juga mereka di IPT yang dikehendaki mengikuti pelajaran Tamaddun Islam, sewajarnya punya anggapan yang sama. Walabagaimanapun sebagai seorang seorang Muslim, sikap memeilihara dan mempertahankan aqidah masing-masing adalah utama dan penting. Kita boleh bersikap toleran tetapi kita tidak boleh "bersahaja" dalam isu mempertahan dan memelihara aqidah. Lantaran "kekuatan" dalamanlah barangkali Joshua Jamaluddin, Nor Aisyah Bukhari, Lina Joy boleh memilih untuk menukar agama?!Jangan pandang kecil isu seumpama ini, bayangkan perasaan dan pengalaman saudara mara kaum keluarga mereka yang terlibat. Kita juga seakan dayus dan tidak memiliki kuasa apabila secara terang-terangan individu seperti yang saya sebutkan di atas dan beberapa kes lain memilih untuk meninggalkan Islam. Lantas "kekuatan" dalaman sahaja sesungguhnya tidak memberikan jaminan mutlak, ianya mesti didukung dan didorong oleh pelbagai usaha lain agar tiada lagi orang Islam akan murtad dan meninggalkan agama mereka. Khairy mungkin bernasib baik kerana terlepas dari ancaman ini tetapi bagaimana dengan Joshua, Nor Aisyah, Lina dan lain-lain.Sudah tiba masanya dalam pada kita terus meraikan kawan-kawan kita yang sewarganegara dengan kita, kita juga pelu mewjudkan mekanisma memastikan tiada antara kita yang akan tergelincir atau tersungkur dari menjunjung aqidah murni yang kita punyai. Isu ini serius dan perlu diberi perhatian, dalam kita ghairah untuk masing-masing mahu memancing dan meraih undi. (Berikut kenyataan Dr Zakir Naik - Tokoh Maal Hijrah Malaysia .......) Untuk rekod berikut pula adalah kenyataan murtad SD oleh Aisyah Bukhari dibawah nasihat panel peguamnya : "I have on my own free will denounce the Agama Islam to convey to become a Catholic with a Statutory Declaration executive in front of a Commission of Oaths dated December 22, 97. I have been going to a Catholic Church almost every Sunday since November 98. Since then my faith and believe in the Catholic religion have grown stronger everyday.My boyfriend, Joseph and I had intentions to get married sometime in mid-December 1997. However, instead of us proceeding with our marriage first without my family's knowledge and consent, we decided to give my parents the last respect by informing them of what were our intentions, despite knowing that they would reject our intention. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan