Khamis, 26 Disember 2013

Addin

Addin


Berita Tergempar..

Posted: 26 Dec 2013 09:04 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.    

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali berkata pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.    "Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.    

"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.    

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Akhbar hari ini melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.    

Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.    

Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram ini membabitkan nilai jutaan ringgit.    

Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.   

Seorang daripada mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.     

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.  ~bernama






Mahathir Sekolahkan Najib Dan Juak-Juaknya..

Posted: 26 Dec 2013 06:59 AM PST

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.

Bekas presiden Umno itu memberi analogi sebuah syarikat perniagaan. Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).

"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.

Masyarakat kebanyakan kini berdepan dengan pelbagai kenaikan termasuk kenaikan termasuk tarif elektrik dan kemungkinan tol bulan hadapan.

Kesannya mula dirasai apabila rasionalisasi subsidi pada tahun ini menyebabkan kenaikan harga gula dan petrol.

Kerajaan membazir

Mahathir menambah bahawa kerajaan dilihat membazirkan wang kerana tidak memikirkan pemulangan perbelanjaan dari pelbagai segi.

Beliau memberi contoh pemberian tender atau kontrak kepada pembina dengan sebut harga paling baik, yang tidak semestinya paling rendah.

"Saban tahun Laporan Ketua Audit melaporkan pembaziran akibat tidak mengikut prosedur dan kecuaian. Biasanya tidak banyak perubahan dilakukan selepas kritikan Ketua Audit Negara.

"Tak syak lagi banyak wang yang boleh dijimatkan jika kritikan ketua audit diambil serius. Malah, penukaran prosedur juga boleh mengurangkan kos," tambah beliau lagi.

Mahathir yang terkenal dengan kekerasan beliau sewaktu memerintah dan kritikan lantang kepada pentadbiran selepasnya turut mengkritik keseriusan kerajaan dalam menjalankan langkah penjimatan.

"Jika kerajaan berminat untuk mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh berbuat demikian dengan keputusan yang ketara.

"Sebagai contoh, mereka boleh kurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan biasa kepada jenis LED. Penjimatan lebih dari 50 peratus.

"Hasil pengurangan kos elektrik ini boleh digunakan untuk mengurangkan subsidi untuk bahan api tenaga. Tapi ini tidak dilakukan kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi tapi akan dimitigasi dengan penjimatan mengikut masa," tulis beliau. ~mk


Iklan C (ii)





Kisah Ini Mendedahkan Wajah Sebenar Umno

Posted: 26 Dec 2013 12:49 AM PST

Pengakuan Perkasa dan Isa Samad bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendedahkan wajah sebenar Umno BN.

Selama ini kita menegaskan bahawa Perkasa merupakan perkakas Umno BN untuk membakar sentimen perkauman.

Pendedahan ini telah membuktikan bukan sahaja dakwaan kami, tetapi wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada suatu kumpulan perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno BN.

Ini juga menimbulkan persoalan tentang BTN. Ramai termasuk saya sendiri sebelum ini membangkitkan program BTN yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman.

Kerajaan pada 2009 telah memberi komitmen untuk melakukan perubahan. Namun jika BTN merupakan antara agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan.

Slogan 1Malaysia dan Transformasi yang diuar-uarkan Najib Razak sekali lagi terbukti tidak membawa sebarang makna.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor



Iklan C (ii)





Gambar Sindir Ibrahim Ali Dan Perkasa Mula Tersebar

Posted: 25 Dec 2013 06:46 PM PST


Addin yakin rakaman gambar ini di edit. PERKASA sokong kerajaan naikkan harga barang. Mungkin sindiran ini dikeluarkan ekoran dari kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali bahawa kerajaan ada hak untuk naikkan harga barang.

Kenyataan Ibrahim Ali tersebut di lihat tidak perihatin dengan nasib rakyat bawahan yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat setiap hari.





Iklan C (ii)



Pengerusi PAC Dakwa Rakyat Kena Tipu Dengan BN?

Posted: 25 Dec 2013 06:45 PM PST

Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan tahun 2014 yang lebih mahal, sesuatu yang boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak undi sehinggakan ahli-ahli parlimen kerajaan menggesa sesuatu dilakukan.

Namun, bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek, ia adalah masalah kecil.

Hasan menolak hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang meramalkan sokongan terhadap BN akan terjejas dalam pilihan raya akan datang akibat siri kenaikan harga barang.

"Kami pernah mengalami masalah yang lebih besar daripada ini (kenaikan kos) dan berjaya selesaikannya," kata menteri tersebut kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur dan menambah, "semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri tentang kerajaan, tetapi percayalah, banyak yang sedang dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat."

"Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kesan kenaikan harga... kami mempunyai makmal kajian untuk menjalankan kaji selidik dan pegawai saya sentiasa bersedia," kata ahli parlimen Kuala Pilah itu lagi.

Selasa lalu, Umcedel mendapati peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan barangan seperti minyak dan tarif elektrik akan memberikan kesan terhadap prestasi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Kebanyakan kenaikan harga akan bermula pada 1 Januari 2014.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% akan mula dilaksanakan pada April 2015 menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Beberapa kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi menyebabkan BN hilang banyak kerusi sekaligus majoriti tradisi dua pertiga, di samping kehilangan beberapa buah negeri pada pilihan raya 2008.

BN masih lagi belum "sembuh" dalam pilihan raya 5 Mei, malah kehilangan tujuh lagi kerusi walaupun berjaya merampas kembali Perak dan Kedah.

Ini menyebabkan rakan-rakan Hassan lain mendesak Putrajaya melakukan sesuatu dan mengambil serius dapatan kajian Umcedel.

"Jika itulah kehendak rakyat, kita perlu berusaha keras untuk menangani perkara tersebut," kata ahli parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar, kiri).

Katanya, menangani peningkatan kos sara hidup jelasnya merupakan agenda utama dalam manifesto BN untuk pilihan raya 2013, dan Putrajaya perlu menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet untuk mengkaji isu tersebut.

"Apabila pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurangan, ia menunjukkan seolah-olah kerajaan gagal mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya.

Beliau bagaimanapun turut menegaskan, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mempunyai penyelesaian terhadap perkara itu, sebaliknya menggunakan isu berkenaan demi kepentingan politik.

"Yang nyata, pembangkang juga tiada solusi. Bangkang dan bantah itu mudah. Penyelesaian? Mereka hanya gunakan situasi utk kepentingan politik," katanya.

Nur Jazlan mengatakan jika rakyat rasa tertipu sudah pasti mereka akan marah. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed  turut menyokong dapatan kajian UMCEDEL, dan menegaskan Putrajaya seharusnya "berterus-terang" dengan rakyat dan mengumumkan segala berita negatif seperti kenaikan kos sara hidup secara serentak.

"Lebih baik kerajaan berterus terang, apa lagi masalah negatif yang akan timbul dan menjejaskan rakyat, beritahu satu-satu.

"Rakyat jadi marah. Bukan sebab kenaikan kos, tetapi sebab kerajaan sudah tipu mereka," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Pulai.

Beliau turut melihat manifesto atau akujanji BN dalam pilihan raya lalu mengandungi janji-janji yang tidak realistik dan bertentangan dengan keadaan dan realiti semasa.

"Nak buat rumah PR1MA, sejuta dalam tempoh lima tahun, belum pernah ada dalam sejarah negara," katanya.

Beliau merujuk kepada program Perumahan Rakyat 1 Malaysia kerajaan untuk membantu pemilik rumah kali pertama yang menarik lebih 250,000 pemohon.

PR1MA sudah meluluskan 15 projek perumahan mampu milik untuk dibangunkan di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Bajet 2013, kerajaan memperuntukkan 500,000 rumah mampu milik dibina PR1MA menjelang 2018.

"Kalau kita tengok, kerajaan buat manifesto yang 'kurang munasabah' itu pun undi popular dah turun, ini menunjukkan kos kenaikan harga barang bukan punca utama sokongan kepada BN menurun, tetapi rakyat marah.

"Bila rakyat rasa kena tipu, kita buat apa pun tak guna. Kerajaan perlu jelas dan terus terang," kata Nur Jazlan. ~tmi


Iklan C (ii)



Putrajaya Bercakap Mengenai Perpaduan Tetapi Pada Masa Sama Menaja Perpecahan

Posted: 25 Dec 2013 06:37 PM PST


Kumpulan pendesak Melayu Perkasa mengakui agensi-agensi kerajaan membantu menaja beberapa program yang dianjurkan mereka dan mempertahankan tajaan tersebut sama seperti yang diberikan kepada kumpulan kaum lain.

Persoalannya, mengapa Putrajaya menaja kumpulan yang memperjuangkan perkauman tetapi pada masa sama mempromosikan perpaduan negara dengan inisiatif 1Malaysia.

Adakah masuk akal Putrajaya cakap lain tetapi perbuatannya lain pula?

Bolehkah mana-mana kerajaan atau agensinya menaja kumpulan yang memperjuangkan hak eksklusif kaum, meminta bahagian berdasarkan bangsa dan mahu bangsanya kekal dominan dalam sebuah negara berbilang kaum?

Bagaimana matlamat Perkasa berjalan selari dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan pentadbiran Najib ataupun cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu melihat bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 yang dicadangkannya pada tahun 1991? Atau adakah ia sekadar cakap kosong sahaja?

Penduduk Malaysia terdiri daripada 29 juta di mana kaum Melayu atau Bumiputera membentuk 60% daripada keseluruhan populasi, sementara bakinya terdiri daripada kaum Cina dan India.

Bagaimanakah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pelbagai bangsa ini boleh memenuhi kehendak hanya satu bangsa?

Bolehkah Malaysia mempunyai kerajaan yang melindungi dan mengambil berat semua rakyatnya dan bukan hanya satu kaum sahaja, melangkau retorik 1Malaysia dan menjalankan tanggungjawab tanpa berasaskan kaum?

Lagipun, jika Barisan Nasional (BN) serius dalam perpaduan negara, mereka seharusnya menjauhkan diri daripada kumpulan berasaskan kaum yang menyebarkan hak eksklusif dan membantu berdasarkan warna kulit.

Mungkin Putrajaya harus mendengar gesaan ahli politik veteran Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semasa berucap di mesyuarat agung tahunan Perkasa hujung minggu lalu.

Putera Kelantan tersebut atau dikenali sebagai Ku Li berkata, Perkasa perlu mencerminkan diri mereka dan bertanya mengapa dipersenda serta tidak diendah masyarakat Melayu walaupun perjuangan mereka adalah demi masyarakat Melayu.

Beliau berkata Perkasa dilihat banyak pihak sebagai punca perpecahan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Beliau berkata ini adalah pandangan yang merosakkan parti itu kerana perpaduan negara adalah sesuatu yang berharga di Malaysia.

Perpaduan negara adalah satu-satunya perkara yang diperjuangkan Putrajaya tetapi kumpulan seperti Perkasa dilihat sebagai menjadi batu penghalang, sambil menekankan keutamaan adalah untuk kaum Melayu. Bagaimana orang ramai boleh menerima hakikat Putrajaya menaja Perkasa?

Bolehkah Putrajaya menyalahkan sesiapa sahaja yang tidak dapat menerima hakikat ini? Perkasa sendiri telah mengakui menerima tajaan daripada Putrajaya.

Putrajaya perlu menilai diri mereka sendiri dan semua polisinya sebelum bercakap mengenai perpaduan negara.

Menaja program untuk kumpulan yang memperjuangkan hak sesuatu kaum hanya menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dan bukan keterbukaannya. ~tmi


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: