Isnin, 9 Disember 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apa lagi yang Umno mahu..??

Posted: 09 Dec 2013 09:01 PM PST

PERHIMPUNAN Agung Umno empat hari mengingatkan saya cerita rakan-rakan sewaktu di universiti dahulu, tentang bagaimana mereka dipau (peras ugut) semasa berada di Kuala Lumpur.

Nampaknya, perangai pemimpin-pemimpin Umno tak ubah seperti kaki-kaki pau, yang berbeza adalah darjatnya. Nampaknya, perhimpunan yang sepatutnya menjadi medan perbincangan  isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, menjadi medan perbincangan tentang bagaimana untuk mengekalkan kuasa dalam tangan mereka.

Sebelum pilihan raya dulu, Presiden Umno pernah berkata mereka prihatin dengan peningkatan kos sara hidup.

Tetapi setelah menang, gerakan "pau" rakyat bermula tanpa belas kasihan. Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, "rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara." Bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian pemotongan subsidi gula, pengenalan GST pada 2015 dan yang terbaharu, pengumuman kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

Mungkin Umno boleh mencanangkan Agensi Penarafan Antarabangsa Moody's menaiktarafkan kredit Malaysia kepada A3, tetapi kenapa langsung tidak ada yang mempersoalkan tentang ketirisan dan keborosan, serta gejala rasuah berleluasa yang menyebabkan taraf ini diturunkan terlebih dahulu? Nampaknya, mereka cuma berminat untuk mengambil langkah singkat untuk memenuhkan kembali kewangan negara dengan "pau" duit rakyat.

Ini dikatakan "orang lain boros belanja berhutang, rakyat kena 'pau' bayarkan."

Justeru, panggilan rakyat untuk reformasi dan bukan sekadar transformasi ekonomi mesti diambil kira bagi memulihkan dan meningkatkan pendapatan rakyat yang sentiasa mendatar yang akan memperluaskan lagi jurang kemiskinan dengan 'cukai' dan kos barang naik meninggi yang akan dipikul oleh majoriti orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang: Malaysia perlu jadi negara ajaib untuk lonjak ranking PISA

Posted: 09 Dec 2013 08:44 PM PST

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini sekali lagi menyelar sikap berdiam diri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kemerosotan ranking pelajar Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) 2012.
Lim mendakwa, antara punca yang menyebabkan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan itu berdiam diri adalah kerana tidak mempunyai rancangan padu untuk melonjakkan Malaysia ke dalam kelompok sepertiga teratas dalam PISA 2021.
"Untuk mencatat pencapaian sedemikian dalam empat ujian membabitkan tempoh tiga tahun iaitu 2015, 2018 dan 2021 Malaysia perlu mencatatkan peningkatan 111 mata daripada jumlah yang ada sekarang.
"Ia  sesuatu yang belum pernah dicapai oleh mana-mana negara, maka Malaysia perlu menjadi negara ajaib," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, buat masa ini Malaysia terperangkap dalam kelompok sepertiga tercorot dalam PISA, iaitu di bawah 450 mata untuk matematik.
Lim turut mempersoalkan sasaran Malaysia untuk meningkatkan ranking dalam kelompok sepertiga teratas dalam PISA dan menganggapnya sebagai tidak realistik.
Beliau juga menyifatkan peruntukan RM20 juta membayar perunding asing bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sebagai "angan-angan mat jenin".
Read More / Baca Lagi >>

Samad Said terima anugerah NGO pendidikan Cina

Posted: 09 Dec 2013 08:41 PM PST



 
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipilih sebagai penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok, anugerah berprestij dalam bidang pendidikan Cina kali ke-26 yang akan disampaikan pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur.

lim lian geok book launching 310710 booksAnugerah yang dinamakan sempena tokoh pendidikan Cina terkenal sebelum kemerdekaan itu (kanan) jarang-jarang diberikan kepada orang Melayu.

Menurut kenyataan penganjur Pusat Pembangunan Kebudaayaan Lim Lian Geok, Samad dipilih kerana terkenal sebagai pejuang sastera yang berani tampil mempertahankan hak bahasa ibunda dan tidak jemu merancakkan gerakan reformasi rakyat.

Beliau atau lebih mesra dengan panggila "Pak Samad" pernah memimpin gerakan mansuh sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pencalonan Samad dicadangkan oleh aktivis Dr Wong Chin Huat.
Read More / Baca Lagi >>

Syiling Hospital Serdang runtuh lagi kali ke-7

Posted: 09 Dec 2013 07:49 PM PST





 
Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.

Laporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.

Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.

Berdasarkan laporan harian itu juga, ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai berpindah ke kuarters lain atau atau menyewa di luar.

Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali syiling di hospital itu runtuh.

Dalam insiden sebelum ini, hampir 10 keping syiling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, berhampiran kaunter jururawat.

Syiah: Surat terbuka kepada Zahid Hamidi

Posted: 09 Dec 2013 07:32 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kedah Darulaman

Kepada

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno Malaysia
Pejabat Umno
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur

TUDUHAN SYIAH TERHADAP PEMIMPIN PAS: INGATLAH KEPADA ALLAH DATUK SERI

Datuk Seri,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam sikap tidak konsisten  Datuk Seri selaku Naib Presiden Umno dan seorang muslim berkenaan isu tuduhan syiah kepada pemimpin nombor dua PAS dalam ucapan penggulungan Datuk Seri di dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.

Datuk Seri mengatakan. "Kita tahu siapa pemimpin syiah dalam PAS, PAS ketepikan perbezaan politik, ini soal akidah dan soal masa depan negara, Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS". Video.  http:// www.youtube.com/ watch?v=G5bp_BocXWE

Pada hari berikutnya Datuk Seri bersilat lidah mengatakan Datuk Seri tidak menyebut nama individu tertentu. Sedangkan ia boleh ditafsirkan dengan jelas bahawa bayangan (innuendo) yang digunakan sangat jelas bahawa tiada orang yang dirujuk selain Tuan Haji Mohamad Sabu yang dipilih menjadi orang kedua dalam PAS.

Datuk Seri,

1. DPPNK menyeru agar kita semua bertaqwa kepada Allah dalam segala urusan kita. Sama ada ucapan dan perbuatan kita. Semua itu akan dipertanggungjawab di hadapan Allah.
Read More / Baca Lagi >>

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

Posted: 09 Dec 2013 07:12 PM PST

Oleh A Kadir Jasin
January 16, 2011

PEMBAHAS "Bawal" dalam perbincangan mengenai tajuk ""Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR." antara lain, berkata: "komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan."

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil "First Lady" atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan "First Lady" atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana "First Gentleman" atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

"NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.

However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas."

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.")

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Read More / Baca Lagi >>

Syiah: Mat Sabu tidak gentar pendedahan Zahid Hamidi

Posted: 09 Dec 2013 07:06 PM PST

Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.
Timbalan Presiden PAS itu berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan parti Islam itu baru-baru ini.
"Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu ketika ditemui The Malaysian Insider, malam tadi.
Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.
"Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia," katanya merujuk kepada Ahmad Zahid.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.
"Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SYIAH: SIAPA TIPU SIAPA...???

Posted: 09 Dec 2013 07:04 PM PST

Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar "orang nombor dua" PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

"Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.
Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/aY8_fNYihD8?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa "orang nombor dua" itu berfahaman Syiah.
Read More / Baca Lagi >>

JPJ Halang & Saman Lori Bantuan Mangsa Banjir

Posted: 09 Dec 2013 06:43 PM PST

Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam."

Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

"Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

"Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,"
katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.
Read More / Baca Lagi >>

‘Tentera Merah’ dan musibah bak kembar seiras

Posted: 09 Dec 2013 06:39 PM PST

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir. Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan  bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.

Saya menyemak kisah duka banjir kali ini di medan operasi dan juga fenomena media baru yang turut menambah perisa kepada tragedi banjir kemaman, Kuantan serta daerah lain. Nama Unit Amal atau pernah menggalang jolokan Tentera Merah kelihatan begitu hampir dengan relung hati mangsa banjir. Tentera Merah juga pernah mencuit hati mangsa banjir di Johor pada tahun 2007. Membuka ruang fikir masyarakat Johor bahawa gerakan Islam bukanlah jamaah takfir yang membina tembok kaca dengan masyarakat seperti yang cuba digambarkan oleh media perdana.

Rakyat Johor kelihatan kecewa dengan agensi kerajaan yang kelihatan agak lemah menjangkakan banjir besar yang akan menimpa Johor, bumi ditanam uri Umno pada tahun 1946. Sebab itu tidak mudah merombak keyakinan masyarakat Johor kepada parti pragmatis sekular itu sejak puluhan tahun. Tentera Merah yang datang dari seluruh negara mengucur keringat, membersihkan kediaman, memasak makanan, menyelamatkan mangsa banjir serta menenangkan mangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu bergantung kepada Allah, bukan Umno..!!

Posted: 09 Dec 2013 06:24 PM PST


A Shukur Harun

Mengikuti ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan perbahasan perwakilan di Perhimpuan Agung parti itu minggu lalu yang penuh dengan semangat perkauman, kita boleh merumuskan bahawa Umno berada di 'alam fantasi' kerana pemikiran mereka tidak berjejak di alam realiti negara ini.
Alam realiti itu ialah yang di luar PWTC, tempat Perhimpuan Agung Umno itu diadakan.  Di sana ada lebih 25 juta rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan kehidupan yang pelbagai, kepercayaan politik  pelbagai. Semuanya mencerminkan kemajmukan masyarakat majmuk di Malayasia, yang saya kira, Umno dan pimpinannya tidak berupaya memahaminya.
Apabila presiden bertanya, "Ke manalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno sudah tiada lagi. Di manakah lagi keluh kesah orang Melayu hendak dizahirkan, jika tidak di perhimpunan ini. Jika tidak kepada parti Umno ini". Ini suatu pertanyaan yang sama sekali tidak munasabah, ia boleh menjadi syirik Rububiyah, di luar logik akal dan boleh menjadi bahan kekeliruan yang sangat besar, justeru pertanyaan ini tidak mungkin dapat diterima oleh rakyat yang berfikir matang.
Ini kerana kuasa Allah menentukan segalanya, bukan manusia. Jika Umno percaya bahawa Umno menentukan nasib orang Melayu, ini bermakna melanggar hak Allah untuk menentukan hidup dan rezeki manusia. Cuma, manusia perlu berakhtiar untuk membina kehidupan.
Orang Melayu tetap boleh menjadi kaya raya, tanpa kehadiran Umno, jika rajin berusaha dan menambah ilmu. Tetapi jika mereka malas, walau di zaman Umno masih ada, ia tetap miskin dan ketinggalan. Kecuali mereka menjadi kaya jika melalui jalan mengampu, rusuah, penyelewengan dan sebagainya yang bertentangan dengan Islam.
Sebagai contoh, sebahagian besar orang Melayu di Singapura, walaupun tanpa kehadiran Umno di sana, mereka kini menikmati kehidupan selesa, walaupun tidak menjadi kaya raya. Ini kerana mereka berusaha keras mencari rezeki - bekerja dengan kerajaan dan swasta serta berniga sendiri. Mereka bekerja keras untuk survival.
Read More / Baca Lagi >>

Pembelaan OKU: Malaysia ‘kalah’ dengan Indonesia – Nurul Izzah

Posted: 09 Dec 2013 06:15 PM PST

ronasinaSHAH ALAM 9 DIS : Kerajaan Pusat perlu belajar daripada Indonesia yang lebih maju dalam memberi pendidikan kepada golongan kelainan upaya (OKU) bagi memastikan mereka terus mendapat pembelaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata golongan OKU berhak mendapat kemudahan pendidikan terbaik dan masyarakat perlu ada kesedaran membantu OKU khususnya untuk mendapatkan kemudahan perubatan.

"Dalam peperiksaan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA), negara kita kalah dengan Vietnam malah dalam penyediaan kepada pendidikan kepada OKU pula, kita kalah kepada Indonesia.
"Kita perlu memikirkan masa hadapan dan bergerak ke hadapan untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak," katanya pada majlis pelancaran buku Surat Untuk Anak di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Buku karya Mohd Affandi Ramli itu mengisahkan susah payah beliau dan isterinya, Raja Rohaisham Raja Muhaiddin menjaga dua anak yang lumpuh otak (Cerebral Palsy) sejak lahir.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya doktor wanita di bilik bersalin?

Posted: 09 Dec 2013 06:14 PM PST

Hidayat Hasni

Isu doktor lelaki bertugas menyambut kelahiran dan mengendalikan masalah bersalin bukanlah isu yang baru.
Namun, baru-baru ini, isu ini kembali hangat terutama di alam maya apabila ada permintaan dari masyarakat agar yang mengendalikan pesakit wanita di bilik bersalin hanyalah doktor perempuan.
Ramai yang sudah mengulas isu ini sama ada dari kalangan agamawan mahupun doktor. Tujuan tulisan kami ini bukanlah untuk menambahkan kekusutan, cumanya berhajat untuk menjelaskan keadaan dan bergerak ke arah penyelesaian.
Apa yang masyarakat terutama orang Islam inginkan?
Mereka mahukan bahawasanya yang merawat dan mengendalikan pesakit masalah perbidanan dan sakit puan terdiri hanya dari kakitangan perempuan.
Ini kerana, bahagian sensitif wanita terdedah sepanjang rawatan dan doktor juga terpaksa memeriksa dan menyentuh bahagian sulit tersebut. Maka tidak patutlah bagi seorang lelaki untuk terlibat dalam hal tersebut.
Apakah pandangan Islam?
Sebahagian sarjana membahagikan aurat kepada berat (kemaluan dan punggung) dan ringan. Melihat kepada aurat berat lebih kuat pengharamannya berbanding aurat ringan .
Asal hukum, aurat haram dilihat. Walaubagaimanapun sekiranya ada "dhorurat", maka dibenarkan.
Maka bagi tujuan perubatan, dibenarkan doktor lelaki untuk merawat pesakit yang berlawanan jantina kerana memelihara nyawa itu adalah terlebih utama daripada keharaman melihat aurat.
Seperti yang disebut oleh Khatib As-Syarbini As-Syafie: "Adalah harus untuk melihat dan menyentuh bagi tujuan berbekam dan rawatan, walaupun kemaluan, jika ada keperluan kepadanya, kerana pengharaman pada waktu tersebut boleh membahayakan. Maka bagi seorang lelaki merawat seorang perempuan dan sebaliknya adalah dibolehkan dengan syarat tidak ada perempuan yang mampu melakukan rawatan tersebut."
Tambahan untuk itu, doktor tersebut hendaklah bersama-samanya mahram atau wanita yang dipercayai, tujuannya untuk selamat dari fitnah (kejahatan). Maka inilah peranan chaperone seperti yang ada sekarang.
Ini disebutkan oleh Imam Zakarya Al Ansari: "Dalam proses rawatan yang memerlukan penglihatan (aurat), mestilah wujud bersama pesakit itu mahramnya, atau suaminya atau sesiapa sahaja yang diharuskan melihat (auratnya) tanpa sebarang hajat (pada keadaan biasa)."
Read More / Baca Lagi >>

Pengkritik desak sistem pendidikan Malaysia dibaik pulih

Posted: 09 Dec 2013 06:10 PM PST


Putrajaya perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sistem pendidikan sekarang mampu melahirkan pelajar lebih baik dalam standard antarabangsa. Gambar fail.Putrajaya perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sistem pendidikan sekarang mampu melahirkan pelajar lebih baik dalam standard antarabangsa. Gambar fail.Sistem pendidikan Malaysia kini berada di paras bahaya dan menunjukkan tanda amaran menyebabkan pemimpin pembangkang dan kumpulan tindakan menggesa langkah drastik diambil bagi menyelesaikan situasi itu, termasuk mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk memeriksa di mana silapnya.
Kerja baik pulih perlu dilakukan dalam sistem pendidikan sekarang berikutan pencapaian yang teruk, sehingga mendorong penggubal undang-undang dari Sarawak mendesak penubuhan RCI terutama apabila Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA).
Pencapaian Malaysia dalam penilaian terhadap pelajar 15 tahun menggunakan ujian matematik, membaca dan sains itu dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang yang menggesa sistem pendidikan negara diperbaharui selain mempersoalkan "sistem pendidikan terbaik di dunia" yang dibawa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata walaupun Malaysia mempunyai dua menteri pendidikan, standard pendidikan negara di peringkat antarabangsa terus turun.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS fokus belia untuk menang pilihan raya

Posted: 09 Dec 2013 06:09 PM PST


PAS bukan parti politik semata-mata, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.PAS bukan parti politik semata-mata, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizat Kaiat berazam akan memberikan tumpuan penuh kepada usaha mendekati anak muda daripada pelbagai kalangan sepanjang beliau memegang jawatan ini dan menghadapi segala cabaran mengenainya tanpa resah.
Walaupun sehingga kini belum berjaya menubuhkan kabinet sepenuhnya, Suhaizan berkata, beliau berazam untuk  membawa pemuda PAS ke satu kedudukan yang  boleh membantu PAS memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Misi saya adalah mendekati anak muda. Saya akan jadikan ini sasaran saya kerana yakin hanya dengan cara ini Pemuda PAS dapat memberikan sumbangan terbaik untuk parti," katanya dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.
Suhaizan menang dalam perebutan sengit untuk memimpin Pemuda PAS apabila berjaya mengalahkan dua pencabar iaitu Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Syarif.
Suhaizan menang ketika polemik mengenai Pemuda PAS yang dilihat terpinggir dalam isu nasional terus menjadi topik perbincangan sejak kebelakangan ini. Polemik ini berlanjutan kerana Pemuda PAS tewas dengan sentimen yang membandingkan kepimpinan Pemuda PAS dengan ikon Pemuda lain seperti Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, Anthony Loke atau Pemuda daripada parti lain.
Namun, jika dilihat daripada segi kekuatan ahli, Pemuda PAS jauh di hadapan berbanding sayap pemuda parti lain. Malah kekuatan itu sering ditumpang oleh parti lain semasa pilihan raya umum (PRU). Tidak keterlaluan jika dikatakan, tanpa kekuatan ahli PAS, PKR mungkin akan lumpuh di beberapa kawasan semasa PRU13 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Berpura-Pura Tanda Syiah, Dalam UMNO Pun Ramai Penganutnya..!!

Posted: 09 Dec 2013 05:59 PM PST

Dalam reaksi awalnya mengenai dakwaan yang dibuatnya di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu bahawa orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti terperinci mengenainya akan dibuat dalam sidang akhbar khas yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya akan mendedahkan bukti-bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu dan pemimpin yang didakwa itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam amalan Syiah itu.

"Kenapa dia perlu takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," tegas Naib Presiden UMNO itu lagi.

Adoyai, takkan sikap berpura-pura boleh dikaitkan dengan Syiah!

Sementara menunggu sidang akhbar khas itu diadakan dan bukti-bukti lain didedahkan, sehingga ini pemahaman Zahid ialah orang-orang yang berpura-pura sudah boleh dikategorikan sebagai pengamal ajaran Syiah. Tidakkah ini lawak jenaka jadinya?

Mengaitkan sikap dan perangai berpura-pura sebagai elemen Syiah adalah terlalu dangkal dan lemah. Pura-pura ialah salah satu sikap dan perangai manusia. Ia tidak ada kena-mengena dengan agama atau amalan Syiah. Berpura-pura juga tidak mengenal agama, bangsa dan warna kulit.

Dalam Islam ada orang yang berpura-pura, di kalangan bukan Islam pun ada. Di kalangan orang putih atau di kalangan orang Negro pun ada sikap itu. Begitu juga di kalangan bangsa dan agama lain. Pendeknya, sikap dan perangai berpura-pura ini boleh didapati di mana-mana saja. Ia ada di Amerika, di negara-negara Arab, di zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Di negara kita pun ramai yang berpura-pura.

Ia juga tidak mengenal Islam atau bukan Islam, Syiah atau bukan Syiah.
Read More / Baca Lagi >>

Pelantikan pemimpin menurut Islam

Posted: 09 Dec 2013 05:52 PM PST

DARIPADA Abu Musa r.a katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah.

Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu Baginda bersabda : "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya."

Hadis di atas menjelaskan satu kaedah yang penting dalam pelantikan sesuatu jawatan kepimpinan atau kuasa tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan daripada yang memintanya atau tamakkan kuasa.

Ini kerana jawatan dalam Islam adalah amanah dan ia diterima dengan tanggungjawab serta perasaan takutkan ALLAH SWT, sedangkan mereka yang meminta atau tamakkannya adalah tanda golongan yang berasa besarnya tanggungjawab di hadapan ALLAH.

Oleh itu menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamak akan kuasa.

Al-Qadhi al-Baidawi dalam menghuraikan persoalan meminta jawatan kepimpinan berkata: "Tidak sewajarnya bagi yang berakal bergembira dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan penyesalan."

Berkata al-Muhallab pula: Keinginan untuk memperoleh kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah.

Dengan demikian, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamak kuasa dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka ia tidak dilantik.
Read More / Baca Lagi >>

Pas sudah pantau, tak ada ahli terlibat Syiah...KDN sila buktikan..!!!

Posted: 09 Dec 2013 05:48 PM PST

Nik Abduh Nik Abdul Aziz 
SHAH ALAM - Pas mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendedahkan bukti keterlibatan pemimpin parti itu yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bakal mendedahkan bukti didakwa hanya sekadar mainan mahu mendapatkan sokongan politik.

"Berdasarkan pemantauan, tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini."Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja. Jika KDN ada bukti, sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini" katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Brotherhood leader in court, Cairo clears up after clashes

Posted: 09 Dec 2013 05:35 PM PST



Palestinian claim apartheid

Posted: 09 Dec 2013 05:33 PM PST



The Stream - Life after Madiba

Posted: 09 Dec 2013 05:32 PM PST



Mangsa banjir Kuantan marah, mahu ‘benam’ Bung Mokhtar

Posted: 09 Dec 2013 05:22 AM PST

Kemarahan mangsa banjir di Kuantan terhadap pemimpin BN khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meluap-luap sehingga mengancam tidak membenarkan beliau menjejakkan kaki di Kuantan.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata luahan kemarahan itu disampaikan kepada beliau ketika beliau sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir sekitar daerah terbabit.
"Rata-rata mangsa banjir tahu isu saya membawa usul isytihar darurat di Kuantan, tetapi dibantah keras Bung Mohtar dalam Dewan Rakyat Selasa lalu. Memang ramai yang cukup marah.
"Oleh sebab itu, mereka cukup marah pada Bung Mohtar, mereka anggap Bung Mohtar tidak peka penderitaan mangsa banjir, hingga mereka kata tidak akan benarkan Bung Mohtar datang ke Kuantan tetapi kalau datang juga nak dibenamkan Bung Mohtar," kata Fuziah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Bagaimanapun Fuziah, sebagai pemimpin di kawasan itu menasihati agar mangsa banjir di pusat pemindahan banjir terbabit supaya bertenang dan bersabar dengan tidak terlalu mengikut emosi yang dalam kemarahan.
Kemarahan itu diluahkan gara-gara tindakan Bung Mohtar yang mempersendakan usul perisytiharan darurat di tiga kawasan yang dilanda banjir besar, Kuantan Indera Mahkota dan Paya Besar yang dibawa Fuziah.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid : Lebih baik Najib buang semua menteri, ganti dengan Rosmah

Posted: 09 Dec 2013 04:16 AM PST

Rosmah-Private-Jet-300x202SHAH ALAM 9 DIS : Tindakan pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jasanya seolah-olah mempersetujui Rosmah untuk terus mendapat 'lesen besar' untuk menggunakan duit atau kemudahan kerajaan dengan skala yang lebih besar.
Pujian terbabit juga dilihat sebagai menangkis kecaman kepada Rosmah yang menggunakan jet eksekutif ke Qatar, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata seharusnya pemimpin atau ahli Umno boleh bertindak menegur tindakan Rosmah itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lalu.
Namun, katanya, sudah menjadi amalan dalam ahli Umno yang bersifat 'mengampu' seterusnya mengiyakan perkara yang berlaku.
"Itu yang menjadi masalah dalam Umno ini semua pengampu, walaupun sudah jelas isu itu tetapi masih lagi mahu sokong, dalam PAU sepatutnya beliau (Rosmah) ditegur tapi semua hanya mengiyakan sahaja, ini menjadi masalah kalau ada pemimpin begitu dan pengikut pun begitu.
"Tidak salah jika mereka menegur tetapi bagi saya budaya ini akan berterusan dan jika harapkan teguran pembetulan dilakukan ia tidak akan berlaku kerana budaya politik dalam Umno memang tidak akan berlaku," katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor optimis selesai penstrukturan industri air

Posted: 09 Dec 2013 04:15 AM PST

air-syabas_MBaSHAH ALAM, 9 DIS : Kerajaan Selangor berpandangan positif terhadap pengstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan kini adalah tertumpu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Puncak Niaga dan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung pengambilalihan itu.
"Kita rasa optmistik tentang penyelesaiannya apabila penyusunan semula diterima oleh kedua-dua pihak," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, hari ini.
Kerajaan Selangor sebelum ini mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir Terengganu, Johor, Pahang makin surut

Posted: 09 Dec 2013 04:02 AM PST

banjir
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Johor dan Pahang semakin pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat 5 petang ini.

Di Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan beberapa jalan utama iaitu Kuala Terengganu-Kuantan dan Lebuhraya Jerangau-Jabor serta jalan pantai kini dibuka kepada semua kenderaan.  

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri itu juga berada di bawah paras amaran.

Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di negeri itu kian berkurangan kepada 15,876 orang berbanding 22,617 orang pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka terdiri daripada 3,475 keluarga yang berada di 45 pusat pemindahan di Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Marang.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: