RAKYAT MARHAEN |
- PAU2013: ‘Dakwa mereka yang salah urus perbelanjaan negara’ - Pemuda Umno
- PAU2013: Umno “tutup” tanpa Wanita, kata Shahrizat...ha.ha..ha..!!!
- PAU2013: Perwakilan Diminta Bersuara Mengenai Peranan Peguam UMNO..??
- Rayuan Isu Pelajar2 St Thomas yang dipindah daripada 2 buah Sekolah - MP PKR Kuantan
- BN Govt to save RM2b after power subsidy cut
- PKR anjur program latihan politik, sedia pemimpin pelapis wibawa
- Rekod urus bajet negara turunkan penarafan kredit Malaysia
- Indeks Persepsi Rasuah masih buruk walaupun peruntukan berjuta, kata DAP
- Patut ramai orang macam Yb Dr Rani Othman...
- Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno
- Dewan Rakyat 4 Dis 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Panas!! Isu Kebocoran Soalan SPM 2013 - Usul 18 (1) MP DAP Sandakan
- Isu banjir Kuantan Pahang usul tergempar oleh MP PKR Kuantan..
- BANJIR BESAR: MP PKR KUANTAN MOHON ISTIHAR DARURAT DIPARLIMEN DAN MOHON BANTUAN DIHANTAR SEGERA
- Kemaman tenggelam, Adun PAS cadang kerajaan isytihar darurat
- Tarif elektrik naik, inflasi meningkat - Tan Sri Dr Zeti
- SABASUN: Kronologi, Kontroversi & Hukumnya Dalam Islam
- PAU2013: UMNO masih berjanji...dan berjanji... !!! Rakyat terus dicapati....
- Profesor didakwa pengganas akhirnya berjaya cabar kerajaan Amerika Syarikat di mahkamah
- Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata?
- Harga naik: Rakyat tak puas hati terhadap kerajaan Umno@BN..!!!
- Rahmat Untuk Semua: PAS akan diuji dalam isu Melayu
- Dr Rani buat kenduri kesyukuran tidak dilantik pesuruhjaya Selangor
- Rasuah Dan Salah Guna Kuasa: Kata putus di tangan Najib terhadap tuduhan ke atas Peguam Negara, kata pengkritik
- Pasca PRU13: Apabila PM Najib kemaruk naikkan harga...rakyat jadi hamba abdi pemimpin Umno@BN..!!!
PAU2013: ‘Dakwa mereka yang salah urus perbelanjaan negara’ - Pemuda Umno Posted: 03 Dec 2013 08:51 PM PST Pemuda memandang serius hal ini dan mendesak agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang terbukti bersalah. Menurut ketuanya, Khairy Jamaluddin, Pemuda memandang serius hal ini dan mendesak agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang terbukti bersalah. " Jika ada salah laku yang nyata, kita wajib dakwa, jangan sampai rakyat tertanya-tanya.," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda di Perhimpunan Agung Pemuda Umno di PWTC pagi ini. | ||||
PAU2013: Umno “tutup” tanpa Wanita, kata Shahrizat...ha.ha..ha..!!! Posted: 03 Dec 2013 08:49 PM PST Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) memulakan Perhimpunan Agung Umno 2013 dengan suara yang amat lantang terhadap kepimpinan parti apabila membayangkan Umno bakal "tutup" tanpa penglibatan sayap pergerakan Wanita parti itu. Shahrizat dalam ucapan dasar di hadapan 983 perwakilan sayap Wanita itu berkata, tanpa penglibatan Wanita Umno juga, banyak cawangan dan bahagian Umno akan tutup kerana tidak mempunyai keanggotaan yang mencukupi. "Kalau tiada kami (Wanita) takut tutup bahagian dan cawangan. Program tak cukup (orang)," katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. "Saya nak maklumkan kepada wakil MT. Kalau Wanita tidak bagi semua ni jangan haraplah. Berkeliaran mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PAU2013: Perwakilan Diminta Bersuara Mengenai Peranan Peguam UMNO..?? Posted: 03 Dec 2013 08:48 PM PST Dalam kehangatan perhimpunan agung UMNO yang baru bermula semalam dan semua pihak tertunggu-tunggu isu yang bakal menjadi sentuhan perwakilan kali ini, terdapat perwakilan yang berbual-bual di sekitar PWTC membangkitkan mengenai peranan sebenar peguam UMNO yang tidak begitu jelas fungsinya sekarang ini. Peguam UMNO yang dikenali sebagai Hafarizam Harun itu didapati seperti tidak menjalankan fungsinya yang sebenar sebagai peguam serta jauh berbeza debgan peguam Pas, Hanifa Maidin serta peguam PKR Lateefa Koya yang didapati begitu aktif menjalankan peranan membela ahli dan pemimpin masing-masing yang didapati terlihat dengan tindakan saman atau pertikaian undang-undang. Hafarizam sebaliknya didapati tidak pernah berperanan langsung jika ahli dan pemimpin UMNO terlibat dalam kes mahkamah dan tindakan undang-undang. Kali terakhir beliau didapati berperanan ialah ketika mewakili UMNO dalam petisyen pilihanraya yang dipertikaikan keputusannya, sama ada oleh Pas atau PKR, beberapa bulan lalu. Namun selepas itu, kelibatnya langsung tidak kelihatan sedangkan dalam beberapa kes yang saman yang melihatkan pemimpin UMNO, beliau seharusnya turut memainkan peranannya. Misalnya dalam kes Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disaman oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Hafarizam didapati tidak berperanan langsung sedangkan KJ adalah pemimpin kanan UMNO. Perwakilan juga turut membangkitkan ketika Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dipertikaikan peranan dan dicalarkan imejnya berkaitan skandal lembu NFC, Hafarizam juga langsung tidak muncul memberi nasihat guaman kepada Shahrizat tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertahankan dirinya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Rayuan Isu Pelajar2 St Thomas yang dipindah daripada 2 buah Sekolah - MP PKR Kuantan Posted: 03 Dec 2013 08:43 PM PST | ||||
BN Govt to save RM2b after power subsidy cut Posted: 03 Dec 2013 08:39 PM PST The government will save RM4 billion after reducing subsidies to the power sector but would still have to pay out about RM2 billion in other subsidies to help the lower income group. KUALA LUMPUR: The government expects to cut expenditure by RM2 billion annually from the reduction in subsidies for the power sector. Energy, Green Technology and Water Minister Dr Maximus Ongkili said the government will save RM4 billion after reducing subsidies to the power sector, but would still have to pay out about RM2 billion in other subsidies to help the lower income group. The government's annual subsidy bill is between RM10 billion and RM12 billion annually. "The savings will be about RM4 billion at input level but by the time we take care of the affected people, it might cancel some of it out. "There will be substantial saving by the government. I am looking at about 50% of the RM4 billion. We are also crunching the exact numbers," Ongkili told the media after launching a two-day Asian Green Conference in Petaling Jaya yesterday. On Monday, the minister announced a 15% hike in power tariffs that will be implemented from Jan 1, 2014, when consumers will see new electricity prices ranging from 33.54 sen per kWh to 38 sen per kWh. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PKR anjur program latihan politik, sedia pemimpin pelapis wibawa Posted: 03 Dec 2013 08:38 PM PST SUBANG 4 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan program Latihan Eksekutif Keadilan bagi memberikan pendedahan awal kepada generasi muda terhadap dunia sebenar politik negara. Program membabitkan 21 anak tempatan yang masih menuntut di beberapa universiti tempatan, Australia, Amerika Syarikat, Singapura dan Belanda itu akan menjalani pelbagai latihan amali sepanjang latihan berlangsung. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata antara latihan yang akan dijalani penuntut yang sedang bercuti musim panas itu termasuk bertemu masyarakat akar umbi, membuat dasar, bertemu media, pengurusan organisasi, pengurusan media baru dan sejarah parti. "PKR adalah parti yang lebih ke hadapan dalam menyediakan pemimpin pelapis melalui latihan seperti ini sehingga Barisan Nasional (BN) sendiri cuba meniru kita tetapi tidak mempunyai modul yang tersusun," katanya dalam Majlis Pelancaran Program Latihan Eksekutif Keadilan, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Rekod urus bajet negara turunkan penarafan kredit Malaysia Posted: 03 Dec 2013 08:36 PM PST Walaupun menyifatkan dua langkah kerajaan itu sebagai "langkah berpotensi yang membina", Fitch Ratings mengekalkan penarafan kredit Malaysia kepada "A-" daripada "A" berdasarkan rekod prestasi kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam menguruskan bajet negara, lapor The Edge edisi 4 Nov. Isu penurunan perkadaran Fitch pernah dikemukakan wartawan Bloomberg kepada Najib ketika diwawancara di Putrajaya, Oktober lalu. Keputusan Fitch Ratings menurunkan pengkadaran kredit Malaysia dari A kepada –A secara relatifnya suatu berita yang memalukan Malaysia dan perkembangannya turut diikuti di seluruh dunia kewangan antarabangsa. | ||||
Indeks Persepsi Rasuah masih buruk walaupun peruntukan berjuta, kata DAP Posted: 03 Dec 2013 08:35 PM PST Putrajaya dikecam ekoran kegagalan dalam usaha membanteras rasuah walaupun berjuta wang dihabiskan, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) selepas laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan semalam. Beliau berkata, peningkatan kecil dalam laporan CPI yang diumumkan oleh Transparency International adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali. "Peningkatan yang marginal ini sama sekali tidak boleh diterima ketika banyak duit dibelanjakan untuk memperbaiki ketelusan dan mengurangkan rasuah," katanya. Malah, peruntukan tambahan berjumlah jutaan ringgit juga disalurkan ke makmal Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 selain iklan-iklan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). "Pencapaian ini sukar untuk dibanggakan. "Malaysia masih lagi ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Hong Kong (15), Jepun (18), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36), Brunei (38) dan Korea Selatan (46)," katanya. Dr Ong berkata, berdasarkan keputusan skor yang dibentangkan semalam, menunjukkan mata yang dikutip Malaysia dalam 9 skop tinjauan adalah hampir sama dengan laporan tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Patut ramai orang macam Yb Dr Rani Othman... Posted: 03 Dec 2013 08:34 PM PST Saya berharap ramai orang-orang macam Dr Rani Othmman, Adun Meru Selangor di dalam Pas yang reda atas apa yang berlaku dan seronok pula dengan apa yang berlaku. Sekiranya orang berpolitik semacam beliau, nescaya dunia politik ini akan reda dan terhindarlah perbalahan atau krisis sesama sendiri yang boleh meretakkan parti kerana merbeut jawatan.
Mungkin kalau kedudukannya tidak dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali... bahawa Dr Rani telah minta agar jawatannya sebagai pesuruhjaya Pas Selangor tidak diteruskan selepas muktamar ke 59 lalu, mungkin ada orang menganggap penguguran itu ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Tetapi mujurlah Mustapa menjelaskan pengguguran itu adalah atas permintaan Dr Rani sendiri. Menurut Mustapa sebelum muktamar Dr Rani menulis surat kepada presiden agar tugasnya sebagai Pesuruhjaya tidak lagi disambung. Sebenarnya penolakan seperti itu bukan sekali ini sahaja, (Dr Rani seronok dan redha), tetapi sudah ada kejadian sebelum ini yang memperlihatkan siapa dia Dr Rani sebenarnya. Dia seorang yang tulus dan ikhlas dalam perjuangan dan tidak mengejar pangkat dan kedudukan. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno Posted: 03 Dec 2013 08:30 PM PST SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM. Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim. Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata, beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno. Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah. | ||||
Dewan Rakyat 4 Dis 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 03 Dec 2013 08:24 PM PST | ||||
Panas!! Isu Kebocoran Soalan SPM 2013 - Usul 18 (1) MP DAP Sandakan Posted: 03 Dec 2013 08:23 PM PST | ||||
Isu banjir Kuantan Pahang usul tergempar oleh MP PKR Kuantan.. Posted: 03 Dec 2013 08:21 PM PST | ||||
BANJIR BESAR: MP PKR KUANTAN MOHON ISTIHAR DARURAT DIPARLIMEN DAN MOHON BANTUAN DIHANTAR SEGERA Posted: 03 Dec 2013 08:05 PM PST | ||||
Kemaman tenggelam, Adun PAS cadang kerajaan isytihar darurat Posted: 03 Dec 2013 07:35 PM PST Kerajaan dicadang mengisytiharkan darurat di Kemaman, Terengganu kerana puluhan ribu terperangkap dalam banjir yang paling besar dalam sejarah bandar itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, berkata kerajaan perlu mengabil tindakan segera bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap. "Banjir menenggelamkan seluruh bandar Kemaman. Kita yakin ramai yang terperangkap di kampung terpencil," katanya ketika menghubungi The Malaysian Insider. | ||||
Tarif elektrik naik, inflasi meningkat - Tan Sri Dr Zeti Posted: 03 Dec 2013 07:04 PM PST Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dipetik Bernama sebagai berkata, semakan itu dijangka memberi kesan inflasi sementara yang akan naik kepada kadar 3.0 peratus berbanding 2.8 peratus sekarang. "Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini semalam. Isnin lau, kerajaan secara rasminya mengumumkan kadar tarif elektrik naik sebanyak 14.98 % atau 4.99 sen berkuatkuasa Januari tahun depan. Dengan kenaikan itu harga semasa yang ketika ini 33.5 sen per kwj meningkat kepada 38.53 sen per kwj. Turut berlaku kenaikan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. | ||||
SABASUN: Kronologi, Kontroversi & Hukumnya Dalam Islam Posted: 03 Dec 2013 06:37 PM PST Ramai yang masih belum faham kenapa konflik isu Sabasun menjadi hangat semenjak dua menjak ini. Dan apa signifigan dan kesannya kepada sistem sosial dan ekonomi Islam di Malaysia amnya serta di Terengganu khususnya. Apa pula sudut pandang hukum Islam dalam polemik Sabasun ini? Ayuh kita bongkar! Penjelasan Pemilik Sabasun [Kronologi & Kontroversi] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan. Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil duapintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.
Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut. Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma. Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi 'compretitor', berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga. Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, "kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang". Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan. Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.
Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. 'In other', nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PAU2013: UMNO masih berjanji...dan berjanji... !!! Rakyat terus dicapati.... Posted: 03 Dec 2013 06:14 PM PST Saya telah mengikuti sebahagian ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang di akui oleh Muhyidin sendiri. UMNO katanya tetap mempertahankan Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat beliau untuk memasukkan ahli Sunnah waljamaah di dalam perlembagaan negara. Muhyidin berkata UMNO menentang usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya. Semua yang di sebut oleh Muhyidin itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai sekarang ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Profesor didakwa pengganas akhirnya berjaya cabar kerajaan Amerika Syarikat di mahkamah Posted: 03 Dec 2013 06:06 PM PST Profesor Rahinah Ibrahim (gambar) akhirnya berjaya mencabar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memasukkan namanya sebagai pengganas dalam pengkalan data rahsia mereka di mahkamah San Francisco semalam. Rahinah, dekan fakulti rekabentuk dan arkitek, berjuang selama lapan tahun dalam sistem keadilan Amerika bagi membuang namanya dalam pengkalan data itu selepas ditahan di lapangan terbang San Francisco 2005 lalu ketika dalam perjalanannya dari Malaysia dan singgah di Hawaii. Menurut laporan Associated Press (AP) yang memetik kenyataan peguam Rahinah, Elizabeth Pipkin, adalah hampir mustahil untuk membuang sebarang nama yang dimasukkan ke dalam data itu. Peguam berkata demikian dalam kenyataan pembukaan dalam perbicaraan di San Francisco. Wanita berusia 48 tahun itu menafikan sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas ketika disoal siasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada 2004. Sejak penahanannya pada 2005, beliau disekat daripada memasuki AS, lapor AP berdasarkan laporan akhbar Amerika, San Jose Mercury News. AP juga melaporkan, beliau dilarang memasuki AS walaupun untuk membuat kenyataan dalam perbicaraannya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata? Posted: 03 Dec 2013 06:02 PM PST A Kadir Jasin TAJUK berita akhbar The Star pada 3 Disember berbunyi "Najib: We must be the people's party". Dalam bahasa Melayu "Najib: Kita wajib menjadi parti rakyat". "Kita" dalam ayat di atas merujuk kepada Umno. Soalnya, sejak bila pula Umno bukan parti rakyat? Atau, jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti "warlords" dan parti laki-bini. Ataupun Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno mengakui selama ini parti itu tidak cukup mengutamakan rakyat jelata, terutamanya orang Melayu dan Bumiputera? Itulah yang terserlah ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 5 Mei lalu apabila Mohd Najib begitu menguar-uarkan undi Cina dan India sebagai pemangkin kemenangan Barisan Nasional (BN). Tetapi yang akhirnya menyelamatkan beliau daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina adalah orang Melayu dan Bumiputera di kampung-kampung. Umno Dahulukan Rakyat? Berita Harian pula, pada hari yang sama, memetik beliau sebagai berkata kepemimpinan parti "perlu beri isyarat jelas bahawa Umno sentiasa dahulukan rakyat." Dalam Mohd Najib berikrar, berjanji mendahulukan rakyat, muka depan The Star memuatkan berita bertajuk "Painful but necessary" (sakit tapi diperlukan) yang merujuk kepada kenaikan 14.89 peratus tarif elektrik bagi Semenanjung dan 16.9 peratus bagi Sabah mulai 1 Januari ini. Tarif tidak naik di Sarawak kerana negara itu memilih untuk melaksanakan autonominya dengan tidak menurut jejak kerajaan pusat. Sarawak menjana dan mengedarkan sendiri keperluan elektriknya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Harga naik: Rakyat tak puas hati terhadap kerajaan Umno@BN..!!! Posted: 03 Dec 2013 06:01 PM PST KUALA LUMPUR - Walaupun kerajaan sudah berusaha memberi alasan kenapa kadar tarif elektrik perlu dinaikkan awal bulan depan, banyak pihak masih tidak puas hati dengan tindakan itu. Apakah perasaan pihak-pihak yang membantah itu, yang meliputi NGO dan pemerhati, boleh dipandang remeh atau diperlekehkan? Daripada pengalaman lalu, apa yang mereka luahkan ada logiknya dan adalah sesuatu yang wajar sekiranya cadangan mereka diberi perhatian. Perlu diingat, selepas PRU13 pada 5 Mei lalu, beberapa perubahan telah berlaku. Yang paling awal dan tentunya yang paling menimbulkan keresahan banyak pihak adalah pemotongan subsidi yang menyebabkan RON95 naik 20 sen seliter. Kenaikan harga petrol itu mempengaruhi peniaga dan pengusaha kenderaan dan lain-lain perkhidmatan segera menaikkan harga barang dan tambang atau meminta kenaikan setengah harga barang dan tambang dipertimbangkan. Kenaikan harga gula tidak lama lepas itu memaksa banyak lagi peniaga dan pengusaha menaikkan harga barang dan caj perkhidmatan. Ia tidak berhenti di situ sahaja. Keazaman kerajaan untuk menyuburkan ekonomi melihat penglibatannya dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dengan 11 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan penguatkuasa sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST). TPP akan dibincangkan di taraf muktamat di Singapura pada 7 Disember ini, sementara GST sudah diumumkan perdana menteri akan dilaksanakan mulai April 2015. Dengan rancangan itu yang dikhuatiri menambah beban rakyat, apakah mereka boleh dipersoalkan apabila bertanya kenapa harga barang dan caj perkhidmatan perlu dinaikkan? Maka dengan apa yang berlaku, mereka boleh dimaafkan apabila menjadi bimbang dan meminta kerajaan kaji semua segala yang disusun ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Rahmat Untuk Semua: PAS akan diuji dalam isu Melayu Posted: 03 Dec 2013 05:58 PM PST HARAKAH: Tema Muktamar Tahunan PAS ke-59 menarik, unik - "Rahmat Untuk Semua". Apa respons YB keseluruhannya? MUJAHID: PAS mengangkat tema yang menarik setiap kali muktamar dan ia adalah satu gagasan pemikiran dan gerak kerja parti mendepani arus dan menyusun langkah ke hadapan mencapai cita-citanya. Tema kali ini melambangkan hasrat PAS ingin menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangannya merentasi semua kaum dan agama iaitu "Rahmat Untuk Semua". Apa yang lebih menarik ialah, tema ini bukan sekadar retorik, tetapi PAS sebenarnya telahpun menghidupkan kata-kata itu sepanjang aktivitinya melalui usaha dialog dan perundingan tatkala komponen Umno-BN lain memilih jalan provokasi dalam isu-isu sensitif negara. Presiden PAS dengan tegas menyatakan sikap "Rahmat Islam" dalam isu kalimah Allah, isu Sunni-Syiah dan perlaksanaan undang-undang Islam. Uniknya ialah apabila PAS sebagai gerakan Islam yang berhadapan dengan komposisi 50-50 peratus, menjadi contoh bagaimana ia mampu meneruskan agendanya. Maka tema "Rahmat Untuk Semua" boleh dijadikan rujukan kepada gerakan Islam yang lainnya dari sudut dokumentasi dan pengajaran. Temanya universal, bagaimana ia dapat direalisasikan dalam masyarakat? Cabaran melaksanakan tema ini memang besar kerana ia adalah pengisytiharaan terhadap sistem dan cara pentadbiran negara yang bobrok dan boros. Iaitu nilai yang amat kontradik dengan sikap "Rahmat" yang diajukan Presiden PAS. Secara mendasarnya sistem masyarakat hari ini yang melihat segala sesuatu dari lensa perkauman dan agama yang sempit telah memporak-perandakan asas keharmonian masyarakat kita. Untuk merealisasikannya, ia bermula dengan memahamkan semua segmen masyarakat tentang keluasan dan kerahmatan Islam yang bertentangan dengan konsep Islam Melayu, Melayu Islam yang dijaja oleh Umno dan seumpamanya. Kedua ialah menghidupkan budaya merentasi kaum dalam organisasi PAS melalui pengukuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP dalam budaya PAS. Dan ketiga ialah menjurus fokus parti selain gerak politik iaitu mengenengahkan dasar sosial, ekonomi dan pendidikan yang memperlihatkan erti keadilan, kesaksamaan dan kedamaian. Semua pihak dalam PAS berperanan mengoperasikan tiga daerah fokus di atas sebagai implikasi kepada tema yang dipersetujui oleh semua ahli PAS dalam muktamarnya tempoh hari. Tapi rakyat nak tengok teladan yang praktikal. Soalnya mampukah PAS tonjolkan "Rahmat Untuk Semua" berdasarkan gelagat dan polisi parti, kerajaan yang diperintah? Read More / Baca Lagi >> | ||||
Dr Rani buat kenduri kesyukuran tidak dilantik pesuruhjaya Selangor Posted: 03 Dec 2013 05:57 PM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Othman, meraikan 'pembebasan' beliau daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan mengadakan kenduri kesyukuran, malam tadi. Beliau meraikan rakan dan penyokongnya dengan kambing dan ayam bakar di Markas PAS Bukit Kapar. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mustafa berkata, sebelum muktamar PAS ke-59, Dr Rani menghantar surat kepada Presiden PAS untuk memohon agar beliau tidak dipilih lagi untuk jawatan itu. "Kepada saya pula Dr Rani berkata, sila berikan sebab kenapa saya perlu dikekalkan sebagai PJ," katanya. Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Exco kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Tindakan tidak memilih Dr Rani amat memeranjatkan kerana beliau dikatakan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor paling berjaya berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-13 Mei lalu. Di bawah pimpinannya, PAS Selangor berjaya mengecap kejayaan paling cemerlang apabila PAS berjaya menambah tujuh kerusi DUN kepada 15 di Selangor di samping mengekalkan jumlah kerusi Parlimen. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 03 Dec 2013 05:55 PM PST Semua mata tertumpu ke atas Datuk Seri Najib Razak agar kerajaannya tidak turut terjejas dengan sikap berdiam diri Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail susulan dakwaan salah guna kuasa yang dibuat oleh seorang bekas pegawai tinggi polis baru-baru ini. Pengkritik menyifatkan dakwaan ke atas Abdul Gani adalah serius, penglibatannya dalam pemalsuan bukti kes mata lebam dan wujud elemen kecuaian sehingga menyebabkan kekalahan dalam kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura bukan suatu perkara yang remeh. Tekanan berada kini kepada Putrajaya untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memaksa Abdul Gani dan pihak terlibat menjawab dakwaan yang dibuat dalam Perakuan Bersumpah (SD) 31 muka surat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim pada Oktober lalu. "Sebuah RCI adalah telus kerana ia akan terbuka kepada umum," kata Pengerusi DAP Karpal Singh sambil sambil menambah salah guna yang dibangkitkan dalam SD adalah sangat serius dan mempunyai implikasi besar. Pengasas bersama Lawyers for Liberty, Eric Paulsen juga menegaskan pendedahan Mat Zain adalah serius kerana beliau menuduh Abdul Gani memalsukan bukti dan terlibat dalam amalan rasuah. "Membiarkan isu ini melarat akan menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap Abdul Gani lebih buruk, sama ada beliau patut kekal sebagai Peguam Negara ataupun sebaliknya," katanya kepada The Malaysian Insider. Paulsen berkata, Najib perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat semua dakwaan termasuk memberi cadangan tindakan susulan terhadap mereka yang bersalah. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Pasca PRU13: Apabila PM Najib kemaruk naikkan harga...rakyat jadi hamba abdi pemimpin Umno@BN..!!! Posted: 03 Dec 2013 05:53 PM PST Kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak-Barisan Nasional (BN) semacam orang 'kemaruk' persis 'baru lepas berpantang'. Sejak pembentangan Bajet 2014, Najib tidak lagi peduli akan kesan tindakan polisi kewangan yang membebankan kepada rakyat khasnya rakyat berpendapatan rendah. Yang pentingnya beliau kini adalah untuk mengatasi bebanan hutang yang hampir sangat mencecah had statutori yang tidak diizinkan undang-undang yang digubal sendiri oleh BN satu ketika dahulu. Najib baru mengakui bahawa negara akan bankrap kalau langkah drastik dan konkrit tidak diambil segera. Najib semacam orang baru sedar dari koma atau mimpi negeri yang panjang. Kerana terlalu bermewah dan boros dahulu kini tindakan beliau dalam kegusaran dan perhitungan beliau serba tak kena nampaknya. Semasa mengumumkan tentang pengenalan GST dalam Bajet 2014, Najib mengisytiharkan penarikan balik subsidi gula sebanyk 34 sen sekilo. Pelbagai alasan diberikan untuk kesihatan rakyat. Harga gula melonjak dari RM2.50 sekilogram ke RM2.84 sekilogram. Kenapa harga runcit lebih mahal darioada harga pasaran gula mentah dunia adalah kerana isu monopoli. Gula diimpot oleh dua syarikat yang diberikan AP iaitu Felda Global Venture dan Tradewind. Tetapi lebih pelik lagi, kedua-dua membeli gula secara kontrak jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan sendiri bagi pihak mereka daripada pembekal gula mentah dunia. Meskipun harga gula dunia turun, kontrak jangka panjang yang kerajaan meterai adalah pada harga lama yang lebih tinggi. Sepatutnya kerajaan mesti letakkan risiko turun-naik harga pasaran komoditi ini (hedging) ini kepada pembekal gula yang mengimpot. Maka jelasnya kroni terus membuat keuntungan ratusan juta RM sementara rakyat tanggung impak kenaikan harga gula sebab kononnya kerajaan tidak sanggup lagi menampung subsidi. Hakikatnya yang disubsidi adalah dua syarikat kroni yang terus untung hampir RM1 bilion mengikut dakwaan sesetengah pihak. Inilah yang dikatakan 'celaka' yang menimpa rakyat! Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan