RAKYAT MARHAEN |
- Rai kepelbagaian, tolak fahaman ekstremis, kata pemimpin PAS sempena Hari Natal
- UBN tidak akan kalah walaupun harga barangan naik?
- Terkagum Bukti Gred A: Ustaz KDN desak Mat Sabu nyata pendirian
- PM Kudeta Mesir label Ikhwanul pengganas
- TURUN: Himpunan 31 Dis diteruskan
- Perkahwinan antara Syiah, Sunni haram...
- Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru
- Berapa Lama Lagikah Najib Mampu Bertahan?
- Perkasa buat kerja yang Umno tak buat..??
- Kuasai pengundi PRU14 mulai sekarang - PAS
- Surat terbuka untuk Datuk Seri Najib Razak
- PAS cuba singkir dua Adun BN Perak kerana langgar peraturan pilihan raya
- Kebangkitan Arab: Antara demokrasi, perubahan dan kesinambungan
- Syiah, Malaysia dan politik global dunia Islam
- "NAIK" : Harga Tol Dah Naik!
- Kambing bertanduk 4
- 9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)
- Yang ini berkurap, yang itu pula berpanau...
- Israel launches airstrike in Gaza Strip retaliating for deadly shooting
- Chaos and despair in Aleppo
- Egypt says transition to go ahead despite deadly attacks
- 2013's top stories from around the world
- Inside Story - Who was really behind the Lockerbie bombing?
- Brotherhood blamed for deadly Egyptian blast
- Egyptians condemn deadly bombing at police compound
Rai kepelbagaian, tolak fahaman ekstremis, kata pemimpin PAS sempena Hari Natal Posted: 24 Dec 2013 08:50 PM PST Penganut Kristian di Malaysia digesa meneruskan keharmonian dalam agama serta meraikan kepelbagaian dengan saling menghormati sebagai lambang kebesaran Tuhan, kata seorang pemimpin PAS sempena dengan Hari Natal yang disambut penganut agama berkenaan hari ini. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata sebagai umat Islam, beliau dididik dengan teladan para nabi termasuk Nabi Isa Ibnu Maryam bagi meraikan kepelbagaian dan hidup saling menghormati. "Saya diajar melalui Al-Quran tentang kepentingan berpegang kepada agama tetapi pada masa sama menerima kepelbagaian dan saling menghormati. Mujahid turut mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian dengan harapan perayaan kali ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa melupakan golongan miskin dan memerlukan. Katanya, kepelbagaian dalam masyarakat hari ini menjadi asas pembentukan rakyat Malaysia selain Islam yang dinobatkan sebagai agama persekutuan menjadi tunjang kepada keharmonian agama dalam negara. Read More / Baca Lagi >> | ||
UBN tidak akan kalah walaupun harga barangan naik? Posted: 24 Dec 2013 08:45 PM PST Saya tidak setuju dengan pandangan sesetengah pihak mengatakan UBN akan kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-14 ekoran kenaikan harga barangan. Bebanan kenaikan harga barang tidak menjadi 'kudis gatal' pun kepada rakyat negara ini, hasnya rakyat di luar bandar. Kenaikan harga barang dilihat satu ketetapan alam semula jadi yang harus ditanggung bersama. Ia telah dianggap sebagai fenomena biasa bagi rakyat negera ini yang diajar agar reda dan menerima segala takdir tanpa perlu dibahas. Itu sifaf orang Melayu yang pernah dikritik Dr Mahathir Mohamad dalam buku "Malay Delima". Sebelum ini telah berlaku berbagai kenaikan harga barang tetapi UBN tetap juga menang dan menguasai negara ini. Begitu juga dari segi prasarana dan kebajikan yang diterima rakyat berbanding dengan negara-negara lain jauh lebih rendah, tetapi ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Keadaan itu menjelaskan bahawa kenaikan harga barang tidak menjadi alasan dan kemarahan kepada rakyat. Bukan sahaja kerana 'hilang bisa tegal biasa', tetapi pihak kerajaan juga pandai memujuk dan memberi penjelasan kepada rakyat. Mereka membuat perbandingan harga barangan di negara ini jauh lebih baik dari harga barangan di negara-negara lain. Dan rakyat negara ini yang mudah percaya apa saja cerita disalurkan kerajaan menerusi media rasminya tv dan akhbar, (media PB) menerima apa saja yang kerajaan perkatakan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Terkagum Bukti Gred A: Ustaz KDN desak Mat Sabu nyata pendirian Posted: 24 Dec 2013 08:43 PM PST SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang disyaki Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dengan fahaman Syiah disaran tampil memberikan penjelasan berhubung pendiriannya untuk dinilai masyarakat. Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Zamihan Mat Zin Al-Ghari berkata, isu dakwaan yang melibatkan keraguan ibadah tidak sepatutnya dijadikan agenda politik parti sebaliknya diselesaikan melalui pendekatan melalui penjelasan. "Mat Sabu diserang kerana beliau 'pemain utama' dalam partinya, tidak aneh sekiranya Timbalan Presiden Pas diserang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kerana ini memang mainan orang politik. "Dalam isu ini kalau betul nak selesaikan, kita ada ulama dari Pas dan juga Umno. "Dakwaan seumpama ini boleh dibersihkan sekiranya individu terbabit tampil kemukakan bukti yang meyakinkan dirinya tidak terlibat dengan ajaran yang telah difatwakan sebagai sesat," katanya ketika sesi muzakarah selepas pembentangan kertas kerja Perkahwinan Antara Syiah dan Sunni: Suatu Perbandingan Mazhab, semalam. | ||
PM Kudeta Mesir label Ikhwanul pengganas Posted: 24 Dec 2013 08:01 PM PST KAHERAH - MESIR. Tanpa bukti kukuh, kerajaan sementara Mesir melabelkan pergerakan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai pertubuhan pengganas. Perdana Menteri sementara Hazem al-Beblawi berkata, IM dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas selepas menaja dan melatih anggota militan untuk melancarkan serangan terhadap anggota keselamatan di Semenanjung Sinai. "Kami berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya. Kelmarin, satu letupan bom menggegarkan ibu pejabat keselamatan di Nil Delta dekat bandar Mansoura, mengakibatkan lebih 14 orang terkorban manakala 130 yang lain parah. Difahamkan, dua daripada tiga bom ditanam meletup serentak manakala satu lagi bom yang diletakkan di dalam kereta dapat dimatikan. Gabenor Daqahliya, Omar el-Shawatqi berkata, lima kedai terletak berhampiran bangunan itu runtuh dan puluhan kenderaan rosak. Read More / Baca Lagi >> | ||
TURUN: Himpunan 31 Dis diteruskan Posted: 24 Dec 2013 07:55 PM PST Pemimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar berkata sisasatan polis ke atasnya tidak menghalang beliau untuk meneruskan kempen '2014 Tahun Sengsara Rakyat' melalui perhimpunan besar di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember. Azan, yang dibebaskan polis selepas ditahan selama 20 jam semalam turut mempersoalkan tindakan berkenaan, serta tuduhan "serkap jarang" ke atasnya, kerana didakwa terlibat dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan. "Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan diserbu sebagai seorang penjenayah? "Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah beban kos sara hidup rakyat menjelang 2014. "Di manakah salahnya?," katanya lagi dalam kenyatannya, yang mengimbau semula detik-detik ketika beliau ditahan sepasukan anggota polis semasa sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam Isnin. | ||
Perkahwinan antara Syiah, Sunni haram... Posted: 24 Dec 2013 07:49 PM PST Anggota Majlis Fatwa Selangor, Datuk Mohd Mokhtar Shafii berkata, penganut Syiah tidak boleh berkahwin dengan orang Sunni kerana fatwa negeri mengharamkan ajaran Syiah, dan ia sama seperti mana penganut agama lain yang mahu berkahwin dengan orang Islam, mereka perlu memeluk Islam dan mesti berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Jika perkahwinan antara Syiah dan Sunni itu haram, maka status anak mereka juga adalah tidak sah taraf namun kanak-kanak itu tidak bersalah cuma perlu dirujuk kepada jabatan agama Islam bagaimana cara terbaik menyelesaikannya," katanya. Mohd Mokhtar berkata jika ada mana-mana pihak yang mengetahui perkahwinan mereka tidak sah berikutan perbezaan pegangan mazhab, perkahwinan itu layak dipisahkan dan perlu merujuk kepada undang-undang Islam negeri. Sementara itu, beliau turut memaklumkan semua pihak perlu saling membantu membendung amalan fahaman Syiah itu daripada terus tersebar kerana ia hanya membawa kesan buruk kepada keturunan sesuatu bangsa, perubahan cara hidup dan akidah umat Islam pada masa depan. | ||
Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru Posted: 24 Dec 2013 07:17 PM PST KUALA LUMPUR: Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Beliau dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu: * Pencapaian buruk dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) 2011; * Pencapaian buruk dalam PISA (Programme for International Student Assessment) 2012; dan * Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema "High-Performing Education". Berikut kenyataan Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan. Malaysia berhak mendapat Menteri Pendidikan baru yang sepenuhnya komited untuk menangani krisis pendidikan nasional menerusi pelan tindakan yang praktikal dan matlamat yang mampu dicapai bagi mengubah sistem pendidikan negara ini menjadi sistem pendidikan bertaraf dunia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk mengurangkan kerosakan besar yang timbul berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membisukan diri selama tiga minggu tanpa memberi sebarang respons tentang tiga khabar buruk berkenaan kemerosotan mutu pendidikan negara ini, iaitu: Read More / Baca Lagi >> | ||
Berapa Lama Lagikah Najib Mampu Bertahan? Posted: 24 Dec 2013 07:12 PM PST Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang mengenainya. Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya, semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa. NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak kebelakangan ini. Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan bekas Perdana Menteri itu. Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan nada yang seirama. Read More / Baca Lagi >> | ||
Perkasa buat kerja yang Umno tak buat..?? Posted: 24 Dec 2013 07:00 PM PST Di ketika Umno dilanda kemelut kepimpinan dan kecelaruan itu, tiba-tiba muncul Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali. Pada ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera termasuk ahli-ahli akar umbi Umno secara terbuka dan berani mengutuk pemimpin-pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Badawi (sekarang Tun Abdullah). Di sana-sini kedengaran desakan supaya perdana menteri berundur. Rata-rata pemimpin Umno meletakkan sepenuh kesalahan di bahu Abdullah Badawi. Di ketika Umno dilanda kemelut kepimpinan dan kecelaruan itu, tiba-tiba muncul Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali. PERKASA ditubuhkan dengan matlamat menyatukan seluruh umat Melayu dan Bumiputera untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ditunjangi parti Umno. Ironisnya, Ibrahim Ali menang kerusi parlimen Pasir Mas atas lambang parti PAS dan kemenangannya disokong Pakatan Rakyat. | ||
Kuasai pengundi PRU14 mulai sekarang - PAS Posted: 24 Dec 2013 06:59 PM PST Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Perak, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, jentera khususnya Pemuda Pas perlu berperanan dalam mengenal pasti sasaran pengundi yang akan menjadi penentu kemenangan PRU14. Menurutnya, Pas perlu berada di hadapan untuk bersama golongan muda bagi memastikan mereka mendaftar mengundi dan menyokong Pas serta PR. "Pemuda Pas perlu memainkan peranan dalam mengajak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. "Kerja sebegini tidak boleh tunggu di saat tibanya pilihan raya umum sahaja tetapi ia perlu bergerak sepanjang masa ditambah lagi dalam suasana di negeri Perak hanya majoriti 3 kerusi sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam. Mohd Fakhrulrazi berkata, jentera Pemuda Pas tidak boleh menganggap gerak kerja seperti ini bersifat bermusim kerana pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa. | ||
Surat terbuka untuk Datuk Seri Najib Razak Posted: 24 Dec 2013 05:34 PM PST Muhammad RuslanMacam Malaysia ini kerajaan BN yang punya. Suka hati menghalau rakyat untuk berhijrah ke negara lain. Datuk Seri Najib Razak, saya masih ingat salah satu manifesto parti sewaktu PRU13. Datuk kata mahu menurunkan kadar tol secara berperingkat, Datuk kata mahu menurunkan itu dan ini, maka gembiralah kami seraya memberi mandat kepada Datuk agar melaksanakan manifesto dan janji. Datuk kata prihatin nasib rakyat. Saya ingat lagi, Datuk selalu mengulang kalimah Janji Ditepati. Namun setelah mandat itu diterima, mana Janji Ditepati? Yang saya lihat, banyak roti capati yang dijual di kedai-kedai mamak. Saya tak suka makan roti capati. Read More / Baca Lagi >> | ||
PAS cuba singkir dua Adun BN Perak kerana langgar peraturan pilihan raya Posted: 24 Dec 2013 05:18 PM PST Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014. Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak. "Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan," katanya kepada The Malaysian Insider. Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman. Mohamed Kamil menang 231 undi majoriti sementara Shahrul Zaman menang dengan majoriti 613 undi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kebangkitan Arab: Antara demokrasi, perubahan dan kesinambungan Posted: 24 Dec 2013 04:23 PM PST Pada Disember 2010, peristiwa yang disifatkan permulaan gelombang kebangkitan menuntut demokrasi bermula di dunia Arab, di Tunisia. Secara mudah, siri protes di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara itu disifatkan sebagai proses pendemokrasian yang baik untuk kesejahteraan warga dunia Arab. Demokrasi dijadikan kata kunci utama dalam perbincangan mengenai kebangkitan Arab, dan Tunisia diterima sebagai titik mulanya. Kini, selepas tiga tahun, perbincangan tentang kebangkitan Arab memerlukan perhatian yang lebih luas daripada sekadar demokrasi dan menuntut penilaian yang lebih kritikal. Tulisan di bawah ini, yang ditulis pada Januari tahun ini, menimbulkan persoalan-persoalan berhubung konsensus yang diterima apabila membincangkan kebangkitan Arab, dan menekankan perhatian lebih pada perubahan dan kesinambungan dalam perkembangan ini. Kebangkitan Arab: Demokrasi, perubahan dan kesinambungan Oleh HARIS ZALKAPLI Dunia Arab yang meliputi Asia Barat dan Afrika Utara menjadi perhatian dunia sejak tercetus kebangkitan yang menjatuhkan pemerintah di Tunisia, yang disebut sebagai permulaan peristiwa besar dinamakan "Arab spring." Dua hal di sini ditetapkan dan diterima ramai; iaitu kebangkitan bermula di Tunisia, dan diletakkan di bawah tajuk besar satu kebangkitan baharu dalam politik dunia. Hakikatnya, Tunisia boleh dianggap permulaan satu gelombang baharu kebangkitan di dunia Arab, tetapi sebelum Tunisia, kebangkitan telah berlaku di Yaman pada 2009, dalam pertembungan terbaharu pemberontak Houthi di utara dengan kerajaan, dan di Bahrain, melibatkan warga yang majoritinya beraliran Islam Syiah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Syiah, Malaysia dan politik global dunia Islam Posted: 24 Dec 2013 04:22 PM PST Isu Syiah dan hal-hal berkaitan dengannya kini menjadi satu isu besar dalam politik negara, dan muncul sebagai satu isu yang menarik respons kuat daripada pihak-pihak berkepentingan. Read More / Baca Lagi >>Isu Syiah ini muncul bukan secara terpisah daripada isu-isu global dan politik tempatan, dan bukan semata-mata menjadi topik debat berhubung pentadbiran agama Islam di negara ini. Kali ini, isu Syiah tidak boleh dilihat secara terasing daripada perkembangan politik di peringkat global yang rancak melibatkan persaingan kuasa-kuasa utama dunia Islam. Pada masa sama, sikap dan pendekatan, dan pembingkaian isu Syiah oleh pemerintah di negara ini juga wajar disorot dengan lebih kritikal. Hal berkaitan "kebangkitan Syiah" mula diperkatakan di rantau Asia Barat pada 2004, sejurus selepas kejatuhan pemerintahan Baath di Iraq, yang disusuli oleh politik yang lebih terbuka, sekaligus membuka ruang kepada penglibatan majoriti Syiah negara itu. Wacana yang panjang dan mendalam berhubung kebangkitan Syiah di dunia Arab dan dunia Islam bermula pada masa itu. Kemudian, ekoran perang antara militia Hizbullah, proksi Iran di Lubnan dengan tentera Israel pada musim panas 2006, populariti kumpulan Islam Syiah itu meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan populariti dan pengaruh Syiah dan Iran. | ||
Posted: 24 Dec 2013 04:14 PM PST | ||
Posted: 24 Dec 2013 03:40 PM PST Kuala Pilah: "Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat," kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam. Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk. "Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu," katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini. Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah. BIRI-biri unik dan aneh yang mempunyai empat tanduk kepunyaan Lachmanan. "Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir) Posted: 24 Dec 2013 03:36 PM PST Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya: Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim." Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir. Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi." Read More / Baca Lagi >> | ||
Yang ini berkurap, yang itu pula berpanau... Posted: 24 Dec 2013 03:35 PM PST Saya masih berpendirian yang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan bukan cara yang boleh diterima ramai. Lebih dari 50 peratus rakyat mahukan perubahan kerajaan tetapi lebih dari 50 peratus dari rakyat juga tidak bersetuju menggulingkan kerajaan dengan cara berhimpun. Tidak siapa yang tidak bersetuju yang kerajaan hari ini wajar diketepikan tetapi untuk mengajak rakyat berhimpun secara besar-besaran bukanlah caranya untuk perubahan itu. Pertamanya tindakan itu merupakan tindakan yang kurang baik kerana cara berhimpun dan memaksa kerajaan itu berubah itu bukanlah satu tindakan demokratik yang baik. Keduanya kita telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan melalui pilihanraya tetapi keputusannya masih berpihak kepada penyandang walaupun begitu hebat gerakan untuk mengenepikan kerajaan hari ini. Kekalahan dan kegagalan pihak yang ingin mengambil alih kerajaan tentunya bersebab. Saya sendiri telah menjelajah keseluruh negara membantu usaha untuk menggantikan kerajaan ini sebelum pilihanraya yang lepas.. Tetapi dalam proses itu saya seperti orang lain juga dapat mengenal pasti sebab kenapa pihak yang membangkang masih gagal untuk mencapai niat menggantikan kerajaan yang rasuah dan tidak bermoral sekarang ini. Sebagai rakyat kita harus memahami isu sebenar kenapa pembangkang menghadapi kegagalan usaha mereka. Kita cuba lakukan analisis yang realistik dalam isu ini. Apabila kita mengatakan pimpinan kerajaan sekarang ini perlu diganti, persoalan yang pertama yang harus dijawab ialah, siapa yang hendak menggantikan pimpinan negara sekarang ini? Benar pimpinan hari ini amat tidak sesuai untuk meneruskan pimpinan mereka, malahan kesemua yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO yang tertinggi itu menjadi persoalan besar kepada rakyat. Tetapi jika hendak menggantikannya siapa yang akan menggantikan mereka yang hendak diganti ini? Adakah pasti nama-nama yang di sebut untuk menggantikan itu mempunyai moral dan kewibawaan yang secukupnya untuk menunjukkan kelainannya dari kepimpinan yang ada pada hari ini? Apa kelainan yang perlu ada kepada pihak yang hendak menggantikan mereka yang sekarang ini? Read More / Baca Lagi >> | ||
Israel launches airstrike in Gaza Strip retaliating for deadly shooting Posted: 24 Dec 2013 03:23 PM PST | ||
Posted: 24 Dec 2013 03:22 PM PST | ||
Egypt says transition to go ahead despite deadly attacks Posted: 24 Dec 2013 03:21 PM PST | ||
2013's top stories from around the world Posted: 24 Dec 2013 03:18 PM PST | ||
Inside Story - Who was really behind the Lockerbie bombing? Posted: 24 Dec 2013 09:48 AM PST | ||
Brotherhood blamed for deadly Egyptian blast Posted: 24 Dec 2013 09:46 AM PST | ||
Egyptians condemn deadly bombing at police compound Posted: 24 Dec 2013 09:45 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan