Ahad, 22 Disember 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lepas Syiah, perang mulut tentang Wahabi pula

Posted: 22 Dec 2013 08:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Perang mulut di antara Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain (gambar) dan Datuk Seri Shahidan Kassim dalam isu fahaman Wahabi berterusan selepas pegawai kerajaan itu mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemar namanya, lapor The Malaysian Insider.
"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam," kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada laman portal berita itu.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN itu berkata, sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
"Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.
"Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam," kata Zamihan.
Shahidan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Read More / Baca Lagi >>

DAP dakwa syarikat tiada pengalaman dapat empat projek insinerator RM153.74 juta

Posted: 22 Dec 2013 08:49 PM PST


DAP hari ini mendedahkan sebuah syarikat yang tidak memiliki pengalaman dianugerahkan empat projek insinerator bernilai RM153.74 juta dikuasai oleh seorang bekas Panglima Tentera Laut dan keluarganya.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar), berkata empat projek tersebut adalah di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Cameron Highlands diberikan kepada Syarikat XCN Technology Sdn Bhd (XCNT) yang dimiliki oleh Tan Sri Abdul Wahab Nawi.
"Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman diberikan projek ini secara rundingan terus?
"Malah, syarikat XCNT ini juga tidak mempunyai rekod baik dan lewat dalam menyiapkan projek," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pengerusi PAC jangka kerajaan 47% BN kalah lebih teruk PRU14

Posted: 22 Dec 2013 08:48 PM PST


Barisan Nasional mungkin mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam PRU14, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Gambar fail.Barisan Nasional mungkin mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam PRU14, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Gambar fail.Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang  berikutan kenaikan harga barang dan kos kehidupan.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.
"Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar)," kata Ahli Parlimen Pulai itu dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini.
Beliau turut mempertahankan tindakan kerajaan yang mungkin terpaksa mengorbankan janji pilihan raya – untuk menurunkan kos sara hidup.
"Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis kejar peserta, rampas bahan flashmob di Mid Valley

Posted: 22 Dec 2013 08:47 PM PST

Penganjur flashmob di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam gembira kerana berjaya mencapai objektif, walau dengan gangguan pihak polis yang mengejar peserta dan merampas bahan yang digunakan semasa acara tersebut.
Jurucakapnya Azan Safar berkata kumpulan seramai kira-kira 100 orang itu, yang ingin menyuarakan bantahan ke atas kenaikan kos sara hidup dan penghapusan pelbagai subsidi pada awalnya mengunjungi pusat membeli belah Mid Valley.

NONEMenurutnya, sejumlah anggota polis mengejar dan merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flashmob berkenaan, dan mereka turut dihalau keluar dari premis terbabit.

"Mereka (polis) mengejar sebahagian daripada kami di sekitar pusat membeli-belah untuk memaksa kami keluar. Namun, Kami kembali di luar pusat membeli belah. Ia (flash mob) tidak berakhir dengan baik kerana terdapat banyak halangan.

"Bagaimanapun, objektif kami 'flash mob' telah kami capai," kata Azan Safar, jurucakap kumpulan penunjuk perasaaan

Akhirnya, kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) itu terpaksa meneruskan demontrasi di tepi jalan sekitar kawasan luar Mid Valley, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Megawalk 2.0: Kuala Lumpur – Putrajaya, 23-24 Feb bantah Insinerator

Posted: 22 Dec 2013 08:45 PM PST

tak nakSHAH ALAM 23 DIS: Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) mengumumkan akan menganjurkan Megawalk 2.0 pada 23 dan 24 Februari 2014 program berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.
KTI dalam satu kenyataan berkata, memandangkan memorandum yang dihantar oleh KTI ke Parlimen dan DBKL tidak disampaikan kepada Perdana Menteri, KTI memutus menganjurkan Mega Walk 2.0.
Katanya, pada 23 Februari 2014, KTI akan mengadakan Mega Perhimpunan 2.0 dan bermula jalan pada pagi ke Putrajaya.
KTI menjangka perjalanan ini sepanjang 45 km dan akan sampai ke Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, pada 24hb Februari 2014. Seterusnya, KTI akan menyerah Memorandum Tak Nak Insinerator 2.0 kepada Perdana Menteri.
"Sehubung dengan itu KTI ingin mengadakan ceramah-ceramah kesedaran terhadap 3R dan insinerator di kawasan Selayang, Batu, Kepong dan Segambut sepanjang bulan Disember 2013 hingga Februari 2014.
"Maka, KTI memanjangkan jemputan kepada wakil rakyat kawasan tersebut bekerjasama menjayakan ceramah tersebut," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

“Harga barang naik, tapi gaji tak naik”

Posted: 22 Dec 2013 08:44 PM PST

PULAU PINANG 23 DIS: Ketika harga barangan keperluan harian meningkat, rata-rata gaji pekerja Malaysia masih di takuk lama, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Katanya, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan beban rakyat,, malah membiarkan syarikat pengendali keperluan utama rakyat seperti elektrik dan tol menaikkan harga tarif dan perkhidmatan.
ZURAIDA"Gaji mereka tetap statik. Tidak dinaikkan oleh majikan. Tetapi kerajaan terus menaikkan kadar tol dan elektrik," kata Zuraida pada majlis penerangan isu-isu semasa di Balik Pulau, 21 Disember lalu.
"Sebelum ini pun rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah telah diseksa oleh kerajaan dengan kenaikan harga barangan keperluan seharian," tambah Zuraida.
September lalu, kerajaan membenarkan 600,000 syarikat menangguhkam pelaksanaan gaji minima RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
Justeru kata Zuraida, kenyataan Najib bukan sahaja membuktikan keangkuhannya sebagai Perdana Menteri, malah membohongi rakyat apabila BN sendiri memungkiiri janji untuk menurunkan kadar tol sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13.
"Kenaikan ini tidak wajar kerana ia membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Gantung The Heat: Demokrasi hanya proses pilih sibodoh jadi pemimpin

Posted: 22 Dec 2013 08:43 PM PST

BETUL, berapa kerat sahaja yang baca The Heat. Malah sebelum permit The Heat ini digantung tidak bertali (meminjam istilah Fathi Aris Omar) oleh Kementerian Dalam Negeri, kebanyakan kita tidak sedar pun akan kewujudan akhbar mingguan ini. Tetapi kita pastinya tidak terlalu naif untuk menyedari bahawa tindakan ini adalah peringatan untuk yang lain agar lebih 'berhati-hati' dalam laporan mereka.

Sebagai latar untuk perbincangan ini, suka diingatkan, Malaysia berada di kedudukan 145 untuk Indeks Kebebasan Media yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, ketinggalan di belakang Bangladesh, Kemboja, dan Indonesia, syukur sedikit baik berbanding negara komunis Korea Utara. Mengapa kita harus malu dengan rekod ini dan bagaimana kebebasan akhbar ini mempengaruhi tahap kecerdikan kita dalam membuat keputusan?

Apa kaitannya kebebasan akhbar dengan demokrasi?

Pertamanya bagi memahami perkara ini, kita harus pulang kepada idea paling asas dalam demokrasi perwakilan (representative democracy) yang kita amalkan kini. Oleh kerana penduduk Malaysia ini terlalu ramai, maka tidak semua orang mampu terlibat aktif dalam proses membuat keputusan. Bayangkan sahaja dalam sebuah kampung, setiap kali diadakan mesyuarat, hanya beberapa kerat sahaja yang mampu hadir. Apatah lagi untuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bagi setiap sidang.

Perkara ini boleh kita fahami atas dua alasan. Pertama tidak semua orang mempunyai masa lapang untuk hadir mesyuarat dan keduanya tidak semua orang berminat dengan semua isu yang dibincangkan serta mungkin juga tidak mempunyai pengetahuan mendalam akan setiap isu yang ingin dibincangkan.
Read More / Baca Lagi >>

BN akan kalah lagi di bandar pada PRU14 kata MP Umno

Posted: 22 Dec 2013 08:42 PM PST

SHAH ALAM - BN akan berdepan dengan kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dan separa bandar pada PRU14.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan.

"Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengenai kesan daripada manifesto BN yang menjanjikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, beliau berkata, pembangkang juga sebenarnya gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto seperti mereka janjikan.

"Perkara itu terbukti pada negeri-negeri yang ditadbir mereka.

"Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu)," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

MCA wajar dibubarkan kalau gagal lagi pada PRU 14?

Posted: 22 Dec 2013 08:40 PM PST

Desas-desus parti menyatakan gandingan Gan dan Donald Lim sebagai pasukan pilihan Dr Chua, manakala Wee pula gandingan Liow dalam pasukan lain.

PETALING JAYA: Presiden baharu MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam mengulangi kesediaannya untuk membawa perubahan dan pembaharuan secara inklusif dan kolektif kepada parti itu.
Beliau turut menggesa semua barisan kepimpinan tertinggi, perwakilan dan anggota parti agar kembali sebagai satu pasukan utuh, bagi menjayakan program transformasi serta mengembalikan era kegemilangan parti itu.
Perasaan dengki, iri hati dan dendam perlu dikikis, tegas Liow.
"Kita mesti buktikan bahawa MCA memang relevan dan mampu membawa perubahan yang besar dalam hidup kaum Cina dan masyarakat lain.
"Tiada lagi kem Chua (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) dan kem Liow selepas ini. Buanglah segala persepsi itu. Marilah kita bangkit dengan kuat dan kukuh sebagai satu pasukan yang bersatu-padu," katanya ketika sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 di Wisma MCA.
Datuk Seri Liow Tiong Lai dipilih sebagai presiden MCA yang baharu manakala Datuk Dr Wee Ka Siong pula memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu yang berlangsung hari Sabtu lalu.
Liow sebelum ini ialah timbalan presiden MCA, manakala Wee pula ketua Pemuda.
Dalam persaingan tiga penjuru, Liow memperoleh 1,186 undi mengatasi bekas naib presiden MCA Gan Ping Sieu (1,000 undi) dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat (160 undi).
Wee pula memperoleh 1,408 undi berbanding saingannya Datuk Donald Lim Siang Chai yang menerima 927 undi
Sebanyak 2,352 perwakilan mengundi dalam proses yang berlangsung dari 12.15 tengah hari hingga 2 petang, bagi memilih barisan kepimpinan baharu parti di ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, di sini.

Desas-desus

Read More / Baca Lagi >>

Falsafah pemerintahan BN ‘kroni dibantu, rakyat dibeban’

Posted: 22 Dec 2013 08:39 PM PST

Dengan segala kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015, jelas falsafah pemerintahan BN adalah 'kroni dibantu, rakyat dibeban'.
Berucap pada majlis pelancaran kempen 'Faham GST, Tolak GST' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam, Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming berkata, kenaikan dan pelaksanaan GST hanya akan menambah kekayaan kroni BN.
"Sebagai contoh, kerajaan kurangkan subsidi gula sebanyak 34 sen, tapi pada masa sama hanya beri dua syarikat untuk kawal pasaran gula, salah satunya milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari.
"Saya tanya (Perdana Menteri) Najib, kenapa tidak perluaskan pasaran gula, tingkatkan persaingan agar harganya boleh diturunkan. Dia tak mahu buat kerana nak bantu kroni, bebankan rakyat," katanya.
Katanya lagi, pengumuman kenaikan tarif elektrik baru-baru ini juga akan meningkatkan keuntungan pemegang-pemegang saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta syarikat yang terlibat dalam pembekalan tenaga.
"Ketika ia diumum, harga saham TNB naik melonjak. Semalam, harganya naik (sehingga) RM11.04. Ada yang hadir di sini miliki saham? Yang dapat manfaat hanya orang kaya yang melabur dalam TNB. Pembekal tenaga juga boleh caj harga tinggi untuk bekalan.
"Pada 2015, anggaran keuntungan TNB akan naik sehingga RM5.7 bilion. Yang dapat manfaat adalah pegawai tinggi TNB, dan pemegang saham utama, Khazanah yang dimiliki kerajaan, bukannya rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Alkisah ketua-ketua negara yang bersara

Posted: 22 Dec 2013 08:38 PM PST

Oleh ROSSEM
KETUA-KETUA kerajaan seperti perdana menteri atau presiden sesebuah negara suatu hari akan bersara daripada jawatannya. Apa mereka lakukan sesudah itu? Saya pernah menghasilkan kartun seputar ini pada tahun 1990.

Mantan Presiden Russia, Mikhail Gorbachev membuka toko buku di Moscow, namun buku-buku yang dihasilkan dan diterbitkan seperti Perestroika dan Glasnost gagal di pasaran kerana tidak ramai yang berminat dengan buku-buku "pembaharuan" seperti itu. Mantan Perdana Menteri Inggeris, Margaret Thatcher menjaga cucu-cucunya. Yitzhak Shamir menjadi taukeh pemaju perumahan. Kerja baru itu sesuai dengan kepakarannya dalam sektor pembinaan penempatan baru untuk pendatang Yahudi di atas tanah kepunyaan rakyat Palestin yang dirampas.
Mantan Presiden Filipina, Corazon Aquino menjual alat mekap cap Pinatubo, sempena nama sebuah gunung berapi di Filipina yang meletup ketika beliau menjadi presiden.
Benazir Bhutto bercadang membuka gedung karpet, tetapi hajatnya tidak sampai, kerana dia meninggal dalam sebuah kecelakaan bom yang dahsyat.
Mantan Presiden Indonesia, Prof Ir B J Habibie selepas bersara, tinggal di Jerman dan sesekali pulang ke tanah air. Dia pernah dijemput oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia untuk menyampaikan ucapan di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Tokoh itu disanjung di Indonesia mahupun Malaysia, kecuali mantan menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang menuding Habibie sebagai sosok yang merugikan Indonesia kerana kononnya memberikan kemerdekaan kepada Timor Leste.
Paling malangnya mantan Presiden Hosni Mubarak, sebaik saja dipersarakan secara paksa oleh rakyat, langsung dikirim ke penjara Mesir untuk menghitung berapa banyak jerjak besi yang pernah beliau pasang di tingkap dan pintu penjara ketika berkuasa dulu.
Yang tidak pernah mendengar khabar berita sesudah disumbat dalam penjara adalah mantan Presiden Panama, Noriega.
Apakah beliau masih bermain bola besi di penjara Amerika atau sudah keluar?
Read More / Baca Lagi >>

Ulul Albab dan Ahmad Albab

Posted: 22 Dec 2013 08:36 PM PST

Oleh H FANSURI
BETAPA gelapnya hati Umno hari ini sehingga mereka sudah meminjam nama Ulul Albab lalu menjadikannya Ahmad Albab secara tidak disengaja dan tidak disedari mereka. Jika 'produk' itu dinilai baik sekali pun, tetapi tetap ada sekelumit kekotoran di dalamnya.


Semua rakyat tahu isi kekotoran Umno, luaran serta dalaman mereka, iaitu keghairahan mereka untuk terus kekal berkuasa menyebabkan mereka perlu menjelma watak agama. Ini kerana, agama adalah sebaik-baik modal dan bekal untuk terus berkuasa.
Terlepas daripada semua itu, maka soalan pertama sekali, kita wajar bertanya, siapa Ulul Albab? Dan siapa pula Ahmad Albab? Seperti yang kita sedia maklum, ada 16 tempat di mana istilah Ulul Albab itu disebutkan di dalam karya sastera persuratan al-Quran.
"Dan, dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa," firman Tuhan di dalam al-Baqarah, ayat 179.
Jadi, hukum Qisas, hudud tentu sahaja tidak ditolak oleh Ulul Albab. Yang menolaknya, pasti sahaja golongan kapitalis Ahmad Albab dalam kalangan pertubuhan Umno itu.
Sementara itu dalam surah yang sama, ayat 197 Allah berfirman, "(Waktu mengerjakan) Haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklum. Oleh itu, sesiapa yang mewajibkan dirinya (untuk mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.
"Dan apa juga kebaikan yang kamu kerjakan akan diketahui Allah; dan hendaklah kamu bawa bekal dengan cukup sebab, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah menjaga diri (daripada aib meminta sedekah) dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal."
Selebihnya, adalah ayat-ayat di bawah yang memerlukan lebih banyak kupasan daripada masa ke semasa ~ Al-Baqarah: 269 / Ali 'Imran: 7, 190 / Al-Ma'idah: 100 / Yusuf: 111 / Ar-Ra'du: 19 / Ibrahim: 52 / Shad: 29, 43 / Az-Zumar: 9, 18, 21 / Al-Mu'min: 54 / Ath-Thalaq: 10. Kegagalan Umno menelaah Ulul Albab menatijahkan kegagalan yang besar.
Read More / Baca Lagi >>

Sudut Pandang: Anak muda harungi kenaikan kos sara hidup

Posted: 22 Dec 2013 08:23 PM PST

Cepat Kahwin Sebelum Kerajaan 47% BN Laksana GST

Posted: 22 Dec 2013 08:22 PM PST

Moments before bomb blast in southern Thailand

Posted: 22 Dec 2013 06:19 PM PST

Salji di Timur Tengah Evolusi alam atau balasan?

Posted: 22 Dec 2013 05:49 PM PST

Salji di Timur Tengah Evolusi alam atau balasan?
KEHADIRAN salji di beberapa negara di Timur Tengah baru-baru ini menimbulkan pelbagai andaian termasuk ramai masyarakat menganggapnya sebagai petanda kiamat dan pembalasan dari ALLAH SWT terhadap kezaliman di Mesir dan Palestin.

Namun, tidak terkecuali juga apabila beberapa teori sains menyatakan, kejadian itu  merupakan sebahagian daripada evolusi alam taat kala proses pemanasan global semakin aktif di Kutub Utara dan Selatan.

Kira-kira 60 tahun lalu, Palestin yang merupakan sebuah negara di bawah cengkaman Zionis, dilaporkan pernah dilanda salji.

Minggu lalu, negara itu sekali lagi dilanda ribut salji sehingga melumpuhkan seluruh Israel dan Tebing Barat serta menenggelamkan kawasan di Genting Gaza.

Kira-kira 30,000 isi rumah di seluruh negara terputus bekalan elektrik di mana hampir 9,000 daripada mereka merupakan penduduk di Baitulmuqaddis.

Dua lebuh raya utama ke bandar itu ditutup di kedua-dua arah dan salji setebal antara 45 hingga 60 sentimeter dengan suhu 2 Celsius meliputi kawasan di kota suci itu.

Semua jalan menuju ke Tel Aviv, Golan Heights dan Lapangan Terbang Ben-Gurion terpaksa ditutup.

Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan 47% BN pelawa pihak luar dedah fungsi GST..

Posted: 22 Dec 2013 05:38 PM PST


KUALA LUMPUR - Kerajaan, menerusi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, mempelawa pihak luar seperti agensi berkepentingan, badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan dan institusi pengajian tinggi, membantu dalam memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Subromaniam Tholasy berkata, kerjasama strategik tersebut mampu membantu kerajaan dalam menyebarkan kelebihan cukai tunggal itu dengan lebih meluas sehingga ke akar umbi dan terus menghentikan kekeliruan rakyat sebelum GST dilaksanakan.
"Keutamaan kami (kerajaan) sekarang adalah memastikan setiap golongan rakyat di bandar mahupun di luar bandar, termasuklah syarikat-syarikat agar memahami GST kerana cukai ini baik untuk negara dan juga rakyat.
"Kami telah menggunakan penyebaran maklumat menerusi media cetak dan elektronik, namun masa yang ada adalah terhad.
"Sudah tiba masanya semua pihak berganding bahu dengan kerajaan dalam menyebarkannya (maklumat) kerana cara ini lebih efektif," katanya selepas sesi Persidangan Meja Bulat: "GST, Apa Pandangan Belia" di sini pada Sabtu.
GST, yang juga dikenali sebagai cukai nilai tambah di sesetengah negara, adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai ditambah di setiap peringkat pengagihan dan pengedaran.
Cukai itu akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang diguna pakai pada masa ini bagi tujuan menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisen, telus dan mesra perniagaan.
Kadar GST ditetapkan pada enam peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015, menghapuskan cukai berganda SST yang bernilai 16 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Boros Dan Tamak: Dulu taksub sangat.. Sekarang rasakanlah!

Posted: 22 Dec 2013 05:25 PM PST

September lalu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir telah memberikan teguran supaya kerajaan yang ada iaitu Kerajaan Barisan Nasional jangan boros..

Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

"Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

"Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi," katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013 pada 5 September 2013.

Malangnya daripada memotong perbelanjaan mereka pentadbiran Najib memilih untuk memaksa rakyat memotong perbelanjaan rakyat sendiri ekoran dari kenaikkan harga barang.

Dalam lain ayat biarpun yang gagal dalam menguruskan ekonomi negara dan boros ialah Rosmah dan Najib serta kabinetnya mereka meletakkan kegagalan mereka itu ke atas bahu rakyat. 
Read More / Baca Lagi >>

Bila ramai menteri kerajaan 47% BN spesis "Cap Ayam" kontraktor sampah pun tak pandang

Posted: 22 Dec 2013 05:24 PM PST

Oleh APA
Aku bukan nak marah kat PM tapi aku dah meluat tenguk Menteri Menteri Cap Ayam yang ada dalam kabinet beliau hari ini.Lama aku buat bodo tak mau nak tegur sebab aku fikir kalau aku cubit Punahsihat atau Menteri Najib,pastinya Najib pun akan terasa sakit.Tapi kalau aku diam pun diaorang ni semakin hari aku tenguk semakin tak senonoh...baik bila bertindak mahupun bila buat kenyataan,jadi sementara PRU14 masih jauh lagi eluk BALUN je diaorang ini.
Soal korang boleh terima atau tidak sumpah seranah aku ini,itu korang punya hal lah...aku peduli apa!Kalau boleh jadi baik oklah...tapi kalau korang nak tunjuk ego sebab korang Menteri,pergi jahanamlah korang semua...memang korang semua kelas mangkuk jamban!
Sebab itu KONTRAKTOR SAMPAH pun berani buat perangai macam Gangster,duk longgok sampah ikut suka hati emak tiri diaorang dan menyusahkan orang ramai.Sebab zaman orang "respek giler" kat Menteri macam korang dah berlalu sebab angkara korang sendiri.Sebab itu kalau korang tak kena balun pun dah kira nasib korang dah banyak baik....
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah, Najib’s backbone

Posted: 22 Dec 2013 05:20 PM PST

Is it wrong to be the pillar of your husband?

'I believe in equality for everyone, except reporters and photographers.' Mahatma Gandhi
On that lines, why should Rosmah Mansor not be an equal in assisting her husband since she is not a reporter or a photographer?
Rosmah has and will always be under the spot light of her critics no matter what she does and how she acts. Critics are what they are, to either be destructive or constructive; some get paid and some do it for leisure and fun.
Ever since Najib took office as the prime minister, Rosmah has been made the scapegoat on various issues, from being accused of arranging C4 explosives to wearing diamond rings worth millions.
Some even went to the extend of accusing her of practically running the PM's office and chairing critical meetings on behalf of Najib.
Indeed all the allegations on her have fallen flat and never could be proved in the long run. There was a carpet dealer who took flight on his magic carpet when the heat took a turn and some fled abroad when they could not substantiate their claims against her and Najib.
If they truly stood and believed in their accusations, why not fight all the way for the matter, and not chicken out.
Why the enthusiasm and publicity with fire work stunts of statutory declarations if they never really had the intention to pursue persistently?
And for sure the opposition as usual just needs punching bags as long as they can score some points with their diehard fans looking for juicier stories every time they hold a protest, rally or ceramah.
Above all nothing beats the call for Rosmah to be made a minister since the episode of her using a government jet for an official trip abroad.
Is it wrong for Rosmah to be supportive of her husband just because Najib is the prime minster of Malaysia?
All those who are so against Rosmah should reflect upon themselves and ask – why on one end we advocate equality for women in all sectors but then on the other end of the spectrum condemn the woman to glory just because she is Rosmah Mansor?
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Dari Menteri 47% Yang Tak Sanggup Kita Dengari..

Posted: 22 Dec 2013 05:19 PM PST

Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.
"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.
"Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Jual Negara: Hasan cabar Rafizi tunjuk bukti

Posted: 22 Dec 2013 05:12 PM PST

KUALA PILAH - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicabar mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa kerajaan bertindak menjual aset negara demi menutup kegagalan mencapai sasaran defisit membabitkan hutang negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, Rafizi tidak sepatutnya melemparkan tuduhan tidak berasas begitu.

"Kalau betul kata beliau, maka tunjukkan buktinya pada kita dan bukannya sekadar bersandarkan pada petikan laporan luar. Dalam hal ini, nampaknya beliau seolah-olah cuba mengelirukan rakyat dengan fakta diperoleh.

"Bagi kita, tohmahan itu sama sekali tidak benar memandangkan pertumbuhan ekonomi negara cukup baik pada masa kini. Kalau tidak, masakan negara kita boleh melonjak ke tangga keenam berbanding tempat ke-12 pada tahun lalu bagi negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan di dunia," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga

Posted: 22 Dec 2013 05:06 PM PST


Ahmad Maslan perlu kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. Gambar fail.Ahmad Maslan perlu kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. Gambar fail.Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.
"Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan," kata Pua di Kuala Lumpur.
Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.
Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.
"Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit," katanya.
Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.
"Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Langkah populis kerajaan 47% BN tangguh kenaikan harga barang kini ‘menggigit’ mereka

Posted: 22 Dec 2013 05:05 PM PST


Kenaikan harga barang dan pelaksanaan GST selepas PRU13 menyebabkan kemarahan rakyat. Gambar fail.Kenaikan harga barang dan pelaksanaan GST selepas PRU13 menyebabkan kemarahan rakyat. Gambar fail.Sama ada langkah populis atau Perkasa yang membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu, kedua-duanya kini "menggigit" gabungan pemerintah itu beberapa bulan selepas pilihan raya 5 Mei.
Langkah BN menangguhkan kenaikan harga dan pelaksanaan akta gaji minimum sebelum pilihan raya umum lalu menyebabkan peningkatan kemarahan kelas menengah dan bawah, terutama yang menyokong gabungan pemerintah itu, kerana kini mereka berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan kejatuhan nilai ringgit.
Keperitan peningkatan kos kehidupan dirasai terutama bagi golongan majoriti Bumiputera – dari perkampungan di Perlis hingga ke rumah panjang di negeri Borneo Sabah dan Sarawak – kawasan di mana kumpulan hak Melayu Perkasa memperluaskan sokongan.
Selain daripada kawasan bandar, ini juga merupakan kawasan di mana bantuan tunai kerajaan dilihat tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat suarakan kemarahan terhadap kerajaan 47% BN

Posted: 22 Dec 2013 05:03 PM PST

Rakyat suarakan kemarahan 
 Peserta flashmob bersama sepanduk berdiri di persimpangan lampu isyarat di Taman Greenwood, Gombak, semalam.
GOMBAK - Kenaikan harga barangan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia disuarakan melalui flashmob yang dilakukan di persimpangan lampu isyarat di pekan Greenwood semalam, diketuai NGO Kita Bantah dengan kerjasama Pemuda Pas Gombak.

Lebih 50 peserta terlibat dengan membawa sepanduk tidak bersetuju dengan kenaikan harga gula, minyak, tol, elektrik dan pelaksanaan GST.

Penyelaras Kita Bantah, Mohd Azizul Abu Bakar berkata, kenaikan yang berlaku selepas PRU13 menunjukkan dakwaan PR benar.

"PR kata, kalau rakyat bagi mandat kepada BN, rakyat akan nikmati kenaikan harga barang dan ia benar-benar berlaku.

"Dalam manifesto BN ada mengatakan usaha kerajaan untuk mengekalkan kadar tol semasa tetapi janji itu tidak ditunaikan juga," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: