RAKYAT MARHAEN |
- Liku Perjalanan Politik Mat Sabu
- Tol naik: Kerajaan BN lemah buat perjanjian berat sebelah
- Aktivis PAS kutip tandatangan bantah tarif elektrik naik
- Ahli Parlimen PAS gesa Selangor jangan tiru kerajaan pusat naik harga
- Politik Terdesak: SMS ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ palsu, fitnah untuk gugat PR Selangor
- ALIRAN WANG HARAM TIADA KAITAN DENGAN GST
- Mat Sabu: Saya Ahli Sunnah
- SPPBS: NGO kecewa KPM tak beri layanan
- Pendidikan: Kerajaan Umno@Bn hanya buat pengumuman kosong
- Kerajaan S'gor akan halang kenaikan tol 3 lebuh raya
- Anak Nik Aziz tegah menantu Pak Lah ambil tindakan populis
- Tarif lektrik dan bonus lima bulan kakitangan TNB....
- Bekas menteri Umno dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek
- Dikait Syiah oleh Umno, Mat Sabu tetap 'cool'
- When silence is inelegant
- JANJI GRED AAA....
- Menyahut saranan "Menteri Cerdik Pandai" kitchen cabinet Najib
- Adakah Mat Sabu syiah?
- Afidavit Shafee: Polis soal siasat Mat Zain hari ini
- Anwar’s dilemma
- TG Nik Aziz setuju saf kepimpinan Pas Kelantan yang baru
- Kenaikan kadar tol: PKR desak respons segera PM
- Pembohongan Najib Bertaraf Gred A..
- PAS Pusat lantik pengerusi lajnah
- Shahidan kata Anwar setuju gaji ahli Parlimen naik
Liku Perjalanan Politik Mat Sabu Posted: 17 Dec 2013 09:30 PM PST |
Tol naik: Kerajaan BN lemah buat perjanjian berat sebelah Posted: 17 Dec 2013 09:25 PM PST Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan. Beliau berkata, kerana kelemahan kerajaan yang membuat perjanjian yang berat sebelah, rakyat yang harus menanggung beban kenaikan tol. "Satu kenyataan yang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab pihak kerajaan kerana hakikatnya Wahid harus tahu bahawa perjanjian yang dikatakan tidak dapat dielakkan ialah perjanjian yang dibuat kerajaan. "Kelemahan kerajaan membuat perjanjian berat sebelah akhirnya membebankan dan menganiayai pengguna lebuh raya. "Kerajaan tidak boleh terus memberi alasan kerana kelemahan mereka. Akhirnya apa pun kelemahan kerajaan rakyat yang kena tanggung," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, kenaikan tol boleh dielakkan kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk berunding dengan syarikat konsesi yang dikendalikan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Read More / Baca Lagi >> |
Aktivis PAS kutip tandatangan bantah tarif elektrik naik Posted: 17 Dec 2013 09:24 PM PST Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan dari para pengguna tren LRT, ketika program itu dijalankan di stesen Sentul Timur semalam. "Program hari ini sebagai satu 'kickstart' untuk kita membantah kenaikan tarif elektrik ini, seterusnya kita akan mendapatkan tandatangan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur. "Ia bagi mendapatkan sokongan rakyat yang sama-sama merasakan beban kenaikan tarif elektrik ini, Ia akan membawa kesan domino kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Ahli Parlimen PAS gesa Selangor jangan tiru kerajaan pusat naik harga Posted: 17 Dec 2013 09:20 PM PST Ahli Parlimen PAS Khalid Samad (gambar) hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor supaya tidak meniru kerajaan pusat yang sejak kebelakangan ini mengumumkan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat. "Kerana itu kita menyarankan kerajaan negeri supaya tidak mengikut kegilaan kerajaan pusat yang hanya tahu mengambil duit daripada rakyat tanpa mengira kesannya," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam. Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, tindakan kerajaan pusat yang terus menerus mengumumkan kenaikan harga barang telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat yang terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup. Beliau berkata tindakan tersebut dapat membantu rakyat dalam menangani situasi mencabar dalam berdepan dengan kenaikan harga barangan sekarang. |
Politik Terdesak: SMS ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ palsu, fitnah untuk gugat PR Selangor Posted: 17 Dec 2013 09:19 PM PST Pemberian baucer RM200 untuk Program 'Jom Shopping Kembali Ke Sekolah' untuk anak Selangor yang disebar luas dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi 'Whatsapp'sejak semalam adalah palsu. Justeru, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berharap orang ramai khususnya ibu bapa tidak terpengaruh fitnah yang sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab. "Ini SMS tidak bertanggungjawab yang sengaja menyusahkan dan mengelirukan semua pihak selain mengecewakan ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah. "Kesannya, semua 56 Pusat Khidmat DUN dan Pejabat Ahli Parlimen dihujani panggilan daripada rakyat berhubung dakwaan pemberian baucer itu,"katanya. Sejak semalam, SMS pemberitahuan pemberian baucer RM200 untuk membeli barangan keperluan sekolah kononnya dari Kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, disebar luas. Dengan menetapkan syarat penerima dari kalangan murid darjah satu hingga tingkatan enam atas hanya perlu membawa kad pengenalan dan hadir bersama ibu bapa (pengundi Selangor) boleh menebus baucer itu di semua pasar raya kecuali MyDin dan Kedai 1Malaysia. SMS itu juga memaklumkan, baucer boleh diambil di seluruh Pusat Khidmat DUN mulai 16 Disember hingga 28 Disember depan. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Selat Klang membuat laporan polis kira-kira jam 11.00 malam semalam selepas menyedari kewujudan SMS fitnah itu. Read More / Baca Lagi >> |
ALIRAN WANG HARAM TIADA KAITAN DENGAN GST Posted: 17 Dec 2013 08:54 PM PST Laporan Global Financial Integrity (GFI) mengenai jumlah aliran wang haram keluar dari Malaysia yang menduduki tangga keempat tertinggi di dunia sebaiknya dipandang serius. Sikap yang mempersoalkan angka-angka dan lebih cenderong bersembunyi di belakang statistik tidak akan membantu Malaysia mengatasi masalah ini pada kala kedudukan kewangan negara semakin rapuh. Kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Paul Low yang meremehkan unsur rasuah dan kegiatan haram yang menyumbang kepada aliran wang haram itu membayangkan sikap Barisan Nasional. Tidak kiralah sama ada komponen rasuah itu hanya 20% atau 50% dari jumlah aliran wang haram, jumlahnya adalah berpuluh bilion ringgit setiap tahun dan mempunyai kesan besar kepada ekonomi negara. Terbaru, Barisan Nasional memberi alasan bahawa pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah "trade mispricing". Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar (zero rated supply) dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport. Masalah "trade mispricing" selalunya diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui audit percukaian kerana ia bersabit dengan cubaan mengelak cukai dengan mengenakan transfer pricing yang tidak adil. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Dec 2013 08:50 PM PST Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno kali ke-67 lalu mendakwa 'orang nombor dua' Pas adalah salah seorang pemimpin Syiah. Bagi mengukuhkan dakwaan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan 'orang nombor dua' Pas itu terbabit ajaran Syiah. Tidak perlu berteka-teki kerana 'orang nombor dua' Pas sekarang ialah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menjawat jawatan timbalan presiden. Justeru, Wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad, Jamilah Hamzah dan Muhamad Adzhar Tajuddin bersama jurukamera Md Nidzam Osman dan jurufoto Azmi Aryanto mendapatkan penjelasan daripada Mat Sabu sendiri mengenai isu tersebut. SINAR HARIAN: Sekali lagi dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, bagaimana Tuan menerima pelantikan pada kali ini? MAT SABU: Saya menerima pelantikan itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan mengakui dengan kekurangan yang ada. Walaupun begitu, dalam Pas, kita bertindak selaku satu unit, kelebihan atau kekurangan seseorang itu akan ditampung sekali gus menjadi satu keputusan yang lebih jitu dan kuat. Maksudnya, hala tuju parti bukan bergantung pada individu tetapi lebih terarah kepada kumpulan atau jemaah itu. SINAR HARIAN: Sejak pembabitan Tuan dalam arena politik, semestinya ada dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi, apakah dugaan terbesar sepanjang bergelar ahli politik? MAT SABU: Media dilihat masih lagi tidak adil. Kebebasan media terutama sekali media yang dimiliki kerajaan atau ada saham kerajaan. Kita terpaksa berjuang dengan serba kekurangan untuk mendapatkan demokrasi yang adil serta pilihan raya yang adil. Di bawah Akta Polis misalnya, kita tidak dibenarkan berhimpun lebih daripada 5 orang. Selain itu, jika hendak mengadakan ceramah, kita juga diwajibkan mendapat kebenaran daripada polis. Kebiasaannya, di bawah akta ini kita dapat melihat dengan jelas pemerintah menggunakan kuasa untuk melarang ceramah atau himpunan yang selalu disuraikan dengan gas pemedih mata. Perkara seperti itu pernah berlaku pada ceramah di Markas Pas, Kuala Kedah. Di situ, dua kali saya 'ditembak' dengan gas pemedih mata oleh polis. Read More / Baca Lagi >> |
SPPBS: NGO kecewa KPM tak beri layanan Posted: 17 Dec 2013 08:41 PM PST Menurut Ketua Gerak Kerjanya, tiada maklum balas diterima terhadap surat permohonan yang dihantar pada 30 November lalu. "SGMM kecewa kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan tidak memberi respon dengan surat permohonan SGMM bertarikh 30 November 2013. "Ia untuk mengadakan Mesyuarat Meja Bulat bagi membincang dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah kepincangan sistem PBS," katanya dalam satu kenyataan. |
Pendidikan: Kerajaan Umno@Bn hanya buat pengumuman kosong Posted: 17 Dec 2013 08:38 PM PST Badan bebas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) membidas kerajaan kerana banyak membuat pengumuman kosong yang tidak menunjukkan hasil dalam meningkatan kualiti pendidikan negara. Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) yang diumumkan baru-baru ini. Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan (gambar), berkata terlalu banyak pembaharuan 'berilusi' yang dicipta menerusi pelbagai pengumuman oleh kerajaan. Baru-baru ini, keputusan skor PISA menunjukkan sistem pendidikan negara berhadapan dengan krisis. Prestasi pelajar berusia 15 tahun ketinggalan jauh di belakang negara-negara kurang maju seperti Vietnam. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan S'gor akan halang kenaikan tol 3 lebuh raya Posted: 17 Dec 2013 08:36 PM PST Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol. Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint. "Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya. |
Anak Nik Aziz tegah menantu Pak Lah ambil tindakan populis Posted: 17 Dec 2013 08:35 PM PST Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar diminta tidak mengambil tindakan populis untuk membela golongan belia tetapi segera menjawab keresahan rakyat susulan daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata, apabila sudah berlaku kenaikan harga, baru Khairy mengeluarkan kenyataan hendak berbincang dan kononnya membela nasib golongan belia. Katanya, ramai ahli Dewan Rakyat yang bersidang sehingga 5 Disember lalu termasuk senator yang sedang bermesyuarat hari ini menyuarakan hasrat hati belia namun, setakat ini tidak diketahui apakah tindakan kerajaan dalam menangani perkara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Tarif lektrik dan bonus lima bulan kakitangan TNB.... Posted: 17 Dec 2013 07:30 PM PST Dr Azman IbrahimMereka juga warga dan rakyat seperti kita, punya tanggungan dan beban kewangan. Mereka juga bekerja untuk memberikan khidmat kepada majikan dan negara. Mungkin ada perkiraan tertentu yang mewajarkan anugerah bonus ini diberikan kepada mereka. Kenaikan tarif elektrik yang bakal dinikmati bermula tahun hadapan bukan salah kakitangan TNB. Mereka adalah pekerja, bukannya pembuat dasar dan polisi. Yang menentukan dasar dan polisi sesebuah GLC seperti TNB adalah kerajaan yang memerintah. Kenaikan tarif elektrik bukannya ditentukan oleh CEO TNB, tetapi ditentukan oleh kerajaan BN setelah dibincangkan dalam Kabinet dan diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab. Saya tidak mempertikaikan kakitangan yang cuma bekerja mematuhi arahan majikan apatah lagi untuk memandang serong terhadap mereka. Sebahagian daripada mereka bukannya orang lain, sanak saudara kita juga. Bila tarif elektrik naik, kakitangan TNB pun turut bayar bil elektrik seperti kita. Yang tidak perlu bayar bil elektrik sendiri adalah PM, Timbalan PM dan menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Bekas menteri Umno dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek Posted: 17 Dec 2013 07:25 PM PST Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja. Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas. "Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu. "Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya. Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya. Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri. Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013. Read More / Baca Lagi >> |
Dikait Syiah oleh Umno, Mat Sabu tetap 'cool' Posted: 17 Dec 2013 07:24 PM PST SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool". Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya. "Saya orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa. "Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam. Awal bulan ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menyatakan pembabitan pemimpin nombor dua Pas itu dengan fahaman Syiah. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Dec 2013 07:22 PM PST Our People-First PM must speak up on the various issues affecting the welfare of citizens Selena Tay PETALING JAYA: When citizens are writhing under the weight of high prices and worried to death that things will only get worse, it is no longer adequate for the government to try to reassure them with abstractions and platitudes. How, for instance, will "more funds for development" bring down the price of food so that our children do not go to school hungry? How long will this "development" take? When will it result in a reduction of the inflation rate? We need to be convinced that our children will not suffer prolonged malnutrition, and we do not want them to endure for too long the aggravation of having to do their homework by candle light as we scrimp on electricity. Silence is elegant only when the provocation to break it is frivolous or malicious. As a prime minister who has pledged a "People First" policy, Najib must address these genuine concerns of the people—and address them with concrete explanation. Our PM has been inelegantly silent on a lot of issues since BN scraped through the 13th general election and his administration started to pile onto hapless Malaysians a shocking series of so-called subsidy-saving measures that look more like crony-enrichment strategies and/or desperate attempts to make up for profligate spending in his first term to ensure his survival for a second term. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Dec 2013 06:16 PM PST |
Menyahut saranan "Menteri Cerdik Pandai" kitchen cabinet Najib Posted: 17 Dec 2013 05:30 PM PST Datuk Seri Nebe Kita sama sama berkongsi kecerdikan Bapak Bapak Menteri kita dengan saranan saranan Ubah #Lifestyle tahap jamban! Aku duduk dlm rumah bosan, okay bukalah TV, TV biasa je tiada Astro,Buka TV1 kutuk PR,buka TV2 kutuk PR,Buka TV3 perghhh lagi hebat kutuk PR... hurmmm nak masuk Astro lah,masuk 27hb (masuk Free) dah masuk Astro satu cerita,188X ulang tayang... Sampai 28hb TV jadi gelap,(ni mesti kena potong ni), angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya jadi gelap? astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh cerah, Aku ckp xboleh tunggu cukup bulan ke baru potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnye) okay takpelah,TV gelap smpai 30hb gaji aku byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20 (penyambungan) n cukai 6%, perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk! Tiba2 teringat kata menteri, "kalau taksuka Astro,Tgok tv biasa", Okay aku STOP Astro, tgoklah TV biasa yg hari2 kutuk PR tu... tiba2 teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV.. Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market nk beli gula dgn kopi, tgok Harga gula mahal, tiba2 teringat kata2 menteri, "Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis", ok tak jadi beli gula, balik minum kopi kosong je.. dah minum air dpt call member ajak pergi rumah dia ada kenduri sikit, ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri, "jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama" tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak mahal(kataku dlm hati),,, okay takjadi naik kereta,naik.basikal je... dlm 1jam 45min smpai rumah kwn, Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi dgn sayur.. aku tanya kwn, mkn sayur je ke? kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn ikan,Skrg ni semua mahal,mkn sayur jela murah" ok lepas mkn nk blk lah.. kayuh basikal smbil terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni, tiba2 teringat kata menteri "kalau taksuka dgn malaysia,Sila keluar dari Malaysia" ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku berpindah ke planet PLUTO. Sekian.. |
Posted: 17 Dec 2013 05:25 PM PST SUBKY LATIF Pendedahan 10 perkara oleh kementerian dalam negeri tentang Mat Sabu adalah Syiah adalah sekadar syak dan syak itu boleh menyebabkan orang syak. Setiap barang syak belum dipastikan betul. Ia boleh betul dan boleh jadi tidak betul. Orang nak percaya 100 peratus pun tak boleh, tidak percaya seratus peratus pun tak boleh. yang didedahkan oleh sidang media KDN itu adalah berdasarkan apa orang kata tentangnya. Ia sendiri belum membuktikannya. Macam menuduh orang rasuah. Kerajaan BN misalnya dirasakan rasuah oleh setengah orang. Nak percaya ia betul-betul rasuah, ia tidak pernah didakwa dan belum dibuktikan di mahkamah. Nak kata ia tidak betul, tak boleh juga kerana orang rasa ia begitu. Macam yang dikatakan terjadi pada Tan Sri Rafidah Aziz ssemasa jadi menteri dulu. Dia dikatakan meluluskan saham untuk menantunya. Maka ada penyiasatan atas dakwaan itu. Tidak ada keputusan yang diambil tentangnya. Read More / Baca Lagi >> |
Afidavit Shafee: Polis soal siasat Mat Zain hari ini Posted: 17 Dec 2013 05:19 PM PST Polis akhirnya mengambil tindakan untuk menyoal siasat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini berhubung laporan polisnya yang menuduh peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) menipu dalam afidavit permohonan rayuan kerajaan terhadap pembebasan tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shafee dilantik sebagai timbalan pendakwa raya dalam permohonan itu di sebalik bantahan daripada Anwar, yang mengatakan bahawa peguam kanan itu tidak layak menyandang tugas itu selepas Mat Zain memfailkan kenyataan bersumpah dan laporan polis menyatakan peguam itu memfailkan afidavit palsu. Menurut sumber yang rapat dengan laporan itu, Mat Zain dijangka datang ke ibu pejabat polis Putrajaya hari ini untuk merekodkan keterangannya. "Selepas kenyataan Mat Zain direkodkan dan polis mendapat gambaran jelas, satu keputusan akan dibuat untuk sama ada membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes itu," katanya. The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis Putrajaya mengendalikan kes berkenaan kerana afidavit yang dipersoalkan itu diserahkan kepada Istana Keadilan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 17 Dec 2013 05:17 PM PST Is it time for Anwar Ibrahim to retire gracefully from politics? Without him, can Pakatan take on Umno in the next GE? That is how long Anwar Ibrahim has to secure his political legacy before his party elections in the coming months. If he does not succeed in what he wants to do within these few months then all that he has done to kick-start a once surging political ascent to be Prime Minister of Malaysia will come to naught. All bets are off! All that Anwar has promised to do, will do and should have done can now be thrown to the wind. In politics what matters is the present and your place in it and in the end, for politicians, political power is the ultimate aphrodisiac, the opium of their life that puts to rest any other considerations for morality and nobleness of spirit that will distract. So hush all you soothsayers who dare to say that Anwar's past are fast catching up with him. All you "Anwar no matter what" brigade can chill and be still. No one, not Umno, not factions within PKR will have any say in the matter of his coming or going and neither will this writer. Only Anwar knows what Anwar wants. What fascinates us is that his presence or absence will have cause and effects on issues that affects PKR, Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, our nation and last but not least, you and me. And to his credit Anwar knows this and is not beyond shamelessly orchestrating this universe that revolves around him to perform to his advantage. Read More / Baca Lagi >> |
TG Nik Aziz setuju saf kepimpinan Pas Kelantan yang baru Posted: 17 Dec 2013 04:19 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua rakyat termasuk penyokong Pas menerima pelantikan kepimpinan Pas Kelantan yang baru dengan puas hati. Beliau yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, saf kepimpinan yang dilantik pula diharap patuh kepada pimpinan atas dalam menaikkan usaha perjuangan parti. Kata beliau, pelantikan tersebut terletak kepada kepimpinan, sama ada mahu menerima atau tidak, namun beliau mengharapkan semua kepimpinan dapat menerimanya. "Saya setuju dengan kepimpinan ini dan berharap semua rakyat Kelantan terima pelantikan ini termasuk penyokong Pas. Terima dengan puas hati dan patuh pada kepimpinan. "Saya bersyukur setelah berkali-kali meminta jawatan Pesuruhjaya Pas dilepaskan dan sekarang lega dapat melepaskan jawatan ini dan tidak perlu terikat dengan kerja-kerja rutin pejabat," katanya kepada media selepas melancarkan Tabung Banjir Pertubuhan R Kelantan, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Kenaikan kadar tol: PKR desak respons segera PM Posted: 17 Dec 2013 04:17 PM PST SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini, mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengeluarkan respons segera berkaitan kadar kenaikan tol bagi meredakan kebimbangan rakyat. Jelas Nurul Izzah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, tindakan Perdana Menteri yang bertindak berdiam diri hanya akan menambahkan lagi kegusaran rakyat ditambah lagi dengan pelbagai berita kenaikan sejak beberapa hari yang lalu. "Saya mendesak agar perdana menteri mengeluarkan respons serta-merta berkenaan kadar kenaikan tol ini. "…Bagi saya janji yang dimungkiri ini akan membebani rakyat, oleh itu saya berasa amat kecewa dengan tumpuan kerajaan BN yang mengukir masa hadapan Malaysia ke arah yang malap, oleh itu perdana menteri harus keluarkan kenyataan bagi menenangkan semula hati rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya. Read More / Baca Lagi >> |
Pembohongan Najib Bertaraf Gred A.. Posted: 17 Dec 2013 04:14 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional. Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah 'mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat'. "Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini,". 14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan. Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014. |
PAS Pusat lantik pengerusi lajnah Posted: 17 Dec 2013 04:12 PM PST KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini selesai melantik semua pengerusi lajnah. Timbalan pengerusi dan setiausaha juga dilantik, namun ada beberapa lajnah yang belum dibuat pelantikan itu. Sebanyak 17 pengerusi lajnah termasuk satu lajnah baru iaitu Lajnah Dakwah dan enam pengerusi lembaga dilantik hari ini. Berikut merupakan senarai pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha lajnah bagi sesi 2013-2015: 1. Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pengerusi : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan : Mohamad Sabu Setiausaha: Datuk Mustafa Ali 2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pengerusi : Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Timbalan Pengerusi 1: Idris Ahmad Timbalan Pengerusi 2:Datuk Abu Bakar Chik Pengarah Jabatan Tarbiyah: Idris Ahmad 3. Lajanah Dakwah Pengerusi : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Pengerusi 1 : Nasrudin Hassan Timbalan Penegrusi 2 : Nuridah Salleh 4. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pengerusi : Datuk Mahfuz Omar Timbalan : Tan Sri Mohamad Taib Setiausaha: Misbahul Munir 5. Lajnah Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pengerusi : Husam Musa 6. Lajnah Pendidikan Pengerusi :Datuk Abu Bakar Chik Timbalan Pengerusi 1 :Datuk Datuk Ahmad Amar Abdullah Timbalan Pengerusi 2 :Datuk Mahfodz Mohamed 7. Lajnah Hubungan Antarabangsa Pengerusi : Dr Syed Azman syed Ahmad Nawawi Timbalan Pengerusi 1 : Datuk Kamarudin Jaffar Timbalan Pengerusi 2 : Nik Zawawi Salleh 8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pengerusi : Dr Siti Mariah Mahmud Timbalan Pengerusi : Dr Riduan Mohd Nor 9. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pengerusi : Hanipa Maidin Timbalan Penegrusi : Abang Ahmad Kerdee 10. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pengerusi : Datuk Seri ir Nizar Jamaludin Timbalan Pengerusi : Abdul Ghani Shamsuddin Pengarah Jabatan IT Pusat : Shuhaimi Embong 11. Lajnah Perpaduan Nasional Pengerusi : Datuk Dr Mujahid Yusof Timbalan Pengerusi : Nik Abduh Nik Abdul Aziz 12. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pengerusi : Dr Muhaimin Sulam 13. Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pengerusi : Datuk Mahfuz Omar Timbalan Pengerusi : Khalid Abdul Samad 14. Lajnah Pekerja dan Pengguna Pengerusi : Anuar Tahir 15. Lajnah Asas Tani Pengerusi : Datuk Ir Amirudin Hamzah 16. Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal Pengerusi : Mazlan Aliman Timbalan Pengerusi 1 : Mohamad Hussain (Sabah dan Sarawak) Timbalan Pengerusi 2 : 17. Lajnah Alam Sekitar Pengerusi : Zulkefli Mohamad Omar Lain-lain: 1. Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Pengerusi : Salahuddin Ayub Timbalan Pengerusi 1 : Hussin Ismail Timbalan Pengerusi 2 : Mohd Arifin 2. Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO Pengerusi : Mohamad Sabu 3. Lembaga Pemerkasaan Parti Pengerusi : Mohamad Sabu 4. Lembaga Pembinaan Kompleks Pengerusi : Salahuddin Ayub 5. Lembaga Pengarah Harakah Pengerusi : Datuk Mustafa Ali Pengarah Urusan : Dr Rosli Yaakop 6. Lembaga Penasihat DHPP Pengerusi : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man |
Shahidan kata Anwar setuju gaji ahli Parlimen naik Posted: 17 Dec 2013 04:08 PM PST Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan persetujuan dengan cadangan pelaksanaan kenaikan kadar gaji dan elaun ahli Parlimen Malaysia. Ia berikutan daripada surat yang dihantar Anwar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menyokong pemohonan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut. Anwar dikatakan pernah membantah keras cadangan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen ketika pembentangan pada 2012. "Buat masa ini, cadangan jumlah kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen yang ada hanyalah pada usul 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Bagaimanapun kita sedia maklum kadar yang dibentangkan pada 2011 sudah tentu tidak relevan dengan kos semasa," katanya kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan