Selasa, 17 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Linda Onn Bakal Kahwin Kerabat DiRaja 27 December

Posted: 17 Dec 2013 09:24 PM PST

gambar perkahwinan linda onn
Utusan Malaysia hari ini secara eksklusif mendedahkan yang penyampai radio popular, Linda Onn khabarnya akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Peyampai stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di Johor Bahru secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru. Linda Onn bagaimanapun khabarnya gagal dihubungi untuk media mengesahkan perkara ini.
Tahniah buat Linda Onn jika benar seperti apa yang disampaikan. - ROTIKAYA

Diplomat wanita India diarah tanggalkan pakaian oleh NYPD

Posted: 17 Dec 2013 06:47 PM PST

Krisis diplomatik meletus di antara India dan Amerika Syarikat semalam selepas seorang diplomat wanita New Delhi ditahan dan diarah menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan oleh polis New York.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan India, Shivshankar Menon marah dengan layanan ke atas Timbalan Konsul Besar India di New York, Devyani Khobragade, 39,(gambar) dan mengecam tindakan polis.

"Layanan ke atasnya adalah menjijikkan dan tidak bertamadun," tegas Menon.


Devyani dituduh mengemukakan dokumen palsu mendapatkan visa pekerjaan bagi orang gajinya di Manhattan.

Pegawai India berkata, Devyani ditahan dan digari selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah dan dimasukkan dalam penjara bersama penjenayah, penagih dadah dan pelacur sebelum dibebaskan atas ikat jamin AS$250,000 (RM800,000) selepas mengaku tidak bersalah.

Pegawai kanan India mendedahkan, Devyani juga melalui pemeriksaan selepas diarah menanggalkan pakaian, perkara utama yang dilaporkan di negaranya.

India dilaporkan bersedia bertindak balas ke atas diplomat Amerika di sini dengan memberi amaran keistimewaan mereka akan dikurangkan, selain menuntut maklumat mengenai gaji yang dibayar kepada orang gaji mereka, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Pekerja juga memindahkan hadangan trafik dekat kedutaan Amerika di New Delhi yang diletak sebagai langkah keselamatan.

PTI melaporkan, langkah itu diarahkan oleh kerajaan India yang berang dengan layanan kepada Devyani.

New Delhi juga menyokong pandangan Devyani yang berkata, jika beliau melakukan jenayah berat, mengapa beliau dibebaskan dua jam selepas ditahan.

Jabatan Negara Amerika pula mengisytiharkan pegawai konsular tidak mempunyai imuniti.

India, bagaimanapun melihat itu sebagai cubaan melarikan perhatian daripada isu sebenar iaitu penghinaan ke atas diplomat India di khalayak ramai.

Pendakwa menuduh Devyani yang mendakwa memberi gaji AS$4,500 (RM14,400) sebulan sebenarnya memberi gaji kurang daripada gaji minimum.

Devyani merancang menolak tuduhan dan mencabar penahanannya kerana beliau memiliki kekebalan diplomatik.

Tetapi, jika didapati bersalah atas kesalahan visa, Devyani boleh dihukum 10 tahun dan lima tahun lagi kerana membuat keterangan palsu. - AGENSI/Agenda Daily

Adi Putra Tidak Akan Tunduk Permintaan Suami Noraida

Posted: 17 Dec 2013 01:45 PM PST


Adi Putra
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.
Adi berkata, dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.
"Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.
"Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan," katanya.
Adi ditemui pada majlis pra tonton filem Balistik di e@Curve di sini pada Selasa.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 13 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Amiruddin Othman bersama Noraida Abd. Mutalib pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media pada 13 Disember lalu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sementara itu, Adi juga menegaskan, kes tersebut juga tidak akan menghalangnya untuk membalas mesej-mesej peminatnya di laman sosial di Twitter, Instagram mahupun di Facebook selepas ini.
"Tidak kira apa status peminat itu, lelaki atau perempuan, saya akan membalas mesej-mesej mereka. Saya tahu batas saya melayan peminat-peminat," tegasnya.- mStar

Saya tak sengaja, butang jaket tercabut - Noraida [skandal Adi Putra]

Posted: 17 Dec 2013 06:15 AM PST

alt
Selepas kes Skandal Adi Putra diputuskan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA) oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), suami Noraida,Amiruddin Othman, yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut mengadakan sidang media dan menggesa agar kes tersebut dibuka semula.
Namun, lain pula yang terjadi apabila Noraida yang berpakaian agak keterlaluan dan menjolok mata ketika menghadiri sidang media tersebut menjadi tumpuan lensa kamera jurugambar media. 
Malah, gambar-gambar Noraida dimuatnaik, ianya menjadi kecohan di media maya selepas ramai yang mengutuk gaya pemakaiannya yang agak seksi.
Gambar-gambar tersebut menyebabkan peminat yang mengikuti kisah skandal itu telah memberikan persepsi negatif kepada pasangan itu sekaligus ramai yang mula kembali memberi sokongan dan berpihak kepada Adi Putra.
alt
Namun pada 14 September, seorang pengguna Twitter menegur Noraida di laman twitter peribadinya dan Noraida telah memberi respon terhadap teguran tersebut.
"Saya bukan sengaja.Jaket yang patut saya pakai tercabut butang dan dah lambat ke pc (Press Conference).saya sepatutnya tak join pc tp last minute.tq ambil berat," katanya menerusi laman twitter miliknya.
Jawapan beliau, bagaimanapun dianggap tidak relevan dan telah mendapat kritikan daripada pengguna-pengguna twitter yang lain.
alt

Artis : Azean Irdawaty meninggal dunia ... Al Fatihah

Posted: 17 Dec 2013 04:56 AM PST

Siapa boleh lupa ungkapan... "Lihatlah dunia, aku anak wayang..." yang dilafazkan oleh Seniwati Azean Irdawaty tatkala memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1980.

Ia bukan ungkapan untuk bermegah-megah, tapi satu penyataan kepada dunia, yang selama ini memandang rendah kepada 'anak wayang' dan Azean membuktikan sebaliknya.

Beliau merupakan lagenda filem Melayu selepas zaman P Ramlee. Lakonan beliau mempunyai kelas tersendiri dan mendapat pujian penonton sehingga digelar primadona filem Melayu.


Malam Selasa,  Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Al Fatihah-17/12/2013

Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

Posted: 17 Dec 2013 03:29 AM PST


Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panelpeguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.
Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.
"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.
"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (Gambar atas)
Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.
Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.
"Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.
"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya.
Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan  yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin.
Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari.
Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN.
"Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah.
"Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti.
"Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan.
"Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.
Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli. - Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau akan membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwanya sebagai pengikut Syiah, sebelum memfailkan saman fitnah.
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini Selasa, Mohamad mendakwa Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, adalah dalang di sebalik tuduhan yang berniat jahat untuk menjejaskan maruah dan integriti beliau.
"Peguam saya turut meneliti ucapan Zahid yang mengaitkan saya dengan Syiah dan saya percaya berlaku penyalahgunaan kuasa daripada pihaknya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Zahid berkata PAS telah memilih pengikut Syiah sebagai pemimpin No.2 PAS dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kuasa kepada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk bertindak.
Mat Sabu menyifatkan kenyataan itu sebagai 'penyalahgunaan kuasa' kerana Jakim bukan di bawah bidang kuasa KDN dan oleh itu, ia tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan terhadapnya.
"Insya-Allah, saya akan membuat laporan polis terhadap Zahid di atas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab. Saya berharap polis akan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau berat sebelah ketika menjalankan siasatan," kata Mat Sabu.
Mat Sabu turut berkata, beliau tidak akan memberi sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut selepas ini sehingga ia dibawa ke mahkamah oleh peguamnya.
"Bermula hari ini, saya akan menyerahkan perkara itu kepada peguam saya dan tidak akan memberi sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung isu ini. Saya tidak akan melayan perkara ini sehingga ia dibawa ke mahkamah," katanya.
Peguam Mat Sabu, Mohamad Hanipa Maidin, yang turut hadir berkata, satu surat tuntutan telah dihantar kepada Zahid pada minggu ini yang meminta beliau untuk memberi maklum balas dalam tempoh tiga atau empat hari.
"Kami belum membuat keputusan tetapi kami akan menghantar surat tuntutan yang meminta beliau supaya menarik balik kenyataannya dan meminta maaf. Jika tiada maklum balas, kami akan membawa perkara ini ke mahkamah," kata Hanipa, yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Beliau juga berkata, tiada keperluan untuk Mat Sabu menafikan 10 bukti yang didedahkan KDN pada minggu lalu kerana ia tidak relevan.
"Mengikut undang-undang, beban bukti tiada pada Mat Sabu. Beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Jika dia (Zahid) mempunyai kesemua bukti, bawa bukti itu ke mahkamah dan pertahankan justifikasinya," kata Hanipa.
Pada minggu lalu, KDN dilaporkan sebagai berkata, meminta Mat Sabu untuk tampil dan menyangkal bukti yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah.
"Tiada istilah konsep menyangkal dalam undang-undang. Ia sama ada anda membuktikan ia atau tidak. Itu saja," katanya.- mStar

CODY WALKER DIJANGKA GANTIKAN ABANGNYA @ PAUL WALKER DALAM FAST & FURIOUS 7

Posted: 17 Dec 2013 01:02 AM PST

cody walker dijangka gantikan abangnya dalam fast  furious 7

LOS ANGELES, 16 DIS 2013: Pelakon lagak aksi ngeri, Cody Walker yang juga adik kepada mendiang Paul Walker dijangka akan menggantikan tempat abangnya dalam filem Fast & Furious 7 yang akan menyambung penggambarannya, tidak lama lagi.
Menurut jurucakap Universal Studio, penggambaran terpaksa dihentikan seketika bagi menghormati keluarga terdekat Paul dan keluarga besar Fast and Furious itu sendiri. Namun, kehidupan dan perancangan harus diteruskan dan penggambaran siri francais hebat itu akan kembali bersambung pada awal Januari 2014.
Menyentuh tentang pemilihan Cody, ianya dibuat selepas pihak penerbit mengadakan mesyuarat selepas kematian Paul.
Cody dipilih kerana dia mempunyai wajah dan gerak badan yang hampir menyerupai abangnya.
Bagaimanapun, Cody hanya akan memegang watak sebagai Brian O'Connor penggambaran dari sudut kamera belakang dan jarak jauh. Untuk sudut kamera dekat, penggunaan teknik CGI akan dikenakan terhadap wajah Cody bagi menyerupai 99% wajah abangnya.
Fast & Furios 7 merupakan filem terbesar francais itu setakat ini kerana banyak melibatkan nama-nama besar dalam dunia perfileman antarabangsa.
Watak pelumba drift, Sean Boswell lakonan Lucas Black dari filem Tokyo Drift akan dikembalikan dalam filem ini selain Jason Statham yang akan memegang watak antagonis. Turut terlibat ialah aktor dari Thailand yang dikenali dengan filem Ong Bak dan Tom-Yum-Goong iaitu Tony Jaa.
Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster dan Tyrese Gibson semuanya akan kembali memegang watak lama masing-masing.
Fast & Furious 7 telah diarahkan oleh James Wan, pengarah yang terkenal sebelum ini dengan filem-filem seperti Insidious, Saw dan The Conjuring. - murai

Tiada ulasan: