Sabtu, 7 Disember 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


bukan tsunami kristian tapi tsunami rasuah besar besaran yang mellindungi pelakunya itulah yang mengancam melayu islam la banggang zul lancau .....!!!

Posted: 06 Dec 2013 11:33 PM PST

Zulkifli Noordin: PRU14 jadi "Tsunami Kristian" jika tujuh ancaman kepada Melayu-Islam tidak ditangani

zul lancau telah di reject oleh pengundi shah alam...

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin (gambar) mengatakan terdapat tujuh ancaman kepada Melayu-Islam dan jika tidak ditangani akan mampu menukar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi "Tsunami Kristian".

Zulkifli menggariskan tujuh ancaman kepada survival perjuangan Melayu-Islam di Malaysia iaitu parti Pakatan Rakyat (PR), Singapura, badan bukan kerajaan (NGO) liberal, gerakan Kristianisasi dan Melayu liberal.

"Kalau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilabel sebagai 'Tsunami Cina', saya tidak terkejut sekiranya PRU14 kelak akan menjadi 'Tsunami Kristianisasi'," katanya dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu katanya, DAP adalah ancaman utama bagi bangsa Melayu-Islam kerana sikap cauvinis, rasis, ekstremis dan anti Melayu-Islam begitu menebal dalam parti itu.

"Sikap perwakilan DAP menjerit 'boo' kepada Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi apabila dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas keceluparan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran

Pulau Pinang (MPPP) yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan gelaran 'kucing kurap' membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini.

"Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan! Ingat semula kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai 'anjing Umno' cukup membuktikan sikap cauvinis, ekstremis dan pelampau perkauman mereka," katanya.

Ancaman kedua yang disebutkan Zulkifli adalah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menurutnya parti picisan yang ditubuhkan itu dikutip untuk survival politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, nafsu besar pemimpin PKR untuk bertakhta di Putrajaya menyebabkan perpecahan bangsa Melayu-Islam dan parti itu katanya memberi talian hayat politik kepada DAP untuk menembus masuk ke kawasan yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

"Inilah parti yang dipimpin oleh manusia dua kali diheret ke mahkamah atas pertuduhan moral melibatkan dua orang kakitangannya sendiri Azizan dan Saiful Bukhari.

"Masih ingat pembohongan Kampung Buah Pala? Masih ingat pembohongan jam Omega? Masih ingat pembohongan Lynas? Masih ingat pembohongan pengundi Bangladesh? Inilah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang pembohongan dan putar belit menjadi alat perkakas mereka," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menyifatkan ancaman ketiga adalah datangnya daripada PAS, sebuah parti yang menjadi tunggangan DAP dan Anwar.

Katanya, PAS adalah parti yang sanggup mendoakan kehancuran orang Melayu yang tidak sehaluan dan sealiran politik dengan mereka sehingga sanggup mendoakan supaya pemimpin Melayu pecah perut.

"Inilah parti yang bersekongkol dengan Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk membenarkan Kristian mengguna pakai kalimah Allah.

"Inilah parti yang sanggup memecat tanpa memberi notis dan hak bela diri ke atas Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali, bekas pemimpin parti, Nasharuddin Mat Isa dan penceramah bebas Mohamed Kazim Elias yang ditawarkan tempat untuk menduduki Majlis Tertinggi Umno," katanya.

Zulkifli menggariskan ancaman keempat kepada Melayu-Islam adalah Singapura kerana kenyataan bekas Perdana Menteri republik itu Lee Kuan Yew yang tidak menolak kemungkinan menyertai semula Malaysia setelah PR berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum 2008.

Katanya, jika PR menang kerusi Parlimen dan berjaya membentuk kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia.

"Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan. Jika itu berlaku dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung.

"Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi, kita pun tahu siapa yang menguasai kerusi ini. Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar malah kemungkinan dua pertiga," katanya.

Beliau berkata ancaman kelima adalah NGO liberal apabila baru-baru ini dalam sidang Semakan Berkala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Mereka dengan kerjasama NGO asing mendesak badan antarabangsa itu supaya menekan Malaysia menerima beberapa tuntutan.

"Antara desakan mereka adalah membenarkan Kristian mengguna pakai kalimah Allah, membenarkan orang Islam murtad, menghalalkan amalan seks bebas, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) termasuk kahwin sesama jenis, membenarkan Syiah serta menghapuskan Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu.

"Kita tahu kebanyakan NGO ini pro pembangkang termasuk parti PR," katanya.

Zulkifli turut menggariskan ancaman keenam adalah gerakan Kristianisasi dan cubaan mengheret isu kalimah Allah sehingga ke mahkamah adalah satu tindakan provokatif menghina umat Melayu-Islam.

"Kegagalan mereka di mahkamah tidak berhenti di situ. Mereka mengheret isu ini ke peringkat antarabangsa menggunakan platform PBB! Mereka juga menerima sokongan daripada segelintir bangsa Melayu yang sudah terlalu kemaruk untuk menduduki takhta Putrajaya," katanya.

Ancaman terakhir kepada Melayu-Islam yang digariskan Zulkifli adalah Neo-Melayu Liberal yang langsung tidak menghargai sejarah perjuangan Melayu-Islam di negara ini.

Katanya, Neo-Melayu liberal asas keagamaan, sifat patriotisme dan kenegaraan sangat cetek selain kesetiaan meragukan dan sikap terlalu mementingkan diri sendiri.

"Mereka ini terlalu mempertuhankan Barat, berselindung di sebalik sistem demokrasi, hak asasi tanpa batas dan kebebasan bersuara. Mereka merasakan bahawa agama Islam itu menyusahkan serta bangsa Melayu ini lekeh dan mundur.

"Kumpulan tersebut juga berasa fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah jumud dan mundur, sebab itu ada antara mereka mudah terpikat dengan ajaran Syiah yang lebih menyeronokkan," katanya

 

 

 

penyapu sial

 

 

" ancaman tebesar kepada pru-14 "


1. IBRAHIM ALI ( sengaja nak bagi orang melayu marah kat india dan cina )
2. zulkufli nordin ( Mengina semua kaum dan agama dan mengapi2 melayu yang mudah keliru , dan mempertwatakan sebagai hero melayu )
3.Hasan Ali - ( muka x malu berusaha bersungguh memecah belahkan melayu , antaranya di pas dan melagakan pemimpin pas, pkr dan Dap
4.ISMA- (Menyorok identiti sebgai pembela islam , tetapi menanam perasaan dengki melayu kepada bukan melayu ( bersungguh memperceepatkan pergaduhan kristian dan islam.
5.najib - yang mengupah 2 puak gila diatas ini , untuk mengungkit 2 benda ini kerana, umno x direct sangat bawa isu2 ini kerana menjaga perutasi BN , umno nak nampak baik kepada semua kaum , tetapi semua kerja sial didalangi umno

6.membela perasuah secara besar besaran...bila mana kesilapan melakukan rasuah di kira kebodohan yang tak boleh di dakwa kata ketua SPRM...contoh utama...lembu shahrizat ...kerana kebodohan tak ambil tahu pinjaman rm 250 juta duit lembu di habis kan membeli kondo ,kereta mewah dan mengajikan anak anak dengan gaji yang besar  dalam syarikat lembu...beliau tidak di dakwa sampai sekarang...

Dia dh kalah...rakyat majorti melayu kt shah alam tolak dia pru13... mungkin dia nak jadi hero kot.....kuasa tuhan lbh daripada segala galanya....rakyat malaysia hari ni lbh bijak...........

aku sokong seekor bangsat UMNO nie kata....lepas nie rakyat yang sokong pembangkang tak payah bayar cukai...biar bangsat bangsat UMNO tanggung semua cukai termasuk GST sebab duit depa semua bertingkat tingkat....!!!!

Posted: 06 Dec 2013 02:47 PM PST

Seorang pemimpin Umno Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung Umno petang  kelmarin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong Umno serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju.

Nampaknya si bahalul nie i masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.

Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung Umno atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.

Sekiranya bantuan BR1M hanya ingin diberikan kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, maka seharusnya mulai tahun depan wang rakyat atau pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya gunakanlah wang Umno atau wang daripada poket Najib.

Selagi wang pembayar cukai yang digunakan, adalah cadangan yang tidak masuk akal jika hanya penyokong Umno dan BN saja yang layak menerima bantuan BR1M itu.

Kalau pun juga BR1M hanya mahu diberikan dengan menggunakan wang pembayar cukai tetapi hanya diberikan kepada penyokong Umno dan BN saja, seharusnya kerajaan juga mengecualikan penyokong PR daripada membayar cukai kepada kerajaan. Malah cukai GST yang mahu diperkenalkan tahun 2015 nanti hanya dikenakan kepada penyokong Umno dan BN saja.

Jika itu dapat dilakukan, barulah layak hanya penyokong Umno dan BN saja yang diberikan BR1M sepertimana cadangan Shafei itu. Dengan masih ada pemimpin Umno yang berfikiran sedemikian, ia tidak lain hanya menambahkan gelak ketawa rakyat terhadap mentaliti dan kualiti pemimpin dalam Umno sekarang ini.

Setelah sebelum ini kita dihidangkan dengan kenyataan pemimpin Umno yang meminta rakyat jangan makan ayam kerana harganya sudah naik, tanam sayur di belakang rumah kerana harga sayur makin mahal, duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan sistem pilihan raya dan pelbagai lagi, gesaan terbaru daripada seorang lagi pemimpin Umno yang meminta BR1M hanya diberi kepada mereka yang menyokong Umno dan BN saja, tidak lebih sebagai bukti bahawa betapa ramainya pemimpin "cap ayam" di dalam parti itu.

Terserlahnya satu demi satu pemimpin yang berkualiti "cap ayam" dalam Umno, mudah-mudahan akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk terus membuat perubahan dalam pilihan raya nanti.

 

 

penyapu sial

 

Shafee Abdullah ni yg kalah teruk kad Wangsa Maju diPRU yg lalu.Dia guna gelaran Dr.walau pun tak pernah jijak kaki dimana-mana universiti.Tak heiran Dr Bangang ni buat kenyataan macam orang terencat akal sebab banyak habis duit masa jadi calun tempoh hari.Dia fikir wang BRIM tu dato dia dari Pahang yg kasi.Nasib baik kalah kalau dia menang tak tau apa dia nak cakap diParlimen.Sejenis dengan Kinabatangan.

Hebatnye, UMBONGOK ada system utk check rakyat undi sape. hahaha. Mcm lahanat mangkuk ni. Mmg kaki jilat punggung, bercakap guna punggung. Ingat sket, BR1M tu je talian hayat UMBONGOK, dgn buat statement gila ni mcm nk sabotaj parti sendiri je? Jeng, jeng, jeng. Lingkup lah kau Shafee dgn UMBONGOK.

Tiada ulasan: